Friday, November 8, 2013

Petronas Lebih Suka Bagi Iklan di Portal Pro-Pembangkang Malaysiakini ?

Semalam ada artikel di Sinar Harian berkenaan Tun Mahathir tegur Petronas supaya tolong Melayu. Hal ini jadi sensasi bila NGO MTEM buat kenyataan baru-baru ni yang Petronas tak tolong orang-orang Melayu. Ini keratan statement yang dibuat oleh MTEM ;


"Daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut sehinggalah kepada kontrak bekalan roti di kedai Mesra Petronas, semuanya didakwa mula diberikan kepada syarikat asing tanpa memberi peluang adil kepada peniaga tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar berkata, badan bukan kerajaan itu menerima banyak aduan daripada syarikat dalam industri minyak dan gas negara mengenai sikap Petronas yang didakwa mereka sebagai pilih kasih dalam memberikan kontrak.

“Pembekal perkhidmatan minyak dan gas, pengusaha stesen minyak, kontraktor atau syarikat logistik, semuanya mengadu mengenai Petronas,” katanya dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini."

Penulis tak pasti sejauh mana kebenaran perkara ini sebab penulis sendiri pernah terlibat dalam industri gas dan minyak lebih kurang 8 tahun. Dalam tempoh 8 tahun itu penulis dah lalui pelbagai proses tender dalam Petronas , dan ada di antara tender itu mencecah ratusan jutaan ringgit. Petronas terdiri daripada beberapa anak syarikat yang lain misalnya Petronas Carigali , Petronas Dagangan , Petronas Gas, Petronas Penapisan dan lain-lain lagi. Dan untuk melayakkan sesebuah syarikat itu beri sebut harga tender , Petronas akan selidik latar belakang syarikat terlebih dahulu , antaranya pengalaman syarikat dalam kerja-kerja berkaitan tender, kewangan syarikat, dan peratusan bumiputera dalam syarikat.

Dah lepas tapisan tender , penender dalam Petronas akan diberikan dokumen berkaitan 'commercial' dan 'teknikal' , Untuk dokumen-dokumen itu memang dinyatakan keperluan % bumiputera yang disyaratkan untuk melayakkan penender dinilai bagi memperoleh projek. Jadi penulis agak terkejut bila pegawai MTEM membuat kenyataan berkenaan . Penulis tak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan ini kerana melalui pengalaman penulis memang banyak syarikat bumiputera dapat projek dengan Petronas , vendor-vendor non-bumi dapat projek pun melalui sub-contract dengan syarikat bumi atau dengan kaedah Konsortium dengan syarikat bumi.

Penulis berpendapat mungkin pegawai MTEM berkenaan patut menyenaraikan 'syarikat-syarikat melayu/bumiputera' yang dikatakan tertindas itu . Mungkin kisah peniaga-peniaga tempatan yang tidak dibenarkan berniaga nasi lemak.sandwich dan lain-lain barangan di stesen minyak Petronas kecoh baru-baru ini menyebabkan timbul isu ini. Dikatakan Petronas hanya membenarkan vendor2 berdaftar untuk menjual barangan di stesen Petronas. Stesen2 Petronas adalah di bawah kawalan Petronas Dagangan Berhad. Pendapat penulis polisi baru berkenaan adalah untuk kawalan mutu perkhidmatan syarikat berkenaan , ia berkaitan dengan polisi kualiti syarikat.


Dalam hal ini penulis tak menyalahkan mana-mana pihak namun pada pandangan penulis hal ini perlu lebih diperincikan untuk mengelakkan salah faham kerana di tahap sekarang isu ini hanyalah pada dasar sahaja. Walau bagaimanapun, penulis nak tegur jugak lah Petronas ni , apa kejadahnya bagi iklan dekat portal penghasut dan pemfitnah Malaysiakini ? Kan banyak lagi portal2 pro-kerajaan yang lain macam AIDC, MyKMU, Terengganutoday,Rakyatnews, Agendadaily, Peraktoday, dan Wartarakyat ? Boleh saja tolong portal2 milik bumiputera ni

4 comments:

Rombak pengurusan Petronas yang hanya berfikiran liberal.

Kalau anak Madir boleh membolot semua kontrak PETRONAS , apa lagi yg ada untuk diiklankan, mungkin kerja kontrak cuci jamban ke??????

nak buat camne, kalau iklan kat utusan, xde org tengok, pastu caj mahal, sape la nak labur juta2 tapi dah tau takde hasil, org bodoh je buat bende tu, labur juta2 tp sikit habut tarak hasil...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu