Tuesday, January 21, 2014

Larangan Anwar ke Jepun : Konspirasi UMNO atau Hubungkait CIA & Nippon Foundation ?


Berita larangan kemasukan Anwar ke negara Jepun oleh pihak imigresen negara itu banyak diperkatakan sejak semalam . Pelbagai teori dan pendapat timbul mengenai larangan itu, Anwar seperti biasa menuduh kerajaan Malaysia menjadi dalang utama . Walau bagaimanapun, dakwaan Anwar itu dibidas oleh Menteri Luar , Anifah Aman . Ramai yang mengatakan adalah mustahil bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia ini mampu mempengaruhi negara maju seperti Jepun untuk melarang kemasukan individu-individu tertentu tambahan pula seorang individu yang boleh dikatakan mempunyai pengaruh di negara-negara luar. Sekiranya ini benar, sudah tentu lebih banyak negara-negara lain melakukan tindakan yang serupa seperti Jepun. 


Dalam satu kenyataan yang dibuat di laman Facebook milik beliau , Anwar telah mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan Jepun itu sedangkan beliau tidak mempunyai masalah untuk masuk ke negara itu pada tahun 2006, 2009 dan 2012 .  Anwar kemudiannya diberitahu bahawa tindakan menghalang kemasukan beliau ke negara Jepun adalah disebabkan "laporan terbaru" yang diterima mereka sekitar tahun 2013. Anwar turut mengaitkan "laporan terbaru" yang diterima itu adalah angkara Wisma Putera seterusnya menuntut penjelasan Menteri Luar . Dalam kenyataan beliau di Facebook itu juga beliau menyatakan tujuan lawatan ke Jepun adalah kerana jemputan yang dibuat oleh Pengerusi Nippon Foundation, Yohei Sasakawa.

Pendapat Datuk Huan Cheng Guan dari Center of Political Awareness telah dipetik oleh portal Malaysia-Today dan beberapa orang bloggers. Huan berpendapat larangan kerajaan Jepun terhadap Anwar mungkin berkaitan dengan sejarah Nippon Foundation itu sendiri . Nippon Foundation telah ditubuhkan  Sasakawa Ryoichi iaitu bapa kepada Yohei Sasakawa . Berikut adalah beberapa petikan mengenai pendapat Major Huan ;

"Sasakawa Ryoichi - the creator of the gambling industry that we know today. Imprisoned as a Class A war criminal after World War II, Sasakawa is viewed with hostility by intellectuals internationally.  Most importantly, Sasakawa is the founder of the Yakuza in Japan."

"After WW2, arrest orders were given for 126 Japanese suspects on Class-A (crime against peace) charges and this was narrowed to 14. Of those who were released without charge included Kishi Nobusuke (Abe Shinzo's grandfather) and Sasakawa Ryoichi who promoted the anti-communist alliance with the United States."

"The Yasukuni Shrine claims to host the deified souls of military personnel who lost their lives in service to the nation. The controversy arose after 1978 when the new chief priest of the Yasukunia added 14 wartime military and civilian leaders who were executed as Class A criminals by decisions of the Tokyo War Crimes Tribunal or who died during imprisonment to the list of souls enshrined at the shrine."

Dari petikan di atas boleh disimpulkan bahawa Sasakawa Ryoichi merupakan pemula kepada industri perjudian di Jepun dan mempunyai kaitan dengan Yakuza . Selain itu beliau boleh dikatakan seorang individu yang agak berpengaruh di peringkat antarabangsa. Melalui rujukan di Wikipedia , beliau dikatakan berpengaruh di negara-negara Afrika dan negara-negara membangun dengan pelbagai program amal yang dicetuskan. Sasakawa pernah menjadi tahanan Class-A di penjara Sugamo. Penahanan beliau dari sumber US adalah berdasarkan dakwaan seperti berikut ;

"The US summary for his arrest, dated December 4, 1945 read as follows:

Sasakawa should be arrested for the following reasons: first, for leading campaigns instigating aggression, nationalism and hostility against the United States. And second, for his continued vigorous activities in an organization that strongly impedes the development of democracy in Japan."

Major Huan berpendapat larangan kemasukan  Anwar ke negara Jepun lebih terarah kepada kontroversi kuil Yasukuni (Yasukuni Shrine) yang berlaku dalam negara itu sendiri . Kuil Yasukuni adalah sebuah kuil yang menempatkan abu individu-individu yang mati semasa berkhidmat dengan maharaja Jepun, ini tidak termasuk bagi individu yang dilabelkan sebagai "penjenayah perang" (tahanan Class-A, B, C). Walau bagaimanapun, ada tindakan yang bertentangan dari pihak kuil dengan turut menerima "penjenayah perang" ini . Tindakan ini mengundang rasa tidak senang Maharaja Jepun.  (rujuk sini)

Secara jujur penulis tidak nampak kaitan kontroversi kuil Yasukuni dengan Anwar ,begitu juga kaitan kes sodomi dan salah guna kuasa Anwar, atau pun dakwaan pengaruh Yakuza. Kontroversi kuil Yasukuni adalah hal ehwal budaya negara itu, campur tangan pihak luar tidak akan memberi impak , alasan ini juga boleh diguna pakai untuk dakwaan pembabitan Yakuza . Untuk kes sodomi dan salah guna kuasa pula, perkara itu dah berlaku sejak tahun 1999 , sedangkan Anwar menyatakan beliau telah melawat Jepun tanpa masalah pada tahun 2006, 2009 dan 2012 .  

Penulis melihat perkara ini dalam satu sudut lain iaitu kerjasama Anwar dengan Nippon Foundation itu sendiri . Seperti yang dinyatakan Nippon Foundation dikenali di peringkat antarabangsa dengan kerja-kerja kebajikan mereka . Boleh dikatakan gerak kerja Nippon Foundation sama seperti Soros Foundation yang melakukan kerja-kerja kebajikan. Dari artikel AIDC ;

"Nippon Foundation merupakan yayasan amal yang ditubuhkan sebagai denda kekalahan Jepun kepada Kuasa Bersekutu khususnya Amerika Syarikat dalam peperangan dunia II.

Sebagai denda itu, kerajaan Jepun bersetuju menubuhkan Nippon Foundation untuk memberi sumbangan, operasi dan menaja badan-badan di negara-negara lain yang berkepentingan kepada Amerika Syarikat.

Pada tahun 1986, Nippon Foundation menubuhkan satu badan khusus dinamakan The Sasakawa Peace Foundation (SPF) yang memainkan peranan di peringkat global dengan dua ibu pejabat di Jepun dan Amerika Syarikat.

Dalam wikipedia Nippon Foundation disebut  minat mereka adalah untuk menguasai persekitaran di Selat Melaka.

Badan-badan yang dikaitkan dengan CIA khususnya The Asia Foundation akan beroperasi berselindung di sebalik The Nippon Foundation dan SPF untuk merekrut tokoh-tokoh pemimpin dan pemimpin muda di peringkat Asia.

Apabila operasi rahsia dijalankan secara bertapis-tapis dan yang muncul adalah badan-badan amal yang rasmi, maka imej CIA dapat disembunyikan."

Dari petikan di atas, timbul idea mengenai kaitan antara Nippon Foundation dengan elemen-elemen asing dari luar negara Jepun seperti  The Asia Foundation , The National Endowment for Democracy (NED), The Rockefeller Foundation, The Rotary Foundation dan lain-lain.  Berikut adalah petikan dari laman web, mengenai penglibatan Sasakawa dan CIA

http://www.bibliotecapleyades.net/sociopolitica/esp_sociopol_gold02b.htm

"Kodama was one of those who, in 1954, founded the Asian Peoples Anti-Communist League. Kodama, along with his Yakuza compatriot and war-criminal cellmate, Ryoichi Sasakawa, ruled Japan with an iron fist artfully concealed in the gloved hand of political puppets. Sasakawa, in particular, boasted of a close, personal friendship with Ferdinand Marcos "long before he became president." Author Sterling Seagrave believes their friendship arose during "the Quirino presidency at the end of the 1940's when Marcos and other Quirino lieutenants were busy trying to discover" where Japanese plunder had been buried in the Philippines. Sasakawa was also deeply involved with the CIA, especially during the CIA sponsored anti-Sukarno campaign of the of the 1950's when he was in charge of supplying "materials to the anti-Sukarno camp." 

Petunjuk-petunjuk di atas adalah sesuatu yang jelas dan mungkin ada kaitan dengan "New World Order" dan "Freemason" . Hal seperti ini telah didedahkan lama dahulu, tetapi mungkin ramai yang tak perasan . Mungkin bagi mereka yang berminat boleh cari buku yang bertajuk Conspiranoia!: the mother of all conspiracy theories yang ditulis oleh Devon Jackson terbitan 1999 .  Nama Ryoji Sasakawa timbul dan dikaitkan dengan beberapa individu berpengaruh . Kini anak kepada Ryohi Sasakawa,  Yohei Sasakawa meneruskan legasi bapanya . Adalah tidak mustahil melalui Nippon Foundation , gerakan-gerakan sulit sedang di jalankan dan kerajaan Jepun mendapat maklumat mengenainya sekaligus menyekat kemasukan Anwar ke dalam negara itu. Secara kebetulan , Anwar juga mempunyai hubungan dengan beberapa organisasi yang dinyatakan sebelum ini. 


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu