Wednesday, December 4, 2013

Ketua Penerangan Pemuda Cadang Bagi Gajet untuk Ketua2 Pemuda Bahagian

Cadangan Ketua Penerangan UMNO, saudara Jamawi supaya gadget2diberikan pada ketua-ketua pemuda bahagian/cawangan boleh dikatakan menarik. Alasannya untuk menjawab isu2 yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam mengelirukan rakyat.

Persoalannya dalam ramai2 ketua pemuda cawangan/bahagian malah ketua2 bahagian sendiri berapa ramai yang benar-benar faham mengenai isu2 yang berbangkit terutama dalam bidang ekonomi, krisis tenaga dan hal2 yang bersifat teknikal yang lain.

Bukan lah nak merendah-rendahan kebijaksanaan mereka yang dipilih menjadi pemimpin, tapi untuk menjelaskan sesuatu isu itu, perlu pemahaman yang mendalam, tak boleh jelaskan sesuatu isu itu kalau diri sendiri tak faham ? Contohnya isu GST, hutang negara dan krisis tenaga.

Kita tak nak hujah2 seperti kalau harga ayam naik, jangan makan ayam, tarif letrik naik jangan pakai letrik, harga gula naik jangan guna gula. Apa yang kita nak ialah justifikasi2 yang menyebabkan kenaikan, bukan hanya sebab suka2 tetapi ada hal2 ternikaliti yang perlu dijelaskan. Jadi setakat ni berapa ramai Ketua-ketua Bahagian/Cawangan yang dah jadi cybertrooper?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

1 comments:

apa daaa.... gadjet cam tupun nk mintk sponsor. budak sekolahpun dah ada gadjet dan bukak blog, fb, twitter dan macam2 lagi secara sendiri. ketua bahagian lagi sengkek dpd budak sekolah? tolonglah!!!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu