Thursday, January 16, 2014

Cabaran Manikavasagam untuk MB Selangor di Kuala Selangor

Bekas MP Kapar , S. Manikavasagam yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dalam Pakatan Rakyat apabila meminta Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding menentang Menteri Besar Selangor itu dalam pemilihan parti PKR sebagai pengerusi di bahagian Kuala Selangor. Pertikaian di antara Manikavasagam dan Khalid itu memang telah diketahui umum .



Pada tahun 2008, Manikavasagam telah melepaskan jawatan beliau sebagai Naib Pengerusi PKR Selangor apabila mendakwa PKR tidak bersungguh dalam penyelesaian masalah kuil-kuil Hindu yang dirobohkan di negeri itu. Beliau juga pernah bertelagah dengan Menteri Besar berkenaan isu perlombongan pasir, dengan mengaitkan tuduhan korupsi dalam syarikat milik kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Manikavasagam yang tewas di DUN Bukit Melawati pada calon Barisan Nasional semasa PRU 2013 telah memindahkan keahlian PKR beliau ke cawangan Kuala Selangor di tempat kelahiran Khalid Ibrahim. Satu sumber mengatakan beliau percaya Manikavasagam mempunyai peluang yang cerah di Kuala Selangor berbanding Khalid Ibrahim kerana MB Selangor itu dikatakan telah hilang sentuhannya di akar umbi di sana.

Keputusan Khalid Ibrahim untuk tidak bertanding di DUN Ijok pada PRU-13 telah menimbulkan rasa kecewa di kalangan ahli PKR tempatan. Hal ini mungkin akan memberi kesan kepada keputusan pemilihan bahagian parti PKR yang dijadualkan berlangsung sekitar bulan April .

Manikavasagam yang baru-baru ini dilantik sebagai Koordinator Parti untuk Bukit Melawati dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk setempat . Beliau berjaya menarik sehingga 2,000 penduduk setempat untuk menyertai PKR Bukit Melawati . Sokongan 2,000 ahli baru ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam usaha merampas kedudukan pengerusi PKR bahagian Kuala Selangor dari Khalid Ibrahim.

sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/16/manikavasagam-to-challenge-khalid-in-division-battle/

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu