Thursday, December 19, 2013

'Puting Beliung' di Johor Bharu Sebenarnya Belalai Air

Semalam kecoh di laman2 Facebook mengenai kejadian puting beliung di Johor Bharu , sebenarnya beberapa tahun dulu semasa penulis masih menetap di Pulau Pinang , kejadian yang sama turut berlaku . Tetapi peliknya pada ketika tu tak pula 'viral' seperti hari ini .





Hanya beberapa orang yang perasan je yang bercerita mengenai kejadian itu . Maklum lah zaman tu takde lagi Youtube segala ... masa tu paling kuat pun boleh pakai email yang access dari DOS tu . Nak attach gambar segala jangan harap la . Walau bagaimanapun , bagi mereka yang dah biasa kerja di tengah laut terutam budak2 Oil and Gas yang bekerja di platform2 minyak tengah laut tentu biasa nampak puting beliung macam ni. (gambar di bawah)


Dari blog tengoktvonline , 

18 Dis 2013 - Fenomena Puting Beliung baru sahaja berlaku petang tadi di Johor Bahru. Ramai yang berjaya merakam gambar puting beliung tersebut di sekitar JB dan Singapura.

Namun pembentukan puting beliung tersebut tidak lengkap kerana tidak mencecah sehingga ke daratan. Alhamdulillah, sekiranya berterusan pasti merosakkan harta benda yang berada di sepanjang laluan puting beliung tersebut.


Untuk rekod, Malaysia pernah mengalami puting beliung di beberapa tempat seperti yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2010. Kajadian berlaku di PPR Seksyen 8 dimana puting beliung itu telah merosakkan kesemua konopi 30 gerai penjaja disitu (Wiki). - Tengok TV Online

Jabatan Meteorologi di negara jiran Singapura pula menyifatkan kejadian yang berlaku itu bukanlah 'puting beliung' seperti yang disangka tetapi adalah 'water spout' atau belalai air .  Berikut adalah respon mereka ;

"The Meterological Services Singapore (MSS) confirmed on Wednesday that the "tornado"-like phenomenon seen in the afternoon was a waterspout. 

"A waterspout is a weather phenomenon usually observed under cumuliform clouds during intense weather conditions associated with thunderstorms," said on the National Environment Agency's (NEA) website. NEA did not receive any calls regarding the sighting.

The last waterspout was seen not long ago - on 12 December 2013 - over the sea areas of Tuas, said MSS.

The extraordinary sighting had caused a lot of excitement on Twitter, by users who had spotted it from various locations such as Marsiling, Kranji and Woodlands. 

Updated 18 December 2013, 8.48pm: Added response from Meterological Services Singapore]"

Komen aku kalau betul tornado atau puting beliung , keadaan di bandar JB hari ni pasti dah kucar-kacir . Memang kejadian belalai air ni biasa di lihat terutama bagi mereka yang belayar di tengah-tengah lautan . Bagi yang pertama kali tengok mesti cuak dan gabra.



0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu