Wednesday, December 25, 2013

Betul ke di Thailand Takde Tol ?

Bila tengok satu gambar yang di 'upload' di fanpage FB King Jason , pemain media sosial pro-PR ditunjukkan kononnya Thailand takde toll . Betul ke , bukannya aku tak pernah travel ke Thailand . Dulu pernah travel ke sana untuk urusan kerja , sepanjang perjalanan tu rasanya memang rasanya driver aku tu bayar tol . Pelik kenapa si King Jason ni kata takde tol pulak ? Yang tukang komen pula mengiya kan aja , termasuk lah yang pro-UMNO/BN sentap tak tentu pasal salahkan kerajaan. Depa ni tak reti guna Google ke ? Kalau ye nak marah atau nak sentap pun , paling tidak cuba la luang masa barang 1 minit untuk 'verify' fakta . Ini tidak belum apa2 dah melompat sakan .




Dari apa yang aku dapat dari Google , depa kata Thailand ni memang ada toll di bawah pengurusan Expressway Authority of Thailand (EXAT) dan Department of Highways (DoH) . EXAT menguruskan laluan-laluan tol di Chaloem Mahanakhon Expressway, Si Rat Expressway, Chalong Rat Expressway, Udon Ratthaya Expressway, Burapha Withi Expressway and Kanchanphisek Outer Ring Road (southern section) , manakala DoH pula  Uttraphimuk Tollway (formerly Don Mueang Tollway), Motorway No. 7 (Bangkok-Chonburi), and Motorway No. 9 (Kanchanphisek Outer Ring Road - eastern section). Dua agensi ni bercadang nak buat lebih banyak laluan bertol di masa akan datang di laluan2 daerah2 lain.

Jadi cuba fikirkan , kalau penipuan begini pun ramai orang boleh percaya termasuk yang pro-BN sekalipun , macam mana pulak penipuan2 yang ada kaitan dengan hal-hal teknikal ? Diaorang cuma perlu spin saja , rakyat Malaysia ni suka di suap dengan benda2 macam ni dan kebanyakkannya malas nak buat 'cross-check' . Bila dah malas buat 'cross-check' maka hal2 yang tak sepatutnya berlaku akan berlaku macam demo ke hulu demo ke hilir menyusahkan orang ramai disebabkan kebodohan sendiri yang malas buat 'cross-check' . Ada juga yang jenisnya walau dah diberitahu segala fakta dan bukti bergambar masih kuat betah !Nak buat macam mana ?

5 comments:

Betol tu admin,aku duduk bangkok sebulan lebih atas urusan kerja. Memang ada tol kat Thailand. Barang2 kat sini pun punya la mahal kedaun. Yang murah hanyalah babi potong. Semua barang kat sini ada VAT adik beradik GST.

sapa percaya maknanya memang bengap. main setuju, main percaya tak pakai otak. tak payah pakai banyak bahagian otak la wey...sikit je bahagian nak pakai. kalau cerita tu datangnya dari pecacai angkat najis pkr, maknanya bohong la tu. tak percaya, cer tanya dengan pakar strategi bohong pkr...

Assalamualaikum admin...

Nak lontar satu soalan.

Apa pilihan anda harga minyak ikut pasaran dan tol ditiadakan. Mana satu pilihan??

Jika tiada subsidi minyak... sebanyak 17bilion setahun boleh buat lebuhraya rakyat k.kerai kota bharu (2bilion). Boleh hapus tol.. boleh tambah br1m.

Jadi mana satu anda mahu... minyak murah dan ada tol... atau miyak harga pasaran tanpa tol...
Kalu nak dua2... kena ubah sikap lah... majukan negara.. jgn 24jam sibuk bergaduh pasal politik je...

Ke macamana...

Mana satu pilihan anda... (2008... harga minyak rm2.80.. barang naik... 2012 minyak harga rm1.90.. barang tak turun.... alih alih bila naik rm2.10... barang nak naik pulok... apa ke jadah peniaga nie.. berapa kali nak naik barang... ) eh... masa minyak rm2.80 nuar janji nak tu4un 50sen jika pr menang.. dan canang barang turun harga.. begitu juga teori rafizi... cek balik dlm youtube... apa dia org kata)

Apa2 pun ikutlah nas8hat prof dr muhaya... rujuk sinar harian...

Wassalam. ..

Salam bro. Aku rasa maksud tk ada tol ialah jalan utama mereka. Kat siam tol mereka hanya sekitar lebuh raya kota Bangkok. Dari utara sampai ke selatan dan dari timur sampai ke barat memang tak ada tol. Minyak disana memang mahal. Petrol dlm RM 4 dan diesel dlm RM 3.

macai umno kene ikut ckp UFB..semua ini KETENTUAN TUHAN

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu