Saturday, June 29, 2013

Kalau Nazri Boleh Arah Jonker Walk Dibuka Semula , Menteri KeTTHA pun boleh arah Langat 2 diteruskan

Dengar cerita Nazri Aziz sebagai Menteri Pelancongan baru minta supaya Jonker Street dibuka semula untuk perniagaan selepas KM Melaka sebelum ini mengarahkan penutupannya ? Persoalan sekarang ialah perlu kah KM Melaka ni ikut kata Nazri Aziz ? Nazri Aziz ialah Menteri Persekutuan , kalau dia arah Jonker Street boleh dibuka semula iaitu 'overrule' keputusan KM Melaka , maksudnya Nazri Aziz juga ada kuasa untuk 'overrule' arahan-arahan yang dibuat oleh KM di Pulau Pinang dan MB di Selangor atau Kelantan.



Tindakan Nazri Aziz ni menunjukkan Menteri lebih berkuasa dari Ketua Menteri atau Menteri Besar , jadi secara mantiknya Menteri KeTTHa seharusnya boleh 'mengarahkan' MB Selangor Khalid Ibrahim untuk membenarkan supaya Projek Langat 2 diteruskan sejak dulu lagi . Tetapi kita tanya diri sendiri kenapa Menteri KeTTHA tak berbuat demikian malah terpaksa melalui pelbagai prosedur ? Adakah pak menteri-pak menteri kita hanya berani pada KM dan MB yang berada di bawah pemerintahan BN , tetapi hilang punca apabila terpaksa 'deal' dengan KM dan MB dari negeri-negeri PR ?

Oleh itu, penulis berpendapat KM Melaka harus tetap dengan pendirian beliau sebelum ini iaitu membuka Jonker Street untuk laluan lalu lintas . Tak perlu layan sangat dengan pelbagai kerenah samada datang dari PR atau BN sendiri . KM Melaka juga harus memikirkan kaedah bagi memantapkan lagi ekonomi peniaga-peniaga terutama dari kaum Melayu di Melaka . Mungkin boleh difikirkan satu lokasi yang sesuai di kawasan bandaraya Melaka untuk mereka menjalankan perniagaan mereka . Jangan jadikan Melaka pusat cetak rompak dimana barangan tiruan dijual secara terbuka sesuka hati . Benar kita ingin menarik pelancong asing, tetapi adakah mereka datang ke Malaysia untuk beli barangan cetak rompak atau tiruan ?


Mungkin Menteri Pelancongan sendiri harus bekerjasama dalam memikirkan inisiatif untuk membenteras penjualan barangan tiruan di Malaysia . Dari laporan penulis International Business Times, Malaysia adalah antara negara yang mengeksport barangan tiruan dan cetak rompak. http://www.ibtimes.com/counterfeit-goods-most-china-account-2-percent-world-trade-1199559 . Perkara ini seharusnya di benteras hingga ke akar umbi bagi menjaga imej Malaysia di mata dunia . Penulis tak menafikan memang barangan cetak rompak dan tiruan dijual di mana-mana tetapi di Malaysia kita kesal kerana wujud pula satu tempat di mana barangan tiruan dijual secara terbuka , seolah-olah 'menghalalkan' perniagaan cetak rompak itu . Adakah tanda dilarang menjual barangan tiruan di Petaling Street itu hanya sebagai 'make-up' saja?


Thursday, June 27, 2013

Bank Dunia Jangka Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 5.1% Untuk Tahun 2013 & 2014

Di sebalik bermacam demonstrasi , tunjuk perasaan dan bermacam lagi fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional , Bank Dunia telah mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi Malaysia dijangka akan terus berkembang pada kadar 5.1%  pada 2013 dan 2014 . Tahniah di ucapkan kepada Perdana Menteri , walau terdapat pelbagai usaha untuk menjahanamkan kerajaan Barisan Nasional samada dari dalam dan luar , beliau tetap 'steady' dengan dasar2 ekonomi yang direncanakan . Di sebalik perkembangan ekonomi yang memberangsangkan ini, masih terdapat tekanan-tekanan samada dari pembangkang dan suara-suara sumbang dari kalangan segelintir ahli UMNO sendiri memberi 'hints' supaya kepimpinan dalam UMNO diolah kembali dengan alasan kegagalan dalam mendapatkan majoriti 2/3 dalam pilihanraya yang lepas.



Kita faham kenapa pihak pembangkang mahukan Najib berundur sebagai PM kerana mereka sedar kemampuan Najib dalam menguruskan ekonomi Malaysia sudah terbukti . Cuma apa yang kita keliru ialah ada sikap sesetengah ahli dan penyokong UMNO turut mempunyai pendapat selari dengan pihak pembangkang . Pada penulis setakat ini individu yang paling layak memegang jawatan Presiden UMNO dan jawatan Perdana Menteri adalah Najib Razak . Tun Dr. Mahathir sendiri akui kebolehan Najib , malah sepatutnya Najib yang dipilih menjadi pengganti beliau dan bukannya Pak Lah . Namun , Tun Dr. Mahathir telah membuat kesilapan kerana melantik Pak Lah .

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/6/8/nation/14473163&sec=nation

Dari petikan Thestar ;

"The former Prime Minister, who retired in 2003, said Abdullah had not been his first choice as successor but second after current Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak."

"Dr Mahathir said Najib received the highest votes but he decided to choose Abdullah anyway."


Jadi keputusan segelintir ahli UMNO atau penyokong UMNO yang cuba menghasut supaya Najib digulingkan adakah mempunyai calon yang lebih baik ? Perlu diingat , ramai di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai isu masing-masing , siapa saja yang mengganti akan ada saja isu yang akan dimainkan pembangkang . Kedengaran suara-suara sumbang menyebut Tengku Razaleigh , tapi kita perlu ingat isu-isu pernah ditimbulkan Tengku Razaleigh pada satu ketika dulu , malah kadang2 nada yang dimainkan beliau seolah-olah menyokong pihak pembangkang . 

Kita juga tidak mahu di kalangan pemimpin UMNO yang hanya kuat berkokok tetapi hasil kerja 'zero' . Kriteria seorang Perdana Menteri tak cukup hanya dengan pandai bercakap soal hak Melayu dan sebagainya , seorang Perdana Menteri juga perlu mempunyai 'track records' dalam pembangunan ekonomi negara, seorang yang mempunyai pendidikan tinggi dan ada karismatik dan mempunyai kebolehan komunikasi yang baik . Jangan lah hanya disebabkan tidak bersetuju dengan beberapa tindakan PM golongan-golongan ini sanggup memilih seorang 'bidan terjun' untuk merebut jawatan Presiden dalam UMNO . Kalau 'bidan terjun' ini pandai bercakap mungkin yang terpengaruh akan terus memilih lantas peristiwa 'Pak Lah' akan berulang semula. 

Penulis berpendapat biarlah kita meneruskan momentum yang ada sekarang kerana tempoh 5 tahun bukanlah satu masa yang panjang . Sekiranya berlaku perbalahan terutama dalam UMNO , kita akan bemula dari kosong semula , pertama untuk menyatukan semula ahli2 UMNO , kedua untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada UMNO . Buat kerja dua kali . Di pihak pembangkang pula masing2 setia mahu kepimpinan tertinggi kekal , mereka tak perlu berbalah sesama sendiri dan hanya perlu beri tumpuan untuk memenangi hati rakyat seterusnya mengambil alih pentadbiran dari UMNO . Mereka hanya buat kerja 1 kali saja dan meneruskan kelangsungan momentum sedia ada , sedangkan di pihak UMNO-BN , kita terpaksa selesaikan masalah dalaman parti tetapi pada masa yang sama cuba mengambil hati rakyat . Rakyat pula melihat kenapa mereka perlu bersama dengan parti yang mempunyai pelbagai isu dalaman ?

Wednesday, June 26, 2013

Perbicaraan Theresa Kok - Utusan : Wang orang Islam di Selangor turut disalur pada bukan Islam



Dari penulis blog Malayright , kebiadapan pemimpin Cina DAP mula terserlah apabila secara terang dan jelas mengatakan tidak setuju Islam sebagai agama rasmi negara ini . Kita sedang menunggu respon dari pemimpin2 PAS yang kononnya memperjuangkan Islam , kita juga ingin melihat apa yang akan diperkatakan pemimpin2 Melayu Islam dalam PKR . Penulis juga berasa agak marah apabila mengetahui wang umat Islam di negeri Selangor turut disalurkan pada bukan Islam. Adakah wang umat Islam yang dimaksudkan itu beerti wang zakat ? Kalau sekutu-sekutu Melayu Islam DAP ini tidak berkeras dengan sesetengah pemimpin Cina chauvinist DAP , maka penulis yakin makin ramai di kalangan puak ini akan semakin berani menghina agama Islam , contohnya seperti screen capture di bawah ini .


Kalau pemimpin berani bermulut celupar , ini kan pula pecacai2 tahap baawahan . Penulis yakin tiada tindakan diambil ke atas individu di bawah kerana pengguna ID Facebook ini menggunakan akaun palsu , diharapkan SKMM terus bekerja keras cari individu di bawah ini . Kalau dibaca sesi soal jawab kes saman Theresa Kok - Utusan , wanita Cina ini nampak benar-benar angkuh seolah-olah apa yang dikatakan itu adalah sesuatu yang boleh diperlekehkan. Jawapan kepada persoalan mengapa Theresa Kok berani beri keterangan yang menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia khususnya ialah kerana dia tahu terdapat ramai balachi2 Melayu-Islam yang bodoh boleh diperkudakan .

dari artikel Malayright

"YB Teresa Kok dari parti DAP dalam keterangannya hari ini di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini Utusan dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit cuit Dato Zaini pada tahun 2010.

Saya sempat hadir dalam perbicaraan pagi tadi dan sepanjang saya berada di dalam kamar Mahkamah saya sendiri mendengar soalan dan juga jawapan apabila Teresa Kok disoal oleh peguam Dato Zaini. Memang saya sudah menjangka DAP akan terus kekal menolak Islam sebagai agama Rasmi Malaysia walaupun Teresa Kok tahu didalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan Malaysia.

Ada beberapa pekara lagi yang menarik sepanjang perbicaraan yang saya ikuti pagi tadi dan antaranya berhubung Wang umat Islam Selangor yang mana apabila peguam Dato Zaini bertanyakan kepada Teresa Kok mengenai kemana disalurkan wang umat Islam Selangor beliau menjawap bahawa ada peruntukan wang yang disalurkan bukan sahaja kepada umat Islam Selangor. Malah Teresa Kok juga turut mengakui penyaluran wang umat Islam Selangor kepada agama lain mendapat banyak bantahan daripada umat Islam Selangor. "

klik sini untuk artikel penuh

artikel2 berkaitan yang lain klik sini

Isu Jonker Walk : Sikap 'double standard' Pemimpin Cina DAP Terserlah



Penulis berasa pelik dengan sikap sesetengah pemimpin DAP yang 'melompat' apabila Jonker Walk diarah tutup oleh kerajaan negeri Melaka . Bagi penulis, arahan yang dibuat itu adalah hak kerajaan negeri Melaka. Sama seperti tindakan kerajaan negeri Selangor mengarahkan supaya projek Langat 2 dihentikan, sama seperti bila sewa pada peniaga di komplek PKNS dinaikkan . Sama juga dengan tindakan kerajaan DAP Penang merobohkan gerai-gerai di Telok Bahang,Jelutong, Batu Feringgi dan Padang Kota yang telah beroperasi lebih 10 tahun lamanya?


Walaupun dah berkali pohon lesen tetap ditolak, cuba tengok gerai2 penjaja kecil berbangsa Cina di kawasan Georgetown pula?Kenapa mereka mudah saja diberi lesen! Janganlah hanya disebabkan peniaga di Jonker Walk itu terdiri daripada ramai kaum Cina maka ada pembelaan pemimpin DAP, bagaimana pula nasib peniaga melayu yang 'ditekan' di Selangor dan Pulau Pinang? Bila terkena batang hidung sendiri baru lah tahu nak melompat, bila buat kat orang lain tak jadi masalah pula?

Nampak tak perangai rasis keparat DAP ni ? Kita kena faham mereka ni pandai 'menipu-lasi' orang2 Melayu bodoh yang percaya dgn kata-kata manis , cuma bila dibelakang..lu fikirlah sendiri. Kalau kerajaan Selangor dan Pulau Pinang kata hak untuk naikkan sewa perniagaan dan menghalang peniaga2 kecil untuk berniaga adalah kuasa kerajaan negeri , kenapa apabila tindakan yang serupa dibuat kerajaan negeri Melaka buatkan pemimpin DAP tak senang duduk ? Lu buat orang boleh, orang buat dekat lu tak boleh ?

Tuesday, June 25, 2013

Hak Istimewa Melayu dalam Konteks Malaysia dan Singapura

Hak istimewa orang-orang Melayu sebagai penduduk asal Singapura ada di nyatakan dalam perlembagaan negara itu yang menyebut,

(1) Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk sentiasa menjaga kepentingan kaum minoriti dan agama mereka di Singapura.

(2) Kerajaan hendaklah menjalankan fungsinya dengan mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu, yang merupakan orang asal Singapura, dan dengan itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi, menjaga, menyokong, memupuk dan menggalakkan , kepentingan politik mereka, pendidikan agama, ekonomi, sosial dan budaya dan bahasa Melayu.”

Dalam konteks kerajaan Malaysia pula, Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.


Melalui Artikel 152 Perlembagaan Singapura dan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, hak orang Melayu sebagai penduduk asal dipelihara tanpa mengambilkira sama ada orang Melayu tergolong dalam kumpulan majoriti atau minoriti . Sekiranya di Singapura, sokongan kaum Melayu dilihat kritikal bagi sesebuah parti politik untuk menjadi parti yang memerintah, sebaliknya di Malaysia pula sokongan kaum-kaum minoriti Cina dan India turut memainkan peranan yang sama.

Demi survival politik, parti PAP yang menjadi pemerintah Singapura sekarang dilihat cenderung mempertahankan hak-hak orang Melayu. Peranan PAP ini boleh dilihat apabila NMP Viswa membangkitkan isu supaya hak sama rata diberikan untuk semua kaum dalam satu sesi Parlimen pada tahun 2009.

Walaubagaimanapun isu yang dibangkitkan itu dibidas oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew dengan menyatakan perlembagaan Singapura itu sendiri yang telah menetapkan hak-hak istimewa orang Melayu.

http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=211512

Sebaliknya di Malaysia, gabungan parti-parti pembangkang DAP, PAS dan PKR pula cenderung berbicara tentang soal kesamarataan di antara kaum dan agama. Parti PAS dan PKR yang majoriti ahlinya kaum Melayu pula dilihat boleh bertoleransi dengan konsep Malaysia Malaysian yang menjadi asas perjuangan parti majoriti kaum Cina, DAP.

Sikap toleransi ini mungkin berpunca dari kesedaran bahawa kebarangkalian untuk gabungan DAP, PAS dan PKR mengambil alih pemerintahan negara adalah dengan mendapat sokongan kaum-kaum minoriti di negara ini kerana kaum majoriti Melayu telah terpisah kepada dua blok dari segi sokongan politik.

Walaupun soal hak keistimewaan orang Melayu kerap dipersoalkan oleh kaum-kaum lain di kedua-dua buah negara Malaysia dan Singapura. Asas pembentukan negara dengan memahat kedudukan hak istimewa orang Melayu telah menjadi 'penyelamat' supaya kaum Melayu tidak dipinggirkan di negara sendiri.

Hak istimewa orang Melayu di Singapura tidak sama dengan apa yang kita namakan sebagai 'affirmative action' kerana walaupun Melayu di Singapura adalah golongan minoriti tetapi 'kedudukan istimewa' diberi berdasarkan pengiktirafan yang tertulis dalam perlembagaan negara itu melalui Artikel 152 menghormati hak-hak istimewa orang Melayu sebagai penghuni asal .

Affirmative action' ialah merujuk kaedah yang digunapakai untuk memperbetulkan ketidak seimbangan di antara kumpulan-kumpulan yang berlainan.

Di Malaysia pula hak keistimewaan orang Melayu seperti yang dinyatakan dalam Artikal 153 disokong oleh 'affirmative action' iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969. DEB diperkenalkan bagi mengecilkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum. Setelah 44 tahun dilaksanakan, DAP merupakan antara parti politik yang lantang membantah supaya dasar ini diteruskan.

Berbeza dengan Malaysia, kerajaan Singapura tidak mempunyai polisi yang serupa untuk kaum Melayu di negara itu . Walaupun hak-hak keistimewaan kaum Melayu Singapura dipertahankan , kerajaan Singapura tidak memperkenalkan mekanisme yang serupa seperti DEB bagi membantu orang Melayu di negara itu terutama dari segi ekonomi . Mereka terpaksa berusaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain dinegara itu. Namun begitu, masih wujud desakan terhadap kerajaan Singapura supaya hak-hak istimewa ini dimansuhkan.

Melihat kepada perbandingan Malaysia-Singapura berkaitan hak istimewa orang Melayu di kedua-dua buah negara. 'affirmative action' oleh kerajaan memerintah dilihat perlu bagi membolehkan pembahagian kek ekonomi negara tidak dibolot oleh hanya kumpulan tertentu sahaja. Tidak dinafikan 'hak istimewa' kaum Melayu dijamin perlembagaan kedua-dua buah negara namun sekiranya terdapat jurang ekonomi yang luas antara kaum, mereka akan dilihat merempat di tanah air sendiri.

Hal ini boleh dirujuk dengan melihat kembali sejarah sebelum pembentukan DEB di Malaysia.  Walaupun 'hak istimewa' Melayu telah dinyatakan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957, tahap ekonomi kaum Melayu dalam tempoh itu amat menyedihkan kerana 'affirmative action' masih belum dilaksanakan. Legasi yang ditinggalkan penjajah British melalui dasar pecah dan perintah telah mewujudkaan jurang sosio-ekonomi yang luas di antara kaum. Walau pun telah mencapai kemerdekaan, momentum dari dasar yang diperkenalkan itu tetap berterusan sehinggalah berlaku peristiwa 13 Mei.

Dengan peredaran zaman dan peningkatan taraf hidup rakyat di kedua-dua buah negara, generasi muda di Malaysia dan Singapura mungkin 'terlepas pandang' dengan Artikel 152 dalam Perlembagaan Singapura dan Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut penulis blog dari Singapura, Encik Umar Abdul Hamid di dalam blog beliau ;

http://uahmarican.wordpress.com/2013/02/10/why-are-malays-special-in-singapore/

Generasi muda di negara itu mungkin tidak memahami keperluan Artikel 152 , malah mungkin tertanya mengapa ianya perlu dalam satu masyarakat berbilang kaum tanpa terlebih dahulu mengkaji sejarah disebalik penggubalan perlembagaan negara. Generasi muda kaum Melayu khususnya mungkin sudah dibiasakan untuk hidup dalam keadaan tidak 'bertongkat' di negara itu sehingga 'terlupa' tentang Artikel 152 yang termaktub dalam perlembagaan Singapura.

Perkara yang serupa berlaku pada generasi muda di Malaysia. Ada di kalangan muda-mudi bukan bumiputera dengan keras sekali mengkritik Artikel 153 yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia . Kritikan dilemparkan dalam laman media sosial seolah-olah mereka gagal memahami sejarah pembentukan negara ini. Tidak kurang juga kritikan yang dibuat oleh muda-mudi dari kalangan kaum Melayu sendiri.

Tindakan-tindakan sebegini mencerminkan kelemahan penyebaran informasi kenegaraan kepada rakyat. Hasilnya soal-soal berkaitan kenegaraan mulai dilupakan dari satu generasi ke generasi yang lain. Bezanya generasi muda Melayu Singapura ialah mereka telah dibiasakan untuk hidup tanpa 'tongkat' , namun bagi generasi muda Melayu di Malaysia adakah mereka hanya akan 'tersedar' sekiranya 'tongkat' itu dirampas ?

sumber : rakyatnews.my

Monday, June 24, 2013

Selepas Pegawai DBKL , Polis Pula Jadi Mangsa Peserta Blackout 505

Lagak kurang ajar peserta Black 505 makin menjadi . Hari ini seorang pegawai polis tercedera kerana peserta Black 505 yang berkhemah di Padang Merbok cuba merempuh sekatan polis ke Parlimen. Tindakan mereka ini walau bagaimanapun berjaya di kawal pihak polis . Seramai 30 orang peserta Black 505 yang terlibat dalam kejadian rempuhan itu ditahan oleh polis kerana tindakan luar kawalan mereka itu .



Dari KLPos.com ;

"Seorang anggota polis dilaporkan tercedera dalam satu kejadian demonstrasi di hadapan pintu masuk Parlimen di sini pagi tadi.




Kejadian berlaku setelah pihak polis sedang mengawal sekumpulan kecil penyokong Blackout 505 yang enggan bersurai dari lokasi tersebut.



Peserta himpunan tersebut mula berkumpul di Parlimen selepas bergerak dari Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."

Friday, June 21, 2013

Kuala Lumpur Nominated As the 6th Dangerous City in The World

Below is an analytic respond/rebuttal from Mr. Tai Zee Kin on the article '10 Dengerous City in The World' written in Life Hack online portal  . The writer of the article claimed that Kuala Lumpur (KL) ranked number 6 amongst 10 nominated cities . Of course those who live in KL know this claim is a total rubbish , to be number 6 as the dangerous city in the whole world seriously a ridiculous claim . How many cities do we have in the whole world , how many cities in the countries which can be considered dangerous such as Iraq , Mexico , Afghanistan , Pakistan , etc . I don't know if we have any bomb explosion in the middle of KL city but I know some countries which not listed in the top-10 such as Thailand, Pakistan and Indonesia does have this kind of history . I wonder how does the writer consider the criteria to rank those dangerous city ? As per writer's comment , he mentioned that the 'crime rates increase up to 70%' in the city . I wonder how does he defined 'crime' ? Is the degree of violence on the executed crime in Mexico can be relatively compared to Malaysia ?  Anyway , I'd go through this 10awesome.com website and found out that there's nothing special here. There only have 1800 numbers of facebook followers , 478,848 alexa ranking (even my blog alexa ranking is lower !) , google page ranked 3/10 (mine is also 3/10) . I guess the web administrator purposely did this to drive traffic to his website . He don't give a sh*t if the article send by the writer is a total rubbish.




from Tai Zee Kin in his facebook page

"KL is ranked as the 6th most dangerous City (top 10) in the world, by 10awesome.com (have you heard of this website? because best to quote the sources when you quote a piece of information).

and the author of the post, is one mr "Life Hacker"

1st most dangerous :- San Pedro Sula, 
2nd most dangerous :- Ciudad Huarez
3rd most dangerous :- Maceio in Brazil, 
4th most dangerous :- Acapulco in Mexico 
5th most dangerous :- Sharm el Sheikh in Egypt.

I think KL itself is quite dangerous with the robbers, snatch thief, and mat rempits. <-- this is my caveat, so try not to ignore it and imply that I am saying KL is the safest city in the world.

But to ranked us as top 6th simply means that this Mr Life Hacker, as well as 10awesome.com, as well as any Malaysian portal which quoted Mr Life Hacker, are smoking weed (or something else?). <---- this was a joke. 

First Let me inject you with some senses (don't need to be common sense, just sense will do), which are factually orientated. (NOTE :- this is just to give you a "perception" comparatively speaking. I am not incline to entertain any further "dwelling into microscoptic view" without factual supports. any i am also not incline towards entertaining Anecdotal accounts (IE, story from your robbery case, story from your property being stolen, story about your cousin who got snatch theft), because i acknowledge it (refer to my caveat above "I think KL itself is quite dangerous with the robbers, snatch thiefs....)

1.) Murder Rate - the scariest and most dangerous of all! and i Quote you Statistics from United Nation ODC's Statistic on Homicide. (well, unless you think the statements from one Mr Life Hacker is much more reliable than United Nation, i shall rest my case<--- my caveat for people who are cynical enough just to question sources)

Malaysia's murder rate was - 2.3 (the higher the worse)
South Korea's murder rate was - 2.6
Taiwan's murder rate was - 3.2
Turkey - 3.3
United States - 4.8
Thailand - 4.8
Indonesia - 8.1
Russia - 10.2
and Honduras - 91.6

* I am only quoting you familiar names, there are wide range of countries with rates between 2.3 to 91.6. you do your maths.
* if you wanna see the DATA for your own eyes, go to this link :- http://www.unodc.org/unodc/en/data-and-analysis/homicide.html

2.) Crime Index Paradox

I know i know you wanna quote me Malaysia has one of the highest crime index at 70.88 (100 being most unsafe, 0 being safest).

but i beg you to really go through the ranking yourself and find out that it's not all that "glossy" about being able to quote the number 70.88 to two decimal points.

why?

US's crime Index is 64.93. Therefore, is it suffice to say, that our Crime index is almost similiar to US, hence almost equally safe as US? hmn... The next time i hear you quote US you are doomed to be ridiculed! (i know you wont). but then, the most powerful nation in the world, the most influential land of the free and brave, ranked almost similiar to us in Crime Index, so?

And the paradox is this.

Guess what's the Crime Index of Indonesia? 

23.87.

Wow, Indonesia is 3 times safer than Malaysia, not 20%, 30%, but 300%. wow wow wow. 

there you go. Continue to quote the Crime INdex la!

FOr detail about the crime index, see here

http://www.numbeo.com/crime/rankings_by_country.jsp?title=2012-Q1

3.) RAPE!!! <--- (explaining the statistic doesn't mean i condone rape. I think rapist should be jailed for life and castrated (my personal view no offence), but i just wanna debunk your naive thought in quoting one random ranking by one Mr Life Hacker so bear with me)

Malaysia' rape cases per 100,000 populace was 13.5 as per 2009 (sorry can't get the latest).

Malaysia --> 13.5

check out UK, Britain --> 28.8
Finland --> 15.2
Norway --> 19.2
New Zealdn --> 25.8
USA --> 27.3
Sweden --> 63.5!!!

Of course there are issue of under-reporting/over-reporting etc. But then, would you accord the "SAME" level of skepticism and cynicism when you quote Mr Life Hacker's statistic that KL, Msia is the 6th most Dangerous in the world? if you do, then ignore this post 

Of course the list go on and on , but then if you are still NOT convinced now, that Kuala Lumpur in Malaysia is not the 6th Most dangerous in the World, i shall present you with Mr Anas Zubedy 's quote 

"To say that KL is all good & super safe would be idiotic but 2 suggest that it is the top 10 most dangerous city would be moronic:)" - Anas Zubedy "

Thursday, June 20, 2013

Perhimpunan 'Black 505' Akan Gagal Dek Jerebu ?

Perhimpunan 'Black 505' yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini dijangka menjadi pencetus bagi pembangkang untuk menimbulkan kekecohan dengan harapan dapat menggulingkan kerajaan BN yang baru-baru ini memperoleh kerusi Parlimen majoriti dalam pilihanraya yang diadakan . Tindakan ini sebenarnya telah dijangka akan berlaku sebelum pilihanraya lagi apabila slogan 'Kalah pilihanraya, kita turun ke jalanraya' . Penulis berpendapat, cukuplah dengan segala 'drama' yang berlaku sejak tahun 2008 lagi . Pihak polis seharusnya bertindak dengan lebih tegas kepada penganjur-penganjur perhimpunan . Mereka ini boleh dikatakan akan menjadi 'batu api' dalam mewujudkan kekecohan semasa perhimpunan diadakan .


Tak perlu lah kita menunggu sehingga kekecohan berlaku barulah tindakan diambil , kerana apabila itu berlaku maka akan ada pihak-pihak yang bersiap sedia dengan kamera untuk merakamkan 'keganasan' yang bakal berlaku. Bagi pihak penganjur perhimpunan pula , sekiranya anda benar-benar mahu membantah buatlah di stadium ataupun di tempat dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat contohnya di negeri Selangor .Teknik berhimpun di padang untuk menggulingkan kerajaan boleh dikatakan sudah basi kerana sejarah telah membuktikan setelah kerajaan sedia ada digulingkan dengan cara ini , masih ada suara-suara yang tetap tidak berpuashati dan tindakan berhimpun di padang berulang .

Jadi bilakah masanya kerajaan memerintah ingin menumpukan perhatian pada perkembangan ekonomi negara disebabkan banyak masa terbuang melayani keranah pendemonstrasi-pendemonstrasi ini . Adakah negara-negara yang telah digulingkan melalui tindakan berhimpun itu sedang melalui perkembangan ekonomi yang mantap ? Adakah harga-harga barang turun secara mendadak ? Dan adakah kadar pengangguran semakin berkurangan ? Jawapannya tidak, malah mereka sekarang sedang melalui krisis yang lebih teruk . Terdetik di fikiran penulis sekiranya keadaan berjerebu di Singapura merebak ke Kuala Lumpur , adakah penganjur perhimpunan 'Black 505' ini yang terdiri dari kalangan pemimpin Pakatan masih mahu meneruskan hasrat mereka itu ?

Kalau benarlah perhimpunan ini diteruskan dengan kualiti udara yang semakin teruk sekarang , memang terbuktilah pemimpin-pemimpin ini lebih mementingkan diri berbanding penyokong-penyokong taksub mereka. Jangan lah menyusahkan pihak-pihak keselamatan dan hospital pula untuk memindahkan dan menyelamatkan golongan-golongan yang sendiri mencari penyakit ni sedangkan banyak lagi kes-kes yang perlu mereka berikan perhatian . Berkumpul dan bersesak-sesak dalam keadaan kualiti udara yang teruk ,lebih malang kalau peserta mempunyai masalah pernafasan seperti asthma . Dan bayangkan pula keadaan kanak-kanak yang dibawa bersama oleh ibu bapa yang tak bertanggung jawab. FRU mungkin tak perlu menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka ini kerana mungkin asap jerebu itu sendiri akan menyuraikan mereka.

Wednesday, June 19, 2013

Zaman Pak Lah PM Pakatan Nak Dia Kekal Jadi PM , Zaman Najib PM Pakatan Nak Dia Turun ? Why ?

Tajuk artikel portal media pro-pembangkang Free Malaysia Today (FMT) hari ini menarik perhatian penulis . Benarlah dengan apa yang penulis jangkakan selama ini, pembangkang melalui media mereka secara halus cuba menghasut ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO menggulingkan Presiden UMNO sekarang (Najib Razak) dengan mengitar semula pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh (Ku Li) . Tidak lah dapat dipastikan samada Ku Li mempunyai perancangan sedemikian , tetapi sekiranya ada ,penulis berharap elok lah dilupakan saja perkara itu . 'Darah muda' dalam UMNO mahukan Najib kekal memimpin kerana setakat ini penulis berpendapat Najib adalah pilihan yang terbaik. Apa penulis perhatikan, sebilangan ahli UMNO atau penyokong UMNO yang 'melompat' bila dicucuk oleh artikel sebegini ialah golongan yang berusia 40an dan keatas . Tak ramai golongan ini, tetapi peranan mereka dalam 'menghasut' tidak boleh dipandang enteng. Sejarah dah membuktikan kewujudan golongan ini dalam membentuk team-team dalam UMNO yang akhirnya menyebabkan parti itu diharamkan.


Berbalik kepada artikel yang disiarkan oleh FMT yang memetik entri blog yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar (MSO), salah seorang penulis 'otai' dalam lidah rasmi PAS iaitu Harakah. MSO  dalam blognya telah menyatakan bahawa Anwar perlu bekerjasama dengan Ku Li untuk menjatuhkan Najib dalam pemilihan UMNO akan datang . Persoalan yang timbul sekarang kenapa Anwar perlu bekerjasama dengan Ku Li ?Adakah hubungan Anwar dan Ku Li begitu mesra sekali sehingga memungkinkan kerjasama ini berlaku . Adakah pendapat MSO ini berdasarkan pemerhatian beliau terhadap interaksi 'istimewa' antara Ku Li dan Anwar ? Penulis berasa agak pelik , kerana apa yang diketahui hampir semua ahli UMNO terutama di akar umbi cukup meluat dengan Anwar Ibrahim . Jadi bagaimana MSO boleh menggunakan elemen kerjasama Anwar-Ku Li untuk menjatuhkan Najib ? Adakah MSO mahu mengatakan bahawa masih ada di kalangan ahli UMNO yang masih 'setia' bersama Anwar ?

Sekiranya 'formula' yang dinyatakaan MSO itu benar maka boleh lah dikatakan mereka yang menyokong Ku Li secara tidak langsung menyokong Anwar Ibrahim . Kenapa beria-ia sekali lidah-lidah pembangkang ini mahu menjatuhkan Najib dan menaikkan Ku Li ? Tidakkah kita berasa pelik di situ ? Bagi mereka yang menyokong UMNO , penulis amat berharap kita berfikir mengenai situasi yang 'tidak kena' ini . Kalau dulu mereka beria-ia mahu mengekalkan Pak Lah sebagai Presiden UMNO kenapa sekarang mereka beria-ia mahu menjatuhkan Najib pula . Mudah saja penaakulan mantiknya , jika UMNO dipimpin oleh mereka yang lemah maka lebih mudah mereka menjahanamkan UMNO . Mereka sedar Najib ada kekuatan tersendiri, jadi apa yang mereka perlu lakukan ialah melaga-lagakan ahli UMNO menggunakan seorang veteran UMNO yang boleh mereka manipulasi dengan mudah, lihat saja sejarah Ku Li yang boleh dikatakan ada sedikit 'keserasian' dengan perjuangan politik 'gelojoh' Anwar.

Mungkin untuk seketika ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO perlu melihat dan menganalisa pula sejarah pemilihan kepimpinan parti lawan , PAS , DAP dan PKR . Tak dinafikan ada pertandingan di kalangan jawatan-jawatan tertentu . Tetapi dalam soal pemilihan kepimpinan tertinggi parti mereka memilih untuk mengekalkan 'tunjang' kepimpinan parti yang serupa . Pelik juga apabila dikalangan mereka sendiri beria-ia mahu melihat pertandingan jawatan tertinggi melibatkan pemimpin UMNO dan melabelkan UMNO tidak demokratik sekiranya jawatan tertinggi tidak dipertandingkan. Soal di sini ialah ahli-ahli PAS ,DAP dan PKR sedar sekiranya mereka mencalonkan individu lain untuk 'berperang' merebut jawatan tertinggi parti maka akan berlaku perpecahan dalam parti .

Mereka 'belajar' dari sejarah parti UMNO , malah mungkin parti MCA pun boleh dijadikan contoh . Oleh itu mereka memilih jalan 'selamat' untuk mengekalkan kepimpinan tertinggi parti walaupun ada peluang untuk mengubahnya. Peliknya, di sebelah UMNO pulak ,pantang ada silap sikit terus ada yang mahu ambil peluang . Adakah pemimpin2 tertinggi PAS, DAP dan PKR tak buat silap ? Dengan skandal itu dan ini , respon ahli terhadap pemimpin tertinggi mereka tetap tak berubah . Masing-masing tetap konsisten dengan perancangan asal pemimpin-pemimpin mereka untuk terus menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional . Di sebelah kita pula , ada saja yang tak betul , tak demokratik dan tak macam2 lagi , jangan disebabkan 'nak berfikir di luar kotak' , kita menjahamkan diri sendiri . Penulis berasa lucu dengan penulisan seorang blogger veteran yang katanya 'berfikir di luar kotak' apabila membuat 'language spin' merujuk kepada artikel bahasa Inggeris The Star berkenaan sokongan Tun Mahathir untuk tiada pertandingan jawatan tertinggi dalam pemilihan UMNO akan datang.

Blogger berkenaan menulis UMNO sepatutnya lebih matang selepas 67 tahun dalam arena politik tanah air dan tak mungkin berlaku perpecahan. Penulis pula berpendapat ini bukan soal perpecahan, ini soal opsyen pemilihan pemimpin yang paling layak , pemimpin yang pernah membuktikan kemampuan beliau dan yang paling penting sekali pemimpin yang tidak ada rekod sejarah menjahanamkan UMNO . Ya , mungkin UMNO tidak akan berpecah dan penulis yakin Najib tetap mendapat sokongan majoriti ahli , cuma selepas itu akan wujud 2 blok didalam UMNO , sama seperti yang berlaku dalam MCA . Bila wujud 2 blok , nak kerja bersama-sama pun susah sebab masing-masing dah tahu, si polan adalah penyokong si polan jadi lebih elok si polan yang menyokong ini diberi keutamaan dalam sesuatu tugas kerana si polan yang tidak menyokong mungkin akan mensabotaj . Jangan tipu lah pemikiran macam ni takkan wujud . Bila keadaan macam ni berlaku maka UMNO akan jadi lemah . Ini lah yang cuba disampaikan oleh Dr. Mahathir , kita tak perlu 'berfikir di luar kotak' untuk sesuatu yang jelas dan nyata .

**Think extremely 'outside the box' can also lead to something negative .. (ie.. homosexual ,(inserting dick into anus i guess is some sort of extreme 'outside the box' thinking rite? u orgasm in a 'different' way..hehehe)

Tuesday, June 18, 2013

Perjanjian 'Rahsia' : Tuduhan Terhadap Najib Dibidas

Apabila timbul cerita Perdana Menteri , DS Najib , Anwar dan Jusuf Kalla membuat perjanjian berhubung dengan keputusan PRU , ramai di kalangan ahli-ahli UMNO , bloggers pro UMNO dan Facebooker pro UMNO mula membuat pelbagai andaian dan tuduhan kepada Najib , tanpa terlebih dahulu menyiasat kebenarannya suara-suara sumbang mulai kedengaran seolah-olah cuba menghasut ahli-ahli UMNO yang lain meragui kepimpinan Najib dalam UMNO .  Penulis apabila mengetahui perkhabaran itu memilih untuk bersikap tunggu dan lihat perkembangan seterusnya tanpa membuat pelbagai andaian negatif, kerana penulis tahu apabila sesuatu perkara yang melibatkan Anwar, pasti ada cerita-cerita putar belit di sebaliknya .


Ahli-ahli UMNO senior yang lain sepatutnya lebih tahu mengenai perkara ini tetapi ada di antara mereka lebih suka untuk buat kesimpulan dan andaian sendiri kononnya mereka lah pejuang sebenar walhal mereka tidak sedar bahawa mereka telah masuk dalam perangkap persepsi Anwar seterusnya 'perjuangan' mereka itu secara tak langsung membantu Anwar untuk menjahanamkan UMNO . Tapi mujurlah kebenaran terserlah akhirnya apabila seorang individu dari Indonesia yang mengetahui pucuk pangkal mengenai 'perjanjian' ini telah menceritakan segalanya di dalam blog . Jadi bagi mereka yang sejak awal lagi telah membuat pertuduhan terhadap Najib mungkin patut muhasabah diri sendiri dan lebih berhati-hati apabila mendengar khabar2 angin yang serupa.

Dari artikel http://www.al-azharrisiddiq.com

"Dalam bahagian kedua ini, saya akan menjurus kepada "Surat Perjanjian" oleh Anwar Ibrahim, Jusuf Kalla dan DS Najib Razak. Di luar sana, terlalu banyak rumors yang perlu saya perbetulkan, kerana jika saya tidak perbetulkan, orang-orang UMNO khususnya telah memberi satu persepsi yang silap khususnya kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. 

Jika apa yang saya tulis ini tidak benar, maka Bapak Jusuf Kalla berkata tidak benarlah juga kepada saya. Dalam hal ini, saya amat yakin integriti Bapak Jusuf Kalla. 

Oleh kerana saya terlibat dalam pertemuan ini, maka saya bertanggungjawab untuk berkongsi hal ini, dengan harapan pembaca akan berfikir dan bukannya menjatuhkan hukuman.

SIAPA BUAT SURAT PERJANJIAN
Dalam hal ini, saya kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana saya dapati beliau tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Saya membaca satu berita kononnya Anwar mengatakan Bapak Jusuf Kalla yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. 

Walhal, pada bulan Mac 2013, Anwar Ibrahim sendiri datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla pada malam hari, dengan ada teman saksi iaitu Bapak Fahmi Idris dan Bapak Yusril Ihza Mahendra di ruang tamu tempat yang sama saya duduk bersebelahan Bapak Jusuf Kalla dalam gambar itu. 

Ketika itu (Mac, 2013), Anwar dengan yakin menghujahkan kepada Bapak Jusuf Kalla beliau akan menang PRU13.  Bukannya Bapak Jusuf Kalla yang memanggil Anwar datang ke Jakarta. Kita harus faham, siapa tetamu dan siapa tuan rumah. Pada bulan Mac 2013 itu, Apakah Bapak Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau Anwar Ibrahim yang mendatangani Jakarta? Anda jawab sendiri!

Selepas Anwar berjaya meyakinkan Bapak Jusuf Kalla dan berjaya memujuk beliau, maka Bapak Jusuf Kalla atas dasar sehabat seemosi (istilah di Indonesia untuk menunjukkan tahap keakraban) telah terbang ke Kuala Lumpur dan bertemu Anwar Ibrahim pada 4/5/2013 iaitu sehari sebelum PRU13. Dan seterusnya Bapak Jusuf Kalla turut bertemu DS Najib pada tengah malamnya. 

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya, bahawa Anwar Ibrahim membuat Surat Perjanjian di antaranya sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan. Ada beberapa lagi yang saya tidak perlu nyatakan di sini.

Bapak Jusuf Kalla memberitahu saya bahawa Anwar menandatangani Surat Perjanjian yang dibuatnya itu, dan Bapak Jusuf Kalla turut menurunkan tandatangan. Tetapi tidak oleh DS Najib!

TUDUHAN KEPADA NAJIB
Terdapat tuduhan di dalam parti UMNO dan juga para wartawan dan bloggers kononnya DS Najib terlibat dalam perjanjian tersebut. Kononnya DS Najib berada bersama-sama Anwar Ibrahim untuk menandatangani "Perjanjian" itu. Walhal sebenarnya Bapak Jusuf Kalla bertemu Anwar dan DS Najib secara berasingan.

Saya berani menyatakan bahawa DS Najib tidak terlibatmula dalam permainan politik Anwar ini, sebaliknya Anwar yang merangka pertemuan dengan Bapak Jusuf Kalla, Anwar yang mencadangkan perjanjian itu, Anwar yang meminta dan memujuk Bapak Jusuf Kalla supaya menjadi orang tengah, Anwar yang memulakannya.

Memang benar Bapak Jusuf Kalla membawa surat perjanjian yang dirangka oleh Anwar Ibrahim itu, tetapi DS Najib tidak menandatanganinya, DS Najib tidak bersetuju. 

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada Anwar, bahawa DS Najib tidak mahu menandatangani perjanjian itu. Pada pengamatan saya, DS Najib menghormati kemunculan Bapak Jusuf Kalla sebagai sahabatnya juga, maka apakah kamu fikir jika tetamu besar seperti bapak Jusuf Kalla bertandang ke rumah DS Najib dan kamu meminta DS Najib menutup pintu? Makanya, DS Najib mesti melayan Bapak Jusuf Kalla dengan seribu kemuliaan sebagai seorang tetamu apatah lagi sahabat lama.

Saya bercakap panjang lebar dengan Bapak Jusuf Kalla dalam hal ini, dan saya berpendapat para ahli UMNO dan bloggers tidak berlaku adil kepada DS Najib dalam hal ini, sebab itu saya terpaksa menulis dengan agak panjang sedikit.

Jika anda bertanya saya, apakah Anwar sedang memerangkap DS Najib, saya tidak boleh menjawabnya kerana ianya niat Anwar. Saya percaya anda boleh memahaminya.

KENAPA SAYA MEMBELA DS NAJIB
Saya terpaksa ke depan kerana saya satu-satunya bertemu dengan Bapak Jusuf Kalla, maka saya mesti membetulkan rumors yang salah.

Saya menerima pelbagai sms daripada rakan blogger dan wartawan, antara rumors salah kononnya dalam perjanjian itu DS Najib meminta kepada Anwar Ibrahim sekiranya DS Najib kalah agar dirinya dan keluarganya jangan dipenjara! Ini adalah satu cerita rekaan dan fitnah yang sangat besar kepada DS Najib. Tidak ada tertulis dalam perjanjian akan hal itu, malah tidak disebut pun, hanya selepas sebulan ini barulah cerita rekaan itu muncul dan saya beri jaminan kepada anda cerita itu tidak benar.

Anwar hanya bercakap tentang isu besar dalam PRU13 iaitu jawatan Perdana Menteri yang menjadi idamannya, Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap tentang masa depan Nurul Izzah dan beberapa perkara lain. Mereka bercakap tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penuh, isu dakwat, isu pengundi Bangladesh dan hal-hal lain.

Malangnya, saya bersetuju dengan Bapak Jusuf Kalla bahawa Anwar sendiri yang merangka idea perjanjian itu, Anwar yang datang bertandang ke rumah Bapak Jusuf Kalla bercakap tentang idea perjanjian itu, malangnya sesudah PRU13, Anwar tidak komited kepada apa yang diusahakannya sendiri. 

Kekecewaan dan "kemarahan" Bapak Jusuf Kalla ialah tatkala dia sangat komited membantu, Anwar pula tidak komited kepada usaha janjinya sendiri!

Saya fikir cukup setakat ini dulu. Bacalah semula artikel-artikel ini, saya menyembunyikan sesuatu di dalamnya :  

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/05/ds-najib-tun-razak-jusuf-kalla-anwar.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/segerakan-rekonsiliasi.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/bersama-ketua-dewan-perwakilan-rakyat.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/eksklusif-rundingan-anwar-jusuf-kalla.html

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya mesti menjaga kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa PRU13 baru-baru ini. Bukan soal two third majoriti atau menang besar dan menang kecil, peraturannya ialah jika kita mahu menghormati hak rakyat, menghormati sistem demokrasi yang menjadi amalan berkerajaan di Malaysia, Anwar seharusnya mengucapkan kepada DS Najib "Selamat Maju Jaya". Itulah juga yang diungkapkan oleh Khalifah Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, dalam buku yang ditulis oleh Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi bahawa hormatilah "keputusan demokrasi". Salam hormat dari saya kepada anda pembaca budiman."


Monday, June 17, 2013

Persepsi UMNO Parti 'Pak Turut' Hina Kematangan Ahli UMNO Untuk Berfikir

Berikut adalah satu video 'retro' ucapan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh bahawa UMNO bukan untuk Pak Turut saja , bahasa yang digunakan cukup tertib . Mungkin ini lah video yang dimainkan Tengku Razaleigh pada ketika itu untuk menghentam kepimpinan Tun Dr. Mahathir yang akhirnya menyebabkan UMNO diharamkan . Penulis bersetuju bahawa parti UMNO bukan untuk Pak Turut , kita berhak menegur kepimpinan yang ada sekiranya tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan terutama dalam soal pembangunan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.


Dan permainan psikologi 70-80an yang digunakan Tengku Razaleigh untuk bermain dengan emosi orang Melayu iaitu alasan untuk menentang kepimpinan pada ketika itu (Dr.Mahathir) mungkin tidak boleh diguna pakai sekarang kerana setelah 30 tahun video ini dirakamkan ternyata UMNO bukanlah parti Pak Turut. Buktinya , Pak Lah terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas didesak oleh kepimpinan tertinggi UMNO . Jadi tidak timbul soal Pak Turut di sini , apa yang perlu dilihat sekarang ialah kualiti kepimpinan yang ada samada rakyat terbela ataupun tidak .



Malah konsep Pak Turut juga tak boleh diguna pakai kerana kepimpinan UMNO ketika ini iaitu Najib sendiri kerap kali meminta pandangan rakyat dan ahli-ahli UMNO yang lain tentang dasar-dasar yang akan dibuat . Pandangan yang diterima dilihat dari segi pro dan kontranya . Walaupun pandangan yang diberikan ada yang tidak dapat dipenuhi , namun konsep interaksi sebegini membuktikan keputusan yang dibuat oleh Najib adalah hasil perbincangan bersama dan bukan bersifat 'veto' . Jadi tidak ada konsep Pak Turut disini . Sekiranya ahli-ahli UMNO bertindak mahu menyokong Najib terus menjadi Presiden , ini bukan lah dinamakan Pak Turut kerana penulis yakin penilaian yang dibuat adalah berdasarkan perkembagan positif dari segi ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat di bawah dasar yang diperkenalkan Najib .

Jadi persepsi Pak Turut yang dimainkan pada sekitar 70-80an  tidak sesuai digunakan di zaman teknologi maklumat ini . Persepsi 'Pak Turut' ini sebenarnya adalah penghinaan terhadap kematangan untuk ahli-ahli UMNO berfikir , kononnya sekiranya terus menyokong kepimpinan yang ada mereka akan digelar Pak Turut , jadi sekiranya kepimpinan berubah perlukah pada pemilihan yang akan datang pemimpin baru perlu dilantik pula kerana ingin mengelak dari dikatakan 'Pak Turut ' . Oleh yang demikian , persepsi 'Pak Turut' adalah karut , kita boleh saja mengkritik tetapi pada masa yang sama terus menyokong dengan mengambil kira segala pencapaian yang telah dilakukan .



Penulis juga suka untuk mengingatkan supaya kita tidak mudah terpesona dengan segala ucapan2 kononnya penyatuan , pembelaan dan macam2 lagi kerana segalanya boleh berubah dalam masa beberapa tahun. Malah sesetengah yang pernah mengungkapkan ucapan2 indah ini akhirnya menjadi 'gila' sekarang setalah apa yang diidamkan gagal dikecapi . Oleh itu kenapa kita perlu 'berbelanja' bagi mengantikan barang yang tidak rosak ?



Kelemahan Pengurusan Menara UMNO Pulau Pinang Punca Insiden ?

Menara UMNO Pulau Pinang semasa awal pembinaannya pernah memperoleh RAIA Awards, latar belakang menara ini dipaparkan dalam majalah Architecture Australia , Nov 1998 , Vol 87 No.6 . Dari Majalah berkenaan, dipaparkan juga senarai kontraktor2 yang terlibat dalam pembinaannya .

"Architects and Interior Designers TR Hamzah & Yeang Sdn Bhd—project architect Ken Yeang. Developer South East Asia Development Corporation. Structural and Civil Engineers Tahir Wong. Electrical, Mechanical and Hydraulic Engineers Ranhill Bersekutu. Lighting Consultants NDY Lighting. Natural Ventilation Consultants Richard Aynsley, Phil Jones. Quantity Surveyor Juru Ukur Bahan Malaysia. Builder JDC Corporation." - sumber

Selain itu senarai konsultan dan kontraktor yang terlibat boleh juga dirujuk di laman web ini - sumber





Jika dilihat dalam senarai kontaktor , bukanlah calang-calang yang dipilih sehinggakan bangunan ini diiktiraf dalam majalah luar negara (Architecture Australia ).  Malah rekabentuk Menara UMNO ini juga dibukukan oleh pengarang luar Leon Vain Schaik (The Umno Tower: Umno Tower, Penang (Architecture, Design & Technology)


Entah dimana silapnya samada keculasan pengurusan Menara UMNO yang tidak peka tentang soal keselamatan sesebuah bangunan sehingga menyebabkan menara penebat kilat runtuh semasa kejadian ribut baru-baru ini dan mengorbankan nyawa. Laporan akhbar The Star menyebut bahawa pemilik Menara UMNO gagal mematuhi undang-undang apabila tidak menyerahkan audit laporan keselamatan yang berakhir pada 2011 dengan memetik kata-kata ADUN DAP Tanjung Ng Weik Aik . Insiden yang berlaku ini memberi bola tanggung kepada DAP untuk menyalahkan UMNO kerana gagal dalam soal penyelenggaraan bangunan . Pengurusan Menara UMNO Pulau Pinang berada di bawah tanggungjawab JKP Sdn Bhd. Dari laman web JKP Sdn Bhd ,

"JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). "

Oleh yang demikian, penulis berpendapat mereka yang memegang bertanggungjawab dalam soal pengurusan bangunan di dalam JKP Sdn Bhd perlu lebih peka . Memang kejadian berpunca dari bencana alam yang tak dapat di elakkan tetapi peranan yang diberikan untuk pengurusan sesebuah bangunan tak boleh dipandang enteng . Bila kita diberikan tanggungjawab kita perlu ada plan menjalankan tanggunjawab berkenaan dan bukan hanya menerima buta-buta jawatan yang diberikan. Satu lagi , apa tindakan yang telah dibuat oleh pihak2 berkenaan untuk mengisi lot-lot kosong dalam Menara UMNO ? 

Jangalah hanya kerana tidak banyak unit di bangunan itu disewa aspek keselamatan di abaikan. Penulis tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak , tetapi apa yang pasti disebabkan kegagalan pihak yang menguruskan bangunan menyediakan laporan audit keselamatan , insiden ini dijadikan modal oleh pihak Pakatan untuk memalukan UMNO . Lepas ni elok lah orang-orang dalam UMNO ni tumpukan sepenuh perhatian pada tugasan yang di amanahkan bukannya sibuk nak fikir jatuhkan orang itu dan orang ini dalam pemilihan UMNO nanti . 

Sunday, June 16, 2013

Gerakan membodohkan ahli-ahli UMNO sedang berjalan , golongan-golongan 'rakus' jawatan mula bergerak ?

Berikut adalah beberapa petikan dari portal Malaysia-Chronicle tentang ura-ura bahawa Ku Li sedang mempersiapkan jentera untuk mengambil alih jawatan PM daripada Datuk Seri Najib ;

"Tengku Razaleigh Hamzah has been meeting more MPs from both rival coalitions this week in a bid to get elected as prime minister after Parliament convenes on June 24, say sources.

The Malaysian Insider understands the Kelantan prince has initiated the meetings at his White House-styled residence in Langgak Golf here, to discuss strategies to get enough numbers in the 13th Parliament to take Datuk Seri Najib Razak’s job."

Samada perkara ini benar atau tidak , penulis berpendapat elok lah dilupakan saja hasrat itu . Ahli-ahli Parlimen terutama dari UMNO sepatutnya lebih kenal Ku Li , idea untuk menukar PM bukan lah sesuatu yang baik terutama Najib telah menunjukkan prestasi yang baik dari segi pembangunan negara , transformasi ekonomi , dan kehidupan rakyat yang lebih baik semasa pentadbiran beliau. Cuma nasib tidak menyebelahi beliau semasa pilihanraya umum-13 apabila ditipu oleh segolongan kaum yang tak reti berterima-kasih.


Dalam keadaaan yang meruncing ini, maka ramai lah di kalangan sesetengah ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO cuba mengambil kesempatan . Pada penulis semua ini mungkin dah dirancang sebelum pilihanraya lagi, mereka hanya tunggu keputusan dan akan mengorak langkah untuk bertindak selepas keputusan diumumkan . Maka selepas keputusana mereka telah mula merencanakan pergerakan masing-masing . Pemimpin-pemimpin pembangkang tentulah gembira dengan perkembangan ini kerana mereka sedar kekuatan yang ada pada Najib jadi masing-masing mengharapkan agar Najib digantikan dengan segera , berbeza semasa Pak Lah memegang jawatan PM , masing-masing mahu Pak Lah kekal . Media-media pro-pembangkang hanya perlu mewar-warkan berita kerakusan pemimpin2 UMNO mengintai jawatan PM untuk dijadikan bahan jenaka mereka .



Ini lah sikap sebahagian 'hipokrit' yang masih wujud dalam UMNO , mereka hanya tunggu masa untuk 'menerkam' tanpa terlebih dahulu mengkaji pro dan kontranya di atas perbuatan mereka itu. Tak mustahil ada blogger-blogger yang dahulunya cukup kuat 'mengipas' Najib kini tiba-tiba berubah haluan menghentam. Penulis ni blogger 'murahan' saja , lebih berminat menulis berkaitan analisis samada dari sudut ekonomi, sejarah dan saintifik yang mana tak ramai sudi membaca . Jadi bila perkara menjelikkan ini berlaku , perasaan meluat dengan sikap 'stereotype' balachi-balachi cyberterompah dalam gerakan menjatuhkan Najib  cukup terasa. Mana tidaknya , sebelum pilihanraya berlangsung mereka ini lah individu2 yang cukup kuat 'mengipas' Najib kerana pada mereka mungkin BN akan menang dengan majoriti 2/3 , rugi lah kalau tak kipas . Malangnya sikap yang berlainan sama sekali ditunjukkan terhadap Najib bila matlamat 2/3 tidak diperoleh . Masing-masing mahu tunjukkan mereka lah lebih pandai . Memang tidak ada salah mengkritik , tetapi ada bezanya antara mengkritik dan menjahanamkan .




Berbalik kepada cerita Ku Li , entah dari mana datangnya ide supaya Ku Li menggantikan Najib . Penulis masih ingat , semasa penulis masih kecil , cerita Ku Li memburukkan nama Malaysia di siarkan di TV3 . Pada ketika itu , rasanya Ku Li ditemu ramah oleh wartawan media dan jawapan Ku Li pada ketika itu mempunyai unsur-unsur nak melingkupkan kredibiliti UMNO dan BN yang dipimpin oleh Tun Dr. M . Ku Li juga adalah individu yang bertanggungjawab membawa UMNO ke mahkamah dan menyebabkan parti itu diharamkan pada tahun 1989 . Mungkin ramai yang masih ingat Ku Li antara individu yang muncul dalam video klip si penghina lagu Negaruku , si Namawee yang tak reti cakap bahasa kebangsaan tu ? Senang cerita,  Ku Li mempunyai ciri-ciri yang agak serupa dengan Anwar Ibrahim , matlamat untuk jadi PM mungkin tak pernah padam. Bodoh lah ahli-ahli UMNO sekiranya individu seperti ini ditagih untuk meminpin . Berikut adalah petikan dari sebuah blog yang menceritakan sejarah Ku Li ;



"Kita kenal siapa Tg. Razaleigh. Ingin saya tegas dan ingatkan pembaca, Tg. Razaleighlah bapa pemecah perpaduan Melayu. Beliaulah yang membawa UMNO ke mahkamah dan akhirnya UMNO diharamkan pada tahun 1989. Beliau sengaja membawa parti ke mahkamah agar UMNO diharamkan dan kerajaan Melayu Islam ditumbangkan di Malaysia ini. Ini sejarah dan jangan kita lupa. Sebelum ini, walaupun Dato Onn, Tunku Ab. Rahman dan Tun Hussin Onn dikeluarkan dari UMNO, namun ketiga-tiga pemimpin tadi tidak bertindak untuk mengharamkan UMNO kerana mereka sedar UMNO ialah parti tunjang orang Melayu. Parti yang diberi kepercayaan untuk menjaga agama Islam, parti yang menjaga keamanan negara. Namun tidak begitu dengan Ku Li. Ku Li bukan kuli UMNO tetapi Ku Li nak jadi raja UMNO. Ku Li pengkhianat parti hingga memaksa Tun Dr. Mahathir mengumpul semula saf pemimpin UMNO terutama dari kalangan Ahli Parlimen seterusnya mendaftar semula UNMO dengan nama UMNO Baru. Ku Li menjadi raja bagi Parti Semangat 46. Tengku Razaleigh menjadi raja dalam parti S46 tak lama, mungkin beliau fikir partinya tak boleh hidup lama, jadi parti S46 dibubarkan dan beliau akhirnya masuk UMNO semula."

baca sepenuhnya di sini 

Bukan lah penulis mahu membangkitkan sejarah lama atau berniat memburukkan Ku Li , cuma penulis hanya bertindak untuk mengingati ahli-ahli UMNO kerana maklumlah Tun Dr. Mahathir sendiri dah kata orang melayu ini cukup mudah lupa . Penulis bukanlah ahli UMNO tapi penulis rakyat berbangsa melayu yang menyokong perjuangan UMNO , pada penulis segala 'pergerakan' UMNO dalam memilih pemimpin hendaklah dilakukan dengan mmembuat pelbagai pertimbangan , lihat pada sejarah dan kemajuan yang berjaya dilakukan oleh seseorang pemimpin itu .

Penulis melihat sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya cukup mudah membuat kesimpulan dari sesuatu perkara yang disebarkan tanpa melakukan penyiasatan terlebih dahulu. Apabila kebenaran terserlah masing-masing terkedu tak tahu nak sorok muka di mana . Penyakit cepat menjatuhkan hukum tanpa menyiasat terlebih dahulu memang dah lama berakar dalam diri orang melayu, kononnya nak menjaga maruah agama, bangsa dan negara akhirnya terbalik dan terus menjahanamkan akibat dari tindakan tergesa-gesa . Sejarah melayu lama dah membuktikan , contohnya cerita Mahsuri , habis 7 keturunan merana akibat salah jatuh hukum . Adakah ahli-ahli dan pemimpin UMNO mahu menderita 7 keturunan baru nak sedar ?

Saturday, June 15, 2013

Jangan Terperangkap dengan Khabar Angin Pertemuan Najib - Anwar di Jakarta

Portal media pro-pembangkang The Malaysian Insider hari ini melaporkan bahawa terdapat spekulasi pertemuan antara Najib dan Anwar di Jakarta . Kononnya , pertemuan itu diatur bagi mengelakkan persaingan di Parlimen dan didalam parti sendiri selepas keputusan pilihanraya yang tidak memuaskan.  Penulis melihat banyak portal2 pro-pembangkang yang lain turut menimbulkan spekulasi yang sama , malah banyak juga blog-blog pro-pembangkang menyiarkan artikel yang serupa . Khabar angin ini mula diperkatakan dengan mengaitkan 'perjanjian rahsia' Najib dan Anwar sebelum pilihanraya yang dibuat kedua-dua belah pihak supaya bersetuju untuk tidak menimbulkan kekacauan sekiranya salah satu pihak tewas. Malangnya ada di kalangan penggiat media sosial dan ahli-ahli UMNO sendiri mula terikut rentak yang dimainkan media-media dan blog-blog pro-pembangkang mengenai spekulasi pertemuan kali kedua ini.


Sudah terlalu kerap ahli-ahli UMNO terperangkap dengan permainan licik pembangkang untuk mengkucar-kacirkan parti. Mereka hanya perlu menyiarkan beberapa spekulasi di media-media pro-pembangkang yang kemudiannya menimbulkan satu tanggapan buruk dikalangan penyokong-penyokong UMNO melalui perkara yang diberitakan . Ini lah bezanya penyokong-penyokong UMNO , penggiat-penggiat media sosial UMNO dengan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat . Hanya disebabkan berita spekulasi yang cuba menjatuhkan imej Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO disiarkan portal media pro-pembangkang , kepercayaan penyokong-penyokong UMNO terhadap Perdana Menteri mulai goyah, maka berbondong-bondonglah penyokong-penyokong UMNO menggunakan media sosial untuk menyerang Perdana Menteri . 

Namun, apabila perkara yang sama terjadi kepada Anwar contohnya apabila Utusan menyiarkan berita mengenai dakwaan salah laku seks , penyokong-penyokong Pakatan Rakyat bermatian-matian mempertahankan Anwar malah meng'anjing' kan akhbar Utusan . Adakah penyokong-penyokong UMNO yang cuba menjadi hero kononnya pejuang sebenar tidak nampak 'perangkap-perangkap' ini ? Belum apa-apa dan hanya mendengar khabar angin yang bertiup dari media pembangkang ,segelintir penyokong-penyokong UMNO ini sudah mula berbicara agar Najib meletakkan jawatan ? Tidakkah itu menunjukkan mereka sudah masuk dalam perangkap yang disediakan ? Buka mata luas-luas dan prihatin dengan keadaan sekeliling , lihat sejarah bagaimana pemimpin UMNO yang lepas di perkotak-katikkan Anwar semasa pemilihan UMNO , 'permainan' yang di mainkan cukup halus sehingga ada pemimpin yang 'teraniaya' akibat penyakit 'buta' sesetengah ahli-ahli UMNO ini.

Sekali lagi , penulis meminta jangan bandingkan Najib dengan Pak Lah . Dalam hanya beberapa tahun mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah , Najib menunjukkan prestasi yang sangat baik kerana berjaya memacu ekonomi Malaysia , rakyat mendapat faedah dengan pelbagai program transformasi ekonomi yang dijalankan . Hal-hal ini semua tidak berlaku di zaman Pak Lah . Jangan hanya di sebabkan Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen , maka ada suara-suara mula meminta Najib meletakkan jawatan dan macam-macam lagi . Tetapi sedarkah kita sekiranya Najib diganti oleh pemimpin yang baru , maka UMNO dan Barisan Nasional akan bermula sekali lagi di titik '0' , dasar-dasar baru akan diperkenalkan dan hanya akan menunjukkan kesan samada berjaya atau tidak selepas beberapa tahun ! Hal ini benar-benar membuang masa sedangkan BN dan UMNO pada ketika ini boleh menumpukan usaha terhadap perkara-perkara lain pula kerana bagi penulis dasar Dasar Transformasi Ekonomi yang diperkenalkan Najib sudah menunjukkan keberhasilannya. 

Cukup-cukup lah dengan mentaliti menunding jari , adakah kita sudah 'cermin' diri sendiri selaku penyokong UMNO dan Barisan Nasional dengan prestasi hambar ditunjukkan BN baru-baru ini . Jangan lah hanya kerana kita rajin menggunakan Facebook , Blog dan Twitter mempertahankan UMNO dan BN maka kita gelar diri sendiri sebagai pejuang hebat . Persoalannya ialah samada apa yang kita sampaikan di Facebook, Blog dan Twitter itu sampai kepada sasaran iaitu pengundi , atau kita hanya 'syok sendiri' memuji-muji dan mempertahankan UMNO dan BN dalam kelompok kita sendiri , apa yang penulis cuba sampaikan ialah dalam 100 orang pembaca blog /twitter dan facebook berapa ramai penyokong UMNO/BN , berapa orang penyokong pembangkang dan berapa yang berpendirian neutral ? Kenapa kita tidak saja bersikap pro-aktif dengan menyerang portal-portal media pro-pembangkang dengan membetulkan persepsi yang cuba disampaikan dalam artikel melalui ruangan komen ?

Apa yang penulis komen di atas adalah dalam konteks media sosial, dalam konteks lain pula seperti peranan yang dimainkan oleh bahagian2 UMNO bagaimana pula ? Adakah ada tindakan pro-aktif seperti bertemu penduduk dan menganjurkan kerja-kerja komuniti , adakah hal - hal sebegini berlaku terutama di negeri yang UMNO/BN kalah ? Misalnya di Selangor sekarang , dah alami kekalahan teruk , takkan segala usaha sebelum pilihanraya terus terhenti ? Adakah kita mahu tunggu 4 tahun lagi baru mahu bergerak dan kemudiannya mengharap kemenangan gilang gemilang ? Yang paling mejelikkan sekali ,sekiranya ada di kalangan mereka ini nanti akan terkinja-kinja meminta Najib letak jawatan . Bukan lah nak membodek Najib , lagipun apa lah sangat yang ada pada blog penulis ni cuma dalam tempoh Najib mengambil alih peranan PM  daripada Pak Lah kita nampak beliau bersungguh-sungguh melakukan kerja untuk mendapatkan sokongan rakyat, ramai yang mengakuinya termasuklah pada mereka yang mengutuk dek kerana keputusan PRU-13 yang tidak memuaskan. Ramai yang yakin BN akan menang besar dan memuji hasil kerja kuat Najib termasuklah yang dok mengutuk sekarang .

Malangnya apabila keputusan di luar jangkaan ,tiba-tiba segelintir yang memuji itu terus mengeji dengan pelbagai teori dikeluarkan pakar-pakar politik 'instant' . Sebenarnya penulis terfikir adakah sesetengah kaum Melayu yang menolak untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO jelik dengan sikap yang ditunjukkan ahli-ahlinya ? Tak mustahil UMNO akan hancur kerana sikap ahli-ahli sendiri kerana masing-masing berebut-rebut mahu menunjukkan bahawa dia lah yang lebih pandai dari yang lain. Parti lawan pula mentertawakan dari jauh kerana mereka dengan mudah memanipulasi pemikiran ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO  melalui media mereka . Tak perlu bersusah payah untuk menyerang kerana mereka tahu kelemahan yang ada pada UMNO ialah penyokong-penyokongnya mudah melatah apabila dicucuk sampai sanggup menjatuhkan Presiden parti sendiri . Tak kah kita merasa pelik bila satu masa dulu apabila Pak Lah disuruh berundur sebagai Presiden UMNO , kepimpinan pembangkang beria-ia mahukan beliau kekal . Tetapi kini , pemimpin2 pembangkang melalui media2 mereka pula mahukan Najib berundur sebagai PM . Secara mantiknya , pemimpin UMNO yang lemah akan beri kelebihan pada pembangkang , pemimpin UMNO yang kuat akan beri kesukaran pada mereka . 

Friday, June 14, 2013

Kebebasan Bersuara Perlu Berlandaskan 'Jati Diri Malaysia'

Dari petikan artikel KLPos.com



Soal kebebasan media terutama dalam media sosial sekali ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berpendapat kebebasan bersuara mestilah berasaskan 'jati diri Malaysia'.

Apabila dikatakan 'jati diri Malaysia' penulis beranggapan Najib merujuk kepada konteks nilai-nilai bangsa, budaya dan agama yang membina negara ini. Kebebasan bersuara rakyat negara ini haruslah disempadani dengan nilai-nilai tersebut.

Setiap negara mempunyai budaya yang berbeda. Kebebasan bersuara dalam memperjuangkan isu-isu tertentu yang dilihat sensitif pada rakyat adalah tidak sesuai dibicarakan secara terbuka.

Misalnya kebebasan bersuara dalam memperjuangkan hak kumpulan LGBT,hak samarata antara semua kaum di negara ini serta mempersoalkan sistem monarki dan undang-undang syariah yang diamalkan negara.

Tuntutan terbuka segelintir golongan yang menyentuh nilai-nilai berkaitan budaya, agama dan institusi raja dan kesultanan di negara ini bakal menimbulkan reaksi keras daripada sebahagian pihak yang lain. Masyarakat negara ini terutama golongan majoriti iaitu kaum Melayu masih berpegang kuat pada nilai-nilai budaya dan agama Islam.

Oleh yang demikian,kebebasan bersuara yang melangkaui sempadan yang dinyatakan sebelum ini mungkin menimbulkan impak yang negatif pada masyarakat berbilang kaum.

Sebelum kewujudan media sosial, kebebasan bersuara yang melampaui sempadan yang dinyatakan tadi boleh dikatakan terkawal memandangkan penyebaran maklumat melalui media-media cetak dan elektronik ditapis bagi menjaga sensitiviti rakyat di negara ini.

Walaubagaimanapun, senario ini mulai berubah apabila semakin ramai di kalangan masyarakat membuat kenyataan terbuka terutama di laman Facebook dan Twitter yang berunsur penghinaan kepada institusi beraja dan agama.

Walaupun kenyataan yang dibuat adalah pandangan peribadi individu berkenaan, namun secara tidak langsung kesan penyebaran kenyataan yang dibuat di laman media sosial itu dilihat sebagai satu cubaan menghasut dan menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat. Bagi sesetengah pengguna, mereka akan menggunakan identiti 'anonymous' bagi mengelakkan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Golongan-golongan yang mempunyai pendirian sama dengan individu berkenaan akan melihat reaksi pihak berkuasa terhadap kenyataan yang dibuat. Sekiranya tindakan yang dikenakan adalah minima maka akan timbul anggapan bahawa isu yang dibangkitkan adalah tidak serius dan golongan-golongan ini akan terus mengulangi tuntutan-tuntutan mereka dengan alasan kebebasan bersuara.

Oleh yang demikian, kerajaan perlu merangka satu mekanisma dalam mempromosikan undang-undang siber kepada masyarakat. Rakyat perlu diberikan kesedaran bahawa pendapat mereka dalam sesuatu perkara perlu dibatasi dengan apa yang Perdana Menteri katakan 'jati diri Malaysia' .

Mungkin masih ramai lagi rakyat di negara ini yang gagal memahami maksud 'jati diri Malaysia' . Contoh paling mudah, masih ada di kalangan rakyat negara ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan baik yang merupakan salah satu elemen dalam apa yang dikatakan 'jati diri Malaysia'.

artikel asal 

Thursday, June 13, 2013

Penurunan Harga Kereta : Tiada pengumuman rasmi dari Menteri MITI , Insititut Automotif Malaysia (MAI) Perlu Beri Penjelasan

Artikel di Malaysiakini bertajuk "PKR : Penafian Volkswagen dan Peugeot malukan BN" antaranya menyebut Pengarah Komunikasi PKR , Nik Nazmi  berkata parti pemerintah BN berada dalam keadaan terdesak dalam berhadapan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat apabila Utusan Malaysia menyenaraikan beberapa syarikat kereta yang menurunkan harga bagi beberapa model . Artikel berkenaan jelas sekali cuba mengelirukan rakyat seolah-olah pengumuman harga kereta yang diturunkan itu adalah dari sumber rasmi kerajaan pemerintah Barisan Nasional . Penulis menyemak kembali artikel Utusan yang dirujuk oleh Malaaysiakini dan mendapati kenyataan pengurangan harga kereta berkenaan adalah dari Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari .




Artikel Utusan itu dikeluarkan berdasarkan temubual dengan Ketua Pegawao Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI) yang antaranya menyebut ;

 "Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_04/10-model-kereta-turun-harga#ixzz2W57PGHWA



Oleh yang demikian, penulis berasa hairan apa kaitan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAI dengan BN hingga memalukan parti pemerintah itu ? Dalam satu artikel lain dalam Malaysiakini juga , DAP mendesak agar tindakan diambil terhadap Utusan kerana 'menipu' dalam laporan kononnya harga kereta turun . Apa kena mengena pula Utusan dianggap menipu kerana artikel berkenaan ditulis berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAI .

Dari laman web MAI , didapati objektif organisasi ini adalah untuk menjadi pemikir strategic dalam industri automotif negara dan mengembang serta mempromosikan daya saing industri automotif negara. Jika dilihat peranan MAI dalam industri automotif negara tentulah sumber yang diberikan oleh Ketua Pegawa Eksekutif badan itu boleh dianggap berkredibiliti . Jadi artikel Utusan yang ditulis adalah berdasarkan data-data yang dikemukakan oleh MAI. Penulis berpendapat MAI seharusnya melakukan cross check dengan syarikat-syarikat pengeluar kereta sebelum memberikan maklumat temuramah kepada wartawan Utusan .

Cross check yang dimaksudkan ialah samada penurunan harga kereta yang dibuat oleh syarikat2 berkenaan adalah hasil daripada dasar yang diperkenalkan kerajaan . Tindakan MAI ini secara tidak langsung telah menjejaskan kredibiliti Utusan dan kerajaan Barisan Nasional . Penulis berpendapat Ketua Pegawai Eksekutif MAI , Mohamad Madani Sahari perlu memberikan penjelasan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau telah menjadi modal oleh media-media pembangkang untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan BN

Tuesday, June 11, 2013

Malang bertimpa , Husam rebah Lagi ...

Malang terus menimpa Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa apabila beliau kalah dalam kes saman NSTP , sebelum ini juga Husam tidak dilantik menjadi Exco kerajaan Kelantan di bawah pimpinan MB yang baru .. malah beliau juga tewas di kerusi parlimen Putrajaya yang cuba ditandinginya . Mungkin ada sesuatu yang ingin ditunjukkan oleh Allah s.w.t , sesuatu untuk menyedarkan Datuk Husam supaya tidak terus terpesong dan merelakan diri menjadi kelompok 'Anwarinas' di dalam parti PAS . 



Dari KLPos.com ;

"Peguam Zulqarnain Lukman yang mewakili Husam memberitahu pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Lee Heng Cheong membuat keputusan di dalam kamarnya bahawa artikel itu tidak bersifat memfitnah.
   
Lee juga katanya memutuskan bahawa kalaupun artikel itu berbaur fitnah, mahkamah mendapati perlindungan bersyarat dan kewartawanan secara bertanggungjawab yang dijadikan alasan dalam pernyataan bela diri defendan, adalah terpakai dalam kes ini.
   
Dipetik Bernama, beliau berkata mahkamah turut mendapati Husam gagal membuktikan kesnya terhadap defendan dan oleh itu memerintahnya membayar kos RM20,000 kepada defendan.
   
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi daripada pihak Husam dan dua daripada pihak defendan.
 
Pada 2010, Husam memfailkan saman terhadap NSTP, dua pemberitanya Shuhada Elis dan Nik Imran Abdullah, bekas pengarang kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan pengarang urusan kumpulan NSTP ketika itu Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa.
   
Dalam pernyataan tuntutannya, Husam berkata defendan, dengan niat jahat, menulis dan menerbitkan sebuah artikel pada 23 Nov 2009 tentang jawatannya untuk tujuan mencemar nama baik beliau.
   
Beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, kos dan relief lain yang didapati wajar oleh mahkamah.
   
Dalam pernyataan bela diri mereka, defendan menafikan bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel itu bersifat memfitnah dan artikel berkenaan disiarkan berlandaskan perlindungan bersyarat."

Raja-raja Melayu Bukan Sekadar Simbol

Berikut adalah satu artikel menarik dari Berita Harian (11/6/2013) mengenai raja-raja Melayu. Rakyat mungkin terkeliru dengan menganggap rajauraja Melayu hanya simbol semata-mata tanpa mempunyai fungsi2 lain dalam pentadbiran. Penulisan dari Prof Madya Ahmad Ibrahim dari Kulliyah Undang-undang ;

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Raja-RajaMelayubukansimbol/Article

"Ketika menjadi panel pada satu forum isu semasa, seorang peserta bertanya mengenai pendapat yang menolak pembabitan Raja-Raja dalam semua hal berkaitan pentadbiran negara. Katanya, bagi negara yang mengamalkan demokrasi, Raja hanyalah simbol semata-mata tanpa tanggungjawab. Saya kongsi sebahagian jawapannya di sini.
Pendapat itu tidak tepat. Negara kita mengamalkan dua sistem berkembar, iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kedua-dua sistem ini bergerak secara bersama dan perlu lengkap melengkapi antara satu sama lain menurut falsafah atau acuan negara.
Negara kita mengamalkan dua sistem berkembar, iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kedua-dua sistem ini bergerak secara bersama dan perlu lengkap melengkapi antara satu sama lain menurut falsafah atau acuan negara.

Keduanya umpama tiang menunjangi negara. Satu daripadanya tidak boleh dilupai kerana ia boleh membinasakan keseluruhan negara. Apa yang perlu dilakukan ialah mengimbangi kedua-duanya sehingga menjadi pelengkap antara satu sama lain, bukan kompetitif atau berlawanan.

Kedua-dua sistem itu mempunyai tanggungjawab masing-masing. Namun, kita tidak dapat mengelak daripada pertembungan antara kedua-duanya. Pertembungan ini berlaku kerana keadaan, budaya serta sejarah yang membentuk latar dan landskap negara.

Pindaan kepada Perkara 66 pada 1983 dan seterusnya 1994 menjadi antara contoh pertembungan. Pindaan terbabit dianggap sesetengah pihak sebagai mengikis kuasa Raja. Tetapi, jika dilihat dari satu sudut lain, ia bertujuan mengukuhkan demokrasi.

Konvensyen Westminster
Pada peringkat Persekutuan, peruntukan asal Perlembagaan mewajibkan setiap Rang Undang-Undang mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong sebelum diwartakan dan seterusnya beroperasi sebagai undang-undang. Sekiranya tidak mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong, Rang Undang-Undang terbabit tidak boleh diwartakan dan tidak boleh menjadi undang-undang.

Ia kemudian dipinda sehingga kepada apa yang ada sekarang. Sekiranya tidak mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong dalam masa 30 hari, rang undang-undang itu boleh diwarta dan beroperasi. Bagaimanapun, pada peringkat negeri masih ada negeri yang masih mengekalkan syarat mohor besar Raja-Raja dalam Perlembagaan negeri.

Dalam konvensyen Westminster, Raja tidak pernah enggan memberikan mohor besar kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Ini bagi meraikan demokrasi berparlimen. Bagi negara kita, sejarah perundangan memperlihatkan bahawa Perlembagaan negeri meletakkan kuasa legislatif dalam bidang kuasa Raja.

Keadaan mula berubah dengan Perjanjian Persekutuan 1948, bila mana Raja-Raja bersetuju menjadi Raja Berperlembagaan dan sebahagian besar kuasa Raja, termasuk kuasa legislatif diserahkan kepada majlis perundangan. Begitu juga dengan Perlembagaan 1957, tetapi mengekalkan syarat mohor besar Yang di-Pertuan Agong dan pada peringkat negeri, mohor besar Raja.

Punca perbezaan

Pindaan kepada Perkara 40 Perlembagaan juga boleh dijadikan contoh. Pindaan terbabit memasukkan fasal (1A) yang menghendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut atas nasihat jemaah menteri berkenaan apa juga peranan dan fungsi yang memerlukan baginda bertindak atas nasihat. Pindaan Perlembagaan ini juga satu cedukan daripada konvensyen Perlembagaan Westminster.

Pada peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hanya lahir ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Institusi ini agak baru berbanding institusi Raja di Negeri-Negeri Melayu. Kita lihat Terengganu sebagai contoh. Dalam Itqan al-Muluk bi ta'dil al-Suluk Terengganu yang diisytiharkan pada 1911 itu meletakkan kuasa sangat luas kepada Sultan. Kuasa bertumpu kepada Sultan walaupun menghendaki Sultan mengendalikan pentadbiran negara menerusi mesyuarat atau perbincangan dengan Jemaah Menteri dan juga ada disebut ahl al-hal wal' 'aqd.

Oleh itu, sejarah dan perundangan terdahulu mungkin menjadi punca perbezaan dari segi 'sentimen' mengenai Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di Negeri-Negeri Melayu.

Menjadi pelengkap

Yang pasti, Raja bukan hanya sekadar simbol dalam sistem demokrasi kita. Baginda mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan negeri.

Kuasa Raja dalam soal mohor besar sebagai contoh, boleh menjadi penapis kepada 'demokrasi mutlak'. Ia boleh bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang kepada tindakan pihak legislatif atau eksekutif menurut demokrasi.

Maka, di sinilah timbulnya konflik antara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Mengelak daripada Raja mutlak, pada masa sama, juga menghindari demokrasi mutlak. Kita mestilah berhati-hati dalam hal ini supaya kedua-duanya menjadi pelengkap antara satu sama lain mengikut acuan kita. Apa yang pasti kita mahukan kedua-duanya kekal bersama.

Penulis ialah Profesor Madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM"
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, June 10, 2013

Cubaan menghangatkan semula fitnah 'basi' Altantuya untuk ditanam dalam pemikiran pengundi baru

Minggu lepas kita dikejutkan dengan tindakan 'kurang ajar' delegasi Mongolia ke Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur . Wakil delegasi berkenaan , J Erdenechimeg dalam satu sesi soal jawab meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untutk menjelaskan kejadian pembunuhan warga Mongolia , Altantuya Shaaribu . Tindakan melontarkan pertanyaan secara terbuka itu jelas merupakan satu cubaan untuk memalukan Perdana Menteri DS Najib dan Rosmah yang kononnya dikatakan mempunyai kaitan dengan kejadian itu . Wakil Mongolia berkenaan juga menggesa supaya perbicaraan semula diadakan , walhal kes berkenaan telah selesai beberapa tahun lepas. Pelbagai penafian dan penjelasan telah dibuat oleh DS Najib , malah beliau telah bersumpah laknat bahawa beliau tidak mengenali warga Mongolia itu .


Walau bagaimanapun , tekanan demi tekanan tetap diberikan dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Najib dan Rosmah. Bagi mereka yang telah mengikuti kes ini sejak awal lagi tentu sedar bahawa individu-individu yang menyebarkan fitnah ini telah mengaku bahawa tindakan mereka sebelum ini adalah disebabkan arahan 'peliwat no.1 negara' yang mana penulis pasti ramai orang yang mengetahui siapa yang dimaksudkan. Tindakan wakil dari Mongolia ini dilihat seperti telah dirancang, dan soalan yang dilontarkan seolah-olah menjadi cetusan untuk 'memanaskan' semula isu yang telah berlegar hampir 10 tahun .

Penulis berpendapat eloklah kronologi kes ini serta penafian2 beserta bukti yang menunjukkan bahawa tiada penglibatan Najib dan Rosmah didokumentasikan dalam pelbagai bahasa terutama sekali bahasa Mongolia. Selama ini banyak hujah2 yang disebarkan dalam internet adalah dalam bahasa Melayu , manakala hujah2 dalam portal2 dan blog2 berbahasa Inggeris pula mungkin tidak pada sasaran iaitu mereka yang berada ni negara luar . Barua-barua pembangkang kali ini mungkin akan menggunakan teknik menyebarkan fitnah mengenai pembunuhan Altantuya ini pada masyarakat luar negara pula bagi mewujudkan reaksi masyarakat antarabangsa yang tertipu dengan fitnah, seterusnya memberi tekanan pada kerajaan Malaysia.

Walau bagaimanapun, apa yang mereka harapkan itu mungkin tidak akan berlaku kerana rakyat2 di luar negara sibuk dalam menangani dan berdepan dengan urusan negara masing2 . Contohnya di Turki yang kononnya dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan ketua pembangkang di Malaysia turut menghadapi bahang 'revolusi' dari rakyatnya sendiri . Bukan apa yang berlaku di Turki sesuatu yang agak ironik kerana sebelum ini pemimpin negara itu (Erdogan) dikatakan menyokong perjuangan reformasi di Malaysia , namun kini mungkin beliau perlu memikirkan semula 'sokongan' yang diberikan itu . Cuma tindakan preventif masih perlu dilakukan daripada terus membiarkan fitnah ini diulang-ulang.

Penulis tertarik dengan saranan wakil Mongolia berkenaan supaya kerajaan memberi bantuan kepada 2 orang anak wanita Mongolia yang dibunuh itu . Persoalannannya mengapa kerajaan perlu memberi bantuan sedangkan lebih banyak lagi rakyat Malaysia yang lebih berhak untuk dibantu. Ramai lagi warga negara asing yang mati di negara ini tetapi tiada pula waris-waris mereka menuntut supaya kerajaan memberikan pelbagai bantuan . Sebenarnya permintaan yang dibuat ini adalah perangkap , sekiranya bantuan diberikan seolah-olah menunjukkan kerajaan yang diteraju Najib cuba membuang rasa bersalah dengan bantuan yang diberikan . Pada penulis sekiranya PR benar2 rasa simpati terhadap nasib keluarga Altantuya , eloklah mereka sendiri menganjurkan kutipan derma untuk diberikan kepada waris2 wanita itu.



Kini timbul satu lagi cerita baru iaitu Sirul anggota polis yang dijatuhkan hukuman , mahu perbicaraan semula dilakukan atas sebab ada kesilapan dalam perbicaraan lepas . Pelik sekali tindakan Sirul ini , kenapa selepas bertahun-tahun perbicaraan dijalankan beliau tidak menimbulkan soal ini dan tiba2 sahaja selepas pilihanraya ada saja alasan yang dikemukan ? Adakah Sirul didatangi individu2 tertentu supaya membuat tuntutan ini ? Kita perlu ingat , mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul , sesiapa saja yang mengalami dan menanti hukuman ini pasti  berdepan dengan pelbagai tekanan , mereka yang mampu meringankan atau melepaskan beliau dari hukuman mati pasti dijadikan 'tuan' .

Pelik dengan perangai pemimpin2 dan penyokong2 PR mengatakan hukuman mati ke atas Sirul adalah drama dari kerajaan BN , sekiranya benar drama kenapa perlu Sirul memohon untuk perbicaraan silap dilakukan , bukankah lebih mudah bagi 'sandiwara' ini sekiranya Sirul terus 'dilepaskan' dan menjalani kehidupan sebagai individu lain ? Sebenarnya apa yang dipersoalkan penulis ini adalah teori-teori yang dicanangkan oleh pemipin2 dan penyokong2 PR selama ini . Namun kini terbukti teori2 yang disampaikan mereka selama ini hanyalah sampah semata-mata.

Friday, June 7, 2013

MP Alor Star ialah contoh si rasis yang mengata orang lain rasis ..

MP Alor Setar beraksi lagi , kini cuba menjadi hero dalam soal penyatuan kaum . Kalau dulu dia kata SKMM salah guna kuasa hingga menyebabkan penahanan seorang wanita Cina yang menghina YDP Agong, Malaysiakini hari ini pula melaporkan MP Alor Star ini buat laporan polis dan berdemo kerana dikatakan blogTun Dr. Mahathir rasis . Ini lah yang dikatakan 'tepuk dulang paku serpih , mengata orang dia yang lebih' .


Ini adalah contoh manusia yang kata orang lain rasis tapi diri sendiri tak cermin ? MP Alor Star ini pernah buat kenyataan kata SKMM salah guna kuasa kerana menyebabkan penahanan perempuan yang menghina Agong ... , salah guna kuasa atau tak , perempuan tu dah buat salah , kenapa MP Alor Star ni nak pertahankan ?? Adakah dia rasa perbuatan menghina Agong itu tak salah ?? Sultan , Agong dan Raja cukup sinonim dengan bangsa Melayu jadi secara tak langsung MP Alor Star ini menyinggung perasaan orang Melayu .. iaitu beliau tlelah bersikap racist !!!


Malangnya, ada jugak orang Melayu belacan menyokong tindakan si hipokrit ini dengan mengatakan Dr.M memang racist, tengok saja komen2 yang ada di Malaysiakini , melayu2 belacan ni seolah-olah dah lupa dengan dasar2 yang dibuat oleh Dr. M la mereka ada kehidupan yang mereka nikmati sekarang.  Diaorang lupa bukan mahathir ke orang yang sama jadikan ramai melayu2 professional dan boleh berdikari atas inisiatif sendiri ? polisi2 yang di buat oleh mahathir menguntungkan melayu termasuk pak pak lebai yang mengutuk mahathir ? melayu2 yang asalnya susah dan daif ni bila dah berjaya dengan polisi yang dibuat oleh mahathir , depa ni bangkit dok laung 'hidup hidup.. hidup hidup ' .... prfttt tak sedar diri , kalau takde polisi yang bagi kelonggaran pada orang melayu ni entah kemana depa ni pi..dapat masuk U pun ada koata ..kalau polisi mahathir hapuskan kota ni entah apa la nasib pecacai2 sekarang