Monday, November 4, 2013

Wanita UMNO Ditampar, Ditumbuk Pemuda PAS 3 kali di Bahagian Muka


Dari laporan Bernama dilaporkan seorang AJK Wanita UMNO Batu ditumbuk oleh Pemuda Jentera PAS di Sekolah Ulu Sedaka. Tak dapat di pastikan punca kejadian berlaku namun tindakan Pemuda PAS berkenaan menggambarkan beliau seorang yang dayus kerana menumbuk seorang wanita , tak kira lah apa pun puncanya.

Dari awal kempen lagi PAS dilihat menggunakan kaedah yang agak ekstrem , kalau sebelum ini PAS menipu dan memfitnah dalam kempen mereka , sekarang mereka guna pulak keganasan . Kenapa tak ditumbuk saja pemuda UMNO yang berada di situ ? Pemuda PAS ni hanya berani belasah wanita ke ?

Pemimpin-pemimpin PAS seharusnya menasihatkan penyokong dan jentera mereka supaya kawal sikit kelakuan . Kita faham PAS dah terdesak dengan pelbagai isu yang akhirnya memakan diri sendiri, moral mereka sebenarnya dah jatuh , mereka tak yakin boleh menang di Sg. Limau . Maka akhirnya mereka menggunakan taktik kotor sebagai jalan terakhir .


Ini kah sikap yang ada pada ahli PAS ? Baik buang saja perkataan ISLAM dari nama parti tu . Apa yang berlaku dalam PAS sekarang tak menggambarkan mereka sebuah parti ISLAM . Malangnya ramai di kalangan ahli PAS tak nak akui hakikat ini kerana mereka rasa orang di luar PAS tak faham ISLAM seperti yang mereka faham.

Diberitakan wanita berkenaan ditampar dan ditumbuk oleh Pemuda PAS berkenaan sebanyak 3 kali ketika beliau sedang merayu undi. Beberapa kes lain yang dilaporkan ialah bila seorang pemuda yang memakai baju biru telah dihalang untuk mengundi dan dikepung akhirnya menyebabkan berlaku kejadian tumbuk menumbuk. Apa yang dilaporkan, banyak kejadian-kejadian provokasi sebegini berpunca dari jentera luar PAS yang datang

Dari petikan Bernama ;

Sementara itu, Norsidah, 50, yang juga anggota Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu berkata, beliau bersama perayu undi Barisan Nasioanl (BN) lain yang tiba lebih awal mengambil tempat di kawasan berhadapan sekolah itu. 
Mereka kemudiannya didatangi sekumpulan lelaki dari PAS yang menyuruh mereka beredar dengan alasan tempat berkenaan milik mereka, katanya. 

"Disebabkan keengganan kami (untuk beredar setelah didesak oleh kumpulan lelaki itu), maka mereka bertindak kasar hingga polis terpaksa mententeramkan keadaan. 

"Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30an menumbuk bahagian mata saya dengan tangannya yang dibaluti bendera PAS. Akibat tumbukan kuat itu, saya terus rebah dan hampir pitam," katanya. 

Beliau kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ulu Sedaka berhadapan sekolah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Yan untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. 

"Doktor menyuntik ubat tahan sakit dan menasihatkan saya supaya kembali ke hospital jika mata saya masih berdenyut dan sakit dalam masa 24 jam ini," katanya yang sembilan hari berada di sini untuk berkempen bagi meraih undi di DUN Sungai Limau. - BERNAMA

3 comments:

Ahli Parti Memperjuangkan Islam, tapi perangai macam Jin Afrit(Jin Kapiaq).

Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.cuba tanya dia apakah percakapan dan tutur bahasanya.Tuuuu lahhhh cakap tak mau berlapik kan dah kena sebijik.Sebenarnya polis pun malas nak layan perangai mem-mem BN nie yang dok rasa depa tu megah dan hebat.

Perempuan kalau berlagak macam lelaki seharusnya dibuatkan seperti lelaki. Saya kenai wanita yg mulut celupar lebih teruk dari lelaki. Harap penumbuk itu dapat menginsafkan perempuan tersebut.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu