Saturday, December 28, 2013

Pencapaian Membanggakan Riza Shahriz di Luar Negara Takde Kena Mengena Dengan Duit Rakyat

Sumber : Selangor Chronicle

Lagi sekali cerita yang berkisar tentang Rosmah Mansor dan anak-anaknya beredar di khalayak ramai. Pada ketika rakyat kurang memberikan perhatian kepada perhimpunan 31 Disember 2013 yang telah dirancang oleh PKR, sesuatu harus dilakukan untu menaikkan sentimen rakyat. Kemarahan rakyat perlu disemarakkan agar rakyat akan merusuh dan seterusnya mencetuskan rusuhan yang bukan kepalang besarnya kerana tidak berpuas hati.

Untuk itu, perlu ada berita yang boleh menaikkan sentimen.

PKR tidak mempunyai sebarang masalah untuk tujuan tersebut. Dengan badan perundangan di sebelah mereka terutama sekali barisan peguam yang bersedia untuk membantu menjatuhkan kerajaan, selain barisan hakim yang sebahagian besar akan membuat keputusan berpihak kepada PKR, Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Malaysian Insider, Malaysiakini dan Free Malaysia Today merupakan antara medium yang paling berkesan membantu Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dalam menghebahkan sebarang berita yang boleh menaikkan darah para penyokong. Dan telah diketahui dari awal lagi, medium ini berupaya melakukan pemberitaan menerusi kaedah putar belit dan pembohongan fakta yang sangat hebat biarpun sudah berkali-kali dikecam, bahkan diberi amaran oleh pihak berkuasa dan Menteri Dalam Negeri.

Dari awal lagi PKR menjadikan Rosmah Mansor sebagai sasaran. Mereka telah berjaya. Anwar Ibrahim mencapai objektifnya untuk menjadikan Rosmah Mansor sebagai alasan bagi rakyat bangkit memberontak melawan Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Abdul Razak.

Justeru, untuk menjayakan perhimpunan TURUN pada tengah malam 31 Disember 2013, berita tentang salah seorang anak Rosmah Mansor dari perkahwinan pertamanya  yang bernama RIZA SHAHRIZ BIN ABDUL AZIZ membeli sebuah kondominium berharga RM110 juta di New York disiarkan.

Tiada putar belit dalam pemberitaan itu tetapi ia sengaja disiarkan untuk membangkitkan kebencian dan persepsi bahawa anak-anak para pemimpin UMNO-BN hidup mewah dengan menggunakan wang rakyat dan mereka mampu membeli hartanah di luar negara juga dengan menggunakan wang rakyat.
Pun begitu, cerita sebenar tidak akan diterangkan sama sekali.

RIZA AZIZ merupakan seorang produser filem di Hollywood. Perniagaannya lebih banyak tertumpu kepada bidang perfileman yang mencatatkan keuntungan besar.  Daripada perniagaan perfileman, Riza juga khabarnya turut melaburkan dalam hartanah di kota besar New York dan London.

Antara filem yang melibatkan syarikatnya, Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles ialah The Wolf of Wall Street yang diarahkan oleh Martin Scorsese dan dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Friends With Kids yang dibintangi oleh Jon Hamm, Megan Fox, Jennifer Westfeldt, Kristen Wing, Adam Scott, Maya Rudolph, Ed Burns dan Chris O’Dowd, filem supernatural box office, Homs yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe.
Riza juga merupakan penerbit eksekutif bagi filem Out of the Furnace yang dibintangi oleh Christian Bale, Casey Affleck, Woody Harrelson dan Zoe Saldana yang ditayangkan pada 5 Disember 2013.

Majalah Variety pada tahun 2011 telah menamakan Riza dalam senarai top-ten Producers to Watch.
Mungkin fakta ini sebenarnya tidak penting memandangkan Riza naik secara sendiri tetapi berita tentang Rosmah Mansor memang boleh ‘dijual’ bagi mendapatkan sokongan untuk menentang kerajaan. Jadi, tidak hairanlah kalau kita mendengar, ‘Anak Rosmah ada kondominium RM110 juta, anak kita ada apa.’

Buang fakta dan buang kewarasan, yang penting, naikkan kemarahan. Rosmah Mansor adalah faktornya.  Tak boleh Rosmah Mansor, bolehlah digunakan anaknya pula. Yang penting, orang ramai datang berdemonstrasi di Dataran Merdeka pada tengah malam 31 Disember 2013 untuk menunjukkan kemarahan!

9 comments:

Anak pemimpin misti papa kedana dan hidup merempat,kena ikut macam anak Anwar,Nik Aziz dan Hj Hadi,semuanya pakai baju koyak rabak,hari-hari cari makan kat tong sampah.je.

Dulu puak pembangkang kata, DS Rosmah tak suka anak dgn bekas suaminya,hingga mereka kahwin pun Rosmah tak jengok,tapi bila anak Rosmah dgn bekas suaminya tu kaya ray,mereka seolah-olah kata Rosmah pula yg beri duit.Susah dgn maknusia berhati busuk ni,patut le suka main lubang busuk juga.

Yang sebenarnya orang Melayu tak boleh tengok orang Melayu kaya dan berjaya. Riza Aziz berusaha dangan daya usaha sendiri. Filemnya naik bukan kerana Najib dan Rosmah, tetapi diterima oleh masyarakat dunia. Industri filem diAmerika tidak ada ada kenamengena dengan politik Malaysia. Biarlah seorang anak Melayu menempah nama dipersada antarabangsa.

Kaum nabi Luth terutamanya Anwar tak boleh hidup senang tengok orang Melayu berjaya. Tengoklah hasad dengkinya kepada Syed Mokhtar. Aku cadangkan Anwar dapat anugerah Malaysian of the year kerana fitnahnya, bohongnya, dengkinya, rasuahnya, mencurinya, meliwatnya, menzinanya dll tidak pernah dibuat orang malah jahatnya tidak diinsafi dan saya percaya tuhan telah menutup pintu hatinya yang hitam.

Knape anak dia tu tk ber bin kan Ismet (Pembaca Berita tu)...? Tgk tu nama dia RIZA SHAHRIZ BIN ABDUL AZIZ. Bin Abdul Aziz pulak tu... Ramai sgt ke suami Rosmah ni?

graduate thn 2000, 2013 dah bleh bleh kondo $110juta??? menabung dari kecik mcm mak dia kot

Dah hari2 mkn cite dongeng dan fitnah..hari2 suka dengar umpat nista..memang otak tu dah biol..

Dah otak geliga pandai biz..ko apa tau??..yg tau hanya tuduh tanpa bukti yang memang TAK ADA. Bkn mcm sesetengah gen y hari ni..buta sejarah dan tunjuk lagak hero melawan kerajaan konon...ko ni dahlah haprak..bodo plak tu. Apa nama ayah ko ek..keturunan sapa ko ye

Syarikatnya disokong oleh pelabur2 sulit
Dr Asia, pelabur siapa tu?

Di Msia tak ada rumah harga RM110 Juta apa salahnya dia beli kat US, huhuhu, duit menabung sebelum lahir lg tu , respect la sikit. hahaha,....TAPI klu dia anak nelayan, petani , penoreh getah, penjual kuih, MAMPUKAH dia berada ditempat skrg dgn sepantas kilat ink kat kertas ijazah pun belum kering betul lg,....hihihi, pandai sgt ke dia BERNIAGA ???? Klu inilah prestasi yg ditunjukkan bermakna dia amat BIJAK, seelok dan semoleknyalah dia dilantik next PM Msia tahun dpn (lg cepat lg bgus) supaya ekonomi Msia lebih gemilang rakyat tak sengsara menanggung malang. Nescaya dia ni tak ada HUTANG PTPTN mcm org lain kan hahahahaha

Apahal la korang ni..asal anak somebody je ko ckp mak ayah tanggung.cube ko search gambo2 dia,bkn ada cina yg byr paris hilton tu ke?mgkin cina tu invest dlm company dia jgak..dah movie untung pun juta2,logik la dlm 10 thn dah bleh bli
umah..kalau nak kira bn lambung duit rakyat,pkr tu suci bersih sgt ke?same je.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu