Wednesday, December 25, 2013

Lagi Maut di Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Kisah mengenai kanak-kanak didera di pusat asuhan pernah dipaparkan didada akhbar baru-baru ini . Selain kisah penderaan terdapat juga kes di mana beberapa orang bayi mati kerana tesedak susu di pusat asuhan . Laporan terkini dari Bernama , seorang lagi kanak-kanak maut disyaki kerana didera .



Dari petikan Bernama ;

Budak maut disyaki didera di pusat jagaan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera di pusat penjagaan di Kuantan, Pahang.

Norain Natasyah Abdullah meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur pagi Isnin selepas dihantar ibunya Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri.

"Doktor memberitahu keadaan Norain tenat selain otaknya tidak ada oksigen," katanya yang telah berpindah ke sini.

Beliau yang berpisah dengan suaminya berkata anak bongsu dari enam beradik itu dihantar ke pusat penjagaan itu bersama empat lagi anaknya selama tiga tahun. 

Zuraidah, 31, berkata abangnya pernah memberitahunya Norain sering didera ketika dihantar ke pusat penjagaan tersebut.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Salak Selatan petang tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat," katanya.

Kita faham dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di kawasan bandar besar di negara ini, sesebuah keluarga tidak ada pilihan untuk 'survive' dalam kehidupan yang kian mencabar kini sehingga memaksa kedua-dua ibu bapa untuk bekerja bagi menambah pendapatan sesebuah keluarga. Tidak semua dikalangan keluarga ini mampu mengupah orang gaji untuk menguruskan anak-anak yang ditinggalkan di rumah, ada juga yang terpaksa menggunakan 'khidmat percuma' orang tua untuk membantu mereka menjaga anak2 , tetapi sampai bila perkara ini akan berterusan ? Cukup lah susah payah orang tua membesarkan kita dulu , jangan pula ditambah susah mereka untuk menjaga anak2 kita pulak.

Jadi mahu tak mahu khidmat pengasuh kanak-kanak terpaksa digunakan , pada jangkaan kita, kalau yang mahal yurannya tentulah lebih terjamin makan minum anak-anak , tetapi ada di kalangan pengasuh ini boleh dikatakan agak tamak bila menerima kanak2 di pusat asuhan lebih dari kapisiti yang mampu mereka uruskan maka berlaku lah hal2 seperti penderaan dan kematian seperti yang dinyatakan di atas . Bila budak makin ramai , 'stress' si pengasuh pun makin tinggi tambah pula anak2 ini pelbagai ragamnya .

Oleh yang demikian, diharapkan pihak berkuasa tempatan di sesebuah negeri atau lokaliti itu boleh menubuhkan skuad bagi memantau taman-taman asuhan kanak2 ini. Ini perlu bagi mengelakkan sesebuah pusat asuhan itu mempunyai terlalu ramai kanak2 / bayi untuk diuruskan berbanding tenaga kerja yang ada. Selain itu kecekapan pengasuh di pusat2 asuhan ini perlu juga dipantau, tak boleh ambil pekerja tangkap muat je. Memang lah bayak 'demand' nya sebab kita beri kepercayaan pada orang asing untuk jaga anak darah daging kita. Ada yang tak kisah untuk bayar lebih tapi kesian pula pada mereka yang berpendapatan rendah.

Oleh itu, untuk mengurangkan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan, pihak kerajaan pusat mungkin boleh mewujudkan kerjasama dengan pusat-pusat asuhan ini supaya diskaun diberikan kepada golongan ini . Maklumat BR1M pun dah ada , dan boleh tapis dari situ . Kalau kedua-dua ibu bapa bekerja mungkin mereka ini boleh diberikan potongan hingga 50% yuran yang sepatutnya dikenakan , atau beberapa insentif diberikan pada pusat asuhan supaya yuran yang dikenakan tidak lah terlalu tinggi . Penulis percaya premis2 asuhan kanak2 ini akan makin berkembang dari tahun ke tahun . Oleh yang demikian, eloklah hal-hal berkaitan kaedah pemantauan, pekerja2 dan yuran yang dikenakan dikaji dengan lebih teliti.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu