Thursday, January 16, 2014

Anwar Ibrahim : Pengguguran Jawatan Azmin Tidak Sah

sumber : http://www.rakyatnews.my/index.php/20140116129502/ekslusif/isu-pengguguran-pkns-anwar-bela-azmin-ali


KUALA LUMPUR 16 Jan - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kedudukan jawatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah dalam PKNS yang dilaporkan dilucutkan baru-baru ini. 

Penasihat ekonomi negeri Selangor itu berkata, pengguguran jawatan Azmin adalah tidak sah kerana mengikut undang-undang, perkara itu hanya boleh berlaku sekiranya ia  dibuat sendiri menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor. 

"Mengikut undang-undang perkara itu tidak boleh berlaku kerana perlucutan itu hanya dengan kuasa Menteri Besar atas kelulusan Majlis Mesyuarat kerajaan negeri, jadi saya lihat surat yang dihantar oleh pihak PKNS itu, urusannya telah pun dibuat.

"Sekarang, ia dipertikaikan pula. Saya ingin beri nasihat kepada MB Selangor bahawa kedudukan Azmin kekal berikutan beberapa proses peraturan tidak dipatuhi," kata Anwar dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya di sini hari ini.

Dalam hujahnnya membela Azmin, Anwar menegaskan bahawa tiada sebab yang munasabah untuk pihak PKNS menggugurkan beliau dari jawatan yang disandang kerana berdasarkan rekod yang baik.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR enggan mengulas lebih lanjut ketika diminta untuk memberi komen oleh pemberita berkenaan isu pelucutan jawatan dari PKNS.

"Saya rasa penjelasan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah memadai pada ketika ini dan saya tidak ada ulasan lanjut daripada apa yang telah diterangkan.

"Saya ingat perkara itu sudah jelas. Kita selesai perkara ini dengan cara baik dan saya percaya perkara ini boleh dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya yang turut hadir dalam sidang media pagi tadi.

1 comments:

Kah...kah ...kroni sesama kroni bergaduh...kepala bapak kroni mula nak tunjuk lagak bijak kahakahh...lulusan klas 3 genral degree naj tunjuk power sesama kroni...kah..kahh...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu