Thursday, December 12, 2013

Kenaikkan Tambang Monorel & LRT Boleh Buat Rakyat Naik Meluat Dengan Kerajaan

Walaupun sebagai blogger pro-kerajaan BN , perkara2 yang menimbulkan ketidak puasan hati umum perlu disuarakan juga. Terbaru selepas jangkaan kenaikan tarif elektrik , timbul pula satu lagi cerita dimana pengangkutan awam jenis monorel dan lrt pula akan dinaikkan. Penulis masih boleh faham tentang kenaikkan harga petrol dan elektrik kerana harga minyak dan gas dunia bukan lah sesuatu yang boleh kita kawal . Akibat kenaikan harga petrol, ramai di antara pemandu kereta beralih arah menggunakan perkhidmatan monorel dan lrt pula. Malangnya ulasan pengerusi SPAD dalam satu kenyataan media menyatakan kenaikan harga tambang monorel dan lrt pula akan dikaji.



Syed Hamid Albar mengatakan peningkatan itu sejajar dengan peningkatan tarif elektrik yang diumumkan baru-baru ini. Penulis sedar ulasan pengerusi SPAD itu adalah kerana kesan domino akibat dari pengumuman kerajaan dengan kenaikkan tarif elektrik baru-baru ini . Namun apa salahnya, subsidi diberikan kepada pengguna-pengguna pengangkutan awam ini kerana rata2 daripada mereka bukanlah dari golongan yang kaya dan mewah. Malah pengguna-pengguna pengangkutan ini membantu dalam mengurangkan kesesakan jalanraya di Lembah Kelang.

Walaupun dikatakan hampir 10 tahun tambang bagi LRT dan Monorel tidak pernah dinaikkan , penulis berharap agar pihak yang bertanggungjawab sedar pengguna bagi 2 jenis mod pengangkutan ini semakin bertambah dari tahun ke tahun, dan hasil yang diperoleh juga terus meningkat. Kenaikan tambang hanya akan membebankan rakyat dan rasanya tak keterlaluan kalau penulis kata akan menimbulkan kemarahan rakyat . Ini adalah fakta dan pihak yang bertanggungjawab perlu sedar akan hakikat ini . Ini lah masa untuk kerajaan BN dapatkan semula keyakinan rakyat . Tolonglah fikirkan semula. Dari sahabat blogger Papagomo , berikut adalah beberapa cadangan yang mungkin boleh difikirkan .

Gomo tak setuju kenaikkan tambang LRT dan Monoreal yang diumumkan oleh SPAD tanpa mengira warganegara Malaysia. Jika ianya perlu juga dinaikkan perlulah pihak SPAD untuk memberikan keutamaan akan pengguna yang terdiri daripada Warganegara.

Warganegara Umur 21 tahun ke bawah PERCUMA.
Warganegara 55 tahun ke atas PERCUMA.
OKU - PERCUMA
Warganegara Malaysia 22 - 54 (Kenaikkan tambang 30% juga boleh dilakukan)

Warganegara Asing tambang Double dari harga biasa.

Utamakan Warganegara jika ianya perlu untuk dinaikkan kadar tambang LRT dan Monoreal. Apa guna ada My Kad jika ianya tidak dapat digunakan untuk pekara ini?

Pemerhatian Gomo mendapati ramai warga asing menggunakan perkhimatan LRT dan Monoreal.


5 comments:

Untuk mengurangkan kerugian gunakan sepenuhnya kepakaran dalaman dalam semua urusan .jangan buat out source ......ini sampaikan HRCD pun guna out source buat kajian .......hai prasarana berubahlah ........minta kerajaan jangan benarkan kenaikan harga tambang .......Jom kita bantah ......bantah ....bantah kita turun kejalan raya macam Thailand

asyik2 gunakan alasan dah beberapa tahun tak naik... yang beban hidup rakyat tiap2 tahun naik depa tak fikir pulak...kemarahan rakyat setiap hari naik depa tak fikir... yg depa fikir ialah naikkan gaji/elaun wakil rakyat... bila undi/kerusi BN berkurang depa salahkan rakyat... celaka sungguh pemimpin hari ini..!!!

Ikut teori ekonomi, "jika tingkatkan volume pelanggan, kita boleh cover cost". Harap-harap kerajaan gunakan "otak". Mula minyak naik/gula naik/harga rumah naik/barang-barang keperluan dah naik/harga makanan dan minuman dah naik sekarang tambang LRT pula nak naik. Tambang bas sekolah nak naik, kadar cukai pintu diWP KL nak naik. Apa kata kerajaan naik harga dan kos semua perkhidmatan........Alamat PRU 14 (BN -Akan digelar parti "BARANG NAIK" akan tersungkur dan hancur macam burung terkukur....Masa tu dah terlambat nak bertaubat. Apa maknanya slogan " RAKYAT DIDAHULUKAN?"

Apa yg kerajaan lakukan sekarang adalah seperti yg dirancangkan. Bak kata The Joker, “It’s all part of the plan”. Economic Transformation Program, National Reconciliation Agenda, Subsidies Rationalization, dan lain2, ini semua adalah untuk menjamin kestabilan ekonomi. Adakah kita mahu jadi macam krisis ekonomi di Europe? Negara2 krisis di sana, bajet tahunannya ditentukan oleh IMF, creditors, dan bukan oleh pemimpin sendiri. Gaji2 kakitangan awam diturunkan. Perbelanjaan mengurus dan pembangunan dipotong secara drastik. Cukai2 dinaikkan. Percayalah, jika agenda ekonomi kerajaan berjaya terutama jika tanpa deficit(mungkin dalam masa 5 tahun), apa saja kesan negative ekonomi di seluruh dunia termasuk Amerika,pasti ia tidak akan memberi kesan kepada Malaysia langsung. Cuma, sementara untuk mencapai target tersebut, kerajaan terpaksa menggunakan prinsip ‘Every man for himself’ kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, maknanya ‘pandai-pandailah korang nak hidup’. Terimalah hakikat ini.

Mmg celaka la pemerintahan Najib nie..nie yg menteri ckp kenaikan elektrik tk membebankn rakyat?? Taik dia laaa...ptuiii...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu