Saturday, November 2, 2013

PRK Sg.Limau: Kempen 'kaki palsu' pula dijadikan taruhan raih undi

Nampaknya kempen PAS untuk PRK Sg.Limau dah sampai tahap klimaks. Setelah pelbagai cubaan menipu dan fitnah dikantoikan, kini mungkin jentera mereka gunakan kaedah 'reverse pasychology' , kaki-kaki palsu kini mula kelihatan di Sg. Limau, tak lain tak bukan nak buat provokasi.

Kononnya itu kerja orang2 UMNO. Takkanlah UMNO nak buat kempen provokasi macam tu kerana jelas sekali boleh memberi 'disadvantage' pada mereka kerana hal ini dianggap ia agak sensitif. Bukan lah penulis nak menuduh mana2 pihak tetapi kalau perkara macam ni berlaku siapa yang dapat untung?

Selain tu tak mustahil mungkin itu bukan kerja PAS tetapi kerja rakan2 sekutu mereka yang bantu dalam kempen. Inilah yang dikatakan kawan yang merosakkan. Apa pun penulis berharap pengundi2 di Sg Limau bijak membuat penilaian, jentera PAS hanya mampu membangkitkan perkara2 berbentuk provokasi berbanding UMNO yang lebih menumpukan isu rakyat.

PAS nak main isu rakyat? Tengok sajalah temuramah yang dibuat dengan penduduk2 kampung yang terpinggir sepanjang PAS memerintah Kedah penggal lepas.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

1 comments:

Melayu Perasan.

Jika melayu ada perasaan. Jika melayu tahu marah. Jika melayu tahu berkecil hati. Jika melayu mahu dihargai. UNDI PAS SEBAGAI PROTES TERHADAP UMNO KERANA BERI PERUNTUKAN BERJUTA KEPADA CINA-CINA YANG TAK UNDI BN PUN PADA PRU 13 ITU HARI.

Pemimpin Umno sebenarnya silap percaturan. Mereka ingat mereka boleh beli undi cina untuk selama-lamanya dengan harga RM2juta.

Percayalah. Pada PRK mana sekali pun jika kerajaan negerinya adalah BN, jika pertandingan adalah diantara Umno dengan Pas, pengundi cina pasti akan undi BN bila BN beri habuan sebelum hari pembuangan undi. Mereka tak ralat hendak memenangkan BN di Sungai Limau dan di lain-lain tempat.

Juga percayalah. Pada PRK mana sekali pun jika kerajaan negerinya adalah PR, atau jika berlaku pertandingan diantara calon DAP/PKR berlawan dengan calon BN, pengundi cina pasti tidak akan undi BN walau pun BN beri habuan sebelum hari pembuangan undi. Kenapa ? Hanya yang cerdik saja tahu jawapannya.

Mungkin para bijak pandai dalam Umno akan mengatakan teori saya ini adalah MENGARUT. Tak apa, kita minta doa bagi ada PRK lagi di negeri yang diperintah oleh PR terutamanya di negeri Pulau Pinang, kita minta bagi berlaku PRK dalam kawasan yang diwakili oleh DAP atau PKR.

Saya nak buktikan kepada pemimpin-pemimpin Umno yang TAK BERAPA CERDIK supaya memperakui bahawa PENGUNDI CINA TAK BODOH.

Kepada Muhyidin Yassin. Awak jangan risau. BN pasti menang di PRK Sungai Limau kerana 100% pengundi cina yang telah dibeli dengan harga RM2juta pasti akan undi BN. Kalau pengundi cina di Sungai Limau tidak undi BN dalam PRK ini, mereka sebenarnya TELAH MENUTUP PELUANG komuniti cina di tempat lain untuk mendapat peruntukan besar daripada BN sekiranya berlaku PRK.

Siapa yang kata macam tu. Bukan saya tetapi adalah rakan-rakan saya bangsa cina yang ada jawatan dalam organisasi yang mewakili suara orang cina.

Cuma sekadar untuk difikir oleh Muhyidin Yasin dan Muhkriz Mahathir. PRK akan ada lagi sebelum tiba PRU14. Akan ada lagi wakil rakyat Pas atau Umno yang akan pendek umur. Di pihak DAP umur wakil rakyat mereka agak liat sedikit.

Melayu

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu