Monday, December 23, 2013

Kaum Minoriti Tindas Majoriti : Adakah Kaum Cina Anggap Hak Istimewa Melayu & Bumiputera Sama Dengan Apartheid ?

Dari artikel Malaysiakini , seorang perwakilan MCA dari Kedah  Lee Yean Wang mendesak supaya PM DS Najib mencontohi pejuang anti-apartheid Nelson Mandela dengan menghentikan dasar berasaskan kaum. Jelas sekali wakil MCA dari Kedah itu silap bila membandingkan apartheid di Afrika Selatan dengan situasi yang berlaku di Malaysia .



Dari rujukan Wikipedia ;

"Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Hendrik Frensch Verwoerd iaitu perdana menteri Afrika Selatan ke-7, terkenal sebagai arkitek aparteid dan telah melaksanakannya secara berleluasa sewaktu pemerintahannya. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam."

Adakah wakil MCA dari Kedah itu terlepas pandang sejarah apartheid yang berlaku di Afrika Selatan ? Dasar apartheid yang pernah di amalkan oleh Afrika Selatan ialah apabila kaum minoriti berkulit putih menindas kaum majoriti berkulit hitam. Di Malaysia kaum majoriti ialah Bumiputera Sabah Sarawak dan Melayu , dasar yang diamalkan di Malaysia tidak langsung menindas kaum2 lain di negara ini tetapi hanya memberikan keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada penduduk pribumi sebagai kaum asal . Oleh yang demikian dasar yang diamalkan di Malaysia langsung tak boleh disamakan dengan dasar apartheid di Afrika Selatan.

Apa yang berlaku di Afrika Selatan pula kaum majoriti ditindas oleh kaum minoriti. Mungkin kerana sikap kaum majoriti yang mengalah, walaupun sepatutnya mereka (kaum majoriti penduduk asal negara itu) diberikan keistimewaan berbanding kaum pendatang kulit putih .Di Malaysia pula , walaupun kaum pribumi di berikan beberapa keistimewaan tertentu , kaum yang mana nenek moyang mereka pernah menjadi pendatang di negara ini menguasai ekonomi . Mujur lah kerajaan kita memperkenalkan dasar2 yang memberi kelebihan kepada penduduk2 pribumi . Siapa tahu jika dasar2 keistimewaan terhadap bumiputera ini tidak diperkenalkan , mungkin penduduk pribumi Melayu, dan Sabah Sarawak turut mengalami nasib yang sama seperti kaum majoriti di Afrika Selatan bila mereka di tindas bangsa pendatang .

Bayangkan kat Malaysia ni pun walaupun hak2 istimewa Bumiputera dipelihara tetapi masih ada lagi syarikat2 dari bangsa pendatang ini bersikap pilih kasih . Contoh mudah tengok saja iklan-iklan pekerjaan di dada2 akhbar yang memaparkan 'preference' terhadap bangsa2 dan bahasa2 tertentu. Kalau penduduk pribumi di gaji pun , pendapatan yang mereka perolehi ada yang tak serupa dengan rakan sekerja yang mempunyai warna kulit berlainan . Penulis bukan nak bersikap rasis , tetapi ini adalah perkara yang benar2 berlaku . Kerja yang dilakukan serupa tapi gaji yang diberikan tak sama disebabkan warna kulit ! Penulis pasti tak semua syarikat milik kaum2 bukan Bumiputera ini , tetapi 'barah' seperti ini kalau dibiarkan akan terus merebak .

1 comments:

Agaknya 30% penduduk afrika selatan tu China ye?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu