Monday, September 30, 2013

Pemilihan CEC DAP : Liew Chin Tong yang berusia 36 tahun 'Cantas' Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng


Berikut adalah komen daripada Lim Guan Eng apabila ditanya wartawan mengenai keputusan CEC DAP yang dikeluarkan semalam .

"Saya berpuas hati. Jumlah undi (saya) berkurangan mungkin kerana jumlah perwakilan yang datang mengundi juga kurang," katanya. (sumber Malaysiakini)

Petikan dari portal Free Malaysia Today , sejumlah 1,823 perwakilan mengundi untuk pemilihan CEC yang dibuat pada 15 December 2012 . (sumber FMT)


Dari petikan portal The Edge Malaysia pula , sejumlah 1,725 perwakilan yang datang mengundi untuk CEC 2013 . 


Benar kata Lim Guan Eng, perwakilan yang datang mengundi berkurang kali ini  . Jumlah perwakilan yang kurang ialah sebanyak 98 orang sahaja . Untuk mengesahkan dakwaan Guan Eng bahawa jumlah undi beliau berkurang disebabkan kurang perwakilan yang datang mengundi , kita lihat jadual di bawah ini .


Pengurangan undi yang paling banyak berbanding pemilihan CEC yang lepas ialah Lim Guan Eng iaitu kurang sebanyak 272 undi . Kata kan 98 orang perwakilan yang tak datang tadi mengundi Lim Guan , jumlah kekurangan undi yang Lim Guan Eng dapat berbanding CEC yang lepas ialah kurang 174 . Masih lagi yang paling rendah . Rujuk graf di bawah ;


Jelas sekali keputusan pemilihan CEC kali ini menunjukkan perwakilan yang datang mengundi secara terang-terangan menolak Dinasti Lim untuk terus berkuasa . Perlu diingatkan dari pendedahan blog thedapinsider , perwakilan yang dipilih adalah dari kalangan yang di kenalpasti pro-Dinasti Lim .

"Apabila senarai perwakilan sampai ke tangan Lim Guan Eng, beliau dan bapanya akan membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti perwakilan-perwakilan yang pro mereka dan yang pasti akan memberi undi kepada mereka." - sumber

Agak mengejutkan pemilihan pada kali ini , sekiranya wujud manipulasi seperti yang didedahkan Dinasti Lim dilihat tersungkur . Tersungkur dalam erti kata jumlah pengurangan undi yang paling tinggi , walaupun kedua-duanya masih berada di kalangan top-5 yang menerima undi yang banyak. Daripada graf di atas , 3 daripada 5 individu yang dilabelkan team kepada Dinasti Lim mengalami kemerosotan undi , dua daripada mereka mendapat pertambahan undi .

Kumpulan yang dikatakan 'Harimau' dalam DAP pula menunjukkan 3 daripada mereka mendapat peningkatan undi dan 2 pula mengalami kemerosotan undi iaitu Ngeh dan Nga. Individu yang mendapat bilangan undi paling tinggi dan juga penambahan paling tinggi ialah Liew Ching Tong . Beliau merupakan bekas ahli DUN Bukit Bendera, juga merupakan pemimpin muda dalam DAP (berusia 36 tahun). Pada pemilihan CEC kotroversi tahun lepas beliau hanya memperoleh 984 undi berbanding 1,438 undi kali ini. 

Kebanyakkan perwakilan DAP dilihat memberi kepercayaan kepada pemimpin muda DAP ini dan mulai menolak pemimpin lama seperti Lim Kit Siang yang dilihat lebih mementingkan kroni-kroni beliau sendiri. Daripada apa yang didedahkan oleh penulis blog thedapinsider, selepas pemilihan CEC akan diadakan satu mesyuarat CEC yang pertama hasil daripada wakil2 yang baru dipilih. Walaupun status pemilihan baru ini adalah status QUO namun rasanya proses mesyuarat pertama ini perlu juga dibuat. 

Disini mungkin akan wujud lagi 'permainan' oleh Dinasti Lim supaya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dikekalkan jawatan mereka . Ada 20 orang ahli CEC yang dipilih , sekiranya dilihat melalui undi yang diperoleh Lim Guan Eng , beliau sepatutnya tidak lagi layak mengekalkan jawatannya dalam CEC namun undi ahli-ahli CEC yang baru dipilih ini akan memainkan peranan . 

Calon yang sepatutnya paling layak menggantikan Lim Guan Eng ialah Liew Ching Tong yang mendapat lebih banyak undi dari Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mungkinkah sekarang Lim Guan Eng dan kroni-kroni mereka sibuk 'berkempen' untuk penentuan jawatan dalam CEC itu sendiri ? Sekiranya Lim Guan Eng masih dipilih oleh ahli-ahli CEC berbanding Liew Ching Tong , beerti suara majoriti daripada perwakilan DAP tidak diendahkan. 

Saturday, September 28, 2013

Komen di Malaysiakini : Khairy: 'Saya rasa kamu datang ke forum yang salah'



Tahniah KJ, jangan di layan sangat soalan-soalan provokasi dari wartawan Malaysiakini. Entah la apa yang ditakutkan sangat dengan Akta Pencegahan Jenayah , bukan kah selama ini pemimpin-pemimpin Pakatan dan penyokong-penyokong mereka mempersoalkan tahap keselamatan di Malaysia ? Setelah kerajaan buat sesuatu untuk penambah baikan mereka 'complain' pulak ?

Bukan kah mereka kerap kali guna tagline 'Malaysia sebuah negara yang selamat' untuk menyindir kerajaan bila saja ada kejadian jenayah berlaku ? Secara peribadi aku menyokong penahanan tanpa bicara ini diadakan semula , banyak penjenayah-penjenayah makin besar kepala apabila mereka sering kali dibela oleh 'pembela-pembela samseng' yang berselindung di bawah nama Bar Council . Aku harap perkara ini dijalankan dengan segera .

Jangan bagi muka lagi dan tak perlu layan permintaan-permintaan dari pemimpin-pemimpin Pakatan ? Kerajaan ni kerajaan Barisan Nasional , dan rakyat yang memenangkan kerajaan Barisan Nasional mahu penahanan tanpa bicara diadakan semula . Kalau tak buat salah kenapa perlu takut ? Singapore, USA dan Britian sendiri dah ada undang-undang yang serupa , kenapa pula kita perlu berundur setapak ke belakang hanya semata-mata nak melayani kerenah pihak yang kalah dalam pilihanraya ?



Friday, September 27, 2013

Siapa Pemimpin UMNO yang ada Set Pinggan Mangkuk Emas ?

Pak Habib atau lebih dikenali sebagai Syed Hussin Al Attas didalam buku beliau bertajuk Lima Raja Terakhir dalam salah satu petikan menulis seperti yang berikut ;


"Untuk santapan Putra Raja semasa menjadi menteri dulu. Segala set pinggan mangkuk Tengku Razaleigh Hamzah di perbuat daripada Emas. kalau jadi Perdana Menteri nanti pinggan mangkuk dan sudu garpu mesti bertakhtakan intan berlian barulah layak duduk berkawan dengan Agung"


"Mempunyai sebuah BAR dalam rumah V.I.P adalah perkara biasa. Begitu juga dipejabat V.I.P yang pemikirannya masih dijajah. Islamnya cuma dikulit. Mungkin orang PAS terkejut kerana ada Bar dan katil indah dipejabat V.I.P yang menjadi teman-teman mereka didalam angkatan Perpaduan Ummah"

Buku ini telah ditulis pada tahun 90-an dahulu , penulis tak pasti bagaiman Pak Habib memperoleh foto-foto itu , samada ianya benar atau palsu . Penulis terpanggil untuk menulis artikel ini apabila Ku Li semalam mengulangi kenyataan beliau pada 6 September lepas supaya ahli-ahli politik mengisythiharkan harta-harta mereka . Saranan yang dibuat oleh Ku Li ini tak dinafikan ada baiknya untuk mengelakkan berlaku keculasan dalam pentadbiran di kalangan ahli-ahli politik . Najib dijadikan sasaran atas kapasiti beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, saranan Ku Li ini dilihat agak lambat apabila ianya dibuat setelah beliau tidak lagi menjawat jawatan sebagai menteri atau lain-lain peranan besar dalam GLC. 


Agak menarik sekali apabila Anwar Ibrahim dalam blog beliau juga 'meminjam' artikel berkenaan saranan Ku Li ini untuk dimuatkan. Malangnya Anwar sendiri masih terkebil-kebil dalam mendeklarasikan aset-aset dan harta-harta beliau . Malah, melalui artikel semalam yang dikeluarkan penulis , kita masih ternanti-nanti penjelasan Anwar berkenaan dakwaan urusniaga sebanyak RM16.8 juta dengaan Karpal Singh . Malah kumpulan NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersifat telus dengan menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal.


Mereka desak ahli-ahli politik BN mengisytiharkan harta tetapi mereka sendiri berat melakukannya kecuali bagi pemimpin-pemimpan DAP Pulau Pinang yang melakukannya. Malah Lim Gua Eng sendiri menempelak Menteri Besar dari PKR kerana 'mengelat' dalam soal pengisitharan aset. 


Dari petikan artikel The Malaysian Insider bertarikh 9 July 2013 , 

"Lim berkata, Abdul Khalid mengumumkan semalam bahawa beliau tidak akan mengarahkan Exco kerajaan Selangor untuk mengisytiharkan harta yang diperolehi sebelum dilantik menjadi Exco disebabkan faktor keselamatan peribadi serta keselamatan ahli keluarga mereka sekiranya aset mereka diketahui umum."

Dari petikan artikal Sinar Harian pula bertarikh 10 Ogos 2013 , Pengerusi DAP berkata beliau sedia diaudit hartanya, tetapi hanya apabila kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan tarikh audit itu. 

Anwar Ibrahim dalam satu laporan di Malaysiakini bertarikh 10 Ogos 2013 pula berkata , 

"Kita tidak boleh meminta setiap orang untuk mengisytiharkan harta mereka. Saya perlu menasihati Pengerusi DAP Karpal Singh mengikut cara yang sewajarnya dan saluran yang paling tepat ialah membawa isu itu semasa mesyuarat Majlis Pimpinan PR untuk keputusan akhir," 

Daripada beberapa perkara yang dinyatakan di atas , ada beberapa andaian dan persoalan yang boleh ditimbulkan

1. Kenapa Anwar dan Ku Li tidak beria-ia mahu mengisitharkan harta masing-masing semasa mereka masih memegang jawatan berstatus menteri dalam kerajaan ?

2. Kenapa begitu liat sekali pemimpin-pemimpin Pakatan mahu mengistiharkan harta masing-masing, tetapi dalam masa yang sama mendesak pemimpin-pemimpin BN mengistiharkan harta mereka?

3. Ku Li dilucutkan jawatan sebagai menteri kewangan pada tahun 1984 , sekarang tahun 2013 iaitu hampir 29 tahun . Adakah harta yang Ku Li kumpul sebelum beliau dilucutkan jawatan boleh diketahui ? Selepas 29 tanpa ada apa-apa jawatan dalam kerajaan adakah harta yang dikumpul makin bertambah atau berkurang ? Jadi tak hairan lah kalau beliau berani mengistiharkan harta pada waktu sekarang.

4. Harta seseorang sebelum menjadi menteri juga harus dilihat , kalau seseorang itu sememangnya dari keturunan berada sebelum menjadi menteri lagi ia bukan lah sesuatu yang menghairankan , apa yang menimbulkan tanda tanya ialah seorang yang berpendapatan rendah sebelum menjadi menteri tiba-tiba hidup mewah dan mempunyai akaun dalam dan luar negara berjuta ringgit setelah menjadi menteri . Tak cukup dengan itu , ahli keluar beliau juga kena tempias ... (mohon rujuk kes Anwar Ibrahim & family sebelum dan selepas jadi menteri)

Kesimpulannya, sesetengah manusia ni memang hipokrit . Bila mereka berada di puncak kuasa dahulu mereka tak menimbulkan perkara-perkara sebegini , namun bila dah berada jauh dari puncak kuasa , mereka akan mula persoalkan hal-hal yang mereka sendiri pernah sembunyikan dahulu . Jadi jangan pandang sangat orang-orang ini sebagai berintegriti bagus, mereka ni lebih layak di cop sebagai hipokrit . Kalau benar tulus dan ikhlas, patut dari dulu lagi masa tengah berkuasa cadangkan hal-hal macam ni . Bila dah tak ada kuasa mula lah cari jalan untuk jatuhkan orang lain.


P/S :- Betul ke apa yang Pak Habib tulis tu ? Ada set pinggan mangkuk emas ? Bar dalam rumah ? Woww..


Artikel Sempena Pemilihan UMNO : "Splits in Umno and Opposition unity"

Berikut adalah satu artikel tahun 2007 dari akhbar The Sun , artikel yang penulisannya dalam Bahasa Inggeris ini agak panjang,ia ditulis oleh Dr. Wong Chin Huat, seorang ahli akademik dalam bidang politik Sempena dalam 'mood' pemilihan UMNO ini, elok lah bagi ahli-ahli UMNO membaca dan menilai isi kandungan artikel ini . Kalau ada yang tak faham, tolong 'copy paste' dan guna Google Translate . Tujuan artikel ini dipaparkan adalah untuk orang-orang dalam UMNO kembali melihat sejarah supaya kesilapan yang lepas tidak berulang. Kalau alpa tak mustahil ada pihak lain yang akan cuba ambil kesempatan.


"HISTORICALLY, successful coalition building among political parties in Malaysia has depended very much on the splits within the dominant ruling party, Umno.

The first split in Umno which resulted in Datuk Onn Jaafar’s exit and the formation of the multi-ethnic Independent of Malaya Party (IMP) in the early 1950s led directly to the Umno-MCA coalition.

The Labour Party and Parti Rakyat formed the first multiethnic opposition coalition, the Socialist Front (SF), before the 1959 elections but its support came largely from non-Malays.

The sacking of an Umno minister, Aziz Ishak, in 1962 gave the SF a third member, the National Convention Party (NCP) in the 1964 elections. It, however, was the weakest link and failed to shake Umno’s ground.

The next multi-ethnic coalition, the Malaysian Solidarity Convention initiated by Singapore’s PAP, had no Malay component and died in its infancy with the 1965 expulsion of Singapore.

The post-1969 challenge to first prime minister Tunku Abdul Rahman led to the brief expulsion of (now Tun) Dr Mahathir Mohamad from Umno and (now Tun) Musa Hitam from government.

In 1977, Harun Idris, the populist Selangor mentri besar was expelled from the party before he was charged and convicted for corruption. He rejected Tun Hussein Onn’s offer for a dignified exit as an ambassador.

As Umno experienced rejuvenation after 1969, neither of these led to a schism or formation of new opposition parties.

Mahathir-Razaleigh Showdown

The 1987 showdown between Mahathir-Ghafar (Baba)’s Team A and (Tengku) Razaleigh (Hamzah)- Musa Hitam’s Team B was the first schism which saw competition for all positions within Umno, from president to supreme council members.

The factionalism was less driven by policy difference (like “Pepsi-Cola and Coca-Cola” in political scientist Shamsul A.B.’s words), but more by competition for business opportunities and state largesse, which became tougher because of the 1985-86 economic recession.

The formation and alignment of factions within Umno was fluid.

In 1981, with Mahathir’s tacit support, Musa, who was then education minister, beat Tengku Razaleigh, then the finance minister, to become Umno deputy president.

Razaleigh, who kept his cabinet post, mounted another unsuccessful challenge against Musa in 1984.

Musa then wanted Mahathir to remove Razaleigh from the cabinet but Mahathir only transferred Razaleigh to the lesser portfolio of trade and industry.

Musa read this and Mahathir’s grooming of Anwar Ibrahim beginning in 1982, as the president’s deliberate tactic to check his power and later, he resigned from government in February 1986. To defend his Umno deputy presidency, Musa soon teamed up with his erstwhile archrival Razaleigh who took on Mahathir.

The “battle royal” or “war of the giants” ended in wafer-thin victories for Mahathir (761 to 718) and Ghafar Baba (739 to 699). Many believed Datuk Seri Najib Razak’s swing to Team A at the eleventh hour overturned the results. Mahathir purged all Team B frontbenchers in the immediate cabinet reshuffle that followed.

The winners-take-all move tore the party further apart and many expected a renewed challenge from Razaleigh and Musa in the following party election scheduled for 1990.

Umno Baru and S46

However, the High Court, based on a literal interpretation of the Societies Act, ruled in June 1987 that Umno was an illegal body due to election irregularities in a branch.

Mahathir, who had the power as Home Minister to exempt any party from the Act, chose to respect judicial independence.

A competition to form a successor party to Umno and to inherit its tangible and intangible assets began. On technical grounds, the Home Ministry rejected Team B’s application for Umno Malaysia and approved Team A’s for Umno Baru. Being the game’s referee, Mahathir won the first round.

Team B’s hope that the High Court decision might be overturned in the Supreme Court was crushed in May and June the following year when the Lord President, Tun Salleh Abas, and two other Supreme Court judges were impeached on charges of misconduct.

Just three days after Salleh’s impeachment was executed, the Supreme Court upheld the High Court’s judgment. Mahathir won the second round.

Mahathir’s opponents would have to fight him and Umno Baru in the ultimate arena, the general elections. Musa’s faction chose to join Mahathir’s new party while Razaleigh’s faction formed a new party of their own, Semangat 46 (Spirit of 46 or S46), named after the year Umno was founded.

Outside Umno, meanwhile, discontentment was growing over the incidence of corruption, power abuse and violations of democracy and human rights. To eliminate these challenges from outside the party in the midst of the power struggle within Umno, Mahathir used the Internal Security Act (ISA) to detain more than 100 social and political leaders in the notorious Operasi Lalang in October, 1987.

The emergence of S46 under Tengku Razaleigh provided just what was needed to bring together the Opposition and civil society – a centrist Malay party which could be the core of a new government with a credible new prime minister.

The “two-coalition politics”, mooted by civil rights and Chinese education activists as the remedy for Umno’s predominance since the mid-1980s, seemed to have come of age.

While the DAP and PAS still could not sit as partners in a single coalition, they and other opposition parties formed two coalitions – the Muslim-based Angkatan Perpaduan Ummah (Apu) and the multi-religious Gagasan Rakyat (Gagasan) – with S46 as the common member.

The 1990 elections

The message for the 1990 general election was clear: Malaysians could now have an alternative government if they so chose. Driven by opposition against the New Economic Policy (NEP), monoculturalism and authoritarianism, and encouraged by 27 civil society leaders joining the DAP, the Chinese electorate rallied behind the Gagasan.

The alternative was so credible that Parti Bersatu Sabah (PBS) jumped ship after nomination day, hoping for better deals for Sabah under Razaleigh.

The Barisan Nasional (BN) lost a state government and effectively 14 out of 20 parliamentary seats overnight. According to a former S46 leader, Mahathir’s wrath over this “stab in the back” deterred two more BN parties, based in Sarawak and Penang respectively, from following PBS’s footsteps.

Having full control of the media, Mahathir shrewdly turned his crisis into opportunity. A photo of Razaleigh wearing a Kadazan native headgear with a cross-like design was splashed over the front pages of Malay dailies and television screens. The popular Kelantanese prince was accused of selling the Muslims to the Christiandominated PBS.

This ethno-religious fear was too strong for Malays outside Kelantan to stomach.

S46 was completely wiped out in the west coast while the DAP failed to win more seats in the 1990 elections. Had the Opposition won enough Malay support to grab three more state seats, DAP would have ruled Penang. Eventually, PAS emerged as the greatest beneficiary with a state government in Kelantan.

Interestingly, from 1989 to 1991, the winds of change swept away some 36 one-party states worldwide, including the mighty Soviet Union.

In Malaysia, thanks to the firstpast-the-post electoral system, even the unprecedented 47% support for the Opposition in 1990 translated into only 29% of parliamentary seats. Federal power was completely beyond reach.

Nothing could hold the new bedfellows in the opposition camp together for long. Unlike the fortunate Umno and MCA in 1952, they did not even have a municipal council to win. Soon, PAS stepped up its plan for hudud (syariah-based criminal laws), S46 repositioned itself as a Malay champion, DAP worried about its Chinese support, and PBS regretted its defection from the BN.

Malay to Malaysian nationalism

The hard-won victory in 1990 for the BN however brought renewal and positive changes to the ruling coalition.

In 1991, Mahathir signified his shift from Malay nationalism to a Malaysian nationalism with the launch of Vision 2020. This was soon followed by cultural and economic liberalisation policies.

Against the backdrop of the 1990s’ booming economy, these won he heart of many Malaysians, especially non-Malays.

Meanwhile, the rising Anwar and his cohorts also presented a new face of Umno which was more confident and global. All these developments resulted in slogans and terms like “Malaysia Boleh!” (“Malaysia Can!”), “Wawasan 2020” (“Vision 2020”) and “Melayu Baru” (“New Malay”) which flooded Malaysian consciousness.

With euphoria, the BN won handsomely with a record 65% of popular votes and 84% of parliamentary seats in 1995, the best since independence. In a Parliament enlarged by 12 seats, S46’s seats shrank from nine to six, DAP’s from 20 to nine, and PBS’s from 14 to 8, while PAS’s remained at seven.

While the Gagasan had collapsed before the 1995 elections, the Apu coalition met its end in 1996 when S46 disbanded itself to join Umno.

Emerging 25 years later after PAP’s failed initiative, this attempt at a second multiethnic coalition to challenge the Umno-led one, met its end after struggling for six years.

The Asian financial crisis

The 1997 East Asian financial crisis ended the “good days” both in politics and the economy. Malaysians became more critical of how the country was run and less tolerant of corruption and cronyism.

While Mahathir blamed the crisis on a Western conspiracy spearheaded by George Soros and the International Monetary Fund to recolonise Asians, his finance minister Anwar advocated reform.

Soon, a power struggle emerged between the two, which surfaced after national day in 1998. Mahathir announced currency controls on Sept 1 and sacked Anwar the following day.

But Anwar refused to go quietly. And before long, Malaysians soon learnt from the mass media about the skeletons in Anwar’s closet. At the same time, however, Malaysians also learnt of many more damaging allegations about the state from the Internet, alternative publications and political rallies.

On one hand, Anwar’s purge and trial, symbolised by his blackened eye and the semen-stained mattress in court, transformed Malaysian politics like nothing before. The legitimacy of institutions like the court, the police and the media plummeted.

While fewer senior supporters of Anwar abandoned Umno after 1998 compared to Razaleigh’s followers after 1988, many middle-class and grassroots Malays took to the streets to demand justice for Anwar, and Mahathir’s reputation as a respected leader suffered significantly.

This unprecedented Malay rebellion on the ground brought all the major opposition parties – PAS, DAP, Parti Rakyat Malaysia and the newborn Keadilan – into a single coalition dubbed the Barisan Alternatif (BA) which eventually won 42 parliamentary seats and two state governments in 1999.

On the other hand, however, the reformasi failed to change electoral and party politics. Firstly, the united opposition actually won only 43% of votes and 23% of seats in 1999. They were further away from federal power compared to 1990 when the opposition won 47% of votes and 29% of seats.

Secondly, the coalition effectively disintegrated in 2001 when the DAP left the BA, not unlike in the aftermath of 1990.

And thirdly, the divided opposition parties won only 36% of votes and 9% of seats in the following elections in 2004, no better than the 35% of votes and 16% of seats they won in 1995. Malaysian politics had just come full circle.

Anwar is now free and demanding for the removal of the preferential policy for bumiputras, an agenda bolder than Razeleigh’s “Save Malaysia” campaign or even Onn’s proposal to open Umno up to non-Malays.

But many, especially non-Malays, doubt Anwar’s commitment. They worry that he might be another Razaleigh who will eventually return to Umno.

They, however, may not have any other choice if they want a united opposition front or a different government in the long run.

Because of Umno’s dominance, any realistic alternative to Umno-led governments would need ex- Umno politicians. Should Anwar tumble in the polls like Razaleigh or Onn, the next opposition coalition may need to wait another generation."

Thursday, September 26, 2013

Masih Menunggu Respon Anwar Berkenaan Dakwaan Urusniaga RM16.8 Juta ..

emimpin Pakatan baru-baru ini sibuk mempersoalkan kos sambutan raya rumah PM, kononnya atas dasar ketelusan. Soalan tu walau bagaimanapun dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Apa nak hairan dengan kes sambutan raya untuk 80,000 tetamu tu berbanding kos yang digunakan oleh Anwar untuk 'berurusan' dengan Karpal Singh.

Sebelum ini bekas calon BN di Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ibrahim pernah mendedahkan bahawa terdapat 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan ‘urus niaga’ bernilai puluhan juta antara Anwar dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh. (sumber : http://www.anwaraidc.com/?p=38799).

Baru-baru ini pula Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersifat telus dengan menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal.

AIDC dalam laman web mereka telah mendedahkan beberapa dokumen berkenaan 'urus niaga' Anwar - Karpal Singh. Di dalam dokumen itu disebut nama penama penting – C.K.Yuen dan Idris – dua individu yang didakwa berurusan dengan Karpal Singh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa dalam dokumen itu membuat pembayaran kepada Karpal Singh melalui 6 bank iaitu United Overseas Bank (KL), Bank of China (KL), Development Bank of Singapore, Standard Chartered (KL), Citibank (KL) dan HSBC (KL). Berikut adalah kandungan dokumen seperti yang terpapar dalam artikel AIDC.


Adakah maklumat yang diberikan itu benar?? Dari mana Anwar memperoleh wang sebanyak itu? Kalau dijumlahkan semua ia mencecah kepada lebih RM16.8 juta! Di harap Anwar respond kepada permintaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk membersihkan nama beliau dengan membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun seperti yang didakwa


















Azmin Ali sindir , Khalid Samad bidas kenyataan MB Selangor Khalid Ibrahim mengenai isu #Masjid&Bolasepak

Pada PRU-13, PAS memenangi 15 kerusi DUN ,. DAP juga 15 dan PKR 14 kerusi . Tetapi yang dilantik menjadi Menteri Besar adalah dari parti yang memenangi paling kurang kerusi DUN diantara tiga pakatan itu, iaitu PKR . Kalau ikut logiknya, PKR atau secara khususnya Khalid Ibrahim harus tahu malu dengan PAS kerana bertolak ansur memberikan laluan kepada beliau untuk terus memegang jawatan Menteri Besar. Cuma apa yang berlaku sekarang, Khalid Ibrahim sekarang seolah-olah lupa dengan tolak ansur PAS itu apabila baru-baru ini menyindir Dewan Pemuda PAS Selangor dengan memberi pilihan dana untuk masjid atau bola .


Kisahnya sebelum ini Dewan Pemuda PAS Selangor, mengkritik MBI (Menteri Besar Inc) supaya memberi peruntukan yansg lebih untuk pembangunan sukan bolasepak di negeri itu dek kerana bimbang beberapa pemain bertaraf bintang di negeri itu akan dipancing kelab dan negeri-negeri lain. Khalid Ibrahim kemudian membidas desakan Dewan Pemuda PAS Selangor itu dengan mengatakan peruntukan untuk bola sepak setiap tahun di Selangor melebihi kos pembinaan sebuah masjid .


Jawapan Khalid Ibrahim seolah-olah memperlekehkan peranan PAS dalam pentadbiran negeri itu , kononnya PAS hanya perlu ambil tahu soal-soal keagamaan maka dengan sebab itu lah jawapan MB kepada desakan Dewan Pemuda PAS Selangor itu menggunakan masjid sebagai contoh. Adakah Khalid Ibrahim cuba melabelkan kepimpinan parti PAS hanya perlu ambil tahu soal-soal agama Islam di negeri itu dan tidak masuk campur dari segi pembangunan sukan , ekonomi dan lain-lain hal yang berkaitan pembangunan negeri ?

Malah kalau di lihat sejarah , soal-soal berkaitan agama Islam sendiri pun cuba di kawal oleh PKR dan DAP dalam kepimpinan pentadbiran negeri itu . Mana tidaknya, apabila keluar larangan menjual minuman keras pada satu ketika dulu oleh bekas Exco PAS, Hassaan Ali , puak chauvanist bangsat dalam DAP mencelah , dan PKR yang kepalanya beragama Islam tak pula menghalang . Malah apabila serbuan dibuat oleh JAIS terhadap sebuah gereja yang disyaki menjalankan kegiatan memurtadkan orang Melayu, exco PAS berkenaan pula disalahkan !

Berbalik kepada isu bola dan masjid, jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor itu walau bagaimanapun mendapat kritikan pedas dari Azmin Ali , salah sorang pemimpin besar dalam PKR. Azmin dalam 'tweet' beliau seolah-seolah menyindir Khalid dengan mengajak rakyat bermain bolasepak tetapi pada masa yang sama turut mengimarahkan masjid.

"Jom kita bermain bola sepak dan kemudian jangan lupa ke masjid. #Masjid&Bolasepak

"Umat Islam punya tanggungjawab untuk imarahkan masjid. Bersama merealisasikan usaha murni ini. #Masjid&Bolasepak," kata Azmin dalam Twitternya semalam.


Selain Azmin , seorang lagi pemimpin Pakatan iaitu Khalid Samad turut menyatakan perkara yang hampir serupa . Dalam satu kiriman SMS kepada portal Malaysiakini , kenyataan beliau adalah seperti berikut.

"Adakah dimaksudkan bahawa kewangan Selangor sudah terlalu terhad sehingga tak mampu buat kedua-duanya serentak?

"Kiranya begitu, bagaimana pada tahun sebelumnya, kenapa pula mampu? Kedua-dua dilihat penting bagi PAS dan kedua-duanya perlu dipertahankan,"

Wednesday, September 25, 2013

PERMATA MULA DISERANG PUAK-PUAK RASIS


Anggota parlimen Kapar , G Manivannan semalam mendesak supaya peruntukan khas kepada Program Permata Negara yang diusahakan oleh isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor dihentikan. Desakan Manivanna ini boleh penulis sifatkan sebagai satu saranan yang berbaur perkauman . Mungkin Manivannan tak mengkaji terlebih dahulu sejarah dan tujuan pembentukan Program Permata Negara itu sebelum membuat saranan itu. G Manivannan seharusnya sedar majoriti kanak-kanak yang berada dalam Program Permata Negara adalah di kalangan mereka yang mempunyai potensi luar biasa untuk dikembangkan dan majoriti daripada mereka adalah dari kalangan kaum Melayu dan Bumiputera.

Dari rakan blogger APA dalam artikel beliau berkaitan dengan PERMATA menyatakan program ini bukan lah sebuah kelas eksklusif untuk anak orang kaya yang pintar, kerana ini lah yang cuba ditanam dalam pemikiran rakyat oleh kumpulan-kumpulan tertentu bagi menjatuhkan kredibiliti PERMATA itu sendiri. Malang sekali ada diantara kumpulan yang menyokong kerajaan sendiri tanpa mengetahui hujung pangkal program itu telah membuat pelbagai persepsi buruk walhal ia adalah satu usaha ikhlas dalam pembangunan pemikiran kanak-kanak di Malaysia yang mempunyai bakat-bakat yang boleh dikembangkan. Secara tak langsung ia adalah salah satu usaha awal mengelakkan apa yang diistilahkan sebagai 'brain drain' di Malaysia.

Ternyata desas desus yang mengatakan program PERMATA negara hanyalah untuk anak-anak elit yang pintar sahaja adalah tidak benar kerana salah satu kritieria 'enrollment' PERMATA ialah gaji bagi penjaga atau ibu bapa anak-anak ini mestilah di bawah RM 1,500 sebulan . Kriteria ini secara tak langsung menunjukkan PERMATA adalah tempat 'latihan' bagi kanak-kanak yang mempunyai bakat-bakat tertentu tetapi tidak dapat mengembangkannya dek kerana kekangan kewangan . Misalnya untuk anak-anak orang kaya mereka masih boleh menghantar anak-anak mereka yang contohnya berbakat dalam bidang musik ke kelas-kelas muzik yang sudah tentunya menelan belanja yang besar.

Bakat yang dimiliki seseorang individu itu tak melihat status individu berkenaan samada kaya atau miskin. Bakat ini mungkin boleh dikembangkan hingga akhirnya boleh memberi keuntungan kepada negara. Pengasas PERMATA, isteri kepada PM melihat potensi sebegini seharusnya tak dibazirkan , terutama di kalangan ibu bapa yang kurang berkemampuan maka inisiatif bagi menubuhkan PERMATA diadakan. Tidak nampak yang dituduh oleh pembangkang bahawa program ini adalah satu pembaziran , malahan terbukti PERMATA mendapat pujian dari luar negara malah konsepnya akan digunapakai di negara-negara lain pula. Maka saranan ahli Parlimen Kapar itu merupakan satu idea yang bodoh atau ada kemungkinan beliau menyalak seperti anjing kerana cemburu dengan keberhasilan PERMATA.

Seorang lagi rakan blogger, Malay Rights berpendapat saranan ahli parlimen Kapar itu bersifat anti Melayu ,dan sifat yang ada pada diri mereka ini akan memastikan apa sahaja bentuk dan gerak kerja dari pihak kerajaan buat Melayu dan Bumiputera akan ditentang dengan pelbagai cara. Permainan sesetengah pihak yang anti Melayu ini cukup halus , dengan pelbagai cubaan supaya orang-orang Melayu sendiri sangsi terhadap penubuhan PERMATA. Akhir sekali penulis blog Malay Right juga menyarankan supaya sekolah Cna dan sekolah Cina ditutup sekiranya mereka mahu PERMATA ini ditamatkan.

Cakap-cakap negatif berkenaan program PERMATA sebenarnya datang dari ahli-ahli politik dan mereka yang banyak berkecimpung dalam politik . Pelbagai persepsi cuba ditimbulkan. Hakikatnya ibu bapa yang luar dari 'circle' politik ini sangat menghargai usaha yang dilakukan ini . Malah dari tinjauan penulis sendiri, ramai sebenarnya yansg mahu menghantar anak-anak mereka menjalani pembelajaran di PERMATA walaupun tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan . Persoalan mengapa KEMAS di bawah Program PERMATA adalah cubaan mengelirukan ahli parlimen Kapar itu terhadap program ini. Bagi penulis tak salah sekiranya KEMAS diletakkan dibawah seliaan Program PERMATA kerana bakat-bakat yang diserapkan kedalam program PERMATA ada diantaranya diperoleh dari pusat-pusat KEMAS itu sendiri.

Pendedahan 'Musuh Dalam Selimut' Orang Melayu

Dari satu artikel yang ditulis portal AIDC , Dr. Bakri Musa ialah seorang pakar bedah rakyat Malaysia yang sekarang menetap di luar negara. Dalam artikel AIDC itu Dr. Bakri Musa pernah hadir dalam satu ceramah Anwar bertajuk  “Democracy and the Muslim World” di Stanford University pada 12 Oktober 2006. Sedikit petikan dari artikel AIDC itu ;


"Dalam pidato tersebut Anwar berkata : “Kita terpaksa menolak anggapan bahawa Muslim dan bukan Muslim yang berusaha menggalakkan ‘demokrasi’ dan ‘kebebasan’ adalah penyokong agenda Amerika Syarikat. Demokrasi adalah nilai yang berharga yang digalakkan oleh Muslim dan juga rakyat Amerika”.

"Dr Bakri Musa yang turut serta mendengar pidato Anwar itu turut mengulas : “Nama saya, Bakri Musa. Saya adalah pakar bedah di sini (California) dan banyak menulis tentang Malaysia. Dia (Anwar) adalah salah seorang daripada pemimpin Islam yang boleh ‘membina jambatan’ di antara Islam dengan Barat. Dia adalah pemimpin yang faham dan selesa dengan Barat. Dan hanya seorang pemimpin Islam, secara spontan bermain di fikiran saya yang hampir sama dengan Anwar Ibrahim adalah Anwar Sadat“.

Dari komen di atas agak jelas dikatakan Dr. Bakri Musa adalah golongan yang berfikiran liberal . Serupa seperti Anwar Ibrahim . Jadi tak hairan mengapa beliau seperti kagum dengan ketokohan yang ada pada Anwar Ibrahim di sebalik skandal-skandal peliknya itu melalui komennya di atas.

"Siapa Bakri Musa ?

Dr Bakri Musa merupakan warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja sebagai pakar bedah General Surgery 700 West Sixth Street, Suite S Gilroy, California. Beliau bersama isterinya Karen E. Musa menetap di Morgan Hill. Dr Bakri terlibat aktif dalam penulisan di media berkaitan dengan isu-isu semasa di the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore’s Straits Times, and The New Straits Times. Beliau juga merupakan kolumnis Malaysiakini.com. 

Beliau juga aktif sebagai ‘Paul Harris Fellow, Rotary International, Rotary Club, Morgan Hill’."



Dalam buku beliau yang bertajuk "Liberating the Malay Mind" , Dr. Bakri Musa seoalah-olah memperlekehkan minda orang Melayu yang taksub dengan konsep "Ketuanan Melayu" dan orang Melayu pula diperlekehkan kerana terlalu bergantung kepada "Artikel 153". Orang Melayu dikatakan masih terkongkong dalam pemikiran mengenai hak-hak mereka dalam negara ini.

Penulis berpendapat , orang Melayu seperti Bakri Musa adalah sama spesies dengan orang-orang Melayu dalam PKR dan PAS yang tak kisah untuk bersekongkol dengan DAP dalam merealisasikan konsep Malaysian Malaysian. Hal ini jelas apabila beliau diberikan peranan sebagai kolumnis dalam portal pro-pembangkang Malaysiakini dan artikel beliau juga diambil oleh beberapa orang pemimpin pembangkang antaranya Lim Kit siang yang meletakkan artikel berkenaan dalam blognya.

Antara yang menjadi sasaran Dr. Bakri Musa ialah Tun Mahathir sendiri apabila beliau merendahkan Tun dengan membuat kenyataan berikut ;


“…the man has burdened (and continues to burden) Malaysia with many more ugly legacies… Most of all he has devalued the trust we have in each other, a vital but scarce asset in a plural society.”–Bakri  Musa.

Tak terkecuali dari sasaran ialah Tun Abdullah Badawi dan terkini Najib Tun Razak . Pelik sekali dengan 'attitude' yang ada pada Dr. Bakri Musa ini , 3 orang Perdana Menteri Malaysia yang terakhir dijadikan sasaran beliau dengan keras . Macam semua orang tak betul , hanya aku saja yang betul . Mungkin dengan status beliau sebagai seorang doktor bedah di luar negara , Bakri Musa berlagak dan lantang mengkritik.

Orang seperti Dr. Bakri Musa ialah jenis manusia yang digemari oleh puak-puak chauvanis, mereka tahu dengan pemikiran Melayu liberalnya maka mudah lah bagi mereka untuk mencapai agenda yang diharapkan. Kadang-kadang antara orang Melayu yang tak nampak hakikat ini dan terpengaruh dengan idea-idea yang diutarakan oleh Dr. Bakri Musa ini tanpa mengetahui latar belakang beliau seperti yang penulis nyatakan di atas.

Beliau menulis seolah-olah mahukan satu pembaharuan dan kebaikan untuk orang Melayu tetapi beliau sebenarnya bajingan bertopengkan Melayu yang cuba meruntuhkan institusi kemelayuan itu sendiri . Selama beberapa tahun di luar negara , masih ada kah roh Melayu dalam diri Dr. Bakri Musa ini ? Beliau sebenarnya berada dalam satu liga dengan beberapa orang yang meremehkan institusi kemelayuan seperti Zaid Ibrahim dan Aziz Bari walhal mereka ini lah yang dulunya puas menikmati hasil itu hingga meletakkan dimana mereka sekarang. 

Kalau kita sebagai orang-orang Melayu bersedia menerima ajaran liberalism yang dianuti Anwar Ibrahim itu (menurut pendapat Timbalan Murshidul Am. PAS , Dato Haron Din), mungkin kita boleh terima saja pandangan-pandangan yang dilemparkan oleh Dr. Bakri Musa ini dalam penulisan-penulisan beliau.Kalau tidak , elok lah pembaca-pembaca yang masih ada jiwa sayangkan bangsa Melayu berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan yang lain sebelum dakyah Dr. Bakri Musa secara halus tertanam dalam minda bangsa kita.


Pusat Autisme Kanak-Kanak : Ibu Bapa Anak Austime Hargai Usaha Rosmah

Daripada petikan artikel Rakyatnews, isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor telah memaklumkan bahawa Malaysia bakal mempunyai sebuah pusat autism yang akan dibangunkan di Sentul, Kuala Lumpur. Menurut beliau pusat yang menelan belanja lebih kurang RM 30 juta itu dijangka siap pada tahun 2015 . Perkara itu dinyatakan pada wartawan Malaysia yang mengikuti rombongan lawatan Perdana Menteri di San Fransico, USA  selepas melawat Anova Center for Education, di San Rafael


"Ketibaan beliau disambut oleh pengasas pusat itu Andrew Bailey. Hadir sama ialah Ahli Kongres Jared Huffman.

Dalam lawatan itu Rosmah turut berkongsi pandangan mengenai pendidikan khas untuk pelajar autisme.

Anova Center for Education dibuka pada 2008 dan kini mempunyai tiga sekolah dengan keseluruhan 170 pelajar autisme. Pusat itu menjalankan rawatan secara holistik, merangkumi terapi pertuturan dan pergerakan."  

Klik sini untuk berita penuh

Mungkin pada sesetengah pihak yang tidak mempunyai anak-anak autism akan beranggapan bahawa apa yang cuba di usahakan oleh Rosmah adalah satu pembaziran . Tujuan murni cuba digambarkan seolah-olah sebagai satu cubaan untuk menggelapkan wang rakyat. Malah tuduhan-tuduhan pihak tertentu untuk projek Rosmah sebelum ini iaitu Pusat Permata Negara akhirnya ternyata meleset apabila program yang dikatakan membazir itu telah menjadi model contoh untuk negara-negara lain.


Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisma ini berasa amat gembira dengan perkara yang dihebahkan mengenai pusat autisma negara . Malah mereka juga berharap agak diwujudkan cawangan pusat autisma ini di setiap negeri di Malaysia. Sesetengah daripada mereka melahirkan ucapan penghargaan melalui media sosial kepada Rosmah di atas usaha beliau untuk mewujudkan pusat autisma negara yang pertama. Berikut adalah dua caption yang sempat penulis peroleh hasil daripada tinjauan di google mengenai penubuhan pusat austim negara ini.






Tuesday, September 24, 2013

Budak suruhan Lim Guan Eng bakal binasakan DAP

Pendedahan yang dibuat oleh penulis thedapinsider semakin panas . Makin lama penipuan yang selama ini dilakukan oleh 'Dinasti Lim' makin terdedah . Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang selama ini mencanangkan supaya ketelusan diamalkan , menolak kronisma dan pelbagai istilah yang serupa dengannya rupa-rupanya tidak melakukan apa yang selama ini mereka canangkan. Berikut ialah artikel yang diperoleh dari thedapinsider. Artikel asal diambil dari link ini.


"BERMULANYA HARI KEBINASAAN DAP

Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.

Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti. 
Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina. 

PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13. 

Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC. 

Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat. Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP. 

Apa kebinasaan yang mereka buat saya akan kongsikan dengan anda dalam dalam siri akan datang. "

Tiada Lagi Istilah 'Untung Atas Angin' , Perkhidmatan 'Orang Tengah' dalam Kontrak Kerajaan dan GLC Dihadkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Paul Low semalam telah menyatakan kepada media bahawa kerajaan akan bertindak untuk tidak menggunakan lagi khidmat 'orang tengah' dalam urusan-urusan kontrak kerajaan . Penggunaan 'orang tengah' ini hanya akan melibatkan penambahan kos yang tidak perlu . Datuk Paul Low juga berkata , tidak salah sekiranya menggunakan perkhidmatan orang tengah atau agen yang memberikan perkhidmatan yang tulen dan bermutu .


Kenyataan Paul sekaligus menunjukkan keseriusan kerajaan dalam memerangi korupsi dan melakukan transformasi daripada sistem lapuk yang diamalkan selama ini. Maka bagi agen-agen yang selama ini mengambil keuntungan 'atas angin' maka meloponglah anda selepas ini.

Sebelum ini penulis pernah bekerja dalam sebuah syarikat yang terlibat dalam urusan import peralatan-peralatan berteknologi tinggi dari luar negara untuk kegunaan beberapa syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dalam sektor industri berat. Syarikat di mana penulis pernah bekerja itu diberikan surat perlantikan sebagai agen untuk membekalkan peralatan-peralatan berteknologi tinggi dari syarikat yang mengeluarkan produk.

Dalam proses penilaian syarikat , salah satu kriteria yang diperlukan ialah surat perakuan agen daripada pengeluar produk . Agen pula bukan bertindak sebagai 'posmen' , malah kriteria-kriteria produk berteknologi tinggi daripada syarikat pengeluar yang asal perlu difahami. Malah syarikat agen juga akan menghantar pelatih-pelatih untuk mengikuti latihan di syarikat pengeluar.

Oleh yang demikian, apabila berlaku masalah atau kecemasan yang memerlukan kemahiran mengendalikan produk , pembeli yang beroperasi di Malaysia tak perlu membuang masa menunggu bantuan-bantuan teknikal dari luar negara kerana agen mereka yang berada di Malaysia telah mempunyai latihan untuk mengendalikan situasi luar jangka. Ini lah yang sebenarnya di maksudkan oleh Datuk Paul Low apabila merujuk kepada agen yang memberikan perkhidmatan tulen dan bermutu .

Satu lagi senario ialah apabila sebuah syarikat yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang sesebuah kontrak yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Apabila tender dikeluarkan , syarikat-syarikat 'makan untung atas angin' ini akan segera mencari pengilang-pengilang atau agen-agen tempatan yang sedia ada di negara ini . Tanpa pengetahuan yang mendalam tentang produk , kos-kos tersembunyi dan sebagainya , mereka akan meletakkan harga yang rendah untuk memenangi kontrak yang dikeluarkan sekaligus menutup peluang syarikat-syarikat yang 'genuine' tadi.

Dan rasanya tak salah kalau penulis katakan , ada di kalangan kakitangan kerajaan atau GLC yang tak begitu telus semasa membuat penilaian . Mungkin ada di antara mereka mempunyai hubungan dengan pengarah-pengarah syarikat tertentu . Penulis tidak mahu menuduh tetapi gerak hati mengatakan hal ini memang berlaku. Oleh itu semasa dalam proses penilaian, kelonggaran-kelonggaran akan diberikan kepada syarikat yang 'baru' dalam pembekalan itu. Maka apabila syarikat yang 'baru' tadi itu memenangi kontrak maka mereka akan berhadapan dengan pelbagai masalah di peringkat pelaksanaan pembekalan.

Kos-kos tersembunyi yang tak diambilkira semasa di peringkat tender sebelum itu akan mula menjadi isu . VO atau 'variation order' akan dikeluarkan bermakna penambahan kos di pihak pembeli . Selain itu dengan ketidak mahiran dalam produk itu sendiri akan memberi masalah yang lain terutama di peringkat apa yang kita nama kan sebagai 'commissioning' . Apabila masalah-masalah sebegini berlaku maka akan wujud kecenderungan rasuah , memaksa pihak yang melakukan 'commissioning' untuk terima suapan supaya meluluskan 'commissioning' tadi walau terdapat cacat celanya semasa penilaian.

P/S :- Mungkin artikel ni agak 'berat' dan membosankan , tetapi rasanya kita perlu juga tahu perkara-perkara 'hanky panky' yang berlaku apabila sesuatu 'kontrak' itu diberikan.

Monday, September 23, 2013

Apa lagi Cina Mahu ? Kekayaan Malaya dah Dikaut Sebelum Merdeka Lagi

Penulis mendapat email dari seorang pembaca yang sangat mengharapkan penyatuan orang-orang Melayu dan Islam . Menurut beliau selepas PRU-13 terlalu banyak sentimen perkauman di mainkan oleh puak-puak tertentu bagi memecahbelahkan orang Melayu dan Islam. Mereka ini terdiri daripada golongan yang berpura-pura neutral dan tidak perkauman, namun begitu tindakan dan tuntutan yang mereka buat menggambarkan sebaliknya . Malangnya ada di antara orang Melayu terpengaruh dengan 'lakonan' puak-puak ini malah dengan mudah memperlekehkan pula tindakan orang Melayu yang lain berjuang mempertahankan hak-hak mereka.


Dari maklumat yang disalurkan kepada penulis , pembaca berkenaan menghantar satu link youtube menunjukkan bagaimana kelompok kiasu di negara ini telah dilayan begitu baik sekali. Tak mungkin layanan sebegini diterima sekiranya mereka berhijrah di negara-negara lain, ada yang mendapat tanah dan beberapa keuntungan-keuntungan yang lain oleh penjajah British pada ketika itu . Boleh dikatakan kekayaan orang Melayu telah dikikis oleh bangsa yang 'menumpang' sebelum merdeka lagi.



Melalui kajian yang dibuat oleh Nik Haslinda Nik Hussain dari USM dalam kertas kerja beliau yang bertajuk Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Dan Pemilikan Tanah, 1930–40 (Kelantan Malay Reserve Land Enactment Aand Land Rights, 1930–40) , luas tanah yang dimiliki oleh seramai 54 orang Cina pada tahun 1934, di Kota Bharu ialah 112.5 ekar menunjukkan bagaimana kaum Cina yang berstatus pendatang pada ketika itu sudah mula menguasai tanah-tanah milik orang Melayu melalui sistem penjajah British. Data di bawah adalah pemilikan tanah oleh kaum Cina di Kota Bharu sahaja, banyak lagi data-data di negeri-negeri lain yang masih penulis cuba dapatkan


Dari jadual di atas, purata seorang Melayu dan India dalam pemilikan tanah hanyalah seluas kira-kira setengah ekar sahaja , manakala bagi kaum Cina pula mereka menguasai purata 2 ekar tanah per pemilik. Apa yang boleh diperhatikan ialah,pemilikan tanah oleh kaum Cina pada ketika itu adalah disebabkan beberapa faktor ketika itu antara yang paling utama iaitu tanah yang disandarkan oleh orang Melayu yang berhutang. Apabila keadaan ini berterusan maka ada desakan yang timbul bagi mewujudkan tanah rizab Melayu bagi mengelakkan tanah-tanah Melayu ini habis tergadai kepada bangsa asing.

Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan British menjadikan kaum Melayu pada ketika itu terus mundur dan kurang ilmu pengetahuan. Orang-orang Melayu yang kebanyakkannya terlibat dalam sektor pertanian berhadapan dengan masalah kemiskinan. British pada ketika itu pula tidak mengambil inisiatif untuk membantu orang-orang Melayu yang dihimpit kemiskinan. Malah penjajah British pada ketika itu mengenakan cukai-cukai yang tinggi ke atas tanah-tanah pertanian. Mereka bimbang sekiranya orang Melayu menjadi cerdik maka akan berlaku usaha untuk menentang penjajahan itu. Dek tekanan kemiskinan dan tanah pertanian yang tak menjadi, orang-orang Melayu pada ketika itu terpaksa berhutang dengan orang-orang Cina dengan mencagarkan tanah mereka sebagai sandaran. 






Dari petikan artikel di atas menunjukkan dasar pentadbiran British pecah dan perintah telah memaksa orang-orang Melayu terlibat hanya dalam satu sektor pertanian sahaja iaitu penanaman pada. Pada masa yang sama orang-orang Melayu yang cuba melibatkan diri dalam sektor pertanian yang lebih menguntungkan seperti penanaman getah pula dikenakan cukai yang tinggi berbanding cukai yang dikenakan pada orang-orang asing termasuk orang-orang Cina.

Ternayata mitos mengatakan Melayu itu malas pada ketika itu tak benar kerana telah ada usaha dari mereka untuk menceburkan diri dalam sektor yang lebih menguntungkan tetapi dihalang oleh sistem penjajahan British yang mahu orang-orang Melayu terus mundur. Pendatang-pendatang Cina pada ketika itu pula diberi pelbagai kelebihan. Orang-orang Melayu yang terhimpit akibat dari dasar British ini akhirnya terus terhimpit dalam kemiskinan dan terpaksa berhutang dengan orang-orang Cina.

Amat jelas sekali orang-orang Cina telah banyak memperoleh keuntungan sebelum negara ini merdeka lagi kerana dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British, walaupun status mereka pada ketika itu hanyalah sebagai pendatang sahaja . Orang-orang Melayu yang berstatus penduduk asal pula telah dianak-tirikan. Maka selepas negara ini merdeka, orang-orang Melayu berhak menuntut semula hasil-hasil kekayaan bumi ini yang telah hilang sepanjang era penjajahan British yang banyak memberi kelebihan pada pendatang asing termasuk mereka yang datang dari Tanah Besar China .

Sunday, September 22, 2013

Just-in Bibir Malaysia Curi Tumpuan Rakyat

Dalam banyak-banyak foto terbaru kita punya 'PM wannabe' , gambar di bawah ni adalah salah satu yang paling penulis gemari. Terima kasih buat jurugambar rakyatnews.my yang berjaya merakam gambar yang boleh penulis sifatkan agak epik disini. Dalam ruangan twitter Anwar, apabila ditanya oleh follower beliau tentang paras wajahnya yang kelihatan segak dan jambu baru-baru ini, Anwar menjawab itu adalah hasil daripada amalan beliau mengambil madu dalam diet beliau..

Mungkin ini wajah Anwar sekiranya bibir ditebalkan lagi?


Tersenyum penulis bila membaca jawapan Anwar itu, nak tahu juga 'madu' jenis apa yang diambil hingga beliau kelihatan begitu jambu sekali..malah kalau diteliti, struktur kulit Anwar yang baru ini lebih halus lagi berbanding isteri beliau sendiri. Jadi tentu ramai tertanya tanya 'madu' jenis apakah yang Anwar ambil sampai begitu ketara sekali perubahannya.

Gambar asal dari rakyatnews.my


Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan sains dan kejuruteraan, alasan Anwar ini memang diragui sama sekali. Penulis bertanya kepada beberapa rakan ex-MRSM dalam bidang perubatan mengenai perubahan Anwar dan mereka percaya Anwar mungkin telah melakukan 'face-lifting' surgery berpandukan gambar yang terbaru. Malah bibir Anwar juga kelihatan lebih 'seksi' dari biasa.




Kita tahu ada artis-artis samada dalam atau luar negara menggunakan kaedah tertentu untuk menebalkan bibir mereka. Mungkin tak lama lagi, Anwar berminat untuk menebalkan bibir beliau seperti gambar diatas. Ini tak kutuk tau..ini pandangan ikhlas..hehehe . Penulis tak nak buat spekulasi samada boleh atau tidak buat 'plastic surgery' untuk orang Islam..biarlah yang arif menjawabnya. Cuma untuk apa 'plastic surgery' itu dibuat yang menjadi persoalan.


Anwar bukan lah muda lagi, dah berumur 66 tahun pun. Entah apa yang dikejar dengan penampilan muda lagi jambu itu. Kalau artis atau pelakon mungkin ada juga alasan munasabah, tapi sebagai seorang 'politician' i dont think so. Tak mustahil Anwar sebenarnya mungkin segan dengan Najib yang kelihatan lebih muda samada dari rupa paras atau umur sendiri (60 tahun).


Dalam tempoh 5 tahun lagi Anwar dah berusia 71 tahun dan Najib pula 65 tahun. 71 tahun adalah boleh dikatakan 'tua' dan mungkin ketika itu Anwar tidak sesuai lagi menjadi seorang PM (itu pun kalau PR berjaya memenangi PRU-14).


Oleh itu, tindakan 'peremajaan fizikal' oleh Anwar mungkin bagi 'mengaburi pandangan rakyat seolah-olah beliau masih kuat lagi. Anwar mungkin lupa beliau hanya 'meremajakan' fizikal di luaran saja, tapi bahagian-bahagian dalam sudah di makan usia. Entah lah kalau ada teknologi dalam bidang perubatan yang mampu juga 'meremajakan' organ-organ dalaman orang tua?

Saturday, September 21, 2013

Hadi Awang buka jalan dialong UMNO-PAS lagi , DAP & Nik Aziz Tak Senang Duduk?

Dalam kehangatan berita pemilihan UMNO, cerita pasal dialog PAS-UMNO timbul menyelit. Cerita ini timbul bila Presiden PAS Haji Abdul Awang membuat kenyataan berkenaan hari ini seperti yang dilaporkan portal media Antarapos.

Hadi dalam kenyataan beliau berkata dialog antara PAS-UMNO boleh dilakukan tanpa kehadiran parti-parti komponen Pakatan yang lain, hanya PAS dan UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam.

Kenyataan yang dibuat oleh Hadi itu tentu sekali meresahkan rakan-rakan Pakatan yang lain terutama dari DAP. PKR dan DAP sedar kekuatan Pakatan adalah disebabkan oleh PAS yang menjadi tulang belakang pembangkang. Sekiranya PAS meletakkan diri mereka bersama-sama BN, tak mustahil kedudukan Pakatan akan goyah.

Baru-baru ini juga penulis diberitahu ramai di kalangan ahli PAS tidak berasa senang dengan kerjasama PAS - DAP - PKR kerana seolah-olah diperguna. Malangnya, apa yang mereka kesalkan ialah sikap ego segelintir pemimpin PAS yang dilihat terlalu mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Baru-baru ini, salah seorang pemimpin PAS secara terbuka telah menyatakan supaya kerjasama PAS-DAP-PKR perlu dikaji semula. Kenyataan beliau walau bagaimanapun dibidas NIk Aziz .

Inilah jadinya bila seseorang pemimpin itu diberi kuasa veto dalam sesebuah parti. Nik Aziz dalam PAS , Lim Kit dalam DAP dan Anwar - PKR. Ketiga-tiga mereka bukanlah presiden parti tetapi mereka seolah olah dilihat mempunyai kuasa mutlak.

Berbeza dengan UMNO, siapa yang dipilih oleh ahli dia lah yang menjadi ketua dan membuat keputusan. Itupun setelah bermesyuarat dengan majlis tertinggi. Dalam kes perpaduan PAS-UMNO , si kuku besi dalam PAS, Nik Aziz yang sebenarnya jadi penghalang.

Namun, Presiden PAS, Hadi Awang hari ni seperti membuka sedikit harapan dalam agenda mempertahankan agama dan bangsa melalui kerjasama antara kedua-dua parti tunggal yang memiliki bilangan ahli Melayu dan bumiputera terbesar negara ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Friday, September 20, 2013

Najib Dedahkan Siapa Beliau Sebenarnya - Tony Pua

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Tony Pua iaitu salah seorang pemimpin muda dalam DAP telah membuat kenyataan bahawa Najib telah melanggar polisi beliau sendiri apabila mengumumkan Pelan Pemerkasaan Melayu dan Bumiputera dan pengumuman itu bertentangan dengan program2 transformasi yang dilakukan sebelum ini.

Tony berkata rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan Najib lagi sebagai reformer. Sebenarnya apa yang dinyatakan Tony itu kurang tepat, sepatutnya beliau berkata orang Cina yang tidak boleh mengharapkan Najib sebagai reformer.

Dan keputusan PRU-13 baru-baru ini pun telah membuktikannya. Najib cuba berbuat baik sebelum ini kepada SEMUAAA rakyat Malaysia, malangnya kebaikan yang cuba dilakukan dibalas dengan tuba oleh 97% pengundi2 Cina.

Jadi di pihak Najib, kenyataan Tony itu adalah sesuatu yang tidak membawa apa2 kesan. Beliau cuba melakukan transformasi tetapi orang2 Cina tidak berminat, maka lebih elok dia tumpukan transformasi kepada mereka yang berminat iaitu orang Melayu dan Bumiputera.

Tony juga berkata Najib telah menunjukkan siapa beliau yang sebenarnya dan laungan 1 Malaysia hanyalah retorik untuk memancing undi. Penulis mentafsirkan apa yang cuba disampaikan Tony ialah Najib Razak sebenarnya seorang ultra melayu dan apa yang dibuat selama ini hanya untuk mendapat undi. Oleh itu bagi mereka yang kutuk Najib ni terlalu melebih lebihkan kaum Cina sila kaji semula kenyataan Tony itu.

Nampaknya ramai pemimpin2 dari parti bukan Melayu dan Bumiputera masih tidak puas hati lagi dengan Plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera oleh Najib. Penulis harap Najib pekakkan saja telinga pada tuntutan2 mereka ini. Kalau diikut sangat bukan boleh dapat undi kaum2 kiasu ni. Sejarah dah membuktikan, selepas bagi apa yang mereka minta, bila waktu mengundi BN pulak ditendang.

Kerajaan yang terbentuk hari ini ialah kerajaan Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Jadi kerajaan hari ini perlu menumpukan perhatian kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak ? Kalau ada yang tak puas hati, abaikan saja mereka kerana kalau dicongak penduduk di Malaysia ni majoritinya adalah Melayu dan Bumiputera. Masakan mereka menolak sesuatu yang baik untuk diri mereka.

Melayu-melayu tak sedar diri macam Zaid Ibrahim yang sendiri pernah menikmati keistimewaan sbg bangsa Melayu (masuk itm, biasiswa dsb) patut diabaikan saja. Mereka ni dah jadi kaya raya hasil daripada dasar2 membantu Melayu yang pernah kerajaan BN buat pada satu ketika dulu. Tapi bila hidup dah senang lenang,Melayu melayu keparat seperti ini menyuruh generasi baru Melayu pulak bersusah payah!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday, September 19, 2013

Siapa "Lima Harimau" Yang Di-Takuti Lim Kit Siang dalam DAP ?

"The DAP Insider" ialah sebuah blog baru yang ditulis oleh seorang ahli DAP yang bernama Peter. Beliau menyertai DAP cawangan Johor sejak tahun 1998 lagi . Ahli DAP ini menulis bagi meluahkan rasa kekecewaan beliau terhadap DAP yang dilihat lebih memperjuangkan "Dinasti Lim" berbanding kepentingan rakyat Malaysia. Kerana menentang dengan lantang penipuan CEC yang berlaku baru-baru ini, beliau kerap kali diganggu oleh samseng-samseng yang dipelihara oleh "Dinasti Lim" . Tulisan beliau dalam blog adalah bertujuan untuk mendedahkan kroni-kroni "Dinasti Lim" iaitu Tony Pua dan Anthony Loke dalam memanipulasi undi CEC bagi memastikan mereka terus berkuasa . Blog beliau boleh diikuti disini .


Artikel kedua beliau dalam blog bertajuk "Pembohongan Keluarga Lim Mempertahankan Kuasa dalam DAP" mendedahkan seribu satu kelicikan "Dinasti Lim" bagi memastikan mereka dan kroni-kroni mereka terus berkuasa dalam DAP . Berikut adalah tulisan dari blog saudara Peter.

"Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.


Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i)              Cawangan sijil A
ii)             Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai  anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

Berjumpa dalam episod yang akan datang."


Wednesday, September 18, 2013

Dek Kena Tunjal , Blogger "Shit Inside His Box" Dah Mula Meroyan

Hari ni penulis agak busy ... al-maklumlah kerja sebagai 'PM advisor' bukan mudah . Sebelum masuk ofis PM, penulis kena pi 'wet market' temankan bini belikan barang untuk dimasak tengahari dan malam nanti . Lepas pi 'wet market' tu , kena cuci pulak Vellfire, Alphard dan dua tiga bijik lagi kereta mewah yang penulis ada (pekup mulut...tahan ketawa) . Lepas tu pi ambik kat dobi 2-3 pasang suit untuk dipakai bila bersama-sama PM di majlis-majlis rasmi . (Keh keh keh ... sakit perut gua gelak) . Tiba-tiba hari ni rasa macam takde mood nak pi kerja , so penulis call la pegawai-pegawai lain minta inform PM sebab entah kenapa rasa tak sedap pulak perut ni..

Dah rasa lega sikit perut, penulis seperti biasa membuang masa dengan melayari blog-blog . Tangan terasa gatal nak tengok apa si Syed Akhbar Ali punya respon dalam 'Shit Inside His Box' nya ittew .. almaklumlah, blogger 'feeling' intelek macam si Syed Akhbar Ali ni pantang kena balun dia akan 'respond' . Seperti biasa blog 'Shit Inside His Box' nya ittew membuka mukaddimah dengan ayat-ayat yang feeling-feeling intelek...keh keh keh ...(boringggg) , rupa-rupanya dia tengah meroyan pasal Sharizat punya ex-political secretary yang kantoi cilok peruntukan 1Azam.


Sesambil tu dia tibai jugak penasihat-penasihat PM yang kononnya menulis benda-benda tak elok pasal dia..(keh keh keh tak betul ke abe Syed ?? gua copy and paste dari Mykmu punya artikel punn rasanya depa lagi tauuu ) . Ohh ya gua lahh 'PM advisor' yang tulis benda tak elok pasal dia tu.. kah kah kah (cerr rujuk artikel semalam ni) , I tau uolsss suka dengan gambar yang I letak tu kannn ??? Tapi penulis tulis blog dalam bahasa Melayu...orang tulis blog dalam bahasa Melayu pak cik 'Shit Inside His Box' tak pandang, yang tulis dalam bahasa melayu tapi dok hantam PM dia pandang laa...Untongglahhh kalau pandai tulis artikel ingelishh kann?? Sapa baca artikel ingelishhh boleh la feeling-feeling intelek ... prfttttt..puiiii , bawah ni si Syed Akbar Ali punya fitnah ... cerita tak abis (for the sake of create some bangang perception) , tak mention nama takut kena saman . Memang dasar spesies pemakan tahi ...


Adapun apa yang ditulis oleh 'Shit Inside His Box' pasal bekas setiausaha politik Sharizat memang tak dinafikan kebenarannya . Yang salah tetap salah , cantas je la .. apa susah . Tak perlu 'Shit Inside His Box' nak ber blog bagai pasal bekas setiausaha politik Sharizat yang katanya songlap peruntukan 1Azam , kononnya nak tunjuk dia ni benci rasuah, korupsi dan segalanya . Deyy thambeyy ... dalam dunia ni banyak perasuah, pengkorupsi dan seangkatan dengannya akan war-warkan satu dunia yang depa tak suka benda2 jijik tu ... tapi bila dibelakang depa la spesies paling ligat . Errr gua tak maksudkan lu yerr 'Shit Inside His Box' , jangan marah ye.... ohh ya dengar kata Blog House dapat banyak peruntukan ? Hang dok peram ja ka peruntukkan tu mr. shitty (ni gua dapat info dari artikel mykmu...credible source lah jugak kann??) Dah ada tanggungjawab sendiri buat dengan betul, dok cari salah orang ja.. hang punya kain sendiri terlondeh hang tak nampak ?

Ohh ya.. cerita dia pasal PM advisor tu yang kata beli kondo dan Porsche , gua nak tanya apa susah ... lu reveal ja nama . Tak payah dok bagi hint-hint . Reveal nama bawak pi SPRM macam apa yang hang punya 'shit eaters' cadangkan. Opsss... adakah aku yang dimaksudkan ??? Kah kah kah . Ini lah sebabnya gua gelar blog Syed Akbar Ali ni sebagai 'Shit Inside His Box' , dia dapat cerita 'on surface' saja ... dia jaja satu dunia tanpa buat siasatan menyeluruh .

Al maklum lah ... si tua ni pun gila ranking blog jugak.... kah kah kah, glamoour beb ... kononnya dia lah suci murni , dan bijaksana (orang lain bodo, yang tulis dalam bahasa ingelish saja pandai)...puiiii boleh  termuntah jugak dengan spesies macam ni prfttttt... Kalau tengok cara dia buat pendedahan itu dan ini , dia akan tulis ... i got this from someone big from bla bla bla... sama ja bunyinya.. Konon nak bagi tau kat pembaca blog , the 'shit' information he get is from someone considered credible ... kah kah kah . Deyy mr. shitty ... i'm aware u mentioned 'chicken' in ur article , but have u checked ur balls if it's still there ?? i mean , u keep accusing people this and that .. why don't u bring ur bur-lack 'S' plus ur balls and ask them ur self , of course bring some relevant documents and ur 'bloody informer' to support ur accusation ? Awat tak buat macam tu bang? Kalau depa salah depa melingkup dalam jail , kalau hang salah hang boleh sumbat muka dalam lubang jamban..