Thursday, January 2, 2014

Agong, permaisuri rai ulang tahun Yash

Di bawah ini adalah satu artikel yang dipetik dari Kumpulan Karangkraf , kenapa aku petik artikel ni ?? Sebab dalam artikel ni ada maklumat2 tertentu yang boleh di kaitkan dengan satu artikel yang turut aku pick-up . Ada beberapa 'hint' yang diberikan dalam artikel di bawah ini . Kalau nak tahu cuba lah belek2 artikel yang lepas untuk sambung titik-titik persoalan yang dilemparkan sebelum ini .


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Malam Amal Ulangtahun ke-2 Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YASH) 2013 di sini malam ini.
  
Turut berangkat Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
  
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir turut hadir.
  
Seramai 66 anak yatim dari Pokok Sena, Kedah turut diraikan pada majlis yang disertai kira-kira 600 hadirin yang terdiri daripada individu dan wakil sektor korporat.
  
Ahli Lembaga Pengarah YASH Datuk Khairil Anas Jusoh dalam ucapannya berkata\ sepanjang penubuhan yayasan itu, sebanyak RM2.3 juta telah dikumpul bagi membantu anak-anak yatim di negara ini.

"Sepanjang dua tahun penubuhan YASH, pelbagai program telah dilaksanakan antaranya pertandingan Golf Piala Raja Permaisuri Agong, Festival Islamic Fashion, program pemberian bantuan persekolahan dan program majlis berkhatan beramai-ramai anak yatim di negara ini," katanya.
  
Pada majlis itu Seri Paduka berdua berkenan memotong kek sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda berdua.
  
Tuanku Abdul Halim turut berkenan menyampaikan sumbangan wang berjumlah RM1,000 setiap seorang kepada 10 orang anak yatim yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu