Wednesday, December 18, 2013

GST Penyelesaian Bagi Aliran Keluar Wang Haram

Pada awal January 2013, aku pernah menulis satu artikel berkenaan aliran keluar wang negara secara haram, semalam penolong Gabenor Bank Negara Malaysia , Marzunisham Omar memberikan penerangan mengenai indikasi GFI kononnya Malaysia berada di tempat ke-4 dalam senarai pengaliran keluar wang haram dalam dunia . Menurut beliau hal ini berlaku disebabkan ada transaksi yang tidak direkodkan , selain  saiz sampel tidak lengkap dan penyeludupan barang .


Pemimpin2 PR cuba memberikan persepsi kononnya aliran keluar wang haram ini adalah disebabkan rasuah yang berlaku dalam negara berada dalam skala yang amat besar. Hakikatnya lebih dari 90% aliran keluar wang haram adalah di sebabkan pengubahsuaian nilai dagangan antarabangsa yang kebanyakkan dilakukan oleh investor-investor luar yang beroperasi di Malaysia .

Selain itu beberapa persoalan juga ditimbulkan mengapa hal ini berlaku di Malaysia , negara jiran seperti Singapura tidak mempunyai masalah ini ? Berikut adalah penerangan yang mungkin boleh menjawab persoalan ini

Singapura, walaupun dengan volume eksport luar negara yang lebih besar berbanding Malaysia mempunyai aktiviti aliran keluar wang haram yang terkawal memandangkan peraturan dan undang-undang perdagangan di negara itu adalah lebih ketat.

Sebaliknya di Malaysia, undang-undang perdagangan antarabangsa yang diamalkan agak longgar mungkin bagi menarik minat pelabur-pelabur luar negara. Selain itu, Singapura merupakan rakan eksport utama bagi Malaysia, oleh yang demikian urus niaga yang dilakukan dengan hanya melangkaui Selat Tebrau sebenarnya memberikan kelebihan kepada negara jiran itu.

Bahan-bahan mentah diperoleh dengan mudah dari Malaysia dengan kos pengangkutan yang minimal untuk diproses di negara itu menjadi barangan siap, Dengan kedudukan pelabuhan yang strategik dan laluan kapal-kapal perdagangan , Singapura tidak perlu risau dengan pelaburan luar ke negara itu, justeru mereka mungkin 'berani' untuk menguatkuasakan undang-undang perdagangan antarabangsa yang lebih ketat kerana 'keistimewaan-keistimewaan' ini.

Singapura telah lama mengamalkan sistem GST , sebab itu dikatakan peraturan dan undang-undang perdagangan di negara itu adalah lebih ketat . Segala urusan perniagaan direkodkan maka menolak kemungkinan2  yang berlaku di Malaysia sekarang apabila ada transaksi yang tidak direkodkan. Dengan itu, perlaksanaan GST di negara ini mampu menangani masalah pengaliran keluar wang haram secara tak terkawal ini , selain memberi imej yang baik negara untuk kemasukan pelaburan.

Pemimpin2 PR cukup lantang memainkan isu pengaliran keluar wang haram ini , namun apabila kerajaan memperkenalkan mekanisma yang terbaik untuk menangani pengaliran keluar wang haram ini melalui GST , cadangan itu turut mendapat bantahan , malah rakyat pula di hasut dengan pelbagai fitnah mengenai GST.

Rujukan artikel : http://bidaman.blogspot.com/2013/01/halau-pelabur-luar-kaedah-terbaik-untuk.html

Berikut adalah laporan Bernama mengenai penerangan Penolong Gabenor Bank Negara mengenai indeks GFI yang dilaporkan baru-baru ini

KUALA LUMPUR - Kesilapan dan ketinggalan (E&O), yang cenderung berlaku di dalam pengumpulan perangkaan import dan eksport Malaysia kerana ekonominya yang sangat terbuka, tidak seharusnya dianggap sebagai aliran keluar kewangan haram yang besar.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Marzunisham Omar, sehubungan ituberkata, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk melabelkan Malaysia antara negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. 

Beliau berkata, E&O dan imbangan pembayaran, khususnya, berpurata pada duaperatus daripada jumlah dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyaklima peratus yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Ia juga jauh lebih rendah berbanding E&O AS iaitu tujuh peratus," kata beliau dalam persidangan akhbar di sini.

Aliran keluar modal haram yang jatuh di bawah kategori transaksi tidak direkodkan ialah antara sebab kepada ketinggalan, manakala yang lain pula ialah saiz sampel tidak lengkap dan penyeludupan barang.   

BNM semalam menyatakan laporan terkini oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaanasing telah membangkitkan isu aliran keluar kewangan haram yang besar dari negara-negara sedang membangun.

Bank pusat berkata laporan itu telah memperakui bahawa penggunaan hab eksport semula (re-export hubs) menyebabkan anggaran manipulasi penetapan hargadagangan (trade mispricing) terlebih catat.

Bagaimanapun, BNM menambah anggaran yang tidak memasukkan eksport semulamelalui Hong Kong (the “Hong Kong” effect) adalah tidak signifikan bagi Malaysiakerana perdagangan Malaysia dengan Singapura untuk eksport semula adalah lebihdaripada tiga kali saiz perdagangan Malaysia dengan Hong Kong.

Jika eksport semula melalui Singapura ke 10 rakan perdagangan Malaysia yang utama dimasukkan, ini akan mengurangkan trade mispricing Malaysia kira-kira 70 peratus," kata BNM. - Bernama

1 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu