Wednesday, December 18, 2013

Isu Kebanjiran Warga Asing di Malaysia : Warga Pakistan Culik & Liwat Guru Lelaki

Kebanjiran pendatang asing di Malaysia bukan lah satu masalah baru , keadaan ini berlaku apabila negara ini mengalami masalah tenaga kerja dalam bidang2 tertentu terutama dalam sektor pembinaan dan perladangan . Keadaan ini juga berlaku apabila ramai di kalangan rakyat negara ini yang tidak mahu 'mengotorkan' tangan melakukan kerja2 buruh .

Maka untuk mengatasi masalah ni, majikan terpaksa mengimport pekerja-pekerja dari luar . Hal seperti ini bukan saja berlaku di Malaysia tetapi turut berlaku di beberapa buah negara maju yang lain di mana buruh2 kasar dimport dari luar. Selain upah yang murah , majikan tempatan lebih gemar menggaji pekerja asing kerana pada jangkaan majikan2 ini mereka boleh dikawal berbanding pekerja-pekerja tempatan.

Selain itu, warga-warga asing yang semakin membanjiri negara ini bukan hanya terlibat dalam industri2 seperti yang dinyatakan di atas, malah ada di antara mereka sudah membuka perniagaan yang menutup peluangan penduduk-penduduk tempatan . Lihat saja di sekitar Maideen Pudu Raya ,kewujudan kedai2 asing bersepah sama seperti bersepahnya warga-warga asing di kawasan berkenaan .

Sesetengah dari pendatang asing di negara ini juga mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan wanita tempatan dan seterusnya memperoleh status penduduk tetap. Ada diataranya yang berkahwin dan melahirkan anak di negara ini,mereka turut menggunakan kemudahan2 yang ada di negara ini sehinggakan kadang-kadang warga negara ini terpaksa bersaing dengan warga2 asing ini bagi menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Ada satu senario yang penulis lihat dengan mata sendiri di sebuah klinik kesihatan kerajaan apabila seorang wanita warga tempatan yang datang untuk mendapatkan rawatan terpaksa menunggu berjam-jam lamanya apabila klinik itu turut dipenuhi dengan warga asing . Penulis berpendapat , kerajaan seharusnya mengutamakan rakyat tempatan  dari segi penggunaan kemudahan awam. Mungkin satu kaunter menunggu khas dibuka untuk warga asing.


Jenayah yang berlaku di kalangan warga asing juga semakin menjadi-jadi dan mereka makin berani apabila menjadikan penduduk tempatan sebagai mangsa . Terbaru dari laporan Harian Metro (sumber) seorang guru diculik oleh sekumpulan warga Pakistan yang hanya baru setahun berada di negara ini . Malah salah seorang dari penculik berkenaan turut MELIWAT guru lelaki berkenaan .

dari petikan HM ;

"Sepanjang menjadi tebusan, mangsa bukan saja dibelasah hingga cedera, malah seorang daripada suspek turut meliwat lelaki berusia lewat 30-an itu. 

Sumber polis berkata, kejadian berlaku antara jam 7 hingga 8 malam sekitar Cheras pada 16 November lalu dan mangsa dikurung selama 36 jam di sebuah rumah berjaya meloloskan diri."

Penulis amat berharap kerajaan memantau secara lebih serius isu kebanjiran pendatang asing ini , Makin lama nampaknya makin menjadi kerenah mereka. Kalau pergi jalan2 kat Petaling Street , boleh nampak ramai Mat2 Bangla yang jadi 'penjual' di kawasan itu , ada yang siap dengan tatoo ... malah lagak pun dah nampak macam samseng bila melayan pelanggan.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu