Monday, November 18, 2013

Pusat Autism Malaysia (PERMATA Kurnia) Beroperasi pada Mac 2015

Dari laman sesawang http://www.autis.info/ , 



"Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun."
 
"Penyebab autisme adalah gangguan neurobiologis yang mempengaruhi fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif."

"Gejala yang sangat menonjol adalah sikap anak yang cenderung tidak mempedulikan lingkungan dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri. Anak autistik juga mengalami kesulitan dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara verbal."

"Gejala autisme sangat bervariasi. Sebagian anak berperilaku hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka cenderung sangat sulit mengendalikan emosinya dan sering tempertantrum (menangis dan mengamuk). Kadang-kadang mereka menangis, tertawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas."


Ibu bapa yang ada anak-anak autism pasti tahu macam mana susah nak mengawal tindak-tanduk anak-anak ini . Ramai yang tak tahu anak mereka ada autism semasa dalam peringkat bayi , namun ciri-ciri itu mula kelihatan bila anak berusia 1 hingga 2 tahun . Penulis sendiri mempunyai seorang anak autism , tapi tidak lah di peringkat yang serius dan hanya tahu mengenai sindrom ini bila diberitahu oleh bapa dan mertua mengenai nya.

Bila pengumuman dibuat oleh isteri PM , Rosmah Mansor yang sebuah pusat autism akan ditubuhkan di negara ini sememangnya sesuatu perkara yang melegakan kebanyakkan ibu bapa autism di negara ini . Akhirnya , anak-anak ini akan mendapat pendidikan yang sewajarnya untuk menyediakan mereka berdikari dengan dunia luar. 

Baru-baru ini sebuah bengkel diadakan di ibu negara bagi membincangkan perlaksanaan ko-korikulum PERMATA Kurnia (Autism) . Dari laman web PERMATA ;

Bengkel Pelaksanaan Kurikulum PERMATA Kurnia (Autisme) telah diadakan pada 6 November 2013 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur anjuran Jabatan Perdana Menteri dan Universiti Kebangsaan Malaysia bersama pemegang taruh bagi mendapatkan input dan juga maklumbalas berkenaan pelaksanaan Program PERMATA Kurnia sebelum dilaksanakan mulai Mac 2015 disamping engagement dengan semua pihak yang berkaitan. 

Pelbagai pihak yang meliputi agensi kerajaan, NGO, pegawai kesihatan, penyelidik dan kumpulan ibubapa telah dijemput.  Pada sesi tersebut, para jemputan telah diberi penerangan berkenaan Program PERMATA Kurnia oleh YBhg. Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Program PERMATA.  Disamping itu juga, turut diberi penerangan berkenaan kurikulum PERMATA Kurnia dan juga modul latihan kepada tenaga pengajar.

Pada akhir bengkel ini, pihak penganjur telah menaruh harapan agar semua pihak dapat menyokong dan juga memahami aspirasi Program PERMATA Kurnia.

Dari petikan artikel di atas , negara akan mempunyai sebuah institusi khas untuk latihan kanak2 autism menjelang Mac 2015.  Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat mempunyai banyak pusat2 khas latihan Autism ,  pusat-pusat yang serupa ini di Malaysia memang ada tetapi faham-faham lah yuran yang dikenakan pasti tinggi  dan bukanlah semua ibu bapa anak-anak autism ni dari kalangan orang-orang yang berada. Penubuhan PERMATA Kurnia secara tak langsung dapat memberi sedikit harapan dan keyakinan kepada ibu bapa anak-anak Autism ini yang anak-anak mereka pasti boleh berdikari dan bercampur dengan masyarakat luar kelak selepas mendapat latihan dan pendidikan di pusat PERMATA Kurnia .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu