Tuesday, July 30, 2013

Agenda Melayu - Jangan Menang Sorak Tapi Kampung Tergadai

Lebih kurang seminggu lagi maka genaplah tempoh 3 bulan dari tarikh PRU-13 dijalankan. Bila gagal peroleh majority 2/3 maka 'game' tunding menunding jari mula dimainkan . Seperti yang diperkatakan sebelum ini faktor kemenangan BN yang kurang bergaya ini adalah disebabkan 'tsunami chinions' , pendapat dari PR pula cuba menafikannya walaupun dah terang lagi bersuluh. Mereka cuba menunjukkan 'wave' yang berlaku ini adalah dari seluruh rakyat Malaysia . Kalau benarlah dari seluruh rakyat Malaysia , dah tentu BN gagal membentuk kerajaan hari ini .


Kita tahu sebelum PRU-13, Najib berusaha mengambil hati orang-orang 'chinions' dengan tujuan untuk memperoleh kemenangan 2/3 yang diharapkan oleh semua orang . Tanpa undi dari orang 'chinions' bolehkah 2/3 kerusi parlimen diperoleh ? Mungkin boleh kalau semua orang Melayu bersatu di bawah UMNO , malangnya orang2 Melayu sendiri pun dah berpecah kepada 4 kelompok, Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu DAP !

Bila gagal peroleh majoriti 2/3 kerusi parlimen, gerakan-gerakan membalun Najib pun bermula kerana dikatakan terlalu memanjakan orang-orang 'chinions' dengan macam2 pemberian . Kalau ikut logik , kalau Najib abaikan pengundi-pengundi 'chinions' sebelum PRU-13 , dan menjadi seorang PM ultra Melayu , tentu secara terang-terang kita boleh jangkakan harapan tipis nak peroleh 2/3 kemenangan . Tapi sebelum PRU-13 kita orang-orang Melayu tak tahu yang hampir 98% orang 'chinions' menolak BN , yang kita boleh jangkakan ketika itu ialah 70% tak sokong ; 30% sokong (tolong betulkan kalau silap) .


Jadi penasihat-penasihat Najib pada ketika itu menggunakan nisbah 70:30 ini untuk menjalankan strategi-strategi mengambil hati kaum 'chinions' supaya nisbah yang menyokong meningkat.  Malangnya strategi yang dijalankan tak menjadi , malah rupa-rupanya masing-masing kena tipu dengan sikap hipokrit 'chinions'. Bila dah kena tipu dengan 'chinions' maka masing-masing punya darah Melayu dah menggelegak , penyokong-penyokong marhain yang dulunya bagi tekanan pada Najib supaya peroleh 2/3 kemenangan terus menunjal Najib tak henti-henti sebab terlalu bagi muka kat 'chinions' . Mungkin penyokong-penyokong marhain yang menunjal Najib sekarang beranggapan kalau tak bagi muka kat orang 'chinions' , BN masih boleh dapat 2/3 seperti yang mereka harapkan.


Puak-puak yang menunjal Najib sekarang nampaknya macam tak bagi peluang langsung untuk PM bernafas, baru 3 bulan derr . Banyak perkara masih kabur-kabur , sabar dulu dengan polisi2 yang bakal diperkenalkan , kita tak nampak isi kandungan . Sekarang ni semuanya masih diperkatakan secara dasar saja . Najib sorang tak boleh conclude everything within this 3 month . Asal ada isu timbul walau bukan di bawah tanggungjawab Najib, orang yang kena tunjal Najib jugak . Kalau macam tu baik Najib take over segala Kementerian yang ada sekarang ni . Bila Najib dah lantik seorang Menteri jaga sesebuah Kementerian tu maknanya dia dah bagi kepercayaan pada orang berkenaan. Kalau ada saja keputusan dari sesebuah Kementerian Najib interfere (masuk campur). Pak Menteri pun boleh naik tension dan resign !

Tak dinafikan beberapa keputusan-keputusan kerajaan menjadi 'kontroversi' di kalangan penyokong sendiri . Walau bagaimanapun, kebanyakkan daripada keputusan-keputusan itu masih di peringkat 'draft' contohnya Akta Keharmonian Nasional yang gantikan Akta Hasutan. Penulis percaya, kerajaan mengambil serius dengan segala maklum balas yang diperoleh dari orang awam dan semua pihak. Kita kena bersabar sekejap sebelum menimbulkan pelbagai persepsi. Jangan kita dibutakan dengan 'amarah' hingga menyebabkan kita sendiri jatuh menggelupur. Dalam keadaan sebegini macam-macam pihak akan cuba menjadi 'hero' walaupun apa yang dia ada hanyalah 'zero' .


Kita kena ingat sepanjang Najib jadi PM , harga petrol RON95 kita bayar RM1.90 je , dapat BR1M , tak merasa 'nikmat' inflasi , ada macam2 kemudahan untuk rakyat . Banyak yang dicapai hanya dalam tempoh 4 tahun pemerintah (rujuk sini) Yang paling penting kadar pengangguran dalam negara ini rendah . Secara tak langsung, kita dah ada jaminan bahawa Najib cekap dalam pengurusan ekonomi negara, tak kisah lah apa caranya atau apa spinnya , yang penting rakyat tak rasa ditekan. Jangan lah hanya disebabkan Najib tak bersikap 'rasis' kita terus nak menunjal dia hingga jatuh . Walhal kalau diteliti orang yang sama jugalah 'menjilat' Najib sebelum pilihanraya.


Cuba sesekali tengok kem di seberang sana, walau dah terlanjang bulat ketua mereka di bogelkan , penyokong2 tetap pertahankan. Dr.Mahathir dua elemen PM yang orang Melayu mahu iaitu jadi Ultra-Melayu dan pada masa yang sama bijak ekonomi. Najib pula walaupun tidak boleh dilabel sebagai Ulta-Melayu pada masa sekarang (berbeza masa jadi Ketua Pemuda dulu), beliau bijak ekonomi dan rakyat hidup selesa . Kita tak nak pemimpin yang ada macam2 agenda Melayunya ke hulu dan ke hilir tetapi pada masa yang sama inflasi naik , pengangguran meningkat dan sebagainya . Jangan menang sorak tapi kampung tergadai. Nak kata aku jilat Najib ? Jilat pun jilat lah , sebab buat masa ni tak nampak pun ada pemimpin UMNO yang ada kebolehan ekonomi macam Najib, kalau ada tolong tinggalkan komen dan bagi 'track record' . Bolehkah nasib bangsa Melayu diperjuangkan kalau ekonomi dalam negara yang dipenuhi majoriti orang Melayu tunggang langgang ?

Monday, July 29, 2013

Menilai 'Hero' Melayu Era Globalisasi

Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana pelbagai kebudayaan dari pelbagai latar belakang mewarnai kehidupan rakyat dalam negara ini. Pembentukan negara ini juga adalah hasil dari tolak ansur penduduk pribumi negara ini iaitu orang Melayu (dalam konteks Semenanjung) memberi kerakyatan kepada pendatang-pendatang dari China dan India yang dibawa masuk oleh penjajah British. Pemberian kerakyatan adalah tertakluk kepada beberapa syarat yang termaktub dalam perlembagaan negara yang melindungi hak-hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. 

Namun dengan peredaran zaman dan kewujudan generasi baru pendatang-pendatang dari China dan India, perihal tolak ansur dalam pemberian kerakyatan seolah-olah telah dilupakan. Hak-hak orang Melayu , kesucian agama Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu mula dipersoalkan . Gelombang pertama ialah pada tahun 1969 , dalam hanya 12 tahun sejuta kerakyatan diberikan kepada pendatang dari China dan India, sudah ada sikap 'penentangan' yang cuba ditunjukkan. Namun pada ketika itu, orang-orang Melayu kuat bersatu dan 'Tragedi 13 Mei' sedikit sebanyak menyebabkan golongan-golongan yang kuat menentang ini memperlahankan rentak mereka. 


Gelombang kedua pula dilihat wujud akhir-akhir ini, hal-hal berkenaan orang Melayu dipersoalkan secara terbuka, begitu juga dengan kesucian agama Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Setelah 44 tahun tragedi 13 Mei berlalu, rentak gendang yang serupa mula dimainkan, cuma kali ini ia mendapat sokongan daripada segelintir kaum Melayu sendiri. Hal seperti ini makin galak dibangkitkan semula apabila orang-orang Melayu dalam negara ini semakin berpecah belah. Mungkin belajar dari kesilapan yang berlaku pada tahun 1969, isu-isu sensitif dipersoalkan dengan lebih 'berstrategi' , minda orang Melayu di 'basuh' supaya dapat menerima konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperkenalkan parti politik DAP yang didominasi bangsa Cina. PAS yang dahulunya begitu lantang dengan konsep Islamiknya dilihat turut terperangkap dengan permainan politik chauvinist ini. 

DS Najib cuba untuk mengendurkan desakan-desakan melampau ini dengan tindakan 'berbaik-baik' dengan masyarakat Cina melalui pelbagai bantuan yang diberikan. Tindakan dilakukan bagi menyedarkan kaum Cina dan India bahawa walaupun Melayu mempunyai hak-hak istimewa yang perlu dipertahankan, kaum Cina dan India tidak pernah dilupakan kerajaan. Namun, sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang apabila apa yang diberikan tidak pernah cukup, maka 'pembelotan' terbesar dalam sejarah Malaysia dijustifikasi melalui keputusan PRU-13 baru-baru ini yang melihat hampir 98% kaum Cina yang menolak Barisan Nasional daripada terus menerajui kerajaan Malaysia. Barisan Nasional cukup sinonim dengan UMNO dan UMNO pula cukup sinonim dengan Melayu. UMNO merupakan parti politik dalam Malaysia yang mempunyai paling ramai ahli berbangsa Melayu. 

Walau bagaimanapun, beberapa tindakan Najib yang menguntungkan kaum Cina tidak menyenangkan beberapa kumpulan yang menyokong UMNO . Mereka berpendapat Najib seharusnya lebih tegas dalam membela nasib orang-orang Melayu . Didorong perasaan marah serta dikhianati rentetan beberapa peristiwa sensitif seperti isu hak-hak orang Melayu dan penggunaan kalimah Allah, orang-orang Melayu pada masa sekarang tercari-cari suara yang mampu membela mereka . Mereka marah pada kepimpinan UMNO, tetapi pada masa yang sama mereka juga tidak boleh berharap pada PAS dan PKR untuk menjadi pembelaa. Oleh yang demikian mereka berpendapat jalan yang paling mudah adalah dengan menggantikan pucuk pimpinan UMNO. Namun timbul persoalan adakah tindakan ini akan membawa sesuatu yang lebih baik atau akan berlaku sesuatu yang lebih buruk ?

Graf-graf dibawah menunjukkan prestasi Najib semasa mengambil alih pentadbiran negara dari Pak Lah . Bukanlah bertujuan untuk memburukkan Perdana Menteri sebelum ini namun kita harus akui ekonomi negara memang berkembang pesat semasa pentadbiran Najib , ditambah pula dengan kadar inflasi yang terkawal serta tahap pengangguran yang rendah. Walau bagaimanapun, bagi orang Melayu segala kemajuan ini haruslah seiring dengan dasar-dasar yang terus melindungi kepentingan mereka. Tak cukup dengan hanya mampu menjadi 'hero' orang Melayu tetapi 'fail' ekonomi dan sebaliknya . Kedua-dua elemen ini perlu ada dalam diri seorang Perdana Menteri Malaysia. Persoalan sekarang ialah samada Najib mempunyai kedua-dua elemen ini ?




Penulis berpendapat dari segi perkembangan ekonomi, peranan Najib adalah sesuatu yang membanggakan , walau bagaimanapun dalam isu mempertahankan kepentingan kaum Melayu dan agama Islam , Najib dilihat lebih berhati-hati bak kata pepatah 'seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak selerak' . Najib mungkin sedar segala tindakan ekstrim yang diambil beliau boleh mendapat tindak balas yang boleh memberi kesan kepada keharmonian kaum dalam negara ini malah mungkin dari segi ekonomi. Kita sedia maklum kaum Melayu tidak menguasai pegangan ekonomi dalam negara malah hanya ada 1 orang Melayu dalam 10 orang terkaya di Malaysia . 

Adakah sekiranya dengan tindakan lebih ekstrim dalam memperjuangkan hak-hak Melayu dapat menambah bilangan orang Melayu dalam 10 orang terkaya di Malaysia ? Adakah dengan bertindak lebih ekstrim kita mampu mengurangkan pengangguran di kalangan orang-orang Melayu ? Mungkin persoalan-persoalan ini yang menyebabkan PM sedikit berhati-hati dengan keputusan-keputusan beliau yang melibatkan soal perkauman. Kita tak mahu jadi negara yang hanya jaguh dengan hak-hak Melayu nya tetapi ramai orang Melayu dalam negara itu mengganggur , ramai yang hidup susah sebab inflasi , dan macam - macam lagi. Soal perjuangan bangsa perlu diteruskan secara bijak supaya ia tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan. 

Orang Melayu sekarang sedang menghadapi kumpulan orang-orang yang licik, hipokrit (munafiq) dan cekap menipu , nak 'berperang' dengan orang2 macam ni tak cukup hanya dengan emosi tetapi sejauh mana kebijaksanaan kita dalam menjangka permainan mereka. Janganlah terlalu menurut emosi nak tukar pucuk pimpinan kerana dikatakan kurang perasa Melayu nya .Najib sendiri pada satu ketika dahulu merupakan salah seorang pemimpin ultra Melayu di dalam UMNO.  Setelah dipilih jadi Perdana Menteri sifat 'ke-Melayuan' terpaksa di 'balance' kan, segala pertimbangan perlu dilakukan dengan bijak dan berstrategi dan tak boleh terlalu menonjol. Musuh tak boleh tahu apa yang kita rancangkan, inilah yang dilakukan oleh sesetengah bangsa chauvanist yang bila berdepan mulut cukup manis tapi di belakang segala perancangan ada untuk bunuh mangsanya. 

Saturday, July 27, 2013

Isu SK Seri Pristina Bukti Rakyat Malaysia Gemar 'Selesai' Masalah Guna Media Sosial

Isu SK Seri Pristina nampaknya tak selesai lagi , macam-macam gambaran diberikan . Macam-macam NGO dan parti politik cuba bertindak menjadi hero . Walaupun isu ni dah dijelaskan oleh pihak sekolah, masih banyak lagi kecaman-kecaman yang datang terutama oleh pihak-pihak yang tertinggal keretapi dalam isu ini . Penulis pada mulanya apabila terbaca mengenai isu ini sebenarnya berasa agak marah kepada pihak sekolah kerana tak mengetahui hal sebenarnya , tetapi memilih untuk mendiamkan diri bagi melihat respon pihak sekolah terlebih dahulu . 

Namun segalanya terjawab apabila tinjauan di lakukan oleh beberapa wartawan dan bloggers ke sekolah itu . Penulis berasa pelik kenapa individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan ke laman media sosial tidak terlebih dahulu merujuk kepada pihak sekolah bagi melihat gambaran sebenar ? Penulis akui walaupun tandas itu digunakan sebagai bilik persalinan dan tidak ada pun mangkuk tandas, namun keputusan menjadikan bilik berkenaan sebagai kantin mungkin perlu dibuat berdasarkan mesyuarat dengan ibu-bapa . Mana-mana manusia pun memang ada sifat cenderung untuk menyalahkan orang lain kalau sesuatu berlaku, sebab itu lah wujud apa yang kita panggil 'terma & syarat' atau 'term and condition'.


Mungkin satu surat perlu dikeluarkan untuk memaklumkan ibu bapa mengenai penggunaan bilik itu sebagai kantin sementara . Surat makluman sebegini adalah penting untuk mengelakkan prasangka ibu bapa di kemudian hari . Penulis tak pasti samada hal sebegini dah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG sekolah , namun sekiranya ia ada dibincangkan pihak PIBG juga perlu memainkan peranan dalam mewar-warkan perkara itu . Sesetengah individu amat sensitif dengan hal-hal sebegini jadi mungkin pihak sekolah dan PIBG perlu lebih sensitif melakukan tinjauan pendapat sebelum melaksanakan sesuatu perkara . Ini adalah untuk menyelamatkan pihak sekolah sendiri daripada perkara-perkara yang tak diingini. 

Sikap individu yang menyebarkan gambar itu juga amat dikesali . Timbul persoalan mengapa beliau perlu menyebarkan gambar berkenaan di internet hingga menimbulkan rasa tidak senang antara kaum . Maklum lah , sekolah itu berstatus sekolah kebangsaan dimana sesetangah golongan melabelkan sekolah kebangsaan ini sebagai sekolah melayu . Jadi apabila hal seperti ini berlaku , nampak seolah-olah ada diskriminasi kaum. Pelik juga, bilik berkenaan dah diguna sejak Mac 2013 tetapi tak pula jadi kekecohan ? Mungkin pada ketika itu murid berbangsa Melayu dan India sama-sama makan di bilik itu , jadi takde isu . Berbeza semasa bulan puasa, hanya murid2 India yang ada disitu , maka timbul rasa seolah-olah ada isu marginalisasi . 


Sunday, July 21, 2013

Tahap Tertinggi Hipokrasi Kaum Chauvanist - RPK

Raja Petra Kamarudin (RPK) dalam satu artikel terbaru beliau bertajuk "Chinese hypocrisy at its best" menempelak sikap hipokrit sesetengah bangsa Cina di Malaysia berikutan respons dan komen yang diberikan dalam isu penahanan Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghina Islam dengan menyiarkan "posting" bersifat provokatif berbuka puasa dengan Bah Kut Teh yang halal dimakan . RPK dalam artikel beliau jelas sekali menunjukkan sikap jelak dengan perangai hipokrit kaum Cina apabila mula mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak bersikap adil apabila hanya mengenakan tindakan keras kepada pasangan blogger seks 'Alvivi' tetapi tidak kepada Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin yang pada satu ketika dulu juga dikatakan menghina agama lain.


RPK dalam artikel beliau berkata beliau tidak terlalu memikirkan soal penahan pasangan blogger seks yang telah meminta maaf atas perbuatan mereka, isu yang ingin dibangkitkan beliau sebenarnya ialah putar-belit dari sesetengah kaum Cina yang cuba menghalalkan tindakan pasangan blogger seks dengan memanipulasi istilah 'Bah Kut Teh' itu sendiri yang kononnya tidak semestinya dari daging babi dan beberapa persoalan yang ditimbulkan seperti ;

“Bak Kut Teh can also be made with chicken.”

- Bak Kut Teh juga boleh diperbuat dari daging ayam

“Why punish them when others are not punished?”

- Kenapa hukum mereka tetapi tidak yang lain ?

“Why are Malays so sensitive?”

- Kenapa orang Melayu sangat sensitif

Persoalan-persoalan sebegini lah yang menjelakkan beliau dan jelas menunjukkan sikap hipokrit tahap tertinggi untuk sesetengah kaum Cina .

Beberapa contoh yang dikemukan ialah apabila Ibrahim Ali memberikan ang pow berwarna putih yang dilihat sebagai satu tindakan provokasi terhadap orang Cina kerana ia beerti 'bernasib buruk' . Perkara ini cukup hebat diperkatakan di kalangan kaum Cina , dan justifikasi tindakan pasangan Alvivi mungkin adalah reaksi kepada hal-hal provokatif yang ditimbulkan oleh Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin.



RPK menegaskan dalam kes 'ang pau' putih tindakan Ibrahim Ali adalah sesuatu perkara yang tidak dirancang kerana dikatakan 'ang pau' merah yang pada mulanya digunakan telah kehabisan dan beliau terpaksa menggunakan 'ang pau' putih bagi memastikan semua tetamu yang hadir diberikan angpau.  Berbeza dengan tindakan pasangan Alvivi , tindakan yang dilakukan mereka adalah dirancang. Oleh yang demikian persoalan "kenapa orang Melayu sangat sensitif?" tidak timbul kerana reaksi yang ditunjukkan oleh orang Cina juga serupa . Jelas sekali menyerlahkan hipokrasi apabila mereka hanya nampak reaksi orang lain tetapi tidak pula melihat reaksi mereka sendiri.

Dalam ruangan komen pula, RPK membalas komen seorang pembaca ;

"Do you know that when someone says something, and then says BUT, you can discount everything before that BUT? 

If the two sex Bloggers were wrong then they were wrong. Leave it at that. To say they were wrong and then add BUT, and then go on and on about this, that and the other, is bullshit. 

Either you think they are wrong or you think they are right. To say they are wrong BUT means you do not think they are wrong. "

RPK berpendapat apabila seseorang itu menyokong sesuatu perkara itu kemudiaan ada "TAPI" nya bermaksud secara amnya orang itu tidak bersetuju . Maksudnya kalau Ibrahim Ali dan Zul Nordin tidak dikenakan tindakan , pasangan Alvivi juga sepatutnya tidak dikenakan tindakan. Polemik hal ini bersambung apabila ada diantara komentar secara sinikal mengatakan undang-undang di Malaysia tidak adil dan
"pilih bulu" apabila hanya mengenakan tindakan pada pasangan Alvivi  dan bukan individu2 lain.

written by hideaki, July 20, 2013 23:12:05
"written by Nick, July 20, 2013 22:00:06" 

Errr... I do agree that there were many stupid excuses especially the recipes. I also mentioned another incident where equally stupid excuses were used. 

However, I would just like to point out that among all the stupid excuses there is one very legitimate question, that is selective prosecution. 

The stupid act of the porn couple has been dealt with, which is good. What about the people in the cow head and bible burning incidents ? 

EDITOR: Fuck you! Don't you understand English? How many times do you want to keep asking that same stupid question? So you mean this is tit-for-tat? Why don't you mother fuckers just declare war on the Malays and let's settle in on the streets. The Malays are ready. Chibai! 

RPK

artikel penuh klik sini

Friday, July 19, 2013

Rakyat yang Tak 'Faham' Bahasa Rasmi Negara Sendiri

Ramai orang dalam negara ini mengaku mereka rakyat Malaysia , tapi hakikatnya masih ramai di antara mereka yang gagal berbahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) dengan baik . Malah ada antara mereka juga tidak tahu berbahasa Inggeris . Mereka hanya tahu menggunakan bahasa ibunda sendiri . Ironinya ramai dari golongan ini berani melabelkan orang lain sebagai racist dan sebagainya . Golongan ini juga yang mendesak supaya hak istimewa Melayu / Bumiputera di hapuskan . 

Walaupun mahu hak-hak istimewa Melayu / Bumiputera dihapuskan , pada masa yang sama mereka mahu hak-hak mereka terus terjamin dan terpelihara.  Mereka boleh mempersoalkan hak-hak orang Melayu /Bumiputera tetapi kita tidak boleh mempersoalkan hak-hak mereka seperti sistem pendidikan yang berkiblatkan negara asal masing2. Golongan-golongan seperti ini gagal memahami konsep 'give and take' (bertoleransi) .

Hal sebegini mungkin berlaku akibat dari sikap perkauman yang menebal dalam diri . Golongan-golongan ini percaya bahawa mereka boleh hidup dengan hanya bergaul sesama kaum sendiri . Oleh itu mereka tidak mahu ambil tahu sejarah pembentukan negara, hubungan antara kaum dan soal-soal sensitif yang berkaitan. Hal-hal berkenaan kenegaraan banyak ditulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris dan mungkin hampir tiada langsung yang ditulis dalam bahasa-bahasa ibunda dalam negara ini. Oleh yang demikian, apabila wujud sifat tidak mahu menguasai bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris , mereka ini akan gagal mendapat maklumat yang sepatutnya mengenai hal2 berkaitan kenegaraan . 

Apabila ini berlaku , maka akan kedengaran lah suara-suara dari pertubuhan2 mempersoalkan perlembagaan negara , dan akan berlaku pelbagai tuntutan. Penulis berpendapat, elok lah kerajaan memikirkan kaedah untuk 'memaksa' golongan2 'chauvanis' ini belajar menggunakan bahasa Melayu. Selagi ada kelompok yang tidak 'faham' bahasa melayu selagi itu lah mereka akan 'mengomel' dengan lagak masing-masing. Penulis berpendapat, rakyat Malaysia yang tidak tahu berbahasa Melayu boleh lah dianggap mereka yang tidak berminat menjadi rakyat negara ini . Hak mereka untuk mengundi mungkin perlu dibekukan, sehingga mereka boleh berbahasa Melayu dan faham akan apa yang tertera dalam rukun negara. 


Hal berkenaan kepentingan mengetahui bahasa Melayu untuk semua rakyat Malaysia dibangkitkan semula penulis apabila membaca satu artikel di Free Malaysia Today berkenaan masalah berbahasa seorang pemilik anjing yang mahu membuat laporan polis berkenaan kecuaian kedai penjagaan haiwan hingga menyebabkan anjing beliau mati. Dari artikel itu, pemilik anjing berkenaan Leong Yoke Chang mempunyai masalah komunikasi samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris apabila cuba membuat laporan polis di balai polis Cheras.  (klik untuk artikel asal) . Selain itu, pemuda Cina yang baru-baru ini diculik dan diconteng badannya itu juga dikatakan mempunyai masalah dalam berkomunikasi dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang dapat bertoleransi antara satu dengan lain akan terus gagal sekiranya agenda memartabatkan penggunaan bahasa Melayu untuk SEMUA rakyat Malaysia dipinggirkan. 




Wednesday, July 17, 2013

Isu Dakwat Kekal Tak Timbul Jika Sistem Biometrik Tak Dibantah PR pada 2011

Ingat lagi tak cadangan SPR untuk gunakan sistem biometrik yang lebih up to date bagi mengelakkan isu berkenaan 'pengundi hantu' timbul .  Perkara ini sendiri dilaporkan dalam artikel pro-pembangkang Malaysiakini pada 23 Julai 2011 dengan tajuk "Kerajaan Setuju SPR Laksana Sistem Biometrik" . Dalam artikel berkenaan PM , DS Najib telah berkata '


"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," 




Sebenarnya cadangan SPR ini telah dibuat sejak tahun 2009 lagi . (Rujuk sini)

Walau bagaimanapun , cadangan yang dibuat oleh SPR itu mendapat tentangan NGO BERSIH yang didokong oleh pihak pembangkang . Beberapa portal online pro-pembangkang juga menyiarkan kenyataan pemimpin2 yang menolak penggunaan sistem biometrik sebaliknya menyatakan bahawa mereka lebih suka dengan ide dakwat kekal . Dalam satu kenyataan di Keadilan Daily, Presiden PKR menolak cadangan sistem biometrik ini kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi.  Kenyataan Wan Azizah pada ketika itu menunjukkan kedangkalan pengetahuan beliau tentang sistem biometrik itu sendiri . Semasa sistem biometerik ini diperbincangkan pada 2011 , penulis pernah mengarang satu artikel mengenai sistem biometrik dan dakwat kekal . (klik sini)


Dalam artikel berkenaan penulis telah menjangkakan beberapa perkara yang akan ditimbulkan oleh pembangkang sekiranya mereka kalah , walaupun SPR jadi 'pak turut' ikut permintaan mereka guna dakwat kekal.  Terlebih dahulu dalam artikel berkenaan penulis telah 'highlite' beberapa perkara berkenaan biometrik  dan dakwat kekal untuk difahami .

Biometerik

"Biometrik adalah kaedah untuk mengklasifikasikan individu tertentu melalui ciri-ciri unik yang ada pada tubuh badan individu berkenaan. Ciri2 unik yg biasa digunakan adalah cap jari dan corak iris mata."

"Apabila SPR menggunakan sistem biometrik untuk mendaftarkan para pengundi baru, ciri-ciri unik yang dinyatakan diatas (cap jari dan iris mata) akan dipadankan dgn maklumat individu dalam kad pengenalan individu terbabit dan disimpan dalam pangkalan data (database)  SPR ."

"Perlu diingatkan, rekod cap jari di kad pengenalan juga akan di padankan dgn cap jari individu yg mahu mendaftar tadi. Sekiranya tak sama, pendaftaran tak boleh diteruskan. Oleh yang demikian tidak timbul soal satu pengundi mempunyai lebih dari satu indentiti kerana dalam database SPR pengundi yg mempunyai cap jari atau iris mata dgn corak tertentu hanya dimiliki oleh seorang pemilik IC sahaja"

"Semasa proses hari mengundi, pengundi masih perlu membawa kad pengenalan utk proses pengesahan SPR , iaitu cap jari pengundi dan IC pengundi sama seperti apa yg telah direkodkan dalam database SPR."

Dakwat Kekal

"Penggunaan dakwat kekal walau murah dan mudah, masih boleh dimanipulasi . Konsep penggunaan dakwat kekal ialah apabila ada kesan dakwat pada jari , individu sudah dianggap mengundi . Senario seperti ini sangat mudah untuk dimanipulasi dan dipertikaikan penggunaan ."

Oleh yang demikian kelemahan yang ada pada dawat kekal (mudah untuk dipertikaikan penggunaannya), membuatkan BERSIH dan gabungan pakatan pembangkang yang lain mahu ia digunakan semasa pilihanraya. Sebabnya mudah , iaitu mereka tahu mereka boleh menjadikan penggunaan dakwat kekal ini sebagai satu isu untuk mempertikaikan keputusan pilihanraya . Penulis dah nampak muslihat mereka ini semasa isu ini dibangkitkan pada tahun 2011 . Ternyata antara jangkaan-jangkaan yang dibuat oleh penulis melalui artikel yang ditulis pada 2011 ternyata hampir benar ;

"Kebarangkalian alasan2 yg timbul sekiranya Pakatan Rakyat masih kalah jika dakwat kekal di gunakan ialah:-

7.i . Dakwat yang digunakan penyokong BN adalah dari jenis mudah tanggal, ada keberangkalian utk mengundi kali kedua

7.ii. Penyokong2 pembangkan ditipu/diugut supaya jari mereka ditandakan utk mengundi walaupun mereka belum lagi mengundi.

7.iii. Dakwat tak cukup utk sesetengah tempat mengundi, jadi ada pengundi yg tak ditandakan"

Pokoknya ada saja alasan yang boleh digunakan untuk menimbulkan keraguan mengenai penggunaan dakwat kekal ini . Alasan popular yang digunakan oleh pembangkang selepas PRU ialah dakwat kekal mudah dicuci dan hilang kesannya.



Baru-baru ini seorang pemimpin DAP dari Sabah telah menyarakankan supaya sistem Biometric digunapakai berbanding dakwat kekal merujuk kepada kenyataan SPR untuk mencelup jari dgn dakwat kekal semasa PRK Besut nanti.  Ternyata memang ada pemimpin2 pembangkang menyedari hal ini , jadi tindakan mereka menentang penggunaan sistem biometrik yang terlebih dahulu dicadangkan adalah sekadar untuk menimbulkan polemik dakwat kekal selepas habis PRU-13 supaya ada isu untuk terus dimainkan .

Penulis berharap tak perlu lagi lah melayan lagi tuntutan-tuntutan merapu pihak NGO yang dinaungi pembangkang ini . Kerana mereka ada agenda tersendiri , 'karangan' untuk menimbulkan sesuatu isu itu telah dirangka . Puak-puak ini akan mendesak institusi kerajaan, polis dan kehakiman untuk masuk dalam perangkap mereka . Apabila 'terperangkap' dengan menuruti permintaan mereka , akan ada 'serangan-serangan' bertali arus . Ia adalah tindak balas berantai , dan tindak balas ini bermula bila institusi yang dinyatakan tadi masuk dalam perangkap mereka. Kesan tindak balas berantai sangat besar , dan jika dibandingkan dalam kejuruteraan nuklear , tindak balas ini lah yang memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua .




Tuesday, July 16, 2013

'Ketelusan' Projek Rel Iskandar Malaysia & Terowong Bawah Laut Butterworth

Satu artikel yang dikeluarkan oleh The Edge Malaysia pada 15 April 2011 menyatakan kerajaan Johor telah meluluskan perancangan pembinaan servis keretapi antarabandar yang bernilai lebih kurang RM 1.23 billion melibatkan rangkaian keretapi sepanjang 100km . Kelulusan perancangan pembinaan landasan keretapi antara bandar ini diberikan pada Metropolitan Commuter Network (MCN) Sdn Bhd di mana sebanyak 40% kepentingan syarikat ini dimiliki oleh KUB Malaysia Bhd dan 60% pula milik Malaysia Steel Work Bhd (MaSteel) .

Jaringan landasan keretapi itu akan menghubungkan beberapa kawasan strategik di sekitar Iskandar Malaysia iaitu Johor Premium Outlet , Legoland Malaysia, Educity, Hi-Tech Park Senai, dan Lake Hill Resort City. Projek itu juga akan melibatkan pembinaan perkhidmatan shuttle dari JB Sentral ke Woodland, Singapore. Adalah di anggarkan selepas projek berkenaan siap , seramai lebih kurang 30 juta penumpang akan menggunakan perkhidmatan keretapi antara bandar ini setiap tahun. Menurut Presiden MCN, kemudahan ini bakal menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM 1.63 billion dalam tempoh 25 tahun.



Pada bulan dan tahun yang sama juga (28 April 2011), kerajaan Pulau Pinang telah menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pembinaan dari China iaitu Beijing Urban Construction Group (BUCG) bagi kebarangkalian pembinaan 3 buah jalan dan sebuah 'underwater tunnel' yang akan menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth. Pada 5 March 2013 , Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membina Terowong Dasar Laut yang yang menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam dengan kos dianggarkan berjumlah RM 6.3 billion.

Walau bagaimanapun, pengumuman yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak apabila mendakwa projek itu diberikan kepada syarikat usaha-sama Malaysia-China iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang diragui statusnya . Menurut satu laporan, Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah kerjasama 4 buah syarikat iaitu BUCG, Sri Tinggi Sdn Bhd, Jureteras Sdn Bhd dan syarikat kerjasama Zenith Con­struction Sdn Bhd-China Railway Construction Corporation Ltd . Melalui semakan yang dibuat Zenith Construction Sdn Bhd  yang merupakan sebuah syarikat berstatus bumiputera hanya didaftarkan pada Ogos 2011.

Perbandingan latar belakang projek mega di Johor Bharu dan Pulau Pinang ini dibuat berikutan pendedahan yang dibuat oleh Tony Pua berkenaan ketelusan kerajaan Persekutuan dalam pemberian projek rel secara rundingan terus kepada MCN. Persamaan antara kedua-dua projek di Johor Bharu dan Pulau Pinang ialah kedua-dua projek ini pada peringkat awal telah mendapat perkenan kerajaan negeri apabila memeterai perjanjian dengan syarikat yang akan menjadi tulang belakang projek.  Di Johor , kerajaan negeri bersetuju dengan 'proposal' yang dikemukan oleh MCN manakala di Pulau Pinang pula kerajaan negeri bersetuju melalui persefahaman bersama mengenai cadangan pembinaan oleh BUCG .

Kerajaan negeri Pulau Pinang mendakwa projek pembinaan terowong bawah laut bernilai RM6.3 billion itu adalah melalui tender terbuka dan dimenangi oleh Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd. Jelas di sini syarikat BUCG dari China telah mempunyai kepentingan sejak dari peringkat awal lagi . Ketelusan kerajaan dalam memilih kontraktor untuk membentuk consortium juga dipersoalkan kerana status Zenith Construction yang merupakan sebuah syarikat bumiputera yang hanya didaftarkan pada Ogos 2011. Pengalaman Zenith Construction dalam industri pembinaan juga dipersoalkan. Walaupun mempunyai kerjasama dengan China Railway Construction Corporation Ltd, peranan Zenith Construction Sdn Bhd dalam Consortium itu seolah-olah sebuah syarikat aperantis .

Tony Pua dalam kenyataannya mempersoalkan pengalaman MCN sebagai syarikat yang diberi tanggungjawab untuk projek pembinaan rel keretapi antara bandar di Iskandar Malaysia, sedangkan pemilik 60% pegangan saham syarikat itu iaitu MaSteel terlibat dalam industri pembuatan besi . Sebaliknya, dengan melihat pengalaman dalam industri pembuatan besi memberi kelebihan kepada MaSteel kerana pembinaan rel keretapi memerlukan besi-besi yang dibentuk bagi membina jajaran landasan. MaSteel secara tidak langsung akan turut terlibat dalam pembekalan bahan mentah untuk projek ini dan berupaya membantu mengurangkan risiko pertambahan kos semasa projek di jalankan.

Projek pembinaan landasan keretapi adalah pembinaan yang lebih bersifat 'straight-forward' dan 'mudah' berbanding pembinaan terowong dasar laut . Sekiranya pengalaman MCN dalam pembinaan landasan keretapi ini dijadikan isu , Tony Pua juga seharusnya melontarkan persoalan yang serupa kepada Zenith Construction Sdn Bhd yang hanya didaftarkan pada Ogos 2011 samada pengalaman syarikat itu yang tidak sampai 2 tahun mampu menjadikannya salah satu rakan kongsi dalam consortium yang bakal membina salah satu mega projek di negara ini ?  

sumber Rakyatnews.my

Monday, July 15, 2013

"Ikhwanul Muslimin" versi Malaysia dalam mempertahankan Islam dari terus diperlekehkan

Pada 5 March 2013, PM DS Najib Razak dengan jelas telah mengatakan bahawa kerajaan akan tetap dengan pendirian mempertahankan kalimah Allah . Kenyataan Najib ini dibuat ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil . Dari petikan Berama ;

“Kita ambil dalam soal agama, mempertahankan akidah, mempertahankan kesucian agama Islam, mempertahankan kalimah Allah, ini diperjuangkan oleh Al-Quran. “Kita tak main politik dalam hal ini…satu ketika setuju dengan orang lain, selepas itu pusing balik tak setuju… Kita istiqamah dalam hal kalimah Allah. Kerajaan yang ada pada hari ini, tetap akan mempertahankan kalimah Allah,”

Kenyataan Najib itu jelas telah menjawab pendirian beliau dan kerajaan Barisan Nasional mengenai isu tentang penggunaan kalimah Allah dalam risalah-risalah Kristian Katolik yang sekali lagi dibangkitkan baru-baru ini berikutan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur untuk membatalkan  rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh majalah mingguan Katolik the Herald.


Seperti tidak memahami sejarah penggunaan kalimah Allah di negara ini , baru-baru ini Duta Vatican ke Malaysia Biskop Joseph Marino dilaporkan menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' dalam kalangan penganut agama Kristian. Sikap toleransi kerajaan Malaysia dengan penganut Kristian Katolik di negara ini dengan membenarkan kedutaan Vatican ditubuhkan dinegara ini bagi kemudahan mereka seolah-olah tidak dihargai dan tuntutan bersifat besar kepala seperti ini pula dilihat semakin menjadi-jadi .

Penulis tidak salahkan Najib membenarkan Vatican menghantar Duta mereka ke negara ini.  Kita sedar PM cuba menjadikan Malaysia sebagai 'role model' dikalangan negara-negara Islam dalam soal toleransi agama di sebalik pandangan masyarakat dunia terutamanya di Eropah terhadap Islam yang dilihat ekstrim dan sering dikaitkan dengan keganasan . Malaysia yang mempunyai penduduk majoriti Islam  dapat hidup bertoleransi dengan pelbagai kepercayaan dan agama2 lain sekaligus dapat memberikan satu persepsi berbeza terhadap Islam yang selama ini dikaitkan dengan keganasan oleh negara-negara barat.

Ada di kalangan rakyat negara ini mengatakan tindakan Najib membenarkan Duta Vatican di negara ini bertujuan 'membodek' penganut-penganut Kristian supaya mengundi BN . Walau bagaimanapun pandangan ini silap kerana sekiranya benar mahu 'memancing' undi orang-orang Kristian , Najib tidak akan mengeluarkan kenyataan mempertahankan kalimah Allah pada 5 March 2013 , iaitu sebelum tarikh pilihanraya yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

Semalam di Kuala Selangor (14 July 2013) , DS Najib sekali lagi mengulangi ketegasan kerajaan BN di bawah pimpinan beliau akan terus mempertahankan Islam . Dari petikan artikel Utusan Malaysia ;

"Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan terus meninggikan syiar Islam, menjaga akidah dan mempertahan kesucian Islam termasuk memperjuang penggunaan kalimah Allah."

"Dalam masa sama, Najib menyeru seluruh umat Islam di negara ini mencari titik pertemuan dengan bernaung atas prinsip perpaduan meskipun berbeza fahaman politik."

Oleh yang demikian, penulis amat berharap supaya rakan-rakan beragama Islam biarpun berbeda dari sudut politik supaya bersatu mempertahankan kesucian agam Islam itu sendiri . Janganlah terlalu diturutkan dendam dan terus mencari kesalahan antara satu sama lain. Keadaan umat Islam di negara ini dilihat makin kritikal apabila terdapat terlalu banyak perpecahan . Pemimpin2 politik Islam dilihat tidak agresif mempertahankan Islam kerana mahu menjaga 'hubungan baik' dengan sekutu-kutu politik bukan Islam .



Soal agama mempertahankan kesucian agama Islam bukan lah soal politik lagi malah ia melangkaui segala isu.  Apabila agama Islam di perlekehkan oleh golongan-golongan tertentu , terlalu lambat tindakan yang diambil. Penulis sedar umat Islam di negara ini seperti ketiadaan 'elemen' yang mampu menyatukan mereka semua . Terdapat beberapa NGO yang mempunyai tujuan mempertahankan Islam ini seperti Jalur Tiga, PEKIDA, PERKASA dan lain-lain lagi .

Alangkah baiknya sekiranya kesemua NGO ini membentuk satu gabungan yang melangkaui perbedaan politik bagi mewujudkan satu tsunami umat Islam di negara ini bagi mempertahankan agama . Persetankan ahli-ahli politik yang cuba berdolak dalih dengan gabungan ini dan momentum penyatuan berjuta umat Islam perlu diteruskan . Malaysia perlu ada badan bebas yang terdiri daripada gabungan pelbagai NGO dan kumpulan dalam mempertahankan Islam di negara ini . Malah telah terlintas dalam fikiran penulis sekiranya Gerakan Persaudaraan Islam Se-Malaysia ini mampu diwujudkan bagi memenuhi matlamatnya? Sampai bila orang Islam di Malaysia akan terus berpecah dan diperlekehkan ? Kita tak boleh duduk diam lagi.




Saturday, July 13, 2013

Tiada lagi 'Flip-Flop' , Mohon Kerajaan Tegas dengan Keputusan Pembelajaran TITAS di IPTS

Dasar yang diumumkan kerajaan dalam mewajibkan pelajar2 IPTS yang akan mendaftar bermula Sept 2013 untuk mengambil 3 subjek wajib sepanjang pengajian mereka iaitu TITAS (Pengajian Islam dan Tamadun Asia), Pengajian Hubungan Antara Kaum dan Pengajian Malaysia merupakan satu langkah yang perlu diteruskan meski pun mendapat tentangan pelbagai pihak.

Alasan kerajaan dalam melaksanakan dasar ini adalah bagi menyelaraskan pengajian di IPTA dan IPTS. Walau bagaimanapun, penulis melihat dasar ini adalah bagi 'mendidik' pelajar-pelajar IPTS supaya lebih memahami dan menghormati agama, budaya dan sejarah negara ini. Subjek2 ini seolah-olah 'refreshment' untuk pendidikan moral dan sejarah semasa mereka menuntuk di peringkat rendah dan menengah di zaman persekolahan.

Jika dilihat senario hari ini, semakin ramai golongan dari kaum tertentu yang bersifat tidak sensitif dengan kaum,agama, dan perlembagaan negara. Malah semakin ramai pula yang berani mempersoalkan kerana disokong oleh segolongan ahli politik yang mementingkan diri sendiri. Apabila ini berlaku, golongan-golongan ini merasakan tindakan mereka adalah satu perbuatan yang betul dan menjadikan mereka semakin lantang dan agresif tanpa memperdulikan asas2 pembentukan negara ini.

Mungkin pihak kerajaan secara halus cuba 'mendidik' orang muda dari golongan2 ini yang majoritinya belajar di IPTS-IPTS. Secara tak langsung mungkin cuba memberi kefahaman kepada 'elitis-elitis Melayu' liberal yang juga kebanyakkannya belajar di IPTS. Pengumuman yang dibuat oleh TPM baru2 ini (hari Khamis) walaubagaimanapun mendapat respon negatif dari pengendali2 IPTS, malah turut disuarakan beberapa ahli politik.

Penulis berpendapat, kerajaan harus tegas dengan keputusan yang diambil dan persetankan saja rungutan-rungutan yang timbul. Penulis yakin, sebelum membuat keputusan ini kerajaan telah melakukan tinjauan dan mendapat maklum balas pro dan kontra sebelum mengumumkan dasar ini. Pihak kerajaan tentu sedar bantahan2 yang mungkin timbul samada dari pihak IPTS, pelajar dan ahli2 politik apabila dasar ini diumumkan, dan mempunyai kaedah menanganinya.

Penulis berharap, tiada lagi keputusan 'flip-flop' dari kerajaan apabila menerima bantahan dari kumpulan-kumpulan. Cukuplah insiden-insiden 'flip flop' yang memalukan sebelum ini. Rakyat akan menjadi lebih yakin apabila kerajaan berani membuat keputusan dan tak terpengaruh dengan segelintir 'langau' yang membuat bising.

Banyak lagi yang ingin diperkatakan kelak antaranya isu TPPA, saranan wakil Vatican dengan penggunaan kalimah Allah dan isu kepentingan Melayu. Setakat ini biarlah penulis berhenti dulu untuk melihat perkembangan isu2 yang hangat diperkatakan ini.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, July 10, 2013

Bila PAS-UMNO Nak Anjurkan Demonstrasi/Perarakan 1 Juta Peserta Pertahankan Agama Islam Pula?

Penulis berasa cukup pelik dengab sikap yang ditunjukkan pihak gereja Katolik di Malaysia ini. Masih berkeras dengan pelbagai rayuan bagi membolehkan mereka menggunakan kalimah 'Allah' dalam risalah-risalah keagamaan yang mereka terbitkan . Penulis tertanya kenapa gereja-gereja Katolik di negara2 lain tidak menjadikan isu Allah ni sebagai sesuatu yang besar?

Malah sekiranya mahu menggunakan hujah kalimah 'Allah' telah lama digunakan dalam kitab2 Kristian di negara2 timur tengah. Mengapa ia tidak digunakan secara meluas di negara2 lain yang mempunyai penganut dan gereja kristian katolik. Dalam konteks Nusantara pula, mungkin ada yang akan mempersoalkan negara Indonesia yang penganut Islam terbesar di dunia boleh membenarkan kalimah 'Allah" di gunakan oleh penganut kristian di negara itu mengapa tidak pula untuk Malaysia ?

Penulis berpendapat keadaan di Indonesia dan Malaysia adalah berbeza . Di Indonesia ,penduduk pribumi menganut pelbagai agama termasuklah Kristian . Tiada istilah 'melayu' di negara itu kerana walaupun pribumi mereka dilihat agak taksub pada suku masing2. Penulis kaitkan dengan istilah 'melayu' kerana di Malaysia walaupun penduduk pribumi terdiri daripada pelbagai suku bangsa namun sekiranya mereka itu adalah orang Islam, bercakap bahasa Melayu, dan amal budaya melayu (adat budaya adalah hampir serupa untuk suku2 peribumi di Malaysia ni spt Acheh, Bugis ,Jawa etc kerana berada dalam satu rumpun) .

Oleh yang demikian, hampir 100% orang Melayu yang terdiri dari pelbagai suku bangsa ini adalah Islam khususnya Semenanjung Malaysia. Jadi tidak ada keperluan untuk gereja Katolik mahu penggunaan Allah digunakan dalam sebaran risalah agama dalam Bahasa Melayu kerana kebanyakkan yang menganut Kristian Katolik di Semenanjung ini ialah orang Cina dan India . Dan berapa ramai daripada Cina dan India yang beragama Kristian Katolik fasih berbahasa Melayu?

Rata-rata daripada mereka lebih selesa menggunakan bahasa inggeris apabila berbicara . Jadi apa gunanya mencetak risalah2 keagamaan dalam bahasa Melayu dan digunapakai pula kalimah Allah dalam risalah itu kalau bukan bertujuan untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada orang Melayu Islam . Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi mempunyai peruntukkan undang2 yang tidak membenarkan sebaran agama lain kepada orang2 Melayu Islam.

Timbul pula persoalan mengapa gereja kristian katolik mula memainkan isu penggunaan kalimah 'Allah' ini sekarang dan bukan sejak Malaya memperoleh kemerdekaan dari British lagi? Jawapannya sangat ketara iaitu orang Melayu Islam semakin berpecah dan bercakaran kerana politik. Orang2 bukan Islam walaupun berbeza pandangan politik, mereka tegas membidas apa2 perkara yang dikatakan mengancam bangsa dan agama mereka.

Di pihak orang Melayu Islam pula, apabila soal2 berkaitan keagamaan seperti kalimah Allah, gejala murtad dan sebagainya dibangkitkan, hanya satu pihak memainkan peranan , pihak2 yang lain pula menikus takut hilang sokongan rakan2 sekutu yang berlainan agama. Tetapi adakah mereka tidak fikir bahawa rakan2 sekutu mereka yang berlainan agama ini tidak pula takut kehilangan sekutu apabila tegas bersuara ?

Jangan terus membangsatkan diri sendiri, tidak salah berlainan ideologi politik cuma bila tiba bab agama, mohon bermuafakat dan tunjukkan ketegasan masing2. Kalau bab pilihanraya boleh berdemo sakan kalau bab akidah seperti murtad dan kalimah Allah tak mahu pula berdemo sakan?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, July 9, 2013

Kaji Juga Akta Keharmonian Negara Jika 'Flip-Flop' Akta Pentadbiran Islam

Sebelum ini kerajaan pernah membuat cadangan supaya pindaan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang membenarkan pengislaman kanak-kanak bawah umur dengan persetujuan hanya seorang ibu atau bapa sahaja.

Dalam satu kenyataan akhbar, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa pindaan adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan Perlembagaan . Walau bagaimanapun, cadangan bagi pindaan itu tidak diteruskan apabila mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk komponen parti Barisan Nasional sendiri .

Bantahan ini dikuatkan lagi dengan hujah bahawa terdapat percanggahan dengan keputusan Kabinet pada 2009 yang tidak membenarkan penukaran agama secara satu pihak sahaja.

Rentetan daripada isu yang timbul ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah membuat kenyataan media yang disiarkan pada 8 Julai 2013 bahawa kerajaan telah menarik balik Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 2003.

Di satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh kerajaan pusat ini seolah-olah dilihat satu keputusan yang 'flip-flop' . Persoalan timbul iaitu mengapa tindakan menarik kembali rang undang-undang ini dilakukan hanya apabila timbul bantahan ? Penafian Datuk Seri Jamil Khir bahawa penarikan rang undang-undang berkenaan adalah akibat daripada tekanan adalah diragui.

Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan menjadi lebih tegas dalam polisi undang-undang yang telah dipersetujui dan tidak mudah goyah apabila mula mendapat tekanan daripada segelintir pihak yang lantang bersuara. Pihak kerajaan juga seharusnya meneliti terlebih dahulu sedalamnya pro dan kontra sesuatu rang undang-undang yang ingin dicadangkan untuk mengelakkan sindrom 'flip flop' yang dilihat makin menjadi-jadi akhir-akhir ini.

Misalnya, pada satu ketika Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang diperkenalkan semasa zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad terpaksa dihentikan apabila mendapat bantahan secara besar-besaran daripada pihak pembangkang dan beberapa NGO Melayu.

Namun selepas beberapa tahun program itu dihentikan, muncul pula beberapa NGO yang disokong pembangkang menuntut supaya program PPMSI dikembalikan . Ironinya, pembangkang dan NGO yang meminta supaya PPMSI dimansuhkan dan kemudian dikembalikan adalah dari kumpulan yang serupa.

Senario ini menunjukkan seoalah-olah kerajaan yang ditunjangi parti Barisan Nasional mudah diperkotak-katikan dengan tuntutan-tuntutan 'flip-flop' dari pihak pembangkang.

Sesuatu rang undang-undang yang dibentangkan seharusnya perlu mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak dan bukan sahaja dari kumpulan-kumpulan yang tertentu. Keputusan yang dibuat apabila membentangkan sesuatu rang undang-undang itu perlu bersandarkan kepada hujah dan maklum balas yang mengambilkira kepentingan umum.

Walau bagaimanapun, sekiranya ada keputusan yang dibuat tanpa mengambilkira pandangan dan kepentingan umum , ia seharusnya menjadi satu pilihan yang nekad dan tegas tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Kerajaan yang membuat keputusan berdasarkan 'acid test' akan dilihat lemah oleh rakyat . ('acid test' ialah terma bagi satu ujikaji yang kritikal bagi menentukan kejayaan atau keberhasilan sesuatu keputusan itu) .

Sekiranya pilihan nekad yang dibuat pada peringkat awal itu ditarik semula, dan terpaksa dibuat pindaan semula berdasarkan tinjauan umum , adalah lebih baik keputusan 'nekad' yang dilakukan sebelum itu tidak dibentangkan kerana ia hanya menunjukkan kerajaan gagal menentukan hala tuju sebenar dalam dasar yang telah dibentangkan kerana ia boleh dipinda pada bila-bila masa apabila wujud tekanan.

Tidak dinafikan undang-undang boleh dipinda mengikut kesesuaian, perkembangan semasa dan peredaran zaman. Namun pindaan yang dibuat seharusnya mengkaji keberkesanan undang-undang yanag sedia ada dan kesan positif atau negatif sekiranya pindaan dilakukan .

Pindaan yang dilakukan seharusnya menjadi 'lebih baik' daripada undang-undang asal. Definisi 'lebih baik' ini mungkin berbeza mengikut individu, namun penanda aras perlu dirujuk berdasarkan keberkesanan undang-undang asal. Contoh paling ketara ialah apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Kesalamatan (Langkah Langkah Khas 2012). Keberkesanan akta baru ini dipersoalkan terutama semasa berlaku pencerobohan pengganas-pengganas dari Sulu di Lahad Datu.

Beberapa individu dari Malaysia yang dikatakan mempunyai kaitan dalam pencerobohan yang mengorbankan 8 orang pihak keselamatan negara itu masih bebas walaupun terdapat bukti-bukti daripada perisikan negara Filipina dan Malaysia sendiri.

sumber : Rakyatnews



Baru-baru ini timbul satu lagi isu berkenaan rang undang-undang Akta Hasutan . Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat mendesak Datuk Seri Najib menyatakan pendirian beliau mengenai pemansuhan akta ini dengan merujuk kepada pengumuman beliau untuk memansuh Akta Hasutan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional, pada Julai 2012.

Walau bagaimanapun, beberapa orang Menteri telah jelas menyatakan bahawa walaupun perkara itu akhirnya akan diputuskan oleh Perdana Menteri, namun perbincangan mengenai pemansuhan akta berkenaan perlu dilakukan terlebih dahulu dengan Menteri-Menteri Kabinet yang lain.


Berbalik kepada keputusan yang 'flip flop' ,sekiranya kita mengambil contoh tindakan kerajaaan yang menarik semula Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 2003 dan tidak kisah di label 'flip flop' , mengapa kerajaan tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama untuk mengekalkan Akta Hasutan dan jadikan ia keputusan 'flip flop' yang terakhir ?

Mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan menjadi lebih tegas dalam membentangkan dan melaksanakan rang undang-undang bagi mengelakkan kumpulan-kumpulan tertentu mengambil kesempatan dari kelonggaran yang diberikan. Mengambil contoh ketua dan pengikut yang berada dalam belantara luas. Ketua memainkan peranan penting dalam mengemudi kumpulannya ke tempat yang selamat, keputusan yang dibuat perlulah tegas bagi menimbulkan keyakinan dan kepercayaan pengikut terhadap ketua.

Sekiranya ketua berada dalam keadaan teragak-agak, keyakinan dan kepercayaan pengikut terhadap ketua akan turut goyah seterusnya bakal menimbulkan pelbagai konflik dan isu kepercayaan. Senario sebegini hanya akan melemahkan kumpulan itu sendiri dan menyebabkan perpecahan yang akhirnyamenjadikan kumpulan itu semakin lemah.

Monday, July 8, 2013

Warga Malaysia dipenjara di Australia kerana menjadikan wanita senegara sebagai Hamba Seks

Terbaca satu keratan dalam akhbar Kosmo yang menceritakan tentang seorang ibu ayam berbangsa Cina rakyat Malaysia dikenakan hukuman penjara kerana bawa mangsa senegara yang majoritinya berketurunan India untuk menjalankan kegiatan pelacuran di Australia. Menurut Australian Associate Press (Wong Chee Mei,39) didapati bersalah kerana melanggar peraturan visa dan mengeksploitasi pekerja2 itu.

Wanita-wanita berketurunan India itu dipaksa menjadi pelacur di rumah pelacuran di Willoughby, Utara Sydney. Bahaya betul berurusan dengan spesies pembelit ni . Kalau di depan muka bukan main manis lagi, cakap2 spesies pembelit perlu di periksa kebenarannya. Jenis spesies pembelit ini juga lah yang menyiksa orang gaji sendiri, sampai separuh mati.

Seriously aku cukup menyampah dengan spesies yang bermuka-muka baik, berjanji bulan dan bintang tapi dalam masa yang sama spesies ni meracun secara perlahan dengan orang2 yang termakan dengan kata-kata mereka. Jad penulis ingin berpesan, khususnya pada orang melayu yang selalu kena tipu dan jadi mangsa spesies pembelit, berhati-hati lah berurusan dengan spesies ini kerana anda mungkin dipancung dari belakang bila2 masa saja.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Pembangunan Hartanah di Battersea Perlu Pasukan Pemantau

Sumber : Rakyatnews.my



Stesen Janakuasa Battersea yang menjadi salah satu mercu tanda di London secara rasminya telah dijual kepada Konsortium (SP Setia – Sime Darby - KWSP) dari Malaysia dengan harga 400 juta Pound Sterling pada September 2012.

Stesen janakuasa ini disenaraikan sebagai antara bangunan yang perlu dipulihara dengan mengambil kira faktor senibina unik dan kepentingan dari segi sejarah mengikut kod undang-undang di United Kingdom.

Dengan pembelian ini, pihak Konsortium akan membangunkan hartanah di sekitar stesen janakuasa disamping memulihara struktur asal bangunan.

Arkitek projek ini, Rafel Vinoly menyatakan bahawa pelan induk pembangunan hartanah di kawasan ini adalah berdasarkan prinsip-prinsip yang mengambilkira kepentingan alam sekitar, ekonomi dan juga sosial.

Rekabentuk Vinoly menjadikan bangunan stesen janakuasa itu sebagai pusat tumpuan yang dikelilingi kawasan perumahan dan komersil di kawasan seluas 40 ekar itu.

Selain pemulihan Stesen Janakuasa yang bersejarah itu sendiri, sebuah taman rekreasi berhampiran sungai turut termasuk dalam pelan pembangunan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang berada di London sejak Selasa lalu (2 Julai 2013) telah bersama-sama dengan rakan sejawatnya David Cameron melancarkan upacara pecah tanah bagi memulakan kerja-kerja pembangunan.

Sedar dengan potensi hartanah di kawasan seluas 40 ekar itu, beberapa usaha telah dilakukan untuk membangunkan kawasan itu sejak penutupan Stesen Janakuasa Battersea pada tahun 1975.

Antara syarikat-syarikat yang terlibat ialah Alton Towers Limited, Parkview International , Real Estate Oppurtunities, dan Farrel & Partners . Pemilik 'Chelsea Football Club' juga menunjukkan minat untuk membina sebuah stadium di kawasan itu yang mampu menempatkan sehingga 75,000 peminat bolasepak .

Pada Februari 2012, hartanah di Stesen Janakuasa Battersea telah dibuka untuk penjualan secara pasaran terbuka. Antara syarikat yang membida ialah Chelsea F.C , SP Setia , London & Regional dan Berkeley. Usaha – usaha pembangunan yang dijalankan sebelum ini telah mengalami kegagalan terutama dari segi peningkatan kos dan sumber kewangan.

Sejarah kegagalan pembangunan hartanah di Stesen Janakuasa Battersea sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak di Malaysia samada pelaburan KWSP dalam projek ini mampu untuk memberi faedah dan pulangan.

KWSP mempunyai 20 peratus kepentingan dalam Konsortium , manakala SP Setia dan Sime Darby masing-masing 40 peratus. Kos pemuliharaan dan pembangunan semula stesen janakuasa yang telah dihentikan operasinya selama 30 tahun itu dianggarkan mencecah 600 juta Pound Sterling.

Presiden dan juga CEO SP Setia , Tan Sri Liew Kee Sin baru-baru ini dalam kenyataan beliau kepada media telah berkata bahawa fasa pemuliharaan bangunan stesen janakuasa itu dijangkakan akan bermula pada tahun ini.

Projek pembangunan di kawasan ini akan di lakukan dalam dua fasa . Fasa pertama yang melibatkan pembinaan 866 unit apartment yang dibangunkan mengelilingi stesen janakuasa dikatakan telah hampir habis dijual (824 unit sehingga artikel ini ditulis) kepada pelabur dalam dan luar negara apabila dilancarkan pada awal tahun 2013.

Menurut satu laporan, dianggarkan nilai pembangunan kasar (GDV) bagi pembangunan fasa pertama untuk projek ini ialah 850 juta Pound Sterling. Pembangunan fasa pertama ini secara rasminya bermula dengan pelancaran pecah tanah oleh Perdana Menteri Malaysia bersama-sama rakan sejawatnya David Cameron. Pembangunan fasa pertama ini dijangka siap pada tahun 2016

Menurut CEO BPS (Battersea Power Station), Rob Tincknell, pembangunan fasa kedua akan dimulakan dengan kerja-kerja memulihara dan mengukuhkan struktur luaran stesen janakuasa pada tahun ini, manakala kerja-kerja bahagian dalaman pula dijangkakan bermula pada tahun 2014.

Keseluruhan projek ini dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun 2019 . Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar mengikut jadual dan didalam kos yang telah ditetapkan, pemantauan yang teliti seharusnya dilakukan diperingkat awal pembangunan lagi.

Selepas zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir, terdapat beberapa projek mega yang lewat siap daripada jadual asal hingga memberi imej yang buruk pada kerajaan yang memerintah kerana dikatakan gagal dalam memantau perjalanan projek yang melibatkan wang rakyat.

Projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan KLIA2 merupakan contoh paling ketara , tambahan pula baru-baru ini terdapat masalah kegagaalan struktur dalam Pakej 9A projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang mengakibatkan kehilangan nyawa .

Di atas kertas, pembangunan hartanah di kawasan seluas 40 ekar yang menjadikan Stesen Janakuasa Battersea sebagai mercu tanda dilihat bakal memberi pulangan yang besar kepada pemaju. Tambahan pula nilai hartanah di sekitar kawasan projek pembangunan turut meningkat secara mendadak.

Namun sekiranya, projek gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan serta melibatkan peningkatan-peningkatan kos yang tidak dijangka , ia bakal memberi impak yang sangat negatif kepada negara memandangkan KWSP yang merupakan salah satu agensi kerajaan terlibat secara langsung dalam pembangunan ini.

Selain itu sumber kewangan SP Setia dan Sime Darby juga diperoleh dari Khazanah Nasional Berhad iaitu sebuah lagi agensi kerajaan yang sebelum ini juga banyak 'menyelamatkan' beberapa syarikat gergasi dalam negara.

Sekiranya pilihanranya diadakan 5 tahun dari sekarang, dan pada masa yang sama pembangunan hartanah di Battersea mempunyai pelbagai masalah dan dijangkakan lewat siap daripada tarikh yang sepatutnya, maka kegagalan projek ini pasti akan dijadikan salah satu isu panas untuk dijaja pada pengundi-pengundi.

Dengan pelbagai kontroversi projek-projek mega sebelum ini, kegagalan dalam melaksanakan pembangunan hartanah di Battersea bukanlah satu pilihan kerana rakyat pasti sudah muak untuk menerima berita mengenai kegagalan projek-projek mega oleh kerajaan samada dari dalam atau luar negara.

Oleh yang demikian, kerajaan perlu memikirkan mekanisma bagi memastikan pengurusan dan perjalanan projek ini adalah lancar . Mungkin satu jawatankuasa yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri perlu ditubuhkan bagi memantau perjalanan projek ini.

Pernah diwar-warkan pada satu ketika dahulu apabila Putrajaya dan KLCC dalam proses pembinaan, Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir sendiri memantau perjalanan projek malah dikatakan beliau secara mengejut melawat tapak-tapak pembinaan di malam hari bagi melihat sendiri status projek.

Kaedah pemantauan yang dibuat oleh Tun ini boleh dikatakan agak berkesan kerana mereka yang terlibat menguruskan perjalanan projek akan sentiasa berada dalam keadaan 'berjaga-jaga' kerana sedar projek berkenaan dipantau sendiri oleh Perdana Menteri .

Wednesday, July 3, 2013

Mahfuz Omar Lupa Tanya Kriteria Mat Sabu dan Azmin Ali Yang Pernah Dilantik Memegang Jawatan Tinggi di GLC Negeri Pakatan

Kecoh perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Yang mula sekali memberikan respon ialah Mahfoz Omar. Penulis berasa pelik dengan respon yang diberikan oleh pemimpin PAS itu apabila bertanya soalan tentang kriteria Azeez hingga membolehkan beliau dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji. Tabung Haji ialah syarikat yang ditubuhkan oleh pemimpin2 UMNO bagi menyenangkan urusan jemaah dari Malaysia ke Tanah Suci .

Tabung Haji adalah hasil usaha dari UMNO bukan PAS . Perlantikan ahli lembaga pengarah, pengerusi sudah semestinya diteliti dengan mengambil kira dari macam2 sudut , baik dari segi latar belakang, pengalaman dan kredibiliti.

Azeez memenuhi kesemua syarat, beliau pernah menjadi ahli lembaga pengarah di Tabung Haji, dari segi pengurusan beliau mempunyai pengalaman menguruskan syarikat dan kredibiliti Azeez ialah kesanggupan beliau mempertaruhkan nyawa mengetuai misi-misi bantuan bencana dalam dan luar negara.

Jadi apalah nak dikecohkan sangat, kenapa Mahfuz Omar ni tak pertikai perlantikan Mat Sabu sebagai Ahli Lembaga Pengarah di PBA , perlantikan Azmin sebagai Pengerusi PKNS ? Ini lah sikap pemimpin PR yang hipokrit , sendiri buat boleh, orang lain buat tak boleh.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, July 1, 2013

Konspirasi Lantikan Pengerusi UMNO Selangor oleh Pemimpin UMNO Selangor yang Gila Jawatan

Dari artikel Berita Harian bertarikh 25 June 2013, Noh Omar dikatakan akan dilantik menjadi Pengerusi UMNO Selangor selepas dipersetujui ketua-ketua bahagian UMNO di Selangor, yang akan menjadi Timbalan ialah Abdul Shukor Idrus dan Johan Abdul Aziz pula sebagai Setiausaha UMNO negeri. Difahamkan Najib bersetuju dengan perlantikan ini. Ramai di kalangan penyokong UMNO/BN menggunakan media sosial melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman ini.

Walau bagaimanapun, Presiden UMNO yang juga Pengerusi UMNO Selangor tidak pernah memaklumkan perkara ini secara rasmi. Nampak sangat tindakan beberapa individu ini seperti memandai-mandai 'laparkan' jawatan Pengerusi UMNO Selangor. Benarkah apa yang ditulis dalam artikel Berita Harian itu bahawa Najib bersetuju dengan perlantikan baru itu ?

Penulis tergelak bila membaca semula artikel Berita Harian yang menulis "menurut sumber" . Kenapa "sumber" itu tidak mahu namanya didedahkan, adakah "sumber" itu salah seorang pecacai yang mahu mewujudkan persepsi pemilihan Pengerusi UMNO Selangor yang baru ? Perlu diingat artikel itu dibuat dalam akhbar rasmi untuk menimbulkan rasa serba salah Najib kerana mungkin dia sendiri tidak dimaklumkan tentang perkara ini.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian ini lah "game" yang sedang dimainkan beberapa individu yang cukup kemaruk dengan jawatan, dah kalah teruk pun masih tak sedar diri. Setelah 6 hari artikel ditulis, baru lah "game" kotor parasit-parasit dalam UMNO ni terserlah. "Game" anda telah dikesan dan muslihat anda akan ditelanjangkan.

Menurut sumber dan dari blog Papagomo sendiri, aturan untuk menukar Pengerusi UMNO Selangor dibuat apabila ketua-ketua bahagian UMNO di Selangor telah bertemu di Jakarta dan Manila kononnya mahu Pengerusi UMNO Selangor diserahkan kepada Noh Omar sementara 2 individu lagi dilantik menjadi Timbalan dan Setiausaha UMNO Negeri . 2 individu yang dimaksudkan dah penulis nyatakan di atas.

Mungkin kerana termakan budi 'dibelanja' ke Jakarta dan Manila, ketua-ketua bahagian UMNO Selangor ini pun mahu tak mahu terpaksa tandatangan persetujuan mereka melantik Noh Omar dan lain2 untuk jawatan yang diaturkan. Memang cukup bangsat "game" yang dimainkan individu-individu berkenaan. Ini lah contoh pemimpin yang terus menerus akan melingkupkan survival UMNO di Selangor.

Adakah tindakan melantik Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor itu adalah kehendak beliau sendiri atau drama beberapa individu yang mahu pegang jawatan secara mudah ? Penulis nampak disini Noh Omar bukanlah orang disebalik rancangan kotor ini, beliau dijadikan kambing hitam atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor.

Apabila timbul berita mengenai Pengerusi UMNO Selangor baru dalam artikel Berita Harian 6 hari lepas, sudah semestinya menimbulkan rasa tidak senang UMNO Pusat apabila tindakan melangkah bendul dibuat. Mungkin UMNO Pusat akan menyangka Noh Omar memandai-mandai melantik diri sendiri sebagai Pengerusi UMNO Selangor yang baru sedangkan individu yang menjadi pengarah rancangan ini lah yang sebenarnya memandai mandai melantik diri sendiri .

Tentu pembaca boleh teka siapa yang dimaksudkan itu. Kononnya apabila UMNO Pusat tak berpuas hati dengan tindakan Noh Omar , maka tentulah dia tak dilantik jadi Pengerusi yang baru maka jawatan Pengerusi baru itu akan disandang oleh Timbalannya . Itu lah game yang dibuat oleh pemimpin UMNO yang mempunyai ijazah diragui ketulenannya (ijazah beli lerr) .

Dan bagi ketua-ketua bahagian UMNO Selangor, janganlah terlalu diturutkan dengan kawan2 bodoh sombong kononnya nak mencipta konspirasi bagi merebut jawatan untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka itu adalah jenis yang memecah belahkan UMNO. Dalam keadaan UMNO dah tenat masih ada hati berkonspirasi bagai? Sedar-sedarlah diri.

Di kalangan facebookers,bloggers2 kami dah bersumpah akan memantau ketua-ketua bahagian dan pemimpin2 UMNO yang cuba "hanky panky" . Kalau skandal2,rasuah dll mengenai pemimpin PR boleh kami korek, kita boleh buat perkara yang sama juga pada pemimpin UMNO. Jadi janganlah dibuat perkara bodoh yang bakal mengkucar-kacirkan parti.

Imej Najib sedikit terjejas dikalangan ahli UMNO yang tak tahu perkara sebenar bila dikatakan 'bersetuju' dengan pemilihan yang dibuat oleh Ketua-ketua bahagian UMNO Selagor . Cukup cukup lah berpakat dan berkonspirasi menjatuhkan sesama sendiri, kerana tindakan anda itu sendiri mungkin membuat diri sendiri terjelepok . Penulis juga menyarankan mereka yang berkonspirasi itu eloklah kembali ke pangkal jalan kerana anda sekarang berada di bawah microscope blogger2 dan facebookers .
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network