Tuesday, December 31, 2013

Kenyataan Bekas Timbalan Menteri : Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi

Saifuddin melalui laman twitter beliau semalam menulis “Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” . Tweet beliau itu kemudian disambut oleh portal pro-pembangkang Malaysiakini .


Kenyataan Saifuddin sebagai seorang yang pernah menjada Timbalan Menteri kerajaan BN ni tak lah mengejutkan . Ucapan2 beliau mirip pembangkang , menyokong tindakan2 pembangkang tetapi pada masa yang sama 'kecut telur' nak membalun kepimpinan PM secara terang-terangan . Nampak sangat motif si Saifuddin ni nak ambik keuntungan di kedua-dua belah pihak . Dia mungkin fikir dengan kenyataan2 macam tu , kiranya kerajaan BN tumbang dia boleh cari makan dengan kerajaan PR ? Sudah lah Saifuddin , kalau tak suka dengan UMNO-BN buat apa tunggu lagi ? Ramai je blogger dan sesetengah pemimpin BN walaupun sokong BN-UMNO tapi bila ada keputusan yang tak betul depa berani balun 'straight' to the face. Tapi lu punya cara cakap macam nak cari populariti ! Porahh politik baru konon .. sebenarnya politik cari makan di dua kolam , senang cerita ada sikit perangai macam al-munafiqun.






Apa yang cuba disampaikan oleh MR INTELLIGENT Saifuddin Abdullah ini? 

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” Ini adalah ayat yang ditulis beliau di dalam Twitternya ...

Adakah beliau maksudkan langkah pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram dalam menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan DEMOKRASI dan TERPUJI ? Apa motif beliau dalam tweeter tersebut ?


Apa lagi bekas Menteri kabinet ini mahu ? ...

Sewaktu beliau memegang portfolio didalam kerajaan, nyata Saifuddin Abdullah GAGAL CEMERLANG menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran Tinggi.

Apakah beliau sudah lupa dengan insiden memalukan dihadapan bangunan UMNO, PWTC pada 17 Disember 2011? 

Perbuatan Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang berada di tiang hadapan pejabat UMNO Pusat adalah hasil kerja keras beliau.

Penulis cukup musykil bagaimana kerajaan MAMPU MELANTIK MR INTELLIGENT ini untuk memegang salah satu portfolio penting dalam kerajaan. 

Syukurlah ... beliau kini sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Cukup pelik bagi salah seorang yang pernah menduduki barisan kabinet MENGAKUI, MEMUJI dan MEMPROMOSIKAN hero dan idolanya, Anwar Ibrahim. Barangkali ini yang dimaksudkan oleh Saifuddin Abdullah dalam konteks NEW POLITICS. Sapu kiri, sapu kanan, semua sudut sapu.

Aneh dan pelik ...

Sewaktu dalam kerajaan, beliau cukup TAKUT UNTUK MENGKRITIK PEMBANGKANG. Namun dengan para blogger pro kerajaan, bekas Menteri kabinet ini CUKUP HEBAT MENGGERTAK, MAHU BALUN.

NEW POLITICS ? ...

Hentikanlah bermain sandiwara "politik baru" ini, sebagai bekas Timbalan Menteri yang membawa bendera BN, Saifuddin tidak seharusnya bersikap tidak intelektual begini.

POLITIK BARU bukan begini caranya, ini politik makan kiri, kanan dan keliling. 

Penulis lontarkan kembali soalan ini kepada beliau. Apa motif beliau dalam tweeter tersebut, “Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” 




Bom DIY : Lelaki ditahan di Ampang

Heboh cerita pasal bom 2-3 hari kebelakangan ni , terbaru seorang lelaki ditahan polis di Ampang kerana bawa bom buatan sendiri . Polis walau bagaimanapun masih menyiasat motif bom itu dihasilkan termasuk tidak menolak kemungkinan sekiranya ia akan digunakan semasa malam sambutan tahun baru . Dari soal siasat suspek mengaku bom itu dihasilkan untuk tujuan membeli dadah . Jadi kita faham lah ada orang yang mengupah lelaki ini untuk hasilkan bom itu . Cantik pula 'timing' , dah dekat 31 Disember ada pula perkara2 macam ni . Aku tak nak lah menuduh sesiapa , tetapi sendiri fikir lah kemungkinan2 yang ada . Walau bagaimanapun , syabas kepada pihak polis kerana berjaya memberkas lelaki berkenaan . Kalau entah lah apa akan jadi . Dari Agenda News ;



"Polis menahan seorang lelaki bersama objek yang disyaki sebutir bom paip buatan sendiri jenis Jerangkap Letupan Rekaan (IED) di Taman Halaman, Ampang semalam.

Objek berupa paip PVC yang diikat bersama sejumlah mercun botol dirampas daripada suspek semasa sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi.

Menurut sumber, polis masih menyiasat motif bom itu dihasilkan suspek berusia 51 tahun itu, termasuk kemungkinan digunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka esok.

"Kita masih siasat (tujuan) bom itu dibuat. Berdasarkan maklumat awal, suspek membuat bom itu di sebuah tokong yang menjadi tempat tinggalnya, sejak sebulan lalu," katanya.

Sumber berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan satu rekod dikehendaki berkaitan dadah serta bekerja dalam satu sindiket ah long.

"Suspek mengaku membawa bom itu bertujuan untuk membeli dadah. Justeru, kami juga sedang siasat kemungkinan dia menggunakannya sebagai senjata ketika urus niaga dadah atau untuk tujuan menuntut hutang," kata beliau"

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam

Dari artikel Berita Harian;

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam
Berkuat kuasa esok, langkah sejajar hasrat perbelanjaan berhemat

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata, ia sejajar hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat tahun depan, manakala langkah penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa.


“Keputusan dibuat selepas berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Langkah berkenaan ialah:

Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.

Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).
Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.

Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.

Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.

Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.

Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.

Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.

Monday, December 30, 2013

Lagi e-mail C for Chaos Tersebar ?

Hari ni 30 Dec 2013 , satu artikel Malaysiakini bertajuk Emel palsu : Rafizi minta polis siasat blog UMNO dikeluarkan . 4 blog 'UMNO' tersenarai , termasuklah blog aku . Cerita mula naik pada 27hb , kemudian kecoh dekat FB, ramai dah pick-up termasuk blog-blog pro PR, aku pun pick-up la lepas buat carian kat internet pasal email antara Rahim Ghouse dan Rafizi . Kalau yang dah biasa baca blog aku , memang artikel aku berdasarkan carian fakta2 terlebih dahulu supaya senang dianalisa supaya artikel tak berbaur fitnah dan serkap jarang .


OK lah Rafizi dah nafi , Rahim Ghouse pun dah nafi pasal email bom tu . Tapi memang terbukti sebelum2 ni pun ada juga cerita pasal email antara Rahim Ghouse dan Rafizi , tajuk email tu pun C for Chaos , penulis tak pasti kalau email berkenaan pun dah dinafikan, dah 'check' kat Google tak dapat cari pulak penafian tu sebab sebelum ni blog-blog pro-BN dah lambung cerita email antara Rahim Ghouse dan Rafizi sebelum PRU-13 .



Blog TheKingMakerofPKR telah mendedahkan kandungan email antara Rahim Ghouse dan Piang Yow Wong , CC kepada Rafizi Ramli juga bertajuk C for Chaos . Antara kandungan email berkenaan ialah arahan Rahim Ghouse kepada Piang Yow Wong iaitu ;

i. Supaya mengedarkan risalah berkenaan Altantuya di beberapa kawasan sasaran supaya orang akan terus ingat karekter Altantuya.

ii. Supaya menunjukkan keputusan2 yang dikeluarkan oleh SPR tak boleh pakai , aplikasi V-net akan digerakkan untuk 'sibukkan' SPR dan lain-lain LEO (Law Enforcement Online? ) . Aku tak tau apa kejadahnya V-net ni tapi bunyi ada kaitan dengan serangan2 cyber ? mungkin untuk database SPR hingga memaksa SPR dan LEO ni sibuk ?

iii. Dalam emel berkenaan juga RR (Rafizi Ramli ?) diminta menyebarkan risalah2 berkenaan di tempat2 tertentu di Semenanjung Malaysia , manakala BB (Baru Bian ?)  akan mengkordinasikan hal yang serupa di Malaysia Timur (Sabah & Sarawak).

iv. Rohani akan menghubungi RR dan BB untuk hal berkaitan kewangan. 

Jadi walaupun terlambat , adakah satu lagi laporan polis perlu dibuat untuk penafian Rafizi untuk kandungan email pada May 2013 tu ? Mungkin masa tu orang terlalu sibuk dengan pilihanraya maka hal ini tak dibuat laporan polis ?

Mungkin dalam kandungan email berkenaan (warna merah) tak menunjukkan apa2 ancaman bom tetapi jelas seperti ada modus operandi untuk sabotaj SPR melalui serangan cyber , itu yang aku faham la melalui Google Translate ..

Jadi untuk kandungan email di atas pula , adakah ia juga palsu ? Boleh tak Rafizi nafikan hal ini juga ? Masa tu takde pulak laporan polis di buat supaya blog2 yang menyiarkan email di atas disiasat .

Buat Chegubard , Lain Kali Jangan Cuba Kurang Ajar di Tempat Orang

Dari sahabat blogger Sarawak , dikhabarkan seorang pemimpin PR dari Semenanjung cuba membawa budaya demonstrasi ke negeri itu . Mungkin pemimpin PR tu belum cukup kenal dengan semangat yang ada dalam diri penduduk2 bumiputera Sarawak dari kalangan orang Iban, Melayu , Melanau dan lain2 .


Dikalangan mereka , ramai yang menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu , semangat juang dan cintakan bumi Sarawak tak boleh dinafikan lagi dan mereka bangga dengan susur galur keturunan mereka . Bila ada anasir2 dari luar cuba buat kacau, tambah2 nak bersikap kurang ajar dengan pemimpin mereka maka bersiaplah dengan segala kemungkinan .

Ceritanya Chegubard datang ke Sarawak , tujuannya nak mengepalai demonstrasi di depan rumah Ketua Menteri . Penulis tak pasti dari mana sumber ini diperoleh dari rakan blogger UnReportedNews , tetapi sekiranya benar , perancangan Chegubard ni nampaknya menemui jalan buntu . Lu cuba 'gangster' di tempat orang , ertinya lu silap besar !

Dari petikan blog UnReportedNews ;

Chegu Bard atau yang nama sebenarnya Badrul Hisyam Shahrin, aktivis Malaysia dan ahli Parti Keadilan Rakyat memang lelaki yang dayus, bacul dan tidak mempunyai telur.

Sehingga jam 6 petang ini, beliau yang di uar-uarkan ke Sarawak dan mengepalai demonstrasi yang dirancang diadakan di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak pada jam 2.30 petang hari ini tidak berani menunjukkan mukanya, sedangkan beliau sememang sudah tiba di Sarawak!

Hampir 200 wakil-wakil pemuda dan penyokong PBB dari seluruh pelusuk Sarawak pimpinan Dato Idris Buang telah "menziarahi" kawasan hadapan rumah Ketua Menteri namun kelibat makhluk yang begitu "dirindui" oleh anak-anak muda Sarawak khususnya kumpulan yang ada petang tadi tidak muncul tiba.

Bahkan kawasan tersebut telah dikawal rapi oleh pihak Berkuasa yang bertugas.

Apa-apapun, Chegu Bard mesti berfikir dua kali selepas ini jika nak mencabar anakmuda di Sarawak ini kerana sesungguhnya kami hanya takut kepada Tuhan, akur kepada undang-undang, taat setia kepada pemimpin namun tidak sama sekali gentar dengan manusia, apatah lagi kepada makhluk kerdil seperti dirinya!

Tahniah anak muda Sarawak kerana ketegasan dan kesepaduan anda semua !

Sunday, December 29, 2013

Siapa Rahim Ghouse ?


Sejak Jumaat (27/12/2013) beberapa blog telah menyiarkan kandungan pintasan email yang kononnya ditulis oleh Rahim Ghouse kepada Rafizi. Email yang bertajuk C for Chaos itu menjadi viral beberapa hari ini berikutan perancangan meletakkan bom di beberapa lokasi berdekatan Dataran Merdeka pada 31 Dec nanti.

Rahim Ghouse yang dihubungi Mingguan Malaysia walau bagaimananpun menafikan email berkenaan. Berikut adalah petikan dari artikel yang diperoleh dari Utusan Online ;


Beberapa blog hari ini menyiarkan surat tersebut yang antara lain turut mendakwa Abdul Rahim mengatakan 'angkatan media sosialnya' akan merakam setiap detik yang berlaku pada malam itu dan memuat naik terus ke laman YouTube dengan pantas bagi memastikannya menjadi 'viral'.

Apabila rakaman-rakaman tersebut menjadi 'viral' jelas surat itu, beliau dikatakan akan meminta Rafizi meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan dari situ, mereka akan memantau corak kejadian yang berlaku untuk perancangan seterusnya.

Surat itu juga menyatakan sesiapa sahaja dalam kalangan pasukan Rafizi yang ditahan sebelum 'acara utama' diminta untuk tidak merosakkan rancangan kerana mereka akan dijamin selepas itu.
Walau bagaimanapun, Abdul Rahim yang dihubungi Mingguan Malaysia menafikan perkara tersebut dan memberitahu surat itu ditulis pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131229/dn_03/Surat-cetus-huru-hara-bertajuk-IC-For-ChaosI-tersebar-luas-di-internet#ixzz2oqFNLu00 

Dalam artikel sebelum ini penulis turut melampirkan beberapa email Rahim Ghouse kepada beberapa pemimpin PKR yang dikatakan turut digodam dan salah satu email berkenaan mempunyai tajuk yang yang serupa dengan email terbaru iaitu C for Chaos, walau bagaimanapun penerima emel berkenaan bukan Rafizi tetapi individu bernama Piang Yow Wong


Samada tulen atau tidak email2 berkenaan, persoalan yang mungkin timbul dalam fikiran orang ramai ialah siapa itu Rahim Ghouse? Nama beliau jarang sekali kedengaran dalam politik tanah air, pernah juga beberapa kali nama beliau dikaitkan dengan Anwar.
Melalui carian di Internet mengenai Rahim Ghouse, berikut adalah beberapa maklumat yang diperoleh dari individu ini. Sumber blog Medan Info Kita ;

Bila sebut tentang negara Australia, sudah pasti kita akan membayangkan wajah bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang tahun 1998, Abdul Rahim Ghouse. Anak muda berjambang yang berjaya dijadikan “Maulana Besar” atau Jutawan zaman Anwar menjadi Menter Kewangan...

Rahim Ghouse yang mengumpul kekayaan melalui Abrar Group Inc semenjak awal tahun 90an telah melarikan diri keluar negara setelah Anwar Ibrahim ditahan pada 20 September 1998. Beliau ke Jakarta untuk mendapatkan sokongan luar negara, ketika itu Rahim bersama sama dengan Saifuddin dan Ezam Mohd Nor. 

Tetapi apabila Ezam pulang ke tanahair bersama Saifuddin untuk menyertai gerakan reformasi menuntut pembebsan Anwar, bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini pergi menetap di Melbourne, Australia.

Sekitar tahun 2001 sewaktu satu satunya anak lelaki Anwar iaitu Mohd Ihsan menghadapi masalah displin di sekolah kerana tekanan dengan kes papanya..., Rahim Ghouse telah membawa Ihsan menetap dan bersekolah di Australia...!

Kini Abdul Rahim Ghouse dikenali sebagai Dr Abdul Rahim Ghouse, Chief Executive Officer – CEO Kuwait Finance House Australia.

Dari blog Mat Kilau Penang pula;

Siapa Rahim Ghouse? Rahim diketahui umum sebagai salah seorang kroni dan penyokong kuat bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan penggerak dan penyalur utama kewangan gerakan awal reformasi.

NAME : DR ABDUL RAHIM GHOUSE
ADDRESS : NO 2 JALAN BUKIT SETIAWANGSA 16,
TAMAN SETIAWANGSA, 54200
KUALA LUMPUR
COMPANY NAME POSITION
Access Equity Sdn Bhd Director
NBCT Rail Sdn Bhd Director
Sambungan Transit Antara Sdn Bhd Director
Abrar Health Services Sdn Bhd Director
Abrar Construction Sdn Bhd - Director
Abrar Corporate Resource Sdn Bhd - Director
Abrar Brokerage Holdings Sdn Bhd - Director
Abrar Infrastructure Holdings Sdn Bhd - Director
Abrar Financial Holdings (Overseas) Sdn Bhd -Director
Abrar Frontier Management Sdn Bhd - Director
Abrar Financial Holdings Sdn Bhd - Director
Abrar Development Ventures Sdn Bhd - Director
Abrar Technologies Sdn Bhd - Director
Abrar Corporation Berhad - Director
Abrar Group International - Director
Abrar-Kuwait Holdings Sdn Bhd - Director
Abrar Vision Sdn Bhd - Director
Benar Antara Sdn Bhd - Director
BA Engineering Sdn Bhd - Director
BPM International Sdn Bhd - Director
Science-Tech Solutions Sdn Bhd - Director
Nadi Puspa (M) Sdn Bhd - Director
I.I Management Consultancy Sdn Bhd - Director
Camery Deluxe Sdn Bhd - Director
A.G.I Nominees Sdn Bhd - Director
Chalpeak (M) Sdn Bhd -Director
Meteoric Ventures Sdn Bhd Director
Vital Accord Sdn Bhd Director
KFH Ijarah House (M) Sdn Bhd Director
Honan Plantations Sdn Bhd Director
Meadow Point Sdn Bhd Director
Accurate Networks & Systems Integration Berhad Director
Express Rail Link Sdn Bhd Director
North East Meridian Sdn Bhd Director
Mun Loong-Hankyu Jaya Director
Keltimber Sdn Bhd Director
Global Broadcast Networks Sdn Bhd Director
ICM Studies Sdn Bhd Director
GBN Equipment Sdn Bhd Director
ISR Consultant Sdn Bhd Director
Wisma Embun Sdn Bhd Director
Aktimas Veneer Sdn Bhd Director
Rampai Jalir Sdn Bhd Director
ISR Communications Sdn Bhd Director

Jawatan sebagai 'Director' di 45 buah syarikat ini dikatakan adalah melalui recomendation Anwat yang ketika menjawat jawatan sebagai Timb. Perdana Menteri , dek kerana ketakutan selepas Anwar ditangkap maka si Rahim Ghouse melarikan diri ke Australia. Selain itu timbul juga spekulasi di kalangan penggiat blog baru2 ini tentang sebuah banglo bernilai RM73.3 juta di Australia milik Rahim Ghouse kononnya dikhabarkan dari Saifuddim Nasution.

Saturday, December 28, 2013

Pencapaian Membanggakan Riza Shahriz di Luar Negara Takde Kena Mengena Dengan Duit Rakyat

Sumber : Selangor Chronicle

Lagi sekali cerita yang berkisar tentang Rosmah Mansor dan anak-anaknya beredar di khalayak ramai. Pada ketika rakyat kurang memberikan perhatian kepada perhimpunan 31 Disember 2013 yang telah dirancang oleh PKR, sesuatu harus dilakukan untu menaikkan sentimen rakyat. Kemarahan rakyat perlu disemarakkan agar rakyat akan merusuh dan seterusnya mencetuskan rusuhan yang bukan kepalang besarnya kerana tidak berpuas hati.

Untuk itu, perlu ada berita yang boleh menaikkan sentimen.

PKR tidak mempunyai sebarang masalah untuk tujuan tersebut. Dengan badan perundangan di sebelah mereka terutama sekali barisan peguam yang bersedia untuk membantu menjatuhkan kerajaan, selain barisan hakim yang sebahagian besar akan membuat keputusan berpihak kepada PKR, Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Malaysian Insider, Malaysiakini dan Free Malaysia Today merupakan antara medium yang paling berkesan membantu Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dalam menghebahkan sebarang berita yang boleh menaikkan darah para penyokong. Dan telah diketahui dari awal lagi, medium ini berupaya melakukan pemberitaan menerusi kaedah putar belit dan pembohongan fakta yang sangat hebat biarpun sudah berkali-kali dikecam, bahkan diberi amaran oleh pihak berkuasa dan Menteri Dalam Negeri.

Dari awal lagi PKR menjadikan Rosmah Mansor sebagai sasaran. Mereka telah berjaya. Anwar Ibrahim mencapai objektifnya untuk menjadikan Rosmah Mansor sebagai alasan bagi rakyat bangkit memberontak melawan Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Abdul Razak.

Justeru, untuk menjayakan perhimpunan TURUN pada tengah malam 31 Disember 2013, berita tentang salah seorang anak Rosmah Mansor dari perkahwinan pertamanya  yang bernama RIZA SHAHRIZ BIN ABDUL AZIZ membeli sebuah kondominium berharga RM110 juta di New York disiarkan.

Tiada putar belit dalam pemberitaan itu tetapi ia sengaja disiarkan untuk membangkitkan kebencian dan persepsi bahawa anak-anak para pemimpin UMNO-BN hidup mewah dengan menggunakan wang rakyat dan mereka mampu membeli hartanah di luar negara juga dengan menggunakan wang rakyat.
Pun begitu, cerita sebenar tidak akan diterangkan sama sekali.

RIZA AZIZ merupakan seorang produser filem di Hollywood. Perniagaannya lebih banyak tertumpu kepada bidang perfileman yang mencatatkan keuntungan besar.  Daripada perniagaan perfileman, Riza juga khabarnya turut melaburkan dalam hartanah di kota besar New York dan London.

Antara filem yang melibatkan syarikatnya, Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles ialah The Wolf of Wall Street yang diarahkan oleh Martin Scorsese dan dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Friends With Kids yang dibintangi oleh Jon Hamm, Megan Fox, Jennifer Westfeldt, Kristen Wing, Adam Scott, Maya Rudolph, Ed Burns dan Chris O’Dowd, filem supernatural box office, Homs yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe.
Riza juga merupakan penerbit eksekutif bagi filem Out of the Furnace yang dibintangi oleh Christian Bale, Casey Affleck, Woody Harrelson dan Zoe Saldana yang ditayangkan pada 5 Disember 2013.

Majalah Variety pada tahun 2011 telah menamakan Riza dalam senarai top-ten Producers to Watch.
Mungkin fakta ini sebenarnya tidak penting memandangkan Riza naik secara sendiri tetapi berita tentang Rosmah Mansor memang boleh ‘dijual’ bagi mendapatkan sokongan untuk menentang kerajaan. Jadi, tidak hairanlah kalau kita mendengar, ‘Anak Rosmah ada kondominium RM110 juta, anak kita ada apa.’

Buang fakta dan buang kewarasan, yang penting, naikkan kemarahan. Rosmah Mansor adalah faktornya.  Tak boleh Rosmah Mansor, bolehlah digunakan anaknya pula. Yang penting, orang ramai datang berdemonstrasi di Dataran Merdeka pada tengah malam 31 Disember 2013 untuk menunjukkan kemarahan!

Akaun Email Digodam ? Rahim Ghouse, Rafizi Perlu Nafi Kandungan E-mail Baru & Lama

Blogger The Unspinner semalam mengeluarkan satu artikel bertajuk "BOCOR!!! e-mel plan guna bom ala Himpunan Bebas Anwar 901?" . Dari tinjauan di komen2 di Facebook apabila artikel ini disebarkan , ramai yang meneliti kandungannya meragui pengirim email berkenaan adalah Rahim Ghouse sendiri . Malah penyokong2 pembangkang kuat mengatakan email yang bocor itu adalah satu 'doctorate evident' untuk fitnah Rahim & Rafizi . Dari petikan artikel The Unspinner ;


"Pada Disember 16hb baru-baru seorang rakan blogger Mael Pengerang di SINI menulis untuk mengingatkan penggunaan bom di Himpunan Bebas Anwar 901 pada hari keputusan kes liwat ke 2 Anwar Ibrahim pada Januari 9hb, 2012.

Video kejadian boleh mengingatkan sedikit:


Mungkinkah taktik sama akan digunakan budak-budak ini?


Unspinners ungkit balik kisah lama ini kerana kami ada menerima satu email dari satu sumber yang kononnya dari Rahim Ghouse ke Rafizi Ramli yang memberi amaran awal akan penggunaan taktik lama bom di beberapa kawasan."

Apabila melihat kandungan email diatas , penulis teringat juga email yang hampir serupa dari Rahim Ghouse kepada Rafizi pada satu ketika dulu semasa perhimpunan Bersih dahulu dan beberapa email-email lain . Berikut adalah kompilasi2 email2 rancangan jahat Rahim Ghouse kepada Rafizi dan beberapa lagi pemimpin PKR . Email2 ini telah didedahkan dalam blog pada bulan April 2013 .





Merujuk kepada senarai email di atas dan kandungan di dalamnya, boleh di katakan Rahim Ghouse adalah individu yang menjadi perangka strategi dalam PKR . Dengan membandingkan email yang dibocor pada April 2013 dengan email yang didedahkan pada 27 Dec 2013 , alamat email Rahim Ghouse didapati berbeza , jika dulu  @yahoo.com digunakan, terbaru  @muchomail.com . Penulis mempunyai beberapa pendapat mengenai perkara ini ;

1. Rahim Ghouse mungkin menggunakan alamat domain email yang jarang digunakan setelah menyedari komunikasi email antara beliau dan Rafizi didedahkan pada April 2013 . Gaya tulisan pun lebih kurang sama.

2. Email terbaru juga mungkin adalah doctorate dari pihak penyokong PR sendiri untuk bermain persepsi, kononnya email terbaru ini adalah cubaan untuk memfitnah Ra
him Ghouse dan Rafizi , seterusnya menafikan kebenaran email yang didedahkan pada April 2013.

3. Samada email di atas adalah benar atau palsu, pihak polis disaran agar mengambil langkah berjaga-jaga di 5 kawasan yang dinyatakan tadi . Pasti ada pihak yang cuba mencetuskan kekacauan . Malah dalam 'posting' di FB dah ada macam2 status termasuklah yang mahu menggunakan bom ! Mujur lah individu berkenaan di tahan polis semalam . Nampak sangat semua ini adalah provokasi untuk mencabar polis, dikhuatiri mereka akan wujudkan kekecohan. 




Bagi penulis , pihak polis perlu ambil langkah berjaga-jaga dengan menjadi pemantau di kawasan2 dinyatakan . Pasti akan ada yang cuba bersikap kurang ajar dan memprovokasi, kalau nampak ada yang bawa senjata terpaksa tangkap lah yang penting ambik gambar dan videoman kena rakam , walaupun begitu harap bersabar untuk elak kekecohan berlaku sebab itu yang depa mahukan .. yang penting jaga keselamatan rakyat yang benar2 nak menyambut tahun baru. 




Friday, December 27, 2013

Kontrak RM10 Billion Untuk 6 Syarikat Tempatan

Sumber : BERNAMA


Penggunaan tenaga di Malaysia dijangka berkembang sederhana tahun depan dengan pertumbuhan penduduk yang marginal dan perkembangan ekonomi yang sederhana, demikian menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).


IEA berkata Malaysia merupakan pengguna tenaga ketiga terbesar di rantau Asean dan penduduk negara ini meningkat pada kadar tahunan purata sebanyak 1.2 peratus manakala pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada purata empat peratus setahun.


"Faktor-faktor ini membantu memacu peningkatan dalam permintaan tenaga utama Malaysia dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.3 peratus," katanya dalam laporan khas, Prospek Tenaga Asia Tenggara.


Menurut IEA, pertumbuhan permintaan tenaga Malaysia perlahan dari masa ke masa setelah pertumbuhan dalam jumlah penduduk dan KDNK sederhana.


Ia berkata penggunaan tenaga per kapita Malaysia sekarang ini agak tinggi bagi rantau ini iaitu pada 61 peratus daripada purata Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).


Dari segi penawaran, IEA berkata pengeluaran gas Malaysia dijangka meningkat dalam jangka masa sederhana untuk mencapai kira-kira 70 bilion meter padu (bcm) pada tahun 2020 dengan hampir separuh daripadanya untuk pasaran eksport.


"Prospek untuk eksport terus kekal kukuh dalam jangka sederhana, dengan penemuan baru-baru ini dan perkembangan baharu dijangka memastikan terminal gas asli cecair (LNG) beroperasi pada kapasiti penuh sekurang-kurangnya sehingga 2018," katanya.


Menurut IEA lagi, rizab gas Malaysia yang telah terbukti ialah sebanyak 2.4 trilion meter padu.


Bagi minyak pula, agensi antarabangsa itu berkata bekalan minyak Malaysia dijangka meningkat kepada 740,000 tong sehari dalam jangka pendek berbanding 670,000 tong sehari yang dicatatkan tahun lepas.


Ia berkata projek-projek penemuan minyak dipertingkat (EOR) dan peningkatan pengeluaran minyak dari projek laut dalam luar pesisir Sabah dijangka mengembalikan output Malaysia yang berkurangan tetapi tidak akan mencukupi untuk mengekang penurunan pengeluaran minyak dalam jangka lebih lama.


Ia berkata dengan rizab minyak sebanyak empat bilion tong pada tahun lepas, Malaysia merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di Asean dan pengeksport bersih minyak, walaupun permintaan yang semakin meningkat telah merapatkan jurang, menurunkan eksport kepada 70,000 tong sehari pada 2012.


Melihat kembali perkembangan pada 2013, antara pembangunan utama industri minyak dan gas ialah pentauliahan terminal regasifikasi Sungai Udang di Melaka pada April.


Projek bernilai RM3 bilion dengan kapasiti maksimum 3.8 juta tan setahun LNG itu akan disalurkan kebanyakannya untuk penjanaan kuasa.


Dalam Bajet 2014, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Oktober, menyatakan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan melaksanakan satu lagi loji regasifikasi di Lahad Datu, Sabah.


Bajet 2014 juga mengumumkan projek-projek lain yang akan dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Urea Ammonia Sabah (SAMUR) di Sipitang, projek pembangunan pengeluaran minyak dan gas bersepadu di Kebabangan dan Loji Penapisan dan Pembangunan Bersepadu Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.


Menurut Petronas, Rapid kini dalam fasa kajian kebolehlaksanaan secara terperinci dan keputusan pelaburan akhir dijangka pada Mac tahun depan.

Projek berkenaan akan menggandakan simpanan regasifikasi LNG Petronas kepada tujuh juta tan setahun apabila beroperasi pada 2017.


Satu lagi perkembangan dalam industri minyak dan gas tempatan tahun ini ialah siapnya EOR Topside oleh Malaysia Marine and Heavy Engineering Bhd bagi medan minyak luar pesisir Tapis di Terengganu.


Projek EOR bernilai RM10 bilion itu yang telah dilaksanakan oleh ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, Petronas Carigali Sdn Bhd dan Petronas, akan meningkatkan pengeluaran Tapis kepada 35,000 tong sehari daripada hanya antara 3,000 kepada 4,000 tong sehari pada masa ini.


Petronas, turut memberikan kontrak bagi blok besar daripada 13 pakej kerja dengan nilai gabungan sebanyak RM10 bilion kepada enam syarikat tempatan iaitu Kencana HL Sdn Bhd, Dayang Entreprise, Petra Resources Sdn Bhd, Carimin Engineering Services Sdn Bhd dan Sigur Ros Sdn Bhd.


Sebulan kemudiannya, pada 13 Dis, Petronas sekali lagi memberikan kontrak bernilai RM10 bilion bagi kerja bersepadu dan pentauliahan serta penyengaraan utama bahagian atas kepada TL Offshore Sdn Bhd, PBJV Sdn Bhd dan GOM Resources Sdn Bhd.


Perkembangan lain pada 2013 adalah penemuan medan minyak dan gas daratan, 20 kilometer dari Miri, medan darat pertama ditemui selepas 24 tahun.


Selain itu, syarikat minyak negara juga memberikan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) kepada Salamander Energy Malaysia Ltd dan Petronas Carigali Sdn Bhd bagi blok PM322, di Selat Melaka, yang menandakan 100 PSC aktif di Malaysia sejak sistem itu diperkenalkan di negara ini pada 37 tahun lalu.


Pada sudut pandangan global pula, bank pelaburan Norway DNB Bank ASA menjangka
harga minyak merosot tahun depan kepada US$102 setong, daripada US$108 setong yang diunjurkan bagi seluruh tahun ini, setelah isu geopolitik menjejaskan negara-negara pengeluar minyak.


Penganalisisnya Torbjorn Kjus berkata faktor utama yang akan menarik turun harga minyak lebih rendah akan bergantung kepada bagaimana negara-negara pengeluar minyak utama yang terjejas oleh krisis itu seperti Libya dan Iran kembali ke pasaran, terutamanya dengan Iran yang baru-baru ini terlibat dalam urus janji sementara enam bulan sebagai pertukaran pelonggaran sekatan, bagi
mengurangkan aktiviti nuklearnya.


"Jika perjanjian menyeluruh dengan Iran boleh dicapai pada rundingan dalam tempoh enam bulan akan datang, harga boleh berubah lebih rendah daripada unjuran kami pada US$102 setong pada 2014," katanya dalam laporan Tinjauan Masa Depan Pasaran Minyak 2014.


Beliau berkata pengeluaran minyak global berkurangan kira-kira dua juta tong setiap hari kerana ketegangan politik di Libya dan sekatan di Iran.


Kjus berkata imbangan permintaan dan penawaran untuk tahun depan dijangka lemah dengan permintaan meningkat 1.1 juta tong sehari manakala penawaran daripada bukan pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) meningkat 1.7 juta tong sehari untuk mengimbangi pengurangan 600,000 tong sehari dalam bekalan dari Opec.


Kjus berkata permintaan di 34 negara OECD, yang merupakan lebih 50 peratus penggunaan minyak global, dijangka menyaksikan pertumbuhan yang kecil.


Beliau berkata tinjauan berkenaan berdasarkan kepada peningkatan kecekapan dalam kenderaan AS dan sentimen yang lebih baik dalam petunjuk ekonomi makro di Eropah pada beberapa bulan terakhir.


Sementara itu, bagi negara-negara bukan OECD, beliau berkata pertumbuhan permintaan minyak dijangka lemah kepada satu juta tong sehari daripada 1.1 juta tong sehari tahun ini dengan pertumbuhan KDNK yang lebih rendah serta dengan pengurangan pertumbuhan berorientasikan pelaburan.

- Bernama

P/S : kalau artikel macam ni banyak mana sangat lah orang nak baca..hehehehe

Kerajaan PR Selangor 'Cuci Tangan' Bila Jual 16.9% Saham Kumpulan Peransang dalam Taliworks

Berikut adalah timeline FB dari sifu Fuad Omar tentang macam mana hipokritnya kerajaan PKR Selangor , disebabkan tak nak dikaitkan dengan kepentingan yang depa pegang dalam konsesi tol , depa jual 'share' untuk cuci tangan bila ada kenaikan tol . Maksudnya lain kali kalau tol naik depa boleh tunding jari kat kerajaan pusat sebab depa dah takdak kepentingan dalam konsesi .


Patut lah laporan audit nampak cantik je , kononnya ada 'reserve' itu dan ini , rupanya ini kerja depa . Jual itu dan ini untuk dapat sumber kewangan , lepas tu naikkan gaji ADUN berkali-kali ganda. Apa komen Rafizi ? Apa yang kerajaan Selangor buat ni bukan penjualan 'aset' ke ? Hari tu bukan main lagi kecoh satu Malaysia konon kerajaan jual aset negara. Dia punya 'spin' macam kerajaan dah jual aset negara ni kat orang luar.

Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) has disposed of a 16.92% stake in Taliworks Corporation Bhd for RM66.479mil.

KPS said on Wednesday the 73.86 million shares were disposed of at 90 sen a share.

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/10/09/Kumpulan-Perangsang-sells-Taliworks-stake.aspx

Budak nangoi Rafizi tu kata Kerajaan Pusat jual "security" ........ ni yg Kerajaan Pakatoon Selangor buat menatang apa........jual kepentingan dlm Taliworks yg menguasai Grand Saga.....saham Kerajaan Negeri dlm Taliworks diperolehi semasa BN lagi semasa Carpet International (State GLC masa tu) di structure semula dgn bantuan LGB dan dinamakan semula sbg Taliworks..

And this what they did, instead taking control of Taliworks which owns the majority share in Grand Saga from LGB or other shareholders, hence relief the rakyat from paying the toll (KL-Kajang) as they has been drumming all this while (thru majority share ownership....minority mana ada kuasa, Anwar mmg kaki kelentong), they disposed KPS shares and makes money out of it 

Thursday, December 26, 2013

Kerajaan Timbang Mansuh BR1M, Bantuan Sekolah & Baucar Buku Untuk Turunkan Harga Minyak, Gula dan Tariff Letrik ?


Berikut adalah senarai perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk meringankan beban hidup rakyat apabila Bajet 2014 diumumkan , 3 senarai di bawah ini adalah sumbangan yang  majoriti rakyat dalam dan luar bandar dapat secara langsung dari kerajaan .

1. BR1M - Jumlah RM 4.6 billion
2. Bantuan Sekolah (RM 100) - Jumlah RM 540 juta
3. Baucar Buku 1Malaysia (RM250) - Jumlah RM 325 juta

 Ada beberapa lagi perkara yang diumumkan dalam Bajet 2014 yang boleh meringankan beban hidup rakyat , cuma ramai yang memilih untuk tidak menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan ini contohnya Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1 Malaysia , atau perkhidmatan sebegini mungkin juga belum diperluaskan jadi keberkesanannya tak dirasai.

Berbalik kepada 3 senarai di atas , jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk majoriti rakyat dapat manfaat secara terus ialah RM 5.465 billion . Perbelanjaan sebegini tak wujud sebelum Najib Razak memegang jawatan Perdana Menteri , tetapi bila perkara2 di atas diperkenalkan sejumlah RM 5.465 billion diberikan secara terus kepada golongan rakyat yang layak. Bantuan disalurkan pada golongan sasaran yang layak .

Bila harga petrol dinaikkan RM 0.20 , kerajaan dikatakan dapat berjimat sehingga RM 3.3 billion . Bila subsidi gula dikurangkan pula kerajaan berjimat sehingga RM 442 juta . Bila tarif letrik naik dikatakan RM 4 billion dijimatkan . Jumlah penjimatan oleh kerajaan dari kenaikan yang diyatakan ialah RM 7.742 billion. Jadi apa yang kerajaan buat dengan penjimatan berjumlah RM 7.742 billion ittew?

Ini pandangan aku lah , jumlah RM 7.742 billion yang dijimatkan tu digunakan pulak untuk membiayai  perkara2 yang membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah melalui BR1M , Bantuan Sekolah (RM100) dan Bantuan Buku 1 Malaysia (RM250) yang jumlah keseluruhan 3 program ini sebanyak           RM 5.465 billion . Jadi tentulah akan ada yang bertanya mana baki RM 2.277 billion tu 'lesap' ?

Jawapannya selain 3 program yang dinyatakan di atas ,baki RM 2.277 billion tu juga digunakan contohya untuk klinik kesihatan 1Malaysia , Kedai Rakyat 1 Malaysia , bayar bonus untuk penjawat awam , bantuan yuran tadika untuk yang layak , bantuan kewangan untuk warga emas dan lain2 program untuk rakyat secara langsung atau tak langsung . Aku pun tak suka barang naik , tol naik letrik naik dan macam2 lagi , tapi kalau benda2 ni tak naik celah mana kerajaan nak cekau duit bagi BR1M, bantuan sekolah dan buku berjumlah RM 5.465 billion tu ? Sebab sebelum Najib naik jadi PM , mana ada segala BR1M ni .

Nak jugak minyak turun harga dan lain2 lagi turun ? Apakata buat cadangan dekat PM supaya pemberian BR1M , Bantuan Sekolah dan Buku dihentikan/dimansuhlam , semua tu RM 5.465 billion .  RM 5.465 billion ni boleh digunakan balik untuk turunkan semula harga minyak pada RM 1.90 , RM 5.465 billion tolak RM 3.3 billion untuk subsidi minyak masih ada lagi baki  RM2.165 billion . Bagi harga gula turun pulak .. RM 2.165 billion tolak RM 442 juta , hmm ada 'balance' lagi . Boleh la 'cover' sikit untuk dimasukkan dalam peruntukan tariff letrik.

Persoalanannya , dalam ramai-ramai penerima BR1M , penerima bantuan RM100 ke sekolah dan penerima baucar buku RM250 , adakah mereka semua setuju sekirannya semua bantuan ini dimansuhkan ??? terutamanya yang berada di kampung. Adakah mereka setuju melepaskan semua bantuan ini hanya untuk kepentingan rakyat yang menetap di kawasan bandar yang terkesan dengan kenaikan-kenaikan ni . Tak payah tanya penduduk kampung..orang kat bandar yang dapat BR1M pun mati-mati tak nak ia dimansuhkan

PKR 'Intern' di maki Anwar sebab laporan Economist Intelligence Unit (EIU) ?

Dari portal AIDC ;


AIDCNews – 25/12/13 – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah memarahi seorang ‘budak intern’ di dalam mesyuarat di ibu pejabat PKR yang menunjukkan ‘Laporan Economist Intelligence Unit (EIU)’ menyatakan bahawa Malaysia tidak berpotensi menjadi negara kacau bilau pada tahun 2014.

“Semalam bukan main kecoh juga di HQ PKR apabila seorang budak intern memberikan laporan kononnya Malaysia tidak berpotensi menjadi negara kacau bilau pada tahun 2014. Budak intern yang mentah itu begitu yakin, dia dapat menarik perhatian Anwar dengan laporan kononnya Malaysia tidak berada di dalam senarai negara kacau bilau.

“Gegak gempita HQ PKR apabila Anwar menyalahkan kebodohan INTERN tersebut sebagai tanda budak itu tidak layak bekerja dengan PKR.

“Laporan EIU menyebut bahawa Malaysia berada di dalam kumpulan LOW RISK untuk berlaku kekacauan pada tahun hadapan, lapor blog GA, 23 Disember.

Dakwa blog GA, Anwar mahu PKR membuktikan bahawa laporan EIU itu tidak tepat.

“Anwar kemudiannya berceramah tentang keperluan HQ PKR menjadi pemangkin bagi memastikan Malaysia kacau bilau. Itu tugas utama kita di sini, jerit Anwar.

“Kalau tidak ada kacau bilau, kita mesti cetuskan kacau bilau. Sebab itu kita buat segala macam anti-GST, anti tol dan sebagainya.

“Budak intern itu termenung panjang.”

Berdasarkan laporan EIU, antara negara yang berada di dalam kategori ‘berisiko tinggi’ untuk tercetusnya kacau bilau adalah Argentina, Bahrain, Bosnia, Mesir, Iraq, Lebanon, Nigeria, Yemen dan Uzbekistan, sebaliknya Malaysia dikategorikan ‘berisiko rendah’ sebaris dengan Australia, Kanada, Chile, Jerman, Hong Kong, New Zealand Singapore, Taiwan dan Amerika Syarikat.

“Anwar mahu situasi ini dirubah. Malahan, dalam tempoh setahun dua, Anwar mahukan negara Malaysia berada di kumpulan HIGH RISK atau VERY HIGH RISK.

“Inilah yang dijadikan kayu ukur keberkesanan gerakan PKR dalam setahun dua ini.

“Sebab itu apabila Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat) menjadi Timbalan Presiden MTUC, Anwar cukup gembira dan happy. Abdullah Sani adalah contoh ahli parti yang berkesan mencari pengaruh yang tidak pernah difikirkan oleh kerajaan.

“MTUC akan menajdi pemangkin kepada pencetus kacau bilau dalam masa setahun dua ini.”

Kes Ikan Terdampar di Pantai Lahad Datu Angkara UFO atau "Jubilee Phenomena" ?

Kejadian ribuan ikan terdampar di tepi pantai adalah satu fenomena yang jarang sekali kita lihat . Dulu masa kejadian tsunami , ikan2 yang nampak di pantai tu adalah disebabkan air laut ditarik ke 'belakang' untuk sementara waktu sebelum hempasan maha hebat berlaku  , bila ini berlaku fenomena air laut 'surut' melampau akan terjadi sebab tu kita boleh nampak ikan2 terdampar di pantai2 . Walau bagaimanapun, melalui apa yang diceritakan tentang kejadian di Lahad Datu ialah ikan2 ini berenang ke kawasan pantai dan ia hanya terdiri dari satu spesies saja iaitu ikan tamban .


Maka nak katakan ia 'petunjuk' kepada gempa bumi atau tsunami mungkin agak jauh sekali tetapi mungkin ada petunjuk2 yang lain ? Dalam pemikiran penulis, persoalan yang timbul ialah kenapa ikan tamban ? dan bukan dari spesies2 ikan yang lain ? dan kenapa hanya berlaku di Lahad Datu ? Dari situ mungkin pengkaji2 dalam bidang marine boleh buat kajian yang lebih mendalam dengan mengambilkira parameter2 seperti faktor cuaca, mukabumi , kesan2 peninggalan sisa2 bukan organik dan lain2.

Dari laporan Bernama , Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengesahkan kes ikan terdampar bukan kerana gempa bumi ;

'Kes ikan terdampar bukan kerana gempa bumi'

Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku,
pagi semalam.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.

Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di Kota Kinabalu hari ini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.

"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami.

Sebagai penulis blog sosial politik, mungkin agak janggal sekiranya penulis katakan fenomena ikan ke darat tu mungkin boleh dikaitkan dengan manipulasi frekuensi terhadap ikan-ikan yang sepatutnya ada di tengah laut ke darat . Kejadian pun dikatakan hanya berlaku dari 8-9:30 pagi ? Penulis pernah terbaca satu pendapat metafizik bahawa setiap elemen kehidupan ada frekuensi tersendiri , malah alam2 yang tak dapat dilihat dengan mata kasar pun ada frekuensi mereka yang tersendiri .

Kita dikatakan mampu melihat alam yang satu lagi bila frekuensi diri diselaraskan. Berbalik kepada fenomena ikan tamban tadi, ikan2 ini mungkin boleh dipengaruhi oleh frekuensi2 yang dimanipulasi disekeliling hingga dipengaruhi untuk ke darat . Sekiranya benar pendapat ini, dari sumber mana frekuensi ini datang ??

OK I should stop this so called 'theory' or else people might start to think i'm out of my mind ,hehehe

Sebenarnya hal yang serupa pernah belaku beberapa kali di Mobile Baya , Teluk Alabama, Amerika Syarikat . Depa namakan fenomena ni sebagai Mobile Bay 'jubilee' bilamana beberapa spesis ikan laut dalam akan berenang berkumpulan ke pantai2 di Mobile Bay. Ahli marine biologi berpendapat fenomena ini berlaku kerana berlaku masalah penurunan kandungan oksigen secara mendadak di kawasan laut dalam memaksa hidupan ini ke bahagian berhampiran pantai yang mana kandungan oksigen dalam air lebih tinggi .


"Except during jubilees the water inside the 2 meter contour along the eastern shore is well oxygenated. This shallow water extends several hundred meters offshore. During jubilees fishes present there are trapped between the shore and an advancing water mass low in dissolved oxygen; the water at the surface and very close to shore usually has enough oxygen to support them for the short duration of most jubilees." - Edwin B. May

Apa pun untuk rujukan pembaca2 semua , kes ikan terdampar macam pun pernah di laporkan AP , kejadian berlaku di New York pada 26 Feb 2006 , berikut adalah artikel yang diperoleh dari Associate Press..

Thousands of Fish Beach Themselves in N.C. 

Sunday, February 26, 2006 

JACKSONVILLE, N.C — State and local wildlife experts are trying to figure out what led more than 1,000 flounder, spot and pin fish to beach themselves at the Marine Corps' New River air base — and then swim away. 

They believe it may be related to a popular phenomenon known in coastal Alabama as "jubilee." 

The fish surfaced in shallow water Friday morning. They were lethargic, but alive. 

"It's kind of strange," said Mike Sanderford, New River Riverkeeper. "It's a bunch of fish up here, but they're not dead. They're almost docile." 

When he arrived, Sanderford said, the fish were lying in shallow water and allowed him to touch them before they swam away. 

Representatives of the Division of Water Quality, N.C. Marine Fisheries and N.C. Marine Patrol checked on the fish along the air station's shoreline Friday morning. One expert estimated about 1,000 to 1,500 were crowded in the waterline. 

But by afternoon, they were gone. The timing matched another oddity: the water's oxygen level, which veered from one extreme to the other. 

"We measured the oxygen levels in the water this morning and they were very low," said Stephanie Garrett, environmental technician with DWQ. "Then two and a half hours later, they were high." 

She said that might be a clue that the area saw a case of the "jubilee" phenomenon, in which thousands of live, healthy fish beach themselves. 

Scientists know that a jubilee occurs when a variety of factors deoxygenate the water, forcing fish to the shore. 

Jubilees occur in a number of places, but nowhere as often and as regularly as on Mobile Bay's eastern shore. Jubilees usually occur during the summer, providing a free feast to locals who head to shore to gather the fish up. 

"It's normal to them, they all know the conditions that are needed and go down with gigs to get the flounder," said Bianca Klein, biologist at the Air Station. "It's definitely a rarity here, though." 

Only about 50 fish died, and that may not have been from natural causes. 

"The flounder that were dead were the big ones," Sanderford said. "We're guessing someone came out here early this morning and started to pick out the biggest ones to take home for dinner, but wondered why they were beached and thought something might be wrong with them." 

SOURCE: AP

Wednesday, December 25, 2013

Betul ke di Thailand Takde Tol ?

Bila tengok satu gambar yang di 'upload' di fanpage FB King Jason , pemain media sosial pro-PR ditunjukkan kononnya Thailand takde toll . Betul ke , bukannya aku tak pernah travel ke Thailand . Dulu pernah travel ke sana untuk urusan kerja , sepanjang perjalanan tu rasanya memang rasanya driver aku tu bayar tol . Pelik kenapa si King Jason ni kata takde tol pulak ? Yang tukang komen pula mengiya kan aja , termasuk lah yang pro-UMNO/BN sentap tak tentu pasal salahkan kerajaan. Depa ni tak reti guna Google ke ? Kalau ye nak marah atau nak sentap pun , paling tidak cuba la luang masa barang 1 minit untuk 'verify' fakta . Ini tidak belum apa2 dah melompat sakan .



Dari apa yang aku dapat dari Google , depa kata Thailand ni memang ada toll di bawah pengurusan Expressway Authority of Thailand (EXAT) dan Department of Highways (DoH) . EXAT menguruskan laluan-laluan tol di Chaloem Mahanakhon Expressway, Si Rat Expressway, Chalong Rat Expressway, Udon Ratthaya Expressway, Burapha Withi Expressway and Kanchanphisek Outer Ring Road (southern section) , manakala DoH pula  Uttraphimuk Tollway (formerly Don Mueang Tollway), Motorway No. 7 (Bangkok-Chonburi), and Motorway No. 9 (Kanchanphisek Outer Ring Road - eastern section). Dua agensi ni bercadang nak buat lebih banyak laluan bertol di masa akan datang di laluan2 daerah2 lain.

Jadi cuba fikirkan , kalau penipuan begini pun ramai orang boleh percaya termasuk yang pro-BN sekalipun , macam mana pulak penipuan2 yang ada kaitan dengan hal-hal teknikal ? Diaorang cuma perlu spin saja , rakyat Malaysia ni suka di suap dengan benda2 macam ni dan kebanyakkannya malas nak buat 'cross-check' . Bila dah malas buat 'cross-check' maka hal2 yang tak sepatutnya berlaku akan berlaku macam demo ke hulu demo ke hilir menyusahkan orang ramai disebabkan kebodohan sendiri yang malas buat 'cross-check' . Ada juga yang jenisnya walau dah diberitahu segala fakta dan bukti bergambar masih kuat betah !Nak buat macam mana ?

Lagi Maut di Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Kisah mengenai kanak-kanak didera di pusat asuhan pernah dipaparkan didada akhbar baru-baru ini . Selain kisah penderaan terdapat juga kes di mana beberapa orang bayi mati kerana tesedak susu di pusat asuhan . Laporan terkini dari Bernama , seorang lagi kanak-kanak maut disyaki kerana didera .



Dari petikan Bernama ;

Budak maut disyaki didera di pusat jagaan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera di pusat penjagaan di Kuantan, Pahang.

Norain Natasyah Abdullah meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur pagi Isnin selepas dihantar ibunya Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri.

"Doktor memberitahu keadaan Norain tenat selain otaknya tidak ada oksigen," katanya yang telah berpindah ke sini.

Beliau yang berpisah dengan suaminya berkata anak bongsu dari enam beradik itu dihantar ke pusat penjagaan itu bersama empat lagi anaknya selama tiga tahun. 

Zuraidah, 31, berkata abangnya pernah memberitahunya Norain sering didera ketika dihantar ke pusat penjagaan tersebut.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Salak Selatan petang tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat," katanya.

Kita faham dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di kawasan bandar besar di negara ini, sesebuah keluarga tidak ada pilihan untuk 'survive' dalam kehidupan yang kian mencabar kini sehingga memaksa kedua-dua ibu bapa untuk bekerja bagi menambah pendapatan sesebuah keluarga. Tidak semua dikalangan keluarga ini mampu mengupah orang gaji untuk menguruskan anak-anak yang ditinggalkan di rumah, ada juga yang terpaksa menggunakan 'khidmat percuma' orang tua untuk membantu mereka menjaga anak2 , tetapi sampai bila perkara ini akan berterusan ? Cukup lah susah payah orang tua membesarkan kita dulu , jangan pula ditambah susah mereka untuk menjaga anak2 kita pulak.

Jadi mahu tak mahu khidmat pengasuh kanak-kanak terpaksa digunakan , pada jangkaan kita, kalau yang mahal yurannya tentulah lebih terjamin makan minum anak-anak , tetapi ada di kalangan pengasuh ini boleh dikatakan agak tamak bila menerima kanak2 di pusat asuhan lebih dari kapisiti yang mampu mereka uruskan maka berlaku lah hal2 seperti penderaan dan kematian seperti yang dinyatakan di atas . Bila budak makin ramai , 'stress' si pengasuh pun makin tinggi tambah pula anak2 ini pelbagai ragamnya .

Oleh yang demikian, diharapkan pihak berkuasa tempatan di sesebuah negeri atau lokaliti itu boleh menubuhkan skuad bagi memantau taman-taman asuhan kanak2 ini. Ini perlu bagi mengelakkan sesebuah pusat asuhan itu mempunyai terlalu ramai kanak2 / bayi untuk diuruskan berbanding tenaga kerja yang ada. Selain itu kecekapan pengasuh di pusat2 asuhan ini perlu juga dipantau, tak boleh ambil pekerja tangkap muat je. Memang lah bayak 'demand' nya sebab kita beri kepercayaan pada orang asing untuk jaga anak darah daging kita. Ada yang tak kisah untuk bayar lebih tapi kesian pula pada mereka yang berpendapatan rendah.

Oleh itu, untuk mengurangkan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan, pihak kerajaan pusat mungkin boleh mewujudkan kerjasama dengan pusat-pusat asuhan ini supaya diskaun diberikan kepada golongan ini . Maklumat BR1M pun dah ada , dan boleh tapis dari situ . Kalau kedua-dua ibu bapa bekerja mungkin mereka ini boleh diberikan potongan hingga 50% yuran yang sepatutnya dikenakan , atau beberapa insentif diberikan pada pusat asuhan supaya yuran yang dikenakan tidak lah terlalu tinggi . Penulis percaya premis2 asuhan kanak2 ini akan makin berkembang dari tahun ke tahun . Oleh yang demikian, eloklah hal-hal berkaitan kaedah pemantauan, pekerja2 dan yuran yang dikenakan dikaji dengan lebih teliti.

Tuesday, December 24, 2013

Gara-gara CIP MyKad Rosak , Duit Beli Tiket Kapal Terbang Boleh 'Hangus'

Berikut adalah artikel yang diambil dari Utusan Online berkenaan aduan mengenai kualiti MyKad yang kita guna sekarang . Dalam artikel berkenaan , pengadu menyatakan beliau telah menggantikan MyKad sebanyak 10 kali di mana setiap gantian MyKad yang rosak perlu disertakan dengan pembayaran sebanyak RM10 . Tergerak hati penulis untuk memetik aduan beliau kerana pernah mengalami masalah yang sama bila cip MyKad milik penulis tak boleh dibaca dan menyebabkan beberapa kesukaran berlaku .

Kes pertama berlaku bila penulis nak re-new passport , MyKad penulis tak boleh dibaca dipercayai kerana kerosakan cip , dah disuruh ganti MyKad dahulu baru boleh re-new passport . Mujurlah jadual penerbangan ke luar negara beberapa minggu lagi , bayangkan kalau yang tiket penerbangan mereka beberapa hari lagi ? Sebab cip MyKad rosak punya pasal , 'burn' tiket yang dibeli.

Kes kedua bila penulis nak buka account di sebuah bank ni , dia minta MyKad untuk di 'scan' , bila 'scan' tak lepas dia ambik pemadam dan tonyoh2 di bahagian cip berkenaan , pun tak jadi jugak . Akhirnya benda yang sama berlaku bila penulis diminta tukar MyKad lagi . Seingat penulis ada la jugak lebih kurang 3-4 kali MyKad penulis ditukar sebab masalah tak boleh baca cip ni .

Bukan nak 'complain' sangat lagipun berapa kerap lah sangat MyKad kita diimbas ? Mungkin bagi sesetengah boleh dibilang dengan jari dalam tempoh setahun . Namun apa yang sebenarnya nak ditekankan disini perlu kah caj RM10 tu dikenakan disebabkan kualiti MyKad itu sendiri ?

Adakah apa2 garis panduan yang dikeluarkan kerajaan bagaimana MyKad tu perlu 'dijaga' supaya perkara2 berkaitan 'cip' rosak ni tak berulang ? Letih la nak pi pejabat pendaftaran negara ganti MyKad tiap kali cip rosak ? Dah ler kena beratur panjang , kena minta cuti lagi kat boss . Boleh tak individu-individu bertanggungjawab dalam pengeluaran MyKad ni tolong tengok-tengokkan masalah ni ? Paling2 malas pun kalau nak jimat kos keluarkan je garis panduan penjagaan MyKad (untuk elak cip rosak!)

Dari petikan artikel yang diambil dari Utusan Online ;


Mengapa perlu bayar gantikan Mykad rosak

SAYA terpaksa menukar MyKad untuk kali kesepuluh kerana pihak bank tidak dapat meluluskan permohonan saya kerana MyKad saya tidak dapat dibaca.

Dalam erti kata lain, MyKad saya rosak dan saya perlu membayar RM 10 dan menunggu selama 10 hari atau lebih.

Saya mahu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan mengapakah MyKad yang rosak perlu dibayar RM10 dan jika dibayar mengapa perlu tunggu hingga 10 hari?

Bayangkan kos tambahan serta kesusahan lain yang perlu dihadapi rakyat khususnya golongan tua dan luar bandar.

Kerosakan MyKad hampir semuanya berpunca daripada cip tidak boleh dibaca dan rakyat tidak wajar dipersalahkan.

Ini kerana, cip tersebut hanya digunakan oleh Bank dan KWSP untuk sekali dua sahaja setahun.

Beberapa persoalan juga perlu dijawab seperti berapakah nilai satu MyKad dibayar oleh JPN kepada pembekal dan jika saya melalui persatuan atau kerajaan negeri mampu membekalkan MyKad kepada JPN dengan harga RM 5, boleh JPN mengurangkan harganya.

Umum memahami beberapa faktor tidak membenarkan pihak JPN melayan permintaan mana-mana pihak atas alasan keselamatan Negara, namun, RM10 untuk membayar kad yang sering rosak juga mengancam keselamatan poket rakyat.

Sehubungan itu, saya mengesyorkan pada JPN agar memperkenal 2 MyKad kepada Rakyat Malaysia dimana MyKad 1 tanpa cip dan wajib dibawa ke mana sahaja dan MyKad 2 dengan cip tidak wajib dibawa bersama.

Dengan ini, rakyat boleh menyimpan MyKad 2 tersebut dalam peti yang berkunci agar tidak rosak terutama apabila mahu digunakan.

MyKad 1 tanpa cip yang wajib dibawa jika rosak pasti lebih murah berbanding sekarang yang bercip dan langkah ini bertepatan dengan aspirasi Perdana Menteri, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Saya berharap JPN dapat memberi penjelasan dan tidak membiarkan Perdana Menteri dan partinya dipersalahkan oleh rakyat walhal pihak JPN mempunyai kuasa untuk melaksanakan amanah yakni berkhidmat untuk menyedia kemudahan pada rakyat.

Anak-anak Yatim dilayan Macam 'Anjing' oleh si Bangsat di Majlis VVIP dihadiri Artis Terkenal Tanahair

Dari blog sahabat Flying Kick, diharapkan lepas dibaca kita jadi cerita ni viral. Biar mangkuk ayun yang 'aniaya'  anak2 yatim ni mamposss cepat.

MANUSIA BABI!!! DAGANG ANAK YATIM UNTUK KUTIP DERMA DEPAN SULTAN DAN SULTANAH KEDAH, TAPI LAYAN ANAK YATIM MACAM LAYAN ANAK ANJING!!!

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.

Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami. Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Dato’ Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja.

Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan. Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Dato’ ini. Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.

Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan.
Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Dato’ janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini.

Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Dato’ yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee.

Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita. Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena.

Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.

Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis.

Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama. Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini.

PETANG SEBELUM MAJLIS

Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 ptg. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang awalnya diminta Tuanku telah dibatalkan. Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya.

Lagu “Tema Yayasan” bernada tinggi yang telah membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan. Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak. Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga.

Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa. Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India. Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih.

Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya.
Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak beri. Si Dato’ menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan. Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Dato’ juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu.

Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya. Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang.

Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..!
Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Dato’ yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang.

Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas. Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula. Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja.

Dengan Dato’ masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah.

Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU.

Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain. Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’. Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial remaja yang macam “sial” lucahnya.

Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?

Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai. Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau. Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya.

Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu. Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu. Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ.

Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum. Perut anak-anak sudah berkeroncong. Pengiring dewasa menahan lapar, sedikit bekalan roti dan susu diberi pada anak-anak untuk alas perut.
Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak muka dari pagi, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar. Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak.

Dalam menunggu makanan dibeli, Dato’ dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?.

Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring keletihan di lantai penjuru dinding itu.

Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang. Itu bermakna, tiada rehat langsung.

Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli. Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain. Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang.

KONFLIK REHEARSAL

Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa. Mereka dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar. Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung. Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan.
Akhirnya anak-anak diberi peluang untuk mencuba.

Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun Cuma sekali. Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka yang sedang tidur itu.

Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura.

Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja. Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu. Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu.

MALAM MAJLIS

Kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa? Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG dewan.

Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di sebelah dapur. Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama. Menu makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan gorengan mudah” dan tidak ditambah apabila habis.

Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah. Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki. Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar.

Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami. Malang bagi mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela. Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula.

Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik bertanya, “Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu? pakai tudung tapi dada terbelah begitu? Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha? Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang?”… Kenapa tinggalkan solat? Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami.

Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang buruk. Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara jahilliyah.

Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN.

Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan. Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain. Di dalam ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu.

Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja.

Antara program yang dinyatakan ialah seperti;
1. Lawatan ke rumah anak yatim
2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim
3. Sunat beramai-ramai (50 orang) Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000. Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi.

Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini.
Dalam ucapan Dato’ Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim. Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim. Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada anak-anak yatim. Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya.

Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat. Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa.

Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa. Semua co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini. Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak Nampak, Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir. Begitu juga co-founder yang lain. Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk menjalankan program harian kami.

Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka. Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan itu ucapan Dato’ Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak yatim.
Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu.

Jelas, kami dah faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak / kurang memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak.

Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang “Kononnya VVIP” itu.

Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk menderma lagi. Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali.

Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik. Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja. Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya.

Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma.

INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turutserta dalam program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini. Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.

Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir. Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup.

Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain. Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini.

Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif. Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan.

Rupa-rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi. Pengutipan derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya.

Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan manusia. Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami. Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini.

Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat. Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel. Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA.! Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.

Sila ikuti beberapa klip video sebagai pengesahan berita.

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/petikan-perbualan-wakil-yayasan-yang-dikatakan-membawa-titah-tuanku/
http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/di-sebalik-tabir-suasana-sambutan-ketibaan-dan-keberangkatan-pulang-tuanku-dymm-spb-ydp-agong/
http://prihatin.net.my/v3/2013/12/22/persembahan-khas-anak-anak-rpwp-di-hadapan-dymm-spbydp-agong-tolong-kami/
http://prihatin.net.my/v3/2013/12/04/rakaman-latihan-nasyid-untuk-persembahan-istana-di-hadapan-dymm-ydp-agong/

Alhamdulillah bersyukur beberapa anak dapat buahtangan angpau RM100 seorang dan kuih raya yang kami tidak tahu bila tarikh luputnya kerana bungkusan itu bertulis SELAMAT HARIRAYA 2013.
WARGA PRIHATIN