Wednesday, February 27, 2013

Kebimbangan Pelabur Sekiranya BN Tewas : Morgan Stanley

Morgan Stanley adalah sebuah syarikat multinasional dari US yang mana perkhidmatan syarikat itu adalah berkaitan dengan pengurusan kewangan , syarikat itu melalui anak-anak syarikatnya menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan kepada syarikat-syarikat korporat, institusi kewangan , perbadanan malah sebuah kerajaan . Tiga teras perniagaan bagi syarikat ini ialah ;



i.  Institutional Securities 
ii. Global Wealth Management Group
iii. Asset Management

Bagi mereka yang terlibat dalam sektor-sektor di atas , Morgan Stanley bukan lah satu entiti yang asing lagi. Kalau dalam industri minyak dan gas , kredibiliti syarikat ini boleh dikatakan setaraf dengan Shell iaitu antara syarikat multinasional untuk industri minyak dan gas yang kukuh. Sejarah Morgan Stanley bermula sejak tahun 1935 lagi . Oleh itu kredibiliti pekerja-pekerja dalam syarikat ini adalah jauh lebih tinggi dari seorang 'pakar ekonomi' dari sebuah syarikat perbankan tempatan  .  Kalau masih ingat, seorang 'pakar ekonomi' dari Bank Islam yang juga khabarnya ahli bagi sebuah parti pembangkang berkata keputusana PRU-13 bakal memihak Pakatan Rakyat . 


Dari laporan yang dikeluarkan oleh MalaysianInsider , MorganStanley dalam kajiannya menyatakan seperti berikut ;

“The political landscape ... would be important in terms of whether policymakers can engineer a sustainable inflexion point in Malaysia’s structural story,” according to the report made available to The Malaysian Insider.

On the other hand, if the ruling BN loses by winning less than 50 per cent of the seats up for grab, investors would likely see this as a “negative risk event”, Morgan Stanley noted.

These risks would then affect leadership and government stability, postponing the reform agenda undertaken by the country in the near term until political stability is restored.

Morgan Stanley suggested that near-term continuity in policy and reform agenda will come from maintaining the status quo."

Secara ringkasnya, MorganStanley berpendapat  BN perlu menang dalam PRU-13 ini untuk keyakinan para pelabur . Kekalahan BN boleh dianggap satu risiko yang negatif bagi pelaburan , risiko2 ini akan memberi kesan kepada kestabilan kepimpinan dan kerajaan dan memperlahankan agenda transformasi negara . Kenyataan MorganStanley adalah berdasarkan fakta kemasukan pelabur-pelabur ke dalam negara ini adalah melalui polisi-polisi bijak kerajaan BN , selain mempunyai pengalamaan pemerintahan negara dengan aman dalam jangka masa panjang , disamping penyediaan fasiliti2 yang mencukupi. Semua faktor ini adalah faktor yang diperlukan bagi satu pelaburan yang baik. Oleh itu boleh dikatakan, rakyat Malaysia mengambil risiko terhadap kesan perkembangan ekonomi dan pelaburan dalam negara ini sekiranya memilih PR untuk mengambil alih Putrajaya. 

Friday, February 22, 2013

Majalah Luar Negara, Economist Intelligence Unit Ramal BN Menang PRU-13

BN akan menang pada PRU-13 ini , itulah yang dijangkakan oleh sebuah majalah luar negara Economist Intelligence Unit . Di kala sibuk pemimpin2 Pakatan mencanangkan kepada penyokong2 mereka bahawa mereka mampu tawan Putrajaya , namun persepsi yang lebih bijak dilihat oleh editor Economist Intelligence Unit dengan mengambil kira faktor-faktor yang lebih analitikal berbanding persepsi semata-mata. Laporan sebegini dijangkakan akan menyebabkan pemimpin-pemimpin dan penyokong mereka akan tak senang duduk . Maka tak lama lagi akan timbul cerita majalah ini sudah di 'beli' oleh UMNO atau mungkin juga alasan2 , majalah ini dari luar jadi mereka tak tahu urusan sebenar yang berlaku di Malaysia . Itu lah alasan-alasan 'cliche' dari penyokong-penyokong Pakatan bila sesuatu keadaan tidak menyebelahi mereka . 



Dari laporan KLPos ;

"Menurut majalah yang berpangkalan di London itu, keputusan pilihan raya akan datang jelas memihak kepada BN kerana agenda pembaharuan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonominya selama ini berjaya.

"Pakatan Rayat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghaang besar serta jauh ketinggalan menyebabkan EIU meramalkan BN akan jadi 'pemenang'.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM 43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM 4.6 bilion," katanya.

EIU turut menjelaskan, janji yang ditabur oleh PR sering tidak ditepati termasuk pelbagai bantuan kepada isi rumah, bantuan kepada penuntut pra-sekolah, penuntut universiti dan warga emas.

Tambahnya lagi, Selangor hanya melaksanakan 15 peratus daripada 31 janji ketika pilihan raya 2008 dan ianya di sangkal oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menyatakan manifesto bukan janji."


Rupa-rupanya janji-janji bulan dan bintang yang dibuat Pakatan demi mendapat sokongan bagi memenangi pilihanraya dah kecoh ke peringkat antarabangsa , mungkin juga dah jadi bahan ketawa sesama ekonomis-ekonomis antarabangsa yang sememangnya arif bahawa janji2 yang dibuat itu memang mustahil untuk dilaksanakan . Mereka akan tentu tertanya-tanya dari mana idea-idea sebegitu boleh timbul dari pihak Pakatan dan mungkin akan gelak besar sekiranya tahu orang yang mencadangkan idea-idea itu hanyalah mempunyai kelulusan ijazah am dalam bidang kesusateraan . 

Tak Konsisten : RPK Hantam Deepak Dalam Artikel Terbaru

Penulis blog sensasi Raja Petra Kamarudin (RPK) yang pada satu ketika dulu cukup dikenali kerana fitnah-fitnah panas beliau yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaaribu dengan Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor dilihat menghentam teruk Deepak Jaikishan yang dilihat beliau sebagai seorang manusia yang sangat hipokrit . Raja Petra dalam satu artikel beliau baru-baru ini mempersoalkan kredibiliti Deepak yang kini semakin rakus menyerang Perdana Menteri dan isteri beliau dalam beberapa siri sidang media.

Raja Petra mempersoalkan kenyataan-kenyataan media yang dibuat Deepak yang dlihat bercanggah dengan kenyataan media yang dibuat oleh beliau lebih kurang 2 tahun lepas . Pada tahun 2011 , Deepak dalam satu rakaman video yang dimuatnaik oleh portal Malaysiakini mengatakan Raja Petra berbohong dengan tuduhan-tuduhan beliau terhadap Perdana Menteri dan isterinya .



Pada tahun 2011, Deepak telah menyatakan bahawa Raja Petra merupakan seorang pembohong dan beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penyiasat persendirian Bala dan keluarga Perdana Menteri . Malah Deepak juga telah mencabar Raja Petra yang pada ketika itu berada dalam pelarian untuk pulang ke Malaysia dan mengulangi tuduhan yang dilamparkan kepada beliau. Menurut RPK lagi, kini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Deepak seolah-olah menyokong pula kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh RPK pada 2011 .

Pemimpin-pemimpin dan portal pembangkang pula seolah-olah membutakan mata mereka tentang fakta bahawa kenyataan yang dibuat Deepak sangat bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau pada 2011 . Jelas sekali keterdesakan Pakatan untuk memburukkan nama Najib dan Rosmah terserlah apabila menggunakan fakta dari seseorang yang tiada kredibiliti dan beubah-ubah keterangannya. Bagi penulis blog itu, Pakatan sanggup menggunakan siapa saja sebagai maskot untuk memastikan cita-cita mereka menakluki Putrajaya.

Jelas sekarang Deepak hanyalah individu yang berkepentingan kewangan, kekecewaan beliau dalam kepentingan ini menyebabkan beliam membuat beberapa serangan kerasa kepada PM dan isterinya . Peliknya tidak pula portal-portal pro pembangkang ini timbulkan persoalan percanggahan kenyataan Deepaak pada tahun 2011 dan sekarang ? Raja Petra juga dalam masa yang sama mengakui bahawa isu pembunuhan Altantuya dengann mengaitkan PM dan Rosmah sememangnya telah dirancang terlebih dahulu, malah SD Bala

"Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau,perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim"

RPK sebelum itu juga mendedahkan bahawa Aljobori telah mengarahkan seorang tauke cina untuk membayar penyiasat persendrian Bala dengan jumlah RM 20.,000 sebulan supaya terus menyokong Pakatan Rakyat . Isu penglibatan Najib , Rosmah dengan  pembunuhan Altantuya hanyalah isu kitar semula dari Pakatan , walaupun kebenaran telah ditunjukkan dengan pengakuan RPK dan Zulkifli Nordin mengenai isu ini  , pemimpin-pemimpin dalam Pakatan dilihat cuba menaikkan semula isu ini menggunakan 'pelakon' yang lain . Malangnya pelakon yang dipilih tidak sesuai dan jelas sekali sifat talam dua mukanya kerana kerap kali membuat 'statement' yang berbeza-beza                                                                   

Wednesday, February 20, 2013

Kritikan untuk pemimpin 'tamat tempoh' yang masih gian berkuasa


Pada satu ketika dulu, ketika UMNO dalam kealpaan telah terluah satu ucapan yang tak terjangka oleh mana-mana ahli UMNO pada ketika itu daripada bekas Presiden UMNO sendiri . Mungkin mana-mana pemimpin UMNO masih ingat ungkapan "UMNO Busuk Hingga Ke Usus" yang keluar dari Tun Dr. Mahathir . Sekiranya kemarahan bekas Presiden boleh menimbulkan ayat yang begitu menghinakan UMNO , apatah lagi perkataan-perkataan yang timbul dari suara hati rakyat Malaysia .

Ramai ahli-ahli UMNO yang ikhlas dalam perjuangan 'memboikot' parti pada PRU 2008 bagi memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang dilihat semakin lupa diri dek mabuk dengan kekuasaan yang ada. Begitu juga dengan tindakan rakyat yang sebelum ini menyokong kerajaan bertindak melakukan perkara yang sama, samada tidak turun mengundi atau mengundi parti lawan . Keputusan PRU-2008 nyata telah menzahirkan suara rakyat Malaysia dimana kerajaan memerintah kehilangan 5 negeri dan gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen .



Mungkin pepatah "Dah terhantuk baru terngadah" dicipta untuk merefleksikan sikap orang Melayu itu sendiri. Ini lah yang berlaku pada UMNO , apabila hampir kehilangan kuasa , barulah pemimpin-pemimpin mula berpijak atas bumi yang nyata . Mujurlah dengan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib, kepimpinan beliau mula membawa satu transformasi besar-besaran di dalam UMNO . Malangnya, transformasi yang dibawa oleh Najib mungkin gagal dihayati oleh segelintir pemimpin-pemimpin UMNO peringkat bahagian .

Ini kerana masih ada SEGELINTIR di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian masih 'selesa' dengan cara yang lama , cara yang menjaga kepentingan diri masing-masing ,cara yang memperlekehken usaha-usaha yang dibuat oleh ahli-ahli di peringkat bahagian dan cara yang menolak idea-idea baru dari golongan muda . Bila Najib berkata calon yang mewakili UMNO mestilah terdiri daripada calon boleh menang iaitu 'winnable candidate' , maka berbondong-bondonglah ketua-ketua bahagian dan yang feeling-feeling ketua bahagian mengaku mereka adalah 'winnable candidate' , walhal hakikatnya sifat hipokrit mereka di peringkat akar umbi dan ahli-ahli di bahagian dah terserlah . 

Dikalangan pemimpin-pemimpin bahagian mungkin masih wujud golongan yang boleh dikategorikan 'ortodhoks' , sukar menerima idea-idea baru , tidak berfikir di luar kotak dan yang paling malang sekali memperlekehkan inisiatif-inisiatif baru dan segar yang cuba dibuat oleh ahli-ahli di bahagian masing-masing dengan tujuan untuk membentuk sokongan pengundi kepada Barisan Nasional . Sikap sebegini adalah antara sikap 'jijik' yang perlu dikikis bagi menjayakan transformasi dalam UMNO seperti yang diusahakan Perdana Menteri . Malah sikap 'jijik' sebegini pernah digambarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang ada pada sesetengah pemimpin bahagian UMNO .

Dr. Mahathir pernah berkata , ramai professional cuba masuk parti UMNO tetapi seolah-olah dihalang kerana ketua cawangan atau ketua bahagian bimbang orang-orang cerdik pandai ini akan menyayingi mereka kelak . Oleh itu sesetengah ketua cawangan atau ketua bahagian yang mempunyai sifat ini hanya akan membenarkan orang2 yang dirasakan tidak menjadi ancaman kepada diri mereka . Sekiranya proses ini berterusan , maka UMNO akan dipenuhi oleh golongan-golongan yang bodoh sombong. Kata-kata Dr.Mahathir ini sepatutnya dicetak dan ditampal dalam setiap pejabat UMNO bahagian supaya sifat 'sedar diri' ada pada diri masing-masing . 

Mungkin artikel ini akan menimbulkan rasa ketidak-puasan hati bagi sesetengah pihak, namun kupasan ini bukan ditulis dengan semberono , malah mantan Perdana Menteri sendiri pernah menyatakan hal ini . Tulisan yang dibuat ini atas berdasarkan pemerhatian dan pergaulan dengan rakan-rakan yang menceritakan pelbagai kerenah yang ada dalam segelintir bahagian-bahagian UMNO . Siapa termakan cili dia lah yang terasa pedasnya . Perlu diingatkan , sebagai seorang blogger, penulis tidak mempunyai ketua dan tidak menerima mana-mana arahan, oleh yang demikian jangan pula ada mana2 individu yang mengaku menjadi ketua atau 'boss' kepada penulis . Apa yang penulis pegang adalah prinsip 'bloggers brotherhood' dimana penulis ada 'brotherhood' tersendiri . Oleh yang demikian, individu-individu yang telah atau yang cuba menggugut hanya kerana dikritik perlu ingat satu perkara iaitu prinsip 'brotherhood' yang kami pegang .  Seorang kena yang lain-lain takkan berdiam diri . Please take note on this..seriously. 

Saturday, February 16, 2013

Sah ! Nick Xenophone yang ditahan di LCCT memang musuh negara


Kecoh hari ni di kalangan kem Pakatan dengan penahanan Senator Australia , Nick Xenophone di LCCT . Macam-macam tuduhan di lemparkan pada kerajaan kononnya tak diplomatik , halang kebebasan dan pelbagai lagi alasan 'cliche' yang sering mereka gunakan. Sebelum ini Xenophone pernah beberapa kali ke negara ini untuk bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan beberapa lagi pemimpin pakatan lain untuk menyertai Bersih 3.0 . Xenophone yang merupakan seorang Senator dari Australia telah mempersoalkan ketelusan pilihanraya di Malaysia , tindakan beliau itu dipercayai kerana adanya permintaan dari pihak Pakatan di Malaysia , khusus dari ketua umum PKR , Anwar Ibrahim .




Xenophone sebelum ini pernah mengutarakan isu ketidaktelusan pilihanraya di Malaysia dalam sidang parlimen negara itu, namun Menteri Luar Australia , Bob Carr telah menolak permohonan beliau dengan mengatakan Australia tidak akan terlibat dengan mana2 sistem pilihanraya di mana2 negara sepertimana Australia tidak suka dengan campur tangan asing dalam sistem pilihanraya di negara mereka. Dengan penolakan kerajaan Australia itu, dipercayai Xenophone telah menubuhkan sendiri kumpulan kecil terdiri dari wakil Ahli Parlimen negara itu iaitu  MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas

Penyertaan Xenophone dalam perhimpunan Bersih 3.0 tahun lepas sebenarnya juga dengan jelas beliau telah melanggar undang-undang negara ini dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau jelas  secara tidak langsung memberikan imej yang tidak baik kepada negara ini ? Bukan kah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh beliau itu menunjukkan beliau memang musuh bagi negara ini ? Blogger SatD dari blog Pure Shiite sebelum ini pernah mempersoalkan tindakan Xenophone menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada tahu lepas . Menurut undang-undang negara , sebagai seorang asing , adalah menjadi kesalahan bagi Xenophone terlibat dalam mana2 domenstrasi yang diadakan dalam negara ini 



Satu lagi sebab jelas mengapa Xenophone dianggap sebagai musuh negara ini adalah kerana peranan beliau dalam mensabotaj industri minyak sawit negara ini . Bila dah mensabotaj minyak sawit , ertinya mensabotaj pendapatan penduduk-penduduk FELDA , mensabotaj FELDA dan mensabotaj antara punca pendapatan utama dalam negara ini . Bukan kah itu boleh dianggap sebagai musuh utama negara ??? Dalam artikel aku yang lepas juga telah menyebut Xenophone ialah individu yang mensabotaj industri minyak sawit negara ini. (sumber) . Thank to my sifoo Uncle Fuad Omar who reveal this into detail . Sumber-sumber berikut jelas menunjukkan Xenophone menjadi dalam dalam mensabotaj industri minyak sawit negara ini .



Antara kenyataan Xenophone dalam artikel diatas ialah mendakwa minyak sawit dihasilkan dari pokok sawit yang ditanam dengan membersihkan hutan belantara di Malaysia, sekaligus mengancam kehidupan flora dan fauna. Hasutan Xenophone ini mendapat sokongan NGO World Wildlife Fund (WWF) dan Greenpeace. Oleh yang demikian boleh dikatakan Xenophone sepatutnya diharamkan datang ke Malaysiaa sejak tahun 2011 lagi memandangkan tindakan beliau yang cuba 'membunuh' ekonomi Malaysia melalui tindakan sabotaj industri minyak sawit di negara ini.  Dari laporan Berita Harian  (2011) , industri minyak sawit adalah penyumbang keempat dalam pembangunan ekonomi negara ini . Bayangkan apa akan berlaku kepada nasib peneroka-peneroka FELDA sekiranya industri ini disabotaj . Sah memang Xenophone musuh luar yang mengancam negara !


Selain Xenophone , Anwar dah menghimpunkan 'team' luar negara terdiri dari rakan-rakan beliau kononnya untuk memantau urusuan sistem pilihanraya yang akan diadakan di Malaysia kelak . Sebaiknya bukan Xenophone saja , malah rakan-rakan beliau ini juga sepatutnya diharamkan datang ke Malaysia . Mereka ini adalah catur-catur atau boleh dikatakan 'agen penggalak' untuk menggerakan 'Arab Spring' di Malaysia . Walaupun kemungkinan 'Arab Spring' untuk berlaku di negara ini sangat2 tipis , namun elok lah dibenteras terus akar-akarnya demi memastikan elemen negatif ini terhapus terus dari bumi Malaysia . Artikel mengenai 'team' Anwar dari luar negara telah ditulis , boleh rujuk di sini .






Friday, February 15, 2013

Karisma Najib Teruji Lagi : Hadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Anjuran Dong Zhong

PM dah mengesahkan kehadiran beliau di satu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina , anjuran Dong Zhong. Kalau diikutkan laporan-laporan yang lepas kita memang tahu Dong Zhong ni satu pertubuhan pendidikan masyarakat Cina , yang perjuangan2 pendidikan mereka dilihat agak 'racist' apabila mengemukakan pelbagai tuntutan2 yang sensitif . Sekiranya baru-baru ini di Pulau Pinang , PM cuba dimalukan oleh sebilangan penyokong2 DAP semasa persembahan PSY di Rumah Terbuka BN, Pulau Pinang . Entah apa pula yang akan dilakukan golongan-golongan yang cenderung menyokong DAP ini sekiranya PM menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan mereka. Najib mungkin ada cara beliau yang tersendiri, mungkin ini lah satu-satunya cara untuk melihat sendiri sokongan masyarakat cina kepada BN . Laporan-laporan dari pegawai-pegawai dah tak boleh pakai barangkali kerana mungkin syndrome kipas-mengipas ni masih berakar-umbi dan sukar dikikis .


Walau apa pun keputusan Najib, kita akur . Najib sendiri mungkin sedar beliau akan di 'malu' kan sekali lagi oleh orang ramai di majlis sambutan tahun baru cina itu. Dari komen-komen yang ditunjukkan di Malaysiakini, tak mustahil pemimpin2 PR khususnya dari DAP sedang menggerakkan kekuatan sokongan mereka ke majlis itu . Mungkin berpakaian dan berlagak seperti orang awam dan tak mustahil akan cuba melakukan provokasi kepada PM semasa beliau berucap . Hal-hal sebegini memang dirancang mereka . Pada pendapat aku , Najib seharusnya bertindak seperti Tun Dr. Mahathir bagi menghadapi situasi2 sebegini, Tun memang dah banyak kali cuba di malukan oleh banyak pihak , tetapi reaksi Tun tenang dan jawapan diberikan pada provokasi amat sarcastic dan memalukan semula pada pihak yang cuba memalukan beliau .

Mungkin elemen seperti ini lah yang perlu ada pada diri Najib sekarang. Rileks , cool, tenang dan tak menggelabah bila kena provok . Sikap menggelabah ini lah yang sebenarnya dimahukan oleh pecacai2 seterusnya untuk dimainkan dalam media dan maya untuk perlekehkan karisma Najib.  Najib kena ada elemen mulut 'bisa' macam Tun atau dalam erti kata lain 'sarcasm' , skill ini adalah sangat2 perlu untuk menghadapi pemimpin-pemimpin pembelit Pakatan . Mungkin untuk majlis sambutan tahun baru Cina anjuran Dong Zhong yang akan beliau hadiri nanti, ucapan2 yang diberi perlu lebih berpijak atas bumi yang nyata , bersedia untuk menjadi lebih responsif terhadap apa saja kemungkinan dengan jawapan yang bijak tetapi pedas .

And last but not least, harapnya tak adalah pegawai2 pengampu berada di sekeliling pandai2 bercakap ask to do this and that . Ini lah masanya untuk Najib tunjukkan karisma sebagai seorang pemimpin yang boleh berdepan dengan sekumpulan manusia yang cuba memperlekehkan beliau.

Thursday, February 14, 2013

Lagi Kerenah Menteri Facebook yang Memalukan BN

Nampaknya 'serangan' aku beberapa hari lepas terhadap seorang menteri facebook nampaknya ada asasnya.  Bukan cakap kosong saja, banyak tindakan2 menteri facebook ini memalukan parti BN itu sendiri. Apabila BN berjaya memperoleh 2/3 kerusi parlimen , diharapkan menteri facebook ini tak tersenarai lagi dalam barisan jemaah menteri, kalau tersenarai lagi entah apa lagi tindakan-tindakan bodoh yang akan dibuat oleh beliau. Tak kisah jawatan dia setinggi gunung mana pun dalam parti yang diwakili beliau, tetapi kalau daya pemikiran lemah baik dari segi IQ atau EQ , lebih elok diambil ahli biasa saja dalam parti yang diwakili  menteri facebook berkenaan untuk menjadi menteri .

Hari ni Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang , Oh Tong Keong membuat kenyataan akhbar mengatakan bahawa tindakan spontan seorang menteri yang sebenarnya menyebabkan Psy tidak menyertai acara menggaul Yee Sang . Atas pentas tu ada 3 orang menteri , dan salah satu menteri adalah menteri facebook . Jadi boleh lah aku simpulkan, menteri yang dimaksudkan Oh Tong Keong adalah menteri facebook berkenaan . Dah tahu awal2 lagi, menteri facebook ni lah antara individu yang tergedik-gedik 'excited' dengan kehadiran PSY di Pulau Pinang . Kah kah kah ... maaf lah memang tergedikkks , buat apa kita nak nafikan atau dalam istilah pondan 'coverrina' perkara yang memang benar.

Dari kenyataan akhbar Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang , si menteri facebook ni pandai2 suruh emcee panggil PSY naik pentas untuk menyertai acara Yee Sang . Perkara tak dirancang sebegini memanglah mengejutkan, sekurang-kurangnya kalau ada acara-acara tambahan kenalah bagitau . Untuk international superstar macam PSY, it's all about business .. he don't give a f*ck about what he supposed to do and only did what he was paid for . If he joined the 'extra event' ,then next time client will simply asked him to do this and that, i mean extra thingy which he's not paid for . If he refused, they might asked why in Malaysia you can do the 'extra' Yee Sang event ?? We pay u the same amount of money what ?? Keh keh keh ... lebih kurang gitu lah bunyinya.


Oleh yang demikian, dah semakin terserlah kebodohan menteri facebook ittew ... bagi bullet free kepada Pakatan untuk tembak PM kow kow ! Of course lah , di pihak PSY sendiri beliau tak ambik peduli soal-soal politik , they pay him for Gangnam.. so he Gangnam.. not more not less . Sepatutnya kalau nak ada 'extra event' yang memerlukan sekali lagi penampilan PSY ,perlu di beritahu lebih awal ... additional chargess maaa... , this is how businessman make money . Yea lah sementara tengah laku , baik paku kow kow punya. Malangnya, pecacai Pakatan bijak menggunakan kesempatan yang ada untuk spinnn cerita dek kerana ketidakprofessionalannn (huyooo ayatt) seorang menteri facebook , so 4 me it's better for her to retire from politic ... or learn more . Ni bukan zaman agogo lagi...

Wednesday, February 13, 2013

Agenda Terancang Meminggirkan Kaum Melayu di Jelatek

Projek PKNS Datum Jelatek , kerajaan PR Selangor nampaknya lebih mementingkan golongan-golongan yang kaya raya. Malah mungkin hanya beberapa persen golongan yang kaya raya di negara ini yang mampu membeli hartanah di Datum Jelatek . Mungkin disebabkan ini lah pelancaran Datum Jelatek dibuat di Singapura bagi menarik pembeli-pembeli di negara jiran itu. Kalau dulu kawasan Jelatek majoriti penduduknya adalah orang Melayu, apabila projek ini siap kelak penduduk-penduduk Melayu yang berada di sekitar kawasan ini mungkin akan beransur keluar secara perlahan-lahan. Maka hilanglah satu lagi kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur iaitu Parlimen Setiawangsa .


Projek Datum Jelatek dah diteruskan, dah ada perjanjian dan segala kontrak yang berkaitan , jadi adalah mustahil bagi kerajaan Selangor sekiranya BN mengambil alih untuk menghentikan semua ini . Mungkin langkah yang terbaik adalah dengan membina sebuah apartment kos sederhana khas untuk bumiputera berhampiran kawasan ini bagi mengimbangi komposisi kaum. Sekarang fungsi PKNS dah tak seperti dulu lagi iaitu menyediakan perumahan mampu milik , PKNS lebih cenderung untuk mengaut keuntungan di bawah pemerintahan PR di Selangor .  Petikan artikel KLPos ;


"Pembinaan Datum Jelatek juga dijangka akan menggalakkan pembangunan-pembangunan lain di kawasan sekitarnya iaitu di kawasan penempatan majoriti kaum Melayu.

Sekiranya dilihat dari sudut demografi politik, pembangunan kawasan elit ini dijangka akan merubah peratusan pengundi berbangsa Melayu yang sebelum ini mendominasi jumlah pengundi keseluruhaan bagi Parlimen Setiawangsa. Dari keputusan pilihanraya 2008, untuk Parlimen Setiawangsa (P118), jumlah pengundi mengikut peratusan kaum adalah 56.44% bagi kaum Melayu, 33.23% kaum Cina dan 19.13% kaum India.

Penduduk-penduduk dari kaum Melayu yang mendapat pampasan dari pembangunan ini akan berpindah ke kawasan kediaman yang lain seterusnya memberi kesan dalam komposisi seperti yang dinyatakan diatas. Mungkin apabila projek ini siap sepenuhnya kelak komposisi kaum yang mendominasi jumlah pengundi keseluruhan akan berubah.

Sebelum ini, beberapa penduduk flat yang enggan berpindah mempersoalkan penerimaan wang pampasan yang ditawarkan oleh PKNS. Penduduk mendakwa, PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai."

Klik sini untuk baca artikel penuh

Tuesday, February 12, 2013

Kes Tunjuk Isyarat Lucah Pada Permaisuri Agong oleh Pemuda Cina adalah 'Acid Test' ?

Akhirnya cerita mengenai seorang pemuda Cina yang menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agong semasa lawatan beliau ke Pulau Pinang disiarkan dalam laporan Bernama , ertinya cerita-cerita yang tersebar luas di internet sebelum ini adalah benar . Ini lah yang terjadi akibat terlalu bertoleransi , lama-lama akan ada golongan yang akan naik 'lemak' . Bukan lah kita nak mengungkit peristiwa pergaduhan antara kaum yang pernah berlaku pada tahun 1969 , cuma mungkin generasi baru tak mengambil iktibar kerana dalam sanubari mereka dah percaya dengan cerita-cerita dongeng yang disemai dalam pemikiran mereka bahawa 13 Mei 1969 hanyalah rekayasa UMNO semata-mata . Kini setelah 43 tahun peristiwa itu berlaku , bibit-bibit pencetus dilihat  cuba di 'usik' semula .



Dek kerana doktrin yang ditanam oleh pemimpin2 dalam PR , generasi muda terutama dari kaum Cina dilihat semakin berani bermain dan mempersoalkan isu-isu sensitif . Walaupun ia hanyalah kes terpencil , namun ada pendapat mengatakan persoalan-persoalan yang dibangkitkan merupakan 'acid test' . 'Acid test' adalah kaedah cuba-cuba dalam melihat kebolehpercayaan terhadapa sesuatu kaedah yang diguna pakai.  Misalnya melakukan provokasi dalam sesuatu isu dan melihat apakah reaksi masyarakat dalam provokasi itu , sekiranya reaksi tak keterlaluan ataupun masyarakat boleh menerima , maka kaedah yang sama akan digunakan berulang-kali atau mungkin dibuat dengan lebih ekstrem  selagi tiada respon dari masyarakat sekeliling.

Isu Najib dimalukan oleh segelintir penyokong PR di Pulau Pinang hanyalah isu kecil jika dibandingkan penghinaan yang ditunjukkan oleh pemuda berbangsa Cina ini terhadap Permaisuri Agong . Malaysia adalah negara yang berdaulat dan institusi beraja merupakan elemen penting dalam pembentukan negara ini . Seharusnya seluruh rakyat Malaysia sensitif dengan kepentingan institusi ini. Institusi beraja bukan lah berkaitan INDIVIDU itu sendiri tetapi lebih kepada LAMBANG kedaulatan Melayu di negara ini khususnya di Semenanjung Malaysia . Jadi bagi juak-juak PR yang sering mempersoalkan kan 'attitude' sesetengah sikap golongan kerabat perlu membezakan antara individu dan institusi . Atas sebab ini lah mantan Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir telah membina satu garis pemisah bagi membezakan konsep INDIVIDU dan LAMBANG dalam institusi beraja itu.

Apabila pemuda Cina itu menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agong , beliau mungkin tidak sedar bahawa secara tak langsung beliau telah menghina seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang mendukung konsep raja berpelembagaan. Kegagalan beliau memahami konsep ini sekaligus tak melayakkan beliau menjadi seornag warga-negara . Malahan sekiranaya hal serupa berlaku di Thailand , pemuda ini mungkin akan disumbat dalam penjara atau dibelasah dengan teruk oleh penduduk-penduduk di sana. Pengalaman penulis semasa menjalani kursus di Thailand , rakyat di sana tidak kira bangsa cukup hormat kepada Raja mereka walaupun diantara mereka mempunyai pandangan politik yang berbeza. Malangnya disini ada golongan yang nampaknya dah besar kepala , dan cukup angkuh hanya dek kerana Pulau Pinang dikawal selia oleh sebuah parti yang dipenuhi oleh golongan2 yang serupa dengan beliau.

Dari petikan blog Bro Jinggo ;


"Hari ini kita digempar dengan perbuatan yang sangat bangsat oleh seorang penyokong tegar DAP, menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong... Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayang Lepas pada jam 1:05 tengah hari tadi. Si bangsat ini telah pun ditahan oleh pihak berkuasa.

Nama: LEONG PEI KOE
Umur: 29 tahun
Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura
Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland, UK (2007)

Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.

ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.

Amaran telah diberikan kepada lelaki berbangsa Cina tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK. Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata, di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina.

Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG PEI KOE, lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali. Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Hasil siasatan polis mendapati, lelaki Cina tersebut tidak mempunyai rekod lampau, manakala ujian air kencingnya adalah negatif. "


Dari satu rujukan blog , LEONG PEI KOE juga dikatakan seorang ahli DAP Pulau Pinang . Beberapa maklumat beliau adalah seperti berikut ;


Kedatangan beliau ke Pulau Pinang mungkin boleh dikaitkan dengan kunjungan PSY ke negeri itu sekaligus menjadi salah seorang hadirin yang memperlekehkan Najib pada hari konsert. Kita tahu sikap sesetengah ahli DAP memang cukup 'racist' sehingga apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu akan diperlekehkan . Mereka rasa cukup sekadar hidup dalam kelompok mereka sahaja . Di depan rakan-rakan berbangsa Melayu, golongan-golongan ini akan menunjukkan muka manis dan ayat-ayat yang dikeluarkan cukup 'innocent' tetapi apabila menggunakan bahasa Cina , mereka akan bercakap sesuatu yang tidak elok mengenai rakan Melayu mereka tadi . 

Perkara-perkara seperti ini biasanya dimaklumkan oleh rakan-rakan Melayu yang tahu berbahasa Cina .  Tidak semua orang Cina bersikap sebegini , sama seperti orang Melayu dan India tidak semua yang bersikap racist . Cuma kita perlu berhati-hati dengan golongan sebegini kerana tindakan2 mereka bakal mengeluarkan lebih banyak golongan2 racist di Malaysia . Tindakan satu kumpulan yang racist akan menjadikan satu kumpulan yang lain turut menunjukkan sikap yang sama. Oleh yang demikian, perlu di 'henyak' pada kumpulan yang menjadi pencetus !



Monday, February 11, 2013

Siapa menteri yang bertanggungjawab disebalik sabotaj program PM di Pulau Pinang ?

Seperti dijangka, program Tahun Baru Cina di Penang oleh BN yang dihadiri oleh Perdana Menteri disabotaj oleh juak-juak Pakatan , program yang menampilkan penyanyi sensasi dari Korea , PSY memancing ramai peminat-peminat tak kira dari pelbagai latar belakang politik. Malah ramai pengunjung dari luar Pulau Pinang yang turut hadir untuk menonton konsert 'free' itu . Kita dah jangka apabila wujud puak2 ekstremis dalam sesuatu majlis BN , mereka akan cuba jadi 'lebih sudu dari kuah' . Segelintir puak2 yang jadi tukang sabotaj dalam majlis PM itu dilihat cuba memalukan Najib dengan teriakan-teriakan tertentu. Malangnya, tindakan-tindakan provokasi ini seperti tidak cuba di 'lawan' balik oleh orang2 BN yang berada dalam majlis itu .


Kita faham, program berkenaan adalah program Tahun Baru Cina jadi adalah tidak manis untuk menggerakan gerombolan jentera UMNO ke majlis itu untuk menunjukkan kekuatan sokongan terhadap PM . Artikel ini ditulis untuk memberikan satu teguran pada Parti MCA dan Gerakan di Pulau Pinang . Sebagai parti yang didominasi oleh kaum Cina, apa salahnya MCA dan Gerakan menggerakkan jentera-jentera terkuat mereka di majlis itu ? Mana suara-suara sokongan kepada PM , apabila beliau cuba dimalukan oleh SEGELINTIR penyokong2 Pakatan yang hadir . Dilihat SEGELINTIR itu mempunyai suara yang lebih kuat dari MAJORITI yang hadir , namun mengapa tak ada suara yang keluar dari MAJORITI yang hadir ?

Kita tahu ada pemimpin2 tertentu MCA dan Gerakan bercakaran sesama sendiri , malah hal ini boleh kita nampak dalam ruangan twitter mereka . Tindakan bebal sebegini hanya akan merugikan parti dan BN itu masyarakat Cina itu sendiri . Tentu di kalangan rakyat berbangsa Cina akan mempersoalkan keupayaan untuk pemimpin-pemimpin ini membela mereka,sedangkan hubungan sesama sendiri juga porak peranda. Malah bukan di antara MCA dan Gerakan sahaja, namun ketidak sepaduan juga berlaku dalam parti itu sendiri . Artikel ini sebenarnya ditulis untuk menceritakan sedikit 'masalah' yang berlaku dalam parti MCA di Pulau Pinang, khususnya di Bayan Baru tempat penulis mengundi.

Penulis menerima maklumat dari seorang rakan yang tak pernah ditemui sebelum ini , mesej FB yang dihantar beliau kepada penulis berbunyi begini :

"my party penang chief is pressuring my boss, penang BN chairman to inform me that i cannot serve the people of bayan baru , i cannot attend any programs at bayan baru, i cannot be active at bayan baru, what a ridiculous !"

Bila saja terbaca mesej ini, hati penulis benar-benar terbakar . Muak benar dengan sikap sesetengah pemimpin BN yang menggunakan kuasa untuk kepentingan politik dalaman , sedangkan di kala 'peperangan' inilah sepatutnya hal-hal sebegini cuba dielakkan . Dari mesej yang diterima diatas, penulis berasa pelik mengapa perlu dihalang kerja2 kebajikan. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh dan bangang dari pemimpin BN itu sendiri . Sangat-sangat bodoh hingga menimbulkan kepelikan melampau bagaimana seseorang yang mempunyai akal sebegitu rupa boleh dilantik menjadi "party penang chief" ?

Mesej diatas penulis terima dari seorang ahli MCA (David Yim) yang banyak berbakti pada masyarakat di Bayan Baru , sebelum ini penulis pernah mengeluarkan artikel mengenai beliau . Klik di LINK1 dan LINK2 untuk rujukan. Penulis tegas mengatakan David Yim tak pernah membayar hatta sesen pun pada penulis bagi menceritakan usaha-usaha kebajikan yang telah beliau lakukan. David bukan seorang yang kaya raya yang dengan mudah boleh menabur duit sesuka hati untuk mengangkat imej beliau. Sokongan yang diberikan penulis kepada beliau adalah kerana keikhlasan beliau dalam membantu rakyat tanpa mengira kaum.

Boleh saja tanya mana2 ibu tunggal atau penduduk2 Bayan Baru yang dihimpit kemiskinan siapa yang sering mereka cari untuk meminta tolong ? Dengan gaji yang tak seberapa diterima David Yim itu lah yang digunakan untuk membantu mereka ini ? Penulis tak rasa gaji David Yim sebagai pembantu khas melebihi RM2.5k . Malangnya keikhlasan David Yim dalam membantu rakyat di halang pula oleh pemimpin-pemimpin tertinggi MCA, malah khabarnya arahan datang terus dari seorang pemimpin MCA yang bertaraf Menteri !

Dari sumber-sumber tertentu , pemimpin MCA yang bertaraf Menteri ini yang sebenarnya menekan kepimpinan MCA Pulau Pinang untuk menyekat kerja-kerja kebajikan David Yim . Apa tujuan sebenar beliau , tidak dapat kita pastikan . Namun difahamkan pemimpin MCA yang bertaraf Menteri ini menyokong seorang "duri dalam daging" MCA Bayan Baru yang dikatakan agak rapat dengan parti PKR . Oleh yang demikian, tindakan Menteri ini dipersoalkan . Sebelum ini , Menteri yang sama telah berulangkali membuat kenyataan-kenyataan bodoh yang memalukan parti BN itu sendiri , salah satu yang tak boleh dilupakan ialah perbelanjaan sebanyak RM 1.5 juta untuk Fan Page Facebook kementerian yang beliau wakili ? 

Penulis harap untuk barisan kepimpinan negara yang akan datang , Menteri yang dimaksudkan tidak lagi terpilih. Jika benar BN mahu terus relevan kepada rakyat PM seharusnya menggugurkan terus Menteri yang dimaksudkan. Banyak lagi kepimpinan dalam MCA yang lebih berwibawa dari Menteri Facebook ini . Untuk kes David Yim , diharapkan kepimpinan tertinggi MCA, khususnya Presiden Dr. Chua Soi Lek supayaa membuka mata melihat senario ini . Sekiranya Dr. Chua bimbing kedudukan beliau terancam sekiranya mempersoalkan tindakan Menteri Facebook ini , harap kempimpinana tertinggi Barisan Nasional khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masuk campur. 

Penulis difahamkan Tan Sri juga dah dimaklumkan dengan perangai duri dalam daging yang rapat dengan PKR dalam kepimpinan MCA Bayan Baru . Di harapkan sesuatu dilakukan dengan segera, sekiranya salah pilih calon tak mustahil BN akan ditolak di Bayan Baru . Penulis adalah pengundi di Bayan Baru dan sekiranya calon adalah jenis "duri dalam daging" adalah lebih baik penulis memilih calon parti bebas . Untuk hal sebegini penulis terpaksa berbeza pendapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir , ya memang kita mahukan BN menang , tetapi sekiranya calon yang dipilih adalah kanser yang bakal dimasukkan kedalam BN apa guna kita pilih calon itu ?

*Diharap artikel ini dibaca dengan fikiran terbuka, kritikan yang dibuat adalah demi memastikan elemen2 negatif dalam BN terus di 'cuci' . Artikel dibuat dengan persoalan , tiada nama Menteri yang disebut , tapi kalau siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya . Kes David Yim adalah kes terpencil di kawasan Parlimen Bayan Baru , kita tak tahu mungkin ada kes-kes serupa yang lain, dimana sesetengah kepimpinan tertinggi yang terlalu gian berpolitiking mengeluarkan arahan2 bodoh serta bangang. Perlu diingatkan bagi manusia2 politik di sana untuk mengaitkan sabotaj yang berlaku pada hari ini dengan kes David Yim. Beliau hanyalah individu kecil dalam parti yang tak mungkin boleh melakukan apa2 sabotaj yang boleh mencemarkan imej BN. 

Friday, February 8, 2013

Malaysia Dijajah Secara Halus Kiranya BN Tumbang

Penubuhan sebuah kerajaan baru menggantikan kerajaan lama yang telah berpuluh tahun mempunyai pengalaman memerintah dan memacu pertumbuhan negara sejak merdeka lagi dikhuatiri bakal meninggalkan impak2 tertentu . Kita tak menafikan demokrasi iaitu hak rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka suka , namun sekiranya kerajaan baru yang terbentuk tidak mempunyai ikatan perpaduan yang mantap diantara parti-parti komponennya boleh dipersoalkan ? Dilihat pakatan DAP, PKR dan PAS mempunyai agenda masing2 , mungkin hanya ketika pilihanraya bakal menjelma masing2 cuba menzahirkan pada rakyat bahawa segala perbezaan mereka boleh diatasi .

Namun dalam soal pemilihan Perdana Menteri pun , masing2 seolah-olah teragak2 terutama dari PAS , walaupun dipersetujui Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri , namun sekiranya kerusi yang dimenangi PAS atau DAP lebih banyak dari PKR , apakah mereka masih boleh memilih Anwar untuk menjadi PM ? Kita sedar masing2 mempunyai agenda tersendiri, masing2 bermuka-muka ... manis bila berada di depan dan ada strategi untuk tikam sesama sendiri bila di belakang , contoh terdekat ialah apabila dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang , TKM menggelar Lim Guan Eng dari DAP sebagai 'arrogant' dan 'tokong' . Entah apa pula yang berlaku dalam mesyuarat PAS dan DAP pula ? Kita yakin masing2 menyimpan agenda2 tersendiri sekiranya menang PRU . Namun disebalik agenda2 ini dan ketidaksefahaman ini mereka akan melakukan apa saja untuk memastikan BN tidak kembali berkuasa .



Dari rakan blogger MIK ;


"Persoalannya sekarang, apakah akan terjadi sekiranya BN tewas pada PRU ke 13 nanti, menyaksikan Datuk Sri Najib menjadi Ketua Pembangkang dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang baru…?

Iya, sudah pasti kita semua mengucap panjang sambil melafazkan “Na’uzubillah Minzalik..” mintak Ya Allah kau jauhkanlah perkara ini berlaku…!

Andaikata Pakatan Pembangkang berjaya memenangi 112 kerusi dan BN hanya mampu menang 110 kerusi Parlimen, maka mimpi ngeri kita menjadi kenyataan….

Dengan berat hati kita akan menyaksikan bertahtalah jawatan Perdana Menteri sepertimana yang selalu diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim selama ini.

Kita jangan lupa pada peristiwa yang pernah berlaku di Pulau Pinang sebaik sahaja Koh Tsu Koon terpaksa serahkan kuasa kerajaan negeri kepada Lim Guan Eng. Maksudnya disini ialah, siapakah tetamu luar negara yang berkunjung ke Pulau Pinang ketika itu…?"


Seterusnya

Thursday, February 7, 2013

Ugutan dan Ancaman Keras Tali Barut Zionis dalam Ruangan Komen Malaysiakini

Salah satu hobi aku ialah menghentam dan mengantoikan pemimpin2 Pakatan yang cukup pandai berbohong dan spin isu2 tertentu utk dapatkan sokongan rakyat. Medium yang aku gunakan ialah Blog,Facebook,Twitter dan Youtube. Bila ada yang menjawab dan mengkantoikan pembohongan mereka itu, jadi pasti ada yang panas punggong dan tak senang duduk. Maka serangan2 dan maki hamun akan ditinggalkan oleh pecacai2 yang percaya dengan tipu daya pemimpin PR ini.

Aku tak kisah semua tu, malah seronok pula baca komen2 pecacai yang berapi-api mempertahankan 'TUAN' mereka. Beberapa bulan lepas, dah jadi tabiat pada aku untuk baca lidah fitnah rasmi negara Meloyakini...kat situ lah segala jenis pecacai berkumpul, dari tahap 'anak jin' sampai tahap 'moyang jin'. Selalu je aku buat komen2 panas disitu... Dan aku tau ramai yang betul2 sakit hati . Cuma baru2 ni respon dari salah sorang pecacai betul2 buat aku geli hati kerana mungkin dah terlalu 'tension' sangat dengan kewujudan komen aku dalam portal Meloyakini yang mereka puja itu. Pecacai itu menulis ;

"Mega Bidaman LU PUNYA KOMEN PUNG SOMBONG GILER DAN BOLEH MENGUNDANG PADAH TERHADAP KAO DAN AHLI KELUARGA KAO, SETAKAT KOMEN TAK DE MASALAH TAPI BILA KAO LANSI, KAO LAYAK UNTUK DiCARI SAMPAI LUBANG CACING SEKALI DENGAN AHLI KELUARGA KAO..KAH KAH KAH...

SELURUH MESIA AKAN KENAL KAO DAN KELUARGA KAO TAK LAMA LAGI, APA HAL KAO TANGGUNG SENDIRI, SENDIRI MAU INGAT KAH KAH KAH "

Nampak komen tu mengugut kan ? Tapi aku tak kisah...sebab perangai munafik pecacai2 PR terserlah dengan komen ugutan macai tahap lipas ni, tapi komen mengugut bukan main berdegar degar lagi. Keh keh keh.. Kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan PR, belum ambik alih kuasa dah mengugut macam ni, bayangkan kalau depa dah take over..perghhh bakal jadi macam north korea agaknya?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, February 6, 2013

Penulis 'Malaysian Maverick' Mati di Singapore

Akhirnya..mat salleh yang menulis cerita2 memburukkan Tun Dr. Mahathir dah mati di Singapore. Ini berita yang kita peroleh dari akhbar The Star online. Penulis Malaysian Maverick itu mati dalam usia 69 tahun di sebuah hospital di Singapore. Kematian disebabkan komplikasi pembedahan (routine operation). Nak komen lebih2 tak boleh sebab orang dah mati kan?. Tapi boleh kata dah kurang sorang lagi agen2 asing yg cukup disukai oleh pemimpin2 PR. Takziah diucapkan pada anak dan bini beliau..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, February 5, 2013

Pecacai PR Selangor cuba buat sabotaj dengan jadi 'pengundi hantu'?

Malaysiakini punya auta hari ni cukup mantap bila menjadi lidah penyebar DAP Selangor dengan mengatakan kononnya ada alamat2 rumah di Kuala Kubu Bharu digunakan 'pengundi hantu' untuk daftar pemilih. Tuduhan DAP ini disuarakan oleh Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San. Tuduhan yang dibuat itu adalah berasaskan surat yang diterima oleh penghuni rumah itu dari BN Selangor .

Surat dialamatkan kepada penama Melayu sedangkan yang menghuni adalah orang Cina. Dari penceritaan Weng San ni, perkara2 macam ni sebenarnya dah selalu berlaku, yea lah pertukaran alamat,penyewa asal berpindah ,kekeliruan apabila infrastruktur atau ada nama2 baru bagi jalan tempat yang dihuni dan sebagainya. Selain itu, satu lagi perkara menarik yg mungkin berlaku ialah tindakan SABOTAJ pecacai-pecacai Pakatan sendiri.

Kita tahu ada anasir2 jahat yang menyelinap masuk dalam UMNO, atau semasa proses pendaftaran pengundi oleh UMNO dan Barisan Nasional tetapi mereka akan memberikan alamat yang salah. Jadi apabila surat2 seperti ini sampai pada tuan rumah..bahalol2 yang sabotaj tadi seolah-olah cuba menimbulkan persepsi bahawa ada pengundi hantu...

NI TEKNIK LAMA SABOTAJ oleh pecacai2 , sejak PRU-PRU yang lepas pecacai selalu saja guna kaedah ni malah ada yang dah terkantoi memfitnah, tak percaya cuba rujuk balik surat2 khabar yang lepas2. Ha ha ha.

Seterusnya, kalau DAP bimbang sangat pasal pengundi hantu di Kuala Kubu baru, kenapa diaorang tak siasat dari duluuuu lagi bila menang je PRU 2008 ? Kan dah jadi kerajaan negeri patut lebih mudah nak menyiasat orang2 yg mereka katakan 'pengundi hantu' tadi . Nampaknya makin dekat tarikh PRU, makin menggelabah puak pecacai..masing2 dah takut hilang kuasa, keh keh keh.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, February 4, 2013

Presiden Kumpulan Hijau Nak Bakar Kilang Lynas Lepas PRU-13

Hari ni Presiden Kumpulan Hijau , Wong Tack dengan berani mengeluarkan satu kenyataan akhbar (menurut laporan Sin Chew Daily) yang dia sendiri akan membakar loji nadir bumi Lynas sekiranya ia tidak ditutup selepas tempoh 30 hari pilihanraya umum berakhir . Kenyataan 'over confident' Wong Tack ini mungkin berasaskan bahawa keyakinan beliau yang Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas PRU-13 . Sebagai seorang Presiden persatuan yang kononnya menjaga kehijauan alam sekitar , tindakan membakar loji berkaitan petrochemical nampaknya macam satu tindakan yang bodoh dan 'contradict' dengan perjuangan beliau yang nak menyelamatkan alam sekitar .


Tahukah beliau sekiranya kilang Lynas itu dibakar tindak balas kimia dan asap yang terhasil akibat proses pembakaran itu akan mengancam penduduk setempat ? Mungkin beliau nak mengukur sendiri kadar keradioaktifan sekeliling sebelum dan selepas proses bakar membakar itu berlaku ? Selain mencemarkan udara dengan bahan2 kimia akibat pembakaran tak terkawal itu , tak mustahil akan berlaku lagi masalah-masalah lain yang bakal menganggu gugat kesihatan penduduk-penduduk setempat . Bodoh bodoh dan bodoh ... ini lah yang dikatakan buat kerja bangang hanya disebabkan nak jadi hero atas perjuangan sempit dek kegagalan memahami sains .

Oleh itu, elok lah diperhatikan gerak geri pejuang alam sekitar yang hipokrit ini , mungkin banyak lagi tindakan2 bodoh yang akan dilakukan beliau . Dan untuk orang2 kampung di sekitar loji Lynas , perbuatan Wong Tack (Worangg Tackde-Otack) ini mungkin bakal membahayakan kesihatan anda , kita tak tahu apa jenis tindak balas kimia yang akan berlaku ,sekiranya perbuatan ini diteruskan oleh si hipokrit ini. Jadi aku nasihatkan , korang bersedia lah apa2 yang patut .. maklum lah malang tak berbau , jangan disebabkan tindakan bodoh seorang , orang lain di sekeliling mati katak !

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Penang bakal kena 'ambush' dengan Barua-barua DAP ?

'Khalifah' Lim Guan Eng nampaknya nak cari pasal lagi .. sekarang dah pandai menghasut orang supaya timbulkan huru hara di majlis orang lain . Nak provok la tu .. terbaru dalam satu ucapan lepas perasmian program AES di Balik Pulau , si 'khalifah' menghasut rakyat Penang untuk pi Majlis Rumah Terbuka BN di Han Chiang School , dengan memakai baju merah , kuning dan hijau . Tak ke tindakan macam tu semacam nak cetuskan provokasi ? Kalau bab provok memang nombor satu , tapi kejadian yang akan berlaku lepas provokasi tu dia tak fikir ??



Teringat satu kejadian yang hampir serupa , ahli DAP ceroboh majlis yang dihadiri PM dengan memakai baju Hijau , lepas tu dia dan orangnya dihalang oleh budak2 pro-BN . Terjelepok dan kecoh satu Malaysia kata kononnya dikasari ... memang lah perangai dasar babi , sendiri cari pasal dan buat kurang ajar tempat orang , pandai pulak cari simpati masyarakat . Cerita ni pernah aku tulis dalam blog , baca kat sini bagi yang berminat  ;


Aku nampak perkara yang sama mungkin berlaku di Penang , takkan lah orang2 BN kat situ nak duduk diam2 je tengok majlis diaorang kena 'ambush' dengan provokasi2 ?? Kalau jadi gaduh sapa yang susah ? 

Nama BN jugak yang buruk .... silap haribulan cerita ni boleh sampai ke Korea.. al maklumlah PSY tengah buat persembahan Gangnamnya itu..bikin malu Malaysia saja ada pembangkang yang tak bertamadun + kurang ajar !

Dari laporan KL Pos ;

"Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng menyarankan pengunjung yang ingin hadir ke Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasional yang akan diadakan pada 11 Februari dengan berbaju merah, kuning dan hijau yang mewakili kumpulan “We are for Penang”, “Bersih” dan “Hijau”.

Kenyataan Guan Eng dibuat semasa sidang akhbar selepas melancarkan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) di Kompleks Pasar Awam MPPP Balik Pulau. Majlis Rumah Terbuka yang akan dianjurkan oleh BN pada 11 Februari ini akan menampilkan penyanyi sensasi dari Korea, Psy yang popular dengan lagu “Gangnam Style” dan dijangka menarik lebih dari 60,000 pengunjung.

Saranan Guan Eng ini walau bagaimanapun dikhuatiri akan mencetuskan provokasi. Program yang dijangka turut menghimpunkan sebilangan besar penyokong Barisan Nasional ini pasti mengundang suasana yang tegang sekiranya kumpulan-kumpulan berbaju merah, kuning dan hijau ini datang secara beramai-ramai."