Sunday, March 31, 2013

Parti 'Keadilan' Tapi Tak Adil , Ikan Bilis Kena Tindakan Disiplin, Ikan Jerung Masih Bebas 'Meliwat'

Pendedahan video ke-3 yang dibuat oleh blogger Papagomo yang menunjukkan klip seorang lelaki menyerupai Anwar Ibrahim dan seorang lagi lelaki lain sudah pasti meresahkan ramai pihak di PKR. Sedikit demi sedikit perangai buruk pemimpin tertinggi mereka didedahkan, malah menurut blogger berkenaan ada lagi video yang akan dikeluarkan, yang pasti benar2 memalukan pemimpin no.1 PKR itu. Walau bagaimanapun, kita berharap video sebegitu tidak dikeluarkan lagi , cukup lah sekadar untuk menyedarkan rakyat, sekutu dan penyokong2 tegar pemimpin itu.


Sehingga sekarang, tiada apa2 kenyataan dibuat oleh Anwar . Perkara-perkara ini dijawab oleh orang-orang kanan beliau. Mereka tidak menafikan lelaki berkenaan adalah Anwar , tetapi 'spin' dengan mengatakan ada teknik2 editing video digunakan untuk mengelirukan penonton. Adalah amat memalukan sekali jika anda perasan dalam video no.3 yang dikeluarkan. Ada satu ketika, Anwar tiba-tiba senyap dah dilihat resah sebelum menerpa seorang lagi lelaki dalam video itu . Kelakarnya, bagi mereka yang skeptikal , penafian dibuat kononnya mungkin Anwar ingin buat sesuatu perkara yang lain ? Takkan lah nak tunjuk keseluruhan video baru nak percaya ?


Sebelum itu , video seorang ahli majlis PKR dari Kedah yang terkantoi ber'mastrubasi' depan webcam telah menjadi perhatian umum . Ahli majlis itu katanya akan dikenakan tindakan disiplin hanya kerana ditangkap ber'masturbasi'. Sebenarnya, kita berasa simpati dengan ahli majlis berkenaan. Hanya disebabkan jawatan beliau dalam PKR hanyalah setakat ikan bilis, maka dengan laju sekali segala tindakan disiplin nak diambil ke atas beliau. Pelik sekali apabila pemimpin tertinggi terkantoi juga dengan kaedah bergambar/video tidak ada apa di lakukan ( rujuk Anwar Ibrahim dan Azmin Ali),sekurang-kurang buat lah penyiasatan untuk pembuktian statement 'ini semua konspirasi UMNO' itu benar dan bukan setakat menafi pakai air liur je .


Kalau macam tu penulis sarankan ahli majlis berkenaan juga buat penafian yang sama 'ini semua konspirasi UMNO' , 'lelaki itu bukan saya' , 'ada lelaki lain dimake up serupa saya' dan lain2 lagi untuk lepaskan diri dari tindakan disiplin. Kalau Anwar dan Azmin boleh terlepas kenapa tidak ahli majlis berkenaan ?

Friday, March 29, 2013

13 Episod Drama Bersiri Ketua Umum PKR Menjelang Pilihanraya

Berikut adalah beberapa infografik yang menarik untuk sebaran jentera2 penyokong kerajaan Barisan Nasional menjelang PRU-13 , nak sebar awal lagi bagus kerana masing2 boleh 'alert' dengan taktik2 yang bakal diguna pakai oleh si tukang pencetus huru hara ini . Kalau dalam artikel sebelum ini kita hanya senaraikan dalam bentuk perkataan2 ringkas , Mungkin infografik yang cantik ini boleh dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia untuk rakyat di seluruh negara jangkakan tindakan2 yang bakal dibuat oleh si pemimin yang tak ketahuan arah ini .


Thursday, March 28, 2013

Blogger Milosuam sebar fitnah tentang kewujudan 'video nakal' Nik Aziz

Mungkin pening dengan kotroversi video seks yang melanda Pakatan terutama di sebelah parti PKR. Blogger tegar PKR, si MiloSuam cuba memfitnah pemimpin2 lain dari komponen Pakatan kononnya ada juga 'video seks' yang diedit . Dalam laman twitternya, blogger Milosuam memfitnah kononnya Nik Aziz pun ada video seks.

Astagfirullah, mengucap panjang bila aku tengok fitnah yang dibuat oleh blogger Milosuam yang tampaknya macam terkial kial mencari isu bagi menutup 'kemaluan' yang dihadapi kem PKR sekarang. Sebelum ini beberapa gambar dari video menunjukkan seorang lelaki menyerupai ketua umum PKR memaparkan aksi2 romantis dengan pasangannya.

Kelmarin pula seorang ahli majlis PKR terkantoi melakukan perkara tak senonoh depan webcam. Jadi hal2 sebegini amat memalukan sekali cuma yang pelik selalu ja ada kaitan dengan PKR. Dan cubaan blogger ini nak mengaitkan Nik Aziz turut mempunyai video seks yang diedit cukup melampau sekali. Kemungkinan modus operandi sama bilamana Saifuddin mendedahkan ada video seks Nurul Izzah.

Dia sendiri yang buat, dia sendiri yang dedah...kemudian dia sendiri yang akan buat pembongkaran. Diaorang ni memang cukup pandai main wayang. Adalah ditegaskan disini, fitnah video seks nurul izzah dan terbaru nik aziz hanyalah sandiwara PKR saja bagi menutup dan mengelirukan orang ramai dengan 2 video terbaru yang menyerupai ketua umum mereka.

Oleh itu, abaikan saja cerita video seks nurul izzah dan nik aziz tu,fitnah yang dibuat mereka sendiri...mereka hanya cuba alihkan perhatian umum dari isu sebenar, iaitu moral Ketua Umum yang dikaitkan dengan video2 tulen yang tersebar
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, March 27, 2013

Rancangan Jahat Timbulkan Kekecohan Semasa Hari Mengundi Terbongkar

Seperti yang dinyatakan dalam entri lepas , memang akan terdapat banyak 'drama' bakal dimainkan oleh pemimpin2 dan penyokong2 Pakatan bagi menimbulkan rasa simpati rakyat kepada mereka . Malah melalui maklumat yang diperoleh dari sumber2 yang boleh dipercayai , akan wujud rancangan dari pihak Pakatan untuk menimbulkan huru hara semasa hari pengundian dijalankan.  Kita jangkakan 'mastermind'  untuk kekecohan kali ini ialah si aljuburi yang memang cukup cekap menimbulkan huru-hara dalam negara sejak zaman beliau jadi pelajar lagi.


Sumber yang diperoleh dari blog Gelagat Anwar cukup menggemparkan menunjukkan betapa bangsatnya golongan-golongan manusia dalam Pakatan yang sanggup membuat apa saja demi mencapai kemenangan. Manusia-manusia seperti ini seharusnya tak boleh dibiarkan bebas menabur fitnah dan membuat kacau bilau dalam negara yang aman ini . Alangkah eloknya kalau ISA masih di kuat kuasakan . Dah nyata sekarang sikap puak-puak bangsat ini jika dibiarkan lama kelamaan makin menjadi-jadi .

Informer dari blog Gelagat Anwar telah berjaya mendapatkan maklumat 'modus operandi' kumpulan pakatan haram ini dalam mencetuskan huru hara semasa proses pengundian dijalankan. Mereka cuba menjadikan PRU-13 sebagai pilihanraya paling kotor dan kecoh dalam sejarah negara ini . Berikut adalah 'aturcara' para sialan pakatan haram dalam mencetuskan huru-hara . Diharapkaan pihak2 berkenaan memantau pergerakan agen2 pilihanraya yang dilantik pakatan haram terutama agen2 dari pertubuhan bangsat Bar Council iaitu beberapa 'ekor' peguam2 muda. Dari blog Gelagat Anwar ;


"Kekecohan yang dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.

Kawasan nukleus panas PRU13:-
1) Gombak
2) Lembah Pantai
3) Permatang Pauh
4) Setiawangsa
5) Wangsa Maju
6) Bagan Serai
7) Bukit Katil
8) Muar
9) Pandan
10) Sabak Bernam

Kekecohan akan bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk mengupah beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan rakyat. Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan menetapkan beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan.

Pendekatan media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi muda. Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan dijadikan aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang dirancang untuk aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif.

Online media build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang ditaja oleh DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di kerusi-kerusi ‘mixed seats’, insiden dan isu perkauman akan turut digunapakai."

Jadi di pihak kita dan agensi keselamatan yang bertanggungjawab diharap dapat mengenalpasti individu2 yang bakal mencetuskan 'api' kekecohan ini . Atau di pihak BN sendiri mungkin boleh melantik 'undercover' untuk memantau pergerakan agen2 ini , yang penting siapkan kamera anda untuk dijadikan sebagai bahan bukti . Puak-puak haram jadah ini memang tak patut dibiarkan , lagi dibiarkan lagi naik tocang . Depa pikir depa punya hak bersuara saja , orang lain punya hak depa buang kat longkang ?? Pegi mamposss lah terutama pada lawyer2 totok PR di Bar Council tu... gua memang anti lawyer sebab pada aku lawyer adalah seorang manusia yang hanya pandai membelit dan memanipulasi undang2 yang dibuat oleh manusia lain.

Samada maklumat yang diperoleh di atas benar atau tidak , elok lah kita semua berhati-hati dengan segala 'permainan' jijik yang mungkin ditimbulkan . Kalau ada penafian dari pihak mereka , kita tunggu dan lihat hingga hari pilihanraya samada ia berjalan dengan lancar atau ada kekecohan2 seperti yang dinyatakan.

10 Babak Drama dari Anwar Menjelang Pilihanraya Umum ke-13



Dari blog Papagomo , seperti didedahkan oleh Zulkifli Nordin berikut adalah beberapa drama yang di 'arah' kan oleh Anwar Ibrahim menjelang kempen pilihanraya . Tengok betul2 susunannya dan kita tengok apa yang akan berlaku , drama2 ini akan diguna pakai oleh Anwar untuk meraih simpati masyarakat , hal2 di bawah ini dijangka akan berlaku ... mujur lah teknik penipuan dan drama ini dah dikesan . Kalau boleh kita print dan tampal 10 perkara di bawah , tandakan setiap 'event' yang berlaku dan soal pada diri sendiri , ini kah orang yang akan kita pilih untuk jadi pemimpin ?

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA "Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh", MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA "Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru."

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata "INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA.."

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 – Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… " (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.)

Psssttt...... Anwar Ibrahim bapak syaitan.kau marah aku ke Nuar? Hahahaha

Tuesday, March 26, 2013

Edisi Kantoi : Fitnah 'Sam Ketot' dan Suara Keadilan Tak Menjadi

Penyakit 'kantoi' nampaknya semakin melarat di kem Pakatan , fitnah-fitnah yang direkayasa sebelum ini nampaknya dah terbongkar sedikit demi sedikit . Penipuan-penipuan yang dilakukan akhirnya terdedah sedikit demi sedikit . Mereka cuba mengaibkan PM , akhirnya pemimpin mereka sendiri di 'aib' kan dengan lebih dahsyat . Mungkin ini lah hikmah tarikh pilihanraya umum sengaja dilewatkan oleh Najib . Kebenaran akhirnya terserlah juga disaat saat akhir , ramai yang menyokong Pakatan sebelum ini sedikit 'goyang' apabila melihat kebenaran-kebenaran yang terserlah . Laporan media asing, Wikileaks dan Reuters yang mengaitkan penglibatan pemimpin2 PR , kematian PI Bala , gambar2 lelaki yang menyerupai Ketua Umum PKR tersebar , video menyerupai Ketua Umum PKR berdua-duaan dengan lelaki dalam bilik hotel dan entah apa lagi selepas ini cukup untuk menyerlahkan penipuan yang dibuat oleh barisan pemfitnah ini .


Terbaru, seperti yang diterjemahkan oleh blogger Gelombang Wangsa Maju melalui artikel yang diperoleh dari portal media Filipina Interaksyon ,


"Kesultanan Sulu menafikan laporan media mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Sultan Bantilan Esmail Kiram II, adik kepada pengganas Jamalul Kiram III, bertemu untuk berunding konflik di Sabah. Esmail II dan PM Najib tidak pernah berjumpa, apatah lagi bercakap, kata jurucakap dan setiausaha agung, Idjirani Abraham.


Gambar-gambar mesyuarat sepatutnya yang kini beredar di Internet mungkin telah direka, katanya. Esmail II kaliterakhir pergi ke Sabah pada minggu terakhir Januari sebelum pencerobohan bermula. Dia hanya tinggal di Semporna dan tidak pergi ke Kuala Lumpur, kata Idjirani."


Jelas sekali portal bangsat Keadilan Daily yang sebelum ini 'memfitnah' Tian Chua , cukup pandai mengambil kesempatan untuk membuat fitnah terhadap Najib , entah dari sumber mana mereka peroleh apabila mengatakan Najib menjanjikan tanah untuk tentera Sulu . Bab dijanjikan tanah tu memang betul , tapi untuk tentera Sulu yang dah mati kat sini ler... tanah kubur . Tapi kalau dilihat dalam gambar di bawah begitu beria-ia sekali Sam Ketot membuat fitnah sambil jari menguis-guis akhbar Suara Keadilan  seolah-olah cuba menunjukkan bahawa ia sesuatu yang amat benar.


Sebenarnya penulis berasa agak kecewa dengan budaya fitnah yang dibawa oleh kumpulan Pakatan haram ini, nampak nya kini makin menjadi-jadi demi mencapai kemenangan secara songsang ... sesongsang orientasi seks seorang pemimpin pujaan mereka . Namun seperti yang dinyatakan sebelum ini , mungkin semua perkara yang terbongkar ini adalah hikmah di sebalik pembubaran parlimen yang sengaja dilambatkan oleh Najib.

Tun Daim Zainuddin : Anwar Tak Arif Ekonomi

Tun Daim Zainuddin dalam satu wawancara khas dengan NST telah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah calon yang sesuai untuk menjadi PM . Selaku orang yang lebih senior daripada Anwar yang menjawat jawatan Menteri Kewangan , karekter dan kebolehan Anwar mungkin dah dinilai oleh Tun Daim semasa Anwar menjawat jawatan itu . Mungkin Dr.M bersifat agak terbuka dan berani mengambil risiko apabila melantik seorang yang hanya berpendidikan Pengajian Melayu untuk menjawat jawatan Menteri Kewangan .



Beliau percaya Anwar mungkin boleh belajar daripada penasihat2 kewangan dalam kementerian itu , malangnya menurut Tun Daim dalam wawancara itu , Anwar terlalu bergantung pada nasihat2 dan perlu tunggu apa yang diarahkan penasihat . Maksudnya , memang fundamental Anwar dalam bidang ekonomi ni agak lemah sehingga tak boleh buat keputusan sendiri . Mungkin dia sendiri tak faham apa yang beliau ucapkan dalam forum2 antarabangsa , ex saja lebih barangkali ?? Tapi kalau nak tahu , itu lah lagak seorang conmen , ada hanya perlu 'menyakinkan' orang dengan lagak tersendiri .

Bila negara mengalami krisis ekonomi, Anwar yang ketika itu sedang menjawat jawatan Menteri Kewangan meminta nasihat sahabat2 beliau dari US yang kita tahu dah menjahanamkan beberapa negara yang menerima nasihat itu . Ketika itu, Tun. Dr.M menarik Tun. Daim untuk membantu , jelas sekali tindakan Tun. Dr.M menunjukkan beliau dah hilang kepercayaan dengan kebolehan Anwar. Walau bagaimanapun, kita berasa pelik dengan sikap penyokong2 dan pemimpin2 PR yang lain yang begitu yakin dengan kebolehan Anwar dalam menguruskan ekonomi negara ? Dengan pelbagai isu yang beliau hadapi sekarang dan respon beliau terhadap isu2 ini , Anwar memang layak digelar 'pelakon' terhebat dalam negara !

Dari KLPos ;


"Saya percaya beliau (Anwar) akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya semasa di wawancara wartawan New Sunday Times

Tun Daim menyatakan keraguan dalam kemampuan Anwar yang tidak arif dalam bidang ekonomi dan sentiasa memerlukan orang lain untuk memberitahu apa yang perlu difikirkan dan dilakukan.

Kenyataan Tun Daim mungkin dibuat berdasarkan pemantauan yang beliau lakukan dalam tempoh Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan.

seterusnya untuk artikel penuh


Undi PAS Haram : Golongan Agama di Kelantan Makin Pinggirkan PAS

Nampaknya gabungan PAS, DAP dan PKR membuatkan golongan-golongan ilmuan agama semakin menjauhkan diri mereka dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu . Baru-baru ini , beberapa NGO yang dianggotai tok guru pondok, imam, para ulama, ustaz-ustaz telah menyatakan kesediaan mereka untuk bersama-sama dengan Barisan Nasional pada PRU-13 yang akan datang. Dari petikan Malaysian Insider pada 13 Feb 2013 , beberapa ulama dengan tegas telah menyatakan adalah haram untuk mengundi PAS kerana kerjasama parti itu dengan DAP yang mahu kalimah Allah dibenarkan dalam kitab Injil Bahasa Melayu .


Dari petikan akhbar Utusan Malaysia ;


"Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya menjadi pak turut kepada DAP."


"Begitu juga pemimpin Pas mengatakan bahawa Nabi Muhammad (SAW) seperti mamat-mamat kampung, seperti orang biasa. Mana sama, tidak sama, sebab Nabi suci, maksum daripada alam nur lagi.


"Dia (Pas) sanggup lakukan apa sahaja kerana hendak berpakat dengan DAP menuju ke Putrajaya, yang jelas hari ini Pas sudah tersasar jauh daripada matlamat yang sebenar, maka wajib kita bersama UMNO dan BN, haram kita mengundi Pas pada PRU-13," 

Walaupun begitu, kita sedia maklum bahawa pengikut-pengikut tegar PAS akan membutakan mata hati mereka walaupun parti itu teruk dikecam oleh golongan-golongan agama yang tiada kepentingan politik. Ulama-ulama ini dilihat begitu kecewa dengan perjuangan PAS yang cuba mengelirukan orang-orang Islam menggunakan agama dalam politik tetapi pada masa yang sama bertoleransi dengan sekutu-sekutunya yang jelas sekali mempunyai pendapat yang bertentangan dengan pegangan Islam .

Terbaru kita masih menunggu respon PAS mengenai video terbaru menyerupai pemimpin Pakatan itu ? Adakah masih dengan sindrom penafian dan alasan yang sama iaitu kamera itu besi ? Memanglah kita tidak seharusnya berprasangka terhadap saudara seagama, tetapi lebih elok untuk tidak mengambil risiko dan menyesal di kemudian hari.






Monday, March 25, 2013

Pendedahan Video 'Aksi Papa Homo' beri inspirasi pada Yuktes Vijay ?

Satu demi satu tembelang Anwar terdedah, malah semakin agresif serangan-serangan ditujukan kepada Najib dan Rosmah, nampak lebih banyak perkara yang terdedah. Kem PR nampak agak tertekan dengan beberapa isu kini yang dilihat tidak menyebelahi mereka. Malah isu-isu yang cuba mereka letupkan cuma mendapat sambutan dingin di kalangan rakyat marhaen . Isu-isu yang cuba dimainkan mereka hanya berlegar sesama penyokong tegar sahaja .


Pada 11 March 2013 , sebelum video sumbang seorang lelaki menyerupai pemimpin Pakatan itu tersebar di internet . Salah seorang daripada kumpulan peguam Anwar yang terlibat dalam kes Liwat 2 , iaitu Yuktes Vijay telah membuat beberapa pendedahan mengenai beberapa penemuan beliau semasa kes itu sedang hangat dibicarakan . Kalau Deepak dan Bala boleh membuat U-turn untuk memberi kesaksian mengenai kes Altantuya, Scorpene dan sebagainya yang dilihat lebih menjurus kepada permainan politik semata-mata tanpa bukti yang sahih , peranan Yuktes Vijay pula dilihat lebih berprinsip.

Dalam surat yang ditulis oleh Yuktes Vijay pada FMT ( 11 March 2013) antara beberapa kenyataan beliau ialah ;


"Saya pernah bekerja dengan barisan peguam Anwar sepanjang kes Sodomi 2 dan terlibat dari A-Z dalam perbicaraan tersebut.

Apabila saya kata dari A-Z bermaksud dari mesyuarat dengan pakar forensik dan DNA seterusnya mengkaji dokumen-dokumen kes undang-undang untuk hujahan. Saya terlibat dalam keseluruhan proses. Saya tidak berhasrat untuk menamakan peguam tersebut kerana saya sangat memujanya sebagai mentor saya dan tidak mahu beliau diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan saya ini."


"Kesan DNA Anwar ada dalam rektum dia (Saiful). Apa yang menghalang hakim untuk mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap."

"Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum Saiful. Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan."

Surat asal yang dihantar kepada FMT telah diterjemahkan oleh AIDC disini . Klik sini untuk baca surat penuh

Yukes Vijay juga telah menghantar satu lagi surat kepada FMT pada 22 March 2013 bagi mendedahkan kisah di sebalik kes Liwat 2 .


"Anwar’s intentions are simple. He wants to put blame on the government or more precisely Umno-BN for the bisexual image that has been attached to him. For him, it is the case of proving that his assertion of conspiracy is true. But the problem is, Anwar “allegedly” sodomised Saiful, not his dad."

"My open letter previously has made many question my integrity. The problem is when wrong things are happening right in front of my eyes, you can’t just keep mum and move on, especially when you feel cheated that the very man you believed is a reformist and an honest man is not what he is. I am willing to take the flak as long as the rakyat know the real man behind the reformist mask."

"Attack me all you can. I have put forward questions to Anwar in my previous letters. I have now too. I have documents to back all my claims, even this."

"Astroboy no documents pertaining to your trial went without having a “check in” to my e-mail inbox. And this is not even part 2 of my article to your scam in Sodomy 2. Recall the alibi list? Recall the recorder that was passed to me by your brother, Rosdi to record all the conversations in the interview?"

"My demand is simple. Do not use Saiful’s dad for your political mileage ever again. Fight Saiful like a man."

Klik untuk artikel penuh di FMT

Dari karangan email kedua Yuktey kepada FMT , beliau menyatakan teks yang dibacakan oleh bapa Saiful menafikan Saiful diliwat adalah bukan dari tulisan bapa Saiful sendiri , teks itu adalah dari tulisan seseorang yang sangat beliau kenal. Yuktes juga menyatakan tulisan beliau sebelum ini mendapat pelbagai reaksi yang mempersoalkan integriti beliau dan beliau dikecam dengan pendedahan yang dibuat .

Walau bagaimanpun Yuktes berpegang pada prinsip dan kebenaran , beliau percaya beliau ada bukti yang boleh menyokong dakwaan beliau itu terutama dari rekod2 email . Sekiranya dibaca komen2 dalam FMT memang banyak komen2 yang mengecam Yuktes , dan seperti biasa skrip 'standar' penyokong2 tegar Anwar ialah berapa Yuktes di bayar oleh UMNO / BN ?

Kini apabila video terbaru yang tersebar , nampaknya Yuktes mempunyai alasan yang sangat kukuh untuk membongkarkan apa yang beliau tahu di sebalik kes Liwat 2 . Seperti dinyatakan di atas , kebenaran mengenai taktik kotor dan penipuan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan, semakin hari semakin nyata . Malah sudah ada ketidak serasian di dalam kem-kem Pakatan sendiri . Mungkin ini lah hikmah mengapa Najib melengah-lengahkan PRU-13 . Sekiranya diadakan lebih awal , mungkin kita tidak akan didedahkan dengan semua ini dan rakyat akan terus diperbodohkan oleh sandiwara Pakatan.




Selamat Hari Polis : Anugerah Posthumous buat Perwira yang Gugur

Penulis terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat hari polis kepada semua polis yang sedang bertugas diluar sana . Yang menyabung nyawa memastikan keselamatan orang ramai dari jenayah, kekacauan , kucar kacir, huru hara dan sebagainya . Sebelum ini mungkin sambutan hari polis adalah seperti hari hari biasa bagi kebanyakkan rakyat Malaysia . Namun mungkin selepas apa yang berlaku di Lahad Datu, rakyat lebih membuka mata dan menghargai polis . Mungkin selama ini kita "take for granted" dengan keamanan yang kita kecapi selama ini.


Kita menjalankan rutin harian kita dengan selesa dan selamat tapi mungkin sesetengah dari kita lupa dengan pengorbanan yang dilakukan anggota keselamatan kita ini . Sesetengah daripada kita mudah tersentap bila ada kejadian-kejadian jenayah yang berlaku dan begitu cepat sekali menuduh pihak polis kita lembab.


Malah sekiranya pihak polis menggunakan kekerasan samada semasa soal siasat atau semasa proses memberkas penjenayah, ada pula yang cuba membela kononnya atas nama hak asasi manusia. Mereka lupa polis pun ada hak asasi, dan dalam masa yang sama menggadai nyawa untuk membenteras jenayah.

Hari ini , 25 March 2013 , PM Najib akan merasmikan Hari Polis dan pada masa yang sama akan memperincikan ESSCOM semasa sidang media. ESSCOM diperkenalkan sebagai tanda keseriusan kerajaan dalam menangani pencerobohan anasir-anasir luar , selain itu ia merupakan satu lagi usaha transformasi PM Najib .

Berikut adalah beberapa link2 berkaitan dengan sambutan hari polis ;

Komando 69 diterbangkan untuk sambutan hari Polis
Cabaran penyiasatan PDRM (menjelang Hari Polis)
Sambutan Hari Polis ke-206 tampil konsep revolusi kepolisian negara
Sabah conflict: PM to provide more details on Esscom


Sunday, March 24, 2013

Kronologi yang mengaitkan bekas pemimpin BN dengan insiden di Lahad Datu

Dari susunan kronologi blogger MyMassa , berikut adalah kronologi yang mengisahkan kaitan seorang bekas pemimpin BN dengan insiden di Lahad Datu. Samada tuduhan blog MyMassa ini adalah berasas atau tidak , pembaca boleh membuat semakan sendiri di Reuters, Wikileaks, imigresen Malaysia, video2 di Youtube dan apa saja rujukan2 yang nyata dan sila buat penilaian mengenai kebenaran kronologi ini.




16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.

              - Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.


seterusnya di blog MyMassa

Friday, March 22, 2013

Nurul Izzah terus memperlekehkan tugas polis


Anak sulung kepada Anwar , si Nurul Izzah nampak benar-benar menyampah dengan polis . Terbaru dalam satu siri ceramah di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 20 Mac 2013 , Nurul seolah-olah menghina pasukan polis dengan mengatakan pihak polis tiada kerja lain selain mengintip pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat . Kredibiliti pihak polis dipersoalkan Nurul , sedangkan pada masa yang sama pihak polis lah yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan negara.


Beberapa link berkaitan :

http://www.malaysiandigest.com/news/36-local2/289772-nurul-izzah-hits-out-at-police-says-all-they-do-is-spy-on-everybody.html

http://www.nst.com.my/nation/general/nurul-izzah-hits-out-at-police-1.238892



Apa yang diucapkan oleh Nurul menunjukkan beliau tak menghargai pengorbanan yang dilakukan PDRM. Mungkin Nurul panas hati apabila gambar dan maklumat mengenai pertemuan Misuari-Anwar , Tian Chua , Jefrey di Filipina dengan individu2 yang ada kaitan dengan kejadian serangan di Lahad Datu tersebar. Namun Nurul perlu tahu, maklumat yang disebarkan itu bukan dari perisikan Malaysia , tetapi dari perisika Filipina itu sendiri yang seterusnya didedahkan kepada media negara itu dan Reuters.


Berikut adalah beberapa video yang menjengkelkan dari Nurul Izzah . Selain memperlekehkan anggota keselamatan negara , tentu ramai yang masih ingat satu kenyataan Nurul iaitu bagi membolehkan kaum Melayu bebas memilih agama mereka . Kalau di Malaysia, menurut perlembagaan bila dikatakan Melayu , orang itu juga adalah seorang Islam . Jadi kenyataan Nurul mungkin secara tak langsung merelakan perbuatan murtad ?

Insiden Berdarah di Segambut : Dipukul hanya kerana disyaki blogger Papagomo !

Agak terkejut bila mendapat khabar bahawa rakan blogger Papagomo kena pukul di Segambut tadi , berita diperoleh dari rakan blogger tokguru86 . Penulis percaya kejadian ini berpunca dari perasaan tak puas hati sesetengah pihak dengan pendedahan yang dibuat oleh blogger Papagomo semalam . Setelah membaca artikel yang dikeluarkan oleh rakan blogger tokguru86 , baru lah penulis sedar individu yang dipukul itu adalah individu yang dipercayai pengendali blog Papagomo kerana gambarnya dipaparkan paper Utusan pagi ini .



Penulis berasa simpati dengan individu tersebut kerana beliau dibelasah hanya kerana disyaki pengendali blog Papagomo . Ganas sungguh permainan mereka ini , politik ganas seperti dah jadi anutan , kebenaran cuba ditutup sehinggakan individu yang disyaki sahaja pun tak terlepas kena belasah . Penulis berharap rakan2 seperjuangan yang lain lebih berhati-hati kerana sekarang puak2 di sebelah sana dah berani mengupah samseng . 

Dan samseng yang membelasah tu pun semberono saja walau tak individu berkenaan hanya di syaki saja .. penulis ulangi mereka hanya SYAK sahaja . Jadi tak mustahil selepas ini mana2 orang yang disyaki puak2 disebelah sana mungkin akan dibelasah dek samseng2 upahan mereka . Sedikit info dari blog tokguru86 .

"Akibat itu, hari ini individu tersebut yang dipercayai pengendali blog PapaGomo seperti yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di datangi dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa tinggi. Salah seorang daripada lelaki yang menaiki motosikal tersebut memukul individu yang dipercayai PapaGomo secara melulu."

"Berkemungkinan besar, kejadian tersebut  ada kaitan dengan pendedahan video Anwar Ibrahim oleh pengendali blog PapaGomo semalam. Video tersebut yang mendedahkan perilaku homoseksual Anwar Ibrahim bersama seorang Mahasiswa dari Sabah. "

"Kejadian insiden individu disyaki pengendali blog PapaGomo di pukul di sekitar Segambut ini telah mengakibatkan berlaku pendarahan di kepala dan beliau sekarang mendapat rawatan di HKL."

Bahana "Twitter" : Student Jadi Mangsa Liwat

Rasanya masih belum terlambat untuk aku tulis satu artikel mengenai video yang dikeluarkan oleh blogger Papagomo . Nampaknya video kali ini cukup jelas sekali malah suara lelaki berkenaan amat mirip sekali dengan Anwar . Walau bagaimanapun, berdasarkan komen yang aku baca, ramai penyokong tegar Anwar masih percaya video ini juga fitnah dan percaya semua itu konspirasi .


Komen-komen di blog Papagomo yang enggan percaya mengatakan video itu dibuat menggunakan teknik 'dubbing ' . Apabila mereka kata macam tu bererti mereka sudah tidak menafikan lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim . Mereka juga tak menafikan suara lelaki itu adalah suara Anwar bin Ibrahim . Apa yang mereka nafikan ialah suara dalam video itu diambil dalam sumber yang lain dan kemudian dimasukkan dalam rakaman video itu . Jadi , boleh kah pendapat sebegini boleh diterima ?

Kalau dilihat dialog "I bertolak dari Segambut immediately . " pada  saat ke 26 hingga 29 , gerak badan dan dialog yang diucapkan kena antara satu sama lain . Jadi tak timbul langsung soal dubbing . Kesimpulan yang dapat aku buat dalam video pendek ini beserta dengan dialog ialah ;                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

1. Individu dalam video mengenali antara satu sama lain melalui ruangan twitter.

2. Pertemuan yang berlaku mungkin kali pertama, kehadiran lelaki yang didakwa Anwar ke dalam ruang kamar itu mungkin kerana 'message' yang dihantar melalui twitter oleh seorang lagi lelaki dalam video berkenaan.

3. Lelaki yang didakwa Anwar itu datang sendiri ke ruang kamar berkenaan untuk membuktikan bahawa dia sendiri yang mengendalikan akaun twitternya.

4. Dalam video pendek berkenaan , topik perbualan lebih menjurus kepada pengendalian akaun 'twitter' lelaki yang didakwa mirip Anwar itu.

Untuk rekod Anwar agak aktif berinteraksi dengan penyokong-penyokong beliau menggunakan twitter. Bukan lah menuduh, tetapi 'konspirasi' video terbaru ini terlalu jelas tambahan pula ada audio ,oleh itu kita serahkan pada kebijaksanaan orang ramai untuk menilai .                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

Wednesday, March 20, 2013

Dr.M belum jadi PM tapi dah boleh bagi IC pada Agbimuddin Kiram ?

Hari ni dalam Malaysiakini, Rafizi buat pendedahan bahawa Agbimuddin Kiram pernah bekerja sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat pada tahun 1975 dan cuba mengaitkan dengan 'projek IC' . Kalau Agbimuddin Kiram jadi pembantu pegawai daerah pada tahun 1975, ini bermakna beliau dah jadi rakyat Sabah sebelum itu lagi. Takkan lah baru dapat IC terus dilantik jadi Assistant DO ?

Tak mustahil ketika itu Agbimuddin ada dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Filipina , tambahan pula itu tahun 70an , susah nak trace orang pegang 2 kewarganegeraan ni. Biasa juga berlaku di Semenanjung apabila seorang sahabat aku di Kelantan pernah juga memegang IC Thailand . Perkara sama juga berlaku di sempadan Johor Singapura. Memang ada kes individu punya dua kewarganegaraan terutama di negara2 sempadan.

Ok , berkenaan cubaan Rafizi nak mengaitkan Dr.M yang kononnya memulakan 'Projek IC' dengan kewarganegaraan Agbimuddin Kiram, beliau seharusnya menghempas kepala bertalu-talu ke dinding sebelum buat kenyataan bodoh. Ini kerana Dr.M tak pernah jadi Perdana Menteri pada tahun 1975, kalau tak jadi PM , apa kejadahnya dengan 'Projek IC' pulak ??

Sekarang mau kata Projek IC started since 1957 ? Yang tu aku setuju..ramai dah suku sakat projek IC 1957 dah berterbaran di seluruh negara.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Saman RM100 juta : Amaran Papagomo pada Anwar Ibrahim

Caption gambar di atas diambil dari blog Papagomo. Kalau dilihat dalam gambar di atas, pasti semua orang yakin tanpa was was mengatakan individu berkenaan adalah Anwar Ibrahim . Tetapi gomo hanyalah keluarkan gambar statik terlebih dahulu, mungkin akan timbul pelbagai pertikaian dari pecacai2 PR yang gambar itu mungkin super impose .

Namun bila video sebenar didedahkan, tak mustahil ramai di antara mereka akan terkejut dengan lenggok suara dan gaya lelaki dalam gambar itu . Memang sebijik macam pemimpin kesayangan pecacai. Mungkin babak2 seterusnya boleh bikin penonton muntah hijau . Maklum lah di depan masyarakt bukan main alim lagi .

Perbezaan yang ada dalam video kali ini ialah ada elemen AUDIO , maka boleh nilaikan sendiri milik siapakah suara dan wajah berkenaan. Entah apa permainan Anwar menyaman Papagomo RM100 juta sedangkan video itu dikeluarkan oleh blogger lain . Namun isu video seks ni sebenarnya berkait kait, bila perbicaraan bermula akan terburailah lebih banyak perkara.

Tak mustahil dato eskay akan dipanggil menjadi saksi. Dalam menghadapi saman RM 100 juta ini , gomo hanya perlu membuktikan tuduhan bahawa Anwar itu homoseksual adalah benar dan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Untuk pembuktian Anwar adalah homoseksual mungkin perlu dicari bukti2 atau saksi2 berkaitan dan untuk mengesahkan lelaki dalam video itu adalah anwar, pasangan lelaki dalam video itu perlu dijejaki. Apa pun kita tunggu respon Anwar mengenai amaran yang diberikan gomo.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Fakta Ekonomi : Plan Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Hasil

Hari ini PM telah membentangkan pencapaian2 dalam bidang ekonomi yang berjaya dicapai pada tahun 2012 berdasarkan plan-plan yang telah dirancang sebelum ini . Artikel yang dikeluarkan ini adalah untuk rakyat menilai sendiri keupayaan Perdana Menteri dalam mengukuhkan ekonomi negara dalam hanya tempoh beberapa tahun selepas mengambil alih kepimpinan ;



  • Kesemua NKRA menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang ditetapkan.
  • Pendapatan negara (GNI) meningkat 49% sepanjang 3 tahun lepas.
  • 438,000 peluang pekerjaan telah dicipta dari 2011-2012
  • Pertumbuhan sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012 ketika dunia alami kegawatan!
  • Pelaburan swasta meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran #ETP iaitu RM139.5 bilion pada 2012.
  • Kadar kemiskinan Negara menurun dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012
  • Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013
  • Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012
  • Indeks KLCI capai rekod tertinggi pada 4 Januari 2013: 1,692.65 points.
  • Lebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta peruntukan mendapat manfaat BR1M
  • Lebih 5.24 juta pelajar murid-murid sekolah atau lebih RM524 juta peruntukan menerima faedah bantuan persekolahan RM100 
  • Lebih 390,000 pelajar institut pengajian tinggi yang mendapat faedah ini dan sejumlah lebih RM97.5 juta peruntukan Baucer Buku 1Malaysia 
  • RM37.8 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3 bilion adalah untuk Subsidi, RM873.5 juta untuk Insentif manakala RM14.6 bilion untuk Bantuan. 
  • Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam
  • Sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun
  • Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DBKL dan SPNB telah ditawarkan
  • Kesemua inisiatif di bawah NKRA mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia 
  • Enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada hampir 770,000 pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan
  • Mengeluarkan 164 atau lebih 40% sekolah-sekolah dari kumpulan bresprestasi rendah atau Jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik iaitu Jaluran 1 hingga 5
  • Kadar jenayah menurun sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas.
  • Seramai 1,172 pesalah rasuah disiarkan dalam laman web MACC
  • Sebanyak 6,688 kontrak kerajaan disiarkan dalam pengakalan data atas talian
  • Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012
  • Ikrar Integriti Pilihanraya yang ditandatangani oleh YAB PM sendiri
  • Penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh 3 tahun lalu: lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012 
  • Sejak pelancaran ETP, pelaburan swasta mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012
  • Nisbah pelaburan swasta meningkat kepada 58% pada tahun 2012 berbanding 52% pada tahun 2009
  • Pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai RM139.5 bilion, dipacu oleh perbelanjaan modal tinggi dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan
  • Pelaburan swasta sepanjang 10 tahun telah menunjukkan peningkatan
  • Pada 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir RM100 bilion
  • Setakat 31 Disember 2012, MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45% atau RM8.9 bilion dan daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera
  • Pada 2011 dan 2012 seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat drpd menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30%
  • PNK Per Kapita pada tahun 2009 ialah USD6,700 dan telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada USD9,970 pada tahun 2012
  • Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jumlah terkumpul sebanyak RM211.34 bilion.
  • Sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan 408,443 pekerjaan dijangka diwujudkan
Bagi yang cuba mempertikaikan data-data di atas , terutama dari pihak pembangkang , eloklah anda buat kajian dan analisis terhadap setiap point2 diatas dengan mengambilkira fakta-fakta yang benar. Kita tahu kadang-kadang pihak pembangkang akan cuba 'spin' data-data yang dikemukakan dengan data-data yang lain. Malah mungkin yang tukang 'spin' itu pun tak faham apa yang dicatatkan di atas. 

Tuesday, March 19, 2013

Akaun Twitter PKR Bangi Kena Hack ?

Seperti 'caption' yang ditunjukkan , timeline twitter PKR Bangi menyebut mereka tidak kisah DS Anwar seorang homoseksual . Ada dua kemungkinan di sini iaitu samada akaun twitter PKR Bangi sudah kena hack atau mereka benar2 tak kisah orientasi sexual DS Anwar. Sekiranya benar mereka tak kisah, adalah amat memalukan sekali dengan pemikiran rakyat Malaysia sebegini.

Bukan lah kita bermaksud nak menghina golongan homoseksual, tetapi adalah kurang sesuai bagi seorang homoseksual untuk memimpin sebuah negara Islam. Sekiranya pemikiran sebegini disemai dalam masyarakat negara ini, maka lama kelamaan hilanglah nilai-nilai masyarakat timur dalam jiwa rakyat negara ini. Tak mustahil negara ini akan menjadi terlalu bebas seperti negara2 barat sekiranya hal sebegini berterusan.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sunday, March 17, 2013

Soalan bodoh dari seorang lawyer , jika darurat bolehkan PRU dilangsungkan ?


Berikut adalah petikan 'posting' Facebook dari boss The Truth Squad , Tuan Fuad Omar , penulisan beliau ada feedback tentang persoalan yang ditimbulkan oleh seorang peguam muda "feeling intelek" Syahredzan Johan berkenaan samada pilihanraya umum boleh dilangsungkan jika darurat di istiharkan. Tulisan Fuad Omar yang juga merupakan seorang 'otai' dalam bidang kejuruteraan membuktikan bagaimana pemikiran jurutera (real engineer .. not political engineer macam Nizar lambai) untuk menyelesaikan masalah instead of seorang lawyer yang cuba berfikir macam mana nak 'mencipta' masalah , persepsi , persoalan , pin pointing dan sebagainya  .. why don't they just go to think of the solution first ?


"Soalan yang sering diutarakan — bolehkah pilihan raya umum dilangsungkan jika darurat diisytiharkan?

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pilihan-raya-sewaktu-darurat-syahredzan-johan/

Soalan bodoh drpd seorg peguam muda yg buta sejarah....

Sejarah darurat di Malaya/Msia,

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu)

Walaupun secara rasminya Darurat Malaya distiharkan tamat pada 1960....pada Disember 1989, baru CPM declare "arms down" dibawah Kerajaan Msia (BN) pimpinan Dr M masa tu.....dlm masa tu apa yg telah terjadi..

1 ) Malaya Merdeka.
2 ) Msia terbentuk.
3 ) Entah berapa kali pilihanraya.
4 ) Ganyang Msia oleh Indonesia
5 ) 13 hb Mei
6 ) DEB dilaksanakan.
7 ) Penswastaan telah bermula.
8 ) Proton sudah berada di jalanraya.
9 ) Petronas dah satu dunia.
10 ) Empat Perdana Menteri.
11 ) FDI telah lama bertapak.
12 ) Projek2 Mega telah dilaksanakan..i.e Project Pertanian spt Muda, Kemubu & Trans Kerian, Projek Penjanaan Kuasa, Temenggor, Kenyir, Bersia, Kenering, Cameron Highlands, Prai, Tuanku Jaafar, Paka, Pasir Gudang, dll, Lebuhraya Utara Selatan, bekalan air dll

Mcm mcm lagi........apa masaalah nak buat PRU13 dgn masaalah Sulu ini..."

Saturday, March 16, 2013

Fitnah : Harlem Shake Versi Pemimpin PR

Dari kegilaan Gangnam style hingga ke Harlem Shake .. ada saja pemimpin-pemimpin parti politik di negara ini tak mahu ketinggalan buat rakaman video versi mereka sendiri . Terbaru , rakaman Harlem Shake yang di buat oleh sekumpulan 'pemimpin-pemimpin' parti politik di Malaysia . Dipercayai masing-masing dah terkena sawan dek tekanan yang di hadapi dari kes dikatakan punca serangan di Lahad Datu , kehilangan 'ayam tambatan' yang baru je di bawa pulang tapi dah meninggal , dan terbaru... emm faham2 je lah aksi2 menakutkan dari lensa kamera 'raja goyang' .




Kalau sebelum ini, mereka cukup galak membuat fitnah ke atas pemimpin kerajaan terutama Najib . Bukan saja pemimpin kerajaan malah isteri PM , Rosmah pun cukup teruk difitnah oleh pemimpin2 'gila' ini dan disambut pula oleh pecacai2 yang taksub . Tapi kali ini fitnah2 itu seolah-olah sudah terkena tempias pada muka mereka sendiri . Makin lama makin besar kemaluan yang terpaksa ditelan oleh pemimpin-pemimpin 'gila' ini . 


Fitnah yang disebarkan, ada yang terbongkar dengan sendirinya dengan kebesaran kuasa tuhan . Tetapi kita sebagai manusia pun tak boleh mengharap segalanya terbongkar sendiri, maka program GEMPAK yang dilancarkan oleh KJ semalam adalah bertujuan untuk menjawab fitnah2 yang ditabur kepada2 pemimpin2 negara.  Dari laporan KLPos , 

"Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata pembangkang yang telah sekian lama melemparkan fitnah kepada kerajaan dalam setiap kempennya kini akan ditentang oleh GEMPAK.

"Banyak bahan kempen daripada pihak pembangkang adalah bahan kempen yang menjurus kepada fitnah.

"Kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin Bn dengan menggunakan fitnah dan bukti yang tidak sah ," katanya ketika membuat sidang media di Dewan Sri Endon, Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum melancarkan Gempak hari ini."

Seterusnya untuk laporan penuh

Lolos ? Rajah Muda Agbimuddin Tak Pernah Ke Lahad Datu !


Penyokong2 Pakatan dilihat seperti cuba memperlekehkan anggota keselamatan negara lagi , mereka berkata kenapa Rajah Muda Agbimuddin boleh lolos dan kembali ke Filipina ?? Sedangkan kawalan ketat telah dilakukan ? Masing-masing terus mempersoalkan , salah seorang penyokong totok , iaitu PA kepada Nurul Izzah , si Fahmie Fadzil dalam ruangan tweeter nya terus menerus mempersoalkan bagaimana Agbimuddin boleh lolos ?? 

Soalan aku ialah siapa diantara kita rakyat Malaysia , baik dari UMNO ,tentera , PKR, DAP dan rakyat marhaen tahu rupa Agbimuddin ni ? Dan kita 'confirm' memang dia pernah ada di Lahad Datu ? Kalau dia takde di Lahad Datu macam mana di boleh lolos ?? Sebenarnya ini boleh dikatakan PSYWAR dari pihak Sultan Sulu itu sendiri . Dakwaaan di buat mungkin untuk mengelirukan pihak keselamatan di Malaysia dan juga menaikkan semangat pengganas pengganas Sulu yang lain.



Patut lah bila media Malaysia keluarkan cerita bahawa Agbimuddin terbunuh , Sultan Sulu Kiram cukup yakin bahawa adik beliau masih hidup dan menafikan sekerasnya dakwaan media Malaysia itu . Rupa-rupanya mamat tu ada bersenang lenang di FIlipina. Berikut adalah kupasan yang menarik dari rakan blogger Apa Yang Tersirat .

"TIPU muslihat Rajah Muda Agbimuddin dan keluarganya, kononnya Agbimuddin mengetuai pendudukan Kg Tanduo pada malam 12 Februari. Sebenarnya Agbimuddin tidak pernah berada di Sabah semasa kejadian itu. Muslihat Agbimuddin adalah untuk memalukan pasukan keselamatan, kerana walaupun dikepung berlapis-lapis dari semua jajaran laut dan darat, akhirnya dia mudah sahaja meloloskan diri. Sebenarnya, sejak penerobohan Kg Tanduo, tiada sesiapa yang memberi maklumat berhubung kehadiran Agbimuddin. Apa yang ada, adalah dakwaan berbagai pihak terutama abangnya Jamalul Kiram III, bahawa penerobohan itu diketuai oleh adiknya. "

 ''Para pengikut Agbimuddin mungkin percaya, bahawa Agbimuddin bersama mereka, atas sebab itu, para pengikutnya, enggan berundur apatah lagi menyerah diri. Rupanya, semua pengikut Agbimuddin tertipu dan 61 orang mati katak. Sebelum ini, AYT pernah menulis, bahawa dakwaan Agbimuddin mengetuai penerobohan Kg Tanduo hanya satu rekaan pihak musuh, yang juga berjaya memerangkap Jamalul Kiram III. Pada awal kejadian, Jamalul Kiram III agak teragak-agak apabila ditanya pengelibatan adiknya dalam penerobohan Lahad Datu, namun kemudian mengakuinya. Kini telah jelas, Agbimuddin yang diburu, sebenarnya tidak berada di lokasi pertempuran, tidakpun berada di Kg Tanduo sejak awal. Masalahnya, disebabkan nama-nama yang terlibat penerobohan Lahad Datu kurang dikenal atau diketahui, maka adalah sukar bagi sesiapa untuk mengesahkannya. "

" AYT yakin, bahagian perisikan kitapun tidak mengenal siapa Agbimuddin. Nama Agbimuddin hanya muncul selepas namanya dikaitkan dengan pencerbohan Lahad Datu. Benarlah sangkaan AYT, bahawa kejadian Lahad Datu, adalah satu perancangan pihak tertentu untuk menghuru harakan negara dengan cara kekerasan. Pengganas yang datang yang dikatakan sebagai Tentera Sulu, sebenarnya tentera upahan pihak tertentu untuk mencapai matalamat mereka. Kita jangan terperangkap mainan musuh. Jurucakap Jamalul Kiram III- Abraham Idjirani berkata bagi mengulas kenyataan LAT bahawa Agbimuddin sudah pulang ke Filipina, bahawa dia telah berhubung dengan adik Jamalul Kiram III itu pada pukul 2 petang Jumaat, dan mengatakan ketua pengganas itu masih di Sabah."

Fitenah atau Realiti : Bala Menimpa Lagi Tak Sampai Tempoh 24 jam

Salam satu Malaysia .. artikel ini dikeluarkan bukan untuk tujuan melucah atau seangkatan dengan nya , tapi artikel ini ditulis kerana bimbang gambar2 yang akan ditunjukkan di bawah bakal di SPIN oleh blogger2 UMNO , lelaki dalam gambar itu bukan lah seperti yang anda sangka kan . Lelaki itu saya percaya di make up untuk menyerupai seorang pemimpin ehemm ehemm yang tak perlu saya sebutkan namanya . Agak terkejut bila menerima sms daripada seorang rakan memaklumkan pada saya supaya buka blog rajagoyang360.blogspot.com .


Saya pun buka blog itu dan cukup sedih apabila melihat isi kandungannya ... tak sudah2 pemimpin ehem ehem itu cuba dipitenahh ... Saya gosok mata kiri , nampak serupa ... saya gosok mata kanan punnnn nampak serupa , dalam hati terdetik APEKAHHH?? Namun cepat2 saya beristigfar kerana percaya sifat manusia yang lemah ... saya menyakinkan hati ini bahawa individu yang saya lihat dalam gambar itu bukan dia !!!


Saya tutup mata dan saya belek dari celah2 jari yang dibukakan sedikit ... hmm masih kekal ada ciri2 dia , APEKAHHH ?? Hmmm... tak apa lah saya 'buat-buat' yakin bahawa lelaki itu bukan dia... dan keyakinan itu bersandarkan ia hanyalah gambar pegun... dan gambar tu diperoleh dari kamera yang hanyalah seketul besi ...emmm APEKAHH ??


Masih ada lagi 7 gambar yang tak sanggup saya uploadkan ... saya sedih kerana senario ini berlaku lagi.  Sepatutnya kita gembirakan dan gelak terbahak-bahak kan bila tengok SENARIO ?? Tapi saya hanya mampu memekup mulut simpati  *sambil tahan gelak..perut dah keras . Opss kita serious semula , individu yang menyebarkan gambar ini memang lah tak bertanggungjawab langsung , APEKAHH tujuan mereka buat semua ini setelah satu demi satu BALA yang datang menimpa ANOGERAH TWOHAN ini ? Sudah lah dikatakan menjadi dalang kejadian di Lahad Datu , kemudian orang kuat beliau pula ditimpa BALA petang tadi... nah dan kini ??? Adoiii... terseliuhhh den

Friday, March 15, 2013

Tak sampai beberapa jam meninggal, PI Bala dah ada pengganti..KONSPIRASI ??

Pelik..PI Bala belum pun dikebumikan , baru je meninggal dunia . Portal media Malaysiakini dah keluarkan cerita pasal kebenaran SD1 oleh PI Bala . KIni mereka gunakan Americk Sidhu pulak ? Nampak seperti tindakan terdesak pemimpin2 PR dan portal pro Pakatan ini dengan mengeluarkan artikel dari Americk Sidhu ??

Seolah olah kematian PI Bala dimanipulasi utk over shadow 'peperangan' yang berlaku di Lahad Datu . Artikel yang tiba2 saja dikeluarkan itu nampak tersangat lah fishy...tak sampai beberapa jam Bala meninggal dunia mereka dah jumpa target baru . Adakah Americk Sidhu pun seperti bapa Saiful dapat tawaran yang mantap ?? Ini persoalan saja tapi boleh jadi kemungkinan..

Cuma ada satu lagi persoalan yang timbul sekarang.. , adakah ada konspirasi dari pihak tertentu yang 'mengorbankan' buah catur sendiri untuk menutup sesuatu atau cuba meraih simpati??
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tekanan Berterusan ? PI Bala Meninggal Dunia kerana Masalah Jantung




PI Bala yang baru ja pulang ke Malaysia di khabarkan meninggal dunia. Sebelum itu beliau dimasukkan ke hospital kerana jantung berhenti berdenyut kerana arteri tersumbat. Dari petikan Malaysiakini, Bala dikejarkan ke hospital Sg Buloh kira2 2:30ptg tadi.

Bala mungkin menghadapi tekanan dari bos-bos beliau untuk berkempen dalam usaha mendededahkan 'dalang' pembunuhan warga Mongolia , altantuya . Bala yang sebelum ini bertukar-tukar akuan bersumpahnya mungkin menghadapi tekanan dari pelbagai pihak hingga menjejaskan kesihatan beliau.

Pakatan yang ketika ini sibuk bersilat mempertahankan diri tentang isu Lahad Datu, mungkin memberi pelbagai tekanan kepada PI Bala supaya 'meledakkan' isu Altantuya. Namun di kala ini rakyat seperti lebih risau dan prihatin dengan isu di Lahad Datu.

Jadi kemungkinannya,Bala menghadapi tekanan kerana kepulangan beliau untuk membantu Pakatan terhenti kerana isu di Sabah yang lebih memuncak , tambahan pula melibatkan beberapa pemimpin tertinggi PKR seperti yang dilaporkan media filipina danreuters.

Bala yang selama ini sihat di luar negara tiba2 meninggal dunia hari ini dek kerana tekanan dalam negara. Tekanan tekanan yang dicipta oleh pemimpin2 Pakatan itu sendiri. Jelas disini kematian Bala adalah disebabkan permainan politik pemimpin2 Pakatan itu sendiri. Jangan pula ini pun nak disalahkan UMNO atau kononnya ada konspirasi2 lagi..

Dari sumber KLPos 


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat n Surendran dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa mengesahkan kejadian tersebut.

"Saya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Saya tidak mempunyai maklumat lengkap lagi," kata Sivarasa.


Dimakan sumpah ??




Thursday, March 14, 2013

Polis sekali lagi dihina pemimpin Pakatan Rakyat


http://www.youtube.com/watch?v=-tQE9P0Iv1I&feature=youtube_gdata_player

Penyokong-penyokong PKR hari ini bertindak kurang ajar lagi apabila bertindak menahan tindakan polis daripada mengiringi Tian Chua ke pejabat polis di Kompleks Mahkamah. Mereka menganggap tindakan polis itu seperti untuk memalukan pemimpin PKR itu. Polis sekali lagi dimaki hamun dan diperlekehkan ,beberapa pemimpin PKR yang kelihatan pada ketika itu termasuklah Latheefa Koya dan R Surendran.

Penjelasan polis seolah olah tidak dilayan mereka dan mereka seolah-olah cuba merendah-rendahkan integriti polis. Tian Chua hari ini hadir ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan di bawah akta hasutan apabila beliau yang dipetik dari media PKR , Keadilan Daily mengatakan kejadian di Lahad Datu hanyalah sandiwara.
*Laporan dan video penuh di KLPos

Ungkapan beliau ini telah menimbulkan kemarahan banyak pihak dan berpuluh laporan polis telah dibuat. Nampaknya kejadian di mahkamah tadi cukup jelas menunjukkan bagaimanakah pengorbanan seorang polis yang bergolok gadai bersabung nyawa menjaga keselamatan negara tidak ada apa2 makna bagi pemimpin2 PKR ini apabila dengan jelas sekali bersikap kurang ajar ! Sekiranya mereka memerintah, bagaimana pula polis2 ini akan dilayan !!?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, March 12, 2013

Kegembiraan Anggota Keselamatan dgn Pengumuman Kenaikan Gaji cuba di 'robek' Rafizi Ramli

Dari laporan Malaysiakini, pengarah strategik PKR , Rafizi Ramli tidak bersetuju dengan kenaikan gaji anggota keselamatan oleh Najib semalam. Rafizi berpendapat, Najib tiada hak untuk membuat pengumuman itu memandangkan sudah habis mandat pentadbiran BN 8 Mac lalu. Rafizi mendakwa pengumuman Najib itu hanyalah untuk menarik undi anggota keselamatan.

Samada kenyataan yang dibuat oleh Najib itu sah atau tidak , yang menjadi keutamaan sekarang ialah kebajikan anggota keselamatan sekarang menjadi keutamaan, lebih2 lagi dengan insiden Lahad Datu yang membuka mata semua pihak. Skim tangga gaji baru yang diumumkan itu menjadikan proses lebih cepat bagi anggota keselamatan menikmati kadar gaji baru. Kalau diikutkan sangat dengan kepala otak Rafizi lembu, maka lambat lagi lah anggota keselamatan kita nak nikmati tangga gaji baru.

Pada belanjawan 2013 yang lepas, Najib telah mengumumkan insentif kepada anggota polis dan atm . Maka pengumuman semalam adalah tambahan kepada belanjawan 2013 . Ini bukan soal nak tarik undi, ini lebih kepada kesedaran kerajaan sedia tentang betapa tingginya martabat polis dan tentera dalam sesebuah negara dengan pengorbanan yang mereka lakukakan.

Buat Rafizi, stop lah sekejap berpolitik dan biarlah polis dan tentera terima kenaikan gaji mereka dengan hati yang gembira. Entah esok atau lusa, nyawa mereka sentiasa menjadi taruhan dalam menjaga keamanan negara ini.

Penulis berasa sedih dengan kehilangan satu lagi nyawa di pihak kita tengah hari tadi, dan apa yang diumumkan Najib semalam sekurang kurangnya menjadi pembakar semangat utk polis dan tentera kita. Walaupun tiada lagi di dunia ini, isteri dan waris2 mereka masih boleh merasa nikmat kenaikan yang diumumkan PM semalam.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, March 11, 2013

Jamalul Kiram Sultan 'Miskin' Yang Tiba-tiba Menjadi Kaya


Kejadian yang berlaku di Lahad Datu seolah-olah sedang melengkapkan 'puzzle' atau tembelang Pakatan dalam meraih simpati rakyat melalui fitnah2 yang ditaburkan kepada kepimpinan kerajaan BN. Askar2 Sulu yang ditangkap mengaku bahawa mereka dibayar dengan sejumlah laba yang besar sekiranya menyertai serangan di Lahad Datu . Malah Presiden Filipina juga berasa hairan bagaimana waris Sultan Sulu yang sebelum ini hidup dalam kedaifan menjadi kaya secara tiba2 .  Rujuk artikel dari sahabat blogger RBF online disini.


Dari satu artikel KLPos yang memetik kenyataan Ng Lam Yong yang merupakan salah seorang pengasas PKR berkata ;


 "Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu."



"NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia." 

seterusnya


Semua ini menimbulkan persoalan-persoalan yang bakal di rungkaikan tidak lama lagi . Dari 'hint'2 awal perisikan kerajaan Filipina ada 3 kumpulan yang terlibat dalam serangan di Lahad Datu , Sultan Sulu , parti pembangkang di Malaysia dan puak pelampau MNLF .  Pemimpin2 parti pembanagkang dari Malaysia pula dikatakan telah berjumpa dengan individu2 ini beberapa bulan sebelum serangan berlaku !

Rakyat Sabah hampir2 ditipu, mujur lah segala ini terlerai sudah di saat2 akhir . Namun pembangkang dilihat cuba mengalihkan isu yang ditimbulkana perisikan Filipina tentang kaitan mereka dalam serangan di Lahad Datu dengan menuduh kononnya 'projek IC' menjadi punca sebenar ? Tetapi adakah mereka lupa , mereka juga sedang mengusahakan 'projek IC' untuk kaum India yang tiada pengenalan diri dan mengadakan protes di Putrajaya beberapa bulan lepas .


Jadi apa beza 'projek IC' Pakatan di Semenanjung dengan 'projek IC' yang didakwa mereka di Sabah sedangkan alasan yang diberikan oleh mereka yang tidak mempunyai IC ini adalah lebih kurang sama saja ? Kalau di Sabah, mereka yang diberikan IC ini boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan pribumi , tetapi adakah yang tiada IC di Semenanjung itu benar2 lahir di Malaysia , kerana ada diantaranya yang masih terkial-kial berbahasa Melayu ?

Sunday, March 10, 2013

Cubaan Tenggelamkan Isu Lahad Datu dengan Sidang Media Kedua Azlan Lazim Esok

Menggunakan bapa kepada Saiful Bukhari untuk mengalihkan isu yang sedang berlaku di Lahad Datu sekarang bukan lah satu tindakan yang bijak . Malah kenyataan U-turn bapa kepada Saiful Bukhari mula menampakkan kegoyahan yang sedang berlaku dalam jentera Pakatan . Pemimpin-pemimpin Pakatan dan juga penyokong mereka masing2 konsisten mengatakan kenyataan U-turn yang dikeluarkan bapa Saiful Bukhari adalah benar . 




Peliknya, tidakkah mereka terfikir bahawa Saiful dan lain2 keluarga beliau masih konsisten mengatakan kejadian liwat adalah benar2 berlaku dan rayuan untuk kes ini dibawa ke  Mahkamah Rayuan akan tetap diteruskan . Nampaknya , pihak terbabit bijak memilih 'mangsa' untuk dipujuk . Mungkin mereka telah meneliti terlebih dahulu senarai bakal2 mangsa dan meneliti kelemahan mangsa . Dalam kes ini nampaknya Azlan Lazim paling lemah dan mempunyai 'masalah-masalah' tertentu. 

Dari petikan portal KLPos ;

"Saiful menjelaskan, seluruh keluarganya berasa terkejut dengan kenyataan bapanya, Azlan Mohd Lazim yang bertindak tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuklah dirinya sendiri.

Walaubagaimanapun, beliau yang sedih dengan insiden berkenaan melahirkan rasa terharu mendapat sokongan dari pihak keluarga dan mengesyaki bapanya telah dipergunakan beberapa individu yang berkaitrapat dengan Anwar."



Pengakuan Azlan Lazim itu disertakan dengan satu kenyataan bertulis dengan menggunakan nama Allah, Kenyataan itu dipercayai dikarang oleh orang2 tertentu untuk dibaca Azlan , penggunaan elemen Allah dalam kenyataaan bertulis adalah kononnya untuk menguatkan hujah . Tapi jangan lupa, Azlan sebelum ini pun pernah menggunakan elemen Allah semasa sumpah muhabalah Saiful . Nampak sangat, penggunaan nama Allah dipermainkan-mainkan beliau . 

Artikel lain dari KLPos memetik Dr. Hassan Ali dalam kenyataan media oleh beliau telah berkata ;

"Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak di peringkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya."


Walau apa pun yang berlaku selepas ini, kredibiliti Azlan sudah tercalar, samada dia insaf atau tegar bersama dengan individu yang 'menyuapnya' , kata-kata beliau selepas ini hanya akan menjadi bahan jenaka . Adakah press statement esok yang bakal dibuat oleh Azlan merupakan satu lagi U-turn atau untuk menidakkan kenyataan Saiful ? Sekiranya U-turn , maka gerombolan pemimpin dan penyokong Pakatan akan menuduh Azlan pula dibeli oleh UMNO . Tak apa lah kita tengok apa pula drama yang akan berlaku esok.