Thursday, November 14, 2013

Persoal Kerja SB di Luar Negara : Kegiatan 'Sulit' Siapa Yang Nurul Bimbang Didedah ?

Nurul Izzah persoal kenapa perlu sampai 30 orang polis cawangan khas di London . Dari petikan portal pro pembangkang Malaysian Insider ;



Apakah perlunya kerajaan Malaysia menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England?

Ini adalah persoalan yang diutarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) ketika berucap di satu forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata, ini kerana kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.

“Bukankah lebih baik sekiranya anggota-anggota cawangan khas tersebut digunakan untuk membuat rondaan di kawasan perumahan di Malaysia,” katanya

Dengan kenyataan yang dikeluarkan Nurul ni , mungkin perkara-perkara sulit yang nak dilakukan cawangan khas PDRM di London tergendala. Penulis berpendapat Nurul mungkin tak faham macam mana polis bekerja . Penulis pun sama tak tau samgat skop tugas polis , tapi kita tau skop tugas polis yang utama ialah untuk menjaga keselamatan rakyat dan jaga keamanan dan CEGAH jenayah.

Nak jaga keselamatan, pelihara keamanan dan cegah jenayah bukan tugas mudah . Bukan sekadar berkawal, meronda di kawasan2 perumahan dan pasaraya malah lebih dari itu . Sebab tu pelbagai cawangan ditubuhkan dalam PDRM . Cara Nurul bercakap seolah-olah PDRM ni disamakan dengan 'Pak Guard' je . Polis bukan 'Pak Guard' , depa kena buat macam2 analisis dan risikan untuk bersedia hadapi penjenayah atau kemungkinan2 yang boleh menyebabkan negara ini huru hara.

Mengenai mengapa perlu ada polis cawangan khas di luar negara adalah sesuatu yang Nurul Izzah sendiri boleh fikir , tapi dia tanya juga mungkin sebab bimbang operasi2 tertentu mereka di luar negara terbongkar. Contohnya, bila Hisham Rais melarikan diri ke luar negara , pergerakan-pergerakan dia ni perlu dipantau kerana cerita-cerita bohong dia boleh menggugat kestabilan negara. Contoh2 lain macam Waythamoorthy, Raja Petra dan PI Bala . Individu-individu seperti ini berupaya melakukan fitnah besar dari luar negara dan menyebabkan ketidak tenteraman dalam negara .

Oleh itu menjadi tugas polis untuk memantau individu-individu ni di luar negara . Dengan siapa mereka berhubung ? Siapa yang jadi 'paymaster' ? Siapa yang membiayai ? Adakah ada dalang2 dari Malaysia yang menyuruh mereka berbuat demikian .Semua hal-hal ni perlu di ketahui . Selain itu , tak salah kalau kita katakan polis perlu ambil tahu siapa pemimpin2 dalam negara ini yang jadi tali barut negara asing . Berpakat dengan negara asing untuk jahanamkan negara . Ingat lagi kes Anwar , Tian Chua ke Filipina ? Macam mana gambar tu diperoleh ??? Lepas tu berlaku insiden di Lahad Datu . Lepas tu Nurul Izzah tanya lagi apa keperluan cawangan khas di luar negara??

2 comments:

masalah lembah pantai pun dia takleh selesai sibuk pasal Sb kt luar negara...malang sungguh nasib pengundi pkr lembah pantai....bagi gaji buta berbelas ribu pada minah sekor ni!

Nur Izzah kau tak payah la nak sibok pasal kerja polis. Dia orang tahu lah apa dia orang buat. Jangan takut la...dia orang tak mengendap papa awak tu di London. Apa dia nak buat dia punya pasal la.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu