Thursday, January 16, 2014

Dinasti Lim Atur Kroni Untuk Terus Berkuasa dalam DAP ?


Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa ada agenda tersembunyi pada pemilihan DAP di Johor dan Selangor, untuk memastikan pemimpin bukan kroni kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disingkirkan.

Agenda itu termasuk hanya 57 peratus perwakilan hadir mengundi di Johor, selain membolehkan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, dilantik sebagai pengerusi baharu DAP negeri itu, walaupun hanya mendapat tempat ke-14 pada pemilihan itu.

Tuan Tat mendakwa Chin Tong dipilih sebagai boneka kepada Dinasti Lim, seterusnya mengetepikan bekas Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau,  Pada pemilihan DAP Johor, Ahad lalu, hanya 303 daripada sejumlah 528 perwakilan yang hadir. Situasi sama juga berlaku di Selangor, apabila hanya 699 perwakilan mengundi, manakala baki 522 lain tidak hadir. Beliau mendakwa mereka tidak dijemput untuk hadir pada pemilihan itu.

Semalam bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim juga mendakwa perlantikan Chin Tong memperlihatkan sikap tidak adil dan kronisme DAP. -

Sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Hanya_57_Peratus_Perwakilan_Hadir_Pemilihan_DAP_Johor_Dan_Selangor.html#sthash.5y4PZyCQ.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu