Tuesday, April 30, 2013

Ada usaha untuk menghuru-harakan negara sekiranya mereka tewas..

Tanggal 5 May 2013 semakin menghampiri, tarikh ini lah yang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia untuk 5 tahun yang akan datang . Daripada tindak balas yang ditunjukkan, amat jelas momentum sokongan rakyat terhadap Najib semakin meningkat. Namun semua itu tidak cukup utk menyatakan kemenangan 2/3 adalah milik BN sekiranya ada sabotaj dalaman dan luaran.

Sabotaj luaran mungkin boleh kita tangani secara berkala tetapi sabotaj dalaman umpama pembunuh senyap kepada BN. Oleh itu, penulis berharap penyokong2 dan jentera BN seharusnya mengenepikan elemen2 negatif dalaman yang cuba merosakkan parti. Seluruh jentera dan penyokong2 BN harus mempersiapkan diri untuk menghadapi sesuatu kemungkinan yang lebih besar apabila BN diisythiharkan menang.

Sebelum ini kita dah dikhabarkan mengenai 13 perkara yang akan dilakukan Pakatan menjelang pilihanraya. Beberapa perkara telah digerakkan iaitu sokongan bapa Saiful kepada Pakatan, tindakan untuk mengharamkan UMNO, penampilan individu menyerupai Anwar dan pengedaran surat sokongan Yusof Qardhawi. Penipuan ini dirancang dengan teliti seolah-olah sebuah drama bagi mendapatkan simpati rakyat.

Selain itu, Anwar juga cuba bermain emosi bagi meraih simpati mengenai tuduhan beliau berzina dan meliwat walhal bukti video yang ditunjukkan cukup jelas. Apa yang paling dibimbangkan ialah usaha-usaha jahat aljuburi untuk mencipta semula suasana rusuhan tahun 98 sekiranya PR gagal menakluki Putrajaya. Sentimen ini dah ditanam ke dalam jiwa dan sanubari pengikut2 nya apabila kerapkali mengulangi akan turun ke jalanraya sekiranya mereka tewas dalam pilihanraya dengan meng "kambing hitam" kan SPR.

Taktik yang kotor ini juga mendapat sokongan agen2 asing dari luar yang diketahui sejak dahulu lagi mahu memporak perandakan Malaysia. Tambahan pula tiga ideologi politik berbeza dari PKR,DAP dan PAS pasti lebih memburukkan keadaan, kekeliruan ideologi ini ditutup dengan semangat mahu menumbangkan BN, mungkin mereka terlepas pandang keadaan2 kecelaruan yang boleh berlaku selepas itu.

Anwar dengan pro-Yahudi/Amerika , Lim Kit Siang dengan sentimen perkaumannya dan Nik Aziz dengan negara Islamnya. Bagaimana perbedaan ideologi ini dapat diintegrasikan dalam pentadbiran sebuah negara? Bolehkah ideologi komunis dan liberal diintegrasikan dalam pentadbiran sesebuah negara? Penulis yakin bahawa kerjasama yang ditunjukkan hanyalah kepura-puraan yang sementara sahaja.

Apabila segalanya telah porak peranda maka senanglah tangan2 asing dari luar mencampuri hal ehwal negara ini atas alasan kemanusiaan. Rakyat dinasihatkan agar tidak termakan dengan dakyah jahat yang ingin menghuru harakan negara sekiranya PR tewas semasa pilihanraya nanti.

Kita mungkin tidak dapat menghalang gerakan ini berlaku, namun kita boleh mengingatkan sahabat dan keluarga terdekat supaya tidak terlalu mengikut emosi kerana akhirnya yang menang jadi arang yang kalah jadi abu. Apa yang ditulis ada berdasarkan pengakuan terbuka penyokong2 PR sendiri iaitu sekiranya mereka kalah, mereka akan turun ke jalan raya !
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, April 29, 2013

Analisis Pilihanraya Malaysia oleh si "Talibarut C.I.A" yang berat sebelah


Taktik Anwar menggunakan tokoh2 dari luar negara untuk kepentingan politik beliau bukan lah satu perkara baru . Kalau semasa tahun 1998 , Anwar menggunakan pengaruh Al-Gore iaitu Naib Presiden Amerika Syarikat untuk memperlekehkan Tun Mahathir , untuk persediaan menghadapi PRU-13 , 2013 Anwar turut menggunakan pendekatan yang serupa . Beliau akan mengumpan beberapa tokoh luar untuk datang ke Malaysia dan campur tangan dalam hal ehwal politik negara ini . Semasa perhimpunan Bersih 3.0 dahulu tentu kita pernah mendengar seorang pengacau dari Australia , iaitu senator Xenaphone yang dilihat cuba menjadi pengacau dalam sistem demokrasi negara ini .



Xenophone walau bagaimanapun gagal mendapatkan sokongan lain2 senator di Australia bagi mendesak campurtangan dalam proses pilihanraya negara ini. Selepas Xenophone kita lihat Anwar turut mengheret beberapa 'pakar' dari luar negara untuk menjadi saksi dalam kes liwat beliau. Kemudian beliau turut menjual nama Yusof Al-Qardawi , kononnya ulama itu merestui perjuangan beliau . Namun permainan akal Anwar ini tak bertahan lama apabila Zulkifli Nordin mendedahkan selok belok penipuan Anwar memperdaya Yusof Al-Qardawi , baru-baru ini Yusof Al-Qardawi yang kononnya dikatakan menyokong Anwar telah menyampaikan surat penghargaan beliau kepada Najib atas usaha dan keberanian beliau melawat semenanjung Gaza.

"Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global. - UMNO Online"


Baru-baru ini, seorang tokoh luar iaitu Bridget Welsh seorang Professor Madya dari Singapura telah memberikan pandangan yang berta sebelah mengenai senario politik di Malaysia dalam artikel beliau di Malaysiakini , Welsh di lihat terpengaruh dengan propaganda-propaganda dalam media sosial yang cukup konsisten di mainkan oleh cybertrooper2 Pakatan , hakikatnya Welsh tidak melihat sendiri keadaan sebenar sokongan rakyat yang kini majoritinya telah beralih arah kepada BN , capaian internet di Malaysia tidak lah terlalu meluas hingga membolehkan golongan2 yang tinggal di kawasan kampung dan pedalaman untuk menerima ajaran2 fitnah yang disebarkan PR melalui internet dan media sosial .

Anwar mungkin gembira dengan pandangan Welsh itu , namun pandangan Welsh yang berat sebelah itu bukan lah sesuatu yang menghairankan kerana 2 individu ini memang ada kaitan antara satu sama lain . Malah kedua-duanya merupakan elemen-elemen pertubuhan Yahudi yang secara halus telah menjadikan beberapa negara sebagai boneka mereka.

"Barangkali kenyataan ini menjawab kenapa badan pemikir BJ Habibie, THC menjemput dua tokoh luar, Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Dr. Bridget Welsh (perunding Freedom House dan NED) sebagai ahli panel membincangkan buku bertajuk “Democracy Take-Off?: The BJ Habibie Period,” November lalu. - AIDC"

Bridget Welsh adalah perunding di Freedom House dan NED , manakala Anwar juga mempunyai hubungkait dengan NED . Seperti yang didedahkan lagi oleh blog AIDC, Anwar telah menghantar beberapa pucuk surat kepada pertubuhan itu melalui syarikatnya di Amerika Syarikat iaitu AIA (Anwar Ibrahim and Associates)



Oleh yang demikian, melalui pendedahan-pendedahan kaitan Anwar dan Bridget Welsh , jelas sekali pandangan akademik wanita itu akan berat kepada sahabat beliau . Selain itu kedua-dua individu ini juga mempunyai status yang agak istimewa di University John Hopkins . Sedikit tambahan , bila sebut pasal John Hopkins University dah nampak macam institusi pendidikan itu dijadikan 'pusat ternakan' pemikir2 yang mahu menjahanamkan Malaysia . Anak perempuan Anwar , si Nurul Izzah juga 'graduate' dari John Hopkins Universitiy . Penulis mempunyai firasat bahawa tak mustahil institusi pengajian tinggi seperti John Hopkins ini menjadi jarum halus anasir2 luar untuk mencemarkan pemikiran rakyat negara ini .

Sunday, April 28, 2013

Pengikut taksub PAS memang suka "snap" gambar Nik Aziz (makan.solat,tidur,etc) ,koleksi ke jamban bila lagi ?

Kehadiran Nik Aziz ke Putrajaya baru-baru ini hanyalah satu gimik politik yang cuba memberi gambaran kepada penduduk di Lembah Kelang bahawa orang-orang Putrajaya yang kebanyakkannnya bekerja di agensi-agensi kerajaan menyokong PAS . Hakikatnya , majoriti yang hadir semasa perhimpunan itu ialah dari  penyokong-penyokong tegar PAS di sekitar Lembah Klang , malah mungkin ada yang datang dari negeri berjiranan kerana kita tahu penyokong-penyokong PAS cukup taksub dengan pemimpin mereka. Tak hairan lah bila video 'ehem-ehem' Mustafa Ali yang dipercayai disebarkan oleh sekutu PAS iaitu PKR masih tidak dapat menimbulkan keraguan pengikut-pengikut mereka. Begitu dahsyat sekali PAS dalam usaha mentarbiah atau dalam bahasa lebih hi-tech iaitu 'brainwash' pengikut-pengikut mereka .



"TAKSUB - NIK AZIZ MAKAN SNAP GAMBAR, NIK AZIZ HIRUP PINGGAN SNAP GAMBAR, NIK AZIZ TIDO SNAP GAMBAR, NIK AZIZ SEMBAHYANG SNAP GAMBAR , NIK AZIZ NAK PEGI JAMBAN BILA LAGI NAK SNAP GAMBAR? "
Penulis berani mengatakan majoriti yang hadir semasa 'lawatan' Nik Aziz ke Putrajaya tempoh hari terdiri daripada orang luar berdasarkan maklumat yang diperoleh dari rakan yang sememangnya tinggal di Puterajaya. Mana tidaknya, melalui tinjauan semasa ceramah, kereta-kereta di kawasan-kawasan perumahan tetap penuh. Apa yang dimaklumkan kepada penulis ialah penduduk-penduduk di Putrajaya berasa agak terganggu dengan kerenah orang-orang luar yang datang menyesakkan Putrajaya , malah cara mereka berkempen juga agak memualkan . Husam seolah-olah terpaksa menggunakan pengaruh Nik Aziz untuk menjadi 'magnet' supaya orang ramai datang ke Putrajaya bagi menyaksikan ceramah  pemimpin utama PAS itu yang dilihat cuba berkompromi dengan DAP dalam isu kalimah Allah.



Apabila ada di kalangan penyokong-penyokong PAS mendakwa berpuluh ribu orang datang semasa ceramah Nik Aziz di Putrajaya, mungkin mereka lupa kawasan itu hanya mampu memuatkan 5 ribu orang sahaja , mungkin kalau nak kata terlalu 'pack' pun cukup lah setakat 6 ribu orang . Tetapi bila dikatakan berpuluh ribu orang , adakah mereka cuba menipu orang ramai dengan angka ini ? Mulut tak putus berzikir, kepala atas kemas bersarban ... tapi mulut menipu , tak guna juga . Lagipun memang dah dijangka akan wujud orang2 macam ni di akhir zaman nanti. Ohh ya , bagi mereka yang aktif singgah di page2 FB politik , tentu perasan 2 hari lepas gambar Nik Aziz yang dikerumuni orang ramai selepas selesai solat Jumaat . Seperti yang dinyatakan di atas, majoriti manusia2 yang berkerumun itu adalah orang2 luar dari Putrajaya .

Kenapa orang luar ? Sebab masjid Putrajaya pada hari Jumaat tu sesak agak luar biasa dek kerana kehadiran orang2 luar yang datang. Pelik tapi benar , ini lah sikap pengikut-pengikut taksub PAS yang lebih suka bersolat jumaat luar dari kariah mereka hanya semata-mata Nik Aziz bersolat di situ .Dari dulu hingga sekarang sikap taksud ni memang susah nak diubah, cuma kita bersyukur apabila ada pengikut-pengikut tegar PAS akhirnya dah membuka mata selepas berpuluh tahun bersama-sama dalam perjuangan parti itu contohnya Cikgu Non yang cukup kontroversi dengan pendedahan beliau pasal tabung Memali yang dilesapkan PAS . PAS memang pakar melesapkan tabung2 , terbaru mereka cuba menipu orang ramai kononnya derma untuk tabung perwira-perwira Lahad Datu . Hakikatnya ,  nombor akaun yang diberi masyukkk dalam tabung PAS .




Saturday, April 27, 2013

Fitnah RM 58 billion untuk kempen pilihanraya BN menunjukkan kebodohan Ketua Pemuda PAS

Fitnah terbaru yang disebarkan oleh barua2 Pakatan di internet , malangnya di 'pick up' oleh pemimpin muda sengal PAS dalam dia punya 'twitter' . Dikatakan Najib membelanjakan RM 58 billion untuk kempen pilihanraya. Seriously this is the most mothafawking bullshit i'd ever heard ! Fitnah ni menunjukkan kebodohan puak2 Pakatan tentang ekonomi, sebab itu mereka dengan mudahnya menjilat fitnah2 yang ditaburkan oleh pemimpin2 Pakatan , dan sekarang terjawab lah bagaimana mereka ni senang kena tipu pasal harga minyak turun , harga kereta turun , PTPTN dihapus dan macam2 lagi.

Anwar and the gang petik sikit bab2 ekonomi ni sambil spin2 beberapa fakta, pecacai2 jadi mudah kagum. Nak buat analisis atau study sendiri tak faham..jadi dengan mudah la depa ni semua kena tipu. Lepas tu bila bersembang dekat kedai kopi cakap macam pakar ekonomi. Berbalik pasal kisah RM58 billion untuk pilihanraya, penulis bagi 'hint' untuk kita berfikir tentang logiknya perkara ini.

Pertama bandingkan kos itu dengan pendapatan negara kasar, hutang negara dan kos untuk membayar gaji kakitangan awam seluruh malaysia, selain itu tengok juga dari sudut kos sistem pertahanan yang boleh dipertingkatkan dengan RM58 billion..? Boleh buat analisis dan kantoikan fitnah ini dengan mudah. Daripada depa buat fitnah ni, lebih baik sekiranya difikirkan kebenaran mengenai cerita Anwar menyimpan not2 rm1000 dan rm500 . Juga tentang kebenaran cerita akaun2 luar yang dimiliki kroni2 beliau.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Nik Aziz,Karpal Singh dan Lim Kit Siang Tersinggung Dengan Kenyataan Anwar di Segamat?

Anwar dalam satu ceramah di Segamat, begitu celupar sekali mengeluarkan kata2 penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir . Mungkin tertekan dengan tindakan Tun yang sentiasa saja membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya diri Anwar , kata-kata berikut dihamburkan untuk manifestasi kemarahannya.

"Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah"

Namun kata-kata Anwar ini secara halus juga barangkali bisa menusuk kalbu pemimpin-pemimpin veteran lain dalam Pakatan yang masih ligat berpolitik walaupun keadaan fizikal dan kesihatan seringkali menganggu. Antara pemimpin2 yang boleh dikategorikan veteran tetapi masih ligat berpolitik dalam kumpulan Pakatan ialah Lim Kit Siang (72) ,Nik Aziz (82) dan Karpal (73)

Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM dan lain2 jawatan dalam politik pada usia 77 tahun. Tun diberikan kesihatan yang baik , malah ketajaman fikiran walaupun umur semakin meningkat. Anwar mungkin rasa tercabar kerana disebalik usia Tun yg semakin meningkat, beliau masih mampu mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia. Anwar barangkali menganggap Tun sebagai halangan psikologi untuk majoriti rakyat terpengaruh dengan penipuan yang beliau canangkan di setiap ceramah.

Anwar dah banyak kali cuba 'character assasinate' Tun , tapi rakyat tetap sayang dengan Tun. Anwar terlalu kecewa , kemuncaknya kata-kata penghinaan terhadap Tun terus tersembur keluar semasa ceramah di Segamat dan terlupa barangkali dengan sahabat2 beliau yang sedang melalui usia emas.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday, April 25, 2013

Bandingkan Bilangan Saman Mereka ; Rafizi 9, Anwar 47, Wan Azizah 10 dan Rosmah 2

Bila Rafizi buat pendedahan mengenai saman AES Rosmah Mansor yang tak dibayar , ramai puak2 penyokong LGBT bersorak-sakan dan tak cukup tanah melompat-lompat keriangan seolah-olah satu isu yang sangat besar telah didedahkan . Kita akui , memang pengarah strategik PKR ini rajin buat 'homework' untuk mendajalkan orang . Malangnya 'homework' yang Rafizi buat selalu tak lengkap , contohnya semasa beliau mendedahkan beberapa akaun berkaitan dengan skandal NFC pada satu ketikan dulu . Rafizi yang kononnya seorang akauntan hebat boleh terlepas pandang Akta BAFIA , akhirnya apabila disaman mula lah Rafizi meroyan dan melaung-laungkan supaya hak 'whistle blower' perlu di pertahankan .

Blogger Papagomo dan Seademon telah membuat beberapa analisis mudah berkenaan saman AES ini bagi menjawab tohmahan Rafizi . Gambar di bawah ada 'screen capture' saman AES Rosmah Mansor , kononnya pendedahan ini cukup membuatkan Rafizi bangga dengan peranannya sebagai 'whistle blower' ataupun 'bapak segala pendedahan'


Maklumat yang ditujunkkan oleh Rafizi bukan lah sesuatu yang mengejutkan , adakah hanya dengan berbekalkan 'saman tak berbayar' menjadikan sesorang itu jahat ??  Kereta yang disaman itu pun dari jenis kereta tempatan 'Proton Waja' , tidakkah ia menjadi satu kebanggaan apabila isteri Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan 'boros' dan macam tohmahan lagi sudi untuk menggunakan kereta Proton Waja . Selain itu, jelas sekali keadilan yang ditunjukkan oleh kerajaan BN kerana tidak memilih bulu dalam mengeluarkan saman tak kiralah apa pun status penerima saman itu.  Sama seperti yang berlaku pada pemimpin PAS Perlis yang turut kantoi dengan saman AES , kezuhudan pemimpin2 PAS seperti yang dicanangkan oleh penyokong2 mereka terserlah apabila kereta jenis Porsche milik beliau turut terkena badi saman AES . 



Blogger Seademon pula dalam blognya menulis , Rafizi sibuk mencari kesalahan saman orang lain walhal 'spender sendiri terkoyak dia tak nampak' , kiasan 'spender sendiri terkoyak' maksudnya Rafizi pun ada jugak saman AES malah lebih banyak dari saman yang Rosmah Mansor dapat . Hasil carian yang dibuat oleh blogger Seademon menggunakan khidmat SMS MyEG , ditunjukkan Rafizi masih ada 9 lagi saman yang masih belum berbayar.  Menggunakan portal SPR , dan beberapa maklumat lain blogger itu menggunakan IC Rafizi yang tertera dalam portal itu untuk menyemak status saman Rafizi.  Selain status saman Rafiizi  , beliau juga menyemak status saman Anwar dan  Wan Azizah.


Saman Rafizi

Saman Aljuburi

Saman Wan Azizah

Mantap sekali pendedahan yang dibuat oleh Rafizi itu ,peliknya kenapa tak didedahkan sekali kepada umum yang hang , ketua hang dan bini ketua hang pun ada saman ? Bah kan lagi berderet dari saman yang Rosmah dapat . 

Satu lagi tolong tanya kenapa Anwar dan bini dia guna alamat orang lain di Permatang Pauh ? Bukan kah ini salah satu ciri2 pengundi2 hantu yang dilaung-laungkan Ambiga Bersih ?? Alamat rumah yang ditunjuk orang lain yang duduk , satu alamat ada 3 orang yang berdaftar sebagai pengundi ... bahkan orang yang duduk dalam rumah berkenaan katanya takda apa2 hubungan atau tali persaudaraan dengan yang 2 lagi tu ? Kes-kes macam ni lah yang Ambiga Bersih sering persoalkan. Sekarang kena dah batang hidung sendiri ? Tak nak jilat balik ke ludah tu ?




* Artikel di atas diolah dari Seademon dan Papagomo.





Wednesday, April 24, 2013

Akar Umbi Bengang bila Ularmak Sarbanistas kata Zina Perkara Kecil

Tersentak seketika bila membaca satu artikel di portal media KLPos.com berkenaan bantahan akar umbi PAS terhadap 'statement' Hadi Awang yang mengatakan zina itu perkara kecil . Penulis bukan lah alim sangat orangnya , tapi bukan kah zina tu salah satu daripada dosa-dosa besar yang dimurkai Allah ? Tergamak Hadi Awang keluarkan 'statement' yang songsang sebegitu . Tapi penulis dapat jangka lepas je dapat bantahan ke hulu ke hilir dari akar umbi , maka Hadi akan keluarkan kenyataan bahawa media UMNO memutar belitkan kenyataan beliau . Ini adalah 'statement' standard orang2 dalam Pakatan , sama juga untuk puak2 PKR dan PAS . Perkara yang salah tetap salah , tak kiralah siapa pun pelakunya . Jangan disebabkan nak mempertahan pungkok orang2 yang berkenaan , maka soal kebenaran di tolak tepi . Ni amanat Hadi yang baru pulak ke ? Kalau amanat Hadi yang dulu boleh membuatkan seorang ahli PAS sanggup untuk membunuh Mahathir , amanat 'baru' macam ni agaknya macam mana lah 'respond' sarbanistas2 dalam PAS . Tak salah lah ungkapan sindiran yang dibuat seorang sahabat dilihat kena tepat batang hidung PAS ... "Lobai2 yang hipokrit dalam PAS ni umpama kepala atas berbalut kemas... kepala bawah tak boley cotrol" ... prfttt...



Dari laporan KLPos ;


Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa perbuatan zina merupakan perkara kecil dibidas oleh penyokong akar umbi parti tersebut.

Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perbuatan zina adalah satu dosa besar dan ianya tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana umat Islam.

"Kami menyangkal sepenuhnya dan mengecam kenyataan Presiden yang mengatakan zina merupakan perkara kecil."

"Sejak bila zina ini menjadi (perkara) kecil. Sejak kawan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ke? Ataupun ada wahyu baru yang mengatakan zina ini perkara kecil?," katanya dalam satu sidang media di Bukit Mertajam, semalam.


Seterusnya

Tuesday, April 23, 2013

Kena serangan jantung selepas dibelasah penyokong PAS

Kebiadapan parti yang kononnya memperjuangkan Islam makin menjadi-jadi. Hanya kerana taksub dengan politik jumud parti itu, beberapa penyokong PAS dikatakan telah memukul seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob,61 . Entah syaitan apa yang merasuk mereka hingga sanggup memukul saudara seislam yang hanya mencari rezeki menjalankan tugas yang di amanah.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa meminta seorang penyokong PAS mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang menghalang laluan keluar kenderaannya. Masyallahhh...dipukul di hadapan rumah sendiri , silapnya orang yang menghalang laluan keluar ! Memang buruk sungguh perangai penyokong2 PAS ini, dah la buat silap, bila ditegur kena belasah pula. Such a haramjadah !

Dari sumber, Muhammas tidak meninggal sejurus selepas dibelasah penyokong2 PAS . Beliau kembali ke rumah selepas itu dan mengalami sakit dada pada kira2 pukul 1:15 pagi. Mungkin beliau mengalami tekanan selepas dibelasah dan mengalami serangan jantung. Kita tunggu sidang media rasmi Ketua Polis Daerah Gua Musang untuk dapat butiran terperinci.

Kejadian yang berlaku ini amatlah menyedihkan. Ini adalah hasil tunjuk ajar pemimpin2 PAS yang biadap. Kalau pemimpin kurang ajar, biadap dan arrogant , apatah lagi perangai pengikut2. Diharap pada semua penyokong2 parti politik , jangan di ikut sangat hawa nafsu dan perbuatan2 melampau kerana tindakan anda bukan saja susahkan diri sendiri tetapi juga orang2 lain.

Bayangkan nasib isteri dan anak2 Muhammas selepas ini. Memang lah ajal maut di tangan tuhan..tetapi kematian yang disebabkan dendam akibat hasutan syaitan2 politik amat merugikan . Kita tolak budaya samseng sebegini ! Ajar Pakatan dalam PRU-13 ini hingga mereka tak boleh bangun lagi.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, April 22, 2013

Budak PAS 'hentak' budak PKR di Sg.Acheh.

Malang sungguh nasib Chegubard ni , ditendang ke Sg.Acheh oleh Anwar hingga niat bertanding sebagai calon piliuhanraya di kawasan itu dikritik hebat oleh penduduk2 setempat. Mana orang tak marah, asal dari negeri lain, datang ke tempat orang terhegeh2 nakkan kerusi kawasan, walhal orang tempatan sepatutnya diutamakan. Mungkin hanginn satu badan dengan Chegubard ni, maka satu insiden telah berlaku di hari penamaan calon. Ingat ye... Ini bukan kerja UMNO ,ini kerja sesama uols..m



Penulis pelik betul dengan kepimpinan Pakatan Haremm ini. Kalau boleh semua tempat dia nak 'control' tanpa mengambilkira sensitiviti penduduk setempat. Contoh mudah tengok je Ketua Menteri Penang tu asalnya orang Melaka, asal bertanding kat Melaka ... Tup tup menang bila bertanding kat Penang, terus dilantik jadi Ketua Menteri ? Ewah ewah banyak cantik...takde orang tempatan dari Penang yang berkualiti ke? Mentang2 la DAP parti anak beranak, maka sesuka hati dia je dapat jadi Ketua Menteri.

Berbalik kepada soal pertandingan Chegubard di Sg Acheh. Dah terang dan nyata bahawa akar umbi PAS sememangnya cukup menyampah nak bekerjasama dengan PKR dan DAP yang seolah olah menjadi 'BOS' dalam kerjasama haram itu. Mungkin mereka terpaksa 'pasrah' seketika kerana pemimpin2 mereka sendiri yang mahu diperkotak katikkan PKR dan DAP.

Kalau dibantah maka keluarlah segala hadis nabi dan ayat alquran seolah olah menunjukkan kepimpinan dalam PAS tak bleh ditegur. Buat PAS , cukup-cukup lah dijadikan 'budak suruhan' dalam Pakatan Rakyat walhal kekuatan akar umbi dalam PAS itu sendiri yang menguatkan Pakatan Rakyat..bukan kekuatan PKR dan bukan DAP. Anyway Chegubad 'mengadu' dalam twitter mengenai perkara ini, mujur lah ada screen capture. Selepas perkara ini tersebar di blog2 pagi ini, timeline twitter berkenaan dah hilang...damage control la teww
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

'Si Raja Goyang' tayang 'video' sendiri semasa ceramah di Permatang Pauh ?

Telah diberitakan semalan kepada penulis melalui seorang rakan yang mendapat sms dari penduduk Permatang Pauh yang katanya rakyat di Permatang Pauh telah mula mencurigai si raja goyang Anwar Ibrahim. Ini berpunca dari tindakan jentera PKR yang menayangkan 'video lucah' Anwar kepada mereka yang hadir ceramah kononnya untuk membuktikan lelaki dalam video itu bukanlah Anwar seperti yang dikatakan oleh Datuk Trio yang dikepalai oleh Datuk Eskay.

Kononnya pada malam itu, Anwar akan menampilkan klon beliau semasa ceramah di Permatang Pauh. Kisah penampilan klon Anwar ini turut diwar warkan oleh media dan blogger2 pro Pakatan. Malangnya, klon yang didakwa akan tampil di majlis ceramah itu diberitakan Anwar kononnya telah ditahan di sempadan bersama-sama orang yang bertanggungjawab mengiringi beliau. Memang si raja goyang cuku bijak bergoyang dgn pelbagai macam alasan.

Tindakan Anwar merancang drama ini ternyata satu kesilapan yang amat besar. Pertama 'klon' yang dikatakan individu sebenar di dalam video gagal dibawa, kedua .. sudah la 'klon' gagal dibawa , video sumbang yang ditayang kepada umum itu cukup memualkan mereka. Dari sms yang diterima , turut mengatakan kenapa Anwar gelabah sangat dengan isu 'video' sumbangnya hingga sanggup menayangkan pada orang yang hadir di ceramah itu.

Kalau nak tahu, mereka yang suka menghadiri ceramah2 politik ini terdiri dari pelbagai latar belakang, termasuklah budak2 , lelaki, perempuan, anak dara, anak teruna, janda, duda, ustaz dan ustazah. Bayangkan reaksi mereka apabila 'video' sebegitu dipertontonkan parti politik bertanding ? Lebih mengejutkan video ditayangkan oleh parti politk yg diwakili oleh individu yang dikatakan ada kaitan dengan 'video' sumbang itu dan bukan parti politik lawan ? Jadi penduduk mula bertanya 'kenapa dia gelabah sangat sampai sanggup tayang 'video' tu?'

*Penulis tidak tahu samada video berkenaan benar-benar ditayang semasa ceramah si raja goyang di Permatang Pauh, penulisan ini hanyalah berdasarkan dari sms dan maklumat yang diterima. Sekiranya ada pembaca yang mempunyai bukti bergambar berkenaan kejadian ini, mohon sharekan gambar berkenaan.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Friday, April 19, 2013

Raih undi melayu & bumiputera : Strategi licik DAP mempergunakan lambang PAS,PKR

Dari laporan Bernama, pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya dalam pilihanraya umum ke-13. Itu adalah kenyataan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman semalam. Sebelum itu ROS telah memaklumkan pada DAP bahawa badan itu tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang jawatan CEC dalam parti DAP.
Keputusan ROS yang seolah olah men 'jentik' telor DAP itu telah membuatkan pemimpin2 tertinggi parti itu meroyan, juga tak ketinggalan penyokong2 tegar parti itu. Mungkin pemimpin dan penyokong DAP dah lupa bahawa ahli DAP sendiri yang membuat laporan kepada ROS kerana ketidak telusan pemilihan CEC parti itu.



Pada penghujung Januari 2013, pengerusi DAP Senawang Desa Dahlia, Richard Francis dan timbalannya Jesu Dason telah membuat laporan kepada ROS berkenaan pemilihan CEC parti itu.Richard berkata DAP sibuk dengan 'kebersihan' di luar parti sedangkan 'dalaman' parti itu sebenarnya kotor.
Menariknya, walaupun keputusan CEC menyatakan pendaftaran CEC tidak terbatal dan DAP masih boleh menggunakan lambang parti itu untuk pilihanraya. DAP mengambil langkah mudah untuk menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.

Tindakan DAP itu dilihat seperti sengaja membuat provokasi kepada ROS. Selain itu, mereka juga sengaja mencari alasan untuk bertanding dibawah bendera PAS dan PKR kerana sedar , sokongan dari masyarakat melayu dan bumiputera amat penting bagi memastikan kemenangan DAP dalam pilihanraya. Dipercayai DAP cuba mengelirukan pengundi melayu dan bumiputera dengan menggunakan logo PAS dan PKR.
Oleh itu keengganan DAP utk tidak menggunakan logo parti itu sendiri tidak mengejutkan kerana tujuan mereka hanya lah untuk "menipulasi" undi . Mereka gagal membawa tokoh melayu ke dalam parti DAP untuk dipergunakan dalam pilihanraya bagi mendapatkan sokongan pengundi melayu.

Jadi strategi mereka sekarang ialah mempergunakan rakan2 sekutu terutama PAS utk memperoleh undi melayu. Oleh itu, pengundi terutama orang melayu tidak terkeliru dengan musihat DAP ini. Hendak selamat, pastikan aja DAP, PKR dan PAS terkubur terus bila keputusan pilihanraya diumumkan.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network



Wednesday, April 17, 2013

BN Kalah Pun Tak Apa Asal (Chee-Bye)2 Parasit di 'Flush' ke Lubang Jamban Neraka Jahanam !

Tahniah aku ucapkan kepada mereka di dalam gambar di atas. Disebabkan tak tercalon, mereka jadi calon bebas dan mahu jadi konsensus yang mesra Pakatan . Aku harap lebih banyak lagi spesis2 bangsat dari Barisan Nasional yang nak menuruti perangai 3 ekor parasit ni, cepat2 tampilkan diri anda dan ikut jejak langkah 3 ekor ni .

Aku tak kisah kalau BN kalah sebab parasit2 cum bangsat dalam BN yang berpaling terhadap parti hanya disebabkan tak jadi calon . Biar bangsat2 dan parasit ini dikeluarkan cepat2 sebelum jadi kanser dalam BN . Tengok saja hati gelap mereka ni, kononnya kecewa sebab BN tak mencalonkan mereka semula selepas segala usaha keras dibuat.

Bull shittt !!! Sikap macam tu macam nak tunjuk kerusi ahli parlimen atau kerusi DUN tu hak milik mereka selamanya. Kenapa 'frust' takut duit yang mungkin selama ini jadi 'easy earn money' to 'hard earn money' . Aku harap lebih ramai bangsat2 dan celaka2 dalam BN yang ada mindset macam ni dikeluarkan , masuk ke kem PR .

Biar nanah dalam BN yang depa bawak selama ni menular dalam PR...prfttt Mat Taib..satu lagi contoh klasik, merajuk...dok senyap2, dekat PRU, masuk PAS ...weiii boleh belahhh pegi mamposss la orang2 jenis macam ni . BN adalah institusi politik milik RAKYAT, bukan hak milik ahli politik dalam BN tu sendiri . Jadi tolong sedar diri chee baiii2 parasit semua !!!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Fitnah Calon BN Gombak : Pemilik Blog Mungkin Bakal Dikenakan TIndakan Undang-undang

Sebaik saja nama bagi calon BN untuk Parlimen Gombak diumumkan , desas desus kisah lama mula diungkit walhal kisah yang dicanangkan itu telah pun di jelaskan . Namun mungkin kerana kurang hebahan , atau cerita sebenar orang dah lupa , maka kisah moral calon BN Gombak mula ditimbulkan kembali . Beberapa blog-blog menyokong Pakatan mengambil peluang ini untuk menjatuhkan maruah Datuk Dr. Rahman Ismail iaitu calon BN untuk Gombak . Mereka menjaja semula cerita itu tanpa berusaha meng 'google'  mencari kebenaran di sebalik kisah itu .




Kisah kononnya Datuk Dr. Rahman mempunyai isu moral dengan penyebaran gambar beliau bersama2 seorang wanita telah dijelaskan sebelum ini . Mungkin pada ketika itu, keberkesanan sebaran maklumat adalah kurang , jadi ramai yang tak ambik pusing berkenaan hal ini dan mungkin juga lebih memfokuskan pada isu2 yang lain. Dari blog Gelombang Wangsa Maju , beberapa huraian mengenai tuduhan ini telah dibuat . Pertuduhan ini dinafikan cukup dengan bukti2 dokumen dan surat2 dari suami wanita berkenaan sendiri . Oleh itu, blogger2 pro-Pakatan yang menyiarkan tuduhan ini berkemungkinan akan menghadapi tindakan undang2 sekiranya artikel berkenaan yang terang2 menuduh tanpa ada tanda tanya, atau hal2 yang mempersoalkan kebenaran tuduhan itu. .

Dari blog Gelombang Wangsa Maju ;


"Mohd Suffian Abdul Aziz telah MENGAKU membuat TUDUHAN PALSU terhadap Dato' Dr. Rahman Ismail, akibat salah faham. Beliau juga telah MENARIK KEMBALI TUDUHAN ke atas Dato' Dr. Rahman Ismail dan MEMINTA MAAF ke atas kekhilafan yang telah dilakukan.

Mohd Suffian Abdul Aziz juga telah MEMINTA SEMUA TUDUHAN ke atas Dato' Dr. Rahman Ismail DIKELUARKAN DARIPADA SEMUA AKHBAR, PORTAL, LAMAN WEB DAN BLOG pada 7 Mac 2012."


Bukti ini adalah yang pertama , ada lagi bukti-bukti yang akan menyusul sekiranya fitnah ini disebarkan secara berterusan.


Benarkah Sokongan Kaum Cina Terhadap BN Makin Terjejas ?

Senario politik yang berlaku dalam negara ketika ini dimomokkan seolah-olah kaum Cina secara total menolak Barisan Nasional . Perkara ini mungkin benar beberapa tahun lepas, namun kini setelah banyak transformasi yang dilakukan oleh Najib angin perubahan sokongan kaum Cina terhadap BN telah kembali meningkat . Tak dinafikan sekiranya dilihat dalam laman2 sosial , ramai belia kaum Cina seolah-olah menolak Barisan Nasional , namun hal ini tak lebih dari satu permainan psikologi parti lawan yang menggunakan Cyber Trooper upahan mereka .


Cyber Trooper ini juga memainkan peranan dalam menyebarkan fitnah dan menimbulkan kebencian kaum Cina terutama dari golongan belia untuk membenci kerajaan BN . Usaha jahat mereka mungkin sedikit berhasil apabila perhimpunan Bersih 3.0 dan Perhimpunan Hijau dihadiri majoriti peserta berbangsa Cina . Namun sokongan kaum Cina terhadap parti lawan dilihat semakin merosot dengan kepincangan-kepincangan  yang didedahkan terutama dalam parti DAP . Bebebrapa video bakal dikeluarkan kelak yang memaparkan beberapa pengakuan bekas pengikut dan pemimpin DAP yang mendedahkan penyelewengan beberapa pemimpin DAP.

Usaha2 yang dilakukan PM untuk mendekati belia2 Cina juga semakin mendapat sambutan. Mereka lebih berminat untuk mengetahui perkembangan politik tempatan dan melalui program2 yang dihadiri PM , dapat dilihat mereka mengagumi sikap peramah dan keterbukaan Najib . Namun , ada saja usaha jahat daripada parti lawan yang mengarahkan pengikut2 mereka yang terdiri dari belia Cina untuk mensabotaj program2 Najib mendekati kaum Cina .

Rakaman photo dan video sengaja dibuat dalam sudut dimana seolah-olah Najib ditolak oleh masyarakat Cina walhal hakikatnya apa yang berlaku ada segelintir saja berbanding jumlah yang hadir . Diakui PM perlu terus secara konsisten mengembalikan kepercayaan masyarakat Cina dengan kemampuan BN untuk memakmurkan negara ini dengan kekayaan. Di samping itu fitnah-fitnah yang disebarkan perlu ditangkis secara bijak supaya sentimen ini tidak terus berakar dalam minda generasi muda kaum Cina.

Tuesday, April 16, 2013

Calon BN Selangor : Jangan Tewas dari Segi 'Team Work' Sebelum Bertanding

Senarai calon PRU-13 untuk Barisan Nasional dah diketahui. Pelbagai reaksi yang timbul, ada yang suka dan ada yang sedih, cuma apa yang penulis harap tiada yang berdendam kerana tak terpilih . Pagi ni penulis terima sms daripada seorang sahabat jauh di utara tanah air yang menyatakan beliau tak terpilih menjadi calon tapi beliau akan terus membuat kerja2 membantu rakyat seperti yang biasa dilakukan, tak kira samada BN menang atau kalah.

Beliau juga akan terus memberikan sokongan pada BN, penulis juga akan terus mengundi BN walaupun calon yang terpilih di Parlimen tempat penulis mengundi bukanlah orang yang penulis mahu. Mungkin Dato' Seri Najib ada alasan beliau tersendiri. Disebabkan penulis menetap di Selangor, jadi calon2 BN di Selangor turut mendapat perhatian. Ada banyak muka baru dalam senarai calon, tetapi ada juga beberapa muka lama.

Seperti dijangka , akan ada saja ketidak puasan hati akan berlaku. Selepas tsunami politik 2008 , tentu semua masih ingat apa kata Tun Mahathir. Parti harus di utamakan tanpa mengambilkira siapa calonnya. Pada ketika itu,mungkin baru lepas kalah teruk di Selangor maka semuanya mengangguk dan mengiakan kata Tun dengan penuh keinsafan. Tetapi apa yang berlaku kini seperti sudah ada bibit2 'boikot' yang cuba ditunjukkan. Adakah mereka yang cuba menimbulkan bibit2 'boikot' ini lupa dengan peristiwa 2008 ?

Penulis harap, tolonglah lupakan seketika kepentingan peribadi dan jadikan kepentingan parti keutamaan. Sekiranya sikap begini cuba dilakukan lagi, ia hanya akan mendatangkan kerugian pada parti. Parti lawan akan bersorak riang bertepok tangan menghidu kemenangan awal mereka iaitu dari segi 'moral' dan 'party teamwork'.

Kita faham, mungkin 'boikot memboikot' ni berlaku disebabkan calon2 tertentu mempunya 'masalah2' tertentu. Tapi demi kepentingan parti, kita tolak dulu hal itu ketepi..pandai lah kita ajar mereka untuk jadi 'wakil rakyat' yang berhemah sekiranya terpilih. Calon2 yang dikatakan 'bermasalah' ini akan dipantau kerja2 malah pergerakkan mereka.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, April 15, 2013

Ramalan 13 Babak Lakonan Pakatan Mungkin Tepat , 3 daripada 13 Babak Sudah dilakonkan.


Dalam satu artikel yang lepas, penulis telah mewar-warkan infografik yang diperoleh dari seorang teman mengenai 13 kejutan yang akan dilakukan oleh Anwar menjelang PRU-13. Kejutan yang pertama ialah menggunakan keluarga Saiful Bukhari untuk menentang Saiful Bukhari . Perkara ini dah berlaku .

Baru-baru ini kita tahu SAMM di bawah Chegubard iaitu konco tegar Anwar begitu ligat melancarkan kempen mengharamkan UMNO. Tweet terbaru beliau mengesahkan bahawa esok puak SAMM akan memfailkan permohonan bagi mengharamkan UMNO. Dari infografik yang tersebar , perkara itu berada di nombor 12.



Selain itu dari infografik, perkara nombor 11 ialah surat yang kononnya datang dari Yusof al-Qadrawi mengatakan bahawa Anwar patut menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bukankah baru2 ini Zuraida , ahli parlimen PKR Ampang mendedahkan bahawa memang wujud surat sokongan Yusof al-Qadrawi kepada Anwar?

Jadi babak2 lakonan PR menjelang PRU-13 benarlah seperti yang dinyatakan dalam infografik berkenaan . Setakat ini mereka telah melakukan perkara no.1 , 11 dan 12 . Babak2 lain mungkin akan dilakonkan apabila hari pengundian semakin hampir. Babak2 ini telah dijangka dan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum dilakonkan.

Jelas perancangan 'teliti' mereka ini dah terbongkar tetapi standard politik sampah muka tebal mereka buat bodoh dan teruskan lakonan sedangkan satu malaysia sudah tau depa punya skrip ! Bahaya jika dibiarkan puak2 jahanam ini memerintah negara.
_______________________________
Image taken with Screen Grabber.
Download it free from the App Store : http://jred.co/free_app_sc
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Amanat Lama VS Amanat Baru Haji Hadi Awang

Masih lagi berkenaan dengan cerita video pemimpin PAS , sebolehnya penulis tak mahu lagi mewar-warkan cerita ini untuk menjaga maruah si pelaku , sebab bagi penulis tak perlu lah dihentak sangat si Cikgu Pa tu , target kita Aljobori sebab dia merupakan segala dalang dan penyebab kucar kacir di Malaysia ni. Tak mustahil dia pun salah satu elemen dalam pembikinan video Cikgu Pa. Tadi penulis terbaca dalam Utusan Malaysia mengenai respon Hadi Awang mengenai video Cikgu Pa semasa dalam ceramah beliau di Kota Samarahan . Amat memalukan sekali apabila beliau begitu selamba sekali menafikan lelaki dalam video berkenaan adalah Cikgu Pa .


Pada penulis , kalau nak jaga maruah sekali pun tak perlu lah menipu , cukup saja dengan perkataan "no comment" . Tindak tanduk beliau menunjukkan sarban yang dipakai oleh seseorang itu tak menjadi perisai untuk orang tu melakukan dosa menipu . Mungkin tidak senang dengan 'statement' yang dikeluarkan oleh Hadi , seorang pengunjung laman forum Cari (Maideen) telah meninggalkan komen berikut untuk kita 'hayati' . Mungkin bunyinya agak kelakar, tapi mesej tersirat yang ingin disampaikan cukup jelas .



Amanat lama:

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Yang ni Amanat Baru:

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita backing Haji Stopa kita, bukan kerana dia Setia Usaha Agong PAS.  Kita backing Haji Stopa kita bukan kerana kita malu kantoi Isle kesana Isle kemari aurat kehulu aurat kehilir tapi bila nak Inzal cakap omputih. Kita backing dia ialah kerana dia sakit lutut, sembahyang pon atas kerusi, buat style missionary pon tak sampai 2 menit dan lepas tu terpaksa tukar cowgirl style, maklom lah sakit lutut.. Oleh kerana Haji Stopa sakit lutulah lah kita backing dia. Oleh kerana itulah kita salahkan UMNO. Oleh sebab Haji Stopa sakit lututlah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Spender Haji Stopa kita adalah unik, sizenya  adalah besar, spender Haji Stopa adalah one of a kind. Bergantunglah kita kepada spender Haji Stopa dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir jika tak percaya Haji Stopa sakit lutut'.

Najib sempurnakan pelancaran Esscom


LAHAD DATU - Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan pelancaran pusat pemerintahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sini.


Pelancaran simbolik itu berlangsung 12 tengah hari ini di Pangkalan Polis Marin yang menjadi pusat sementara sebelum ibu pejabat Esscom dibina.


Penubuhan Esscom diumumkan Najib pada 7 Mac lepas dalam lawatan pertamanya ke daerah Lahad Datu bagi meninjau Operasi Daulat susulan pencerobohan pengganas Sulu di daerah itu sejak Februari lepas.


Esscom merupakan ejen penguatkuasaan bagi Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) yang merangkumi 10 daerah sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah dan diwujudkan bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini ekoran krisis pencerobohan tersebut.


Esszone meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak Semporna dan Tawau.


Perdana Menteri dalam lawatan singkatnya hari ini juga dijadual melawat Felda Sahabat untuk menyampaikan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang terlibat dalam Operasi Daulat di Lahad Datu. - Bernama

Sunday, April 14, 2013

Penerbit Filem Hollywood Patut Guna Kepakaran Video Papagomo

Sebenarnya penulis berasa agak pelik dengan 'macai-macai' dan 'cybertroopers' Pakatan , seolah-olah tak mahu terima kenyataan tentang kelakuan tidak bermoral seorang pemimpin PAS baru2 ini . Malah ada di antara mereka seolah-olah seperti mendungukan diri sendiri dengan mengatakan video berkenaan adalah editing dan orang yang terlibat di sebalik penyebaran video berkenaan adalah Papagomo . Asal keluar video kantoi PR , nama Papagomo yang naik . Pelik benar penulis dengan sikap sesetengah pemimpin dan macai2 Pakatan . Kalau benar lah bagai dikata , iaitu Papagomo mampu untuk membuat semua editing video skandal itu , blogger berkenaan tak perlu tinggal di Malaysia lagi . Dengan kemahiran video editing yang beliau ada itu , tak mustahil dia boleh jadi millionaire kalau buat kerja-kerja ni kat luar negara.



Bayangkan karier politik Bill Clinton boleh berakhir apabila skandal beliau dan Monica Lewinsky tersebar , itu berlaku tanpa sebaran gambar , video atau medium2 seumpamanya . Musuh2 politik Presiden Barrack Obama boleh saja menggunakan teknik yang digunakan oleh Papagomo untuk menghancurkan karier politik Obama . Takkan lah kemahiran pakar2 video dari US tak boleh menandingi kepakaran editing video oleh Papagomo . Kadang2 hal semacam ini malas untuk penulis bicarakan , tetapi terpaksa juga ditulis dalam entri ini memandangkan hal ini rancak dibincangkan dalam Facebook dan forum2.  Mungkin sekiranya ditunjukkan 'video2 editing' Papagomo ini kepada pengarah2 filem di Hollywood , mungkin untuk filem2 akan datang Papagomo akan dibayar sebagai filem editor.

Terbaru, seorang macai Pakatan dengan bodoh meletakkan borang aduan SKMM dalam laman blog beliau kononnya Papagomo sebagai orang bertanggungjawab terhadap penyebaran video Mustafa Ali itu . Tak di nafikan memang dalam blog Papagomo ada dipaparkan cerita mengenai aksi terlarang oleh kepimpinan tertinggi PAS ini , tapi dalam masa yang sama juga banyak blog2 lain memaparkan perkara2 yag sama , malah tersebar secara meluas di laman Facebook dan Twitter , malah di Youtube juga sebelum di remove . Papagomo bukan lah individu yang pertama memainkan skandal Mustafa Ali , ia dah dimulakan terlebih dahulu oleh blogger2 dan facebookers .


Kemudian ia menjadi viral apabila blogger lain termasuk Papagomo 'pick-up' cerita sensasi ini secara berkala. Kalau laporan di buat sebab Papagomo hanya melaporkan cerita , kenapa laporan tak dibuat terhadap portal2 media yang lain ? Akhir sekali , surat laporan aduan kepada SKMM bukanlah satu bukti yang boleh mengatakan Papagomo adalah individu yang bertanggungjawab menjadi dalang fitnah Mustafa Ali , sekali lagi ingin ditegaskan hal ini berlaku mungkin ada kaitan dengan konflik antara PAS - PKR dalam pembahagian kerusi . Malah hal ini pernah di 'hint' oleh Saifuddin Nasution dalam satu press conference baru2 ini .



Friday, April 12, 2013

Cikgu Pa : Wanita Berkenaan Adalah Isteri Muda Saya

12 April 2013, Kuala Lumpur - Musteefa Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa dikalangan penyokong PR hari ini tampil memberikan penjelasan kepada media mengakui beliau adalah lelaki dalam video yang tersebar semalam. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan sebenarnya adalah isteri beliau.

Cikgu Pa dilihat kesal dengan permainan politik kotor ini, dan percaya perbuatan ini adalah hasil kerja orang 'dalam' PR sendiri . Beliau sedar ada di kalangan orang-orang PR tidak bersependapat dengan cadangan2 yang dikeluarkan beliau.

Cikgu Pa ditanya samada ahli keluarga beliau yang lain mengetahui beliau mempunyai seorang lagi isteri. Termenung sejenak, Cikgu Pa membalas ada perkara yang tak boleh dikongsi bersama media kerana terlalu sensitif.

Selain itu, beliau kesal dengan portal Malaysialkini melalui pengarangnya menulis artikel analisis yang seolah-olah hanya cuba mempertahankan PKR, Cikgu Pa merasakan artikel yang ditulis oleh penolong editor Malaysialkini itu seolah-olah mencarik carik maruah dirinya sebagai seorang pemimpin parti Islam terulung negara.

"Mereka lebih berminat untuk jaga kepentingan PKR berbanding kepentingan saya yang telah difitnah dan diperangkap " kata beliau kepada media hari ini

Cikgu Pa juga memaklumkan kesan dari penyebaran video itu telah menyebabkan emosi isteri isteri beliau terganggu, terutama yang terakam di dalam video berkenaan.

"Penganiayaan ini harus dihentikan dan saya harap mereka yang memfitnah dan mengaibkan saya dan isteri akan dibawa ke muka pengadilan" ujar beliau lagi.



Sumber berita : Malaysialkini yang aku baca dalam mimpi bila terlelap kejap tadi..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Video Umarak PAS tersebar dek ketidakpuasan hati sekutu PKR dan DAP dengan pembahagian kerusi pilihanraya ?

Agak mengejutkan cerita yang terpapar di blog2 PRO-BN hari ini , kita tak pasti samada berita yang tersebar berserta bukti video itu fitnah atau memang benar2 berlaku . Tak perlu lah aku 'mention' di sini cerita tentang apa , sebab aku yakin di kala aku baru  nak menulis 'entri' ini cerita ini dah tersebar menjadi buah mulut para alim ulama dalam PAS , kalau dulu mungkin mereka sesama sendiri 'cakap belakang' memperlekehkan Anwar dek kerana kontroversi video , kini mungkin mereka tersentap apabila di kalangan mereka sendiri mempunyai isu yang serupa.


Menurut rakan2 blogger yang lain, kiriman ini mungkin diperoleh dari 'musuh' dalam selimut PAS itu sendiri , samada dari PKR atau DAP . Sibuk dengan cerita pembahagian kerusi DUN dan PARLIMEN yang tak selesai antara gabungan PR , PAS , PKR dan DAP . Tidakkah sesuatu yang pelik apabila video ini hanya tersebar di kala perebutan kerusi di antara PAS dan PKR sedang hangat di perkatakan. Malah di Kedah, PAS telah menunjukkan protes dengan mengibarkan bendera hitam.

Menguatkan lagi andaian ini , pertembungan antara PKR dan PAS di Sg. Acheh Pulau Pinang mungkin menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan pimpinan PKR terhadap PAS, jadi tak mustahil penyebaran video ini adalah bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti sekutu mereka itu seterusnya membuatkan PAS terpaksa memberi laluan kepada PKR . Penulis tak menolak kemungkinan , ada di kalangan 'underground team' PKR yang membuat 'kerja kotor' ini sebagai modal di 'kemudian hari' . Maksud penulis mereka dah ada kelemahan2 pimpinan tertinggi PAS sebagai modal untuk membuat ugutan supaya mereka bersetuju dengan dasar PKR dan DAP yang jelas bertentangan dengan hala tujuan PAS yang asal.


Mungkin dengan sikap PAS yang bertegas untuk tidak bertolak ansur dalam pembahagian kerusi DUN dan PARLIMEN telah menimbulkan kemarahan sesetengah pihak , dan penyebaran video ini adalah langkah terbaik untuk mereka terus mencantas PAS kerana individu yang terlibat bukanlah calang2 orang dalam kepimpinan parti PAS itu sendiri. Penulis juga berpendapat tidak mustahil 'underground team' PKR juga melakukan kerja2 pengintipan terhadap pemimpin lain dalam PAS, malah mungkin juga DAP . Cuma persoalannya bila akan di keluarkan ? Bukti2 video seperti ini umpama lesen besar kepada PKR untuk memegang 'telor' DAP dan PAS supaya bersetuju dengan apa saja tindakan yang diputuskan oleh PKR.

Nampaknya 'trend' video lucah dalam politik Malaysia semakin menjadi-jadi . Mungkin kerana 'ego' dan 'stress' mendapat jolokan pelakon porno , lelaki yang pernah digelar aljoboree oleh Mat Sabu telah melakukan usaha secara senyap supaya rakan2 beliau dalam PR juga menerima nasib yang serupa. I dah terkena , I have to make sure uolsss pun terkena no matter what ! Pada ahli keluarga insan berkenaan , ini adalah harga berpolitik dengan sekutu yang jahat . Semoga kepimpinan PAS dan ahli2 tegar yang lain mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku ini . Sahabat anda telah menikam anda sendiri !!! By the way ... ini lah yang selaluu woranngggg kata... "Kepala atas berbalut kemas... kepala bawah tak boleh control"

Thursday, April 11, 2013

Selepas Puak Sulu Kiram, 10,000 Puak Tausug MNLF pula cuba cari pasal di Lahad Datu

Mungkin dek terlalu ghairah dengan cerita pilihanraya di Malaysia, kita mungkin sedikit alpa dengan perkembangan yang berlaku di Lahad Datu. Pada 5 April, portal media Filipina ,Inquirer Global Nation telah melaporkan bahawa 10,000 puak Tausug sedang belayar ke Sabah bagi membantu puak Sulu Kiram yang telah ditumbangkan anggota keselamatan negara.

Puak Tausug yg datang dari Basilan. Sulu dan Tawi Tawi telah belayar ke Sabah menurut Habib Hashim iaitu seorang pegawai MNLF . Pengesahan Habib ini menunjukkann bahawa MNLF memang ada hubung kait dengan penceroboh tentera Sulu Kiram di Lahad Datu baru2 ini, walaupun telah dinafikan oleh Nur Misuari. Mungkin pencerobohan tentera Sulu Kiram hanya dijadi alasan oleh puak2 MNLF untuk masuk campur seterusnya mencemar kedaulatan negara?

Beberapa bulan sebelum pencerobohan berlakun, telah banyak ditunjukkan dalam media2 maya dan cetak tentang pertemuan antara Anwar dan Nur Misuari, pengasas MNLF. Ramai yang berpendapat insiden yang berlaku mempunyai hubung kait dengan pertemuan Anwar. Persoalan yang perlu difikirkan terutama pada rakyat Sabah, mengapa perkara ini hanya berlaku apabila pilihanraya semakin menghampiri.

Bukan kah ada ciri2 sabotaj di situ dan siapa yang akan peroleh keuntungan kalau bukan parti yang kononnya memperjuangkan wilayah autonomi untuk Sabah, walhal rakyat Sabah tak pula bising2 menuntut wilayah autonomi. Hal wilayah autonomi datang dari cadangan 'seekor' bangsat PR dari semenanjung!

Keadaan di Lahad Datu kini yang semakin aman (sekolah2 mula dibuka dan penduduk yg terlibat mula kembali ke kediaman masing2) cuba diganggu gugat dengan berita cubaan pencerobohan 10,000 puak Tausug ini. Menurut jurucakap MNLF, mereka akan dengan mudah melepasi sekatan2 tentera laut Filipina dan Malaysia kerana mempunyai 'laluan' rahsia tersendiri.

Malah apabila tiba di Sabah, mereka mendakwa akan secara mudah berasimilasi dgn penduduk setempat, sekaligus menyukarkan kerja pihak keselamatan negara. Walau bagaimanapun, kita yakin strategi yang ada pada pasukan keselamatan negara utk mengelakkan pencerobohan berulang. Pelaksanaan ESSCOM mungkin bakal menggagalkan rancangan jahat ini samada dalam masa terdekat atau masa akan datang.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, April 10, 2013

Cerita Kebebalan Rafizi Ramli mula tersebar di internet

Berikut adalah cerita yang dikongsikan dalam Facebook mengenai Pengarah Strategik PKR semasa beliau masih bertugas di Petronas . Rafizi yang selama ini tampil di khalayak cuba menonjolkan diri seolah-olah beliau seorang pemikir , bijaksana, hebat berdebat ...bla bla bla . Tetapi di sebalik semua ini , hanya mereka yang rapat dan pernah bekerja dengan beliau tahu siapa sebenarnya si Rafizi ini . Entah dari mana mereka korek maklumat si Rafizi ini hingga terdedah di laman Facebook . Persoalan samada tuduhan yang dibuat adalah benar atau fitnah hendaklah dijawab oleh Rafizi sendiri . Di 'copy' dari status seorang sahabat Facebook ;




RAFIZI DIBERHENTIKAN DI PETRONAS KERANA TIDAK KOMPITEN.

Rafizi Ramli yang pernah bertugas di Petronas, sebenarnya diberhentikan ataupun ditendang keluar kerana masalah selalu ponteng dan mencuri-curi masa berkempen untuk pembangkang.

Menurut sahabatnya yang masih berada di Petronas, seorang Lulusan Engineer Petroleum dari Amerika, berkata bahawa Rafizi tidak memberikan teladan yang baik semasa di Petronas. Rafizi dikatakan menjadikan Petronas sebagai hak milik keluarganya sdn. bhd. Bukan setakat kes ponteng kerja tetapi juga melibatkan tuntutan palsu.


Apabila Rafizi Ramli dilantik pula sebagai penasihat ekonomi dalam Kerajaan Selangor, Rafizi gagal membezakan antara kepentingan aset kekal, aset sementara dan aset diapungkan. Sebab itulah Rafizi melihat pelaburan dalam Hartanah sebagai merugikan, walaupun ianya dalam kategori kos melepas mengelak kerugian sementara yang bakal ditanggung syarikat induk, selepas ditolak keuntungan kasar melepasi pemberatan margin nasional. Sebab itulah juga Rafizi memecat dirinya sendiri tempohari!

Oleh kerana Rafizi terikat dengan Teori Adam Smith, sama seperti yang digunakapai bosnya Anwar Ibrahim. Rafizi terpaksa menjual aset-aset rakyat Selangor seperti Bangunan-bangunan milik PKNS, Asrama yayasan Selangor di kampung Pandan, "Bailout" dalam isu Talam.

Sebelum diterberhentikan dalam Kerajaan Selangor, Rafizi sempat memperbodohkan rakyat Selangor dengan berusaha menjual aset-aset hartanah seperti padang permainan di Kelana Jaya, aset-aset UNISEL dan yang terbaru turut memperjuangkan Air Selangor untuk poket-poket mereka.

Semua aset-aset di atas ditukar secara cepat dan urusniaga melompat, yakni menghapuskan hutang-hutang sampingan dan digantikan dengan nilai-nilai lebih tinggi daripada paras hutang, untuk mendapat Tunai Segera (Cash). 

Konsep ekonomi marginal dalam mikro ekonomi diketepikan, sebaliknya aspek makro ekonomi dilihat sebagai peluang untuk menambah poket.

Dalam hal ini, Rafizi gagal menghuraikan kenapa Anwar Ibrahim melabur ke atas hartanah bernilai jutaan ringgit yang diduduki keluarganya sekarang. Di atas sebuah bukit tinggi, dikawal oleh puluhan CCTV, bodyguard dan pengawal keselamatan!

Adakah Rafizi mengerah rakyat mempercayai bahawa hartanah peribadi keluarga Anwar itu sedang menyusut nilai dan semakin lama semakin rendah nilainya?

Bagaimana isu Talam di bawah, apakah Rafizi lebih Bijak berbanding Akuntan Bertauliah yang mengaudit Aktiviti Merampok Wang Talam ini. 


Auditor juga detect yang perbezaan baki tertunggak yang direkod dalam buku kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan mengambil kira hutang yang telah dihapus kira oleh SAP sebelum ini. Hutang tersebut adalah dari anak2 syarikat Talam iaitu; Maxisegar Sdn Bhd, Expand Factor Sdn Bhd and ABRA Development Sdn Bhd, yang berjumlah RM15,001,451.90.

Secara ringkasnya, hutang dari Talam ke SAP ialah seperti berikut;

Perkara
Jumlah Hutang (RM)
Hutang Talam Group ke KHSB
178,680,939
Hutang yang tidak Termasuk
48,578,079
Hutang kasar
130,102,860
Hutang oleh Talam Yang Dihapuskira oleh SAP
15,001,452
Hutang bersih Talam ke KHSB
115,101,407

Mengikut perjanjian untuk menyelesaikan hutang bertarikh 3 November 2009 antara KHSB, Permodalan Negeri Selangor (PNSB), Pendidikan Indutri YS Sdn Bhd (PIYSB), TCB dan Kerajaan Negeri Selangor . TCB confirm amount yang tertunggak adalah sebanyak RM391,986,473.00 kepada syarikat berikut;

(i) KHSB - RM115,101,407.00
(ii) PNSB - RM28,208,066.00
(iii) PIYSB - RM248,677,000.00
(Dikenali sebagai "hutang-hutang" pada muka surat seterusnya")

Mengikut perjanjian tersebut, Talam mesti menyelesaikan hutang dalam waktu yang ditetapkan. Kegagalan utk menyelesaikan hutang tersebut menyebabkan Talam dikenakan interest sebanyak 6% per annum terhadap baki yang tertunggak.

Walau bagaimanapun, auditor detect yang interest sebanyak RM58,400,113.79 tidak diambil kira oleh Talam dalam laporan kewangan mereka walaupun hutang tersebut telah dipersetujui oleh pemiutang2 seperti yang dinyatakan di atas. !!! 

Wang ini telahpun masuk ke dalam akaun Khalid Ibrahim dan AnwarIbrahim. Selepas ini Auditer Bertauliah akan buktikan bagaimana Rafizi mendapat persen daripada urusniaga menipu ini.

*Penjelasan Rafizi berkenaan tuduhan pemecatan beliau boleh dibaca di blognya di sini

Tuesday, April 9, 2013

Manifesto BN PRU 2013 : Rakyat Teruja , Pembangkang Terkinja


Tawaran manifesto PRU-13 BN mendapat sambutan yang baik daripada rakyat. Bila ditanya pada orang ramai berkenaan manifesto pilihanraya yang dilancarkan, majoriti pasti menjawab mereka teruja dengan manifesto yang ditawarkan oleh BN.


Tambahan pula, janji2 yang dinyatakan oleh Najib semasa beliau mula2 mengambil alih jawatan Perdana Menteri memang telah ditunaikan seperti BR1M, PR1MA dan lain2 lagi. Dengan tertunainya janji2 yang dibuat sebelum ini, maka rakyat lebih yakin dengan janji 2 yang dibuat oleh Najib semasa pelancaran manifesto.

Mungkin resah dengan tawaran menarik yang diberikan Najib kepada rakyat. Gerombolan Pakatan Haram tanpa membuang masa terus menyerang manifesto yang dibuat oleh BN. Sebenarnya mereka TIDAK menyerang manifesto itu, cuma mereka menganggap manifesto yang dibuat itu adalah jiplakan idea manifesto PR.



Persoalan tentang jiplakan adalah sangat subjektif. Misalnya mereka berkata BN menawarkan penurunan hanga kereta kerana PR telah manifesto yang sama. Walhal penurunan harga kereta akan berlaku apabila AFTA dilaksanakan pada tahun 2015. Ini telah diterangkan dalam entri sebelumnya, juga kaedah penurunan adalah berbeza.



Diakui sukar bagi rakyat untuk menolak manifesto yang ditawarkan oleh BN. Malah manifesto yang ditawarkan cukup teliti dan mengambil kira aspek2 pembangunan sesebuah negara secara menyeluruh baik dari aspek sosial,kehidupan, infrastruktur dan hubungan luar.

Malah elaun BR1M sebanyak RM1,200 seolah olah seperti subsidi bulanan tunai RM100 yang diberikan kerajaan kepada mereka yang layak. Tak mustahil PR juga akan membuat tawaran balas selepas melihat manifesto yang dilancarkan BN mendapat sambutan rakyat. Cuma di pihak PR, sudah tertanam di minda rakyar iaitu MANIFESTO BUKAN JANJI

Monday, April 8, 2013

Barisan Nasional dah lama 'kick-start' manifesto PRU-13 sebelum diciplak Pakatan Haram

Apabila Najib mengumumkan manifesto Barisan Nasional pada hari Sabtu lepas, ramai di kalangan pemimpin pembangkang berkata bahawa manifesto yang dibuat oleh Barisan Nasional ialah hasil 'ciplak' manifesto yang dibuat oleh Pakatan Haram . Sebelum ini , apabila PM mengumumkan belanjawan negara 2013 , puak2 yang sama turut mengatakan Bajet 2013 juga hasil 'ciplakan' idea mereka . Hal ini bukan lah satu kejutan, ini kerana akal puak2 Pakatan Haram ni memang mudah dibaca .

Modus operandinya mudah, mereka akan terlebih dahulu mewar-warkan agenda mereka kepada rakyat dan sudah pasti sekiranya terdapat persamaan dalam agenda , puak2 Pakatan Haram ini akan menuduh Barisan Nasional menciplak idea mereka . Walhal manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan pada Sabtu lepas secara sedar atau tidak , beberapa daripadanya telah di 'kick-start' oleh kerajaan . Misalnya projek Pan Borneo dan penurunan harga kereta.

Seorang sahabat Facebook, saudara Azanisham Samat telah menghuraikan usaha2 yang tekah dijalankan oleh kerajaan untuk menurukan harga kereta dan juga projek Pan Borneo di 'timeline' Facebook ;


"Projek Pan-Borneo"


"Pan-Borneo Project telah lama bermula since Sabah dan Sarawk menyertai Malaysia... Bahagian yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei adalah bahagian Lawas - Temburong (Brunei), siap pada tahun 1997. Dengan siapnya bahagian tersebut, pemandu boleh memandu secara terus dengan kereta dari Kuching ke Kota Kinabalu. Namun demikian, Kerajaan Pusat terus membina bahagian-bahagian baru bagi menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak.

Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 1047.18 km. Setakat tahun 2002, lebih kurang 997.18 km atau 95.2% daripada panjang keseluruhan lebuh raya tersebut telah disiapkan. Setakat ini, bahagian terbaru yang siap dibina adalah bahagian Tenom - Sipitang pada tahun 2006. Pembinaan bahagian terakhir dari Kalabakan ke Sepulut bakal dimulakan pada tahun 2008, oleh itu keseluruhan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan.

Lebuhraya Pan Borneo turut dihubungkan ke rangkaian jalan raya di Kalimantan, Indonesia, di mana ia dikenali sebagai Lebuhraya Trans-Kalimantan......

Kerajaan Barisan Nasional menjanjikan penambahan jarak dari 1047.18km menjadi 2,300km bagi menghubungkan laluan utama ke kawasan pendalaman...

Umumnya, Lebuhraya Pan Borneo menggunakan piawaian yang sama seperti laluan persekutuan yang lain di Malaysia, tetapi sistem kod jalan raya pula adalah berbeza. Sintaks bagi kod laluan Lebuhraya Pan Borneo adalah xx-yy, di mana xx ialah nombor laluan manakala yy adalah kod bahagian, contohnya laluan 30px di Sibu, Sarawak.

Mender dah nak siap dijanjikan oleh Pakatan.... phewwwwwwwwwwww "




"Penurunan Harga Kereta"


"Begitu jugak dengan penurunan harga kereta.... Ini adalah penipuan Pakatan apabila tidak menyatakan bahawa Malaysia akan menguatkuasakan AFTA pada 2015 yang mana pengurangan cukai import 20% adalah wajib dilaksanakan.... So.. Siapa tiru siapa atau siapa tipu siapa???? Parkara yang sudah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang sedang dalam proses perlaksanaan dimanifestokan oleh Pakatan??? "


Selain itu maklumat berkenaan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan AFTA juga pernah ditulis oleh Tun Mahathir dalam blog Chedet dalam bahasa inggeris yang bertajuk 'Globalisation"


"17. Only if the figures are positive should we enter into negotiations for free-trade or for globalisation. It is important to remember that when Malaysia agreed to AFTA (Asean Free Trade Agreement) in which 40% local content would qualify as national product and should be tax exempt into ASEAN countries, non-Asean car makers from Japan, Korea and Europe shifted their production to ASEAN countries so as to gain national status after including 40% local contents.

18. Malaysian national cars have 90% local contents which increase production cost. They don’t have economies of scale. As a result our exports cannot compete with those foreign brands produced in ASEAN countries with 40% local content.

19. We have made many mistakes in negotiating agreements with other countries and in drawing up foreign contracts. The costs have been very high. I hope our negotiators will bear this in mind and not allow anxiety to be compliant to the so-called universal practices promoted by globalisation and free trade to affect our better judgement. "

'Keretapi Laju'


Perdana Menteri pada bulan Februari 2012 telah berbincang dengan rakan sejawatnya di Singapore untuk menghubungkan kedua-dua bandar itu dengan keretapi laju.  Rujuk laporan dari sebuah portal luar negara untuk berita ini. Walaupun cadangan itu hanya menyatakan laluan keretapi antara KL dan Singapore , sudah tentulah akan ada perhentian2 di  antara keduanya. Tak mustahil laluan ini juga akan diperluaskan ke utara tanah air. Jadi PM telah terlebih dahulu 'kick-start' projek ini sebelum ditiru oleh Pakatan Haram dalam manifesto mereka.