Saturday, December 7, 2013

Hubungan Baik Rosmah Dengan Isteri2 Pemimpin Timur Tengah Beri Manfaat Pada Rakyat Malaysia

Penulis pernah menulis satu artikel mengenai hubungan baik Rosmah dengan isteri pemimpin2 negara Timur Tengah. Dan turut menjelaskan mengapa hubungan sebegini penting dalam hubungan 2 hala antara negara Timur Tengah dan Malaysia.

Walaupun Rosmah hanya lah seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia namun hubungan beliau dengan isteri2 pemimpin2 negara Timur Tengah ini dah banyak membantu rakyat Malaysia bila mereka dalam kesusahan. Hal ini jarang diceritakan, tetapi ini peranan 'tidak rasmi' Rosmah dalam membantu rakyat negara ni bila mereka menghadapi masalah di negara2 Timur Tengah.

Dalam ucapan penggulungan Presiden UMNO, beliau telah menceritakan satu kejadian di mana seorang pelajar Malaysia yang dianggap perisik oleh pihak berkuasa Mesir dan dimasukkan dalam penjara. Rosmah yang mempunyai hubungan baik dengan isteri Presiden Mesir pada ketika itu memohon bantuan dan pelajar Malaysia berkenaan dilepaskan.

Satu lagi cerita mengenai bagaimana sekumpulan warga Malaysia yang bermasalah dalam lawatan mereka dapat mendarat ke Jeddah tanpa menggunakan VISA kerana mengikuti rombongan keluarga diraja Saudi.

Ini adalah pertolongan yang diberikan isteri pemimpin Saudi yang bersahabat dengan Rosmah. Sebenarnya banyak lagi hal2 serupa yang melibatkan bantuan lain tak diceritakan, ini lah tugas 'tak rasmi' Rosmah, building a very good relationship with spouse of middle east leaders. Dalam keadaan getir macam 2 kejadian di atas, hubungan sebegini sebenarnya amat berguna.

Rakyat Malaysia yang kerja di Middle East terutama dalam bidang Oil and Gas patut bersyukur, kerana disebabkan hubungan 'tak rasmi' ni banyak syarikat2 minyak di Timur Tengah sanggup ambik pekerja2 dari Malaysia sedangkan 'man power' dari India banyak jugak yang pakar.

Gua pernah kerja kat Heglig, Sudan dalam tahun 2007, muka2 Melayu memang ramai kat sana. Dan sejak kebelakangan ni bilangan ni bertambah ramai termasuk di negara2 Timur Tengah. Sebab tu untuk dapat keuntungan dari negara2 Timur Tengah yang kaya raya ni, hubungan antara pemimpin perlu bersifat peribadi.

Walaupun nampak urusan ke negara2 ni 'tak rasmi' sebenarnya hasilnya adalah untuk rakyat Malaysia jugak. Bayangkan sorang budak welding boleh dapat RM15,000 sebulan , rigger RM8,000 sebulan, pipe fitter RM13,000 sebulan. Dah tu kalau keje kat sana sesetengah company bagi tempat tinggal percuma dan lain2 insentif lagi. Keje setahun kumpul duit je..


7 comments:

Aku rasa perkara yang baik tak perlu dihebahkan seantero Malaya melalui siaran langsung. Takut-takut nanti menjadi riak dan sombong. Wallahhu'aklam.

Aku da berniaga lebih 20 tahun di negara2 Timur Tengah. Nama Malaysia terkenal sejak zaman TDM la Bro. Depa semua kagum dengan kehebatan TDM. Sampai sekarang nama TDM meniti di bibir depa kalau cerita pasal Malaysia.

Maaf cakap la depa tak tau pun nak sebut nama PM Malaysia la ni. Hal yang sama berlaku jugak kat rakan2 dagang aku kat negara2 Afrika.

Kesimpulannya apa yang orang sekarang dapat faedahnya adalah sambungan dari buah tangan orang lama la Bro!

HUNTER

Maleh aku nak komen hehehe...

Masa berlalu benda yang baik akan dikenang ....Tun Mahatir memang seorang yang unik .....Tiada dua selain dari nya,namun pemimpin yang lain juga ada jasanya dengan mengekalkan dan memperkayakanlagi hubungan tersebut lagipun kita sesama negara Islam .......Sunah dan syiah hanya fahaman ...tuhanya tetap satu ALLAH.....kita umat Islam kadang kala berperang kerana sebab sebab yang bukan sebab pun ..HIDUP ROSMAH!!!!

Tun fulu pun dikutuk.... kebaikan beliau orang tak nampak masa beliau memegang jawatan... pernah di label Maha Firaun..begitulah nasib PM Najib. So simple ...riak dan membela isteri tak sama. Apa2 pun kita yang suka melabel dan buruk sangka apa kurangnya.

Perkara yang baik hebahkan lah. puak yang suka fitnah ni kebanyakannya pembangkang dari P'Gay'R, DAPpigs dan hamPAS. Depa ingat depa saja yang betoi orang lain semua salah. Memang bangkang tahap longkang depa ni semua....kharrk ptuihhh

Aku setuju ngn ko HUNTER... TDM amat di kenali di sini.... sbb aku skrg berada di timur tengah..... Pm skrg hanya sambungan kepada TDM....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu