Tuesday, January 14, 2014

Leonardo DiCaprio dapat Anugerah Golden Globe dalam Produksi Filem Anak Tempatan

Nama Riza Aziz sekali lagi menjadi sebutan baru-baru ini apabila filem terbitan syarikat milik beliau & rakan (Red Granite Picture) , The Wolf of Wall Street menggondol anugerah Golden Globe untuk pelakon lelaki terbaik , Leonardo DiCaprio . Kejayaan Leo ini membuktikan kemampuan produser filem kelahiran negara mampu melakar kejayaan di peringkat antarabangsa dengan filem yang diterbitkan . 




Namun, kejayaan Riza di luar negara dimanipulasi oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat bagi menjejaskan imej Rosmah Mansor . Adakah hanya disebabkan Riza Aziz ini anak kepada Rosmah Mansor maka pelbagai cerita fitnah dan negatif disebarkan . Apa masalah pemimpin2 Pakatan ni ? Kalau bina empayar kekayaan di dalam negara salah , takkan lah buat kekayaan di luar negara pun salah . Takkan lah kerajaan Malaysia ada 'share' juga di Hollywood ? 

Ramai yang mempersoalkan kejayaan Riza Aziz di luar negara dengan hanya berdasarkan karier beliau dalam bidang perbankan di luar negara . Tetapi ramai juga yang tidak tahu, beliau mampu membina empayar kekayaan kerana ada 'connection' dengan pelabur-pelabur dari Timur Tengah yang melabur dalam syarikatnya. 

Ramai anak-anak Pak Arab kaya raya yang belajar di luar negara , difahamkan Riza Aziz bersahabat dengan mereka dan pembabitan beliau dalam pembikinan filem adalah kerana pelaburan yang datang dari mereka ini . Kes Riza Aziz sama seperti seorang lagi 'billionaire' muda dari Malaysia , Jho Low.  Jho Low telah menubuhkan syarikat Wynton Group pada usia 20 tahun dengan pelaburan berjumlah USD25 juta hasil pelaburan keluarga, rakan2 beliau dari Timur Tengah dan Asia Tenggara. 

Apa lah pelik sangat dengan sikap pembangkang kat Malaysia ni , kalau ahli keluarga yang ada kaitan dengan pemimpin2 kerajaan buat bisness kat dalam negara di katakan korupsi  . Kalau buat kat luar negara pun dikatakan korupsi jugak . Habis tu takkan lah depa nak goyang kaki kat rumah saja ? Kita tak boleh nak tutup mulut orang buat fitnah , walaupun fitnah tu dijawab dengan pelbagai bukti yang menafikan , segelintir puak2 tegar menfitnah ini akan terus mengulang ulang tuduhan . Berikut adalah sebahagian dari surat tindakan undang2 oleh syarikat guaman yang dilantik Riza kepada Clare Rewcastle Brown yang memfitnah beliau dalam artikel Sarawak Report . Jelas kandungan surat guaman itu menunjukkan tiada sumber kewangan dari mana2 individu Malaysia . Sumber kewangan adalah dari "3 major financial institution, tax credits and foreign presales"


Sama macam kes cincin Rosmah , penafian dah dibuat dengan jelas , cukup dengan dokumentasi malah rakaman dari syarikat cincin itu sendiri . Tapi orang masih terus buat fitnah dengan hal yang sama. Tindakan Riza melalui syarikat guaman yang dilantik beliau Loeb & Loeb menghantar notis tindakan undang-undang kepada wartawan Sarawak Report , Clare Rewcastle Brown (ipar kepada bekas Perdana Menteri British, Gordon Brown) adalah satu tindakan yang betul . Penulis juga mencadangkan supaya tindakan undang2 turut di ambil pada portal-portal yang menyiarkan fitnah yang disiarkan Sarawak Report. Riza sebelum ini dengan jelas menyatakan syarikat tersebut banyak mendapat suntikan kewangan dari pelabur2 Timur Tengah. 

Melalui rujukan dari artikel2 dunia hiburan Hollywood , Red Granite ditubukan pada tahun 2009 (setahun selepas Riza berhenti bekerja dengan HSBC pada 2008) , dengan filem pertama bertajuk Friend with Kids (2011) yang memperoleh kutipan sebanyak USD12 juta seluruh dunia. Tiada nama-nama besar pelakon Hollywood untuk filem (kecuali Megan Fox) ini dan ia bercorak komedi santai , tidak banyak kesan khas diperlukan dan dari laporan berikut http://www.nytimes.com/2011/03/05/movies/05friends.html?_r=2&ref=movies& ; kos pembikinan filem pertama Riza ialah kurang daripada USD10 juta .

Beberapa filem lain dari Red Granite seperti yang dipaparkan dalam laman web ialah Out of The Furnace yang dibintangi pelakon Christian Bale . Filem ini adalah hasil kerjasama Red Granite dengan Relativity Media milik Leonardo Di Caprio dan Ridley Scott . Beberapa filem yang masih dalam pembikinan ialah Dumb and Dumber To dan Horns 

1 comments:

Tak payah nk banga sngt klau filem ni ad unsur lucah

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu