Monday, December 9, 2013

Apa Lagi Yang Kadir Jasin Mahu ?

Kadir Jasin seperti yang kita semua tau adalah seorang bekas wartawan yang agak vokal dalam beberapa isu membabitkan kerajaan . Kalau dah bergelar wartawan, mahu tak mahu pasti ada macam2 sumber akan disalurkan pada mereka . Samada sumber tu benar, separuh benar atau tidak benar langsung, kebanyakkan wartawan lebih selesa melaporkan maklumat yang diterima mereka , itu dulu sebelum kewujudan 'blog' . Bila dah ada 'blog' , sindrom ni makin menjadi-jadi . Tak ramai yang rajin untuk menganalisa/menyiasat atau pun buat 'cross-checking' sebelum menyiarkan 'pendedahan' mereka . Al maklumlah .. 'berita panas' akan menaikkan rating sesuatu akhbar/majalah atau blog itu , high rating beerti big money , jadi ada perkara2 yang menyeleweng dari cerita sebenar diterbitkan.


Penulis tertarik dengan saranan Kadir Jasin supaya Menteri2 yang tidak kompeten digantikan dengan Rosmah . Kita faham Kadir sebenarnya cuba bersikap sarkastik terhadap Najib apabila mendedahkan peranan yang dimainkan oleh Rosmah untuk membantu menyelesaikan beberapa isu besar di negara Timur Tengah beberapa tahun kebelakangani ni. Pada penulis ini bukan lah soal kompeten atau tidak seseorang Menteri itu tetapi ia lebih bersifat 'channel' terbaik yang boleh digunakan di saat-saat genting . Dan untuk kes negara2 Timur Tengah , Rosmah dilihat sebagai 'channel' terbaik disebabkan hubungan rapat beliau dengan isteri-isteri pemimpin2 Timur Tengah itu.  Kalau dah ada 'rotan' mengapa masih nak gunakan 'akar' ?

Mungkin untuk urusan2 di negara2 lain yang mana tiada 'cable' kuat bagi penyelesaian isu-isu berbangkit , hal berkenaan terpaksa di selesaikan mengikut prosedur rasmi iaitu melalui Menteri Luar Negeri yang mana mungkin terpaksa menghadapi beberapa kerenah birokrasi negara terbabit. Mustahil bagi seorang wartawan berpengalaman seperti Kadir Jasin tidak faham dengan situasi sebegini ? Jadi timbul persoalan mengapa seorang wartawan yang menerajui satu akhbar Pro-Kerajaan pada satu ketika dulu menjadi begitu kritikal terhadap pentadbiran yang ada sekarang . Tindakan beliau itu seolah-olah lebih rela kerajaan Malaysia ini di ambil alih oleh pembangkang daripada terus ditadbir pentadbir yang sedia ada sekarang.

Lagaknya macam sikap beberapa bekas pemimpin UMNO yang merajuk menyertai parti pembangkang selepas tidak mejadi calon dalam pilihanraya atau mereka yang gagal mendapat jawatan atau apa2 keuntungan lain . Adakah Pak Kadiaq ni dari spesies yang serupa ? Penulis tak menuduh cuma tanyaa saja. Jadi penulis membuat sedikit 'background research' mengenai Kadir Jasin di internet . Nak faham apa yang dia marah sangat , dan nak pastikan dia bukan lah dari spesies yang penulis sebutkan tadi. Dari rujukan di internet Kadir Jasin sekarang merupakan Ketua Pengarang di Berita Publishing dan memegang jawatan itu sejak tahun 2000 lagi. Berita Publishing (BPSB) ditubuhkan sejak tahun 1973, pada 1 September 2000 ia dipindahmilik kepada syarikat Alaf Positif Sdn Bhd (APSB).


sumber: 

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS%5CAnnweb.nsf/LsvAllByID/482568AD00295D074825691200364E7D?OpenDocument

Kadir Jasin dikatakan melepaskan jawatan beliau dalam NSTP pada 1 Jun 2000, kemudian memegang jawatan sebagai Ketua Pegarang di Berita Publishing yang dipindah milik pada Alaf Positif Sdn Bhd . Kalau dilihat dari sumber bursa Malaysia , 4,000,000 saham Berita Publishing dijual pada Alaf Positif Sdn Bhd dengan hanya nilai RM1 sesaham pada 28 Jun 2000.  Beberapa persoalan di timbulkan ;

1. Kerana tiada sasaran kewangan yang disediakan pada masa itu, ia agak sukar untuk menilai BPSB, yang pada ketika itu merupakan syarikat milik penuh NSTP. Oleh itu, sehingga kini para pemegang saham minoriti NSTP dan awam tidak tahu berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh NSTP dalam penjualan saham BPSB kepada APSB hanya pada kadar RM1.00 sesaham.

2. APSB telah ditubuhkan pada 29 Jun 1999, dan terbitan dan berbayar modal hanya RM100, 000 yang terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu. Jadi apakah justifikasi yang membolehkan APSB membeli 4,000,000 saham BPSB ?


Persoalan sekarang Alaf Positif Sdn Bhd ni siapa punya ? Dia punya penubuhan pun setahun sebelum Berita Publishing Sdn Bhd diambil alih . Macam ada perancangan rapi , sudah lah tu diambil alih dengan harga yang murah iaitu RM1 sesaham . Dengan perkembangan teknologi internet sekarang dan macam2 bahan bacaan yang mudah didapati melalui online , tak salah kalau penulis katakan 'bisnes' Berita Publishing ni tak berapa nak elok . MUNGKIN ada beberapa permintaan yang dibuat kepada pihak kerajaan tetapi tak dilayan lantas menimbulkan rasa tidak puas hati , lalu salah satu cara untuk mendesak ialah 'membalun' pimpinan tertinggi .  Ini lah yang paling aku kesalkan bila orang 'membalun' sebab ada kepentingan diri sendiri tak dipenuhi . Lagi satu apa ingat lagi cerita antara Zaid Ibrahim dan Kadir Jasin ? Who is the "Gang of Four" ? Nanti lah ... kalau rajin cari lah






9 comments:

takkan nak kena sentiasa jadi pak turut kut..

Hai, takkan lah tak boleh tegur kerajaan langsung? Bila kena tegur terus melenting dan cari serta selak habis kain orang tersebut semata2 nak cari kesalahan atau aib orang tersebut. Nak bodek pun padan patut la..

Ada orang perlukan perhatian.Apa kata lantik dier menganggotai MT Umno?.

Kita harus bersyukur ape yg Allah dah bagi.Usia yg dah lanjut tu sabenar bonus yg Allah bagi.Buat lah benda2 yg baik di hujong usia. Ingat lah syukur.

Please remember that u re not the only human being who is smart for there many many more smarter persons around u.

Bercakap pun terhegeh hegeh tergagap gagap ..
Tak la smart namenye.

Kadir ni saorang yg bongkak dan xbersyukur.Perangai buruknye menghakis prasan hormat yg ade sedikit terhadapnye.

Mudahnya macam ni la...cuba pergi la mana-mana kedai kopi dan puji Kak Ros ni... lu tengok apa jadi. Tak pernah dalam sejarah Malaysia orang alih channel TV kerana bini PM muncul. Tapi sekarang ni dah jadi benda biasa...

tak payah lah sedara nk menyerang dato kadir, kalo ade yg dia tulis tu salah .. sedara tunjukla salahnye... pendek cerita rakyat menyampah dgn rosmah,titik. datuk najib terpekik pekik nk memahami denyut nadi rakyat tapi keputusan yg dibuat memahami denyut nadi poket kroni. rakyat di bawah bukannye bodoh ... sedara pikir dgn menyerang dato kadir.. cerita psl rosmah bole didiamkan ka?! memang dasar PENGAMPU!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu