Friday, December 13, 2013

BERSIH-kan 'TAHI' dalam DAP dahulu Sebelum Persoal Ketelusan SPR

Pemilihan kepimpinan DAP melalui pemilihan jawatankuasa CEC yang diadakan baru-baru ini hanyalah sebagai 'make-up' kononnya parti yang didominasi kaum Cina itu mengamalkan prinsip demokrasi . Malangnya individu yang memperoleh undian tertinggi CEC saudara Liew Chin Tong dipinggirkan daripada memegang apa2 jawatan tertinggi dalam parti , seperti artikel yang pernah dikeluarkan semasa keputusan CEC diumumkan , bilangan undi terbanyak dalam pemilihan CEC tidak mencerminkan individu yang akan mengepalai parti itu . (rujuk artikel)



Kaum kerabat dan kroni-kroni Dinasti Lim bersepakat mengekalkan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung parti itu walaupun mendapat undi yang agak rendan berbanding Liew Chin Tong. Dari laman wikipedia hierarki parti dinyatakan seperti berikut ;

National Chairman : Karpal Singh
National Deputy Chairman : Tan Kok Wai
National Vice Chairman : M. Kulasegaran ;Chong Chieng Jen;Chow Kon Yeow;Ariffin Omar
Secretary General : Lim Guan Eng
Deputy Secretary General : Ramasamy Palanisamy ;Chong Eng ; Ngeh Koo Ham

Semasa pemilihan CEC diadakan undi Karpal adalah ke-3 paling banyak , Tan Kok Wai ke-16, M.Kula ke-15, Chong Chien Jen ke-6,, Chan Kon Yeow ke -8, Ariffin Omar (tiada dalam senarai, kedudukan belas ihsan) , Lim Guan Eng ke-5, Ramasamy (tiada dalam senarai, kedudukan belas ihsan), Chong Eng ke-14, dan Ngeh Koo Ham ke-20.

Dari senarai jawatan tertinggi parti , jelas sekali ia tidak mencerminkan suara akar umbi , dilihat seolah-olah ada individu2 tertentu yang berhak memberikan jawatan-jawatan penting di dalam parti kepada individu yang mereka mahu naikkan , contohnya Ariffin Omar dan Ramasamy yang takpun tersenarai dalam 20 ahli CEC yang dilantik. Corak pemilihan kepimpinan sebegini mudah dimanipulasi oleh individu2 tertentu untuk terus mengekalkan kroni2 mereka supaya terus berkuasa.

Dari laporan Agenda Daily hari ini ,

"DAP Perak kini memasuki era baru dengan Nga Kor Ming dilantik Pengerusinya--- orang yang bertanggungjawab memanggil Menteri Besar Perak DS Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai hitam metalik.Nga yang juga ahli parlimen Taiping menggantikan sepupunya Ngeh Koo Ham, ahli parlimen Beruas dan ADUN Sitiawan, yang  enggan lagi memegang jawatan berkenaan setelah 16 tahun memimpin.

Status Ngeh kini  sama macam Lit Kit Siang, bapa Lim Guan Eng sebagai penasihat parti  apabila DAP negeri melantiknya sebagai penasihat.

Perlantikan Nga, sebelum ini Setiausaha DAP negeri, menimbulkan banyak persoalan kerana dalam pemilihan di Konvensyen DAP negeri pada 8 Disember lalu, beliau memungut 571 undi iaitu jatuh ke nombor 14.

Yang menghairankan ialah walaupun duduk di tempat ke14 iaitu hampir terpelanting dari jawatankuasa negeri, beliau dipertanggjawabkan sebagai pengerusinya pula."

artikel penuh

Kelihatan sejarah pemilihan CEC berlaku lagi , kini di peringkat kepimpinan DAP negeri Perak pula . Nga walaupun mendapat undi yang membuatkan beliau hampir disingkirkan , namun tetap dilantik menjadi sebagai pengerusi DAP negeri . Ini lah "demokrasi" dalam DAP yang sebenarnya lebih kepada kuku besi , pemimpin yang dipilih bukan lah dari suara akar umbi sendiri . Nasihat penulis pada pengundi-pengundi Cina yang menyokong DAP , elok lah anda sibukkan diri anda BERSIH kan pemilihan DAP itu sendiri sebelum menyibuk di peringkat pemilihan kerajaan Malaysia. Tak perlu lah nak dibandingkan dengan pemilihan parti UMNO kerana pemilihan parti DAP itu sendiri secara terang-terangan tidak memenuhi hasrat akar umbi.


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu