Wednesday, January 22, 2014

Isu Penyanyi Bertudung di Aibkan : Pengarah Kewangan Castment Pertahankan Tindakan

Berikut adalah alasan-alasan yang diberikan Yong Pey Ling sebagai pengarah kewangan Castmet yang dikatakan mengaibkan penyanyi bertudung di satu majlis ;


i. Marinatasha bertudung jadi tidak sesuai kerana majlis itu memerlukan interaksi beliau dengan tetamu

respon penulis : Penyanyi bertudung yang popular di peringkat antarabangsa seperti Shila Amzah dan Yuna turut berinteraksi dengan penonton tanpa ada apa-apa masalah disebalik 'dressing code' mereka yang menutup aurat . Begitu juga dengan penyanyi popular tempatan seperti Najwa Latif & Datuk Siti . 

ii. Penyanyi bertudung tidak sesuai untuk menyanyi dan menari bersama tetamu .

respon penulis : Kalau dalam persembahan artis2 yang pakai tudung ni, memang ada tarian2 santai yang dipersembahkan , tarian yang sesuai untuk status sbg penyanyi dan bukan penari . Tengok je budak AF yang pakai tudung , Datuk Siti , Shila Amzah , ada je konsert yang mereka turut menari tapi takde lah lebih-lebih . Jadi apa sebenarnya Yong Pey Ling ni cuba 'twist' ? Takkan lah persembahan tarian berbentuk keterlaluan/erotik yang diharapkan oleh Castmet untuk menghiburkan tetamu jesteru memanglah tak sesuai kalau menggunakan penyanyi bertudung.

iii. Artis yang diminta bukan seperti yang dipersetujui

respon penulis : Kalau bukan dipersetujui , apa hak Yong Pey Ling untuk mengaibkan penyanyi tersebut ? Tak boleh kah berbincang dengan baik dan bertolak ansur , tindakan pengarah kewangan Casmet berbangsa Cina ini mengaibkan penyanyi bertudung itu telah memberikan satu persepsi penghinaan beliau terhadap orang yang bertudung. 

iv. Satu lagi yang diwar-warkan ialah tak sesuai penyanyi bertudung kerana majlis tu ada minuman keras

respon penulis : Inilah alasan paling bahalol dibuat oleh Castmet kerana dimaklumkan tetamu majlis pun ada orang Islam jugak , kalau dah terlalu over sensitif dengan orang Islam pasal minuman keras baik tak payah jemput orang Islam , mahu pun pemuzik2 beragama Islam dalam majlis tu , Islam bukan hanya pada tudung saja , ada juga yang menutup kepala/bertudung tapi bukan agama Islam !!!

sumber : Malaysiakini

Syarikat pembinaan Castmet yang didakwa mendiskriminasikan penyanyi bertudung menjelaskan, mereka menolak Marinatasha Isnariah Mustapar membuat persembahan dalam majlis makan malam tahunan mereka kerana ia tidak sesuai.

Pengarah kewangannya Yong Pey Ling berkata, Marinatasha tidak sesuai kerana majlis itu mengkehendakinya berinteraksi dan bercampur dengan tetamu.

Malah, katanya, penyanyi kumpulan Rufus - dengan empat orang keanggotaan itu - bukan artis yang dipersetujui bersama syarikat pengurusan acara untuk majlis mereka.

“Saya dan... (seorang anggota jawatankuasa) juga memaklumkan Cik Marinatasha (kiri) bahawa beliau bukan penyanyi yang dijanjikan kepada kami untuk acara itu.

“Justeru kami memintanya tidak membuat persembahan kerana persembahan itu memerlukannya menari dan menyanyi bersama tetamu, yang kami dapati tidak sesuai untuk seorang penyanyi perempuan bertudung,” katanya seperti dalam laporan polis balasnya.

Yong menjelaskan, Castmet dan syarikat pengurusan acara berkaitan sebelum itu telah sepakat memilih seorang penyanyi yang pernah popular dengan rancangan Akademi Fantasia kelolaan Astro.

Yong membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Brickfields di Kuala Lumpur kelmarin.

Marinatasha dalam sidang medianya di Kuala Lumpur semalam, dengan sebak, mendakwa diarah menghentikan persembahan dalam majlis itu dan diminta turun pentas dan dimarahi kerana bertudung.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Sentul pada Ahad lalu dan mendakwa dikrisminasi.

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) juga dalam sidang media bersama Marinatasha menuntut Castmet memohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang.

1 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu