Thursday, August 29, 2013

Tayangan Cerita Tanda Putera di Dataran Merdeka Menjelang Malam Kemerdekaan


Menteri Belia dan Sukan , Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan supaya 'wayang pacak' dihantar ke Pulau Pinang sekiranya pawagam-pawagan di negeri itu mengikut 'nasihat' kerajaan negeri supaya tidak menyangkan filem itu di premis mereka . Khairy dalam satu kenyataan telah mencadangkan supaya Jabatan Penerangan membuat tayangan bergerak menggunakan kaedah 'wayang pacak' di negeri Pulau Pinang.

"Filem tersebut tiada kena mengena dengan DAP, yang dia (Guan Eng) terasa sangat tu kenapa? Jika ada babak 'Creative license' yang digunakan pengarah, itu adalah perkara biasa bagi menghasilkan filem sejarah,"

"Harap bahawa mereka (pawagam) teruskan. Kalaupun ada usaha nak halang daripada tengok filem di Pulau Pinang atau di mana-mana sahaja, saya minta, Jabatan Penerangan hantar wayang pacak ke semua padang di Pulau Pinang tayangkan Tanda Putera. Kalau tidak dibenarkanlah. Tapi saya harap ia dibenarkan kerana ini filem sejarah negara kita," katanya dalam sidang media pagi ini

sumber : Rakyatnews

Pendapat penulis, cadangan yang dilontarkan oleh Khairy ini sangat menarik, di samping boleh mengulang kembali nostalgia 'wayang pacak' ini , masyarakat secara tak langsung dapat memahami sejarah negara yang kebelakangan ini cuba diputar-belitkan oleh sesetengah pihak . Mungkin cadangan ini boleh diperluaskan di seluruh negara dan bukan hanya terhad di Pulau Pinang selepas tempoh tayangan filem ini selesai di pawagam.

Jabatan Penerangan juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk menyangkan filem ini di Dataran Merdeka menjelang malam kemerdekaan negara . Penulis yakin impak filem ini kepada masyarakat akan menjadi lebih besar dan memupuk semangat patrioritik menjelang ulang tahun hari kemerdekaan negara . Cakap-cakap mengatakan filem ini berat sebelah kerana cuba menunjukkan hanya UMNO dan Barisan Nasional berperanan besar mengatasi masalah-masalah yang timbul hanyalah pandangan mereka yang iri hati.

Filem ini dibikin berasaskan fakta , dan ia adalah satu kenyataan bahawa memang UMNO memainkan peranan besar dalam pembangunan negara ini . Dan tak salah kalau dikatakan pembangkang pada ketika itu (merujuk kepada DAP) menjadi 'batu api' kepada cetusan peristiwa 13 Mei 1969 . Gambar ada (penyapu besar) yang di bawa berarak , depa nak tipu apa lagi ? Kalau nak dibandingkan dengna cerita New Village ia hanyalah fantasi pihak-pihak tertentu yang cuba memulihkan imej komunis .

Apa salahnya sekiranya cerita New Village itu ditulis dengan memaparkan seorang pemuda Cina menyatu-padukan penduduk Kampung Baru dalam menghadapi komunis ? Kalau itu lah jalan ceritanya , penulis yakin cerita 'New Village' versi baru itu mungkin dibenarkan tayangannya.

Wednesday, August 28, 2013

Balas Dendam? Tanda Putera di'fatwa'kann Haram oleh Khalifah Penang LGE

Dari artikel yang dipetik dari portal Malaysiakini, kerajaan negeri Pulau Pinang dikatakan memberikan arahan kepada pengusaha panggung wayang di negeri itu supaya tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' . Tidak dapat dipastikan samada kerajaan negeri mempunyai hak untuk menghalang penayangan filem sejarah itu.

Penulis tertanya motif sebenar kerajaan negeri mengeluarkan arahan sedemikian samada ia merupakan reaksi kepada tindakan kerajaan mengharamkan penayangan filem New Village yang 'Pro-Komunis' . Penulis nampak Ketua Menteri Pulau Pinang sedang cuba bermain dengan api perkauman di sini.


Tanda Putera adalah berdasarkan sejarah dan fakta yang sememangnya berlaku di negara ini dan merupakan 'tribute' kepada pemimpin2 negara membangunkan Malaysia sebelum ini.


Sekiranya 'scene' kekacauan 13 Mei itu menjadi 'masalah' kepada Lim Guan Eng', beliau tak perlu melompat kerana perkara itu benar-benar berlaku dan tercatat dalam sejarah negara ini, walhal cerita New Village pula seolah olah mengagungkan komunis yang secara terang petualang pada negara ini.


Komunis bukan hanya terdiri dari orang Cina, malah orang Melayu pun ada. Oleh yang demikian tak timbul soal perkauman. Komunis masa dapat kuasa sekejap selepas Jepun menyerah dah bunuh banyak orang Melayu dan Cina yang bekerjasama dengan Jepun. Malah ada juga cerita komunis ketika itu menceroboh istana2 sultan Melayu. Adakah ketika itu pengkhianat2 itu ada niat nak bunuh sultan2 Melayu ?


Penulis sempat membaca 'tweet' dari Nik Nazmi yang merupakan ADUN PKR Kelana Jaya yang nampaknya turut tak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang itu. Walau pun tak setuju dengan agenda pembikinan filem Tanda Putera, Nik Nazmi secara tak langsung menyatakan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang itu tak kena pada tempat.


DAP nampaknya mulai cuba menunjukkan taring mereka ! Kena ingat Malaysia termasuk Pulau Pinang pernah digelar Tanah Melayu ! Jangan cuba-cuba cari pasal, memang nampak sangat ada unsur2 kiasu dan racist di situ.


Bangsat punya pemikiran DAP, tengok dulu cerita Tanda Putera samada jalan cerita tu boleh naikkan darah orang Melayu bencikan Cina. Totally NO ! Malah filem yang dilabel racist oleh DAP itu sebenarnya mampu menyatupadukan rakyat berbilang kaum.


Menurut kawan2 yang dah menonton 'preview' filem ini, ramai yang menitiskan air mata, bukan sebab Melayu dan Cina bergaduh tapi kerana betapa komitednya pemimpin terdahulu mendahulukan negara lebih dari segala-galanya termasuk kesihatan diri sendiri.


Bayangkan..dalam keadaan tenat dan tahu ajal akan tiba tak lama lagi, arwah Tun Abdul Razak terus komited dengan tugas beliau. Mohon kita terus beri sokongan pada filem ini, biarpun diharam tayang di pawagam di Pulau Pinang, masih ada cara lain lagi untuk dipertontonkan.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, August 27, 2013

Balik Pulau yang Majoritinya Melayu dikatakan Tanda Kelemahan Pulau Pinang ?

Lim Guan Eng dalam satu temuramah dengan Malaysiakini menyatakan Balik Pulau merupakan petanda kelemahan di Pulau Pinang. Kenyataan Lim ini sebenarnya membawa maksud tersirat dan tersurat mengenai kekuatan sokongan orang Melayu terhadap pentadbiran kerajaan DAP di negeri itu . Sekiranya pada pilihanraya 2008, Balik Pulau terlepas ke tangan PKR kini kerusi parlimen itu kembali semula kepada UMNO dengan pertambahan majoriti.


Untuk rekod, Balik Pulau adalah parlimen yang mempunyai majoriti pengundi-pengundi Melayu dan Lim Guan Eng melihat kekalahan di Parlimen ini merupakan petanda kelemahan di Pulau Pinang. Adakah Lim Guan Eng melihat orang-orang Melayu di Balik Pulau yang tidak menyokong DAP merupakan satu masalah ?

Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman kalau di teliti secara tersirat . Lim Guan Eng mungkin tidak menyatakannya secara terus tetapi kenyataan yang dibuat itu telah menjelaskan maksudnya. Tidak hairan kini di kawasan Balik Pulau , projek pembangunan hartanah semakin pesat dijalankan kerajaan negeri .

Persoalanannya mampukah penduduk-penduduk asal Balik Pulau yang majoritinya orang Melayu mampu memiliki hartanah ini ? Bayangkan jika apartment-apartment mewah dibangunkan dengan pesat di kawasan ini . Adakah orang Melayu masih lagi menjadi pengundi majoriti disini ? Mungkin hanya dalam tempoh 5 tahun, demografi penduduk di Balik Pulau dah berubah.

Dalam temuramah dengan Malaysiakini , Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan berikut .

"Sememangnya krisis keyakinan orang awam terhadap institusi awam harus diatasi dan usaha-usaha transformasi dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terus didokong bagi merealisasikan visi ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar," katanya.

Soal menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar tidak ada kaitan dengan sokongan penduduk di Balik Pulau kepada kerajaan DAP Pulau Pinang. Malah sebelum DAP memerintah, Pulau Pinang sudah dikenali di peringkat antarabangsa dengan usaha-usaha kerajaan negeri yang diterajui BN sebelum ini . Kenapa Lim Guan Eng hanya menimbulkan isu ini apabila PR hilang kerusi parlimen di Balik Pulau? Adakah pentadbiran selama 5 tahun (2008-2013) gagal mengatasi kelemahan-kelemahan ini? Mana mungkin Lim dapat membuat kesimpulan mengenai 'kelemahan' ini hanya selepas beberapa bulan parlimen Balik Pulau terlepas ke tangan UMNO. Tak perlu lah Lim Guan Eng menjadikan alasan salah satu kelemahan pentadbiran kerajaan negeri disebabkan faktor 'Balik Pulau' .

Saturday, August 24, 2013

Tariff Air di Pulau Pinang Paling Rendah di Malaysia, Apa Salahnya Naik 100% - DAPigs

Semalam TV3 melaporkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengenakan surcaj bekalan air , dalam erti kata yang lain PBAPP nak naikkan tariff air di Pulau Pinang lah . Tahniah pada rakyat Pulau Pinang yang mengundi DAP . Tak sampai setahun kekalkan kuasa di Pulau Pinang , tarif air dah naik 100% . . Itu yang penulis di fahamkan lah . Tak tahu lah kalau TV3 menipu , atau mungkin Lim Guan Eng ada penjelasan sendiri untuk membezakan perkataan tariff dan surcaj . Still .. by end of the day , rakyat Pulau Pinang akan terpaksa membayar lebih dalam bill air yang akan diedarkan pada mereka bermula 1 Sept 2013 nanti.



Penulis sebenarnya berasa pelik, dengan penjelasan kerajaan DAP Pulau Pinang mengatakan surcaj air terpaksa dikenakan kerana rakyat negeri itu terlalu boros menggunakan air . Rujuk artikel Utusan di sini . Tapi pecacai-pecacai DAP apa kisah, diaorang sanggup bayar harga yang lebih mahal untuk air selagi yang bagi alasan tu adalah dari DAP dan bukan BN . Kalau BN yang bagi alasan yang sama, maka akan ada pelbagai tohmahan di hamburkan. Tahu kah pembaca-pembaca budiman sekelian bahawa kerajaan pusat telah membantu kerajaan Pulau Pinang untuk menstrukturkan semula air di negeri itu. Pendek kata kerajaan negeri tak perlu keluar satu sen pun.

Satu artikel pernah dikeluarkan dalam blog ini mengenai penstrukturan semula air di negeri itu, di mana kerajaan DAP Pulau Pinang cuba menipu rakyat mengatakan kononnya mereka berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak RM600 juta ! Walhal hutang kerajaan negeri itu telah diserap oleh kerajaan pusat  melalui penstrukturan air negeri itu  (artikel 1) . Berikut adalah sebahagian petikan artikel.

"Projek Empangan Mengkuang yang bernilai RM 1.2 billion ini telah ditukarkan daripada pinjaman tanpa faedah kepada geran oleh kerajaan pusat Barisan Nasional melalui persefaham pengstrukturan semula industri air di negeri itu . Bila sebut geran , beerti kerajaan negeri tak perlu membayar balik apa2 dari jumlah RM 1.2 billion itu. Antara keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan DAP Pulau Pinang atas ihsan kerajaan BN dari pengstrukturan semula industri air di negeri itu ialah ;

1. Kerajaan Pulau Pinang tak perlu bayar hutang sebanyak RM 655.24 million kepada kerajaan pusat .

2. Kerajaan Pulau Pinang dapat peruntukan/grant bernilai RM 1.2 billion untuk kerja2 upgrade empangan Mengkuang .

3. Kerajaan Pusat akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk kerja2 penambahbaikan empangan Mengkuang

4. Kerajaan negeri tak perlu tanggung beban kewangan untuk kerja2 upgrade empangan Mengkuang."

Satu lagi fakta menarik yang perlu kita faham ialah Pulau Pinang turut terima bekalan air percuma dari Kedah. Bukan lah percuma sangat tapi bergelen-gelen air dari Kedah ke Pulau Pinang hanya dibayar dengan harga RM 10,000 setahun je kepada kerajaan Pulau Pinang . Dari kedua-dua fakta yang diberikan di atas , apa kejadahnya Lim Guan Eng nak naikkan surcaj air sampai 100% ? Infrastruktur air untuk Pulau Pinang kerajaan pusat dah tanggung , sumber air pulak datang dari Kedah yang dibayar RM 10,000 setahun je... wowww dah banyak jimat tu !?


Apa kes nak dinaikkan lagi surcaj ? Dari segi NRW (Non Revenue Water) Pulau Pinang dengan Selangor , rasanya NRW Pulau Pinang lagi rendah , Selangor yang NRW lebih tinggi boleh kasi 'free' kenapa pula Penang tak boleh ? Lim Guan Eng memang penipu, sebelum ni dalam banyak media dah keluarkan kenyataan dia memberi jaminan tariff air di negeri itu takkan naik .

Nov,2010


Jun 2011

April 2012

August 2013

Agaknya kerajaan Pulau Pinang dah terdesak nak cari duit ? Kalau dulu banyak kerajaan pusat yang tolong bawak pelaburan ke negeri itu , sekarang dalam tempoh 5 tahun disebabkan sibuk berpolitik depa dah terlupa nak bagi momentum pelaburan dalam negeri meningkat . Cuma dok harapkan kontrak terowong bawah laut tu je . Itu pun rakyat akan kena bayar nanti . 

Friday, August 23, 2013

Kalau dulu peliwat dibebaskan , kini giliran ...

Pembebasan Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini agak mengejutkan seluruh negara . Sebelum ini, Sirul dan Azilah telah didapati bersalah kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibu . Perjalanan kes ini agak panjang dan dimanipulasi oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka. Pelbagai persoalan ditimbulkan bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan.  (Rakyatnews.my)


Ramai yang terpengaruh dengan cerita fitnah yang dibuat oleh 'spin doctor' Raja Petra , walau bagaimanapun Raja Petra selepas itu mengakui bahawa beliau telah diminta oleh individu tertentu untuk memutar belitkan kes pembunuhan ini , Zul Nordin yang sebelum terlibat secara langsung dalam kes ini juga mengakui bahawa wujud tekanan untuk mencipta fitnah oleh bekas boss beliau Anwar Ibrahim. Di sebalik pengakuan Raja Petra dan Zul Nordin ini, pihak pembangkang dan NGO SUARAM terus konsisten dalam menyebarkan fitnah bagi mengelirukan rakyat.

Individu yang sebenarnya terbabit secara langsung dalam kes pembunuhan Altantuya ialah Razak Baginda, beliau dikatakan meminta pertolongan Sirul dan Azilah untuk uruskan Altantuya supaya tidak lagi menganggu beliau dan keluarga. Tindakan Sirul dan Azilah membunuh Altantuya dengan menggunakan C4 jelas sekali satu tindakan yang bodoh, sedangkan banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan bagi menghilangkan jejak-jejak pembunuhan. Mereka sebagai polis sepatutnya lebih tahu bagaimana pembunuh professional menggunakan pelbagai kaedah pembunuhan untuk melenyapkan bukti dan alibi.

Penulis berpendapat, apa yang berlaku adalah kegagalan komunikasi. Lain arahan yang diberikan, lain pula yang ditafsir sehingga mengorbankan 1 nyawa. Dari segi kemanusiaan, Sirul dan Azilah tetap bersalah kerana membunuh, alasan salah faham dalam komunikasi tidak boleh menidakkan hal ini. Sepatutnya ada rasa peri-kemanusiaan dalam diri sebelum melakukan tindakan ini. Keputusan mahkamah rayuan pada hari ini mungkin lebih kepada sudut teknikal . Telah banyak kes dimana individu yang jelas melakukan kesalahan tetap dibebaskan atas sebab teknikal . Kes Anwar Ibrahim contohnya, walaupun pelbagai bukti diberikan beliau didapati tidak bersalah atas sebab teknikal.

Mungkin akan timbul semula pertanyaan popular sesetengah pihak iaitu "..bagaimana C4 itu diperoleh ?" .
Berikut adalah beberapa petikan artikel yang menarik mengenai penggunaan C4 dan bahan-bahan letupan lain oleh ATM dan PDRM.

"Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menggunakan bahan letupan jenis C4 untuk tujuan latihan mahu pun operasi."

"Pada setiap kali pengeluaran dan penggunaan PE bagi tujuan latihan serta operasi, kelulusan perlu diperolehi daripada markas perkhidmatan masing-masing,"

"Penjelasan Kementerian Pertahanan itu sekali gus menafikan tuduhan pembangkang kononnya bahan letupan C4 ada dalam inventori ATM dan memerlukan kelulusan menteri untuk sebarang penggunaannya."

(Utusan ,2010) .

"Timbalan Komander UTK, Asisten Komisioner (ACP) Mastor Mohd. Ariff, 45, berkata, setiap anggota atau pegawai UTK akan diberikan latihan asas dalam menggunakan bahan letupan dan sesiapa yang didapati layak dan berkeupayaan akan ditunjukajar di cawangan-cawangan yang lain."

"Beliau berkata, bahan letupan yang digunakan bagi tujuan latihan disimpan dalam stor senjata UTK dan bahan-bahan letupan itu terdiri daripada enam jenis iaitu plastic explosive (PE), stun grenade, detonater, detonater cord, thunderflash dan CLC (Cutting Liner Charge)."

"Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dalam pemeriksaan utama pada hari ke-13 perbicaraan kes tersebut, saksi pendakwa ke-11 itu berkata, beliau pernah mendengar bahan letupan PE yang dinamakan C4 tetapi bahan itu tidak digunakan dalam UTK."

(Utusan ,2007) .




 

Wednesday, August 21, 2013

Peguambela 5 Penjenayah Yang Ditembak Mati Polis Terima Ugutan Bunuh

Dari artikel Malaysiakini , ADUN Seri Delima RSN Rayer menerima bungkusan plastik yang mengandungi peluru hidup . Rayer baru-baru ini dilantik sebagai peguambela bagi kes 5 penjenayah yang ditembak mati polis. Rayer yang dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan itu turut menerima SMS berbaur ugutan bunuh .


"Dalam perjalanan ke Balai Polis, anaknya sekali lagi dikejutkan dengan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan bunuh terhadapnya," katanya dalam laporan polis itu. (Malaysiakini)

Rayer yang juga merupakan seorang pemimpin DAP antara pemimpin pembangkang yang paling awal memberikan reaksi apabila 5 penjenayah geng 04 itu ditembak mati oleh polis . Reyer cuba menjadi 'hero' menawarkan diri menjadi peguam bagi ahli keluarga penjenayah-penjenayah ini untuk menuntuk keadilan . Pelik sekali dengan sikap pemimpin pembangkang ini, bila kejadian jenayah dan tembak menembak dalam negara berlaku mereka tuduh polis tak efektif . Bila polis jadi efektif mereka kata polis tak ikut SOP ?

Polis dilatih untuk mempertahankan nyawa orang-orang awam dan pada masa yang sama mereka juga dilatih untuk mempertahankan nyawa sendiri . Takkan lah polis masa buat serbuan tu nak lepaskan tembakan amaran suruh serah diri ? Penjenayah pun ada pistol, ingat diaorang kesah dengan tembakan amaran polis tu ?? Polis bagi tembakan amaran kat udara, pada masa yang sama penjenayah tembak polis . Logik apakah yang dipakai oleh si Rayer ni ?

Pada penulis , mungkin ada pihak-pihak tertentu atau geng-geng dari kumpulan lain 'meluat' dengan si Rayer ini yang beria-ia menjadi 'pembela' kepada musuh mereka . Jadi 5 butir peluru tu dihantar sebagai tanda amaran . Maklum lah bila ada inquest , makin banyak pula cerita dalam kain 'underworld' ni akan tersebar . Jadi tak mustahil dengan inquest ini bukan sahaja penjenayah-penjenayah dari geng 04 terdedah , geng-geng lain yang cuba 'keep low' pun akan diheret sama. Oleh yang demikian cara yang paling mudah ialah 'kowtim' dengan si Rayer ni .

Memetik semula kejadian tembakan ini , dari Bernama

Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagaiJ.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.

Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.
Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.

Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.

Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.

“Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.

“Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan,” katanya.
Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan. – BERNAMA

Peminjam PTPTN yang 'liat' Bayar Hutang Tak Dikenakan CCRIS - Kabinet

Dari laporan portal Rakyatnews.my , cadangan PTPTN untuk megenakan CCRIS kepada peminjam (pelajar) yang 'liat' membayar hutang telah ditolak . Sebelum ini pelbagai pihak telah mengecam cadangan PTPTN (dengan mengambilkira pandangan Menteri Pendidikan II , Datuk Seri Idris Jusoh) itu , malah di pihak pembangkang ada yang cuba mewujudkan gelombang seolah-olah kerajaan bersetuju dengan cadangan itu sedangkan kabinet belum membuat apa-apa kata putus . Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga tidak bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Datuk Seri Idris Jusoh itu.


"Pada masa sama, kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada PTPTN," katanya. (Bernama)

Dari laporan Malaysia Insider pada 20 Ogos 2013, bekas mahasiswa UPSI Adam Adli telah memberikan reaksi bahawa mahasiswa tak memandang remeh pengumuman Idris Jusoh itu dan merancang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan itu .

"Tidak wajar untuk menyenaraikan individu yang berhutang dengan pinjaman pendidikan ke dalam CCRIS memandangkan golongan ini tidak berhutang untuk memiliki sebarang aset atau untuk membuat sebarang keuntungan seperti pinjaman perniagaan.

"Dengan keadaan ekonomi dan kadar pengangguran yang meningkat, ditambah dengan dasar kerajaan yang tidak bijak seperti umur persaraan, tidak hairan ramai graduan bakal terus jadi hamba kepada hutang,” katanya. (Malaysian Insider)




Kenyataan keadaan ekonomi dan kadar pengangguran yang meningkat pada ketika ini pada penulis mungkin boleh diperjelaskan lagi. Dari laporan The Star , beberapa perunding ekonomi telah sependapat mengatakan keadaan ekonomi di Malaysia berada pada fasa yang stabil . (The Star) . Walau bagaimanapun, dari laporan portal berita yang sama , kadar pengangguran di Malaysia meningkat kepada 3.4% pada May 2013 berbanding 3% pada bulan April dan tahun lepas. Peningkatan hanyalah 0.4% dan kadar 3.4% adalah agak rendah berbanding negara-negara lain.

Selain itu, penulis berharap menteri-menteri berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu kenyataan yang boleh merosakkan kredibiliti kerajaan yang mentadbir . Kalau sebelum ini timbalan menteri buat kenyataan 'jangan makan ayam' , kini giliran menteri pula memandai buat kenyataan 'ccris untuk ptptn' . Cuba lah berfikir sejenak atau tanya pendapat orang lain sebelum membuat kenyataan . Tak semestinya seorang Menteri atau Timbalan Menteri, malah Perdana Menteri tahu semua perkara, terutama reaksi dari rakyat marhaen. Bukan lah penulis nak bersetuju dengan bekas mahasiswa UPSI itu, cuma kadang-kadang kenyataan pemimpin-pemimpin ni boleh memakan diri .

Tuesday, August 20, 2013

Syed Outside The Box diminta Letak Jawatan Sebagai Presiden Bloghouse - MyKMU

Syed Akbar Ali merupakan nama yang tak asing lagi dalam dunia blogging Malaysia , kebanyakkan artikel yang ditulis mendapat tumpuan banyak pihak samada dari kalangan penyokong kerajaan dan pembangkang kerana di lihat agak 'kritis' . Kebanyakkan artikel yang ditulis oleh Syed Akbar adalah dalam bahasa Inggeris sekaligus meletakkan persepsi kebanyakkan dari mereka yang membaca blog beliau termasuk dalam golongan 'elit' . Tak dinafikan penulisan Syed Akbar menarik dan 'luar kotak' , namun tak semua perkara 'luar kotak' itu adalah bagus dan bijak . Contohnya orang yang melakukan perbuatan liwat juga berfikir di luar kotak apabila memasukkan zakar empunya diri kedalam lubang dubur pasangannya untuk satu kenikmatan yang berbeda . Kreatif tetapi memudaratkan . 


Mungkin kerana terlalu kreatif dan sibuk mengkritik, Syed Akbar terlupa dengan tugas yang diamanahkan kepada beliau . Dari artikel MyKMU , dikatakan Bloghouse menerima peruntukan melebihi dari RM1 juta dari kerajaan dan swasta untuk menjalankan operasi mereka , tapi tak nampak hasil kerja yang dibuat selain menjahanamkan reputasi kerajaan . Woww !! RM1 juta lebih ?? Monthly ?? Jadi depa buat apa dengan peruntukan tu ? Ada aktiviti sakau menyakau tak ? Bukan apa, dalam sibuk mengkritik orang itu orang ini rasuah , kena check jugak diri sendiri . Kalau 'clean' syukurrrr... 

Rupa-rupanya orang yang serba tahu seperti Syed Akbar hanya pandai bercakap mengkritik orang lain tapi kerja yang diamanahkan tak dibuat . Sebenarnya memang wujud orang macam ni , pengalaman 10 tahun penulis sebagai seorang jurutera dah nampak ramai golongan yang pandai cakap tapi hancur bila sampai bab perlaksanaan . Ada juga yang pandai mengkritik tapi tak reti nak bagi cadangan memperbaiki perkara yang dikritik.  Berikut adalah artikel MyKMU yang membalun Syed Outside The Box.

"MUNGKIN ramai antara kita yang ‘berblogging’ selama ini tidak sedar akan kewujudan sebuah entiti yang antara lain diamanahkan untuk menjaga kebajikan para blogger di negara kita – tidak kiralah blogger politik atau blogger masak memasak sekalipun, asalkan mempunyai blog, mereka layak untuk bernaung dibawah entiti tersebut.

Entiti yang penulis maksudkan ialah BlogHouse yang turut dinaungi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

BlogHouse pada awal-awal kewujudannya begitu aktif menganjurkan aktiviti dan seminar untuk para blogger di Malaysia termasuk perhimpunan yang mengumpulkan para blogger dari serata negara Asean, tapi sejak kepimpinan entiti tersebut bertukar tangan kepada Presiden sekarang, Syed Akhbar Ali, BlogHouse tidak lagi berfungsi seperti mana yang sepatutnya.

Tidak ada seminar, tidak ada aktiviti, jauh lagi nak menjaga kebajikan para blogger yang menjadi antara teras utama penubuhan BlogHouse dulu.  Malah blog BlogHouse pun kali terakhir dikemaskini pada Julai 2011!!

Kalau blog sendiri pun liat untuk dikemas kini, jangan pelik kenapa bila ada blogger yang ditimpa kecelakaan jalan raya, rumah dipecah masuk, keputusan wang dan sebagainya, wakil dan Presiden BlogHouse tidak ada disitu untuk membantu mereka.

Jauh dari menjadi payung kepada blogger-blogger di Malaysia, BlogHouse terpalit dengan pelbagai pergolakan politik dalaman yang membosankan dan tidak menguntungkan mana-mana pihak sejak Syed Akhbar menjadi Presiden.

Diakhirnya, siapakah yang menjadi mangsa, para blogger yang sepatutnya mendapat manfaat dari matlamat penubuhan BlogHouse dulu.

Sedangkan di luar, Syed Akhbar bukan main lagi menonjolkan dirinya sebagai seorang yang pintar dan serba serbi sempurna dalam semua keadaan (Professor Serba Tau).

Dia juga bebas mengkritik semua orang termasuk penasihat Perdana Menteri sebagai tidak mempunyai fungsi, sedangkan dia sendiri sejak dilantik kerajaan sebagai panel Penasihat SPRM bagi mewakili blogger, tidak berupaya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap Suruhanjaya tersebut sehingga sekarang.

Nak kata tidak ada peruntukan, tahukah kita bahawa BlogHouse menerima sumbangan/tajaan dari kerajaan dan pihak swasta melebihi RM 1 juta untuk menjalankan operasinya? Kemana semua wang tersebut pergi dan kenapa ia tidak dibelanjakan untuk tujuan yang menjadi asas kepada penubuhan BlogHouse?

Penulis tidak mahu mengandaikan yang bukan-bukan, tapi kalau Syed Akhbar tidak berfungsi seperti mana sepatutnya, lebih baik dia berundur sajalah dari jawatan tersebut dan menyerahkan teraju kepimpinan BlogHouse kepada individu lain yang mempunyai keupayaan untuk mengendalikan entiti tersebut.

Apa pun Syed Akhbar, shame on you!!"

sumber : MyKMU

Monday, August 19, 2013

Doktor, Peguam, Jurutera Lebih Minat Sertai PAS - Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir dalam rumah terbuka beliau baru-baru ini mengulangi semula apa yang pernah diperkatakan beliau sebelum ini iaitu UMNO memerlukan lebih ramai generasi baru menyertai dan menerajui parti bagi memastikan UMNO kekal relevan . Dr. Mahathir menegur sikap sesetengah pemimpin parti yang sudah semakin tua tetapi masih kekal memegang jawatan dalam tempoh yang agak lama . Orang-orang muda yang ada pelbagai idea yang segar dibiarkan melopong dibawah.


Bila penulis rujuk pada orang muda, individu berkenaan mesti lah mempunyai kelayakan dari segi pelajaran dan komitmen . Banyak golongan professional Melayu seperti doktor ,peguam,  jurutera dan lain2 profession tidak minat menyertai UMNO disebabkan sikap sesetengah kepimpinan dalam UMNO gemar menjadi lintah kepada jawatan yang dipegang. Dr. Mahathir berkata sebahagian daripada mereka ini tak suka bila orang yang lebih pandai dari mereka masuk UMNO.

"Jadi masalah lagi, Umno tak suka orang yang lebih pandai dari pemimpin mereka masuk, (mereka) takut. Jadi orang yang berkredibeliti tak masuk Umno. Itu pasal ramai sekarang ini yang masuk PAS.

"Masa dulu, PAS kita ingat ustaz-ustaz sahaja. Sekarang ini, ada doktor, peguam, jurutera. Mereka tak masuk Umno. Sama juga dengan orang-orang yang berkaliber yang dah pencen. Sebab itu ada jeneral yang masuk parti lawan," kata Tun Dr. Mahathir dalam rumah terbukanya di Sri Kembangan

Oleh yang demikian sikap ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat iaitu cawangan, bahagian , negeri dan pusat harus berubah . Orang muda yang betul-betul mahu berjuang diberikan peluang, jangan pula dijadikan orang muda sebagai proksi kepada kepimpinan yang lama. Ini memang berlaku ,dan ini adalah kaedah politik bahagian bagi mengekalkan pengaruh kepimpinan yang lama. Orang-orang muda yang dipilih memegang jawatan adalah dari kalangan kroni-kroni sendiri.

Ahli-ahli UMNO tak perlu takut menyuarakan bangkangan mereka terhadap ketua cawangan , bahagian atau negeri semasa berada dalam mesyuarat membincangkan sesuatu usul , namun bangkangan yang dibuat hendaklah beralaskan dengan cadangan lain , jangan bangkang je tapi takde cadangan lain . Apabila ada ketegasan sebegini di kalangan ahli-ahli UMNO , maka ketua takkan berani buat sesuka hati. Juga jangan takut untuk tanya bagaimana perbelanjaan , peruntukkan dsb dibelanjakan

Friday, August 16, 2013

Dilemma Anak PM : Nazifuddin Perlu Belajar Dengan Nazir Razak

Dalam usaha Perdana Menteri, DS Najib Razak cuba membentuk satu pentadbiran kerajaan yang bebas rasuah dan bebas kronisma, masih ada lagi dikalangan ‘inner-circle’ atau mereka yang rapat dengan beliau menjual namanya untuk memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu terutamanya dalam perniagaan.  Kadang-kadang, pegawai –pegawai yang bertanggungjawab dalam sesebuah syarikat sedar bahawa mereka sedang berurusan dengan individu yang ada kaitan secara langsung dengan Perdana Menteri Malaysia.



Pegawai-pegawai ini berada dalam dilemma dan teragak-agak dalam membuat keputusan apabila individu yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Perdana Menteri mula ‘menjual’ nama Najib Razak dan akhirnya terpaksa bersetuju untuk bekerjasama dengan individu berkenaan.  Natijahnya, Najib Razak sendiri akan mendapat nama buruk dek kerana tindakan ‘inner-circle’ beliau yang gemar menjaja namanya bagi memperoleh kepentingan tertentu.  Apabila dikatakan ‘inner-circle’ ia terdiri daripada rakan-rakan karib, penasihat dan ahli keluarga .

Pada penulis factor ‘rakan karib PM’ sukar untuk dijadikan modal oleh individu yang mahu ‘menjaja’ keakraban beliau dengan PM bagi memperoleh   kepentingan-kepentingan tertentu. Semua orang boleh mengaku mereka rapat dengan PM . Oleh yang demikian, factor ‘rakan karib PM’ bukanlah satu factor kuat yang boleh mempengaruhi mana-mana rundingan dalam perniagaan. Namun sekiranya ‘rakan karib PM’ itu juga mempunyai status ‘penasihat’ maka keadaan ini berubah , keputusan-keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan ‘penasihat PM’ walaupun rundingan perniagaan itu tidak ada kena mengena dengan PM.

Selain itu, satu lagi factor yang mempunyai impak yang agak besar ialah dari mereka yang mempunyai pertalian darah dengan Perdana Menteri.  Hanya dengan status pertalian darah ini, aura Perdana Menteri secara tidak langsung membayangi individu yang berurusan perniagaan dengan syarikat-syarikat tertentu. Walau pun kenyataan dibuat adalah pandangan sendiri, akan tetap wujud rasa hormat kerana individu itu ada pertalian darah dengan Perdana Menteri , misalnya Nazir Razak (Pengarah Urusan CIMB Group) .

Mungkin wujud laluan mudah untuk syarikat CIMB Group untuk berkembang di Malaysia dan luar Negara kerana status pertalian darah Pengarah Urusan nya dengan Perdana Menteri Malaysia. Namun itu hanyalah factor sampingan kerana Nazir Razak diakui mempunyai karisma tersendiri sebagai seorang ahli perniagaan berjaya sebelum Najib Razak dilantik menjadi PM lagi. Tetapi apa pula pandangan masyarakat bagi individu yang mempunyai pertalian darah dengan PM , agak muda tetapi mempunyai pelbagai kepentingan dalam beberapa syarikat ? Penulis merujuk kepada anak PM iaitu Mohd Nazifuddin.

Penulis sebelum ini pernah mengeluarkan satu artikel member pandangan mengenai dilemma menjadi anak Perdana Menteri (klik sini). Asas dalam membina sesebuah empayar perniagaan adalah ‘network’ . Bagi seorang yang berstatus anak kepada Perdana Menteri , beliau tidak akan mempunyai masalah dalam mencari ‘network’ , malah ‘network’ ini yang akan mencari beliau. Mohd Nazifuddin tak terkecuali dalam mengalami dilemma ini, penglibatan beliau dalam perniagaan mendapat kritikan beberapa individu dalam dunia korporat dan ahli-ahli politik pembangkang. Pada satu ketika, Nazifuddin dikritik hebat apabila beliau yang dilantik menjadi Non-Executive Director untuk Harvest Court Industries Bhd menyebabkan saham syarikat itu tiba-tiba meningkat secara mendadak kepada 2,500 peratus (14 Nov 2011) daripada 3 sen yang dicatatkan sejak 13 Oct 2011.

Peningkatan secara mendadak ini mengundang pelbagai persepsi malah ada yang menganggap Nazifuddin menggunakan pengaruh Najib untuk memanipulasi pasaran saham. Bursa Malaysia kemudian meletakkan saham syarikat itu sebagai ‘sekuriti bertanda’ dan menggantungnya daripada diurus-niagakan. Selepas mengalami peningkatan secara mendadak, saham syarikat itu mulai jatuh apabila peningkatan sebelum itu menjadi buah mulut orang ramai yang percaya ia ada hubung kait dengan perlantikan anak PM sebagai non Executive Director syarikat. Pembangkang tak lepaskan peluang keemasan ini untuk menghentam teruk Perdana Menteri.

Penulis berpendapat, tidak salah untuk anak-anak PM terlibat dalam dunia korporat dan perniagaan . Namun, mereka harus sedar segala keputusan dan tindak tanduk mereka dalam dunia perniagaan diperhatikan . Ahli-ahli perniagaan ini akan bercakap sesama sendiri sekiranya anak-anak PM ini ‘menjaja’ nama bapa mereka bagi memperoleh keuntungan atau satu keistimewaan dalam perniagaan yang diceburi. Hakikatnya, anak-anak Perdana Menteri akan lebih di hormati sekiranya mereka turut bersaing secara adil dalam dunia korporat tanpa menggunakan pengaruh bapa mereka . Pakcik mereka, Nazir Razak mampu melakukannya dan kini dia merupakan antara tokoh korporat yang dihormati di Asia.

Penulis sebenarnya bimbang dengan persepsi masyarakat apabila cerita-cerita khabar angin dalam dunia korporat tersebar kononnya Nazifuddin menggunakan pengaruh PM bagi memperoleh kepentingan tertentu. Masakan tiada angin jika pokok bergoyang ? Mereka yang teguh menyokong PM Najib Razak tidak mahu hal sebegini menjejaskan imej beliau. Nazifuddin juga seharusnya sedar beliau berada di bawah mikroskop dunia korporat kerana status sebagai anak PM itu . Sedikit kesilapan pasti turut menjadi ancaman kepada imej PM Najib Razak yang mahu negara bebas rasuah dan amalan kronisma. Jangan disebabkan kealpaan dalam mengejar status dalam dunia perniagaan, imej ayahanda dirosakkan.

Thursday, August 15, 2013

Sultan Sulu Rayu Saya Jadi Sultan Sabah - Mohd Akjan Ali

Dipetk melalui salah satu artikel Malaysiakini ,individu yang mendakwa diri sebagai pewaris Kesultanan Sabah memaklumkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa Sultan Sulu melalui Agbimuddin Kiram telah merayu kepada beliau supaya menjadi Sultan Sabah . Individu berkenaan , Mohd Akjan Ali Muhammad bersetuju dengan permintaan Sultan Sulu itu dengan syarat tuntutan ke-atas Sabah mestilah dilepaskan . Timbul beberapa kekeliruan disini , iaitu pada satu ketika Akjan Ali didakwa oleh Anwar sebagai Sultan Sulu yang sebenarnya, begitu dengan maklumat yang diperoleh dari artikel Sabahkini . Masakan Sulu boleh mempunyai 2 Sultan ? Dan kini timbul pula maklumat Sultan Sulu (Kiram) minta Sultan Sulu (Akjan) untuk jadi Sultan Sabah ?



"Apabila Datu Agbi datang - pada bulan Februari jika tak silap saya - dia telah merayu kepada saya supaya menjadi Sultan Sabah.

"Saya membuat perjanjian dengan mereka bahawa mereka hendaklah gugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika saya menjadi sultan," katanya ketika memberi keterangan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Sebelum itu, Mohd Akjan Ali juga mengaku telah mengatur pertemuan 2 mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir dan Tun Abullah untuk bertemu dengan Sultan Sulu , juga dengan syarat supaya tuntutan ke atas Sabah dilepaskan. Jika diselidik kisah mengenai Akjan agak unik dan beliau juga dikatakan pada satu ketika dahulu seorang ahli UMNO yang berpengaruh dengan statusnya sebagai pewaris kesultanan Sabah.

Penulis tak pasti samada dakwaan beliau benar-benar merupakan Sultan Sabah yang ke-33 adalah benar. Sama kisahnya , apabila seorang individu mengaku bahawa beliau adalah pewaris Kesultanan Melayu Melaka pada satu ketika dahulu . Melalui carian di internet , Akjan sekarang dikatakan merupakan Pengerusi PEKIDA cawangan Sabah. Beliau juga merupakan antara individu awal menyertai UMNO apabila parti itu mengembangkan sayap di Sabah pada tahun 90-an. Akjan juga dikatakan berpengaruh di kalangan orang-orang muslim Filipina.

Akjan Ali juga merupakan bekas tahanan ISA , apabila menyalahgunakan kuasa 'menjual' IC kepada pendatang dari Filipina dalam lingkungan RM500 - RM3000. Beliau 'terkantoi' apabila ditahan dengan 'briefcase' yang mengandungi 2,000 IC untuk pendatang Filipina. Beliau ditahan selama 2 tahun oleh kerajaan , sekali gus membayangkan kerajaan Barisan Nasional ketika itu tak pilih bulu walaupun orang yang ditahan adalah orang UMNO. Akjan yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Pak Lah semasa eranya menjadi PM telah keluar UMNO pada lewat 2010 (atau 2011) .

Setelah menyelidik sejarah Akjan Ali , penulis berpendapat beliau adalah seorang 'oppurtunis' , sentiasa mengintai segala peluang yang ada . Kisahnya yang ter'kantoi' menyalahgunakan kuasa menjual IC kepada pendatang haram Filipina sedikit sebanyak mencalarkan imej UMNO . Dan mungkin kerana gagal mendekati Najib seperti yang dilakukan beliau kepada Pak Lah , Akjan mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO. Penulis tak berniat untuk membuat tuduhan kepada Akjan tetapi apa istimewanya Akjan sehingga Sultan Sulu terpaksa 'merayu' kepada beliau supaya menjadi Sultan Sabah ? Apakah mungkin sekiranya ditabal sebagai Sultan Sabah , kejadian pencerobohan Sulu di Lahad Datu takkan berlaku ?


Akjan juga dikatakan menjadi ahli UMNO semasa era Anwar Ibrahim di kemuncak politiknya dalam UMNO. Tak mustahil Akjan , Anwar dan Sultan Sulu mengenali di antara satu sama lain . Penulis terfikir samada ada kaitan di antara ketiga-tiga indivdu ini berhubung dengan status tuntutan Sulu ke atas negeri Sabah yang kemuncaknya berlaku pencerobohan di Lahad Datu. Akjan sebelum ini pernah menafikan penglibatan beliau dalam pencerobohan di Lahad Datu dan menghentam Suara Keadilan yang menyiarkan kenyataan beunsur fitnah Tian Chua . (rujuk sini ) Isu Lahad Datu adalah satu isu yang besar juga , penulis  berpendapat selain RCI untuk 'Projek IC Sabah' , kerajaan perlu mengusahakan supaya RCI untuk pencerobohan Sulu di Lahad Datu turut diadakan, supaya individu2 bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.


Wednesday, August 14, 2013

'Sniper' tembak penyokong Morsi

Apa yang berlaku di Mesir kini benar-benar menyedihkan, jika dahulu semasa Presiden Mubarak digulingkan rakyat, insiden pembunuhan beramai-ramai sebegini tidak berlaku.Terdapat beberapa gambar dalam footage twitter seorang penyokong Morsi yang berada di tempat kejadian.

Pembunuhan dikatakan dilakukan oleh beberapa orang 'sniper' yang diletakkan di beberapa tempat strategik. Malah petugas perubatan juga ditembak di kepala. Mayat individu yang menjadi tembakan 'sniper' diletakkan di sebuah bilik sementara. Kita tak pernah menjangkakan revolusi Mesir yang pada mulanya kelihatan aman kini menjadi medan pembunuhan beramai-ramai.

Diharapkan rakyat Malaysia mengambil iktibar dengan kejadian seperti ini. Penulis percaya kejadian seperti ini berlaku di sebabkan ada gangguan oleh 'anasir-anasir' luar. Tidak timbul soal siapa betul dan salah kerana masing-masing akan tetap dengan pendirian masing-masing.

Apa yang penting ialah kebijaksanaan dalam membuat rundingan tanpa menimbulkan masalah yang akhirnya menjadikan rakyat sebagai mangsa. Mungkin rakyat Mesir percaya demonstrasi adalah cara yang terbaik untuk menumbangkan sebuah kerajaan, namun ternyata rancangan itu hanya berjaya untuk peringkat pertama (Hosni Mubarak) dan kedua (Morsi) .

Mungkin telah timbul kesedaran di pihak pemerintah untuk menghentikan perkara ini berterusan, maka hal ini ditangani dengan agak keras. Penulis bimbang akan berlaku pula perang saudara di Mesir, pasti ada pihak akan membekalkan senjata kepada penyokong2 Morsi. Sama seperti yang berlaku di Lubnan dan Syria .

Pihak-pihak asing ini tak perlu bersusah payah memerangi negara2 Islam ini. Mereka hanya perlu jadi batu api dan memberi sokongan melalui persenjataan secara diam2. Akhirnya yang menang jadi arang , kalah jadi abu . Rakyat merana apabila perang tamat dan masa untuk membina semula negara bukanlah singkat.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kenyataan 'Jual MAS' disalahertikan - Idris Jala

Kenyataan Idris Jala didalam media mengenai penjualan syarikat penerbangan negara MAS mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, malah dikalangan pro-kerajaan sendiri. Penulis berpendapat tindakan Idris itu merupakan 'jalan mudah' untuk menyelasaikan masalah yang dihadapi MAS.

Tindakan lepas tangan itu bukanlah sesuatu yang dialu-alukan oleh seorang individu yang dilantik menjadi menteri tanpa menjadi ahli parlimen. Biasanya perlantikan menteri melalui proses ini adalah berdasarkan kebolehan luar biasa atau pengalaman yang ada pada individu berkenaan bagi membantu pentadbiran kerajaan.

MAS telah beberapa kali diselamatkan oleh kerajaan kerana prestasi yang kurang memberangsangkan. Sekiranya keputusan mahu menjual MAS hendak diambil, ia perlu dilakukan lama dahulu. Duit kerajaan tak terbazir nak selamatkan syarikat ini, namun setelah berhabis membantu MAS, tiba-tiba keluar idea nak jual MAS pulak ?

Pada penulis, apa yang penting ialah pengurusan dan strategi perniagaan yang cekap dalam MAS . Jimatkan apa yang boleh dijimatkan. Ambil contoh daripada syarikat2 penerbangan yang berjaya, tak perlu 'jatuh muka' untuk belajar walaupun syarikat penerbangan itu lebih 'muda' . End of the day, people/rakyat look at the profit..not the status of 'best cabin of the year' etc. 'Glamour' tapi melarat pun tak guna.

Walau bagaimanapun, Idris Jala hari ini dalam ruangan twitter beliau menyatakan kenyataan beliau telah disalah ertikan dan luar daripada konteks, menjawab pertanyaan pengguna twitter @limlipeng . Jadi penulis tertanya apa sebenarnya yang Idris maksudkan dengan kenyataan penjualan MAS itu?

Kalau tidak timbul reaksi negatif sebegini adakah Idris akan terus berdiam diri dan dalam diam merangka strategi untuk menjual MAS bersama-sama lain2 'punah-sihat' ?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, August 13, 2013

Tikam , Tembak dan Bom dalam Sehari

Hanya dalam tempoh sehari berlaku 3 kes tikam, tembak dan bom yang disiarkan dalam media. Trend jenayah seperti ini dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan . Beberapa pendapat mengatakan pembebasan penjenayah tegar disebabkan pemansuhan Emergency Ordinan (EO) ini dipercayai punca penjenayah-penjenayah ini menjadi semakin ligat .


Pemansuhan EO juga dipercayai menjadi 'pemangkin' kegiatan-kegiatan jenayah ganas . Senjata api seperti terlalu mudah untuk diperoleh untuk penjenayah-penjenayah ini melakukan kegiatan mereka . Adalah diharapkan satu akta baru digubal bagi menggantikan EO , malah undang-undang ini perlu lebih tegas bagi membendung perkara ini.

Antara kes yang dilaporkan di media hari ini ialah seorang pegawai bank yang dilempar bomb setelah kenderaannya dilanggar. Walau bagaimanapun, polis berjaya menahan seorang suspek , kejadian dilaporkan berlaku di Pulau Pinang. Petikan dari artikel Utusan Malaysia

"Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kereta seorang pegawai bank dilanggar dan dilempar bom dipercayai buatan sendiri di Love Lane semalam.

Suspek berusia 38 tahun ditahan di Alor Setar, Kedah kira-kira pukul 4.10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek yang disoal siasat mengaku melanggar dan melemparkan bahan letupan itu berikutan tidak puas hati dengan cara pemanduan mangsa."

Hanya kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan bom dilempar ? Selain itu seorang wanita nyaris maut apabila kenderaannya ditembak apabila beliau memecut melarikan diri dari penjenyah yang dipercayai cuba merompak , kejadian berlaku di Kuatan . Dari petikan artikel Bernama ;

"Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian 4 pagi, Ruzelawati Basri, 35, ibu tunggal empat anak, baru sahaja keluar dari rumahnya di Taman Mirama di sini secara berseorangan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.

Katanya selepas mengisi minyak di sebuah stesen, mangsa memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad dan membuat panggilan telefon kepada bekas suaminya di Putrajaya sebelum didatangi sebuah kereta berwarna biru gelap dan seorang lelaki kemudian keluar dari kenderaan itu.

Beliau berkata menurut mangsa, lelaki tersebut memegang sepucuk pistol dan mengetuk cermin kereta dan mengarahkannya membuka pintu serta keluar dari keretanya."

Satu lagi kejadian yang berlaku di Pantai Timur ialah apabila seorang peniaga nasi kukus ditikam mati. Kejadian berlaku di Dungun . Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan untuk memasukkan wang ke dalam bank. Dari petikan artikel Rakyatnews.

"Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa, pengusaha kedai nasi kukus Paka 3, dikatakan cuba memasuki kenderaan pacuan empat roda miliknya untuk memasukkan wang hasil jualan di bank sebelum didatangi suspek. 

Ketika itu mangsa dikatakan bergelut dengan suspek yang dipercayai hendak mencuri kenderaan miliknya itu sebelum dia ditikam beberapa kali."

Mungkin lebih banyak lagi kejadian-kejadian jenayah yang serupa tetapi tidak disiarkan media. Penulis percaya kerajaan dan pihak pollis prihatin dengan kejadian-kejadian jenayah berat yang berlaku kebelakangan ini, malah PM sendiri sebelum ini telah menyatakan kerajaan bersedia untuk memberi bantuan kepada polis bagi memerangi jenayah-jenayah berat yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini. Sumber Berita Harian  . Seperti dinyatakan pada awal artikel , penulis percaya kejadian-kejadian sebegini dapat dikekang dengan mengembalikan semula EO atau menggubal undang-undang yang lebih tegas.


Surat Tun Dr. Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman Mengenai Sikap 'Chinions'


Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku.

Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha. Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul.

Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.


Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

sumber dari blogger Flyingkick

Tak serik di 'kantoi' kan Jusuf Kalla sebelum ini , Anwar terus konsisten menipu

Satu artikel yang ditulis dalam portal 'mesra pembangkang' Asia Sentinel menyatakan Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri , Najib Razak menggunakan orang tengah iaitu bekas naib Presiden Indonesia untuk berbaik-baik dengan Anwar bagi menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan. Anwar mengambil kesempatan untuk menambah lagi 'perisa' dalam kekeliruan ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO dengan pelbagai cerita . Dari laporan Asia Sentinel itu , Anwar mendakwa Jusuf Kalla telah menjadi orang perantaraan dalam beberapa pertemuan sebelum pilihanraya , selepas dan sehingga kini masih berjalan. Anwar sekali lagi menggunakan media untuk melakukan satu lagi pembohongan secara besar-besaran.


Pasca pilihanraya yang lepas , Jusuf Kalla telah mendedahkan bahawa beliau kecewa dengan Anwar yang tidka menghormati perjanjian yang beliau sendiri buat . Dari seorang penulis yang rapat dengan Jusuf ,

"Dalam hal ini, saya kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana saya dapati beliau tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Saya membaca satu berita kononnya Anwar mengatakan Bapak Jusuf Kalla yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. 

Walhal, pada bulan Mac 2013, Anwar Ibrahim sendiri datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla pada malam hari, dengan ada teman saksi iaitu Bapak Fahmi Idris dan Bapak Yusril Ihza Mahendra di ruang tamu tempat yang sama saya duduk bersebelahan Bapak Jusuf Kalla dalam gambar itu. 

Ketika itu (Mac, 2013), Anwar dengan yakin menghujahkan kepada Bapak Jusuf Kalla beliau akan menang PRU13.  Bukannya Bapak Jusuf Kalla yang memanggil Anwar datang ke Jakarta. Kita harus faham, siapa tetamu dan siapa tuan rumah. Pada bulan Mac 2013 itu, Apakah Bapak Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau Anwar Ibrahim yang mendatangani Jakarta? Anda jawab sendiri!"

Selain itu, keterlibatan Najib dalam perjanjian itu juga dipertikai . Masakan Najib masih tak jelas dengan 'permainan' licik Ketua Pembangkang itu ? Ahli-ahli politik adalah dari jenis golongan yang 'licik', mereka tidak akan membuat sesuatu perkara yang bakal menjahanamkan karier politik sendiri, tuduhan mahu berunding untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan merupakan tuduhan Anwar yang paling bodoh sekali . Kita dah dimaklumkan oleh Jusuf sebelum ini iaitu Anwar memang jenis kaki penipu , malah kebenaran cerita Jusuf turut diakui oleh penulis yang rapat dengan . Pelik sekali, Anwar masih mahu menggunaan modal Jusuf Kala untuk mereka pembohongan yang seterusnya.

Nak membentuk kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang mudah . Perlu ada persetujuan dari semua gabungan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional . Najib sebagai Perdana Menteri juga seharusnya mendapat persetujuan dari semua komponen2 parti pemerintah yang terlibat . Tindakan yang dibuat tidak boleh secara individual tetapi perlu dirujuk dengan ramai pihak. Akar umbi dan banyak lagi pemimpin BN dan UMNO yang lain tidak akan bersetuju dengan idea ini .

Anwar cuba memberikan persepsi kepada penyokong-penyokong UMNO dan BN kononnya Najib memandai-mandai buat keputusan sendiri mengenai kerajaan perpaduan . Ini ternyata satu pembohongan yang sangat besar. Ini adalah 'jarum halus' Anwar bagi mempengaruhi ahli-ahli UMNO supaya bangkit menentang dan menjatuhkan Najib . Hal sebegini jelas adalah cubaan untuk menghuru-harakan UMNO . Anwar sedar tempoh 5 tahun akan datang terlalu lama, dan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri adalah hanya dengan mengkucar-kacirkan UMNO .

Apabila wujud team-team berbeza dalam UMNO, akan ada golongan yang merajuk apabila pemimpin pilihan mereka tewas, paling membimbangkan ialah wakil-wakil rakyat BN/UMNO yang ada kepentingan dalam team-team ini. Masing-masing dalam situasi mudah untuk 'dibeli' , mungkin terdetik dihati 'buat apa kekal lagi dalam parti yang kucar-kacir, tiada kesepaduan, lebih baik menyeberang...duit dapat, hati pun tak sakit' . Maka akan berlaku lah gelombang lompatan katak secara besar-besaran.. nauzubillah. PR tak perlu banyak kerusi untuk menang mudah, cukup lah dengan mengenal pasti ahli-ahli parlimen UMNO/BN yang ada 'potensi' .Masa tu Anwar tersenyum kerana hajat untuk menjadi PM dah tercapai.. tak perlu tunggu 5 tahun lagi, semua disebabkan dia berjaya pengaruhi pemikiran orang2 UMNO.


Monday, August 12, 2013

Nurul Izzah Ketua Wanita UMNO 2016?

Dari artikel blogger Syed Akbar Ali dalam blog OutSyed The Box , beliau menerima beberapa sms yang agak menarik beberapa hari yang lepas , antara kandungan sms adalah seperti berikut (artikel asal). Penulis berasa adalah elok sekiranya kandungan sms berkenaan turut diterjemah ke dalam bahasa melayu dan dihebahkan, tak semua penyokong dan ahli UMNO faham kandungan artike yang berbahasa Inggeris itu . Penulis mengambil inisiatif untuk menterjemahkan kandungan SMS untuk kita semua berfikir.


"1. Is Nurul Izzah being groomed as a future Wanita UMNO leader ? Badawi and KJ with Kalimullah are  putting the plan in operation, three years away, a coup for UMNO before the next election. Anwar won't object as he then has fingers in all parties ie Government and the Opposition.  Very possible with Azmin heading PKR.

"Adakah Nurul Izzah dalam proses dibentuk sebagai Ketua Wanita UMNO untuk masa depan? Badawi, KJ dan Kalimullah merangka pelan untuk rampasan kuasa dalam UMNO dalam tempoh 3 tahun sebelum pilihan raya akan datang.Tidak ada bantahan dari Anwar kerana beliau mempunyai semua kepentingan samada dari pihak Kerajaan dan Pembangkang. Ada kemungkinan Azmin bakal mengetuai PKR,."

2.  Anwar may not become PM but in this scenario he becomes a KingMaker. Further this would give KJ the support for his ascendency in UMNO and distances the other factions. 

"Anwar mungkin tidak akan menjadi PM, namun dalam senario ini beliau lebih berperanan sebagai penentu siapa PM. Ini akan memberi kelebihan kepada KJ untuk berkuasa daam UMNO dan menjarakkan beliau dengan pesaing2  yang lain."

Situation is very possible as they believe Mahathir would not be around long. Even if he does, they are out to hammer his credibility to weaken his standing. This would draw support towards  KJ group to take on Najib or Muhyiddin.  Although 1MDB has its war chest but KNB is a monopoly of Badawi's boys. So can you see the scenario building.

"Situasi sebegini mungkin ada kebenarannya memandangkan mereka percaya Mahathir mungkin 'tidak ada' lagi dalam tempoh itu . Walau bagaimanapun, sekiranya Mahathir diberikan usia yang panjang, kumpulan ini akan berhabisan memperlekehkan kredibiliti beliau. Keadaan ini akan menarik sokongan terhadap kumpulan KJ seterusnya menjatuhkan Najib atau Muhyiddin. Walaupun 1MDB yang menjadi 'sumber kewangan' untuk tujuan 'kecemasan' namun KNB (Khazanah Nasional Berhad) dimonopoli oleh budak-budak Badawi"

3. Included in the strategy Pak Lah boys want to keep Dr Mahathir  occupied so as to remove his focus on Najib. A decoy tactic or a tactic to ensure that he has multiple fronts to fight. 

"Antara strategi lain ialah peranan yang dimainkan oleh budak-budak Pak Lah bagi memastikan Dr. Mahathir sentiasa 'sibuk' bagi menghilangkan fokus beliau kepada Najib. Taktik umpanan digunakan bagi memastikan beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai 'barisan' untuk diuruskan"

Note current mood of young Malays, Chinese and Indians (so called educated group) are not for Dr Mahathir. This is the wave they want to capitalise on as the instrument of change in their campaign as these are the people who have the energyand the vigour.  

"Nota : Mood semasa orang-orang muda Melayu, Cina dan India (yang berpendidikan) tidak cenderung kepada Dr.Mahathir. Corak sebegini yang mahu dimanipulasi oleh mereka untuk dijadikan instrumen kepada gerakan perubahan dalam kepimpinan kerajaan kerana golongan ini dianggap agresif dan bertenaga"

4. It would mean that the Pak Lah boys inevitably become indispensable to Najib. A well crafted scenario. This strategy puts KJ in the forefront as Najib's key ally and. clears the way for his ascendency in UMNO. Anwar Ibrahim style of climb in UMNO."

"Ini secara tak langsung membuatkan budak-budak Pak Lah menjadi penting kepada Najib. Satu senario yang dirancang begitu teliti. Strategi ini meletakkan KJ di barisan hadapan sebagai rakan sekutu Najb dan memberikan beliau laluan mudah untuk berkuasa di dalam UMNO. Ini adalah kaedah serupa Anwar Ibrahim untuk berkuasa dalam UMNO"

Penulis tidak berniat untuk menimbulkan paranoia di kalangan ahli-ahli dan penyokong UMNO dengan terjemahan SMS ini , hanya sekadar untuk difikirkan . Sekiranya hal ini benar-benar berlaku, ia seolah-olah menunjukkan percaturan dalam UMNO sebenarnya dibuat oleh 'orang luar' . Ahli-ahli UMNO diberikan senario supaya mereka berbalah sesama sendiri . Seolah-olah muncul semula usaha untuk membentuk 'Team A' dan 'Team B' dalam UMNO yang berkemungkinan mengulangi sejarah hitam yang lepas. 

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang dinamakan, penulis hanya memberikan pandangan mengenai SMS yang ditunjukkan dalam blog Syed Akhbar Ali itu dan amat berharap ia bukan lah satu perkara yang benar. Dalam senario dan kekusutan perancangan politik yang semakin kompleks ini adalah lebih elok sokongan terus diberikan kepada PM, DS Najib Razak . Untuk ahli-ahli dan penyokong2 UMNO, hentikan lah bergasak kerana yang menang jadi arang kalah jadi abu. Jangan sampai kita terleka hingga membiarkan UMNO dikongkong oleh elemen luar .

Bila Chong Wei Kalah Rosmah dituduh 'Bad Luck' , Bila Chong Wei Menang ... ?

Kekalahan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk kesekian kalinya kepada jaguh dari China Lin Dan menghampakan kebanyakkan peminat badminton negara ini . Chong Wei tewas dengan bermaruah kepada Lin Dan dalam Kejuaraan Badminton Dunia di Guangzhou, China , beliau yang memberikan tentangan sengit kepada Lin Dan akhirnya terpaksa mengalah apabila di saat-saat akhir tercedera di kaki.

Seperti biasa penyokong-penyokong pembangkang akan cuba mempolitikkan kekalahan Chong Wei. Setiap kekalahan Chong Wei akan dikaitkan dengan 'nasib buruk' yang kononnnya hasil dari keakraban beliau dengan isteri kepada pemimpin nombor satu negara. Sebuah portal picisan mesra pembangkang iaitu Malaysian-Chronicle telah menerbitkan satu artikel khas mengenai kekalahan yang dikaitkan dengan Rosmah . Jelas sekali artikel yang ditulis adalah bertujuan untuk terus memburuk-burukkan Rosmah.


Kedangkalan penulis Malaysian-Chronicle terserlah kerana pendapat-pendapat yang diperoleh dari laman twitter mengenai kekalahan Chong Wei yang dikaitkan dengan Rosmah dijadikan antara isi kandungan artikel. Istilah 'nasib buruk' yang dikaitkan dengna sesuatu/seseorang adalah budaya bagi masyarakat Cina yang gemar menilik nasib. Sebegai seorang Melayu, penulis tidak berniat merendah-rendahkan kepercayaan masyarakat Cina ini tetapi malangnya ada juga 'baghal' di kalangan orang Melayu beragama Islam terbawa-bawa dengan 'tilikan' semberono ini.

Persepsi 'nasib buruk' ini cuba dihangatkan oleh segelintir peminat-peminat badminton negara berketurunan Cina. Mereka dilihat seolah-olah cuba menghasut rakan-rakan dari keturunan yang sama dengan tujuan menimbulkan kebencian kepada Rosmah, jelas sekali isu 'nasib buruk' itu bukanlah tujuan yang sebenar. Kenapa si bangsat 'chauvanist' ini tidak menimbulkan soal 'nasib buruk' ini apabila Chong Wei memenangi beberapa kejuaraan bertaraf dunia ? Kejuaraan-kejuaraan yang diperoleh Chong Wei juga adalah semasa era Rosmah menjadi penaung bagi badan badminton negara ini. Adakah hanya kerana pemain nombor 1 negara itu berketurunan Cina maka pelbagai persepsi buruk dilemparkan ?

Dari pandangan seorang 'pakar' Feng Shui dalam blog beliau di http://penangfengshui.blogspot.com menyatakan nasib Chong Wei mungkin berubah sekiranya sebuah kawasan bukit di Bukit Mertajam, Pulau Pinang di baik pulih , petikan asal blog ;


"But, I want to urge the State Government to rebuild the Hill of Bukit Mertajam as the hill side at the Berapit has been broken. I have said in my blog and my book How to enjoy your life with good feng shui? page 50 -51 which I said:-

The hill helps in producing great and talented people as well as maintaining superb health of the people. It also helps in increasing the number of family members if you stay in an area with wonderful hills around you.

As what we say in Feng Shui, "hill governs the people and water is wealth 山管人丁水管财"; if there are green beautiful hills around, there will be great people emerging from that area. We have Dato’ Lee Chong Wei and Dato’ Seri Anwar Ibrahim from Bukit Mertajam."

Tidak ada pula tulisan yang mengaitkan dengan Datin Seri Rosmah ? Lagipun bukan kah kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP yang sepatutnya bertanggungjawab kerana tidak membaik pulih bukit yang dimaksudkan pakar Feng Shui itu kalau benar-benar mahukan Chong Wei bergelar juara badminton sebenar ? Dan bukankah lebih elok sekiranya bukit itu dibaikpulih kerajaan DAP Pulau Pinang jika benar-benar mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan segera ? Adakah pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang juga menganggap tilikan-tilikan Feng Shui dan nasib ini adalah perkara-perkara yang mengarut ?

Tun Siti Hasmah juga pada satu ketika merupakan penaung bagi sukan badminton di negara ini. Ketika itu, tonggak dalam permainan badminton negara diterajui Rashid Sidek yang berbangsa Melayu , maka soal 'feng shui' , 'bad luck' dan sebagainya tak pernah timbul apabila Rashid gagal merangkul kejuaraan. Mungkin kini apabila Chong Wei menjadi tonggak harapan rakyat Malaysia untuk memenangi kejuaraan badminton luar negara, segelintir peminat 'chauvinist' seolah-olah cuba menunjukkan keangkuhan mereka. Pelbagai persepsi diada-adakan seolah-olah cuba mengatur dengan siapa Chong Wei patut berdampingan dan dengan siapa beliau tidak patut berdampingan.

Penulis terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang cuba mempolitikkan hampir semua perkara. Seharusnya peranan sukan yang boleh menjadi titik pertemuan dalam menyatupadukan rakyat negara ini tanpa mengambil kira ideologi politik tidak diheret dalam kancah permainan politik kotor. Jangan lah sampai ada yang hilang sabar dengan cubaan-cubaan memprovokasi dari puak 'chauvanist' a.k.a 'chinions' . Kita tahu mereka adalah bangsa cukup licik, mulut kata lain , hati kata lain . Mereka juga cukup pandai berlakon seolah-olah 'tidak bersalah' dan kononnya mereka berada di pihak yang benar, bila dah 'kantoi' tak reti nak minta maaf pula. Akhir kata tiada istilah 'bad luck' dalam sukan , 'if you are good , you are good' , tak perlu nak salahkan itu dan ini.

Sokongan 'Chinions' Terhadap Anwar Hanyalah Umpan

Ketua Pembangkang , DS Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal Malaysiakini telah menempelak pandangan bekas Perdana Menteri Singapura , Lee Kuan Yew dalam buku beliau yang terbaru iaitu 'One Man's View of the World' . Anwar berpendapat bahawa pandangan Lee adalah 'lapuk' dan tidak relevan pada masa sekarang merujuk kepada salah satu petikan dalam buku Lee yang mengatakan bahawa dasar berteraskan kaum di Malaysia tidak memberi keuntungan kepada Malaysia selain dasar tersebut menyebabkan bakat yang diperlukan untuk membina masyarakat dari pelbagai kaum semakin terhad.


Sebelum ini seorang lagi pemimpin pembangkang, Rafizi Ramli turut memberikan reaksi tidak bersetuju dengan pandangan Lee yang mengkritik pembangkang di Malaysia sebagai gabungan yang tidak mantap dan lebih bersifat opurtunis untuk menjatuhkan kerajaan sedia kerana terdapat perbezaan idea antara komponen2 gabungan itu sendiri. Rafizi berpendapat pandangan Lee semata-mata adalah atas dasar kebimbangan gabungan pembangkang di Malaysia akan dicontohi di Singapura dengan merujuk kepada pertambahan bilangan kerusi yang dimenangi oleh parti pembangkang di Singapura dalam pilihanraya yang lepas. 



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga merupakan salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat turut mengkritik penulisan Lee dengan merujuk kepada salah satu petikan yang menyatakan adalah mustahil untuk Najib memenangi hati pengundi Cina dan India tanpa kehilangan undi dari orang-orang Melayu. Khalid berpendapat Najib berupaya memenangi semula hati kaum Cina dan India sekiranya beliau berupaya menyelesaikan masalah penduduk-penduduk Cina dan India di luar bandar /estet .

Antara pemimpin DAP (yang merupakan serpihan PAP yang pernah dipimpin Lee) yang setakat ini membidas idea-idea Lee ialah Karpal Singh dan Anthony Loke . Karpal dalam kenyataannya kepada media mencadangkan supaya Lee menjaga hal ehwal parti sendiri . Beliau juga menyindir Lee dengan merujuk kepada kehilangan 6 kerusi PAP dalam pilihanraya Singapura yang lepas selain kehilangan dua lagi kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Anthony pula bersependapat dengan Anwar bila mengatakan pandangan Lee adalah 'lapuk' . 

Bidasan yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang ini semamangnya telah dijangka memandangkan idea-idea bekas Perdana Menteri itu bukan sahaja mengkritik dasar-dasar kerajaan sedia ada Barisan Nasional , malah turut mempersoalkan kemampuan gabungan pembangkang di Malaysia untuk mengurus tadbir negara ini . Dari satu sudut apa yang diperkatakan oleh bekas Perdana Menteri Singapura itu terutama dalam soal dasar beteraskan kaum di Malaysia ada kebenarannya , politik berasaskan kaum di Malaysia semangnya kuat , jarang sekali melihat pembantu-pembantu ahli-ahli politik ini daripada mereka yang berbilang kaum. Masing-masing berasa lebih selesa dengan kelompok kaum yang serupa. 

Pemimpin-pemimpin Pakatan juga dilihat amat hipokrit sekali apabila cepat bersetuju apabila ada kenyataan yang dikeluarkan bekas PM Singapore itu yang menghentam kerajaan UMNO/BN tetapi bersifat defensif apabila kenyataan yang lebih kurang serupa ditujukan kepada mereka. Dalam diam ramai masyarakat Cina sebenarnya setuju dengan kenyataan bekas Perdana Menter Singapura itu , terutama dalam soal dasar berteraskan kaum yang mengongkong pembinaan bakat-bakat tempatan. Tak mustahil ia turut dipersetujui oleh anak beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kerana sehingga artikel ini ditulis masih tidak respon dari mereka. Tak mustahil Lee dianggap 'idola' oleh kedua-dua pemimpin tertinggi DAP ini dan mereka perlu memelihara hubungan bak yang telah lama terjalin. 


Ramai di kalangan rakyat Malaysia berbangsa Cina gemar membandingkan dasar kerajaan PAP Singapura yang lebih menguntungkan semua kaum di negara itu dengan kerajaan di Malaysia. Malah melalui ruangan komen di portal Malaysiakini , kebanyakkan dari pembaca bersetuju dengan pendapat Lee ; berikut adalah beberapa komen yang di print screen di portal Malaysiakini '; Kesimpulan yang boleh dibuat melalui komen-komen berkenaan adalah , terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang bersetuju dengan idea Lee , mereka mungkin tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional tetapi pada masa yang sama juga apa yang diperkatakan Anwar dianggap sesuatu cubaan untuk memperbodohkan rakyat dari realiti sebenar.

Kelompok ini secara tidak langsung menganggap tiada satu pun pemimpin Melayu samada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang layak mentadbir negara ini , namun buat masa ini mereka tidak ada pilihan kerana apa yang difikirkan penting sekarang adalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Sekali lagi hipothesis yang dinyatakan oleh Lee ternyata benar, iaitu hubungan antara pakatan pembangkang hanyalah bersifat oppurtunis. Dan sekiranya ini berlaku , mungkin peluang untuk mereka memilih Perdana Menteri Malaysia selain daripada Melayu mungkin ada. Kelompok ini berpendapat semua kaum patut diberi peluang untuk menerajui negara berasaskan merit dan bukannya warna kulit. Sokongan pada Anwar hanyalah sokongan 'umpan' untuk memperoleh sesuatu yang lebih besar. 

Sunday, August 11, 2013

Buku 'Awakening' Rancangan Jahat Proksi NED Pecah Belahkan UMNO

Baru-baru ini bekas pemimpin tertinggi negara kembali menjadi buah mulut rakyat apabila buku bertajuk 'Awakening' (berkisar tentang pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi) akan dilancarkan. Beberapa petikan dari buku 'Awekening' mendapat reaksi pelbagai pihak dan ramai berpendapat ia merupakan satu platform kepada Tun Abdullah untuk mengembalikan maruah yang tercalar apabila didesak untuk berundur pada satu ketika dahulu.


'Awakening' yang disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, mempunyai kandungan setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur. Kandungan buku berkenaan adalah garapan daripada penulisan beberapa tokoh politik dan akademik berkisar tentang zaman pentadbiran Tun Abullah.

Sebelum ini beberapa orang penulis blog mengkritik hebat 'Awakening' dengan pelbagai sindiran tajam kepada bekas Perdana Menteri itu. Keupayaan Tun Abdullah untuk menulis dan melontarkan pandangan di bandingkan dengan ketajaman pemikiran Tun Mahathir. Rata-rata berpendapat Tun Abdullah tidak ada keupayaan setanding dengan Tun Mahathir hingga terpaksa mengupah editor pro-pembangkang untuk menerbitkan buku yang berkaitan beliau.


Penulis juga pernah menyiarkan satu artikel berkaitan Bridget Welsh dimana pandangan politik beliau yang berat sebelah . Bridget Welsh dan Anwar boleh dikaitkan dengan NED , selain kedua-duanya mempunyai status yang agak istimewa di Unversity John Hopkins, oleh yang demikian tidak hairanlah mengapa Nurul Izzah diminta untuk melancarkan buku 'Awakening' di Singapura kerana hubungan 'istimewa' beliau dengan kedua-dua individu ini . Nurul Izzah merupakan alma mater University John Hopkins. Seolah-olah ada satu perancangan rapi untuk mengkucar-kacirkan UMNO menjelang pemilihan parti tak berapa lama lagi. Isu Tun Abdullah yang telah 'sejuk' sengaja dipanaskan kembali.

Petikan dari artikel sebelum ini mengenai Bridget Welsh ;

"Oleh yang demikian, melalui pendedahan-pendedahan kaitan Anwar dan Bridget Welsh , jelas sekali pandangan akademik wanita itu akan berat kepada sahabat beliau . Selain itu kedua-dua individu ini juga mempunyai status yang agak istimewa di University John Hopkins . Sedikit tambahan , bila sebut pasal John Hopkins University dah nampak macam institusi pendidikan itu dijadikan 'pusat ternakan' pemikir2 yang mahu menjahanamkan Malaysia . Anak perempuan Anwar , si Nurul Izzah juga 'graduate' dari John Hopkins Universitiy ." (klik untuk artikel penuh)

Agen-agen Zionis ini dilihat mula mendekati pemimpin-pemimpin UMNO yang di 'rehat' kan bagi menyediakan platform kepada mereka untuk berkokok. Mereka sedar sekiranya ini berjaya (dengan melaga-lagakan), ribut akan berlaku dalam UMNO yang mendorong pada perpecahan. Apabila lemah, maka mudah lah mereka menjalankan gerak kerja mereka . Usaha untuk menumbangkan UMNO telah bermula sebaik saja kerajaan baru dibentuk.

Agen-agen Zionis ini sedar, kemenangan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU-13 adalah kerana sokongan orang Melayu dan bumiputera . Sekiranya UMNO yang menjadi tonggak bagi orang Melayu goyah dengan perpecahan maka semakin mudah lah kerja mereka untuk mengambil alih kerajaan pada PRU-14 kelak. Dikalangan akar-umbi UMNO pula, ramai yang terbawa-bawa dengan rentak jahat agen Zionis ini tanpa menyedari ia adalah usaha melaga-lagakan UMNO.

Gelombang pertama agen-agen Zionis ini ialah dengan melaga-lagakan ahli-ahli dan kepimpinan dalam UMNO dengan cuba membentuk persepsi negatif terhadap Perdana Menteri , Datuk Seri Najib . Mereka sedar jiwa orang-orang Melayu cukup sensitif dan mudah di 'perkotak-katikan' apabila dalam keadaan marah dan kecewa. Mereka hanya perlu menjadi pencetus dengan memberi persepsi bahawa 'Najib tak cukup Melayu' dan 'Najib manjakan kaum Cina' .

 Agen-agen Zionis ini hanya perlu menyamar sebagai penyokong UMNO yang marah lalu meninggalkan pelbagai komen berunsur penghinaan kepada Najib dalam pelbagai ruangan blog dan media sosial yang lain, kononnya atas dasar survival Melayu. Lalu cetusan yang dimulakan itu menjadi tindak balas berantai di kalangan ahli-ahli UMNO dan mendapat pelbagai reaksi tanpa menyedari ia hanyalah permainan yang dimulakan agen Zionis bagi melemahkan lagi UMNO.

Tidak dinafikan gelombang pertama yang dimainkan oleh agen-agen Zionis ini ternyata berkesan apabila terdapat sebilangan ahli dan penyokong UMNO mula mengikut rentak. Pada tahap ini agen-agen Zionis hanya perlu lepas tangan dan hanya melihat riang UMNO di hancurkan oleh tangan ahli-ahlinya sendiri. Pelbagai gerakan mula dibuat untuk menaikkan dan menjatuhkan pemimpin-pemimpin tertentu.

 Masing-masing berasa diri sendiri lebih bijak dari yang lain , pemimpin mereka mahu lebih bagus dari yang sedia ada dan pelbagai lagi tanggapan. UMNO yang dilihat begitu teguh bersatu sebelum PRU-13 tiba-tiba bergoncang hanya selepas 3 bulan PRU-13 . Sindrom tahun 2008 berulang kembali , agen-agen Zionis ini telah mengkaji 'pattern' ini dah cukup faham dengan sikap yang ada pada ahli-ahli, dan pemimpin2 UMNO.

Gelombang kedua agen-agen Zionis ini adalah kesinambungan dari gelombang pertama yang dirasakan mereka telah berjaya . Gelombang kedua ialah cubaan meranapkan kredibiliti elemen yang mampu menyatu padukan ahli-ahli UMNO iaitu Tun Dr. Mahathir .  Agen-agen Zionis ini tahu Tun Abdulah dan Tun Mahathir memang 'tak sekepala' dan masing-masing mempunyai penyokong dan musuh dalam UMNO. Tak cukup dengan kekusutan yang berlaku dalam UMNO menjelang pemilihan parti , agen-agen Zionis ini cuba menambahkan lagi kekalutan dengan membangkitkan semula isu pemimpin yang telah lama berehat .

Maka buku 'Awakening' dilancarkan ketika pemilihan UMNO yang akan diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Kini orang-orang UMNO sibuk berdebat mengenai perihal isi kandungan 'Awakening', pelbagai pandangan pro dan kontra diperkatakan. Mula wujud 'team' yang mempertahankan Tun Abdullah dan 'team' yang menempelak . Elemen-elemen penyatuan dalam UMNO makin rapuh. Penulis berharap agar mereka yang berada dalam UMNO sedar akan kemungkinan elemen asing dari luar yang menyamar 'mesra' UMNO yang cuba melemahkan perpaduan dalam parti . Mereka hanya perlu jadi 'pencetus' jangan sampai kita sendiri yang merosakkannya.


Sunday, August 4, 2013

"Malaysiakini : Hanya Media dan Blog Pro-Kerajaan Terima Anugerah Pingat Kedaulatan Negara , 2 Wartawan Malaysiakini Yang Terlibat Tiada dalam Senarai"

Mungkin itulah tajuk yang akan dikeluarkan oleh portal Malaysiakini sekiranya pingat PKN itu hanya diberikan kepada media-media pro-kerajaan.

Pada 2 Ogos 2013, satu majlis penganugerahan Pingat Kedaultan Negara (PKN) diadakan di Seri Perdana Putera Jaya . Antara yang menerima pingat pada hari itu ialah dua waratawan Malaysiakini iaitu Nigel Aw dan Lee Long Hui . Penganugerahan pingat pada dua wartawan Malaysikini menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir 'pejuang-pejuang maya' UMNO , kononnya memperlekehkan rakan-rakan yang menyokong Barisan Nasional . Anugerah pingat diberikan wartawan2 pro-BN , pro-PR malah juga blogger-blogger pro-BN . Rakan-rakan yang dihormati sekelian perlu ingat, anugerah diberikan berdasarkan laporan wartawan mengenai kejadian di Lahad Datu, liputan semasa wartawan tu berada di sana .Ada wartawan yang buat kerja hingga 'follow' tentera ke kawasan-kawasan yang dikategorikan berbahaya.



Kerajaan barangkali cuba menghargai wartawan-wartawan dan blogger-blogger ini dengan memberikan pengiktirafan kepada mereka. Pengiktirafan yang diberi tak boleh berpilih-pilih kerana akan dibangkitkan oleh pihak yang tidak berpuas hati. Sekiranya kerajaan hanya memberikan pingat berkenaan kepada wartawan-wartawan dan blogger-blogger pro-BN , pihak Malaysiakini dan PR pasti akan menjadikan hal ini satu isu dalam media mereka, dan ini akan menjadi satu 'modal' untuk memalukan Najib dan pentadbirannya bukan saja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa kerana isu di Lahad Datu mendapat perhatian banyak media luar negara . Bayangkan sekiranya pingat hanya diberi kepada wartawan2 pro-BN pada hari 2 Ogos itu ? Maka pada keesokan harinya , wartawan Malaysiakini akan menerbitkan artikel "Kerajaan Beri Anugerah PKN pada Wartawan & Blogger Pro-BN " . Antara petikan yang mungkin akan ditulis ialah ;

"..anugerah PKN itu diberikan kepada wartawan-wartawan yang membuat liputan semasa berlaku pencerobohan di Lahad Datu . Walau bagaimanapun dua wartawan Malaysiakini yang turut berada semasa insiden pencerobohan berlaku tidak diberikan pingat .."

Dan ini akan menjadi alasaan untuk rakyat yang menyokong PR untuk mengesahkan UMNO/BN memang salah gunakan kuasa sebagai kerajaan untuk bersikap pilih kasih . Media-media luar yang 'pick-up' story ini akan memberikan gambaran dan imej yang buruk kerajaan Malaysia kerana tidak bersikap adil dalam memberikan anugerah . Media yang menyokong atau membodek kerajaan di beri anugerah , dan yang 'membalun' di anaktirikan. Maka bermula lah satu lagi isu yang sebenarnya boleh dielakkan.

Maka penulis rasa tidak salah untuk kerajaan beri anugerah pada kedua-dua wartawan Malaysiakini itu sebab tugas mereka di sana hanyalah sebagai media yang menyampaikan apa yang berlaku di Lahad Datu. Mengeluarkan 'press statement' dari pihak polis dan tentera yang ada di sana. Mereka di sana atas kapasiti sebagai media yang menyebarkan maklumat pada rakyat . Rakyat tidak hanya terdiri dari penyokong-penyokong UMNO/BN tetapi dari penyokong-penyokong PR juga.

Dan kerajaan Malaysia yang ada pula ialah kerajaan untuk semua rakyat juga , jadi tak wajar pentadbiran kerajaan digunakan untuk kepentingan UMNO/BN saja . Kita perlu berfikir dengan lebih rasional dalam hal ini, tak perlu sentap tak tentu pasal. Malah laporan dari 2 wartawan Malaysiakini adalah lebih baik daripada 'sebilangan' individu yang menerima anugerah pada malam itu . Well..I'm not naming anyone but I guess you guys are wise enough to evaluate or the reports either from mainstream media, portals or even blogs.

Oleh yang demikian tak perlu lah 'kalut' tak tentu pasal berkenaan hal penganugerahan pingat PKN itu pada wartawan Malaysiakini. Nope..bukan penulis sokong potral Malaysiakini , malah penulis adalah penentang tegar di portal pro-Pembangkang itu , malah telah menubuhkan satu fan page "Kami Benci Portal Malaysiakini" tapi tak mendapat sambutan. Apa yang penulis lakukan ialah meninggalkan komen2 yang menghentam artikel-artikel dikeluarkan di Malaysiakini, menimbulkan persepsi berbeza dari kebanyakkan yang meninggalkan komen di sana .

Kawan-kawan semua, tanyalah diri sendiri berapa ramai  bilangan pengunjung di portal itu dalam tempoh sehari dan bagaimana portal itu dapat mempengaruhi minda. Anda mengaku diri anda pejuang dan macam2 gelaran pendekar tetapi terfikirkah anda 'influence' yang dapat anda dapat berikan pada orang lain ? Berapa ramai pengunjung blog / group2 Facebook berbanding portal Malaysiakini? Jadi dalam soal sebaran media, tentulah yang lebih banyak mempunyai pembaca menjadi lebih penting . Takkan lah beberapa orang blogger yang mempunyai kurang pembaca dari portal Malaysiakini lebih layak mendapat anugerah berbanding 2 wartawan itu ?

Oleh yang demikian lebih baik kerajaan beri pada semua wartawan yang ada di tempat kejadian tanpa melihat fahaman politik mereka . Kita mungkin boleh buat 'bising' pada kerajaan kalau wartawan Malaysiakini itu melakukan pembohongan dalam artikel mereka di Lahad Datu , tetapi di sana mereka hanya melaporkan insiden-insiden dan kejadian-kejadian yang berlaku. Mendapatkan temubual dengan penduduk, pemimpin dan anggota keselamatan sendiri , sama seperti wartawan2 lain. Mohon jangan jadi 'totok' sangat dengan pemikiran anda , perlu duduk dan berfikir sejenak setiap tindakan samada positif dan negatif , ini kita namakan sebagai rasionalisasi. Let's not jump to the conclusion ok.