Thursday, December 26, 2013

Kerajaan Timbang Mansuh BR1M, Bantuan Sekolah & Baucar Buku Untuk Turunkan Harga Minyak, Gula dan Tariff Letrik ?


Berikut adalah senarai perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk meringankan beban hidup rakyat apabila Bajet 2014 diumumkan , 3 senarai di bawah ini adalah sumbangan yang  majoriti rakyat dalam dan luar bandar dapat secara langsung dari kerajaan .

1. BR1M - Jumlah RM 4.6 billion
2. Bantuan Sekolah (RM 100) - Jumlah RM 540 juta
3. Baucar Buku 1Malaysia (RM250) - Jumlah RM 325 juta

 Ada beberapa lagi perkara yang diumumkan dalam Bajet 2014 yang boleh meringankan beban hidup rakyat , cuma ramai yang memilih untuk tidak menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan ini contohnya Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1 Malaysia , atau perkhidmatan sebegini mungkin juga belum diperluaskan jadi keberkesanannya tak dirasai.

Berbalik kepada 3 senarai di atas , jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk majoriti rakyat dapat manfaat secara terus ialah RM 5.465 billion . Perbelanjaan sebegini tak wujud sebelum Najib Razak memegang jawatan Perdana Menteri , tetapi bila perkara2 di atas diperkenalkan sejumlah RM 5.465 billion diberikan secara terus kepada golongan rakyat yang layak. Bantuan disalurkan pada golongan sasaran yang layak .

Bila harga petrol dinaikkan RM 0.20 , kerajaan dikatakan dapat berjimat sehingga RM 3.3 billion . Bila subsidi gula dikurangkan pula kerajaan berjimat sehingga RM 442 juta . Bila tarif letrik naik dikatakan RM 4 billion dijimatkan . Jumlah penjimatan oleh kerajaan dari kenaikan yang diyatakan ialah RM 7.742 billion. Jadi apa yang kerajaan buat dengan penjimatan berjumlah RM 7.742 billion ittew?

Ini pandangan aku lah , jumlah RM 7.742 billion yang dijimatkan tu digunakan pulak untuk membiayai  perkara2 yang membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah melalui BR1M , Bantuan Sekolah (RM100) dan Bantuan Buku 1 Malaysia (RM250) yang jumlah keseluruhan 3 program ini sebanyak           RM 5.465 billion . Jadi tentulah akan ada yang bertanya mana baki RM 2.277 billion tu 'lesap' ?

Jawapannya selain 3 program yang dinyatakan di atas ,baki RM 2.277 billion tu juga digunakan contohya untuk klinik kesihatan 1Malaysia , Kedai Rakyat 1 Malaysia , bayar bonus untuk penjawat awam , bantuan yuran tadika untuk yang layak , bantuan kewangan untuk warga emas dan lain2 program untuk rakyat secara langsung atau tak langsung . Aku pun tak suka barang naik , tol naik letrik naik dan macam2 lagi , tapi kalau benda2 ni tak naik celah mana kerajaan nak cekau duit bagi BR1M, bantuan sekolah dan buku berjumlah RM 5.465 billion tu ? Sebab sebelum Najib naik jadi PM , mana ada segala BR1M ni .

Nak jugak minyak turun harga dan lain2 lagi turun ? Apakata buat cadangan dekat PM supaya pemberian BR1M , Bantuan Sekolah dan Buku dihentikan/dimansuhlam , semua tu RM 5.465 billion .  RM 5.465 billion ni boleh digunakan balik untuk turunkan semula harga minyak pada RM 1.90 , RM 5.465 billion tolak RM 3.3 billion untuk subsidi minyak masih ada lagi baki  RM2.165 billion . Bagi harga gula turun pulak .. RM 2.165 billion tolak RM 442 juta , hmm ada 'balance' lagi . Boleh la 'cover' sikit untuk dimasukkan dalam peruntukan tariff letrik.

Persoalanannya , dalam ramai-ramai penerima BR1M , penerima bantuan RM100 ke sekolah dan penerima baucar buku RM250 , adakah mereka semua setuju sekirannya semua bantuan ini dimansuhkan ??? terutamanya yang berada di kampung. Adakah mereka setuju melepaskan semua bantuan ini hanya untuk kepentingan rakyat yang menetap di kawasan bandar yang terkesan dengan kenaikan-kenaikan ni . Tak payah tanya penduduk kampung..orang kat bandar yang dapat BR1M pun mati-mati tak nak ia dimansuhkan

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu