Friday, December 20, 2013

Kritik bukan beerti menentang, puji bukan beerti menyokong.

Berikut adalah coretan dari seorang rakan Facebook mengenai senario yang berlaku hari ini dalam kepimpinan kerajaan yang dipilih rakyat. Kritik bukan beerti menentang, puji bukan beerti menyokong.

Diharapkan transformasi dalam kepimpinan kerajaan akan berlaku dengan segera bagi meneruskan momentum sokongan rakyat terutama orang Melayu dan Bumiputera kepada Barisan Nasional. Masih ada segelintir di kalangan 'penasihat-penasihat' yang memberikan mesej yang salah pada pemimpin.

PRU 14 lambat lagi, maka dalam meniti hari-hari kusam ni, eloklah kita sebagai Petugas Maya UMNO (nak sebut Pejuang, aku malu kat diri sendiri)... Bagi aku untuk musim-musim kusam ini adalah perlu untuk kita mengamalkan +3M iaitu - Menyampai - Menerangkan dan Memahamkan rakyat isu-isu dan dasar-dasar yang baik untuk rakyat.

Tetapi dalam masa yang sama kita juga kener melaksanakan -3M iaitu Membantah - Mengkritik - Memprotes isu-isu dan dasar-dasar kerajaan yang merugikan rakyat. Paling utama adalah kita Mencadangkan satu Solusi yang bijak untuk digunakan oleh kerajaan bagi kepentingan seluruh rakyat.

Bantahan ini bukanlah bermakna kita membenci kerajaan atau UMNO, tetapi lebih kepada langkah pembaikan, pemulihan dan pemuliharaan sokongan marhein terhadap kerajaan dan UMNO.

Kita juga rakyat ;- yang consume gula, yang isi minyak dalam tangki, yang bayar tol, yang guna elektrik sampai 24 jam utk berkempen bagi UMNO;- dan kita juga merasai beban kenaikan itu.

Kekuatan Cytro UMNO dalam memprotes isu-isu nasional dan setempat menyebabkan kerajaan terpaksa menukar atau menangguhkan dasar-dasar tertentu, sehinggakan untuk mengelakkan Cytro UMNO memprotes, banyak tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dilakukan tanpa makluman awal.

Kita memahami bahawa dalam keadaan ekonomi hari ini dimana permintaan melebih pengeluaran, maka kenaikkan harga barangan terpaksa dilakukan sementelah pelbagai rancangan pembangunan kerajaan memerlukan modal dan dana yang besar. Kita paham dan kita bersedia untuk bersama dan membantu menerangkan dasar-dasar kerajaan ini kepada rakyat tidak hanya menerusi Media Sosial malahan di pertemuan-pertemuan sosial di majlis keraian dan kedai kopi pun masih kita mempertahankan UMNO dan kerajaan.

Tetapi apalah gunanya kita mempertahankan kerajaan tetapi anggota kerajaan masih lagi tidak reti berbahasa politik dan kekal bodoh sombong mengatakan mereka lebih mengetahui.

Seandainya anda lebih mengetahui;- terangkanlah kepada rakyat....

Apa yang kita (rakyat) pohonkan, bukanlah harga itu diturunkan kerana apa sahaja dalam dunia ni, harga, kos dan keuntungan para pemilik semakin meningkat, tetapi kami mohon kebersamaan dengan rakyat dalam menangani isu-isu ini. Kami tak mengharapkan menteri dan wakil-wakil rakyat menurunkan gaji mereka sementelah isu2 rasuah akan berleluasa kerana kekurangan pendapatan wakil rakyat, tetapi sedarlah bahawa duit gaji dan peruntukan yang diperuntukan kepada tuan-tuan (wakil rakyat) adalah titis peluh para petani yang membanting tulang di tengah panas, dari titisan air mata para ibu yang berkerja di kilang-kilang, dari titisan keringat buruh-buruh yang membina kemajuan, untuk membesarkan anak, untuk memberikan masa depan yang terbaik untuk generasi seterusnya, untuk menjadikan bangsa dan negara ini unggul dimata dunia...

Hanya dengan dua lorek pensil, anda dipilih menjadi wakil rakyat, bukanlah bermakna 2 lorek itu tiada apa-apa nilai... Ketahuilah, bahawa 1 lorek mengambarkan harapan kami, dan satu lagi lorek mewakili impian kami... Harapan supaya kehidupan kami semakin baik, impian supaya generasi selepas kami semakin gemilang.

Jika kritikan kami dianggap bunyi langau yang menganggu lena tuan-tuan, jika protes kami cuma dianggap sorakan golongan yang minoriti... Cuma satu pesanan saya... Jika tuan-tuan tidak suka kritikan kami;- toksah jadik menteri... balik umah main ngan cucu... tuan-tuan pun ramai yang dah bercicit.... Duduklah kat umah tunggu kubur panggil.... Kalau rajin pi masjid hari-hari mintak ampun dari Allah atas kejahatan dan kebejatan politik tuan-tuan... - Azanisham Samat

1 comments:

Nak sebut UMNO pun aku rasa loya. Nak sebut PAS pun aku rasa nak muntah. Sebut PKR terus termuntah. Sendiri fikir le!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu