Thursday, December 26, 2013

PKR 'Intern' di maki Anwar sebab laporan Economist Intelligence Unit (EIU) ?

Dari portal AIDC ;


AIDCNews – 25/12/13 – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah memarahi seorang ‘budak intern’ di dalam mesyuarat di ibu pejabat PKR yang menunjukkan ‘Laporan Economist Intelligence Unit (EIU)’ menyatakan bahawa Malaysia tidak berpotensi menjadi negara kacau bilau pada tahun 2014.

“Semalam bukan main kecoh juga di HQ PKR apabila seorang budak intern memberikan laporan kononnya Malaysia tidak berpotensi menjadi negara kacau bilau pada tahun 2014. Budak intern yang mentah itu begitu yakin, dia dapat menarik perhatian Anwar dengan laporan kononnya Malaysia tidak berada di dalam senarai negara kacau bilau.

“Gegak gempita HQ PKR apabila Anwar menyalahkan kebodohan INTERN tersebut sebagai tanda budak itu tidak layak bekerja dengan PKR.

“Laporan EIU menyebut bahawa Malaysia berada di dalam kumpulan LOW RISK untuk berlaku kekacauan pada tahun hadapan, lapor blog GA, 23 Disember.

Dakwa blog GA, Anwar mahu PKR membuktikan bahawa laporan EIU itu tidak tepat.

“Anwar kemudiannya berceramah tentang keperluan HQ PKR menjadi pemangkin bagi memastikan Malaysia kacau bilau. Itu tugas utama kita di sini, jerit Anwar.

“Kalau tidak ada kacau bilau, kita mesti cetuskan kacau bilau. Sebab itu kita buat segala macam anti-GST, anti tol dan sebagainya.

“Budak intern itu termenung panjang.”

Berdasarkan laporan EIU, antara negara yang berada di dalam kategori ‘berisiko tinggi’ untuk tercetusnya kacau bilau adalah Argentina, Bahrain, Bosnia, Mesir, Iraq, Lebanon, Nigeria, Yemen dan Uzbekistan, sebaliknya Malaysia dikategorikan ‘berisiko rendah’ sebaris dengan Australia, Kanada, Chile, Jerman, Hong Kong, New Zealand Singapore, Taiwan dan Amerika Syarikat.

“Anwar mahu situasi ini dirubah. Malahan, dalam tempoh setahun dua, Anwar mahukan negara Malaysia berada di kumpulan HIGH RISK atau VERY HIGH RISK.

“Inilah yang dijadikan kayu ukur keberkesanan gerakan PKR dalam setahun dua ini.

“Sebab itu apabila Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat) menjadi Timbalan Presiden MTUC, Anwar cukup gembira dan happy. Abdullah Sani adalah contoh ahli parti yang berkesan mencari pengaruh yang tidak pernah difikirkan oleh kerajaan.

“MTUC akan menajdi pemangkin kepada pencetus kacau bilau dalam masa setahun dua ini.”

1 comments:

aku masuk tahun ini dah beberapa kali nampak gambar najib ngan bini nya yang pakai telekung lak buat umrah. jadi vvip gi. special kerajaan arab saudi bagi bodyguard. anwar ini aku dok tunggu gak bila dia nak insaf dia ngan najib rambut sama sama dah beruban tak ingat kat tuhan ke dia asyik nak berjuang je kudrat dah kurang sudah sudah lah sian aku tengok dia aku pun dah tua gak, dah letih, tak larat nak ikut aku nak rehat lantak pi kat kau la nuar.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu