Tuesday, December 10, 2013

Tahniah ! Siling Hospital Serdang Runtuh Lagi Buat Kali Ke-7

Hari ni satu kejadian yang memalukan industri pembinaan dalam negara dilaporkan media. Siling Hospital Serang runtuh lagi buat kali ke-7 ! Penulis rasa Hospital Serdang ni boleh dikategorikan sebagai bangunan yang masih lagi baru dibina. Oleh itu, wajar pihak yang berkaitan mengadakaj insiden siasatan menyeluruh mengenai kejadian ni.

Hal-hal sebegini sebenarnya merosakkan imej kerajaan yang memerintah. Mereka yang dilantik dan diberikan kontrak dalam menyiapkan apa2 bangunan perlu mempunyai latar belakang pembinaan yang mantap. Kita tahu semasa proses evaluasi tender terutama dalam kerajaan, ada di kalangan pegawai2 kerajaan yang tidak jujur dalam proses ini.

Kegagalan sesebuah projek itu bermula dari peringkat perancangan lagi. Apabila salah kontraktor yang dipilih maka hasilnya akan dilihat pada tahun2 yang mendatang. Dalam sesebuah projek ,faktor komersil dan teknikal akan diambil kira. Sekiranya semua kontraktor yang terlibat dalam tender berkenaan memenuhi kriteria teknikal, panel penilai tender akan melihat pula dari segi komersil . Dari sini lah kecenderungan untuk penyelewengan berlaku. Akan ada lobi melobi diantara kontraktor dan pegawai yang bertanggungjawab dalam tender.

Apabila penyelewengan atau rasuah sudah menular di peringkat atasan, ia akan mula 'berjangkit' di peringkat bawahan juga iaitu pada pegawai2 yang bertanggungjawab memantau perjalanan projek. Dalam mana2 projek pun sebelum ada 'hand-over' , pegawai2  yang mewakili pemilik projek akan buat 'commissioning' untuk semua pakej yang ada dalam projek samada menepati piawaian atau tidak.

Sekiranya tidak menepati piawai, kerja2 berkenaan tidak akan diluluskan dan kontraktor bertanggungjawab untuk memastikan kerja2 berkenaan dibaiki seperti yg dikehendaki spesifikasi. Malangnya, ada pegawai2 yang tak jujur ini 'tutup sebelah mata' dan meluluskan kerja2 berkenaan selepas dapat imbuhan. Hal2 sebegini sangat memalukan dan yang dapat bala akhirnya pemimpin politik parti pemerintah.

Bagi penulis, hal2 seperti ni agak sukar ditangani kalau sikap 'sambil lewa' terus diamalkan dalam jabatan2 kerajaan. Minta maaf bukan nak kutuk, ada sesetengah kakitangan kerajaan bersikap 'take things for granted'. Mungkin mereka berasa 'selamat' dengan status sebagai penjawat awam yang menjadikan diri kadang2 besar kepala, namun ianya bukan lah melibatkan semua tetapi sikap segelintir ini lah yang meranapkan negara.

Oleh yang demikian, apa yang penulis harapkan untuk projek2 yang akan datang terutama melibatkan duit rakyat, mohon adakan pasukan pemantau perjalanan projek yang terdiri daripada wakil SPRM, wakil parti2 politik, wakil orang awam dan wakil kerajaan sendiri. Tugas pasukan pemantau ni mudah saja, hanya pantau perjalanan projek dan masalah2 yg timbul sepanjang projek berjalan.

5 comments:

Tu la bagi lagi Sub Kontrak ke kontraktor cina.. Nak sangat untung lebih..

Kita tahu kan siapa kontraktor dan juga pegawai kerajaan yang terlibat, semua ada dalam rekod jabatan, cekup dan siasat saja

Sy tak suka bercakap secara rambang sahaja. Be spesifik dan terus kpd yang bertanggung jawab dlm soal kerosakan atau defects kpd projek kerajaan. Dalam soal projek hospital ini, ada faktor2 yg perlu dipertimbangkan oleh JKR dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):-
1. Cara Tender dianugerahkan secara negotiated kepada kntraktor yg sama, yg mana telah pernah buat silap dimasa lampau. Perlu diubah mengikut mengikut giliran dan black list yg membuat salah. JKR dan KKM mesti mencadangkan kontraktor yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
2. Pemilihan Konsultan mesti yg betul2 buat kerja dan bukannya yg berat sebelah kpd Kontraktor. Ia mesti diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan bukannya oleh Kontraktor. Konsultan mesti bertanggung jawab diatas kerja (imdemnify) yang ditugaskan dengan cukup lekap rekod2, paper works, notes, lukisan teknikal dan pekerja mengikut ISO semasa.
3. Kontraktor hendaklah menurut dan akor kepada cadangan dan keputusan Konsultan dan tiada short cut atau ends or corner cuttings. Jangan membuat direct access kepada JKR sebagai Pengurus Projek atau kepada KKM untuk mendapat simpati atau kelulusan tanpa persetujuan Konsultan.
4. JKR hendak membuat selidikan yang Konsultan benar2 mengikut ISO dan kontraktor mengikut arahan Konsultan dari Lukisan2 dan arahan teknikal yang diberi. JKR tidak boleh memberi ruang secara terbuka kepada kontraktor yg mahukan kerjanya cepat siap atau dapat untung lebih melainkan disokong oleh Konsultan dan KKM.
5. Dalam membina hospital JKR mestilah berpandukan kepada Inter Hospital Codes dan Konsultan mestilah melaksanakan dengan tegas kepada kontraktor.
6. Dlm hal siling roboh ini siapa nak dipersalahkan? Jika berpandukan cadangan2 diatas mestilah Konsultan. Selalunya siling akan roboh kerana ada paip bocor, dawai pengikat siling digantung pada paip2 dan bukan didantung pada hook yang dipasang pada lantai bawah simen, quality dawai yang terok, tiada pengawasan dan ditiup angin atau external force yang melibatkan design failure.

Diharap JKR, KKM, KKwM, Konsultant dan Kontraktor tidak terlepas pandang. Kesalahan begini patut dikenakan sehabis berat kepada merekan yang berkenaan.

Tq bang..pandangan yang bernas..sebiijik macam engineering consultant

Pd pandangan saya plak.secara peribadi.bnyk perkara perlu diteliti..sbg cth, projek yg saya jaga skrng.spec dinyatakan jenis ceiling gantung 4' x 4' dgn thickness 13.2mm..system gantung yg digunakan adalah jenis biasa utk 4' x 2'..pihak sub yg saya cari semua menyatakan sistem ini x bleh pakai..kalau pasang jgk..lama2 akan runtuh.oleh itu. Pemantau seharusnya bermula drpd penyediaan doc contarct/spec supaya sesuai dan tahan lama dan bukan nya mengambil kira penjimatan kos shj. Tq.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu