Thursday, December 5, 2013

PAU 2013 : Memualkan bila wakil UMNO dari negeri kalah minta diadakan lagi jawatan2 baru

Dikala aku menulis artikel ni, wakil dari Selangor sedang berucap. Minta maaf aku cakap , isi kandungan ucapan meleret-leret. Cerita pasal mewujudkan jawatan itu dan ini, cadangkan bilangan Naib Presiden di tambah hingga ke 5 orang .

Apa da..cadang itu ini, cuba cadang kat negeri Selangor sendiri, cakap berapi-api nak menangkan balik Selangor. So far apa korang dah buat? Cerita pasal tambah jawatan? Untuk apa tambah jawatan itu ini? Fulusss ka bang?

Sudah2 lah tu...zaman sekarang rakyat nak tengok apa yang pemimpin boleh buat,buat gerak kerja dulu, tunjukkan hasil baru boleh gebang lebih. Yang aku nampak bertungkus lumus buat kerja daftarkan pengundi baru ialah pemimpin2 politik Pakatan.

Yang di sebelah UMNO terutamanya di Selangor buat apa? Takkan nak tunggu bajet turun?? Deyy daftar pengundi baru pun nak tunggu bajet ke? Lagi satu Ketua-ketua Bahagian UMNO buat la kerja-kerja macai sama.

Duduk je kat meja2 pendaftaran pengundi baru, tunggu tebalkan muka. Kalau pemimpin2 tertinggi Pakatan boleh buat awat hang pa tak boleh buat?

Cakap masa berucap bukan main berapi lagi? Apa ingat rakyat bodoh ka? Apa pun aku respect dgn ucapan wakil dari Penang yang berani. Bukan berucap untuk menjilat !
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

1 comments:

Sebab itu mereka kalah bro, mereka kejar jawatan...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu