Saturday, December 7, 2013

PAU 2013 : Bawah Jambatan VS Riverside


Perhimpunan Agung UMNO (PAU2013) yang berlangsung sejak hari Selasa lepas (3/12/2013) akan berakhir hari ni. Sepanjang PAU2013 macam2 gelagat dan kejadian yang boleh kita lihat . Malah pihak di sebelah sana turut menggunakan kesempatan ni untuk mencari titik2 kelemahan terutama melalui ucapan2  perwakilan dan pemimpin.

Bencana banjir di Pantai Timur yang kebetulan berlaku semasa PAU2013 dijadikan modal oleh penyokong2 pembangkang untuk menghentam UMNO. Hal ini menjadi 'viral' di Facebook dan Blog kononnya UMNO sibuk dengan PAU hingga lupakan mangsa banjir. Hakikatnya ramai diantara perwakilan termasuk ketua2 bahagian , ADUN dan ahli parlimen UMNO terpaksa balik ke bahagian masing2 untuk tolong mangsa2 banjir ni. Malah di PWTC sendiri diadakan pungutan derma untuk mangsa2 banjir. Kita sendiri boleh lihat berapa ramai yang ada dalam dewan masa usul2 dibahaskan.

Berbalik pada PAU, secara keseluruhannya ucapan2 perwakilan banyak berkisar tentang survival Melayu dan Islam, dan bagaimana 'toleransi' orang Melayu secara berlebihan akhirnya digunakan oleh puak2 berkepentingan untuk dimanipulasi. Penulis bersetuju dengan kebanyakkan usul2 yang dibangkitkan namun cukup-cukuplah mengenai usul menambah jawatan2 dan badan2 tertentu. Semua ni hanya akan menyebabkan perebutan kuasa lebih galak berlaku dalam UMNO.

Mengenai hal berkaitan penyediaan logistik seperti bilik media, bilik media siber , tempat membeli makanan dan kemudahan tandas ada beberapa perkara yang pada pandangan penulis perlu dibangkitkan. Kita faham UMNO adalah sebuah parti yang besar, penyokongnya terdiri daripada orang Melayu daripada pelbagai kelas kebanyakkannya dari luar bandar.

Oleh yang demikian yang hadir pada perhimpunan ni bukan hanya terdiri dari elitis2 Melayu tetapi majoritinya dari kumpulan rakyat biasa. Jadi diharapkan pihak yang terbabit dalam urusan logistik ambil kira faktor ni. Bukan semua yang datang tu mampu nak membeli makan/minuman di perkarangan PWTC tu.

Ramai di antara mereka terpaksa membeli makanan di tempat sekangkang kera di bawah jambatan tu. Apa salahnya kalau ditambah lagi tempat2 ni. Jangan wujudkan perbezaan kelas kalau nak UMNO terus mendapat sokongan orang Melayu.

Dari segi pusat media pula, penulis berterima kasih pada pihak pengurusan kerana sudi menyediakan tempat untuk pengamal2 media sosial. Takpelah kalau makanan/minuman tak disediakan...pandai-pandailah kami cari sendiri. Kalau minta lebih2 nanti orang kata 'demand' pulak.

Mengenai hal perwakilan, pihak media (online dan arus perdana) dan orang ramai yang hadir ke perhimpunan, harapnya pandai2 lah bawak diri. Kalau guna tandas tu jangan lah kasar sangat. Penulis terkejut bila satu pintu tandas kaca pecah , takkan lah tak tahan sangat derr? Lagi satu lepas guna tandas tolong laaa 'flush' dan bersihkan di bahagian2 yg terpercik tu. 

*Apa pun terima kasih pada pihak2 yang bermurah hati sponsor makanan pada kami. ( Melaka)

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu