Thursday, January 9, 2014

Kadir Jasin Tolong Jawab : RM1 Sesaham, Syarikat Kroni Mana Yang Buat Untung ?

Hari ni seorang sahabat blogger mengkritik Kadir Jasin yang dilihat agak keterlaluan dalam mengkritik PM akhir2 ini . Penulis setuju pendapat blogger RBF, bahawa kritikan Kadir Jasin yang keterlaluan mungkin kerana 'merajuk' kerana gagal memperoleh sesuatu yang diinginkan . Sama seperti bekas seorang pemimpin UMNO yang menyeberang ke PR dan menyertai DAP. Penulis tak kata bahawa kita tak boleh kritik PM, malah beberapa rakan blogger sebelum ini ramai yang mengkritik PM terutama dalam isu PEMANDU, cuma bila kritikan itu timbul mungkin disebabkan ada kepentingan peribadi yang tak dipenuhi itu yang menimbulkan persoalan.


Sebelum ini penulis pernah keluarkan satu artikel bertajuk "Apa Lagi Yang Kadir Jasin Mahu?" . Dalam artikel itu antaranya penulis membangkitkan perkara2 berikut ;

Dari rujukan di internet Kadir Jasin sekarang merupakan Ketua Pengarang di Berita Publishing dan memegang jawatan itu sejak tahun 2000 lagi. Berita Publishing (BPSB) ditubuhkan sejak tahun 1973, pada 1 September 2000 ia dipindahmilik kepada syarikat Alaf Positif Sdn Bhd (APSB).



sumber: 

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS%5CAnnweb.nsf/LsvAllByID/482568AD00295D074825691200364E7D?OpenDocument

Kadir Jasin dikatakan melepaskan jawatan beliau dalam NSTP pada 1 Jun 2000, kemudian memegang jawatan sebagai Ketua Pegarang di Berita Publishing yang dipindah milik pada Alaf Positif Sdn Bhd . Kalau dilihat dari sumber bursa Malaysia , 4,000,000 saham Berita Publishing dijual pada Alaf Positif Sdn Bhd dengan hanya nilai RM1 sesaham pada 28 Jun 2000.  Beberapa persoalan di timbulkan ;

1. Kerana tiada sasaran kewangan yang disediakan pada masa itu, ia agak sukar untuk menilai BPSB, yang pada ketika itu merupakan syarikat milik penuh NSTP. Oleh itu, sehingga kini para pemegang saham minoriti NSTP dan awam tidak tahu berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh NSTP dalam penjualan saham BPSB kepada APSB hanya pada kadar RM1.00 sesaham.


2. APSB telah ditubuhkan pada 29 Jun 1999, dan terbitan dan berbayar modal hanya RM100, 000 yang terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu. Jadi apakah justifikasi yang membolehkan APSB membeli 4,000,000 saham BPSB ?


Persoalan sekarang Alaf Positif Sdn Bhd ni siapa punya ? Dia punya penubuhan pun setahun sebelum Berita Publishing Sdn Bhd diambil alih . Macam ada perancangan rapi , sudah lah tu diambil alih dengan harga yang murah iaitu RM1 sesaham . Dengan perkembangan teknologi internet sekarang dan macam2 bahan bacaan yang mudah didapati melalui online , tak salah kalau penulis katakan 'bisnes' Berita Publishing ni tak berapa nak elok . MUNGKIN ada beberapa permintaan yang dibuat kepada pihak kerajaan tetapi tak dilayan lantas menimbulkan rasa tidak puas hati , lalu salah satu cara untuk mendesak ialah 'membalun' pimpinan tertinggi .  Ini lah yang paling aku kesalkan bila orang 'membalun' sebab ada kepentingan diri sendiri tak dipenuhi . Lagi satu apa ingat lagi cerita antara Zaid Ibrahim dan Kadir Jasin ? Who is the "Gang of Four" ? Nanti lah ... kalau rajin cari lah

Berikut pula adalah petikan artikel yang ditulis sahabat blogger RBF;

sumber : http://www.rbfonline.net/2014/01/semoga-kadir-jasin-tidak-menjadi-budak.html

Memulakan kerjaya di Bernama tahun 1969 hinggalah menjadi Ketua Editor NSTP. Menghasilkan bermacam-macam jenis buku. Dijemput menghadiri pelbagai jenis program atau forum sebagai penceramah. Senang cerita, Kadir Jasin ini bukan seorang yang biasa. Dia seorang yang hebat, seorang profesional dan berada pada kelasnya tersendiri. 

Sukar untuk saya percaya itu tulisan seorang bekas ketua editor, seorang wartawan yang banyak pengalaman, seorang yang profesional dalam bidang penyiaran. Makin lama tulisannya makin menjadi-jadi. Tulisan-tulisannya itu tidak menggambarkan sikap sebenar atau kedudukan Kadir Jasin. Seperti yang saya katakan tentang isteri bekas jiran saya. Bila saya menelaah balik tulisan Kadir Jasin satu persatu kesimpulan yang boleh dibuat adalah, beliau menulis dengan emosi untuk menghentam PM, seolah-olah melepaskan geram yang terpendam. 

Hasil dari bertanya khabar sana sini, difahamkan dia bertindak sedemikian kerana kecewa dan geram dengan PM apabila cubaannya melobi jawatan Pengerusi Media Prima gagal. 

Ohhhhhh…..itu rupa-rupanya. Benarlah telahan saya selama ini bahawa tulisan-tulisannya yang menghentam PM selama ini lebih kepada emosi. 

Saya tak kata beliau tak boleh kritik PM. Boleh….tetapi dalam masa yang sama dia mesti jaga kedudukannya. Lihat sahaja Dollah Kok Lanas, dia sentiasa juga mengkritik kerajaan dan PM. Tetapi dia ada jalannya yang tersendiri dan dia tahu kedudukkannya. Apabila dia pandai menjaga kedudukkannya membuat orang mendengar atau lebih respek terhadap kritikannya. Sudahlah Datuk…janganlah jadi seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula. 

1 comments:

Kadir Jasin beli RM 1 sekali hutang syarikat berapa juta? Dulu pun BP bukan untung pun. Penjualan tu juga rundingan perletakan jawatan kadir dalam nstp. Pelupusan saham nstp yanf kadir sebagi proksi. Kalau tak faham tanya. Esok kot banyak lagi keluar

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu