Wednesday, January 8, 2014

Kerjasama PAS & UMNO Tolak COMANGO ?

Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) hari ini diputuskan sebagai sebuah pertubuhan yang haram oleh Kementerian Dalam Negeri . COMANGO yang terdiri daripada 54 pertubuhan itu antaranya mempromosikan hak kebebasan seksual untuk golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgander (LGBT) yang ternyata bertentangan dengan Islam malah norma hidup masyarakat yang normal . Menurut KDN , hanya 15 pertubuhan daripada 54 yang didaftarkan secara sah. Melalui artikel yang dirujuk dari Harakah Online , beberapa tuntutan COMANGO yang menimbulkan kontroversi ialah ;


a. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

b. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

c. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Artikel yang ditulis oleh bekas Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan turut memberi kritikan seperti berikut ;

a] COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara.

b] COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.

c] COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.

5. Justeru itu kami DPPM tegaskan supaya Kerajaan jangan tunduk kepada desakan sedemikian. Pada sessi sidang yang lepas, YB Ust. Nik Mohamad Abduh telah memberi penegasan serupa dalam ucapan beliau di Parlimen Malaysia agar Kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan pihak COMANGO ini.

Berikut adalah senarai 54 NGO yang terlibat dalam tuntutan COMANGO

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
2. Christian Federation Malaysia (CFM)
3. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER),
4. The Malaysian Bar Council
5. Seksualiti Merdeka (SM),
6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem),
7. Centre for Independent Journalism (CIJ),
8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA Consumer),
9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC),
10. All Women‟s Action Society (AWAM),
11. Amnesty International Malaysia (AIM),
12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, Association of Women‟s Lawyers (AWL),
13. Association of Women with Disabilities Malaysia, Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA),
14. Childline Malaysia,
15. Community Action Network (CAN),
16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS),
17. Dignity International,
18. Foreign Spouses Support Group (FSSG),
19. Good Shepherd Welfare Centre (PKGS),
20. Health Equity Initiatives (HEI) ,
21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM),
22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
23. Justice For Sisters (transgender),
24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS),
25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS),
26. KLSCAH Civil Rights Committee,
27. Land Empowerment Animals People (LEAP),
28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET),
29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI),
30. Malaysian Physicians for Social Responsibility,
31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),
32. Migration Working Group (MWG),
33. Indigenous and Peasant Movement Sarawak (PANGGAU),
34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS),
35. Protect and Save the Children (PS The Children),
36. PT Foundation,
37. People’s Service Organisation (PSO),
38. Perak Women for Women Society,
39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT),
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur,
41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS),
42. Rainbow Genders Society (RGS),
43. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO),
44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS),
45. SIS Forum (Malaysia) Bhd/Sisters in Islam (SIS),
46. Tenaganita,
47. Voice of the Children (VOC),
48. Writers Alliance for Media Independence (WAMI),
49. Women’s Aid Organisation (WAO),
50. Women’s Centre for Change, Penang (WCC),
51. Yayasan Chow Kit
52. Young Buddhist Association,
53. Youth Section, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section
54. Child Right Coalition Malaysia (CRCM).

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu