Tuesday, December 17, 2013

DAP Mahu Tawan Sarawak , Kempen UBAH di Kawasan Pedalaman

DAP sedar tanpa sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak , BN pasti gagal membentuk kerajaan . Maka dari pihak DAP sendiri , mereka telah melakukan beberapa inisiatif untuk mendekatkan diri dengan masyarakat pedalaman di Sabah dan Sarawak . DAP sedar , mudah bagi mereka untuk memperoleh sokongan masyarakat dari kawasan bandar dan sedikit cabaran untuk masyarakat luar bandar , terutama di kawasan pedalaman . Baru-baru ini DAP telah menjelajah ke beberapa kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi meraih sokongan masyarakat di kawasan itu ,





Mereka sedar , pilihanraya Sarawak akan di jalankan tidak lama lagi dan bagi memastikan PR berkuasa di negeri yang kaya dengan sumber minyak dan gas itu , mereka telah mula melakukan gerak kerja bagi memenangi hati penduduk di kawasan pedalaman . Semasa piliharaya negeri yang lepas , trend sokongan penduduk di kawasan bandar2 besar di Sarawak yan majoritinya orang2 Cina menunjukkan sokongan padu terhadap DAP , walau bagaimanapun DAP gagal mendapat perhatian dan sokongan dari penduduk2 di kawasan pedalaman . 



Mungkin menyedari hakikat ini mereka telah bekerja keras menemui penduduk2 di kawasan pedalaman Sabah . Parti2 komponen BN di Sabah dan Sarawak harus peka dengan senario yang berlaku sekarang . Bantuan-bantuan yang dibawa oleh DAP ke kawasan2 pedalaman ini bakal memberikan impak dalam pola pengundian dalam tempoh beberapa tahun akan datang . Kalau dilihat dalam gambar2 di paparkan ini , DAP dilihat membelanjakan sejumlah wang bagi pembangunan dan beberapa keperluan asas di sebuah kawasan pedalaman . Adakah parti-parti komponen BN yang berada di Sabah dan Sarawak sedar dengan senario yang berlaku sekarang ?


Penulis yakin wakil2 rakyat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak ada melakukan kerja2 mereka cuma diharapkan meningkatkan lebih usaha dalam mendekati rakyat di kawasan pedalaman ini . DAP tidak hanya membawa bantuan ke kawasan pedalaman ini tetapi mereka juga turut membawa bersama propaganda-propaganda yang cuba meracuni pemikiran penduduk2 di kawasan pedalaman ini. Nampaknya DAP semakin tamak , sudah nampak bibit2 yang menunjukkan mereka mahu menguasai Malaysia dengan meracuni pemikiran penduduk pribumi Sabah dan Sarawak pula. 



Di sebelah pihak Barisan Nasional , usahlah berlengah lagi dalam terus mempertingkatkan bantuan kepada penduduk2 di kawasan pedalaman ini . Mereka lah yang membatu BN untuk terus berkuasa hingga hari ini , di kawasan pedalaman mereka tak peduli tentang kenaikan harga tol, kenaikan harga tiket LRT , elektrik dan sebagainya . Mereka hanya perlu kan keperluan2 asas bagi membolehkan mereka dapat meneruskan hidup di kawasan yang terasing dengan hiruk pikuk bandar dengan lebih selesa. 



Penulis percaya DAP yang telah lama mengimpikan kuasa untuk memerintah Malaysia telah nampak akan pola2 yang bakal menyebelahi mereka sekiranya mereka mendekati penduduk di kawasan pedalaman ini . Mereka telah berjaya memperbodohkan penduduk di kawasan bandar (termasuk Melayu dan Bumiput untuk menyokong mereka, kini impian mereka bagi menguasai sebuah lagi negeri yang kaya di Malaysia tinggal beberapa langkah lagi sekiranya berjaya mempengaruhi pemikiran masyarakat bumiputera pedalaman di Sarawak. Buat pemimpin2 BN di Sarawak yang ditunjangi PBB , di harapkan gerak kerja yang pantas dilakukan segera . 



Politik perkauman dan chauvanis DAP sudah lama merebak di Semenanjung Malaysia , kini mereka cuba menyebarkan pemikiran yang sama di Sabah dan Sarawak di kalangan penduduk berbangsa Cina. Dulu di Sabah dan Sarawak tidak ada istilah perkauman dan prasangka antara penduduk . Namun setelah parti DAP bertapak di kedua-dua negeri itu , bibit-bibit perkauman dah mula kelihatan . Perkara ini penulis dengan sendiri dari seorang sahabat kaum Iban . Semacam ada perasaan tidak puas hati dah mula timbul. Walau bagaimanapun, beberapa penduduk pribumi Sarawak yang bersahabat dengan penulis berkata mereka akan 'bersedia' untuk apa2 saja kemungkinan . 



2 comments:

mana pemimpin sarawak sekarang, mana publisiti

YB sarawak dilihat masih tidur

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu