Tuesday, December 3, 2013

Kenaikan Tarif Elektrik : Perlu ada imbangan untuk golongan berpendapatan rendah

Penghasilan tenaga elektrik di Malaysia adalah berasaskan dua sumber iaitu yang boleh diperbaharui dan tak boleh diperbaharui. Dari rujukan yang dibuat di Wikipedia, peratusan penjanaan tenaga elektrik di Malaysia ialah seperti berikut ;

1. 62.6% - Gas Asli
2. 20.9% - Batu Arang (coal)
3. 9.5% - Hydro
4. 7% - lain2 sumber bahan api fosil

Oleh yang demikian , hanya 16% daripada sumber penjanan elektrik daripada sumber boleh diperbaharui manakala sebanyak 84% daripada sumber tidak boleh diperbaharui.

Berikut adalah carta pai yang menunjukkan peratusan sumber janaan tenaga elektrik di Malaysia yang diperoleh dari laman web indexmundi. Jelas sekali peratusan tertinggi adalah berasaskan sumber gas asli. Dari rujukan wikipedia, jumlah simpanan gas asli di Malaysia ialah hingga 33 tahun, manakala simpanan petroleum pula hanya untuk 19 tahun lagi.

Dengan kepesatan pembangunan negara, jumlah tenaga elektrik yang dijanakan dari tahun ke tahun semakin meningkat, pun begitu kerajaan masih memberikan sejumlah subsidi bahan api kepada pemain2 industri dan rakyat secara keseluruhannya. Walau bagaimanpun dengan peningkatan kos bahan api global, subsidi yg ditanggung semakin meningkat .

Secara peribadi penulis tak bersetuju dengan peningkatan  tariff elektrik yang baru, walau bagaimanapun penulis cuba untuk bersikap realistik dan kita tahu peningkatan tariff letrik adalah sesuatu yang tak boleh dielakkan kerana kebergantungan kita kepada gas asli(sumber tenaga x boleh diperbaharu) untuk menjana elektrik. Namun diharapkan kerajaan mewujudkan mekanisma bagi mengimbangi kenaikan tariff ini.

Sudah pasti akan ada golongan2 peniaga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dengan menggunakan alasan kenaikkan tarif elektrik ini. Diharapkan pihak2 berwajib dapat memantau trend kenaikan harga yang tidak munasabah ini. Selain itu, satu mekanisma perlu diwujudkan untuk mengelakkan golongan berpendapatan rendah kena tempias kenaikan harga elektrik ini.

Kenaikkan tarif elektrik, air, bahanapi dan lain2 bahan mentah asas perlu diimbangi dengan bantuan2 lain kerajaan . Pemberian BR1M yang lebih tinggi secara lum-sump  dalam pengumuman bajet 2014 baru-baru ini mungkin salah satu contoh kaedah dalam merasionalkan peningkatan tarif elektrik.

Namun diharapkan lebih banyak bantuan2 yang serupa diwujudkan bagi meringankan beban golongan2 yang berpendapatan rendah. Misalnya coupon diskaun, walaupun bukan semua rakyat akan menerima faedah ini, sekurang kurangnya kebajikan golongan berpendapatan rendah tetap terbela. Yang baru dapat peningkatan gaji 300% dan dapat gaji berpuluh ribu sebulan tu tak payah lah nak complain atau komen itu ini.

1 comments:

Aku rasa ini pasal TNB nak menambah dan meningkatkan facilities di luar2 bandar, ceruk2 kampung dan hulu banat. Rasa aku la. Setahu aku banyak lagi kawasan pedalaman yang perlukan pencawang, power station dan sub station terutama kat Johor, Sabah dan Sarawak. Ini bukan kecik punya kerja. Bila TNB makin banyak bangunkan facilities, secara amnya kerajaan dapat tingkatkan GDP.
Mcm mn GDP dapat ditingkatkan? Sebab penduduk pedalaman yg ingin menjadi usahawan perlukan kemudahan2 yg memerlukan tenaga elektrik untuk hasil2 tani dan produk2 lain secara praktikal, dan dapat meningkatkan pertumbuhan perindustrian luar bandar. Aku x la nak sokong TNB. Tapi org yg ada background ekonomi mesti tau punya la. Klu BN approve tariff adjustment ni, secara teorinya tak salah, malah memang patut pun, cuma tak bermoral.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu