Tuesday, December 24, 2013

Gara-gara CIP MyKad Rosak , Duit Beli Tiket Kapal Terbang Boleh 'Hangus'

Berikut adalah artikel yang diambil dari Utusan Online berkenaan aduan mengenai kualiti MyKad yang kita guna sekarang . Dalam artikel berkenaan , pengadu menyatakan beliau telah menggantikan MyKad sebanyak 10 kali di mana setiap gantian MyKad yang rosak perlu disertakan dengan pembayaran sebanyak RM10 . Tergerak hati penulis untuk memetik aduan beliau kerana pernah mengalami masalah yang sama bila cip MyKad milik penulis tak boleh dibaca dan menyebabkan beberapa kesukaran berlaku .

Kes pertama berlaku bila penulis nak re-new passport , MyKad penulis tak boleh dibaca dipercayai kerana kerosakan cip , dah disuruh ganti MyKad dahulu baru boleh re-new passport . Mujurlah jadual penerbangan ke luar negara beberapa minggu lagi , bayangkan kalau yang tiket penerbangan mereka beberapa hari lagi ? Sebab cip MyKad rosak punya pasal , 'burn' tiket yang dibeli.

Kes kedua bila penulis nak buka account di sebuah bank ni , dia minta MyKad untuk di 'scan' , bila 'scan' tak lepas dia ambik pemadam dan tonyoh2 di bahagian cip berkenaan , pun tak jadi jugak . Akhirnya benda yang sama berlaku bila penulis diminta tukar MyKad lagi . Seingat penulis ada la jugak lebih kurang 3-4 kali MyKad penulis ditukar sebab masalah tak boleh baca cip ni .

Bukan nak 'complain' sangat lagipun berapa kerap lah sangat MyKad kita diimbas ? Mungkin bagi sesetengah boleh dibilang dengan jari dalam tempoh setahun . Namun apa yang sebenarnya nak ditekankan disini perlu kah caj RM10 tu dikenakan disebabkan kualiti MyKad itu sendiri ?

Adakah apa2 garis panduan yang dikeluarkan kerajaan bagaimana MyKad tu perlu 'dijaga' supaya perkara2 berkaitan 'cip' rosak ni tak berulang ? Letih la nak pi pejabat pendaftaran negara ganti MyKad tiap kali cip rosak ? Dah ler kena beratur panjang , kena minta cuti lagi kat boss . Boleh tak individu-individu bertanggungjawab dalam pengeluaran MyKad ni tolong tengok-tengokkan masalah ni ? Paling2 malas pun kalau nak jimat kos keluarkan je garis panduan penjagaan MyKad (untuk elak cip rosak!)

Dari petikan artikel yang diambil dari Utusan Online ;


Mengapa perlu bayar gantikan Mykad rosak

SAYA terpaksa menukar MyKad untuk kali kesepuluh kerana pihak bank tidak dapat meluluskan permohonan saya kerana MyKad saya tidak dapat dibaca.

Dalam erti kata lain, MyKad saya rosak dan saya perlu membayar RM 10 dan menunggu selama 10 hari atau lebih.

Saya mahu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan mengapakah MyKad yang rosak perlu dibayar RM10 dan jika dibayar mengapa perlu tunggu hingga 10 hari?

Bayangkan kos tambahan serta kesusahan lain yang perlu dihadapi rakyat khususnya golongan tua dan luar bandar.

Kerosakan MyKad hampir semuanya berpunca daripada cip tidak boleh dibaca dan rakyat tidak wajar dipersalahkan.

Ini kerana, cip tersebut hanya digunakan oleh Bank dan KWSP untuk sekali dua sahaja setahun.

Beberapa persoalan juga perlu dijawab seperti berapakah nilai satu MyKad dibayar oleh JPN kepada pembekal dan jika saya melalui persatuan atau kerajaan negeri mampu membekalkan MyKad kepada JPN dengan harga RM 5, boleh JPN mengurangkan harganya.

Umum memahami beberapa faktor tidak membenarkan pihak JPN melayan permintaan mana-mana pihak atas alasan keselamatan Negara, namun, RM10 untuk membayar kad yang sering rosak juga mengancam keselamatan poket rakyat.

Sehubungan itu, saya mengesyorkan pada JPN agar memperkenal 2 MyKad kepada Rakyat Malaysia dimana MyKad 1 tanpa cip dan wajib dibawa ke mana sahaja dan MyKad 2 dengan cip tidak wajib dibawa bersama.

Dengan ini, rakyat boleh menyimpan MyKad 2 tersebut dalam peti yang berkunci agar tidak rosak terutama apabila mahu digunakan.

MyKad 1 tanpa cip yang wajib dibawa jika rosak pasti lebih murah berbanding sekarang yang bercip dan langkah ini bertepatan dengan aspirasi Perdana Menteri, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Saya berharap JPN dapat memberi penjelasan dan tidak membiarkan Perdana Menteri dan partinya dipersalahkan oleh rakyat walhal pihak JPN mempunyai kuasa untuk melaksanakan amanah yakni berkhidmat untuk menyedia kemudahan pada rakyat.

5 comments:

Yang selalu rosak tu memang tak jaga pun kot mykad, saya punya dah berbelas tahun ok jer lagi.

Saya pon pernah kena masa nak renew pasport. Siap kena perli dengan kakitangan kaunter pendaftaran dia kata saya tak reti jaga ic. Saya tanya dia balik. Ic kalau takletak dalam wallet, nak letak kat mana. Gantung kat leher ke. Senyap dia

Saya punya tak sampai 2 tahun dah rosak

Salam tuan/puan blogger,
Sebenarnya "karat" yang terjadi pada microchip connector mykad dan kad kad bermikrocip lain adalah lapisan nipis filem kuprum oksida, yg terjadi secara semulajadi bila kuprum tulen terdedah kepada udara dalam jangkamasa panjang. Kuprum tulen digunakan dalam pembuatan mikrocip kerana tahap konduktiviti yang amat baik (kedua terbaik selepas perak) , tetapi kuprum oksida pula adalah sebaliknya. Untuk membuang lapisan nipis kuprum oksida ini, cara terbaik adalah dengan mengosok mikrochip connector menggunakan putik kapas/ kain lembut bersama pastel pengilat logam autosol secara lembut (logam kuprum sangat lembut maka jangan disental dengan kasar) sehingga mikrochip connector tu berkilat seperti baru. Lap mikrochip yang sudah digosok dengan kain lembap dan anda tidak akan berhadapan lagi dengan masalah mykad tak boleh dibaca. Selamat mencuba.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu