Wednesday, January 8, 2014

ISMA Cabar 3 ADUN DAP Selangor

sumber : AIDCNews



AIDCNews – 6/1/14 – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dicabar mencadangkan pemindaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan datang.

“Saya cabar wakil rakyat DAP supaya mengemukakan segera cadangan pindaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor, 1988 seperti yang mereka mahukan,” tegas Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Ab Rahman hari ini dalam satu kenyataan kepada ismaweb.

Menurutnya, cadangan ADUN DAP itu akan mengeruhkan lagi keadaan dan sekaligus akan menggugat status quo agama Islam sebagai agama persekutuan dan kedudukan Sultan sebagai ketua agama negara.

“Kita mahu melihat sejauh mana reaksi umat Islam terutamanya reaksi ADUN yang beragama Islam dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Pada 3 Januari lalu, tiga ADUN DAP Selangor, Yeo Bee Yin (Damansara Utama ), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku) dilaporkan The Malaysian Insider mencadangkan agar Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.

Seksyen itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan “Allah” atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim segera memberi komen menyatakan ketidaksetujuannya terhadap cadangan tiga ADUN DAP itu.

Menurut bnbbc, tindakan pantas Anwar itu bermungkinan beliau tahu kesan buruk bakal menimpa pakatan pembangkang jika cadangan DAP itu dilaksanakan.

Walaupun ditegur Anwar, namun ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin hari ini tetap bertegas mempertahankan pendiriannya agar Enakmen 1988 itu dimansuhkan.

“Ia pandangan peribadi kami dengan harapan menyelesaikan perkara ini supaya undang-undang selaras, dan ia bukan pandangan Pakatan Rakyat. Kami tidak berunding dengan pemimpin lain Pakatan sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Saya pertahankan kenyataan dan pendirian kerana kami bekerja sebagai satu pasukan, tetapi tetap menghormati pandangan yang menentang cadangan sebegitu (agar Enakmen 1998 dipinda),” kata Yeo dipetik sebuah portal pro-pembangkang, Isnin.

Ketegasan ADUN DAP itu menunjukkan suara Anwar sebagai Ketua Pembangkang tidak mempunyai nilai di kalangan ahli-ahlinya.

“Mungkinkah sikap ADUN berkenaan tidak menghormati teguran Anwar yang dinobatkan sebagai ketua ini adalah petanda awal Anwar dianggap hanya pemimpin boneka yang menunggu masa untuk diTURUNkan.

“Apa guna Anwar menjawat jawatan sebagai bos besar pakatan pembangkang jika anak buahnya sanggup menyanggah secara terbuka teguran beliau?,”soal bnbbc

1 comments:

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN, Phone: 03-6274 5352
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu