Friday, January 10, 2014

Hasan Malek di Luar Negara Nafi Mahu Letak Jawatan Menteri

Kelmarin tersebar berita mengenai salah seorang Menteri kabinet yang dikatakan bakal melepaskan jawatan kerana tidak kompeten dalam menjalankan tugas . Ramai yang dapat mengagak Menteri mana yang dimaksudkan apabila sering membuat kenyataan2 'memakan diri' dalam media . Kenyataan2 yang dibuat itu bukan sahaja di hentam oleh rakyat samada yang pro-BN atau pro-PR , malah di kalangan pemimpin PR juga kenyataan Menteri berkenaan dijadikan bahan lawak jenaka sekaligus menjatuhkan imej parti pemerintah BN di mata rakyat.


Beberapa ketika selepas itu, timbul pula khabar angin yang mengesahkan bahawa Menteri yang dimaksudkan ialah Dato' Sri Hasan Bin Malek . Mesej yang tersebar itu menyatakan Hasan Malik telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan beliau selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana menjadi liabiliti dalam kepimpinan PM . Juga diberitakan satu pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Walau bagaimanapun, dari laman web http://www.bnbbc.my/?p=5684 ,pejabat Menteri berkenaan menafikan khabar angin itu. Dari petikan artikel BNBCC ;

"Beberapa laman sosial melaporkan ada menteri akan melepaskan jawatan dalam Kabinet dan pengumumannya akan dibuat Isnin ini.

Berikutan itu, ada yang menjangkakan menteri tersebut adalah Hasan dan ada pula meramalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga CEO Pemandu.

Kedua-dua mereka jadi kritikan ramai ekoran isu kenaikan harga barang.

Ada laman sosial mendakwa sumber terdekat keluarga Hasan memaklumkan peletakan jawatan itu secara sukarela bagi mengelak jadi liabiliti kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika dihubungi sendiri bnbbc.my, Hasan memaklumkan beliau sedang berada di luar negara dan minta merujuk perkara itu kepada Setiausaha Akhbarnya Mohad Kamel Othman yang kemudian mengeluarkan kenyataan penafian berkenaan."

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu