Wednesday, January 30, 2013

Lagi Pampasan Perang Diseleweng !!!

Hmm..cerita pasal duit untuk mangsa perang diselewengkan lagi ? Kalau dulu cerita pasal RM207 billion wang pampasan mangsa perang Jepun kononnya diselewengkan ,kini cerita pasal wang mangsa perang Sri Lanka pula . Kalau dulu cerita dicanangkan oleh ahli PAS yang juga bekas Menteri Besar , kali ni pula dicanangkaan oleh bekas ahli DAP , Tan Tuan Tat .

Kalau dulu pembongkaran Nizar terbukti fitnah semata-mata malah dapat kecaman dari kerajaan Jepun . Kali ni adakah kerajaan Sri Lanka pula nak kecam bekas ahli DAP ni ? Dengar cerita lengkap dokumen dibawa ke SPRM , berbeza benar dgn modus operandi Nizar yg entah dari mana dokumen RM207 billion tu diperoleh?

Kalau Tan Tuan Tat berani bawak dokumen ke SPRM , kena Nizar diamkan je ? Setakat gebang diluar ja?? Jadi benarlah kata pepatah, berani kerana benar dan takut kerana salah...sebab tu lah ramai orang salah berlakon berani..kah kah kah. Buat sementara ni kita layan dulu cerita mangsa perang Sri Lanka yg diselewengkan oleh pihak disebelah sana. Kemudian baru kita kupas dan sehingga ada yg bakal buat 'tiger show' lagi..keh keh keh
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Saturday, January 26, 2013

Demi Hak Rakyat, Kerajaan Persekutuan BN Sanggup Hadapi Saman Kerajaan Negeri Selangor ?

TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sekali lagi membuat kenyataan bahawa projek Langat 2 tetap akan diteruskan walau tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri. Nampaknya kerajaan Malaysia dah mengambil keputusan nekad untuk menghadapi apa2 saja tindakan balas dari kerajaan negeri. Kita sedar kalau kerajaan terlalu mengikut protokol dan kerenah kerajaan negeri, pengguna2 air di sekitar Lembah Klang yang akan menjadi mangsa.

Ini lah yang dinamakan kerajaan mendahulukan rakyat , bersedia utk hadapi mungkin tindakan saman oleh kerajaan negeri Selangor. Bagi kerajaan persekutuan, biar rakyat dapat hak mereka dulu, kemudian segala silat politik dan perundangan dikemudiankan. Dah terlalu lama kerajaan Selangor pimpinan PR yang angkuh itu bagi pelbagai alasan utk membatalkan projek Langat 2 , ironinya segala kertas cadangan mereka utk menggantikan Langat 2 seperti tidak ada apa2 perkembangan positif, malah hanya sekadar menjadi retorik politik murahan.

Penegasan yg dinyatakan Muhyiddin itu mungkin dengan melihat krisis air yang melanda Lembah Klang baru2 ini. Walau pun tak secara langsung berkait dengan Langat 2, kejadian yang berlaku juga sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. Mana tak nya ? 30% kepentingan dalam SYABAS adalah milik kerajaan negeri.
Adakah wakil2 kerajaan negeri yang dilantik sbg lembaga pengarah dalam SYABAS tak ambik tahu hal2 yang kritikal seperti ini? Sekarang zaman internet, cerita2 bohong dan fitnah dah tak berkesan lagi. Aku berbillion billion rakyat Selangor tunggu masa saja untuk humban pentadbiran PR di Selangor ke dalam lubang jamban neraka jahanam nanti.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sunday, January 20, 2013

Isu Kad Pengenalan : Antara Puluhan Ribu di Sabah & Ratusan Ribu di Semenanjung

Tun Dr. Mahathir diserang dengan hebat sekali oleh media-media pro-pakatan berkaitan pemberian isu kad pengenalan biru kepada pendatang-pendatang di Sabah , namun jawapan yang diberikan oleh Dr.M adalah cukup mudah dan barangkali terkena 'sekelepet' di muka yang sengaja menimbulkan isu ini . Dari KLPos , Dr.M mengakui beliau memang mengeluarkan arahan untuk meluluskaan pemberian IC berkenaan , jawapan diberikan tegas tanpa takut2 , macam sesetengah pemimpin PR yang terlompat-lompat bila ditanyakan soalan bersifat provokatif seperti itu . Dari laporan yang dikeluarkan oleh KLPos ;

"Menjawab soalan wartawan apabila ditanya samada pemberian kad pengenalan adalah untuk menjamin kemenangan parti Barisan Nasional semasa pilihanraya di Sabah, Dr. Mahathir berkata sama seperti warga negara lain, mereka bebas untuk memilih mana-mana parti dalam pilihanraya.

Masalah kebanjiran warga asing terutama dari Filipina di Sabah adalah disebabkan ramai diantara mereka yang melarikan diri dari konflik di negara masing-masing.

Ramai di antara mereka yang telah menetap di Sabah untuk satu tempoh jangka masa yang agak panjang dan berkeluarga di negeri itu, misalnya salah seorang saksi RCI, Ismail Balaka mengakui beliau telah tiba di Sabah dengan satu bot nelayan pada tahun 1975 dari Pulau Ubian, Filipina." 

klik untuk laporan penuh di sini 

Artikel di atas juga menunjukkan sikap ironi pemimpin Pakatan dalam menuntut kad pengenalan biru untuk lebih 300,000 kaum India yang dikatakan penduduk asal negara ini tapi tak ada kad pengenalan biru . Persoalan sekarang benarkah 300,000 itu benar2 orang India yang berasal dari negara ini dan bukan dari negara India ? Kenapa logik seperti ini tidak pula di aplikasikan untuk kes di Sabah ? Mereka juga boleh mengaku mereka penduduk asal Sabah , tetapi tidak ada dokumen kerana kesukaran perhubungan dengan bandar , sama seperti yang berlaku untuk '300,000' golongan di semenanjung ini ? Dari artikel analisis KLPos pula ;


"Jika di Sabah jumlah yang dilaung kan oleh Pakatan Rakyat mencecah puluhan ribu, maka di semenanjung pula jumlah yang di laungkan ada lah 300,000 walau pun yang berjaya di kumpulkan untuk demo cuma dalam sekitar 300 orang warga India sahaja.

Amat pelik keselamatan negara menjadi isu. Seolah-olah menjadi warganegara Malaysia adalah hak kemudahan untuk orang asing menyeludup masuk ke Negara ini. Pada mulanya Pakatan Rakyat memilih untuk mengkritik tapi kini demi undi dan sokongan mereka pula menyokong kebanjirannya malah membantu golongan ini untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

Apa pun Pakatan Rakyat tetap menjadi badut di dalam kekeliruan kerana tujuan politik mahu menang mengatasi kebenaran. Di satu waktu Pakatan Rakyat menjalan kan kempen meramaikan ahli dan pengundi dengan DAP mendahului parti lain mendaftarkan ahli dan pengundi yang begitu ramai jumlahnya.

Namun begitu, Anwar Ibrahim pula di dalam beberapa kenyataan membangkitkan isu kononnya terdapat peningkatan luar biasa jumlah di dalam pendaftaran pemilih dan ini seharusnya disiasat. Malah tanpa berfikir panjang, Anwar Ibrahim memberi petunjuk bahawa SPR bakal menjadi alasan untuk beliau menangguhkan pembubaran DUN Selangor kerana jumlah pengundi baru yang meragukan."


Baca artikel penuh di sini

Isn't that ironic ? Jom layan lagu Alanis Morissette ..keh keh keh.


Saturday, January 19, 2013

Tuntutan RM207 billion : Kerajaan Jepun dah berang dengan Nizar?

Berita Harian dalam laporan mutakhirnya pada tengahari tadi mendedahkan kerajaan Jepun macam 'bengang' dengan tindakan 'mulut busuk' seorang pemimpin parti pembangkang yang menyebarkan cerita kononnnya RM 207 billion telah diberikan kepada kerajaan Malaysia untuk pampasan buruh paksa di Japan . Unfortunately... semuanya pembohong belaka , ramalanku benar belaka .. Nizar terperangkap dengan 'game' beliau sendiri . Paling tak boleh tahan , boleh tergelak keras perut bila tengok dia punya 'tweet' tengah hari tadi .. konarrr baikkkk punya , Kah kah kah . Sebelum ni rakan  blogger SatD pernah membongkarkan penipuan yang dirancang Nizar ini . Gua sambut.. tulis dalam bahasa melayu je , dalam bahasa english lobai2 PAS tak faham pulak (sumber)


Laporan susulan KLPos pulak menunjukkan dengan jelas Nizar punya 'spin'... kah kah kah , serious seronok bila tengok orang yang beria-ia membawa cerita penipuan terkantoi dengan teruk sekali . Berdabel-dabel kantoi . Dari petikan KLPos ;

"Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah , kerajaan Jepun meminta Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan palsu itu . Perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan Jepun kepada Malaysia. Datuk Seri Ahmad Husni juga memaklumkan pihak yang terbabit juga telah memalsukan memo yang dikeluarkan pegawai perbendaharaan negara.

Nizar dalam laman 'twitter' beliau seolah-olah cuba memberikan respon berhubung perkara ini dengan mengeluarkan 'posting' yang dilihat agak terpesong dengan kenyataan asal beliau mengenai pampasan berjumlah RM 207 billion .




Kenyataan 'twitter' Nizar langsung tidak menyebut berkenaan pampasan RM 207 billion tetapi mempersoalkan 'wang darah' yang dibayar oleh kerajaan Jepun digunakan oleh kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir untuk menubuhkan MISC.

Untuk rekod pada tahun 1967, kerajaan Malaysia yang pada ketika itu masih dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman , melalui perjanjian dengan kerajaan Jepun yang bersetuju memberi RM 25 juta kepada Malaysia untuk pembelian 2 buah kapal dagang dari negara Jepun. Pembelian kapal dagang ini merupakan titik tolak penubuhan syarikat perkapalan negara MISC.

Melalui perjanjian itu juga Malaysia dan Jepun bersetuju, pemberian RM 25 juta dalam bentuk 2 buah kapal dagang dari Jepun itu merupakan tuntutan yang terakhir . (rujukan penulisan Danny Wong Tze-Ken Department of History, Universiti Malaya )"

Apa yang dibuat wakil kerajaan Selangor dalam Board of Director SYABAS ?

Krisis air yang melanda Selangor dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur sekarang dilihat seperti tiada jalan penyelesaian selagi kerajaan PR Selangor masih lagi cuba mempolitikkan isu air SYABAS yang sebenarnya dilihat boleh diselesaikan melalui perbincangan dalaman tanpa melibatkan kepentingan rakyat . SYABAS dikatakan telah melanggar beberapa kontrak dan dengan itu kerajaan negeri Selangor menjawab peruntukan melalui CAPEX dibekukan.  Tindakan ini dilihat seperti cuba untuk menekan SYABAS , serta cuba membangkitkan sentimen rakyat menyalahkan SYABAS sekiranya bekalan air mengalami gangguan . 



Kita dapat lihat 'permainan' PR sekarnag ialah cuba mewujudkan persepsi kepada rakyat bahawa SYABAS tak reti mengurus bekalan air . Namun sebenarnya apa yang berlaku ialah kelemahan kerajaan negeri dalam melakukan rundingan dengan SYABAS . Pada ketika BN memegang tampuk pemerintahan di Selangor, masalah gangguan air jarang sekali berlaku kerana ada kesefahaman dan rundingcara yang berkesan antara SYABAS dan kerajaan negeri . Argument yang selalu dibangkitkan pemimpin PR ialah SYABAS dimiliki oleh Tan Sri Rozali yang juga merupakan ahli UMNO . Sebenarnya persoalan itu sepatutnya tak di timbulkan apabila mendiang Lim Keng Yaik telah mencetuskan pengstrukturan semula industri air sebelum tahun 2008 lagi . 

Malah kerajaan BN Selangor pada ketika itu telah memulakan beberapa usaha untuk mengambilalih syarikat SYABAS dan lain2 syarikat konsesi . Kerajaan PR Selangor hanya meneruskan apa yang telah dimulakan oleh kerajaan BN Selangor , cuma seperti yang dikatakan sebelum ini , mereka gagal berunding sebaiknya dengan SYABAS seperti yang dilakukan kerajaan BN Selangor sebelum 2008 , kegagalan mereka dalam rundingan yang berkesan ini telah menyebabkan ramai penduduk KL dan Selangor mengalami masalah perolehan bekalan air baru-baru ini.

 Jelas sekali kerajaan Selangor yang mempunyai 30% share dalam SYABAS seperti yang dilaporkan oleh portal berita KLPos (sumber) gagal menggunakan wakil mereka dalam Board of Director SYABAS bagi perundingan yang lebih berkesan . Sekurang-kurangnya masalah2 yang dijangka akan berlaku perlu diambil maklum oleh wakil kerajaan Selangor dalam BOD SYABAS untuk dimaklumkan kepada kerajaan negeri bagi tindakan susulan . D

Thursday, January 17, 2013

Some 'neutral' thought on Patrick Teoh issue

Just received an anonymous email , I believe this came from one of my reader . He/she copied some 'special' notes from a lady regarding the Patrick Teoh's  'insulting' statement . She indicated few points for us  especially muslims people to think . Living in a multi-religious and cultural country should made us be extra sensitive to certain issues . This kind of 'insulting' words actually happened almost everyday without us realizing it (came from both side), maybe this kind of thing become xtra 'special' because those who mentioned it is a celebrity. And those who over re-act with the statement might also want to consider on the 'cause and effect' . I am not going to say who is right and who is wrong , but I guess all of us as a Malaysian should re-evaluate our attitude towards different religion and background .



Below is the content of email I received ;

"Assalamualaikum relatives and friends…
I am a Muslim and I’m not a terrorist!
I loved Islam and Subhanallah, Allah SWT is my creator… i repeat, I loved Allah, but I couldn’t stand a lot of his followers (if you know what I mean)
This is my own opinion and sorry if this statement make me sounds like I-am-less-Muslim than the rest of you...
Rata-rata masyarakat beragama Islam di Malaysia naik berang, mengamuk tak hengat dan marah tahap gaban dengan statement tahap cipan yang di keluarkan oleh Mr Patrick Teoh, baru-baru ini…
Yes, it is very shockingly stupid and there is absolutely no excuse for what happened.
Yeszzaaa… aku pun marah gak sebab dia tak peka seyyy… tak respect his muslim friends, kan??
Yes! He shouldn’t mentioned all those stupid things…
However, freedom of speech is separate from freedom of belief: anyone is legally entitled to believe whatever he or she wishes.
Yes! He is an asshole for saying that (BUT… that was his very own opinion for not being born as a Muslim… who are we to judge his opinion on Islam?? They don’t learn about our religion and we never learn their religion either)
Tapi nak tanyer sket… orang-orang Islam yang marah-marah tak hengat ni, betol-betol Islam kerrr atau sekadar naik hanggiinnn bila bangsa lain kutuk agama Islam??  Sembahyang 5 waktu ker? Tutup aurat ker? Amalan dah tip-top ker??
Insulting? Apparently… but a lot of Muslims insulted other religions too (all the time.. tapi ada tak kecoh-kecoh masok news bulletin semua???)
Religion is notoriously difficult to define… but at the end of the day, you will just have to serve your own God Almighty… nothing more, nothing less..
Muslims around the world mocking other religions too (haven’t you noticed?? Even your very own friends insulted your non-Muslim friends for being…. Non-Muslim, for eating pork, for showing their armpits, for drinking too much alcohol  and for whatever shitty reasons that most Islam followers did 24/7 too)
I myself have a few Malay friends who have that insulting-other-religions habit and I honestly hated them for that…
Still, many of them demanded tolerance but seems to be unwilling to show any terms of tolerances themselves..
Mocking other religion is the most serious kind of ridicule, no doubt but you’re living in the age of the Internet.  Your religion will be mocked, insulted and the mocking and insulting will find their way to you, so get over it otherwise you will fight and argue with one another endlessly…
I’m not condoning intentionally provocative acts but seriously, some elements in the Muslim world need to wake up to themselves…
One term the Islamic followers in Malaysia need to come to terms with is none other than, ‘’relax arrr brooo’’…
When someone insulted Islam or Muslims, other Muslims obviously feel upset and offended instantly… but seriously, take a chill-pill and get over it… don’t raise your blood pressure, aite?? (hurrmmm this reminds me, I should stop bullying Zed Zaidi for being stupid…. NOT!!)
Because, you insulted other religions and people of different races all the times too.. but you think it’s okay because you’re a Muslim and your God is ‘’THE GOD’’ (I know I am gonna receive a lot of hate-mails after this.. but duuhhhh… do you genuinely think I give a shit??)
Yes, I know… we all have the right to be outraged and to disagree with another person’s opinion… go ahead… nobody’s stopping you but please look before you leap because words, once spoken, DO NOT exist in a vacuum cleaner…
When I was a kid, I kept telling myself how stupid it was to pray 5 times a day (because my grandmother always banged on my door to wake me up for Subuh prayer). I asked myself what if Islam is not the real religion that will make me go to heaven?? I kept asking myself why do people bother so much when I am not wearing hijab and cover myself up like other Muslimah (may I remind you that I am born a Muslim and I have asked myself these questions over and over again at certain point in my life) but as I grew older, I know why I should pray and why I must cover myself up (apparently I haven’t master that part just yet – yeah Haters, just pray for instant changes in that department why dontcha?? LOL…) and I discover how to be a better Muslim compared to what I had and was thinking all these while… (How could it be possible for Patrick Teoh to understands our religion if he is not a Muslim himself… again, I know he was rude but please… get over it because it took me a long time to understand Islam, myself. It’s just that I don’t say stupid things in Facebook about Islam, so I am totally safe there)
I believed in Allah SWT even though he lets innocent children gets killed, even when women kept on getting brutally raped all over the world, even when other Muslims are facing terrible wars with super strong army from the opposite land…. I still believe in Allah SWT because I am a Muslim and I believed in other religion too and it doesn’t make me less Muslim..
To me, the way Muslims totally over-react to the slightest knocking of their religion suggests a deep-seated uncertainty in their faith.
Religion gives some people an excuse to justify the unjustifiable (so lammmeeee..)
Moral of the story is, just let it go… and be reasonable, obviously we’re no different from him (that crappy old man) so chill… yesss?? Because there is no society in human history that ever suffered when their people became too reasonable..
Wassalam…."


Wednesday, January 16, 2013

Pesan Mendiang Kanang Anak Langkau Pada Rakyat Malaysia

Kanang Anak Langkau memang salah seorang pejuang negara yang hebat . Kerana keberanian beliau dan pejuang-pejuang yang lain membebaskan negara dari cengkaman pengkhianat2,  Malaysia berada dalam keadaan aman damai sekarang . Perjuangan Kanang , adalah perjuangan menentang komunis yang di agung-agungkan oleh salah seorang pemimpin PR . Mulut busuk si pemimpin PR itu diakui mengguris hati banyak pejuang2 yang dahulunya berusaha membebaskan negara dari cengkaman komunis . Dek kerana perjuangan mereka itu maka negara komunis tak tertubuh di Malaysia .



Kalau negara komunis tertubuh di Malaysia , parti PAS dan lain2 parti politik memang dah kena cantasss. Masa tu baru depa tau apa tu pemerintahan kuku besi . Kalau negara komunis di Malaysia ini tertubuh , Mat Sabu dan beberapa lagi mulut lancang pemimpin2 PR yang lain pasti disumbat-sumbat , atau mereka ini mungkin tak wujud pun ? Kalau Malaysia di bawah komunis , demonstrasi2 takkan wujud seperti yang ada sekarang . Golongan mahasiswa pula kena pegang 'telur' .. tak mungkin boleh berteriak dan terjerit2 macam sekarag dan apa yang dinamakan Majlis Peguam pun takkan wujud . 




Tapi Mat Sabu tetap dengan pendirian mengagung-agungkan si komunis2 ini ... al-maklumlah , manusia sebelum kena tipu mereka akan cukup beria-ia . Macam agen2 multi level marketing , skim pak man telo dan sebagainya . Agen2 ini sebenarnya boleh lah disamakan dengan pemimpin2 PR yang ada sekarang . Pilih la produk ni , laburkan wang anda pada produk ini dan anda akan dapat keuntungan berlipat kali ganda ..diterjemah dalam bahasa politik , pilihlah Pakatan , laburkan undi anda pada kami dan anda akan dapat macam2 keuntungan ... setelah undi dilabur , sama macam MLM akhirnya yang dapat keuntungan hanya di peringkat atasan saja , rakyat majoriti akhirnya lebur...

LISTEN , LISTEN, LISTEN ... PR STYLE PULAK !

Aku cukup pelik dengan 'attitude' media-media PR yang menjadikan isu LISTEN LISTEN LISTEN ini sesuatu yang besar . Pada aku , kalau orang dah kurang ajar , masuk majlis orang bertempik-tempik seolah-olah macam tu majlis bapakkk dia , memang wajar di 'sekolah'kan . Pada aku , moderator tak berniat nak menjawab soalan si kurang adab tu , gaya beliau lebih kepada menyindir .  Kalau jawab secara berhemah pun soalan si biadap tu , bukannya dia nak dengar .



Al maklum lah pemikiran sudah di 'doktrin'kan supaya jangan percaya atau dengar apa yang disampaikan oleh 'entiti2' yang menyokong kerajaan kerana kononnya ia adalah penipuan . Dengan berbekalkan video ini , pecacai2 PR menggunakan tag line ..LISTEN , LISTEN , LISTEN untuk buat character assasination . Let me show you guys another LISTEN, LISTEN , LISTEN version . Mana lah tau .. ada yang dah terlupa , tengah seronok mengata orang diri sendiri tak cermin..kah kah kah  .



Dari video di atas , cuba dengar betul2 berapa kali perkataan LISTEN LISTEN LISTEN dikeluarkan oleh wanita-wanita ganas itu .  Dan ini lah kebebasan bersuara yang mereka laung-laungkan , seperti biasa mereka cuma mahu kebebasan bersuara mereka sahaja yang didengar , kebebasan bersuara orang lain tak boleh . PIgidahhh... by the way cikgu football tu UMNO cawangan mana ?? KAH KAH KAH ..

Posting aku berkenaan insiden diatas boleh dibaca di sini ;



Tuesday, January 15, 2013

Mat Indon Pakai Baju 'Butuh Perubahan' Pada Hari HKR

Himpunan Kebangkitan Rakyat... atau TV3 selalu mentioned dalam Buletin Utama sebagai Himpunan Shamsidar . Seriously aku malas nak ambik tahu , pasal apa Buletin Utama gelar sebagai Himpunan Shamsidar. Bunyi agak kelakar , tapi pada masa yang sama nampak bodoh .. minta maaf la ye. Pada pandangan aku , apa yang lebih merisaukan ialah keganasan-keganasan yang mungkin timbul dek perhimpunan HKR ni . Mana nya tak ?? Dah buat 'planning' berbulan-bulan sebelum itu seluruhhh Malaysia hasut rakyat datang , aku guna perkataan hasut sebab Hishamuddin Rais cakap jangan takut guna perkataan tu ... itu yang di sebut, dia hasut orang untuk datang ke perhimpunan ni.



Targetnya 1 juta beb... perghhh . Malah aktiviti pemanas malam sebelum perhimpunan ada acara di Kelab Sultan Sulaiman... acara apa ?? Seperti biasa la , perkara yang sama diulang-ulang. Hasut dan terus menghasut , cacian dan makian ..pengikut2 terus didoktrinkan untuk menerima perkara2 yang mereka sebut itu . Malam tu aku ada juga buat tinjauan , nampak macam tak ramai.. kata nak himpun 1 juta rakyat !? Dalam hati aku cakap 'maybe' tomorrow kot yang 1 juta tu nak keluar . Balik rumah tido dan pagi2 terus ke stadium pi monitor depa..gua pakai baju kaler pink je masa tu... mewakili LGBT , keh keh keh percaya ke ??


Ok lah pasal perhimpunan tu punya keadaan malas aku nak cerita panjang2 . Baik dari paper, portal online dan blog-blog pun dah dikeluarkan . Boring pulak kan dok cerita benda yang serupa . Jadi aku kecilkan skop pada apa yang aku lihat sepanjang perhimpunan tu . Dari aspek pergaulan ler beb ... nampak agak bebas , ramai gak aweks-aweks seksi yang datang . Meleleh lobai2 yang join sekali . Mana tak , aweks2 pakai 'hot pants' je . Bukan aku buat fitnah.. aku cakap betul , ada gambar...anyway seperti yang pecacai2 kata 'this is a free country' , diaorang berhak pakai apa sajaa yang diaorang nak . Kalau begitu lah 'argument' diaorang , so jangan lah dok jaja cerita pasal program UMNO bebas bergaul , tak menetapi hukum syarak dan sebagainya . Kalau sendiri pun 2 x 5 elok lah dok senyap-senyap muhasabah diri sendiri tu .


Selain kewujudan aweks2 seksi berseluar pendek menampakkan peha yang menggiurkan lobai2 bersarban , sikap sesetengah peserta tu cukup menjelekkan . Semasa orang tengah solat pun tengah bertrumpet bagai. Orang tengah azan zohor pun bertrumpet bagai . Penganjur tak ingatkan ke ?? Mat Sabu tu Timbalan Presiden Parti Islam Malaysia . Sekurang-kurangnya ingatkan lah peserta-peserta yang hadir , kalau ye pun tak sabar-sabar nak 'memberuk' hormatilah azan dan orang yang tengah bersembahyang. Oh ya cerita pasal sembahyang memang betul lah apa yang ditunjukkan dalam blog2 yang bersolatnya kearah kiblaat yang pelbagai . Dah nampak macam beberapa mazhab pulak . Sekali lagi Mat Sabu muka bau. ... tak menjalankan tanggungjawab dalam membantu peserta menunjukkan arah kiblat yang betul... yang depa ingat 'kiblat' pemimpin2 yang nak berucap kepada 45 ribu rakyat yang hadir daalam stadium mesti betul. Ehh aku mentioned 45 ribu ke ?? Kah kah kah ... depa mula2 target sejuta , lepas tu 300 ribu ... last2 yang mai 45 ribu je... oklah tu rakyat jugak kan ?

Selesai perhimpunan , ramai yang beransur keluar , yang menarikanya masa Anwar tengah berucap depa dah blah... maksudnya depa malas nak dengar kaki auta punya ucapan lah tu . Ada juga aku nampak seorang amoi seksi lilit bandana semacam kalimah Lailahaillallah kat kepala ,mula2 ingatkan tulisan jawi Parti Islam Semalaysia , belek dekat2 confirm ....itu kalimah Lailahaillallah . Samdol mana lah jual kat amoi pakai seluar pendek seksi tu . Lobai2 yang ramai kat situ takkan tak tegur kot ? Sarban dah jadi longgar ?? Tanya jah ni .. keh keh keh . Aku tulis ni bukan pakai air liur je...aku ada gambar , tapi keluar gambar ni pun pecacai akan kata tu gambar edit , aku tak reti baca Jawi dan macam2 lagi lah . Ohh ya , ada satu kejadian menarik yang aku nampak masa nak naik LRT balik rumah , punya lah sesak dekat LRT tu , tapi tu bukan isunya lah..isunya aku nampak seorang mamat Indon pakai baju revolusi Indon , warna merah . Tergerak dalam hati ni mungkin antara agen2 provokator.. sebab terlalu ramai orang beratur kat LRT aku malas menunggu , ambik teksi borak dengan driver , driver teksi tu pun mengaku ada mat-mat Indon naik teksi tadi pakai baju yang sama macam peserta2 . Bila ditanya diaorang jawap ikut kawan2 je... prftttt

Friday, January 11, 2013

'Tarik Tali' antara kerajaan PR Selangor & SYABAS punca masalah air ?

Masalah air di Selangor dan Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur dah mula sampai ke satu peringkat yang lebih serius . Selagi kerajaan negeri Selangor masih mahu bermain politik dengan SYABAS , selagi itu lah masalah ini akan berterusan . Kerajaan PR Selangor kononnya dah buat pelbagai kajian untuk mengatasi masalah ini dan bermacam2 hal lagi , jadi apa masalahnya sekarang ? Teruskan sajalah dengan projek 'teknologi membran' yang diwar-warkan sebelum ini , teruskan saja lah kerja2 menaiktaraf loji2 air sedia ada di Selangor bagi menjamin tiada lagi masalah air berulang . Apa yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor sekarang ialah bermain tarik tali dengan SYABAS . Sebagai kerajaan negeri , kepentingan rakyat harus diutamakan , biarkan rakyat dapat air dulu dan pada masa yang sama kalau nak ambik alih SYABAS teruskan saja !

'Game' yang dimainkan oleh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PR sekarang tersangatlah memudaratkan rakyat negeri ini . Kalau benar2 prihatin dengan rakyat , kerajaan negeri boleh saja melantik pemantau mereka di rumah2 PAM yang di uruskan SYABAS untuk memastikan tiada masalah berlaku dek 'ketidakcekapan'' SYABAS dalam menguruskan air . Sekiranya ada kerosakan pam , atau kekurangan barang2 'spare-part' , kerajaan negeri boleh terus 'alert' dan buat sesuatu sebelum menjadi masalah yang besar kepada rakyat . Alasan kerajaan negeri yang berulang-ulang kali dinyatakan ialah SYABAS tak reti urus air ? Kalau tak silap aku , kerajaan negeri ada 'share' dalam SYABAS , segala aktiviti , keluar masuk duit akan dimaklumkan pada pemegang 'share' . Misalnya , sekiranya ada masalah untuk SYABAS memperoleh alat2 ganti bagi rumah pam dek kekurangan dana , selaku pemegang 'share' kerajaan Selangor harus 'alert' dan bagi bantuan dan bukannya tunggu dan lihat hingga bencana berlaku ! Nyata sekali SYABAS cuba dijadikan kambing hitam oleh kerajaan PR Selangor 

Dari KLPos ;

"Kerajaan Negeri Selangor tidak seharusnya menuding jari dan menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) sebagai Kambing Hitam bagi mengelak dari tanggungjawab menangani masalah krisis air yang sedang berlaku di negeri itu.



Presiden Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, beliau berasa kesal dengan tindakan Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyalahkan Syabas dan kerap menyatakan alasan yang tidak munasabah berkaitan projek penyenggaraan yang dicadangkan Kerajaan Barisan Nasional.

"Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim terlalu kerap menyatakan alasan yang tidak munasabah dan memberi maklumat yang tidak pernah benar.

"Saya lihat Kerajaan Negeri Selangor malu untuk mengaku bahawa ini adalah kejayaan daripada kerajaan Barisan Nasional," katanya  ketika ditemui ketika di temui di Flat Pandan jaya di sini semalam."

Thursday, January 10, 2013

Peserta HKR Bakal Mengganas Lagi Seperti Bersih 3.0?

"Himpunan Kebangkitan Rakyat" mungkin ini lah himpunan terkakhir yang akan di adakan oleh golongan2 yang bercita-cita 'gulingkan' kerajaan dengan cara yang digunakan di Timur Tengah . Tinggal satu hari saja lagi sebelum 'kegilaan' ini bermula . Bezanya keadaan di Malaysia dan kebangkitan di Timur Tengah ialah majoriti rakyat yang bangkit disebabkan tiada pekerjaan , dihimpit dengan kemiskinan , masalah ekonomi yang meruncing dan sebagainya . Tetapi di Malaysia , pendemo2 terdiri daripada golongan yang berkerjaya , berkereta , ada tempat berteduh, cukup makan , malah terlebih makan (lihat saja perut bulat pencetus HKR ni yang juga seorang Timbalan Presiden PAS .. bukankah itu sindrom terlebih makan? ) . Jadi,  dengan serba serbi kehidupan yang boleh dikatakan 'lavish' di Malaysia ni .. entah apa lagi yang golongan ini tak berpuas hati ? Kita sedia maklum, golongan ini begitu dahagakan kuasa kerana bagi mereka dah terlalu lama BN memegang kuasa . Sebenarnya bukan salah BN lama memegang kuasa , cuma peranan yang dimainkan oleh pembangkang itu yang sebenarnya membuatkan rakyat 'cemuih' untuk memilih mereka .



Secara peribadi , pada aku pembangkang di Malaysia tak perlu bersikap agresif untuk ambil alih tampuk pemerintahan negara . Biar lah rakyat sendiri menilai , hujahkan saja perkara2 yang tidak ada kata sepakat dalam parlimen dan sebarkan di media2 anda . Namun dengan tindakan menghasut rakyat untuk turun ke jalanraya bila saja ada usaha2 pembangunan dalam negara adalah umpama strategi terdesak untuk merampas kekuasaan . Dalam perhimpunan-perhimpunan yang lepas , mereka dilihat gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat . Yang hadir hanyalah mereka yang benar2 boleh dianggap  'totok' yang tegar . Mereka berarak di jalanraya supaya menampakkan seolah-olah tindakan mereka itu adalah tindakan yang mewakili keseluruhan rakyat di negara ini . Walhal jumlah yang hadir tidaklah seperti yang digembar - gemburkan . Apabila 1kg beras diletakkan dalam bekas yang kecil tentulah bekas tu nampak seolah-olah penuh , cuba diletakkan pula 1kg beras didalam bekas yang besar?

Pemimpin politik yang menjadi tunjang kepada HKR mendakwa mereka mampu membawa ratusan ribu orang menyertai perhimpunan ini , dah stadium merdeka dijadikan lokasi perhimpunan . Tetapi sekiranya benar apa yang dikatakan tentulah stadium merdeka itu akan penuh sesak dengan peserta2 demo ini , malah sebenarnya kapasiti stadium merdeka itu sendiri tak dapat menampung jumlah yang digembar-gemburkan. Oleh yang demikian , Mat Sabu sepatutnya memilih untuk kekal di Stadium Bukit Jalil iaitu lokasi yang mula2 dipilih untuk HKR , namun mungkin kerana risau stadium nampak 'rompong' dengan jumlah kehadiran ,jadi Mat Sabu memilih untuk pilih stadium yang lebih kecil . Ini lah analogi 'beras' yang aku nyatakan di atas. Satu hal yang menarik untuk difikirkan ialah ada kah peserta2 HKR ini akan cuba melakukan provokasi untuk menjadikan HKR ini menjadi kacau bilau? Dikhabarkan mereka akan berarak menuju ke stadium ? Adakah perarakan ini perlu ? Berdasarkan pengalaman2 yang lepas..kita boleh jangkakan apa yang akan berlaku.  Mungkin kali ini akan menjadi lebih ganas ?

Wednesday, January 9, 2013

Yakini BN Sayangi Selangor : Program Kembara Anak Muda

Barisan Nasional walaupun menjadi pembangkang di Selangor , nampak tak putus2 cuba membela nasib rakyat negeri itu . Ini lah yang sepatutnya ada pada pembangkang mana2 kerajaan dalam dunia ni pun , walau pun ada perbedaan pendapat , tugas pembangkang bukan hanya membangkang saja , tugas pembangkang bukan hanya jual air liur dan janji manis saja . Tugas pembangkang termasuklah turun dan dengar masalah rakyat dan bantu mereka dengan segala kekuatan yang ada . Terbaru , pembangkang di Selangor , Barisan Nasional menganjurkan program Kembara Anak Muda .


Kita tak tahu lagi sejauh mana keberkesanan program ini tetapi kita sedar kesungguhan yang ditunjukkan ini pasti mendatangkan hasil dan memberi manfaat kepada anak-anak muda di Selangor . Walaupun ada yang skeptikal dengan program sebegini , program yang dianjurkan oleh BN Selangor ini sekurang-kurangnya telah ada rangka atau 'basic foundation' untuk menjadikan negeri Selangor lebih baik . Nak harapkan pemerintahan Selangor yang ada sekarang ? Jangan harap lah , boleh kata setiap hari bermain-main dengan politik .. takut sungguh negeri yang mereka pegang sekarang akan terlepas , tak boleh tunjuk dengan prestasi yang baik maka mereka tabur fitnah kepada UMNO dan Barisan Nasional . 

Tapi rakyat Selangor rasanya lebih bijak sekarang apabila merasai sendiri pemerintahan di bawah PR . Janji2 yang ditaburkan dulu semasa PRU-12 hanya tinggal janji saja , tak semuanya ditepati , walau ada yang dilaksanakan masih terdapat kelemahan yang boleh dibangkitkan. Kalau takde kelemahan takde lah tindakan saman dilakukan ke atas kerajaan Selangor oleh penghuni2 rumah2 pangsa dek kerana isu air percuma yang tak mereka kecapi berbanding rakan2 mereka di rumah2 banglo .  Dari rencana KLPos ; 

Menurut Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Budiman Mohd Zohdi, golongan muda hari ini merasakan terpinggir apabila Kerajaan Negeri tidak memberi perhatian sewajarnya kerana gagal melaksanakan program yang benar-benar berkesan.



"Kami menerima banyak aduan dari anak muda di Selangor malahan, isu-isu yang ditimbulkan seperti isu Perumahan Anak Muda, Peluang Pekerjaan Anak Muda, Program Pembangunan Belia, Peluang Perniagaan untuk anak muda langsung tidak dititikberatkan dalam dasar kerajaan negeri," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media di bangunan UMNO Selangor semalam.



Baca seterusnya laporan di KLPos di sini . Program pertama Kembara Anak Muda akan diadakan di Tapak Letak Kereta , Jalan Suasa Banting . Oleh itu bagi orang2 muda yang berminat , boleh la turun beramai-ramai . Jangan biarkan diri anda terus-terusan dikencing oleh pemerintahan Selangor yang ada sekarang . 

Isu Kalimah Allah Diperkatakan dalam Aspek Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab !

Allah dalam bahasa Melayu ialah tuhan orang Islam (kata khas) , walaupun terdapat bantahan dari penyokong2 parti sendiri , malah Sultan Selangor sendiri mengeluarkan kenyataan kalimah Allah hanya berhak di gunakan oleh orang Islam , nampaknya PAS seperti masih bersilat dengan media mengatakan "golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing"


Dari laporan KLPos ;

"Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi awang berkata, pendirian yang sama pernah diutarakan menerusi satu kenyataan media oleh beliau pada 2 tahun yang lalu.

"Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk Allah : Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di sini hari ini.

Turut hadir sama termasuklah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau turut menjelaskan isu ini tidak sepatutnya disalahguna sehingga menimbulkan kekeliruan."

Bottom line , PAS bersetuju mengatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh mana2 agama lain . Dalam kes ini , sekiranya PAS bersetuju nampaknya Allah bukan lagi kata nama khas bagi tuhan orang-orang Islam , seperti Jesus untuk orang Kristian dan lain2 lagi kata nama khas bagi tuhan untuk agama2 lain . Apa yang berlaku sekarang ialah Allah boleh digunakan agama2 lain untuk merujuk kepada tuhan mereka , malangnya untuk umat Islam , nama tuhan2 agama lain memang tak boleh digunakan untuk dirujuk kepada tuhan agama Islam iaitu Allah .  Presiden PAS patut sedar , isu kalimah Allah yang diperbahaskan sekarang ialah dalam konteks Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia , dalam bahasa Malaysia , Allah dirujuk pada tuhan umat Islam . Abaikan saja penggunaan nya dalam bahasa2 lain . Hadi pula seolah-olah tetap tegar dengan pendirian mengaitkan penggunaan dalam bahasa Arab .  



Baca berita penuh di KLPos .

Monday, January 7, 2013

Nizar Lambai Kantoi Menipu Mengenai Pampasan RM 207 Billion ?

Pemimpin Pakatan Rakyat sekarang ni nampaknya nak menggunakan isu pampasan perang dari Jepun yang kononnya di songlap oleh kerajaan BN . Permainan persepsi ini digunakan oleh ex-MB Perak , si Nizar 'lambai' . Dari laporan Harakahdaily ;

"Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand-Myanmar. Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata, “Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an. “Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut),” kata beliau semalam. Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, “Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu.” Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan. Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam-Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur semalam bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu. "

"Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu. Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka. "

Dari laporan di atas telah mengesahkan kerajaan Jepun ada menyerahkan pampasan sekitar tahun 1990-an. Cuma yang peliknya ialah berkenaan dakwaan Nizar yang mengatakan RM207 billion diserahkan kepada kerajaan Malaysia . Macam mana Nizar boleh dapat jumlah RM 207 billion tu ? Fitnah yang cuba direka oleh Nizar ini walau bagaimanapun cuma menampakkan kedangkalan beliau sendiri apabila seorang rakan blogger SatD melalui blognya Pure Shiite meng 'kantoi' kan cubaan fitnah Nizar . (link artikel SatD)

Antara beberapa perkara yang ditekankan dalam artikel beliau ialah kenapa kerajaan Jepun perlu memberikan wang pampasan . Merujuk pada Article 14 : San Fransisco Treaty ;

“It is recognized that Japan should pay reparations to the Allied Powers for the damage and suffering caused by it during the war.” 

Takrif kerosakan dan penderitaan akibat perang merangkumi hak terhadap hartanah , ganti rugi penderitaan tawanan perang yang diseksa, dan pelbagai lagi yang dinyatakan dalam Article 15-18.

(klik untuk baca San Fransisco Treaty)

Malaya dan beberapa negara lain yang pada ketika itu antara jajahan British tidak terlibat dalam San Fransisco Treaty , Jepun walau bagaimanapun mahu memikul tanggungjawab ini dengan mengadakan satu geran bantuan kepada negara2 ini.  Malaya dan Singapura mendapat manfaat dari geran bantuan ini pada sekitar 1960-an melalui satu perjanjian yang hampir serupa . Dalam perjanjian itu disebutkan ;

“Japan recognizes that the (early and total) resolution of problems arising from unfortunate incidents during World War II in Malaysia (Singapore) would contribute to promoting its friendly relations with Malaysia (Singapore).” They thus recognize Japan’s responsibility, and further state that the contracting parties “agree that all problems arising from unfortunate incidents during World War II are hereby totally and conclusively resolved.” - 




Dari portal Kementerian Luar , satu perjanjian diantara Jepun dan Malaysia berkaitan Perang Dunia II ditandatangani pada 21 Sept 1967.

Sekarang timbul persoalan , ke mana hilang nya duit geran itu ? Hal menjadi agak kompleks kerana semasa Perang Dunia II , Singapore dan Malaya adalah sebuah negara . Selepas perjanjian ditandatangi , Malaysia dan Singapura adalah dua negara yang berbeza. Walaupun pada awalnya tuntutan dicadangkan dibuat secara berasingan , tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan Malaysia kerana , pada ketika perang , Singapore dan Malaya sama2 berada di bawah pentadbiran British , dan British pula juga telah memperoleh ganti rugi dari Jepun sebanyak $455 million diperuntukkan untuk Singapura dan Malaya. Namun apabila wujud 2 negara baru , iaitu Singapore dan Malaysia perkara menjadi agak kompleks dari segi undang2. Namun hal ini  tidak dipersetujui oleh golongan2 yang membuat tuntutan , peruntukan ini diagihkan melalui  "Allied War Damage Fund and the War Victims Fund." . Walau bagaimanapun , terdapat beberapa isu berbangkit dari mereka yang membuat tuntutan .

Isu ini berterusan sehingga tahun 1967 , bagi Singapore , kerajaan Jepun meperuntukkan "gift loan" sebanyak SGD 25million untuk membeli peralatan perkapalan dan untuk pembangunan stesen satelit komunikasi. Bagi kerajaan Malaysia pula sejumlah RM 25 juta peruntukkan diberikan dua buah kapal dari Jepun . Kedua-dua kerajaan bersetuju jumlah RM 25 juta ini merupakan tuntutan terakhir akibat dari kerosakan yang berlaku semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu semasa perang dunia .  (sumber : Danny Wong Tze-Ken Department of History, Universiti Malaya. (here)) . Dua buah kapal ini digunakan untuk set-up syarikat perkapalan negara MISC.

Pada 27 April 2005 , Perdana Menteri ketika itu menegaskan tuntutan-tuntutan ini telah selesai . Walau bagaimanapun , kerajaan Malaysia tidak akan menghalang mana2 organisasi atau individu yang ingin membuat tuntutan kepada kerajaan Jepun .  (sumber)

Blogger SatD juga menimbulkana persoalan bagaimana angka RM 207 billion itu diperoleh Nizar dengan membandingkan Official Development Assistant Jepun ke Malaysia , iaitu berapa banyak wang yang dihantar oleh Jepun ke negara ini melalui data di bawah ini ;


Data menunjukkan tiada rekod RM 207 billion seperti yang dicanangkan oleh Nizar. Blogger SatD menggunakan data dari ODA untuk mempertikaikan angka RM 207 yang dicanangkan Nizar berdasarkan dokumen yang tertera seperti di bawah ini (sumber) ;



Jumlah pampasan RM 207 billion adalah satu jumlah yang tak masuk akal , barangkali Jepun pun boleh jadi 'bankrap' sekiranya benar ada pampasan sebanyak itu dibayar , itu baru di Malaysia belum lagi negara-negara lain . Kah kah kah , nak menipu tak teragak-agak ! Penerangan lebih lanjut seterusnya boleh dibaca di sini

Pudin cadangkan perbelanjaan kes mahkamah libatkan pensyarah ditanggung pihak universiti ?

Tajuk Malaysiakini yang tak boleh belah ... "Tim menteri : Universiti patut bantu Aziz Bari" .  Statement populis dari seorang ahli UMNO yang 'feeling' intelek siapa lagi kalau tak bukan si Saifudin Abdullah. Dari Malaysiakini si Saifudin ni berkata ;

"Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, universiti sepatutnya menjaga dan membela kebajikan pegawainya termasuk bertanggungjawab memberi khidmat guaman kepada pensyarah sekiranya didakwa di mahkamah. "

Aku berpendapat , universiti tak perlu membazirkan wang untuk membela pensyarah-pensyarah yang melakukan kesalahan tata-tertib . Kalau dilayan makin lama , makin besar kepala .. al-maklum lah ada bantuan guaman yang disediakan universiti . Kalau kesalahan pensyarah contohnya mencabul , memfitnah , pecah amanah dan lain2 lagi ada pembelaan dari pihak universiti maka melompat sakan lah pensyarah-pensyarah seperti ini . Maka universiti di Malaysia ni akan jadi bahan ketawa universiti2 di negara-negara lain dek kerana sistem yang dicadangkan oleh seorang Tim. Menteri .


Di kala universiti-universiti di dunia berlumba-lumba untuk menjadi pusat pendidikan terulung dengan menambah baik kemudahan-kemudahan di universiti , mengupah pensyarah-pensyarah berkualiti , menyaring kemasukan pelajar2 yang berkualiti dan macam2 lagi perkara untuk pembangunan universiti , Si Tim. Menteri ini pula sibuk mencadangkan sesuatu yang agak luar biasa . Duit universiti dihabiskan untuk membela pensyarah2 yang ada masalah dengan undang-undang . Yea lah , misalnya kalau pensyarah didakwa di mahkamah kerana kes songlap duit , atau kegagalan bayar hutang etc , takkanlah pihak universiti pun nak diheret sama ?

Pensyarah-pensyarah sebegini dah tentu akan memberi kesan kepada penyampaian pengajaran mereka kepada pelajar2 . Misalnya masa aku belajar dulu , terpaksa ambik option dari Fakulti Pengurusan , si pensyarah tak tumpukan pada topik pembelajaran hari itu , dari masa sejam diperuntukkan .. boleh kata 50% daripadanya bercerita pasal politik . Muka2 'student' nampak meluat dan menyampah dengan sikap pensyarah macam ni . Pasal kes Aziz Bari ni rasanya dia yang menyaman Zul Nordin , ini gara2 mulut takde lesen mempertikaikan titah Sultan Selangor . Mungkin terasa diri terlalu pandai , maka hilang telah rasa hormat beliau kepada Sultan . Dari carian di Google , apa yang aku nampak si Aziz Bari yang sibuk menyaman ke hulu ke hilir . Jadi adakah si Tim. Menteri mahu universiti keluarkan duit untuk bantu Aziz Bari dalam kes menyaman ? Kalau betul boleh buat macam tu , alangkah bahagia la staf-staf universiti di Malaysia ni .



Ok , aku bagi satu contoh yang agak kelakar ..  sorang pensyarah A mahu menyaman pensyarah B kerana dikatakan telah membuat fitnah . Pensyarah A dan pensyarah B masing2 mengajar di universiti C . Kalau ikut kepala si Saifuddin Abdullah , pihak universiti C perlu bagi bantuan guaman pada kedua-dua pensyarah . Pensyarah A dapat peruntukkan universiti untuk saman pensyarah B , dan pensyarah B dapat peruntukkaan darri universiti untuk bela diri dari saman pensyarah A . Dalam situasi macam ni , siapa yang kelihatan seperti orang bodoh ? A, B atau C ??  Jawapan akau senang je... bukan A, B atau C , tetapi yang bodoh adalah orang yang mencadangkan polisi sebegitu untuk dimplementasikan . Pelik aku dengan perangai sesetengah manusia ni , kalau ye pun nak jadi popular, tolonglah cadangkan sesuatu yang make sense.

Saturday, January 5, 2013

Pukul Wartawan : Hipokrasi 'Golongan Tertentu' dalam Menyampaikan Protest

Teringat satu kejadian yang berlaku di Padang Kota, Pulau Pinang semasa Himpunan Hijau diadakan di padang itu . Keadaan menjadi tak terkawal pada hari itu kerana program yang bertembung , satu program di 'Speaker Corner' oleh mereka yang menentang pentadbiran DAP di negeri itu , satu lagi golongan penyokong Himpunan Hijau yang kebanyakkkannya terdiri daripada penyokong2 DAP . Tiba satu ketika ,keadaan menjadi agak kecoh . Salah seorang wartawan akhbar Cina berasak dengan kumpulan yang menentang pentadbiran DAP itu tadi . Tindakan lelaki itu yang terlebih dahulu melepeskan 'sekeping' flying kick telah mencetuskan kemarahan dan berlaku lah tindak balas reaktif . Akhirnya , si wartawan tu kena belasah ... tapi takde la teruk sangat . Ha ha ha , menariknya isu itu disensasikan oleh DAP dan akhbar2 Cina mengenai hak2 wartawan yang dicabuli .


Lepas kejadian tu, wartawan-wartawan ini seolah-olah cuba menyalahkan polis dan semacam ingin memberi imej yang buruk pada pasukan yang menjaga keselamatan negara itu . Satu demo telah diadakan oleh wartawan2 ini di depan balai polis . Ha ha ha .. mentang2 lah PDRM tu badan dalam kerajaan , jadi wartawan2 ini cuba menangguk di air yang keruh . Kita faham apa tujuan mereka pada ketika itu . Cuba memainkan persepsi bahawa media 'tak selamat' lagi sekarang. Kononnya kerajaan DAP Penang lah yang paling bagus selama ini dalam menjaga kepentingan media.


Mungkin tuhan nak tunjuk dan bagi buka mata untuk orang2 yang masih lagi buta . Jadi satu kejadian yang hampir serupa telah berlaku di mana kali ini , wartawan juga di belasah . Belasah kali ni bukan 'ringan2' macam si Adam Chew kena di Padang Kota tu . Tapi dibelasah sampai masuk wad . Siapa yang belasah ? kalau tak lain tak bukan anggota unit sukarelawan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.  Bukan kes berat apa pun, wartawan tu cuma nak buat kerja dia sebagai REPORTER , melaporkan satu kejadian di kawasan berhampiran . Malangnya si tukang pembuat berita jadi bahan berita pula bila dibelasah oleh mereka yang dilantik kerajaan negeri untuk JAGA KEAMANAN !



Bila dah terkena batang hidung sendiri , dan dipukul oleh 'geng2' sendiri , mengapa tak diadakan saja demo di depan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ? Seperti yang mereka lakukan di depan balai polis ? Jadi terserlah ke hipokritan mereka ini . Atau mungkin takut dijadikan target oleh Pasukan Peronda Sukarela yang ditubuhkan DAP di negeri itu ? Tindakan Pasukan Peroda Sukarela DAP Pulau Pinang yang sesuka hati memukul wartawan lebih mirip kepada perbuatan ahli kongsi gelap berbanding badan yang bertanggungjawab jaga keselamatan orang awam. Boleh tadbir negara dah ada perkara2 macam ni, minta simpang lah mereka ni tadbir negara kita . Entah apa jenis lagi penindasan yang boleh dilakukan. 

Wednesday, January 2, 2013

Halau Pelabur Luar , Kaedah Terbaik Untuk Atasi Masalah Aliran Keluar Wang Negara Secara Haram ?


Laporan yang dikeluarkan oleh GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini seperti menjadi 'peluru' oleh pihak-pihak pembangkang untuk menghentam kepimpinan kerajaan Barisan Nasional . Kedudukan Malaysia  yang berada hanya di belakang China dan Mexico dalam aliran keluar wang haram pada tahun 2010 cuba dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seolah-olah aliran keluar berpunca dari gejala rasuah dan korupsi yang berlaku di kalangan pentadbir-pentadbir kerajaan . hakikatnya lebih dari 90% aliran keluar wang haram adalah di sebabkan pengubahsuaian nilai dagangan antarabangsa yang kebanyakkan dilakukan oleh investor-investor luar yang beroperasi di Malaysia . Carta no. 6 dalam laporan berkenaan menunjukkan kesahihan fakta ini ;


OK , perkara pertama yang mengatakan rasuah bukan punca utama dah selesai , jadi aku 'bajet' puak-puak Pakatan Haram akan mempersoalkan pula , kenapa negara2 jiran Malaysia seperti Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia, dan Singapore bukan berada dalam kedudukan corot seperti Malaysia ? Persoalan ini kita boleh kaitkan dengan 2 perkara (dalam konteks pengubahsuaian wang haram) iaitu kemasukkan FDI kita pada tahun 2010 dan jenis barangan yang kita eksport . Dari laporan Berita Harian ,kenaikan peratus kemasukan FDI ke dalam negara ini adalah sebanyak 409.7% . 


Jenis barangan  yang dieksport keluar negara terutama ke negara2 EU yang mana merupakan antara rakan dagangan terbesar bagi negara-negara seperti Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia, dan Singapore. Berikut adalah carta yang diperoleh dari laman web European Trade Commission bagi negara-negara yang dimaksudkan . 
Report
Report
Report
Report
Report
Kalau diperhatikan , jumlah eksport bagi kesemua negara yang dinyatakan diatas majority menunjukkan dari sektor "Machinery & Transport Equipment" selain "Chemicals & Related Products" . Klasifikasi barangan di bawah klausa "Machinery & Tansport Equipment" ditunjukkan dalam buku2 rujukan taxation dalam mana2 negara . Boleh rujuk salah satu contoh di sini dan lihat senarai barangan yang terlibat . Kebanyakkan barangan-barangan yang disenaraikan adalah bernilai tinggi berbanding eksport untuk produk2 lain . Oleh yang demikian jumlah eksport barangan Malaysia berbanding negara2 yang dinyatakan di atas adalah lebih tinggi . Dan barangan yang tertakluk di bawah "Machinery & Transport Equipment" mempunyai kecenderungan bagi pihak pengeksport mengubahsuai nilai dagangan sebenar.

Dari laporan analisis KLPos ;

"Singapura, walaupun dengan volume eksport luar negara yang lebih besar berbanding Malaysia mempunyai aktiviti aliran keluar wang haram yang terkawal memandangkan peraturan dan undang-undang perdagangan di negara itu adalah lebih ketat.

Sebaliknya di Malaysia, undang-undang perdagangan antarabangsa yang diamalkan agak longgar mungkin bagi menarik minat pelabur-pelabur luar negara. Selain itu, Singapura merupakan rakan eksport utama bagi Malaysia, oleh yang demikian urus niaga yang dilakukan dengan hanya melangkaui Selat Tebrau sebenarnya memberikan kelebihan kepada negara jiran itu.

Bahan-bahan mentah diperoleh dengan mudah dari Malaysia dengan kos pengangkutan yang minimal untuk diproses di negara itu menjadi barangan siap, Dengan kedudukan pelabuhan yang strategik dan laluan kapal-kapal perdagangan , Singapura tidak perlu risau dengan pelaburan luar ke negara itu, justeru mereka mungkin 'berani' untuk menguatkuasakan undang-undang perdagangan antarabangsa yang lebih ketat kerana 'keistimewaan-keistimewaan' ini.  "