Thursday, December 19, 2013

Carian Google : Anwar Tokoh Politik Paling Popular 2013

Sumber : Rakyatnews.my


Google semalam telah mengeluarkan 5 senarai carian paling popular bagi kategori-kategori tertentu sepanjang tahun 2013. Google Zeitgeist 2013 menyenaraikan 16 kategori popular di Malaysia iaitu kereta, jenama fesyen, ahli politik, destinasi tempatan, portal-portal online, drama tempatan, individu, personaliti sukan, carian popular di gajet mudah alih, carian popular di gajet mudah alih untuk laman web tempatan,  rancangan popular tv,  trending untuk selebriti di Malaysia,  trending untuk filem-filem di Malaysia, trending filem antarabangsa,  trending carian, dan trending lagu .

Bagi kategori kereta , 5 carian paling popular mengikut turutan ialah Proton Suprima, Proton Saga SV, Nissan Almera, KIA Cerato dan Toyota VIOS.  Kategori  jenama fesyen pula menunjukkan jenama Coach berada di  tempat pertama diikuti jenama Louis Vuitton, Burberry, Gucci dan Zara . Dengan pilihanraya umum yang diadakan pada bulan May 2013 , senarai ahli politik turut menjadi antara carian popular rakyat negara ini.  Empat orang ahli politik dari kalangan pemimpin pembangkang  menduduki 5 senarai  teratas dalam pencarian di Google kecuali Perdana Menteri , Najib Razak yang berada di kedudukan ke-4.  Mereka adalah Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat) , Lim Kit Siang (Ketua Parlimen DAP) , Aspan Alias (Ahli DAP) , dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR).

Bagi carian destinasi tempatan, tempat-tempat pelancongan yang mendapat perhatian di kalangan pengguna Google ialah Genting Highland, Langkawi, Gold Coast Morib, Pulau Perhentian, dan Pulau Pinang. Portal-portal online yang popular dalam carian pula ialah Malaysiakini, KOSMO, Berita Harian, Sinar Harian dan Harakah. Lima senarai teratas untuk tajuk drama tempatan pula ialah Setia Hujung Nyawa, Teduhan Kasih, Cinta Jannah, Adam dan Hawa, dan Sehangat Asmara. Upin dan Ipin, Running Man, Ultraman, Boboiboy dan Adam dan Hawa pula merupakan 5 rancangan popular TV yang  direkod engine pencarian Google di Malaysia.

Kemalangan tragis yang menimpa actor Fast and Furious , John Walker sehingga meragut nyawa beliau baru-baru ini menjadikan namanya berada di kedudukan teratas untuk kategori individu . Beliau diikuti penyanyi dan pemuzik cilik dari Indonesia, Tegar yang menjadi sensasi dalam Youtube dengan kisah hidup beliau sebagai penyanyi dan pemuzik cilik jalanan yang berbakat besar.  Di kedudukan ketiga, seorang lagi ‘selebriti’ Youtube  iaitu ‘isteri mat yo’ antara yang popular berikutan insiden pertengkaran beliau dengan seorang pengawal keselamatan di perkarangan pintu keluar lapangan terbang Subang.  Fenomena ‘ listen, listen, listen ..’ menjadikan seorang aktivis badan bukan kerajaan Sharifah Zohra Jabeen turut menjadi perhatian di carian Google sepanjang 2013, beliau berada di kedudukan ke-4 dalam senarai  carian individu popular di Malaysia. Di kedudukan ke-5 ialah seorang negarawan dan  pejuang pembebasan dasar Apartheid di Afrika Selatan iaitu Nelson Mandela yang baru-baru ini meninggal dunia.

Kategori personaliti sukan pula menunjukkan 4 pemain bola sepak dari kelab-kelab terkemuka Eropah menjadi pilihan iaitu Gareth Bale (Real Madrid) , Thiago Alcantara (Bayern Munich) , Mesut Ozil (Arsenal) dan Adnan Januzah (Manchester United) .   Di kedudukan ke-5 pula seorang atlit pecut dari Afrika Selatan, Oscar Pistorius . Beliau yang kedua-dua kakinya kudung bertanding dalam acara pecut dalam kategori normal dengan menggunakan kaki palsu.

Penggunaan gajet mudah alih yang semakin popular kebelakangan ini turut diambila kira oleh Google untuk mewujudkan kategori carian popular melalui gajet mudah alih. Lima carian popular dari gajet mudah alih yang direkodkan Google ialah Facebook, Google, Youtube, Mudah dan Maybank2u. Bagi kandungan laman tempatan yang menjadi pilihan pula ialah Mudah, Maybank2u, Malaysiakini, Beautifulnara dan AirAsia.  Untuk rekod, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pengguna Facebook yang aktif dan ramai di dunia dan melalui satu laporan yang dibuat pada Jun 2013, pengguna Facebook di Malaysia telah melebihi  13 juta pengguna.

Google turut menyenaraikan beberapa kategori ‘trending’ yang panas sepanjang tahun 2013 . ‘Trending’ dalam erti kata lain ialah sesuatu ‘keyword’ atau kata kunci yang sering digunakan . Google Trend mengambil kira elemen ‘Hot Topics’ dan ‘Hot Searches’ . ‘Hot Searches’ adalah berdasarkan carian yang paling cepat meningkat pada masa kini. Walau bagaimanapun,  indikasi ‘Hot Searches’ itu bukanlah penentuan mutlak popularity sesuatu kata kunci itu. ‘Hot Topics’  pula ialah topik-topik yang sering menjadi tajuk di media-media social lain seperti Twitter .

Terdapat 5 kategori ‘trending’ yang dianalisa Google iaitu artis Malaysia, filem Malaysia, filem, carian , dan lagu. Bagi ‘trending’ kategori artis Malaysia, 5 senarai teratas ialah Izzue Islam, Emma Maembong, Sharifah Sakinah, Nelydia Senrose, dan Ashraf Muslim. Kategori  filem Malaysia dan filem yang ada dalam 5 senarai teratas ialah KL Gangster 2, Highland Tower, Psiko Pencuri Hati, Vikingdom, dan Juvana. Bagi kategori filem , TheConjuring, Despicable Me 2, Pacific Rim, Man of Steel, dan KL Gangster 2.  Kategori lagu pula menyaksikan sensasi video Youtube iaitu Gwiyomi , Harlem Shake dan Gangnam Style menjadi  3  ‘trending’ utama dalam pencarian , 2 lagi dalam senarai 5 teratas ialah lagu Melayu  Putih Melati dan Sandiwara Cinta. Lima ‘trending’ carian yang popular di Malaysia pula ialah Lahad Datu, SKMM, Keputusan PRU-13, Setia Hujung Nyawa dan Gwiyomi.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu