Thursday, December 25, 2014

OPS Bantuan Banjir : 'Humanity' atau 'Popularity' ?

Hari ini tersebar luas di laman sosial gambar PM dan Obama sedang bermain golf. Tanpa mengetahui hal sebenar, ramai yang memilih untuk mengecam PM  kerana dikatakan bersenang lenang main golf sedangkan beberapa negeri di Malaysia mengalami banjir besar.



Memanglah mudah untuk mulut berkata-kata mengecam dan mengata orang itu ini tak betul, tetapi cuba kita tanya pada diri sendiri apa peranan kita dalam membantu mangsa2 banjir itu ?

Petugas2 yang sedang menyelamatkan mangsa banjir tak pula 'complain' hal berkenaan kerana mereka tahu PM dari awal lagi telah mengarah jentera2 petugas bantuan membuat persediaan segera bila bencana ni dijangka berlaku.

Adakah mereka yang mencemuh pemimpin2 yang dikatakan tidak hadir di lokasi banjir ini mendayung sendiri sampan , menyelamatkan mangsa baru lah hati rasa puas? 

Habis kerja2 pentadbiran negara pula nak campak ke mana? Kalau pun PM turun bersama-sama buat kerja menyelamat tak mustahil akan turut ada suara sumbang mempersoalkan tindakan beliau seolah olah ingin mencari populariti.


Penulis ada satu artikel atau cetusan pendapat untuk dikongsikan...tak faham korang google translate ye..

If there is one thing I dislike when work...ground work needs to be done, it's having divas and vvips around. And although I guess it's part of their 'job scope' to be seem at ground zero when disaster strikes, really... what do we expect them to really do there except to take photos and highlight the situation.

So yeah, some may seem pissed off with the PM not being there and instead is in Hawaii playing golf with Obama. But before you go over the rails in anger, do consider the following.

This job of taking care of the situation is better served by those people who have the skills to do it. Having him around just distracts. And having followed his tweets and other communications, he is keeping track of the situation and providing the necessary support. I personally think that's much better than wearing Wellington boots to help clean the drains surrounded by bodyguards and taking photos showing how much he cares. 

And the interesting thing is, if he goes around at the flood areas, the people would most probably be commenting that it's a populist move. Just to gain publicity. Do also wrong, don't do also wrong.

I won't be surprised though if there are more benefits that may come in the short and long term 'golf' event with Obama. Maybe some logistics support? Flood relief funds? A pledge from US? It's not impossible. And who else to get that part of the job done if not the PM? 

And all those aside, has anyone considered the fact that one does not go play golf with the most powerful man on earth on Christmas day on a whim. It would have been planned a long time ago. And it would have a very strong reason for this meeting to take place.

I guess it would have been nice to see him mucking around in flood waters, just for public relations sake. I know it would have made some people happy. 

But really... what else?

Let the pretenders and attention seekers go take their photos and selfies and what not. The general has better things to do that will bring good to the nation. Let him do his job.

And I am glad to see, that he trusts his people to do the job that needs to be done. And they are doing a fine job.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204134954548833&id=1074811645
Dear all, please share this :-

There are lots of anger that PM Najib is seen playing golf with Obama in Hawaii on Christmas day and that he is not on the ground visiting the flooded east coast or in Malaysia directing flood relief efforts.

However, we have to be realistic and understand that a PM's role is not to direct flood efforts nor to wade thru flood waters to carry victims to safety.

He is better served monitoring the situation and approve allocations and allow the right emergency bodies and his ministers to do their work.

A cursory glance at his twitter and FB page also shows that he has been making frequent updates on the flooding situation: 
https://www.facebook.com/najibrazak?fref=photo

In fact, just 4 days ago, Najib did visit flood victims at the relief center in SMK) Gudang Rasau, Pahang that was holding residents around Sungai Belat. 
http://www.mstar.com.my/…/2014/12/20/pm-lawat-mangsa-banjir/

It's not like he doesn't care or is not updated with the latest. But even if he was on the ground in the flooded areas, there is little he can do and it is actually counter-productive.

Being on the ground is really just a populist photo-opportunity and the publicity and hoo-hah around him could turn out to be a hindrance to relief efforts instead of a help.
Not many people get to play a round of golf on Christmas Day (being the most important festival day for Obama) with the USA presidnet to build relationships - many many more famous world leaders would never have the chance.

Remember that President Obama is the most powerful person on earth and has vast resources at his command.

Who knows? Perhaps Najib could have asked Obama to look into assisting the flood victims in the east coast either via monetary donations or via technical, medical or logistic assistance?

Tuesday, December 23, 2014

DAP Cari Pasal Dengan PAS Lagi

Seperti yang kita semua dah maklum, dalam PAS ada dua jenis kumpulan . Satu kumpulan 'tradisional' PAS yang masih lagi berpegang dengan perjuangan asas parti itu antaranya dalam soal perlaksanaan hukum hudud dan satu lagi golongan yang 'liberal' dalam PAS yang dilihat boleh berkompromi dalam hal-ehwal Islam dengan sekutu mereka dalam PR.


Kedua-dua kumpulan ini mempunyai penyokong masing-masing, namun dalam struktur kepimpinan PAS yang sedia ada pada hari ini, golongan 'liberal' dilihat mencatur pergerakan parti itu . Kumpulan 'tradisional' atau lebih dikenali sebagai kumpulan ulama PAS pula dilihat seperti berat mulut nak menegur tolak ansur melampau golongan 'liberal' dalam parti itu.

Mungkin dengan menyedari kekuatan kumpulan 'liberal' ini di dalam PAS , KM Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP sekali lagi membidas PAS apabila beberapa pemimpin parti itu menyatakan hasrat perlaksanaan hudud di negeri Kelantan. Memetik artikel yang dikeluarkan portal FMT ;

"Guan Eng dalam siri ‘serangan’ terbarunya ke atas PAS kelmarin menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan Hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan."

Kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng ini jelas menunjukkan pelan pelaksanaan hudud di negeri itu cukup tak disenangi beliau. Sekutu rapat DAP iaitu PKR juga dilihat tidak setuju dengan perancangan PAS apabila mengeluarkan kenyataan yang senada . Kumpulan Erdogan di dalam PAS pula dilihat memilih untuk berdiam diri atau 'playsafe' , kita tak nampak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Khalid Samad, Mat Sabu, Mr. Bean aka Mahfuz Omar dan lain-lain yang seangkatan dalam mempertahankan perancangan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS Kelantan.

Pemimpin2 Erdogan PAS ini mungkin mempunyai kepentingan tersendiri apabila memilih untuk 'playsafe' berbanding bersoladiriti bersama-sama kepimpinan ulama PAS yang lain. Mat Sabu misalnya pernah dilantik memegang jawatan tertentu oleh DAP Pulau Pinang. Bayangkan apa yang akan dilakukan DAP Pulau Pinang sekiranya beliau memilih untuk bersama-sama kepimpinan ulama PAS ? Sebelum ini pun dah pernah berlaku apabila salah seorang kepimpinan tertinggi dalam kerajaan negeri yang tidak bersetuju dengan beberapa dasar yang diperkenalkan rejim DAP Pulau Pinang dipecat .

Mungkin ini yang ditakuti Mat Sabu , beliau mungkin tak rela kehilangan pendapatan dan memilih untuk menjadi 'pak turut' DAP . Dengan senario yang berlaku sekarang, PAS umpama 'time-bomb' dalam PR , mungkin sudah tiba masanya untuk PAS memikirkan semula kedudukan mereka dalam PR yang selama ini hanya dipergunakan DAP dan PKR . Kemenangan di beberapa kerusi Parlimen dan DUN oleh DAP dan PKR pun mengharapkan belas ehsan dari penyokong-penyokong PAS itu sendiri.

Friday, December 12, 2014

Fitnah : Identiti Cybertrooper Bakal Didedah SKMM?

Pemergian Ketua Pengarah JASA, Allahyarham Datuk Fuad Hassan baru-baru ini, secara peribadi merupakan satu kehilangan pada penulis. Penulis merupakan antara salah seorang 'follower' beliau di laman Twitter dan kerap membaca cetusan-cetusan pendapat beliau di ruangan Twitter. Penulis tergerak untuk menulis artikel ini selepas membaca satu komen yang agak kurang ajar dengan bekas 'sahabat' sparring di laman komen Malaysiakini , guna nama pena RajaMohdShahrim . Komen-komen beliau di laman Malaysiakini bersifat provokatif dan terang-terangan menghasut. Lagi kuat menghasut lagi banyak bayaran yang diperoleh barangkali. Apa yang beliau komen di portal pro-pembangkang itu lebih bersifat serkap jarang tanpa fakta-fakta yang sahih. Terbaru, pemergian Allahyarham Datuk Fuad pun nak dijadikan bahan politik, seolah-olah tiada rasa sifat ukhwah sesama Islam.



Tuduhan beliau di laman Facebook baru-baru ini agak melampau, sahabat blogger BadutRakyat dalam artikel beliau baru-baru ini memberikan penjelasan bagi menangkis tuduhan yang dilemparkan 'macai' PKR ini. Memetik artikel yang ditulis blogger BadutRakyat;

http://badutrakyat.blogspot.com/2014/12/kurang-ajar-ds-shaberyc-dan-pdrmsia.html

Jabatan Hal Ehwal Khas atau JASA Ditubuhkan pada 11 Mei 1960 dengan nama Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK).Tujuan asal penubuhan BHEK adalah untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan politik dan kerajaan Perikatan.Memberi kesedaran dan kefahaman yang berkualiti,tepat dan jelas dalam aspek siasah dan agama.Menyediakan laporan maklum balas dengan tepat,semasa dan sahih mengenai isu-isu siasah dan agama.Menyediakan bahan-bahan penerbitan dan multimedia yang bermaklumat semasa mengenai siasah dan agama.Menyedia dan memberi khidmat kepakaran komunikasi bersemuka kepada masyarakat.Memberi khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek kewangan dan sumber manusia dan Bertindak atas prinsip `Kebenaran Terserlah Negara Cemerlang` dalam melaksanakan tugas.objektif JASA adalah untuk Membentuk masyarakat Malaysia yang berkeyakinan diri,matang,kukuh nilai moral dan berjiwa patriotik.Menggalakkan persekitaran politik yang lebih kondusif bagi mendorong proses integrasi nasional tercapai serta Menyedia dan memastikan penyebaran maklumat yang sistematik melalui media konvensional (perhubungan)

Tuesday, December 9, 2014

Fitnah PERMATA : U-Turn Naib Ketua Wanita PKR


Pemimpin-pemimpin PKR memang cukup gemar buat fitnah. Masing-masing berlumba buat fitnah untuk mengejar populariti di kalangan ahli. Fitnah bagi pemimpin-pemimpin PKR ini adalah satu pelaburan masa depan. Dengan fitnah yang mereka buat sekarang, boleh menjamin dan mengukuhlan kedudukan mereka di masa depan. Kalau semalam cerita pasal Rafizi punya fitnah terhadap Najib Razak sampai kena saman, hari ni cerita pasal sorang lagi pemimpin PKR, Haniza Talha yang buat fitnah terhadap PERMATA.


Dalam satu artikel yang diterbitkan Suara Keadilan pada 12 Oktober 2014, Naib Ketua Wanita Keadilan itu mendakwa subsidi rakyat dipotong disebabkan kerajaan mahu salurkan peruntukkan kepada program PERMATA. Jelas sekali apa yang diucapkan beliau adalah berbentuk kenyataan dan bukan persoalan. Berikutan kenyataan yang dibuat itu, wakil PERMATA telah membuat laporan polis.


Berikutan laporan yang dibuat itu, Naib Ketua Wanita PKR itu telah dipanggil polis untuk siasatan. Sikap talam dua muka dan hipokrit beliau terserlah apabila   gelabah dalam soal siasat dengan polis dan menafikan apa yang diperkatakan beliau dalam Suara Keadilan ialah pernyataan tetapi adalah persoalan. Tak cukup dengan sikap hipokrit, ditambah pula dengan sikap bangsat apabila cuba mengheret rakyat untuk melindungi diri sendiri dek tuduhan ala 'sundal' yang dibuat beliau.


Jelas sekali Adun PKR ini memang cukup pandai konar baring. Bila dah terperangkap, maka dia mula buat kenyataan-kenyataan minta simpati seolah-olah mewakili rakyat. Dengan apa yang diperkatakan beliau sebagai 'pertanyaan' ini, maka fitnah beliau sebelum ini yang kononnya subsidi rakyat dipotong untuk program PERMATA adalah fitnah semata-mata. Inilah pemimpin2 PKR ...Buat Fitnah Dulu Kemudian Nafi atau Minta Maaf, prfttt..



Monday, December 8, 2014

Cubaan Rafizi Kembalikan Populariti Undang Surat Saman

Tempoh selama 2 minggu diberikan pada Rafizi Ramli dan Tony Pua untuk menarik kembali kenyataan fitnah mereka terhadap Perdana Menteri yang berhubung kait dengan dana 1MDB. Rafizi yang sebelum ini mendapat kecaman ramai ahli PKR kerana kegagalan 'Kajang Move' yang dirancang beliau dilihat cuba meraih kembali populariti dengan tuduhan yang dibuat terhadap Perdana Menteri baru-baru ini. Najib melalui peguam beliau mahu Pua dan Rafizi membuat kenyataan permohonan maaf dalam tempoh 14 hari di dalam 2 akhbar arus perdana atau menghadapi tindakan undang-undang. 



Harapnya tindakan saman yang dibuat oleh Najib terhadap dua pemimpin pembangkang ini turut menjadi ikutan pemimpin-pemimpin BN yang lain. Kerap kali kita lihat hanya pemimpin pembangkang yang mengemukakan saman, elok lah kini perkara yang sama turut dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN . Penulis juga harap, tindakan saman ini tak terhad kepada pemimpin-pemimpin pembangkang saja malah elok juga diluaskan pada penulis-penulis blog, portal2 yang dilihat menjadi penambah perisa dalam menyebarkan fitnah. Dah terlalu ramai penulis blog dan portal pro-kerajaan menjadi mangsa surat saman pemimpin-pemimpin pembangkang ini.

Tindakan Najib menghantar surat saman kepada kedua-dua pemimpin pembangkang ini dilabel mereka sebagai tindakan untuk menakut-nakutkan dan menutup mulut, ironinya apabila perkara yang sama dibuat oleh pemimpin mereka ia tidak menjadi satu kesalahan . Ini lah hipokrasi tahap tertinggi pemimpin-pemimpin pembangkang, kononnya mereka melaung-laungkan kebebasan bersuara namun apa yang kita nampak sekarang mereka hanya laungkan kebebasan bersuara untuk diri mereka sendiri. Penulis amat berharap Najib meneruskan tindakan saman sekiranya kedua-dua pemimpin pembangkang ini tidak menarik kembali tuduhan mereka. Dah terlalu banyak kerosakan yang dibuat.

Mungkin pada ketika ini Rafizi sedang berkira-kira untuk mempertimbangkan tawaran yang dibuat oleh peguam Najib itu , namun penulis percaya Rafizi yang terkenal dengan sikap egois dan tak nak mengaku kalah tu akan tetap dengan kenyataan dan tuduhan beliau sebelum itu. Rafizi sedar, survival beliau dalam PKR disebabkan ada kabel kuat, beliau juga sedar majoriti akar umbi dalam PKR sendiri dah cukup menyampah dengan beliau. Sesuatu mesti dibuat untuk kembalikan kredebiliti yang dah menjunam teruk sejak 'Kajang Move' yang kononnya dirancang beliau. 


Monday, December 1, 2014

Blogger Bangang : Tempat Pertama Jatuh Kepada ....

Penulis merujuk kepada ucapan PM baru-baru ini yang mengatakan terdapat 'blogger bangang' yang dah puas mencekik a.k.a mentekedarah hasil dari UMNO dan kerajaan BN sebelum ini cukup ligat menghentam UMNO sendiri , hantam jenis kow kow punya . Takde nya 'friendly fire' . Kita pun boleh mengagak siapa blogger-blogger ini .

Mereka ini merasakan diri mereka dalam kelas tersendiri kumpulan bloggers di Malaysia, penulisan artikel dalam English kononnya mereka tahu segalanya . Apa yang dimaklumkan pada mereka adalah sumber-sumber dalaman kerajaan . 'Connection' mereka cukup kuat KONONNYA sehinggalah salah seorang dari mereka terkantoi tulis artikel fitnah beberapa bulan lepas dan segera memadamkan artikel berkenaan. Maaf pun takde .

Ini lah perangai sial 'blogger-blogger elit' ini . Kalau diperhatikan 'lifestyle' blogger-blogger elit ni , memang boleh tahan 'masyukkk' , entah dari mana hasil dan sumber yang diperoleh . Ada di antara mereka juga dah puas menjawat jawatan-jawatan penting dalam badan2 berkaitan kerajaan dan sebagainya .Setelah puas melantak dan mengketedarah 'life support' yang UMNO/Kerajaan BN berikan pada mereka, tiba satu ketika di kedudukan selesa mereka meng 'anjing' kan UMNO dalam artikel-artikel tulisan mereka.

Penulis setuju, UMNO bukanlah parti yang 'perfect' pasti ada 'defect' atau cacat-cela disebabkan beberapa individu dalam UMNO yang langsi, namun disebabkan permainan beberapa individu ini seluruh organisasi UMNO dan kerajaan BN di 'celaka'kan malah apa yang ditulis mereka itu dijadikan modal oleh pembangkang dan anjing-anjing mereka untuk menghentam UMNO dan kerajaan BN.

Bila penulis kata ada di antara blogger-blogger 'elit' ini yang dah pernah buncit perut mereka dek mengketedarah hasil bantuan UMNO/BN pada beliau di satu ketika dulu sebenarnya penulis rujuk bekas Ketua Editor NSTP . Penulis dah pernah keluarkan artikel mengenai apa yang pernah beliau peroleh dahulu semasa era Tun Dr. Mahathir jadi PM. Jadi sempena ucapan PM mengenai 'Blogger Bangang' tak kenang budi ni , elok lah penulis 'copy paste' semula artikel yang pernah diterbitkan itu.

Rujukan :http://bidaman.blogspot.com/2014/01/kadir-jasin-tolong-jawab-rm1-sesaham.html

Dari rujukan di internet Kadir Jasin sekarang merupakan Ketua Pengarang di Berita Publishing dan memegang jawatan itu sejak tahun 2000 lagi. Berita Publishing (BPSB) ditubuhkan sejak tahun 1973, pada 1 September 2000 ia dipindahmilik kepada syarikat Alaf Positif Sdn Bhd (APSB).



sumber: 

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS%5CAnnweb.nsf/LsvAllByID/482568AD00295D074825691200364E7D?OpenDocument

Kadir Jasin dikatakan melepaskan jawatan beliau dalam NSTP pada 1 Jun 2000, kemudian memegang jawatan sebagai Ketua Pegarang di Berita Publishing yang dipindah milik pada Alaf Positif Sdn Bhd . Kalau dilihat dari sumber bursa Malaysia , 4,000,000 saham Berita Publishing dijual pada Alaf Positif Sdn Bhd dengan hanya nilai RM1 sesaham pada 28 Jun 2000.  Beberapa persoalan di timbulkan ;

1. Kerana tiada sasaran kewangan yang disediakan pada masa itu, ia agak sukar untuk menilai BPSB, yang pada ketika itu merupakan syarikat milik penuh NSTP. Oleh itu, sehingga kini para pemegang saham minoriti NSTP dan awam tidak tahu berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh NSTP dalam penjualan saham BPSB kepada APSB hanya pada kadar RM1.00 sesaham.


2. APSB telah ditubuhkan pada 29 Jun 1999, dan terbitan dan berbayar modal hanya RM100, 000 yang terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu. Jadi apakah justifikasi yang membolehkan APSB membeli 4,000,000 saham BPSB ?


Persoalan sekarang Alaf Positif Sdn Bhd ni siapa punya ? Dia punya penubuhan pun setahun sebelum Berita Publishing Sdn Bhd diambil alih . Macam ada perancangan rapi , sudah lah tu diambil alih dengan harga yang murah iaitu RM1 sesaham . Dengan perkembangan teknologi internet sekarang dan macam2 bahan bacaan yang mudah didapati melalui online , tak salah kalau penulis katakan 'bisnes' Berita Publishing ni tak berapa nak elok . MUNGKIN ada beberapa permintaan yang dibuat kepada pihak kerajaan tetapi tak dilayan lantas menimbulkan rasa tidak puas hati , lalu salah satu cara untuk mendesak ialah 'membalun' pimpinan tertinggi .  Ini lah yang paling aku kesalkan bila orang 'membalun' sebab ada kepentingan diri sendiri tak dipenuhi . Lagi satu apa ingat lagi cerita antara Zaid Ibrahim dan Kadir Jasin ? Who is the "Gang of Four" ? Nanti lah ... kalau rajin cari lah

Tuesday, November 25, 2014

Tandatangan Rosmah Mansor Tak Bernilai

Semalam, isteri Perdana Menteri dah buat kenyataan dengan jelas iaitu tolak je mana-mana permohonan projek yang bermodalkan nama beliau . Eloklah Rosmah buat kenyataan secara terbuka tu semalam, kita tahu ramai yang cuba berbaik-baik dengan beliau sebab ada kepentingan peribadi. Dek kerana sikap jual nama untuk dapatkan projek ni lah yang menyebabkan ada saja pelbagai tuduhan terhadap beliau, walhal yang buat taik si kaki ampu di yang ada keliling beliau .


Bila gagal dapatkan projek maka mula lah buat cerita dan macam-macam lagi . Bukan kita takde contoh ... banyak contoh , ramai bekas pemimpin UMNO yang dok hantam kerajaan sekarang pun kaki projek. Dah tak dapat habuan maka mula lah depa ni sebar segala cerita, termasuk hal ehwal sulit. Sikit punya celaka ke ?

Dari petikan portal The Star; http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/11/25/rosmah-lobi-projek/

"Sesiapa yang menggunakan nama saya , saya minta pejabat dan kementerian tidak meluluskannya ," kata beliau pada majlis himpunan tahunan Skuad Sayang di Hotel Sri Pacific di sini, Isnin. 

 Beliau berkata terdapat kes di mana projek-projek yang dicadangkan mendakwa bahawa beliau mempunyai 20 atau 30 peratus kepentingan di dalamnya . 

 "Bagaimana ketua-ketua jabatan boleh meluluskan projek-projek tersebut tanpa memeriksa fakta dengan saya? " tanya Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang. Rosmah berkata cara terbaik untuk memeriksa masalah itu ialah dengan menolak serta-merta orang-orang yang menggunakan namanya . 

 " Saya juga tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani apa-apa. Tandatangan saya tidak bernilai ," tegas beliau.


Jadi berdasarkan ucapan beliau semalam, kita harap Ketua-ketua Jabatan pls take note lah yea .... Rosmah sendiri kata tandatangan dia tak bernilai, jadi sesiapa yang menjual nama beliau eloklah si ketua-ketua jabatan ni pergi check dulu dengan tuan punya tubuh badan sendiri . Aku tahu ada di antara si ketua-ketua jabatan ni akan terus luluskan tetapi pada masa yang sama sebarkan cerita buruk pasal Datin Seri tanpa check dulu . Jadi jangan jadi bodoh ... Rosmah punya tandatangan takde nilai. Boleh frame kan artikel yang dikeluarkan oleh The Star online ni dan letak kat bilik pejabat masing-masing untuk rujukan.


Apa pun kenyataan yang dikeluarkan Rosmah semalam dah tentu mengecewakan geng-geng kaki projek yang tengah beratur nak menghimpit. Nak cari projek, guna lah cara yang betul , bila guna nama isteri PM dah tentu-tentu merosakkan lagi nama dia yang selama ni dah diburukkan dek fitnah pembangkang . Jadi penaung program PERMATA pun dah kena fitnah sedangkan orang yang fitnah tu tak tahu pun audit PERMATA tu sendiri. Pakai main sembur je.


Tuesday, November 18, 2014

Sasterawan Negara 'Hentam' Melayu

Penulis terbaca dalam satu artikel yang diterbitkan portal pro-pembangkang Malaysiakini mengenai gesaan A. Samad Said yang menggesa NGO-NGO Melayu perlu ikut contoh NGO Beng Hock berkaitan kemaitan dalam tahanan. Pak Samad kata masyarakat Tiong Hua lebih prihatin berbanding NGO Melayu dalam isu-isu sebegini. Memetik laporan Malaysiakini ;


"Pak Samad membangkitkan bagaimana kes kematian bekas pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamed dan pembantu ahli politik Teoh Beng Hock yang mendapat reaksi berbeza daripada masyarakat Melayu dan Cina."

Seperti yang kita tahu, kes ini memang disiasat, tak boleh sesuka hati nak tuduh orang itu atau orang ini bertanggungjawab . Kita boleh nampak apa yang dibuat oleh NGO Beng Hock ini lebih menjurus kepada nak meletakkan tuduhan kepada badan kerajaan yang menyiasat. Dalam artikel sebelum ni penulis dah pernah nyatakan, kalau seseorang individu yang disiasat atau ditahan tu nak bunuh diri dalam tahanan, tuduhan tak boleh dilelakkan sepenuhnya ke atas pihak berkuasa yang menahan.

Contohnya dalam kes Beng Hock dan Sarbaini, walaupun pemantauan ketat dilakukan ke atas kedua-dua individu berkenaan, penulis pasti kalau dah tekad nak bunuh diri apa yang boleh dilakukan lagi? Takkan lah sampai ke jamban pun pegawai SPRM yang menyoal siasat kedua-dua individu berkenaan kena 'follow' . Kalau dah sampai tahap tu, ada pula barua-barua dari NGO Hak Asasi Manusia acuan PR akan meroyan sedangkan mereka hanya disoal-siasat dan belum pasti lagi pesalah.

Dengan adanya NGO-NGO sebegini seperti yang diminta Pak Samad, apa yang boleh mereka buat selain jadi pendesak dan agen untuk membenci kerajaan ? Bodoh dan bangang bila ada tuduhan dan suara-suara sumbang dari NGO Beng Hock mengatakan SPRM ada kaitan dengan kematian Beng Hock, tuduhan dibuat seolah-olah SPRM yang membunuh Beng Hock. Kalau difikirkan logik mudah, seorang pembunuh takkan bunuh mangsa di tempat yang paling mudah beliau disyaki. Dari situ dah timbul pelbagai persoalan yang meragukan.

Kenyataan Pak Samad mungkin dibuat atas sebab kemaruk perhatian . Mungkin dah makin tak popular atau makin ramai yang dah meluat dengan konco-konco Anwar . Pak Samad kita tau dulu memang penjilat tegar kerajaan BN, dah puas dapat pelbagai keuntungan dan penghormatan tapi mulai lupa diri . Entah apa habuan yang beliau peroleh bila tiba-tiba beralih arah. Tak apa lah Pak Samad pun dah tua, janggut makin putih dan makin panjang tapi akal makin singkat. Terus mengelamun dek puisi-puisi khayalan yang syok sendiri.

Monday, November 17, 2014

Nik Aziz Bidas DAP 'Bodoh'

Hubungan politik antara DAP dan PAS makin lama makin meruncing . Gabungan PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat mungkin tak lama lagi hanya tinggal gabungan PKR dan DAP sahaja . Apa yang boleh diperhatikan sekarang, puak-puak bukan ulama dalam PAS cuba sedaya upaya nak terus kekalkan gabungan DAP-PAS-PKR dan terus menjadi 'anjing' kepada DAP dan PKR . PKR dan DAP sedar tanpa PAS, aktiviti-aktiviti yang melibatkan himpunan secara besar-besaran yang selalu mereka lakukan mungkin tak akan berjaya .


Lihat saja bagaimana perhimpunan yang dibuat untuk menyokong Anwar semasa perbicaraan di mahkamah baru-baru ini mendapat sambutan hambar . Mereka gagal gerakkan sokongan terhadap Anwar kerana elemen PAS makin lama makin terhakis dalam gabungan Pakatan Rakyat. PAS mungkin sedikit demi sedikit sedar bahawa selama ini mereka telah di 'anjing' kan dalam PR, titik tolak kesedaran ini mungkin semasa berlaku krisis 'Kajang Move' di mana pemimpin-pemimpin parti itu telah dihina oleh beberapa pemimpin besar PKR dan DAP.

Baru-baru ini DAP membuat kenyataan yang seolah-olah memaksa Presiden PAS untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Kenyataan dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta Presiden PAS , Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir selepas beberapa bulan Presiden parti itu gagal  menghadiri mesyuarat . Hari ini, Mursyidul AM PAS Datuk Seri Nik Aziz menempelak DAP sebagai reaksi gesaan yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu . Dalam satu kenyataan yang dibuat Nik Aziz berkata ketidakhadiran Hadi sepatutnya tidak dipersoalkan kerana beliau ada alasan yang tersendiri.


"Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka semalam.

Tahniah penulis ucapkan kepada Mursyidul Am PAS kerana sekurang-kurangnya berani membuat kenyataan 'makan dalam' kepada Lim Guan Eng dan DAP . Kita tengok lepas ni apa pulak reaksi DAP. PKR macam biasa 'play safe' , diaorang tak boleh lebih-lebih sebab keadaan Anwar sekarang seperti telur di hujung tanduk . Kalau buat kenyataan yang kurang menyenankan PAS dah tentu sekali perancangan nak buat huru-hara kalau Anwar kena sumbat penjara atas kesalahan liwat tentu gagal .

Tuesday, November 4, 2014

Penyokong Kuat PKR Nak Ludah Muka Rafizi Ramli

Ternampak satu posting FB dari seorang penyokong tegar Pakatan Rakyat, orang gelar mamat ni Jamil Kucing...memang selalu turun ni kalau ada je program2 anti-kerajaan , muka dia ni memang tak pernah miss... Apa yang menarik nak diceritakan ialah pasal dia bengang sangat dengan Abam Rafizi Ramli sampai ke tahap nak LUDAH MUKA. 

Dah post kat FB , segala perangai hipokrit Rafizi diceritakan ... ini bukan pasal apa pun. Aku agak Jamil Kucing bengang sebab dah tak ramai yang hadir dalam perbicaraan kes liwat Anwar , masing-masing dah takde mood. Bila dah jadi macam ni ada je la orang nak dipersalahkan . 


Target si Jamil Kucing ni si Rafizi Ramli... antara pemimpin PKR yang mana ramai ahli-ahli PKR sendiri cukup meluat. Sebab apa depa meluat.. aku pun tak pasti , tapi dari kenyataan yang ditunjukkan si Jamil Kucing ni , nampak sangat si Rafizi Ramli ni cukup kuat mengampu Anwar , dilantik jadi Setiausaha Agung pun mungkin sebab kuat mengampu , mungkin sebab tu ramai yang tak puas hati . 



Rafizi kalau bab bercakap memang nombor satu, cakap macam berjiwa rakyat bla bla bla .... kalau betul sangat berjiwa rakyat, kenapa ramai ahli-ahli lama dalam PKR ni cukup terbakar dengan dia ? Nak kata depa jeles sebab Rafizi Ramli ni muda lagi , tak jugak . Ramai jugak pemimpin PKR macam Nik Nazmi tu muda belia...tak kena attack sampai macam ni sekali pun . Apa pun , gudluck Rafizi ...semoga berjaya jadi pemimpin yang dibenci oleh ahli parti sendiri. 


Monday, November 3, 2014

Projek 'Laluan Basikal di Penang' Lubuk Buat Duit ... Siapa Untung ?

Satu artikel yang dikeluarkan portal FMT 3 hari lepas boleh dikatakan agak kontroversi. Ia melibatkan 'pembinaan' lorang basikal sepanjang 12km yang menelan belanja RM30 juta . Penulis tak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan yang dibuat oleh aktivis yang bernama Ong Eu Soon ini, namun menurut beliau paling banyak pun perbelanjaan untuk pembinaan laluan basikal sepanjang 12km ini ialah RM6 juta , itu pun dah kira mark-up 60% ! Hal berkenaan pembinaan lorong basikal sepanjang 12km yang bernilai RM30 juta ni telah diwar-warkan sejak tahun 2012 lagi . Artikel Malaysian Insider pada 11 October 2012 telah menyiarkan kenyataan KM Pulau Pinang pada ketika itu yang menyebut mengenai fasa pertama pembinaan laluan berkenaan.


Menurut artikel portal berkenaan, projek laluan basikal ini adalah kerjasama 5 buah syarikat dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Syarikat-syarikat yang dikatakan terlibat ialah IJM Land, Tropicana Ivory, GSD Land, CP Landmark dan Asia Green Group . Mungkin pada ketika artikel itu disiarkan, isu harga RM30 juta itu tenggelam dek isu-isu lain yang mungkin lebih panas. Penulis cuba buat semakan di beberapa laman web mengenai kemunasabahan harga laluan basikal di Pulau Pinang. Dari apa yang ditunjukkan di laman web ;

http://www.pedbikeinfo.org/planning/facilities_bike_bikelanes.cfm


Kos untuk pembinaan laluan basikal yang mempunyai kelebaran 5 kaki ialah dalam sela  $5,000 hingga $535,000 per mile atau lebih kurang  [ (5,000 * 3.4) / (1.6) ] = RM 10,625 / km - RM 1,136,875 / km .


Kalau ambik paling mahal punya harga pun , kos laluan 12km patut RM 1,136,875 x 12 = RM 13,642,500 ... RM 13.6 juta pun paling mahal , ini berdasarkan kos study yang dibuat oleh University of North Carolina ,, gua bukan pakai sembur je tulis. Jadi dari projek ni kita boleh nampak ada orang buat untung melampau dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang .


Bila dah ada laluan basikal .... mestilah ada basikal untuk disewakan pulak, projek ni memang boleh buat duit , tapi nak 'cover' diaorang kata lah demi environment... persekitaran yang sihat dan macam2 lagi .. bla bla bla . Berapa ramai lah yang nak guna sangat laluan basikal tu ? Jangan tak lama lagi kita nampak Mat Bangla dan Mat Indon lagi ramai guna laluan RM30 juta tu berbanding rakyat Pulau Pinang sendiri . 

Baru-baru ni sebuah syarikat yang namanya Public Bike Share Sdn Bhd memenangi tender untuk uruskan hal ehwal penjagaan, dan penyelenggaraan basikal yang akan digunakan orang ramai kelak. Tender MPPP yang dimenangi bernilai RM 9.2 juta dibiayai oleh sektor swasta . Tak dinyatakan apa nama sektor swasta tu .. alangkah baik kalau kerajaan Pulau Pinang menamakan syarikat mana yang sanggup bayar RM9.2 juta itu . Kita nak bagi 'kredit' kerana usaha murni syarikat berkenaan . Rakyat juga nak tahu .. siapa di belakang Public Bike Share Sdn Bhd ... kena tahu semua tu , kan kerajaan Penang ni telus ..




Friday, October 31, 2014

Blogger Perasan Intelek Kena Balun di Belakang

Gua memang anti betul dengan sorang blogger ni..bila menulis seolah olah dia lah saja yang betul dia lah paling bijak...segala gala pasal dia. Gua pernah gelar blogger ni "Shit Inside His Head" , sebab dalam kepala hotak dia penuh informasi2 najis yang kononnya dia dapat info dari orang dalam...konon boleh dipercayai...blah la lu, hari tu kantoi tulis artikel fitnah lepas tu delete..ingat orang lupa ke?

Ok artikel ni aku copy paster dari blog ni..

http://asas2020.blogspot.com/2014/10/apa-motif-najib-razak-lantik-orang-gila.html

Banyak juga penjelasan yang membalas tuduhan blogger "shit"

Salah satu tanda soal besar dalam keputusan kerajaan Najib Razak ialah tindakan melantik orang yang tidak sihat mental seperti Syed Akbar Ali yang juga dikenali sebagai Blogger "Outsyed the box" ke dalam panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Jika dulu-dulu Syed Akbar gila membelasah ulama dan mufti kononnya beliau paling bijak dalam hal agama biarpun sepatah bahasa arab pun tidak boleh difahaminya.

Sekarang kegilaan terbaru Syed Akhbar ialah memberi fakta bohong dan palsu berkenaan dengan kerajaan.

Dalam artikel terbaru "We're Witnessing The End Of The Oil Era", beliau menulis, 

Pendek kata oil is going to go lower throughout 2014 and into 2015. Goldman Sachs even forecasts US80 per barrel up to 2016.

So when is the price of petrol going to go down in our country, which produces 650,000 barrels a day? Or at least RON 97 which is not subsidised. Since RON 97 is not subsidied why doesnt the price of RON 97 decrease?

The oil price in the rest of the world has decreased. 2016 is the UMNO elections. 2018 is the General Elections. If oil prices remain weak throughout 2014 to 2016 (which I think they will) Petronas' revenue will be severely affected.

The gomen's revenue will be affected. Macam mana nak bayar gaji kakitangan kerajaan?

Macam mana nak pergi shopping di London untuk beli handbag?

How to keep burning billions for projects that DO NOT MATERIALISE like AES (money spent project batal), fuel subsidy management (money going to be spent project batal), 1MDB (black hole), sturgeon farming (money spent tapi project batal), or going into cost overruns (RM4 bil for KLIA2), money spent tapi rumah tak jadi (PR1MA housing).

It is just endless. All this is going to come to a head around 2016-2018. After that the BN will lose the elections. Rotunda will have to cook her own rice.
Keseluruhan tulisan Syed ini merupakan satu penyelewengan fakta yang bertujuan menghasut orang ramai membenci kerajaan.

Pertama Syed mengaitkan pemilihan UMNO 2016 dan pilihan raya 2018 dan isu pendapatan PETRONAS dan Negara akan berkurangan. Apa tujuan? Memang susah mahu faham tulisan blogger "mental" macam Syed ini yang perasan beliau paling hebat dan paling pandai.

Mungkin beliau mahu memberitahu UMNO ambil duit kerajaan untuk pemilihan dan pilihan raya? Bagaimana tuduhan ini boleh dibuat oleh seorang ahli panel SPRM? 

Panel penasihat SPRM ini pula membuat mengaitkan pula kejatuhan pendapatan kerajaan dengan gossip mengenai "kegiatan membeli belah beg tangan di London." 

Apakah kenyataan ini bukan ingin membuat saranan secara tersembunyi bahawa pemimpin Negara menggunakan wang kerajaan untuk kepentingan peribadi sesuka hati?

Kedua, Syed memberi fakta yang salah dan mislead pembaca dengan menyatakan 

1. AES dibatalkan. Adalah tidak benar AES dibatalkan kerana sehingga sekarang ia diteruskan. Apa yang berlaku hanyalah perubahan pengurusan AES.

2. Pembatalan pengurusan sistem subsidi petrol merugikan wang Negara yang banyak. Ini juga merupakan satu pembohongan. Sistem Susbsidi petrol masih diperingkat kajian dan kerajaan tidak pernah membayar kepada mana-mana syarikat pun. 

3. 1MDB (Black hole). Apa maksud Syed dengan kenyataan ini? Orang akan beranggapan 1MDB mengalami masalah kewangan yang besar dan bakal meruntuhkan Negara. 

Sedangkan fakta sebenar 1MDB merupakan konglomerat besar yang sungguhpun mempunyai hutang besar tetapi juga asset besar. Kerajaan hanya memberi jaminan kepada sebanyak RM 5.8 billion atas hutang 1MDB. Ini bermakna jika ditakdirkan 1MDB muflis pun, ia hanya membabitkan tidak sampai 5 peratus bajet Negara. Bagaimana ia boleh dianggap "black hole"?

4. Projek ikan sturgeon juga bukan projek kerajaan. Dan menyatakan projek ini telah dibatalkan menyebabkan berlaku kerugian atas perbelanjaan ADALAH SATU PEMBOHONGAN lagi.

5. Syed juga mendakwa perbelanjaan RM 4 billion untuk KLIA2 merupakan satu perbelanjaan yang melampaui. Malangnya sekali lagi dakwaan Syed ini langsung tidak disokong oleh kiraan yang munasabah atau pandangan yang berwibawa.

6. Dakwa syed, Wang dibelanjakan tetapi Rumah Prima tiada! Kita mahu tahu fakta dan statistik mana menyatakan wang telah dibelanjakan tetapi rumah PRIMA tidak siap?

SEHINGGA KINI BELUM ADA SEBUAH PROJEK PERUMAHAN PRIMA YANG TERBENGKALAI. TIDAK PASTILAH KITA JIKA SYED ADA KEPAKARAN MENGURUSKAN PROJEK PERUMAHAN YANG BOLEH SIAP SEKELIP MATA.

Sejak kebelakangan ini Syed Akhbar telah membuat pelbagai kenyataan memburukkan Perdana Menteri dan kerajaan tanpa sebarang bukti. 

Sekali sekala Syed perlu ukur baju di badan sendiri. Apakah kejayaan beliau yang begitu hebat sehingga melayakkan beliau membuat pelbagai kenyataan dan tuduhan tanpa disokong oleh bukti?

Cukuplah Syed! Muhasabah diri, jangan rosakkan imej kerajaan kerana Perdana Menteri tidak mahu mengikut cakap anda!

Mungkin kerana terlalu banyak berfikir luar kotak, akhirnya blogger ini sudah jadi gila!

"Kami Mahu Anwar ke Penjara" - Rakyat

Hari Jumaat, 31 Oct 2014 .. mungkin hari ini adalah hari terakhir dan hari penentuan samada Anwar Ibrahim akan disumbat ke dalam penjara Kajang atau dibebaskan . Segala-galanya bergantung kepada kebijaksanaan Hakim Mahkamah Persekutuan . Kalau dulu Hakim di Mahkamah Rayuan mengatakan Hakim Mahkamah Tinggi khilaf dalam membuat keputusan membebaskan Anwar berdasarkan rekod dan bukti-bukti , besar kemungkinan perkara yang sama mungkin dipersetujui Hakim Mahkamah Persekutuan, namun segala-galanya tidak mustahil . Mungkin ada yang berpendapat keputusan Hakim boleh dipengaruhi dengan sentimen rakyat terhadap orang kena tuduh, Sebab itu lah Anwar bijak mengatur strategi dengan mengarahkan penyokong-penyokong beliau supaya memenuhi Istani Kehakiman , tindakan ini mungkin untuk menggerakkan momentum bagi menarik lebih ramai orang berhimpun dengan tujuan untuk 'menekan' mahkamah .


Hal yang serupa turut dibuat oleh penyokong2 Saiful Bukhari. Masing-masing mengatakan bahawa keadilan perlu ditegakkan terhadap orang yang mereka sokong. Dalam keadaan sekarang, boleh dikatakan sokongan 'rakyat' terhadap kedua-dua individu ini berdasarkan jumlah 'penyokong' yang hadir di Istana Kehakiman Putrajaya, agak seimbang . Penulis yakin, berdasarkan perkembangan ini faktor tekanan dari 'penyokong-penyokong' yang berhimpun di luar Istana Kehakiman tidak akan mempengaruhi hakim. Tambahan pula, jumlah yang hadir tidaklah seramai mana, tapi yang hadir kita faham ... saja cuba buat ramai dengan terpekik, terlolong dengan aksi yang ala-ala pemberontak, apa pun perkara yang cuba dibuat itu gagal. .... kalau menjadi dah lama portal-portal pro-pembangkang akan hi-lite benda-benda ni.

Walau bagaimanapun, penulis berasa agak pelik kerana jumlah sokongan terhadap Anwar untuk kes liwat 2 tidah se-gah kes liwat yang pertama , malah jumlah sokongan atau kehadiran semasa keputusan pendengaran di Mahkamah Tinggi untuk kes Liwat 2 lebih ramai manusia yang hadir. Penulis yakin ramai di kalangan penyokong Anwar dah makin meluat dengan drama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ni . Mana tak nya, dengan isu Kajang nya yang nampak sangat sikap hipokrit nak menaikkan bini sendiri, itu kronisma secara terang-terangan . Jangan lupa dari isu Kajang Move tu , pemimpin dan penyokong PAS yang begitu kuat menyokong beliau dahulu dah naik menyampah .

Penyokong2 setia Tan Sri Khalid , bekas MB Selangor pun dah tentu simpan dendam dengan Anwar and the gang . Si Azmin Ali pula, kalau Anwar masuk ke dalam maka lebih mudah untuk beliau mengambil alih kepimpinan tertinggi PKR , tapi sekarang sementara tak masuk lagi ke dalam dia 'berlakon' lah .. . dari sudut sokongan rakyat sendiri mungkin dah berpuluh-puluh ribu menyesal tak sudah bagi sokongan pada Anwar , mungkin ramai lagi masih jelas dalam ingatan bagaimana babak video seorang lelaki mirip Anwar bersama seorang budak lelaki lembut 'bersembang' dalam sebuah bilik menggunakan kata ganti diri "I" dan "U" (Rafizi bagi alasan ... Anwar memang peramah orangnya dalam respon terhadap video ittew..)

Apa pun ... pasti ramai yang berdebar-debar menunggu keputusan penghakiman hari ini. Harapnya janganlahh tangguh , dah terlalu banyak tangguh menangguh ni . Lagi tangguh lagi banyak kerosakan di muka bumi Malaysia dibuat dek Anwar and the kronis . Anwar memang cukup cekap belit sampai orang dah 'confuse' antara perkara betul dan tipu . Penulis secara peribadi harap Anwar masuk ke dalam , kalau tak masuk .. si mangsa Saiful Bukhari memang teraniaya lah .

Tapi kita terpaksa akur dengan keputusan mahkamah sebab segalanya berkaitan dengan teknikaliti kes , kalau pandai peguam main bab-bab teknikal , memang Anwar ada can untuk lepas . Bagi penyokong-penyokong Saiful , pemimpin2 pembangkang yang minta Najib campur tangan kes Saiful , korang jangan jadi blur...sebab kalau ada campur tangan kes ni, samada untuk lepaskan Anwar atau sumbatkan Anwar maka apa yang dilaungkan pembangkang selama ini bahawa institusi kehakiman negara ini 'dikawal' kerajaan jadi betul dan sampai bila-bila pun sentimen itu akan lekat.

Monday, October 27, 2014

Anwar Nak Membaruakan Mahasiswa Lagi

Dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh portal milik DAP, Roketkini.com . Naib Pengerusi DAP, Theresa Kok mengecam tindakan UM menghalang program bersama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa universiti berkenaan. Teresa berkata Anwar berhak berucap dimana2 atas kapasiti beliau sebagai seorang wakil rakyat dan ketua pembangkang di Parlimen Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh mana2 pemimpin pembangkang dalam mempertahankan Anwar lebih2 lagi dengan keputusan penghakiman kes liwat 2 yang tinggal sehari saja lagi memang boleh dijangka. Segala isu akan sengaja diperbesarkan bagi meraih simpati rakyat. Bagi penulis, tindakan UM adalah wajar berdasarkan 'history record' Anwar yang cukup bijak menyusun kata2 menghasut pelajar untuk memberontak.

Kalau kita perhatikan sekarang, sokongan orang ramai terhadap Anwar semakin merosot, kalau dulu sekiranya ceramah politik beliau mampu menarik ribuan manusia, keadaan sekarang adalah berbeza sama sekali..kadang-kasang yang hadir pun ratusan orang saja. Dari segi sokongan di kalangan PR sendiri pun kita boleh lihat dah ramai yang tolak Anwar, lebih2 lagi sejak isu penggantian MB Selangor.

Anwar kini mungkin terdesak untuk mendapatkan sokongan. Beliau perlukan 'gelombang' yang pernah dicipta pada tahun 1998 dulu.  Bila ada 'gelombang' seperti ini, mungkin pada beliau keputusan mahkamah pada 28hb nanti dapat dipengaruhi. Mungkin sedar sokongan terhadap beliau semakin berkurangan, idea mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan beliau diolah semula, cuma Anwar lupa mahasiswa zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. Majoriti lebih sayangkan masa depan sendiri melainkan beberapa ekor barua yang dah 'diasuh' sejak awal lagi. 

Dalam menuju status negara maju, majoriti mahasiswa lebih bimbangkan masa depan dan karier mereka. Mereka lebih bimbangkan samada mereka akan dapat pekerjaan bila dah habis belajar lagi. Kalau yang habis belajar pun susah nak dapat kerja apa lagi yang kena buang universiti.

Entah apa yang diracun atau ada 'deal' antara beliau dengan Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol sehinggakan pelajar itu rela memperjudikan status sebagai mahasiswa UM. Bagi penulis, sekiranya Persatuan Mahasiswa UM itu benar2 mahu mengadakan program bersama Anwar, buat saja di mana2 lokasi luar dari UM. Tak perlu guna kemudahan universiti untuk jadi tempat mengapi apikan mahasiswa. 





Thursday, October 23, 2014

Dyana dan Zairil 'Kontrol' Gelabah

Gambar kontroversi Dyana dan Zairil yang tersebar baru-baru ini membuatkan 2 'anak emas' DAP ini mula melatah. Kenyataan akhbar dibuat kononnya penyebaran gambar berkenaan adalah hasil perbuatan politik kotor. 





Istilah politik kotor yang digunakan pembangkang ni bukan perkara baru kita dengar, asal ada di kalangan mereka yang kantoi maka istilah ini akan diulang-ulang. 

Secara peribadi penulis berpendapat, apa korang nak buat itu korang punya pasal...pandai makan pandai simpan, ini bila kantoi korang nak cari silap orang lain. Tolonglah..dah jelak dengar alasan politik kotor tu, lepas tu salahkan orang lain. 

Bukannya penulis minat sangat isu skandal2 ni, cuma apa yang kita meluat ialah bila pemimpin-pemimpin muda DAP ni cuba ditonjolkan sebagai individu yang suci murni walhal ada jugak 'skeleton in the closet' . 

Penulis tertarik dengan satu komen FB yang mendakwa gambar itu sebenarnya tersebar dari FB milik Zairil sendiri. Komentar berkenaan mendakwa keintiman kedua-dua selebriti DAP itu memang dah lama dihidu, tetapi didiamkan saja oleh mereka yang tahu mengenai perkara ini. 

Sejauh mana kebenarannya, penulis pun tak pasti. Cuma apa yang melucukan ialah bila ada dakwaan mengatakan itu gambar edit? Seriously gambar edit? I dont think so..dan ibu kepada Dyana pun melatah bila isu ini timbul, bermatian-matian mengatakan Dyana dan Zairil takde hubungan lovey dovey ni. 

Well makcik ... I tak tahulah kalau dalam dunia ni ada anak mengaku dekat dia punya mak yang dia ada skandal dan dah sampai tahap kissing2 n cuddle2. Ok  my point is...hangpa nak kissing2 ke, cuddle2 ke, lovey dovey ke...itu hangpa punya pasal, aku cuma meluat bila ada perangai hipokrit..tambahan2 pula dari mereka yang bergelar pemimpin, yang mempengaruhi rakyat dengan macam2 ucapan. Kalau orang lain punya silap sedap je korang jaja dalam ceramah, bila sendiri punya silap mulalah nak saman bagai. Duhh


Monday, October 20, 2014

Ikon Anak Muda 'Caras' Suami Orang!

Orang dah cerita lama pasal gambar Dyana Sofea dan Zairil, media arus perdana pun pick-up. Aku mulanya malas nak layan cerita-cerita macam ni, memang dah naik meluat dengan budak2 Melayu DAP yang 'feeling cool' ni. 

Tapi hari ni terpikir, Zairil yang dikatakan ada dalam gambat sensasi berkenaan tu single ke dah kawin. Mula2 aku ingat budak bujang, sekali dari maklumat yang ditunjukkan di Wikipedia dia ni rupanya dah kawin. 

Perghhh...menarik, apa agaknya perasaan si isteri Zairil ni bila nampak Dyana dan Zairil punya gambar yang tersebar tu? Takkan nak merelakan je demi parti?

Untunglah kalau ada perempuan yang sanggup biar si suami bercuddle cuddle dengan perempuan lain. Soo scandalicious! anyway...posting aku ni sebenarnya nak highlite pasal attitude ikon anak muda PR atau lebih spesifik DAP. 

Dengan kejadian gambar yang tersebar bersama suami orang tu...bolehlah kita katakan ikon anak muda  yang dibanggakan DAP ni juga berpotensi untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain.


 Buat isteri2 pemimpin PR, khususnya DAP...hati hatilah bila nampak ikon-ikon anak muda ni dekat2 dengan suami anda. Kalau masih sayang suami , korang 'cantas' dulu sebelum depa 'caras' .

Sunday, October 19, 2014

Tak habis-habis dengan isu 'pendatang'

KENYATAAN MEDIA

Saya mengutuk keras kenyataan Tan Lai Soon, perwakilan PGRM Johor yg dibuat didalam Perhimpunan Agong PGRM hari ini yang mendakwa konon orang Melayu juga adalah kaum pendatang di Malaya ini sama seperti kaum Cina & India.

Kenyataan ini lahir mungkin kerana kebodohan beliau dalam sejarah Malaya ataupun kejahilan dalam geo-politik dan geo-budaya Melayu di nusantara.

Mendakwa bangsa Melayu daripada Indonesia yang berhijrah ke Malaya sebagai pendatang ternyata membuktikan kejahilan beliau.

Bangsa Melayu sudah menduduki arkipelago nusantara Melayu yang merangkumi antaranya Indonesia, Selatan Filipina, Selatan Thailand, sebahagian Kampuchea termasuk Malaya dan Kalimantan sejak sekian lama.

Pergerakan bangsa Melayu di arkipelago ini tidak boleh disamakan dengan perpindahan kaum Cina & India ke arkipelago nusantara Melayu.

Pergerakan bangsa Melayu dalam wilayah nusantara Melayu itu adalah pergerakan biasa bagi mana-mana bangsa didunia ini yang mendiami benua sendiri.

Sebaliknya kaum Cina datangnya daripada benua Cina; manakala kaum India datang daripada benua India. Kedua-duanya benua yang tidak termasuk dalam arkipelago nusantara Melayu - sebab itu mereka dipanggil pendatang sebab mereka melakukan perpindahan benua.

Oleh itu mendakwa pergerakan bangsa Melayu didalam nusantara Melayu sama seperti perpindahan kaum Cina daripada benua Cina dan perpindahan kaum India daripada India ke nusantara Melayu adalah satu putar-belit fakta & sejarah.

Isu seperti ini tidak sepatutnya dimainkan apatah lagi oleh parti komponen BN yang sepatutnya lebih memahami sensiitiviti isu seperti ini.

Persoalan anak watan bangsa Melayu dalam negara ini; ataupun persoalan kewarganegaraan kaum Cina & India dalam negara ini tidak sepatutnya lagi dibangkitkan atau dijadikan bahan politik murahan mana-mana pihak.

Saya mendesak tindakan keras dibawah Akta Hasutan diambil terhadap Tan Lain Soon kerana ucapan ini berbaur hasutan dan menghina bangsa Melayu.

Malahan ucapan seperti ini perlu dihentikan serta merta kerana ini bukan pertama kali wakil PGRM membuat dakwaan seperti ini. Sebelum ini saya percaya  Ketua Wanita PGRM juga pernah membuat dakwaan yang sama.

Oleh itu saya juga mendesak Presiden PGRM, Datuk Mah supaya mengotakan janjinya untuk mengambil tindakan disiplin yang tegas termasuk dipecat sbg ahli terhadap Tan Lai Soon kerana memainkan isu perkauman seperti ini.

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
24 Zulhijjah 1435
19 Okt 2014

Wednesday, October 15, 2014

FITNAH : Editor KeadilanDaily Bakal Kena Siasat?




Lidah rasmi PKR, Keadilan Daily mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang setelah menulis dan menyiarkan artikel yang bertujuan memburukkan reputasi PERMATA. Ini berikutan satu laporan polis yang telah dibuat oleh PERMATA merujuk kepada artikel bertajuk "Subsidi dipotong demi PERMATA Rosmah RM711 juta".

Syabas penulis ucapkan kepada team PERMATA kerana segera bertindak dengan membuat laporan polis. Kalau dibiarkan saja mereka akan jadi makin galak, tengok saja artikel2 fitnah yang pernah disiarkan oleh portal ini yang mana dibiarkan hingga menjadi satu persepsi kuat dikalangan penyokong pembangkang. Laporan polis yang dibuat agak lewat dan akhirnya memberi imej buruk kepada pemimpin dan organisasi dalam kerajaan.

Penulis harap polis dapat menyiasat kes ini sebaik mungkin dan membawa pihak2 bertanggungjawab ke muka pengadilan secepat mungkin. Mungkin juga pihak PERMATA boleh ambil tindakan yang serupa terhadap mana2 lagi portal atau terbitan bercetak yang menyiarkan artikel berbaur fitnah terhadap PERMATA. 

Agensi2 lain yang turut dan pernah difitnah oleh media pembangkang mungkin boleh ikut jejak langkah PERMATA, SPR misalnya, sampai bila nak terus diperkotak katikkan?


Sunday, October 12, 2014

Edisi Sarban Ketat: HARAKAH Fitnah PERMATA



Sejak pembentangan bajet 2014, lidah rasmi PAS , Harakah melalui portal online telah mula melakukan serangan terhadap Rosmah hanya berdasarkan komentar dari seseorang yang mengaku kakitangan PERMATA. 

Komentar itu seperti yang dipetik Harakah menyatakan bahawa PERMATA langsung tidak mendapat peruntukan untuk mengadakan majlis bahkan kena cari dana sendiri.  Harakah juga mempersoalkan pemberian bajet kepada PERMATA sedangkan ia bukanlah pertubuhan yang didaftar di bawah ROS.

Artikel yang dikeluarkan Harakah dilihat sengaja untuk mengelirukan pembacanya dan seperti menunjukkan kedangkalan pemikiran si penulis. Ada beberapa isu yang perlu dijelaskan disini. 

Isu pertama, bajet RM711 juta bukanlah hanya untuk PERMATA sahaja, tetapi meliputi 3 badan pendidikan awal2 kanak iaitu tadika KEMAS, tadika perpaduam dan PERMATA. Ramai yang seperti tidak mahu ambil tahu kandungan program PERMATA membuat tuduhan melulu tanpa ada kefahaman mengenainya.

Isu kedua iaitu dari komentar yang kononnya kakitangan PERMATA. Bagaimana penulis artikel dapat membuat kesimpulan hanya dengan komentar seorang kakitangan? Sekiranya tiada bantuan oleh kerajaan dalam program2 PERMATA perkara ini pasti menjadi buah mulut ibu bapa kepada anak2 PERMATA ini, namun ini tak berlaku malah pujian yang diterima dengan keberkesanan program PERMATA ini, malah negara2 luar juga turut mahu mengadaptasi PERMATA di negara mereka dengan mendapatkan khidmat nasihat Isteri PM , DS Rosmah.

Isu ketiga, seperti yang dinyatakan oleh seorang sahabat di FB ialah 
PERMATA adalah sebuah agensi kerajaan. Namanya BAHAGIAN PERMATA. Sebuah agensi yg terletak dibawah JPM sejak zaman Tun Abdullah PM. Di bawah JPM ada pelbagai bahagian lagi. Bahagian Istiadat, Bahagian Perumahan, Bahagian Kewangan dan mcm2 lagi. Mana ada agensi kerajaan berdaftar dgn ROS ?

Oleh itu, jangan sempitkan pemikiran kita hanya dari sudut persepsi semata-mata. Sekurang kurangnya luangkan masa untuk buat kajian dengan tulisan2 picisan berbaur politik yang lebih kepada andaian dan persoalan semata mata

Thursday, October 9, 2014

RM44.67 Billion Dana 1MDB dari Pelaburan Asing dan Terbitan Bon

Selama ini kita sering disajikan dengan pelbagai cerita kurang enak mengenai dana 1MDB, pelbagai tuduhan dan andaian dilemparkan terutama daripada pihak pembangkang dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Perdana Menteri, DS Najib Razak semalam dalam sidang parlimen telah memberikan penjelasan mengenai sumber dana 1MDB . Berikut adalah artikel yang diperoleh dari Bernama ;


KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Nilai aset terkumpul 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditubuhkan kerajaan pada 2009, berjumlah RM44.67 bilion pada 31 Mac tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata agensi itu yang ditubuhkan bagi mengumpul dana dengan membawa masuk pelaburan langsung asing untuk projek negara dan menerbitkan bon, turut menerima pinjaman daripada institusi kewangan domestik dan antarabangsa.

"1MDB mempunyai pinjaman sebanyak RM5.8 juta yang dijamin kerajaan, namun tidak menerima jaminan kerajaan bagi bon atau pinjaman lain. "RM5 bilion ialah jaminan yang diberikan untuk bon-bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) 30 tahun yang diterbitkan oleh 1MDB dan RM800 juta bagi pinjaman 1MDB," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) mengenai kaedah 1MDB mengumpul dana, jumlah dana terkini serta pencapaian 1MDB sejak ditubuhkan.

Sementara itu, Najib berkata 1MDB menerajui projek jangka panjang untuk memanfaatkan pelaburan dan kepakaran antarabangsa bagi pelaburan yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi dan inovasi.

Beliau berkata antara projek yang sedang dijalankan ialah Projek Bandar Malaysia, yang sebahagiannya membabitkan pembangunan rumah mampu milik, khusus untuk golongan eksekutif muda.

Perdana Menteri berkata projek Bandar Malaysia, projek pembangunan bersepadu memajukan semula Lapangan Terbang Sungai Besi, akan menjadi ikon kepada kelestarian kehidupan di bandar Kuala Lumpur.

Selain itu, Najib berkata 1MDB juga memberi tumpuan ke atas sektor tenaga dengan membeli aset-aset tenaga Tanjong Energy Holdings, Genting Sanyen dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd. Ini bagi memenuhi aspirasi kerajaan untuk memastikan jaminan tenaga mampan dalam jangka panjang, katanya.

"Konsortium 1MDB-Mitsui juga memenangi Projek 3Boleh Suruhanjaya Tenaga yang akan melibatkan pembinaan dan operasi 2000 megawatt loji arang batu bersebelahan loji jana kuasa Jimah di Negeri Sembilan," katanya.

Justeru, 1MDB kini merupakan pengeluar tenaga bebas (IPP) kedua terbesar di Malaysia dari segi kapasiti pengeluaran tenaga.

Selain itu projek Tun Razak Exchange yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan masa depan, mempunyai matlamat untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan antarabangsa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan ibu kota ini sebagai bandar raya global.

Projek berkenaan yang dijangka memakan masa pembinaan selama 15 tahun, dikenal pasti oleh kerajaan sebagai projek permulaan dalam Program Transformasi Ekonomi untuk mencapai pendapatan per kapita lebih dua kali ganda menjelang 2020, kata Najib.

"Perjanjian yang ditandatangani 1MDB Real Estate Sdn Bhd dan Lend Lease ini dijangka menarik sehingga US$1 bilion (RM3.2 bilion) dalam bentuk pelaburan langsung asing ke Malaysia," kata Perdana Menteri.

Sementara itu, Najib berkata penubuhan 1MDB mengikut Akta Syarikat 1965 bertujuan menerajui inisiatif strategik pembangunan ekonomi jangka panjang yang mampan dan menggalakkan pengaliran masuk pelaburan asing ke dalam negara.

"1MDB ditubuhkan untuk memacu pembangunan ekonomi mampan jangka masa panjang yang berimpak tinggi bagi Malaysia dan untuk menjalin perkongsian strategik global dalam menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia yang memberi fokus utama kepada sektor tenaga, hartanah dan hospitaliti," katanya.

sumber : Bernama

Wednesday, October 8, 2014

Subsidi Minyak Sampai Rizab Petroleum Habis?

Berikut adalah satu artikel yang diperoleh dari status FB yang di email kepada penulis untuk dikongsi bersama-sama pembaca ;

Bilangan kereta di atas jalanraya dari tahun ke tahun semakin bertambah. Bilangan kereta di jalanraya pada tahun 1980-an tak sama dengan bilangan kereta tahun 2014. 

Oleh yang demikian, permintaan terhadap bahan bakar kenderaan semakin bertambah. Dari sudut teori ekonomi asas, harga akan meningkat bila permintaan tinggi dan stok terhad. Kenapa stok terhad? Sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak? 

Sekadar satu pencerahan minyak di Malaysia adalah dari jenis "sweet crude" yang bermutu tinggi, minyak yang digunakan untuk kereta yang biasa kita pakai adalah dari jenis "sour crude" yang diimport dari negara luar, "sweet crude" yang dikeluarkan oleh negara kita pula dijual pada harga yang tinggi ke negara luar untuk kegunaan industri-industri berkaitan. Pun begitu "sweet crude" yang diperoleh bukanlah dari jenis yang boleh diperbaharui, ia akan menyusut dari tahun ke tahun dan ini adalah fakta yang rakyat Malaysia perlu tahu.

Sekiranya simpanan minyak negara terus menyusut dan pada satu ketika tiada lagi subsidi yang boleh diberikan oleh kerajaan adakah rakyat negara ini akan memberontak? Antara hasil pendapatan negara yang utama ialah minyak dan hasil minyak ini digunakan untuk subsidi-subsidi tertentu antaranya minyak. 

Kalau bilangan kereta pada tahun 2014 bertambah berkali ganda berbanding tahun 80-an adakah kita jangkakan pada tahun 2034 bilangan kereta akan berkurangan? Sedangkan pada ketika itu saya pasti rizab minyak negara akan semakin menyusut. 

Jadi dari sumber mana lagi kerajaan pada ketika itu nak korek untuk bagi subsidi minyak pada rakyat yang dah tentu pada ketika itu lebih besar jumlahnya dek pertambahan kenderaan? Dari segi politik, baik BN atau PR memerintah hal ini akan tetap berlaku. Harga minyak akan terus naik dek faktor pertambahan kenderaan dan kesusutan sumber minyak negara yang mana hasil daripada sumber itu selama ini digunakan untuk memanjakan rakyat dengan subsidi terutamanya minyak.

Jadi bagaimana seharusnya perkara ini ditangani? Saya mempunyai beberapa cadangan yang dah lama difikirkan, cuma tergerak hati untuk luahkan pandangan ini selepas melawat negara matahari terbit baru-baru ini. Antara perkara yang saya rasa wajar dipertimbangkan kerajaan ialah meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan di negara ini. Jepun adalah negara pengeluar kereta, dan bilangan pemilikan kenderaan di negara itu agak tinggi.Walaupun begitu, jumlah kenderaan yang ada di jalanraya sangat kurang. Penduduk di sana mudah untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. 

Subsidi seharusnya disalurkan untuk meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan untuk rakyat, semua pihak perlu memainkan peranan secara aktif bermula dari kerajaan persekutuan, kerajaan negeri hingga ke peringkat pihak. berkuasa tempatan. Jaringan LRT perlu diperbanyakkan, selain feeder bas yang disediakan PBT secara percuma untuk orang awam ke stesen LRT berdekatan.

Subsidi juga seharusnya digunakan untuk meningkatkan mutu sistem pembelajaran dan perubatan untuk rakyat. Kita tidak mahu jika satu hari nanti kita terpaksa membayar harga yang mahal untuk pendidikan tinggi dan perubatan dek kerana subsidi yang banyak telah dibazirkan untuk perkara yang "hangus" atau tidak mendatangkan hasil.

Insentif atau mekanisma tertentu mungkin perlu diwujudkan untuk kenderaan yang mengangkut hasil tani, ikan, dan lain-lain keperluan asas untuk kegunaan rakyat bagi mengatasi faktor kenaikan harga barang atas alasan kenaikan harga minyak. Kementerian Pertanian mungkin boleh memikirkan kaedah dalam meningkatkan keluaran hasil tani tempatan, negara perlu mengorak langkah dalam menghasilkan dan meningkatkan "sumber makanan" untuk rakyat tanpa kebergantungan pada hasil import. Ia bukan beerti kita mahu menuju ke arah negara hasil tani namun ia lebih tertumpu kepada persediaan "bekalan makanan" untuk negara ini yang semakin meningkat jumlah rakyatnya.

Saya akui, perkara ini mudah untuk diperkatakan daripada dilaksanakan. Namun, ia perlu dilakukan demi masa depan negara. Kebergantungan hasil pendapatan negara terhadap keluaran minyak hanyalah sementara, ironinya hasil minyak ini juga digunakan untuk memanjakan rakyat dengan pelbagai subsidi. Persoalannya apa akan berlaku sekiranya hasil minyak ini susut atau habis? Adakah anak cucu kita bersedia menghadapi semua ini setelah nenek moyang puas dimanjakan dengan subsidi?

Thursday, October 2, 2014

Pengurangan Subsidi Minyak Mampu Tangani Ketirisan - Tun Dr Mahathir

KOTA BAHARU 2 Okt - Pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa hari ini disifatkan wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.

"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital" di Kolej Wadi Sofea di sini, Khamis.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Kolej Wadi Sofea Datuk Hassan Harun.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Rabu mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi Khamis.

Harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Dr Mahathir berkata pengurangan subsidi minyak itu tidak boleh dikaitkan sebagai faktor utama berlakunya kos peningkatan sara hidup.

"Kos mesti meningkat sepanjang masa. Kita tidak boleh minta gaji dinaikkan dan kos diturunkan. Gaji minimum pun sudah naik kepada RM900. Kos untuk mengeluarkan barang meningkat kerana gaji dinaikkan," katanya.

artikel penuh 

http://www.rakyatnews.my/index.php/umum/pengurangan-subsidi-minyak-mampu-tangani-ketirisan-tun-mahathir

Harga Minyak Naik, Rakyat Marhein Perlu Dapat LEBIH dalam Bajet 2015

Harga minyak naik RM0.20 seliter. Kalau tak silap aku lah, ini kenaikan yang pertama dibuat setelah beberapa tahun. Reaksi rakyat memang dah dijangka, memang lah orang rasa marah bila memikirkan kenaikan harga minyak ni akan turut beri kesan dengan kenaikan harga2 barangan yang lain. 

Aku jangkaan, peniaga2 yang nak ambil kesempatan dengan berita ini akan turut menaikkan harga barang jualan mereka. Kementerian yang jaga harga barang harap dapat pantau kenaikan harga barangan ini. 

Tentu ramai antara kita masih ingat kenaikan harga minyal pada tahun 2006-2007 yang mencecah hingga RM2.70/liter, peniaga2 ambil kesempatan naikkan harga barang. Kemudian bila harga minyak turun, tak pulak mereka turunkan harga barang yang dijual?

Subsidi minyak dan gas pada tahun 2012 ialah RM24.7 billion, subsidi tahun 2013 ialah RM24.8 billion, lagi tinggi CC sesebuah kereta itu lagi banyak subsidi yang dimanfaati pemilik kereta CC besar ni. Aku setuju memang lebih ramai orang kaya dapat subsidi minyak lebih berbanding rakyat biasa. Tapi bila dikurangkan subsidi, yang terima kesan adalah semua orang.

Oleh itu, adalah wajar sekiranya satu mekanisme dikaji untuk lebih banyak subsidi minyak disalurkan kepada golongan2 rakyat biasa ni. Kita tak nak kenaikan2 ni bagi tekanan pada rakyat, contohnya kenderaan pengangkutan seperti bas sekolah, van sekolah, dan lain2 pengangkutan berkaitan yg memungkinkan kenaikan harga barangan atas alasan kos operasi (minyak) meningkat.

Kita faham dengan pengurangan subsidi sebanyak RM0.20 seliter ini, kerajaan dapat menjimatkab RM3.3 billion setahun. Cuma pada pandangan aku, 'timing' pengumuman kenaikan macam tak kena, tambahan pula raya haji dah nak dekat. Keluarga akan berkumpul dan bercerita mengenainya. Harapan aku ialah , apabila bajet 2015 dibentangkan nanti lebih banyak berita2 yang menggembirakan akan rakyat terima.

Saturday, September 27, 2014

'Dendam' DAP Terhadap PAS Berlarutan Hingga Ke Pulau Pinang

Hari ini seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS telah dilucutkan jawatan beliau dari badan milik kerajaan negeri yang ditadbir oleh DAP itu . Tindakan yang dibuat oleh DAP itu nampaknya mempunyai agenda 'balas dendam' terhadap PAS yang dilihat tidak sependapat dan selari pandangan dengan gabungan PR kebelakangan ini. Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mula menunjukkan sikap kuku besi terhadap PAS dan seolah-olah memberi isyarat bahawa PAS perlu sedar siapa yang lebih berkuasa dalam gabungan PR . Amat malang sekali bagi PAS, kerana disebabkan sifat bongkak mereka yang terlalu menjunjung kesepakatan dalam PR akhirnya menyebabkan bala menimpa parti itu dengan barisan tertinggi kepimpinan parti dimalukan secara tidak langsung. PAS seolah-olah seperti tidak ada harga lagi dalam PR , yang menimbulkan tanda tanya mengapa mereka menebalkan kulit muka dan masih menunggu lagi dalam gabungan PR sedangkan sudah ada isyarat-isyarat bahawa kehadiran mereka dalam PR tak diperlukan lagi. Sifat egoistik terhadap UMNO terlalu tinggi hingga mereka lebih sanggup diperbodohkan rakan sekutu dalam PR .


dari Rakyatnews.my

Tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang menggantung tugas Iszuree Ibrahim sebagai Ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapat kecaman dari rakan parti itu sendiri sungguhpun ahli PAS itu mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatannya.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah berkata, tindakan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) terhadap Iszuree disifatkan sebagai tidak demokratik, berat sebelah dan tergesa-gesa.

"Tindakan ini dipercayai susulan dari ucapan bernada teguran membina dan memberi pandangan untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang oleh Iszuree Ibrahim.

"Beliau juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Pulau Pinang sebagai pembahas yang dilantik mewsakili PAS Pulau Pinang dalam Muktamar PAS yang berlangsung di Johor tempoh hari," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.


Iszuree menerusi surat yang ditandatangani Pengerusi kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow, digantung tugas serta-merta pada 25 September lepas dan segala peruntukan terhadap ahli PAS itu turut dibekukan.

artikel penuh di sini