Thursday, December 12, 2013

KDN : 10 Maklumat Mat Sabu Cenderung dengan Fahaman Syiah

Berikut adalah artikel dari portal Rakyatnews.my iaitu pengesahan KDN mengenai penglibatan Timb. Presiden PAS Mat Sabu dalam Syiah , reaksi dan komentar2 yang diberikan terutama dari pihak yang menyokong PAS ialah 'bukti' yang menyokong kenyataan KDN itu . Penulis berharap KDN dapat juga menyediakan beberapa bukti bergambar setelah membuat kenyataan berkenaan . Cuma harapan penulis sekiranya bukti-bukti telah ditunjukkan KDN, puak2 yang mempersoalkan tadi takkan berdolak dalik pula.



Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.

1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah.

2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan pemikiran beliau.

3- ketika mengulas perutusan krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai terma rujukan

4-Timb presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon syiah dan beliau gagal nafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah

5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan osteri kerap bertemu pemimpin syiah itu.

6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid syiah di wilayah Satun, selatan Thailand

7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman syiah di Bukit Merah Semanggol Perak

8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar malaysia di Qom Iran.

9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut syiah pada ceramah pas di Arau Perlis.

10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu