Wednesday, November 27, 2013

Tak Bayar Cukai Sama Macam Khianat Negara , Melayu & Bumiputera Tak Perlu Terasa Hati dengan Sindiran Najib kepada Chauvanist

Baru-baru ini (24 Nov 2013), bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan , PM telah berkata orang yang mengelak bayar cukai umpama khianat pada negara dalam satu majlis Pemerkasaan Ekonomi Negara. Ramai pihak yang melenting dengan kenyataan PM ini termasuklah dari kalangan blogger dan segelintir orang-orang Melayu kerana dirasakan kenyataan PM tu agak melampau. Walau bagaimanapun, penulis percaya kenyataan PM itu telah disalah tafsirkan oleh mereka . Penulis membaca semula petikan dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia. 


"Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kewajipan membayar cukai adalah sama seperti mendokong prinsip dan semangat patriotisme kerana dengan melaksanakan tanggungjawab itu, mereka boleh membantu rakyat dan negara."

"Dalam konteks itu, kata Perdana Menteri, sesiapa yang mengelak untuk membayar cukai boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada negara."

Dalam ucapan itu, PM juga menambah ;

"Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah kerajaan dalam mewujudkan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial demi membela majoriti penduduk bumiputera di negara ini yang meliputi 67 peratus daripada jumlah penduduk negara."

"Jelas beliau, sekiranya kelompok majoriti itu tidak memperoleh manfaat daripada perkongsian kekayaan negara secara adil dan saksama, ia tidak boleh ditakrifkan sebagai keadilan sosial sekali gus tidak menyumbang kepada kestabilan jangka panjang negara." - sumber


Penulis berpendapat, kenyataan PM itu ditujukan khas kepada sesetengah golongan yang mengaut keuntungan yang banyak di negara ini tetapi menipu apabila mengistiharkan pendapatan mereka. Walaupun orang Melayu majoriti di negara ini, masih ramai di antara mereka yang dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan. 

"Perbuatan sengaja mengelak cukai pendapatan merupakan kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa)," kata pasukan petugas itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, sepanjang tahun lepas, pihaknya berjaya mengesan dan menyiasat lebih 300 entiti dalam industri pengimportan kereta, minuman keras dan syarikat pengimport dan penghantaran atas kesalahan tersebut." - sumber

Seperti yang kita tahu jumlah bayaran cukai adalah berdasarkan jumlah pendapatan yang diperoleh . Tahukah anda rata-rata rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi daripada golongan yang mana ?  Penulis bagi 'hint' , dalam 10 individu terkaya di Malaysia , berapa dari kalangan mereka berbangsa Melayu, Cina dan India ?



Najib sedar mengenai hal ini maka , pada belanjawan 2013 yang dibentangkan pada Sept 2012. Cukai sebanyak 1% telah diturunkan dan memberi keuntungan pada ramai pembayar cukai . Jadi dakwaan mengatakan Najib terdesak dengan menuduh mereka yang tidak membayar cukai sebagai pengkhianat negara adalah tidak benar ? Sekiranya benar-benar terdesak , kadar cukai tidak akan diturunkan sebanyak 1%. Petikan dari artikel Bernama ;

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahundepan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagimembayar cukai pendapatan." - sumber

Jadi kenyataan "khianat kepada negara" itu sebenarnya merujuk kepada mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi tetapi menipu dalam mengistiharkan pendapatan mereka untuk dikecualikan dari cukai atau membayar jumlah yang lebih rendah dari nilai yang sepatutnya mereka bayar. Malangnya kenyataan Najib ini disalah erti maka beberapa individu cuba menimbulkan persepsi untuk menjatuhkan imej PM dan isterinya dengan mengaitkan pula isu cukai dengan isu penggunaan jet oleh Rosmah ketika lawatan kerja di Qatar dengan mendakwa kerajaan menggunakan wang negara untuk kepentingan individu2 tertentu.

Blogger A. Kadir Jasin dalam artikel beliau mengulas jawapan Shahidan Kasim yang tak konsisten mengenai isu penggunaan jet oleh Rosmah . Malang sekali disebabkan jawapan yang tak konsisten dan bersifat 'lapuk' itu pentadbiran PM diserang dengan hebat sekali . Penulis sebelum ini telah mengulas isu penggunaan jet oleh Rosmah dan rombongan MITI ke Qatar di artikel link 1 dan link 2 . Jelas sekali penggunaan jet adalah disebabkan urusan yang melibatkan kepentingan kerajaan dan boleh membawa keuntungan pelaburan pada kerajaan dalam tempoh akan datang . 

Walaupun ada dakwaan mengatakan urusan ke Qatar adalah tidak rasmi , mungkin maksud 'rasmi' itu sendiri perlu didefinisikan semula kerana pada lawatan itu Rosmah pada masa yang sama mewakili PM untuk bertemu pemimpin Qatar dan isterinya serta menyampaikan surat jemputan PM. Timbul pula soal apa jawatan Rosmah untuk mewakili PM ? Perlu kita jelas kebanyakkan negara Timur Tengah adalah berasaskan pemerintahan monarki dan salah satunya Qatar, Rosmah dikenali di kalangan  isteri dan emir-emir (pemimpin2 monarki Arab) ini. 

Sistem pemerintahan negara2 monarki di Timur Tengah ini tidak serupa dengan negara2 yang mengamalkan sistem-sistem pemerintahan yang lain. Dalam sistem monarki Timur Tengah , Sultan dan Emir dilihat mempunyai kuasa yang mutlak, kuasa diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Penulis berpendapat hubungan pemimpin negara dengan pemimpin2 monarki negara2 Timur Tengah perlu bersifat peribadi untuk jaminan hubungan dua hala yang terus kukuh apabila generasi seterusnya mengambil alih takhta dari Emir2 ini. 



0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu